IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, October 16, 2012

PELAJAR MALAYSIA BUAT BLOG SEKS DI SINGAPURA, DAP TAK MAHU BANTU KE?

Tuesday, October 16, 2012
Seorang pelajar Malaysia yang menerima Biasiswa ASEAN di National University of Singapore (NUS) akan berhadapan dengan masalah besar ekoran blog seks yang menampilkan gambar-gambarnya bersama teman wanitanya sedang melakukan hubungan seks, terdedah.

Penuntut jurusan Undang-Undang yang dinamakan oleh media Singapura sebagai Alvin Tan Jye Yee, 24, mendakwa dia dan teman wanitanya, Vivian Lee, 23, sering menceritakan tentang hubungan seks mereka di laman Tumblr 'untuk dinikmati oleh orang lain'.

Pasangan tersebut dikenali sebagai 'Alvin and Vivian' di dalam blog mereka dan mendakwa mereka hanya memuatnaikkan gambar-gambar mereka sendiri dan mempelawa pasangan-pasangan menarik lain di Malaysia dan Singapura untuk menyertai mereka.

Blog berkenaan telah bermula pada 20 September apabila pasangan tersebut memuatnaikkan gambar-gambar mereka sedang melakukan persetubuhan. (BACA SETERUSNYA DI SINI)

Tak tahulah nak kata bodoh ke tidak sebab yang buat kerja tu adalah seorang anak Cina Malaysia yang mengambil jurusan undang-undang. DAP biasanya amat sensitif apabila ianya membabitkan anak Cina. Kalau anak Melayu, mereka boleh buat tuli. Kalau anak India, mereka mengharapkan Karpal Singh yang memulakan dahulu.

Cuma yang menariknya ialah, kita hendak melihat sejauh manakah dan apakah yang bakal dilakukan oleh MCA yang sedang mencari-cari rentak sokongan daripada masyarakat pengundi mereka sendiri. Apakah isu ini akan digunakan oleh MCA untuk menunjukkan yang mereka adalah hero masyarakat Cina.

Dan yang pasti, jangan pula UMNO dan PAS pi memandai-mandai nak selesaikan kes  berkenaan. Apatah lagi satu dunia tahu, Singapura tidak pernah memberikan sebarang ruang kepada para pengkritik atau mana-mana pihak yang akan memalukan negara pulau itu. Singapura mengamalkan kawalan sepenuhnya ke atas Internet dan tiada sesiapa pun yang mampu terlepas daripada undang-undang mereka, tidak sebagaimana di Malaysia yang kononnya kerajaannya sangat zalim dan penindas!




0 comments:

Blog Archive

Labels