1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Sunday, November 18, 2012

ANWAR PUJUK HATI SENDIRI BILA TENGOK AKAR UMBI PAS MENOLAKNYA!!!

Sunday, November 18, 2012
Anwar kata, peluang ke Putrajaya tidak pernah secerah sekarang. Pendek kata, kalau Najib bubarkan Parlimen hari ini dan pilihanraya dibuat esok, lusa Anwar dah angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh.

Punyalah yakin dan punyalah kemaruknya Anwar untuk terus membodoh-bodohkan orang PAS yang memang telah sedia bodoh.

Bagi yang faham istilah psikologi, Anwar sebenarnya sedang gelabah beruk dan melihat peluangnya untuk bergelar Perdana Menteri telah hancur dan musnah. Dek kerana itulah, dia terpaksa menghiburkan hatinya sendiri dengan cerita-cerita yang menyedapkan hati seperi keyakinannya itu.

Anwar bercakap degar-degar depan orang PAS tentang keistimewaan taukeh-taukeh besar yang diberikan oleh pemimpin UMNO tetapi Anwar tidak pula mahu menceritakan bagaimana untuk berzina dengan isteri kawan baiknya sendiri pun, dia membela taukeh-taukeh besar sewaktu berada di puncak kuasa.

Itu yang orang PAS sendiri cakap. Bukan orang UMNO, bukan juga orang DAP. Anwar tengok ramainya penyokong PAS yang datang memakmurkan Muktamar. Anwar terkenangkan zaman di mana segala tembelang, nanah dan kohongnya belum banyak terbarai.

Kalau orang PAS yang sebegitu ramai dan cukup setia kepada PAS dah cakap macam tu, Anwar tahu dan sedar, mampus hidup balik pun dia tidak akan dapat jawatan yang diidam-idamkannya.

Nak harapkan DAP atau sekutunya di Sabah dan Sarawak? Mereka sendiri pun mempunyai calon sendiri yang lebih mereka yakini berbanding Anwar Ibrahim.

Jadi, Anwar terpaksa pakai modal Nik Aziz untuk sedapkan hatinya sendiri. Namun orang PAS sendiri sudah pun menunjukkan peralihan sikap.

Untuk apa mereka menyokong Anwar Ibrahim kalau Hadi Awang yang merupakan tempat wala' mereka yang dikatakan tsiqah diperkecilkan oleh Anwar dan DAP.

Walhal untuk menjayakan Pakatan Rakyat, semuanya bergantung kepada PAS.

Lainlah kalau Anwar kata, jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan menang, sah akan diberikan kepada PAS dan PAS pula akan diberikan kuota kerusi majoriti untuk ditandingi berbanding PKR dan DAP, mungkin jalan menawan Putrajaya akan lebih cerah.

Kalau tidak, Anwar boleh sembang sajalah macam dia duk sembang kononnya sewaktu dalam penjara dia dah boleh hafal al Quran!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


0 comments:

Blog Archive

Labels