1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Thursday, November 22, 2012

FAEKAH HUSSIN BOCORKAN RAHSIA MAK LAMPIR AMPANG KEPADA SEL13.COM!!!

Thursday, November 22, 2012

Kecoh sungguh di Ampang. Ingatkan blog-blog dan portal-portal yang anti-Pakatan ni, kuranglah dapat perhatian daripada puak-puak baju biru muda mata lebam atau pun baju hijau berserban hijau dan berdarah hijau macam sesumpah. Rupa-rupanya, bila tercetus berita Mak Lampir yang resumenya sangat hebat, tetapi sebenarnya hanyalah penjual buah dan minyak angin, menyebabkan ramai pula yang memperkatakan tentang portal SEL13.COM.

SEL13.COM telah menyiarkan berita perihal kekayaan mendadak Mak Lampir Ampang yang memiliki kenderaan-kenderaan mewah sekalipun baru sahaja menjadi Ahli Parlimen.

Sebahagian daripada para penyokong Mak Lampir di Pandan Indah yang seringkali penulis temui melepak di sebuah restoran mamak, kecoh tentang pendedahan itu. Ingatkan mereka marah kepada Mak Lampir kerana Mak Lampir seringkali jaki dan dengki dengan kekayaan orang lain, sedangkan Mak Lampir sendiri mendadak sahaja kaya-rayanya apabila jadi Ahli Parlimen Ampang.

Rupa-rupanya penyokong-penyokong Mak Lampir yang penulis kenal sebahagian besar daripada mereka, malah berjiran dan seringkali turun dengar ceramah sama-sama, marahkan kepada ORANG YANG MENDEDAHKAN perkara tersebut kepada pentadbir SEL13.COM.

Dan seperti yang penulis duga, para penyokong Mak Lampir itu segera menuduh Faekah Hussin yang empunya angkara. Kata mereka lagi, Azmin Ali tidak mungkin membuat pendedahan dan memalukan Mak Lampir Ampang memandangkan Mak Lampir tersangat bergantung kepada Azmin Ali. Jadi, Azmin Ali buat macam mana pun, Mak Lampir tetap akan bergayut di bulu ketiaknya.

Saingan paling utama Mak Lampir adalah Faekah Hussin, SETPOL Khalid Ibrahim yang sebelum ini berkonfrontasi dengan Mak Lampir dalam beberapa isu. Malahan serangan Azmin Ali yang merupakan sekutu kuat Azmin Ali terhadap Khalid Ibrahim, menyebabkan Faekah Hussin mengambil tindakan balas yang dilihat akan memalukan Mak Lampir, sekaligus menutup mulut lebar Mak Lampir buat sementara.

Dalam hal ini, kata mereka, bukan UMNO yang empunya angkara. Sebabnya, UMNO tidak peduli sangat dengan pemilikan harta mahupun kenderaan bagi mana-mana individu memandangkan orang UMNO selain daripada menjadi pemimpin politik, ada juga bisnes dan urusniaganya yang lain. Sedangkan orang PKR, yang baru keluar dari jerumun babi, tiba-tiba mencanak naik, tentu sekali mempunyai urusniaga luar biasa di belakang kebiasaan mereka.

Dan contoh tersebut terdapat pada Mak Lampir.

Penulis sebenarnya tidak begitu faham apa yang dimaksudkan oleh para penyokong PKR itu. Pada suatu segi, mereka kelihatan sangat taksub dengan Anwar Ibrahim, tetapi dari segi yang lain, mereka bukan main membenci lagi sebahagian pemimpin atau pendokong PKR termasuklah Khalid Ibrahim dan Faekah Hussin.

Namun, timbul juga tandatanya, benarkah Faekah Hussin yang membocorkan rahsia Mak Lampir kepada pengendali atau orang hubungan SEL13.COM? Atau sebenarnya mereka sekadar meneka dalam kesamaran dalam usaha untuk menutup KEMALUAN yang sudah terdedah?

Yang sangat pasti, puak-puak PKR di Ampang dan Pandan Indah, memang terbelah-belah dan terbahagi-bahagi. Masing-masing ada taiko yang dituruti dan mereka saling bersaing untuk mengutip laba di seluruh Ampang dan Pandan Indah dalam sebarang bentuk!!!

0 comments:

Blog Archive

Labels