IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, November 17, 2012

KETUA PENGARAH KEMENTERIAN KESIHATAN YANG DITANGKAP KHALWAT, AKAN MASUK SALAH SATU PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT!!!

Saturday, November 17, 2012

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Hasan Abdul Rahman telah diarahkan bercuti sehinggalah nasibnya ditentukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berhubung kes khalwat yang dihadapinya.

Ketua Setiausaha, Ali Hamsa berkata, keputusan itiu akan dibuat oleh Lembaga Disiplin Suruhanjaya. Menurutnya lagi, tindakan disiplin akan diambil selepas prosiding jenayah di bawah Peraturan Penjawat Awam 1983.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan itu telah didapati bersalah, berkhalwat dengan seorang wanita bernama Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hasan, 36. Kedua-duanya dituduh berkhalwat di sebuah  bilik di Pullman Putrajaya Lakeside Resort lebih kurang jam 2:00 pagi.

Sementara itu, Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, nasib Hasan akan diputuskan sewaktu mesyuarat Suruhanjaya itu di Sabah, Isnin ini. Menurut Mahmood, enam tindakan disiplin boleh diambil terhadap Hasan dan pasangan khalwatnya.

Kedua-duanya boleh diberikan notis amaran, penurunan pangkat, pembekuan kenaikan gaji, hilang peluang kenaikan pangkat, ditahan tugas atau yang akhir sekali, dipecat.

Nampaknya, akan adalah seorang lagi 'bekas' Pegawai Tinggi Kerajaan yang akan masuk PAS, PKR atau pun DAP. Mungkin bukan dalam masa terdekat, tetapi dalam tempoh satu atau dua tahun lagi, kita boleh mendengar cerita tentang Hasan Abdul Rahman...

Bukankah sudah menjadi trend, bekas pegawai-pegawai kerajaan yang bermasalah sepanjang mereka bertugas dan memegang jawatan, akhirnya memilih Pakatan Rakyat untuk menentang Kerajaan yang sebelum itu  menjadi majikan mereka?



1 comments:

Anonymous said...

Org mcm ni jgn diterima masuk PR..kerana dia yg mencari masalah sendiri.
..tak layak berada dlm PR....

Blog Archive

Labels