iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, November 20, 2012

KUT YER PUN NAK BIDAS NIK AZIZ, TAK PAYAHLAH ARTIS LELAKI NI MENGAKU MURTAD! NI APA PUNYA HAMLAU!!!

Tuesday, November 20, 2012

Kengkadang manusia bercakap bukan berdasarkan ilmu tetapi lebih banyak mendasarkan kepada nafsu dan kejahilan. Tak kisahlah sama ada cakap-cakap itu berdasarkan cakap-cakap agama, mahupun cakap-cakap yang tidak berkaitan dengan agama. Tak kisahlah sama ada cakap-cakap itu cakap-cakap politik, atau cakap-cakap kedai kopi.

Itu yang berlaku kepada seorang artis yang dilihat cuba membela UMNO dan Barisan Nasional. Niatnya barangkali cuba membidas kembali kenyataan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa UMNO MURTAD yang kemudian dinafikan oleh Nik Aziz sendiri. Bagaimanapun, kegelinciran lidahnya yang terdorong dek emosi dan kedangkalan tentang ilmu akan merosakkan dirinya sendiri sekiranya dia berasa bongkak dengan kenyataannya itu.

Bab Murtad, Kafir, dan seangkatan dengannya jangan dibuat main-main. Akidah bukannya datang secara automatik seperti status Melayu dalam Perlembagaan Malaysia. Dan kalaupun Melayu dalam Perlembagaan Malaysia merupakan penganut agama Islam yang tidak dibenarkan murtad, ianya tidak akan diperkukuhkan kecuali amal soleh, sama ada daripada tutur kata, amali, ilmu pengetahuan mahupun  keteladanan.

Mencari Islam tidak bermakna sekadar mahukan hukum hudud. Berada dalam Islam tidak bermaksud, mengisi borang PAS dan menjadi ahli PAS. Berada dalam rahmat Allah Taala menerusi agama-Nya, tidak bermakna terpacak terdongak di tengah-tengah padang mendengar temberang orang politik yang sedang mencari kuasa.

Islam maknanya, perlu kembali kepada fitrah roh menerusi Perjanjian Roh sebagaimana yang termaktub dalam ayat 172, Surah Al-A'raaf. Dan kembali kepada Allah Taala, tidak boleh dibuat menerusi menjadi ahli kepada mana-mana parti politik sekalipun parti berkenaan berjenama Islam dan para pemimpinnya dikatakan alim ulama kerana parti politik bukannya Allah Taala, sebaliknya hanyalah makhluk. Beriman kepada Allah Taala, bermakna hanya Allah Taala semata-mata tanpa disekutukan dengan makhluk, baik dalam bentuk pemimpin-pemimpin politik, dogma dan doktrin politik, apatah lagi parti politik.

Semoga Azhar Sulaiman memohon taubat dan mengakui kegelinciran lidahnya seraya memantapkan amal soleh dan ilmu dalam hal akidah. Dan semoga, mereka yang melihat parti politik sebagai penyelamat dan pemberi syafaat kepada mereka di Padang Mahsyar, akan segera bertaubat dan kembali mencari punca TALI ALLAH TAALA tanpa mudah ditipu dan diperdayakan oleh Iblis Laknatullahu Alaih!

0 comments:

Blog Archive

Labels