IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, November 20, 2012

LEE CHONG WEI DIPAKSA ROSMAH MANSOR UNTUK MEMBELANYA!!!

Tuesday, November 20, 2012

Kalau setakat blog gossip, apa nak heran apabila tulisan-tulisan tentang Rosmah Mansor dibuat. Tetapi apabila berita-berita berkenaan dimuatkan dengan tujuan untuk menjatuhkan sebuah kerajaan, menerusi fitnah terhadap isteri seorang Perdana Menteri dan Presiden parti, ia dilihat amat mengecewakan memandangkan blog-blog yang sama jugalah yang cukup kuat melalak apabila anak Lim Guan Eng diberitakan pernah mencabul rakan perempuan sekelasnya sehingga perlu ditukar sekolah. Malah blog-blog yang sama jugalah yang cukup kuat mempertahankan isteri Ketua Umum PKR, walaupun isteri Ketua Umum PKR itu adalah seorang ahli politik dan Presiden parti.

Tohmahan kononnya Rosmah Mansor gila kuasa, sudah terlalu kerap didengar. Puak-puak penyokong Pakatan Rakyat sentiasa menggambarkan Rosmah Mansor adalah pemerintah sebenar negara ini manakala suaminya, Najib Abdul Razak hanyalah Perdana Menteri bayangan. Setiap tutur kata Najib Abdul Razak, kata mereka, adalah tutur kata Rosmah Mansor. Setiap apa yang dilakukan atau diumumkan oleh Najib Razak kepada rakyat Malaysia, sebenarnya adalah perbuatan dan pengumuman Rosmah Mansor.

Malah yang paling teruk lagi ialah apabila belanjawan negara juga telah ditentukan oleh Rosmah Mansor.

Begitulah hebatnya Rosmah Mansor ditohmah dan difitnah oleh puak-puak pro-Pakatan Rakyat!

Ramai yang terpengaruh dengan cerita-cerita kotor tentang Rosmah Mansor. Tetapi sesuatu yang berlaku ada hikmah-Nya. Allah Taala tidak pernah membiarkan sebarang penganiayaan berlaku kepada hamba-hamba-Nya begitu sahaja kerana janji-Nya ialah kebenaran akhirnya mengatasi kebatilan.

Apabila sudah terlalu lama dan terlalu banyak cerita tentang keburukan Rosmah Mansor diuar-uarkan selama ini, maka kebenaran terkuak sedikit demi sedikit. Sebabnya, bila sesuatu itu dicetuskan, maka minat manusia pun lazimnya akan bertambah untuk mengetahuinya.

Bermula dengan HEBATNYA ROSMAH MANSOR melakukan pembunuhan sehinggalah tunjuk kuasa untuk duduk di tengah-tengah antara pasangan pengantin, Lee Chong Wei dan isterinya, ternyata angkara fitnah terhadap wanita berkenaan, dilihat sudah terlalu amat keterlaluan.

Ketika Rosmah Mansor dikatakan nak tengok sendiri mayat wanita Mongolia berkenaan dilupuskan dan diletupkan di dalam sebuah hutan, Rosmah Mansor sebenarnya berada di dalam sebuah majlis bersama-sama anak-anak yatim.

Ketika Rosmah Mansor dikatakan memiliki sebentuk cincin permata berharga RM24 juta, cincin berkenaan sudah pun berada di New York dan kembali ke tangan pemiliknya, sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang menjual cincin serta batu-batu permata berharga.

Ketika Rosmah Mansor dikatakan gila glamour dan menyelit di tengah-tengah pasangan pengantin, akhirnya tuan empunya badan membuat pendedahan bahawa, dia sendiri yang meminta kedudukan tersebut, dan keluarga kedua-dua belah pihak (pasangan pengantin) yang meletakkan kerusi untuk diduduki oleh Rosmah Mansor dalam majlis berkenaan.

Apa lagi yang para pecacai Pakatan Rakyat hendak tohmahkan dan fitnahkan terhadap wanita bernama Rosmah Mansor itu?

Takkanlah mereka sanggup pula mengatakan, Rosmah Mansor telah membayar Lee Chong Wei untuk membuat pembelaan ke atas dirinya?  Takkan nak mengatakan Lee Chong Wei gelap mata dan takut kena bom sampai terpaksa membuat pengakuan kepada krew Perak Today?

Kepada pecacai Pro-Pakatan Rakyat... sudah-sudahlah cerita tentang Rosmah Mansor. Tak ada sebarang faedah pun yang anda dapat sebab kebanyakan cerita tentang Rosmah yang disiarkan, sebenarnya lebih menunjukkan kelas pemikiran yang sangat cetek kerana Rosmah bukanlah orang politik, bukan juga orang berniaga dan tidak ada kena-mengena dengan pentadbiran negara pun.

Rosmah Mansor bukannya Wan Azizah Wan Ismail yang boleh berlakon mengalirkan air mata atau bersandiwara seperti seorang ibu yang penyayang atau seorang isteri yang tabah... dan Rosmah Mansor tidak ada menampakkan bayangan pun untuk bertanding dalam PRU seperti yang Wan Azizah Wan Ismail lakukan....


2 comments:

BOB MALAYA said...

Dah terkena btang hidung sendiri puak-puak pencacai pr..kebodohan pr semakin ketara menjadi isu rosmah sbagai bahan cacian dan ketandusan isu sehingga memakan diri sendiri..segala kebenaran sudah terbukti puak-puak pr berhati busuk demi menjayakan agenda jahat mereka.bila tiba isu anwar dan nurul kenapa memptahan sedang kan ia salah dari ajaran islam..nampaknya mereka semakin sesat

BOB MALAYA said...

Dah terkena btang hidung sendiri puak-puak pencacai pr..kebodohan pr semakin ketara menjadi isu rosmah sbagai bahan cacian dan ketandusan isu sehingga memakan diri sendiri..segala kebenaran sudah terbukti puak-puak pr berhati busuk demi menjayakan agenda jahat mereka.bila tiba isu anwar dan nurul kenapa memptahan sedang kan ia salah dari ajaran islam..nampaknya mereka semakin sesat

Blog Archive

Labels