1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, November 10, 2012

MAT PENYEMBAH ANWAR IBRAHIM BERANG DAN TUDUH PAS TERENGGANU SABOTAJ ANWAR DI TERENGGANU!!!

Saturday, November 10, 2012

Maka, berceramah dan berkempenlah Anwar Ibrahim di Terengganu dengan harapan, Terengganu akan menyumbang kerusi untuknya menjadi Perdana Menteri, jawatan yang amat diidam-idamkan sehingga dia sanggup bersekongkol dengan Zionis dan sanggup pula menjadi budak mereka.

Sayang seribu kali sayang, yang diharapkan sambutan meriah, rupa-rupanya Anwar Ibrahim telah diberikan penerangan atau mempunyai keyakinan palsu. Sabutan yang diberikan kepadanya tidak seramai mana. Maka terpaksalah Anwar Ibrahim mengarahkan agar bas mewah Jelajah Merdeka yang ada cat merah kesan balingan penentangnya, membawa bas berkenaan ke pasar malam sepertimana yang diLAPORKAN OLEH DINTURTLE.

Mujur ada pasar malam... kalau tidak, meroyanlah Anwar bercakap sorang-sorang dalam kegilaannya nak jadi Perdana Menteri!

Menariknya, ada pula si penyembah Anwar Ibrahim yang tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Mangkuk berkenaan yang sudah mentekedaghah banyak sangat duit Anwar Ibrahim, menyalahkan PAS Terengganu. Kononnya, PAS Terengganu telah mensabotaj Anwar Ibrahim.

Seperti yang diketahui, mamat mangkuk tingkat berkenaan sudah terlalu lama berdendam dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kerana KERAJAAN PERPADUAN. Nampaknya mamat mangkuk tingkat itu menggunakan kesempatan ini untuk menuduh Hadi Awang dan Mustafa Ali sabotaj Anwar Ibrahim yang telah menjadi tuannya. Apatah lagi, semasa Anwar berceramah, tidak pula kelihatan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut.

Betul ke PAS Terengganu sabotaj Anwar Ibrahim?

Kalau dah betul Anwar Ibrahim hebat sangat dan PKR Terengganu cukup kuat, mengapa pula mengatakan PAS Terengganu sabotaj? Keluarkan sajalah kekuatan PKR dan Anwar Ibrahim di Terengganu. Mengapa diharapkan kekuatan PAS, sedangkan PAS selama ini sentiasa perlu akur dengan kehendak Anwar Ibrahim.

Kesian... tetapi memang mangkuk hayun tu masih tidak segan-segan nak tunjuk yang Hadi Awang dan PAS sebenarnya tidak boleh dipercayai. Kalau DAP, bukan main lagi dia puji meratib dan mendikirkan para pemimpin DAP!

0 comments:

Blog Archive

Labels