IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, November 19, 2012

MENTERI BESAR KEDAH, AZIZAN ABDUL RAZAK AKHIRNYA KE MAHKAMAH KERANA TULAH MADRASAH SALIHIAH!!!

Monday, November 19, 2012


Pada 25 Oktober lalu, portal ini telah menyiarkan laporan tentang Menteri Besar Kedah yang enggan menghadirkan diri ke mahkamah berhubung sebutan kes Madrasah Salihiah tanpa sebarang alasan (BACA DI SINI). Namun pada hari yang sama, Azizan Abdul Razak kelihatan cukup sihat ketika majlis penyerahan lembu-lembu korban di Stadium Suka Menanti. Sedangkan Azizan adalah defendan dalam kes Madrasah Salihiah. 
Isu Madrasah Salihiah masih lagi berpanjangan dan berlarutan ekoran perampasan tanah berstatus WAQAF KHAS untuk diserahkan kepada sebuah syarikat pemaju dari Singapura. Status tanah tersebut kemudiannya telah diubah, manakala fatwa Mufti Kedah telah 'diperbaharui' untuk menghalalkan pencerobohan dan pencabulan berkenaan.
Bagaimanapun, hari ini, Azizan Abdul Razak kehilangan penasihat, sekaligus menyebabkan dia terpaksa hadir ke Mahkamah Tinggi Alor Setar susulan saman perintah komital kerana menghina mahkamah berhubung isu Madrasah Salihiah. Menteri Besar Kedah yang dinamakan sebagai defendan pertama kes, tiba jam 9:30 pagi sebelum menyertai perbicaraan dalam kamar setengah jam kemudian. 
Hadir sama mengiringinya adalah Ketua Pembantu Tadbir Bahagian Kewangan Negeri, Ahmad Sazali Md. Noor. 
Waris-waris pemilik asal tapak Madrasah Salihiah di Kanchut telah memperolehi kebenaran bagi mendapatkan perintah komital terhadap Menteri Besar Kedah atas dakwaan menghina mahkamah. Peguam mereka, Ameir Hassan berkata, perintah itu dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Alor Setar, See Mee Chun pada 10 Oktober lalu. Menurutnya... SAMBUNG BACAAN DI SINI

0 comments:

Blog Archive

Labels