IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, November 19, 2012

M.MANOHARAN TUNTUT NAJIB MELUTUT MINTA MAAF KEPADA HINDRAF DULU, BARU HINDRAF BOLEH JUMPA NAJIB!!!

Monday, November 19, 2012

ADUN Kota Alam Shah, M.Manoharan yang juga merupakan penasihat undang-undang HINDRAF menyatakan bahawa Najib Abdul Razak perlu melutut meminta ampun dan maaf kepada masyarakat India terlebih dahulu kerana polisi dan dasar UMNO yang mengenepikan kaum India selama 55 tahun sebelum boleh berjumpa Hindraf.

Wah, hebatnya HINDRAF!

UMNO amalkan dasar perkauman terhadap masyarakat India?

Gamaknya, si M.Manoharan ini asalnya dari mana? Adakah yang memberikan kerakyatan kepada datuk dan neneknya suatu ketika dahulu, penguasa alam dewa? Bukankah UMNO dan orang Melayu yang telah bersetuju untuk menerima kehadiran masyarakat India di Tanah Melayu sebagai sebahagian daripada rakyat negara ini semata-mata untuk mendapatkan kemerdekaan walaupun orang Melayu dan Bumiputeralah yang paling banyak berkorban darah, air mata dan keringat?

Kata Manoharan, UMNO secara sistematik telah mengenepikan masyarakat India yang kuat bekerja dan menjadi penggerak ekonomi menjadi sebuah 'masyarakat yang dilupakan' menerusi polisi etnik dan agama.

Kalau tak salah, Manoharan adalah seorang peguam. Agak aneh, bagaimana seseorang dari masyarakat India yang diketepikan oleh UMNO yang merupakan parti dominan dalam Barisan Nasional yang memerintah negara, boleh menjadi seorang peguam. Dari mana pula Manoharan memperolehi pendidikan sehingga membolehkan dia menjadi seorang peguam? Dari mana pula ibu bapanya memperolehi wang, kalau mereka telah diketepikan dan bagaimana dia boleh memperolehi lesen guamannya jikalau dikatakan telah diketepikan?

Kata Manoharan lagi, Najib seharusnya tahu apa masalah masyarakat India. Jadi, Najib tidak perlu menemui mana-mana badan atau pertubuhan yang mewakili masyarakat India kerana masalah tersebut boleh diselesaikan sendiri oleh Najib.

Menurutnya lagi, masyarakat India telah diketepikan hak kerakyatan, pendidikan awam, peluang pekerjaan, perniagaan, pertanian, perumahan, kebebasan beragama dan berbudaya serta pemilikan tanah. Dia juga menuduh polis telah membunuh orang India dalam lokap dan menembak untuk membunuh ketika berhadapan dengan suspek jenayah dari masyarakat India.

Dengan kuil dan tokong Hindu yang bersepah-sepah di sana sini, di mana asas dakwaan Manoharan tentang kebebasan beragama dan berbudaya masyarakat India yang telah dinafikan oleh UMNO? Dengan sekolah vernakular yang diberikan bantuan, apa asas yang diutarakan oleh peguam RASIS ini untuk membenarkan dakwaannya?

Malaysia adalah negara terbuka, sekalipun hak keistimewaan diberikan kepada masyarakat Melayu-Bumiputera dan umat Islam. Sesiapa pun boleh berjaya. Buktinya, pemilikan tanah sekarang ini dikuasai oleh orang Cina. Sektor ekonomi dikuasai dan dimiliki oleh masyarakat Cina. Sepuluh orang terkaya di Malaysia dikuasai oleh lapan orang Cina, seorang India dan seorang Melayu.

Di India sendiri pun, Kerajaannya tidak menyuap dan memanjakan rakyatnya sebagaimana yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia. Mimpi ke wakil DAP ini yang sedang kemaruk untuk menjadi juara kaumnya?

Dan terlebih-lebih aneh, bagaimana pula dikatakan masyarakat India terpinggir, kalau Manoharan sendiri merupakan salah seorang wakil rakyat yang seharusnya menjadi wakil kepada setiap rakyat di kawasannya bagi menyelesaikan sebarang masalah berbangkit?

Atau barangkali Manoharan sudah terlupa yang dia adalah dari kaum India?

1 comments:

wasim46 said...

Pergi mati la dgn keling ni aku sanggup kebulude merendahkan diri pada dajal dajal ni

Blog Archive

Labels