IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

BLOG INI MENYOKONG 1M4U

Monday, November 19, 2012

NAH HAI, PAS CUMA MELACURKAN ARTIS SEMATA-MATA!!!

Monday, November 19, 2012

Lujnah Seni dan Budaya PAS yang baru ditubuhkan 3 bulan lalu, berperanan sebagai BAPA AYAM semata-mata dan tidak akan membenarkan mana-mana artis yang menyertai PAS untuk menjadi ahli politik. 

Itu yang diakui sendiri oleh Pengarah Lujnah Seni dan Budaya PAS dalam ceramahnya di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan, Pengkalan Chepa. 

Jadi, kalau Abby Abadi atau Aishah atau Hairie Othman mahupun Bob Lokman apatah lagi Leman Raja Lawak bercita-cita nak jadi wakil rakyat, maka faham-fahamlah mereka bahawa, mereka tidak layak untuk menjadi INSTANT POLITICIAN bagaikan yang dikata oleh Pengarah Lujnah berkenaan. Sebaliknya, mereka hanya perlu terus melacur dan melacur bagi mendapatkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada PAS. 

Yang menjadi masalahnya ialah, kehidupan artis ada pasang surutnya. Mereka tidak selamanya popular dan dikenali. Kurang pembabitan dalam dunia seni suara, mahupun lakonan, maka mereka pun hilang ghaib dan nama mereka akan membuatkan golongan muda yang meminati bidang-bidang berkaitan, akan menggaru-garu kepala. 

Apakah ini bermakna, apabila artis terbabit sudah tidak mampu memberikan input kepada PAS, maka mereka akan diterajang seperti kertas buruk di tepi jalan? Atau mereka akan dihalau keluar dari PAS dan tidak lagi dijadikan penyeri pentas-pentas ceramah PAS seperti anjing buruk kepala?

Alahai... baru beberapa hari lepas, Bob Lokman bukan main mengutuk lagi Najib Abdul Razak kerana kononnya penubuhan Yayasan Artis 1Malaysia yang katanya, hanya bertujuan untuk menarik sokongan artis kepada Barisan Nasional. 

Alih-alih, cepat pula Allah Taala tunjukkan tembelang PAS yang sekadar menjadikan artis sebagai pelacur untuk kemenangan parti berkenaan. 

Anda tonton sendirilah klip video ini;


0 comments:

Blog Archive

Labels