1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, November 19, 2012

NIK AZIZ TAK KATA UMNO MURTAD SEBAB TU DIA NAK SAMAN UTUSAN!!!

Monday, November 19, 2012


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, laporan muka depan sebuah akhbar berkenaan "Umno murtad" hari ini satu pembohongan dan fitnah terbaru ke atas beliau.

Sehubungan itu kata Nik Aziz, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berkenaan.

"Tajuk muka hadapan Utusan Malaysia hari ini yang menulis 'Nik Aziz dakwa Umno murtad" adalah satu pembohongan yang besar ke atas saya.

"Barangkali gaji mereka yang bertanggungjawab menabur fitnah ini cukup besar sehingga berbaloi utuk menebus dosa akibat fitnah. Insya-ALLAH saya akan mengemukakan saman ke atas fitnah terbaru ini," kata beliau di laman sosial Facebook hari ini.

Pada rakaman video yang dimaksudkan dibawah Nik Aziz berkata "Baik, bila Umno buang Islam, maka, Umno ugama apa ? saya ulang sekali lagi, bila Umno tolak Islam dalam dasar hidup dia, maka ugama apa yang Umno pakai ?, ugama Islam ke Al-Quran...Bila Umno tolak Islam dalam dasar parti dia, maka Umno samada Kristian ke, Buddha ke atau tiada agama"

"Timbul masalah murtad, murtad ni khabarnya orang kristian paderi-paderi dia, saya nak kata tidak, yang menjadi orang Melayu murtad ni kerana orang Melayu sendiri perlekeh Islam, Umno tolak Islam maka nampak dia memperlekehkan Islam"

"Umno tolak Islam maka nampak dia memperlekeh Islam, dia buang Islam macam benda sudah habis tempoh, macam ubat sudah habis tempoh, buang,".

UMNO TOLAK ISLAM, sebenarnya apa hukum mereka yang menolak Islam ?, dan apa yang Nik Aziz maksudkan dengan  'UMNO TOLAK ISLAM', Nik Aziz ni banyak main dengan Islam, secara jujurnya pada hari ini tidak ada bezanya Umno dan Pas, apa lebihnya Islam yang diperjuangkan oleh Pas ?

Islam gapo hok Pas perjuang ni, acu oyak mari, biar khabar sikit gak, kalu ore sumpoh kato ore kure ajar, padahal kito hok tuo tu berehi kecep bodo, bodo, bodo..


SUMBER: GELOMBANG KICK

2 comments:

Anonymous said...

Pok nik ni confirm nyanyuk tahap antarabangsa.

Anonymous said...

Kecek ikut sedap hati. Dia dok perlekeh Nabi Kata Nabi mamat kampong tak apa. Bahasa yg dia guna tak comel. TGNA, belajar gok Bahasa Malaysia yang betul. Cakap mesti jelas. Semua yg keluar daripada mulut pewaris nabi akan di quote oleh orang. Jadi sebelum cakap harap TG fikir betul-betul dulu.

Blog Archive

Labels