iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Wednesday, November 21, 2012

OOOO... MAK LAMPIR BELI KERETA MEWAH GUNA AP RUPA-RUPANYA!!!

Wednesday, November 21, 2012

Pendedahan yang dibuat oleh portal SEL13.COM tentang Mak Lampir Ampang, Zuraidah Kamaruddin, rupa-rupanya membuatkan Ketua Wanita PKR yang busuk hati perutnya itu, tersentak. Lakonannya selama ini telah terbongkar, dan apabila dia memberikan penjelasan bagaimana dia boleh mengumpulkan kereta-kereta mewah dalam tempoh empat tahun bergelar Ahli Parlimen, sekali lagi penjelasannya mendedahkan kemunafikannya sendiri.

Kata Mak Lampir, sebelum dia jadi Ahli Parlimen, dia memang dah ada kereta lebih dari sebiji. Bagaimanapun dia tidak menafikan yang keretanya cumalah berjenama Kancil tetapi menambah, dia membeli Toyota Hilux dengan 'trade-in' kereta NAZA, kononnya untuk memudahkan dia melawat kawasan. Manakala sebuah lagi Toyota Hilux, dibeli oleh seorang kawannya dengan menggunakan namanya kerana nama kawannya itu telah disenaraihitamkan.

Mak Lampir boleh cakap atau memberikan penjelasan apa-apa sahaja tentang pemilikan kenderaan-kenderaannya itu. Sebenarnya tiada sesiapa pun yang kisah kerana ini negara Malaysia. Dan Malaysia adalah sebuah negara terbuka. Siapa yang kuat berusaha - tak kiralah dengan jalan apa usahanya itu - akan dapat mencapai cita-cita yang diidamkan.

Selama ini, Mak Lampir sering memberitahu orang ramai kononnya, Malaysia zalim, kerajaan UMNO penindas, UMNO menyekat orang Melayu maju, UMNO itu UMNO ini tetapi Mak Lampir sendiri telah membuktikan, biarpun berstatus pendatang yang diberikan kerakyatan, Mak Lampir boleh memiliki kekayaan dan kemewahan tanpa diganggu gugat oleh mana-mana orang tempatan.

Dan yang lebih menarik ialah, dalam ceramah bukan main lagi Mak Lampir menceritakan tentang salah guna dan salah laku, terpekik terlolong tentang AP kereta yang kononnya dibolot dan hanya dinikmati oleh orang-orang tertentu.

Alih-alih Mak Lampir sendiri beli kereta menggunakan AP yang diperuntukkan untuk Ahli Parlimen. Pandai pulak Mak Lampir ambil kesempatan dengan keistimewaan yang diberikan dan diperuntukkan kepada Ahli-Ahli Parlimen.

Sepatutnya kalau tak suka, tak payahlah gunakan AP tu. Pulangkan balik dan beli kereta sebagaimana orang biasa beli.

Tapi rupa-rupanya makhluk bernama Mak Lampir asal pendatang ini adalah manusia munafiq. Kena kat orang, dialah yang paling kuat terpekik terlolong. Kena kat batang hidung sendiri, orang lain pula yang dipersalahkan.

0 comments:

Blog Archive

Labels