1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Wednesday, November 21, 2012

RONNIE LIU SALAHKAN PDRM KERANA BANYAKNYA PUSAT MAKSIAT DI SELANGOR!!!

Wednesday, November 21, 2012

Ketika ditanya oleh ADUN Lembah Jaya dari PAS, Khassim Abdul Aziz, mengapa banyak sangat pusat urut kaki yang tidak dipantau oleh Kerajaan Negeri sehingga yang diurut bukan lagi kaki sebaliknya 'benda-benda' lain, jawapan Ronnie Liu, mudah dan pantas.

PBT katanya tidak mempunyai anggota penguatkuasaan yang cukup. Dia dah keluarkan arahan bahawa pemantauan dibuat sepanjang masa dan yang salah adalah PDRM kerana kurang memberikan kerjasama kepada pihak PBT untuk menjalankan operasi pencegahan terutama penguatkuasaan.

Ini baru betul punya putar belit!

Premis dan lesen, dikeluarkan oleh PBT. Yang tidak berlesen pun, di bawah bidang kuasa PBT tetapi yang cuba disalahkan oleh Ronnie Liu adalah polis?

Pusat kegiatan maksiat telah menjadi industri utama Selangor semenjak Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Negeri. Dalam tempoh empat tahun sahaja, jumlahnya meningkat berpuluh-puluh kali ganda.

Sebelum ini, Ronnie Liu menafikan yang Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat telah mengeluarkan lebih banyak lesen kepada pusat-pusat urut terbabit. Sebaliknya menyatakan, kesemua lesen-lesen berkenaan telah dikeluarkan oleh pentadbiran terdahulu.

Sama ada telah dibutakan matanya, atau Ronnie Liu cuba untuk membodohkan rakyat Selangor, pertumbuhan pusat-pusat maksiat di Selangor, ketara peningkatan jumlahnya sebaik-baik sahaja dia menjadi Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan. Malah ramai yang berpendapat, Ronnie Liu sebenarnya ada saham dalam kewujudan pusat-pusat maksiat tersebut seiring dengan peningkatan jumlah hotel-hotel bajet yang dikatakan sebagai tempat 'money laundering' daripada kegiatan haram di seluruh Selangor.

Alasan-alasan yang diberikan oleh Ronnie Liu sekadar satu bentuk alasan untuk menyelamatkan diri. Dan ianya tidak akan menjejaskan atau mengubah apa-apa terutama industri maksiat di Selangor selagi Pakatan Rakyat menjadi kerajaan di negeri ini.

0 comments:

Blog Archive

Labels