1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, November 20, 2012

TERESA KOK BERKOKOK-KOKOK TERBATUK-BATUK!!!!

Tuesday, November 20, 2012

Dia dianggap sebagai orang yang pailng berkuasa di Selangor. Kuasanya mengatasi kuasa Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim. Malah kuasanya juga meliputi segala portfolio yang ada di Selangor, termasuklah SUK Negeri.

Di kalangan para pemimpin DAP Selangor, nama Teresa Kok dilihat sebagai MONSTER yang boleh membaham dan memusnahkan mereka sekiranya mereka sengaja mencari fasal dengan Ahli Parlimen Seputeh dan ADUN Kinrara itu.

Antara mereka yang pernah menerima akibat dari tangan Teresa Kok adalah Ronnie Liu, seorang lagi panglima besar DAP yang cukup berkuasa di Selangor, tetapi kuasanya terbatas kerana dia dilihat pengancam kepada kewujudan dan kelangsungan kuasa Teresa Kok.

Selama lebih empat tahun, Teresa Kok bermaharajalela dengan memegang telur Khalid Ibrahim, akhirnya suara-suara tentangan dari dalam DAP Selangor sendiri, mulai kedengaran. Walaupun dilihat suara-suara tersebut merupakan suara ghaib Speaker DUN Selangor, Teng Chang Kim, namun kewujudan mereka kembali menjarakkan jurang krisis dalaman DAP.

Tan Tuan Tat, bekas Pengerusi Cawangan DAP Sungai Pelek, mendesak agar Teresa Kok melepaskan jawatan memandangkan Exco Kanan Selangor itu tidak sahaja gagal menjalankan tugas, malahan telah menggunakan kuasanya untuk mengembongkan tembolok kroni-kroninya.

Dari masalah banjir, sampah, tikus, sehinggalah masalah Talam Corporations, SELCAT yang dah nak mampus, sehinggalah masalah rasuah yang bermaharajalela di Selangor sepanjang empat tahun Pakatan Rakyat menjadi kerajaan, Tan Tuan Tat melihat Teresa Kok sebagai punca dan masalah utama.

Teresa Kok beberapa bulan lepas dalam usaha memalukan Tan Tuan Tat berkata, bekas Pengerusi Cawangan DAP itu telah dipecat dari parti kerana tidak amanah. Bagaimanapun, Tan Tuan Tat menempelak Teresa Kok mengatakan, bagaimana dia boleh dipecat sedangkan dia terlebih dahulu meletakkan jawatan dan keluar dari parti?

Walaupun pada permukaan DAP kelihatan seperti sebuah parti yang teguh namun, ramai yang dapat melihat bagaimana pembunuhan karektor sedang dilakukan oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin DAP Selangor sesama sendiri.

Desakan Tan Tuan Tat mempunyai kaitan yang cukup kuat dengan Teng Chang Kim, ketua satu lagi fraksi DAP selepas kem Teresa Kok dan Ronnie Liu serta soldier of fortune, Janice Lee!!!

0 comments:

Blog Archive

Labels