iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, December 31, 2012

APA ADA PADA TAHUN BARU 2013?

Monday, December 31, 2012
Ketika artikel ini ditulis, penulis berada di tengah-tengah kota memerhatikan laluan dan halatuju masyarakat negara ini, khususnya golongan muda yang begitu gembira menyambut kedatangan Tahun Baru Gregorian 2013 selepas ramalan seorang Hippies yang kononnya berdasarkan ketepatan kalendar kaum Maya, bumi akan kiamat pada 21 Disember lalu, meleset sama sekali.

Paling menarik ialah bilamana yang paling terkinja-kinja sekali adalah ANAK-ANAK MELAYU dan BUMIPUTERA.

Jangan pergi jauh... Cukup sekadar menjenguk KLCC dan MIDVALLEY. Dua buah gedung perniagaan yang sangat hebat dan sangat mewah. Tak perlulah kita memikirkan tentang THE PAVILLION atau THE CURVE yang sudah-sudah tentu tak tercapai dek akal dan pemikiran.

Tahun baru muncul lagi. Namun sepanjang beberapa sambutan tahun baru, berapa banyak outlet atau premis di gefung-gedung hebat itu meletakkan MELAYU dan BUMIPUTERA sebagai peniaga utamanya?

Atau adakah MELAYU dan BUMIPUTERA sekadar jadi pelenggak, pengguna, pembeli dan pembangga semata-mata kerana kewujudan gedung-gedung berkenaan, sedangkan hakikatnya mereka sekadar malukut tepi gantang atau anjing kurap buruk kepala yang wujudnya adalah kerana perlu wujud agar tidak dilabelkan sebagai PEMBERSIHAN ETNIK?

Dari setahun ke setahun, MELAYU-BUMIPUTERA sekadar SERONOK BODOH dengan generasi mudanya terus dibuai angan-angan dan mimpi-mimpi indah. Kalau tidak dengan angan-angan Melayu kuasai ekonomi, mereka diangan-angankan pula dengan kisah dongeng tentang Islam menerusi parti politik yang jangka hayatnya hanya lima tahun paling maksimum.

Dengan pelbagai tongkat sakti diberikan dan diwujudkan oleh kerajaan, ramai MELAYU-BUMIPUTERA sekadar menunggu untuk disuap sampai ke perut dan apabila mereka tidak dapat apa yang mereka hendak, mereka pun tuding kepada semua pihak yang dirasakan bersalah.

Sedangkan hakikatnya MELAYU-BUMIPUTERA di Malaysia terlalu selesa dan beranggapan mereka berada dalam ZON SELAMAT dan apa yang mereka nikmati hari ini tidak akan hilang.

Dan sek kerana itulah, tahun baru Gregorian pun mereka sambut dengan penuh gembira kerana menyifatkannya sebagai satu perayaan dan hari berlibur semata-mata. Walhal tanpa sedar, tatkala mereka berhibur dan berlibur, orang lain yang sedang untung besar. MELAYU-BUMIPUTERA kekal sebagai PAK KADOK YANG BERSORAK RIANG SEBAB AYAM LAGANYA MENANG TANPA SEDAR SELUAR DAN BAJU KERTASNYA SUDAH KOYAK RABAK!!!

Berseronoklah MELAYU-BUMIPUTERA dengan sambutan Tahun Baru!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


0 comments:

Blog Archive

Labels