1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Thursday, December 6, 2012

BERKAT KETAYAP DI ATAS KEPALA, PASU YANG DIBALING KE KEPALA HANYA MENGGURIS SEDIKIT KULIT KETUA CAWANGAN PAS GOMBAK UTARA!!!

Thursday, December 6, 2012

Rahsia Kepiah Putih yang diagung-agungkan oleh Mat Sabu, akhirnya terbongkar!!!

Bayangkanlah, pasu yang dibaling oleh penyokong-penyokong UMNO, hanya melukakan sedikit sahaja kepala Ketua PAS Cawangan Kampung Gombak Utara, Haider Samsuddin. Barangkali berkat tok wali yang bertenggek atas kopiah putih dan janggut yang lebih menyerupai janggut kambing yang tidak terurus berbanding janggut sunnah Rasulullah s.a.w, atau barangkali disebabkan keahliannya dalam PAS telah menyelamatkan kepalanya daripada retak atau hancur dibaham pasu yang dibaling.

Haider Samsuddin mendakwa, dia telah terkena objek balingan para penyokong UMNO dalam pergaduhan di Batu 8 1/2, Gombak dua malam sudah. Objek tersebut dipercayai PASU!

Tidak hairanlah, Mat Sabu marah sangat apabila Najib Abdul Razak dan para pemimpin UMNO memakai kopiah putih. Rupa-rupanya ada rahsia di sebalik kopiah putih berkenaan. Dan tidak hairanlah mengapa para pemimpin, penyokong mahupun pak turut-pak turut PAS memakai kopiah putih kerana kopiah putih itulah yang akan menyelamatkan mereka daripada terkena balingan objek seperti PASU, mahupun BATU!


Malang buat seorang ahli Pemuda UMNO yang terkena lapan jahitan di dahi kerana terkena balingan batu. Barangkali kalau ahli Pemuda UMNO itu memakai kopiah putih, sudah tentulah batu yang dibaling hanya mengguris sedikit sahaja kulit dahinya seperti yang berlaku kepada Haider Samsuddin.

0 comments:

Blog Archive

Labels