1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Sunday, December 30, 2012

CALON-CALON UMNO BEBAS RASUAH, BEBAS JENAYAH DAN BEBAS BANKRUPSI... PAKATAN AMACAM?

Sunday, December 30, 2012

Tak tahulah apa reaksi yang ditunjukkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim apabila Setiausaha Agung UMNO, Ku Nan menyatakan bahawa UMNO akan menyediakan barisan calon-calon PRU yang bebas daripada rasuah, bankrupsi dan jenayah.

Yang pastinya, Pakatan Rakyat akan terus bermain dengan persepsi kononnya segala-gala yang berkaitan dengan UMNO dan Barisan Nasional adalah rasuah, bankrupsi dan jenayah. Momokan sebegitu sudah dibuat begitu lama dan boleh dikatakan, sudah sebati dengan sebahagian besar rakyat Malaysia, khususnya dari golongan muda.

Tanyalah kepada golongan muda hari ini apa itu UMNO... maka jawapannya nanti adalah RASUAH, BANGKRAP DAN JENAYAH.

Cuba pula tanya tentang Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng kepada mereka, jawapan mereka ialah, BERSIH, JUJUR, TELUS DAN AMANAH. Begitu juga dengan mana-mana pemimpin atau calon Pakatan Rakyat, sungguhpun berdasarkan kepada PRU yang lepas, kebanyakan calon-calon yang tidak melepasi kelayakan kerana tiga perkara tersebut adalah dari Pakatan Rakyat.

Dan jangankan calon-calon pilihanraya, calon-calon Ahli Majlis PBT yang dipilih dari Pakatan Rakyat juga, ramai yang terkangkang kerana pernah mempunyai rekod jenayah lampau sepertimana yang pernah berlaku di Ampang Jaya dan Puchong.

Di sebalik tohmahan terhadap UMNO dan Barisan Nasional, Pakatan Rakyat, khususnya dari PKR dan DAP merupakan parti politik yang paling banyak menyenaraikan bekas pesalah, bekas banduan dan bekas penjenayah sebagai calon mereka.

Lim Guan Eng sendiri merupakan bekas penjenayah yang dipenjarakan dua tahun kerana kesalahan menfitnah dan di bawah akta mesin cetak. Tentu ramai yang masih ingat bagaimana Lim Guan Eng yang kemaruk hendak menjadi Ketua Menteri Melaka, menfitnah Ketua Menteri Melaka pada waktu itu, Rahim Thamby Chik dengan bantuan Anwar Ibrahim yang melihat Rahim sebagai ancaman utamanya di dalam UMNO, telah melakukan fitnah yang amat dahsyat.

Walaupun sehingga ke hari ini, Guan Eng tidak pernah dapat membuktikan kebenaran tuduhannya, bahkan sewaktu di mahkamah dan dalam perbicaraan pun, Guan Eng dengan rela hati mengakui bahawa dia memang menfitnah Rahim Thamby Chik, hari ini, para penyokong Pakatan Rakyat tetap mengiktiraf Lim Guan Eng sebagai seorang pejuang.

Begitu juga dengan Anwar Ibrahim.

Kecuali dalam kes liwat II di mana kes tersebut dilihat lebih menyerupai penyelesaian politik berbanding pengadilan hukum, dalam kes liwat I, Anwar Ibrahim tidak sahaja didapati bersalah kerana meliwat atau melakukan seks luar tabii yang merupakan kesalahan serius dalam perundangan Malaysia, sebaliknya juga didapati bersalah kerana rasuah salahguna kuasa apabila menjadikan PDRM sebagai pecacainya semata-mata untuk menutup kes liwat yang sedang disiasat pada waktu itu.

Ramai calon-calon yang cuba ditampilkan oleh Anwar Ibrahim, amat menyerupainya. Rafizi Ramli merupakan orang yang sedang dibicarakan di bawah undang-undang BAFIA. Zuraidah Kamaruddin dan Azmin Ali, merupakan orang yang paling banyak melakukan penyelewengan kuasa, meskipun tidak diheret dan dibicarakan di mahkamah terutama sekali menerusi sistem tender dan kontrak membabitkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Adakah komen-komen dan reaksi yang diberikan berhubung kenyataan Ku Nan itu akan mencerminkan tentang peribadi Ketua Umum PKR serta Setiausaha Agung DAP?

Yang pastinya, IYA... itulah yang akan dilakukan oleh PKR dan DAP kerana bagi mereka, dengan terus memberikan persepsi bahawa UMNO adalah RASUAH, JENAYAH dan BANKRAP sudah menjadi darah daging mereka sungguhpun sebenarnya merekalah yang telah terbukti melakukan RASUAH, JENAYAH dan BANKRAP!

0 comments:

Blog Archive

Labels