1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, December 31, 2012

PEMIMPIN SEMENANJUNG TAK PAYAH AJAR PERPADUAN DI SABAH, KATA YONG TECK LEE!!!

Monday, December 31, 2012

Tak pastilah, mana satu atau pemimpin dari pihak manakah yang dimaksudkan oleh Yong Teck Lee yang berasal dari Semenanjung, tetapi menyibuk di Sabah sambil cuba mengajar rakyat Sabah agar bersatu padu.

Tetapi yang sangat sahnya, SAPP yang dipresidenkan oleh Yong Teck Lee, sedang berkrisis dengan DAP. DAP Sabah sedang berusaha mengukuhkan cengkaman mereka di Negeri Di Bawah Bayu dengan menggunakan kekuatan gabungan bersama-sama PKR, yang juga merupakan parti asal Semenanjung.

Ada yang benarnya kata-kata Yong Teck Lee itu. Walaupun UMNO telah bertapak di Sabah, tetapi seratus peratus pemimpin utama UMNO Sabah adalah anak Sabah sendiri. Hasil perjuangan UMNO Sabah telah berjaya menempatkan anak-anak Sabah dalam jawatan-jawatan utama Perkhidmatan Awam Negara termasuklah sebagai Peguam Negara, Speaker Dewan Rakyat, Ketua Pengarah, Setiausaha Kementerian dan sebagainya.

Tatkala para pemimpin Pakatan Rakyat berteriak tentang perjuangan mereka untuk menempatkan anak-anak Sabah dalam jawatan utama, UMNO Sabah sudah pun melakukannya berdekad-dekad lamanya.

PKR datang ke Sabah bersama-sama PAS. Berbanding PAS, PKR lebih agresif untuk menonjolkan Anwar Ibrahim sebagai pejuang dan pembela anak-anak Sabah, meskipun sewaktu berada di puncak kuasa dahulu, Anwar adalah orang yang paling kuat mengkhianati anak-anak Sabah sepertimana dia mengkhianati Sarawak.

Bagi Anwar Ibrahim, Sabah dan Sarawak dipenuhi oleh manusia yang boleh diperbodoh-bodohkan dan ketinggalan jauh sumber maklumat. Justeru, Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh mengembara ke seluruh Sabah untuk memesongkan segala fakta dan maklumat kerana beranggapan, orang Sabah akan mempercayai bulat-bulat segala kata-katanya.

Dan kerana itulah juga, PKR dan DAP sentiasa bercerita kononnya, rakyat Sabah tidak lebih baik dari Semenanjung. Di merata-rata tempat, diceritakan kononnya, pemimpin UMNO Sabah suka mencilok duit rakyat dan mengembongkan kocek mereka sendiri.

Diajar pula rakyat Sabah, supaya bersatu padu. Walhal seperti kata Yong Teck Lee, Sabah sudah cukup bersatu padu, bahkan penyatuan dan perpaduan rakyat Sabah jauh mengatasi Semenanjung dalam segala hal.

Kalau di Semenanjung, dalam satu keluarga, ada ahli yang bukan Islam, harus keluarga berkenaan akan dipandang senget. Kalau ada pula ahli keluarga dari kaum wanita yang tidak bertudung, harus kecoh satu Malaya kononnya, mereka menentang Islam. Sedangkan di Sabah, keterbukaan dan kefahaman tentang kebebasan beragama di mana anutan Islam yang dianggap sebagai akidah rasmi negara dan negeri, dihormati.

Datang puak-puak dari Semenanjung, khususnya dari DAP, diapi-apikan rakyat Sabah agar bergaduh sesama sendiri kononnya tiada kebebasan beragama...

Jadi, betullah macam yang Yong Teck Lee cakap, pemimpin dari Semenanjung tak payahlah sibuk-sibuk nak mengajar rakyat Sabah agar bersatu padu atau memahami erti Malaysia kerana kalau dilihat kepada contoh, lebih ramai rakyat Sabah dari KETURUNAN CINA yang jauh lebih fasih penggunaan BAHASA KEBANGSAAN MEREKA berbanding rakyat Malaysia BERKERUNAN CINA dari Semenanjung yang sibuk bercakap tentang Malaysia Malaysian!!!

0 comments:

Blog Archive

Labels