Sehari dua ini, para pecacai Pakatan Rakyat, khususnya dari PAS
mengkhususkan dan memperincikan peristiwa 'malang' yang telah menimpa
Mazlan Aliman dan ANAK yang sedang giat memasuki FELDA-FELDA di seluruh
Malaysia, termasuklah di Kedah. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan,
adalah untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat FELDA untuk PAS
dan Pakatan Rakyat yang telah berjanji bulan bintang kepada para peserta
FELDA.
Kononnya, FELDA sekarang tidak cukup menjaga kebajikan para peserta
tanah rancangan persekutuan itu. Kononnya juga, kalau FELDA jatuh ke
tangan Pakatan Rakyat, para peserta FELDA akan mendapat kesenangan
berlipat-lipat kali ganda berbanding sekarang.
Anehnya, Pakatan Rakyat terutama sekali PAS mempunyai skim yang
hampir serupa dengan FELDA yang diberi nama sebagai LADANG RAKYAT. Namun
berbeza dengan FELDA, LADANG RAKYAT begitu jelas merupakan program
untuk mengayakan para pemimpin PAS serta kroni-kroni mereka menerusi
pembalakan tiada kawalan selain benar-benar menghirup darah para
pesertanya.
Itu yang berlaku di Kelantan. TIDAK ADA SEORANG PUN PESERTA LADANG
RAKYAT yang telah berjaya dan keluar dari kepompong kemiskinan.
Sebaliknya, lebih ramai peserta LADANG RAKYAT yang melopong dan buntang
biji mata apabila tanah yang sekian lama mereka usahakan dan kerjakan,
dirampas begitu sahaja dengan hampir kesemua hasil dari tanah tersebut
berpindah tangan kepada kroni-kroni yang telah MENGELUARKAN BELANJA
BESAR untuk melobi para pemimpin PAS khususnya yang memegang jawatan
utama di peringkat negeri.
Kedah juga sedang berlaku fenomena yang sama. Tanah-tanah gunung,
bukit dan segala hutan telah dicerahkan dan ditebang untuk mengeluarkan
hasil balak. Apabila ditanya, para pemimpin utama PAS Kedah memberitahu,
kononnya projek tersebut dikerjakan untuk LADANG RAKYAT. Dengan
kegagalan dan terbukti jelas, LADANG RAKYAT hanyalah merupakan topengan
kepada kejahatan para pemimpin PAS Kelantan, PAS Kedah cuba
mengulanginya bagi tujuan tipu perdaya dan pembohongan.
Mazlan Aliman dan ANAK seharusnya membuka mata lebih lebar dengan
membandingkan nasib para peserta FELDA dengan LADANG RAKYAT. Seharusnya
bukan FELDA yang menjadi sasaran Mazlan Aliman dan ANAK, sebaliknya
LADANG RAKYAT....
SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM
1 comments:
pencacai umnongok memang bodoh tahap gaban lembu..tak ada lagi yg cerdik pandai dlm umno,betui la kata mamakdir dlm umno tu yg pandai2 cerdik2 semuanya dah berambus....oh gitu rupanya...yg tinggal utk buat kerja2 hanyalah melayu2 mamak yg dah tinggal sisa2 perjuangan utk bangkitkan umnongok pertahan parti kurup tu...kah3..kesian,so mana melayu2 perkosa yg cerdik2 ngok tu tak tolongke...talian hayat nya tinggal sejengkal....so selamatlah UMNO/BN dari terhumban dlm longkang najissss....eeh3....
Post a Comment