iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Sunday, December 30, 2012

RASA-RASANYA BUKAN SETAKAT SATU JAM, 6 JAM PUN BOLEH KALAU HADI AWANG SETUJU JUMPA CIKGU NON!!!

Sunday, December 30, 2012

Tak tahulah sama ada benar Hadi Awang yang berkata, dia mahukan 1 jam siaran untuk dia menerangkan tentang AMANAT HAJI HADI secara langsung menerusi siaran televisyen, atau sebenarnya Hadi Awang cuba didesak oleh puak-puak dalam PAS yang sudah kepanasan penangan AMANAT HAJI HADI 1981 yang masih tidak dan sampai bila-bila pun tidak selesai.

Rais Yatim dah bagi persetujuan dan peruntukan masa untuk Hadi Awang menerangkan tentang AMANAT HAJI HADI 1981 yang dikatakan oleh pecacai PAS, kononnya ia bukan untuk orang UMNO walaupun dari tahun 1981 sehingga sekarang, terlalu ramai orang UMNO yang telah dikafirkan oleh orang PAS, menerusi televisyen.

Sebenarnya kalau setakat Hadi Awang bercakap seorang diri di hadapan kamera dan kata-katanya kemudian dipancarkan ke seluruh negara, ia belum cukup untuk menerangkan tentang isi amanat tersebut.

Yang paling penting, Hadi Awang perlu bercakap di hadapan kumpulan bekas dan masih lagi anggota PAS yang sangat percaya, bahawa melawan UMNO adalah jihad, malah derma untuk para penceramah PAS juga dianggap jihad. Lebih afdal lagi sekiranya, dia bercakap di hadapan bekas-bekas orang PAS yang pernah menjalankan tugas amanat tersebut, mengkafirkan orang UMNO dengan pelbagai cara, termasuklah dengan menceraikan isteri masing-masing yang merupakan Wanita UMNO. Lebih menarik, jikalau Hadi Awang bercakap di hadapan bekas orang PAS yang pernah bertekak sampai terkeluar anak tekak di serambi masjid menerangkan dalil dan nas mengapa orang UMNO kafir.


Mungkin ada baiknya juga kalau BUKU KAFIRKAN AKU? yang ditulis oleh C.N. Al-Afghani itu ditangani sekali oleh Hadi Awang dan para penyokongnya dalam sebuah majlis yang kemudian disiarkan secara langsung oleh televisyen... tak kiralah sama ada stesen RTM, Media Prima, Al-Hijrah mahupun ASTRO...

Ramai yang mahu tahu, apa yang tertulis di dalam buku itu, adakah mencerminkan AMANAT HAJI HADI yang sebenar atau sebenarnya penulis tersebut salah faham sekaligus turut menyeret ratusan ribu orang PAS yang lain untuk faham AMANAT HAJI HADI secara harfiah.

Rasa-rasanya daripada Hadi Awang bercakap seorang diri di hadapan kamera dan ditonton menerusi televisyen, beratus kali ganda ramainya yang mahu tengok Hadi Awang menerangkan kepada kaum PAS yang pernah mengkafirkan orang UMNO menerusi AMANATnya!!!



0 comments:

Blog Archive

Labels