1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, February 7, 2012

DAH DEKAT SANGAT PILIHANRAYA! BARU GUAN ENG INGAT TENTANG MASYARAKAT MISKIN!!!

Tuesday, February 7, 2012

Politik Lim Guan Eng memang macam haramjadah!

Orang miskin baginya bukanlah masyarakat yang bermaruah, ada harga diri, malah polisi DAP Pulau Pinang menjadikan golongan miskin sebagai babi sembelihan semata-mata. Tidak lebih daripada itu!

Modal Guan Eng untuk menunjukkan yang kerajaannya prihatin terhadap golongan miskin ialah RM100 setahun dan RM20. Modal itulah yang dijaja-jaja kononnya kerajaannya sangat prihatin dan mengambil berat tentang rakyat.

Bila diketahui yang UMNO serta kerajaan pusat mengeluarkansejumlah dana yang besar untuk membantu golongan miskin, alih-alih Guan Eng mrmpersoalkan pula kenapa banyak ni saja, krnapa tak banyak tu... Kenapa jumlah ini saja dankenapa jumlah itu ditinggalkan...

Sedangkan sebagai kerajaan negeri polisi yang dibuat oleh Guan Eng hanya mementingkan golongan bukan Melayu yang bermodal besar termasuklah orang asing terutama sekali dengan pembinaan rumah-rumah berharga lebih setengah juta ringit.

Kaedah politik Guan Eng cukup mudah...persoalkan orang lainagar dia kelihatan seperti hero walaupun peluang yang diberikan ketika dia berkuasa menunjukan Guan Eng lebih berminat kepada komisyen besar seperti kes pembayaran ganti rugi RM500 ribu kepada kroninya yang dibayar tanpa menyempat-nyempat.

Dia sendiri tak buat rumah untuk rakyat miskin,dia persoalkan tentang kerajaan pusat tak buat rumah. Dia tak bantu pun golongan miskin, sekarang dia persoalkan orang lain yang mengeluarkan peruntukanbesar untuk membantu golongan tesebut.


Memang haramjadah sungguh la sekor Ketua Menteri bermuka biawak macam Guan Eng!!!

0 comments

TAN TEE BENG DAN ZAMIL IBRAHIM JADI MANGSA LIWAT ZAID IBRAHIM!!!!


Dalam usaha untuk mempertahankan jawatannya, Zaid Ibrahim mengambil keputusan bersendirian dengan menyingkirkan Tan Tee Beng dan Zamil Ibrahim, dua orang pemimpin KITA yang paling lantang mengkritik sikap memandai-mandai bekas calon Timbalan Presiden PKR itu.

Tindakan terbaru Zaid Ibrahim itu dilihat sebagai tindakan terdesak berikutan keinginannya untuk membubarkan KITA ditentang keras oleh sebahagian besar ahli-ali dan pemimpin KITA.

Hala tuju Zaid Ibrahimyang merupakan seorang muflisin politik, kian sampai ke penghujung. Justeru untuk mengelakkan Mesyuarat Agung Luar Biasa yang akan membubarkan KITA menemui jalan kegagalan, Zaid Ibrahim perlu mencantas serta membuang semua orang yang menentangnya.

Mungkin sesuatu yang menarik yang boleh kita lihat tidak lama lagi ialah, KITA hanya dipimpin oleh Zaid dan aahli-ahlinya tidak sampai pun sepuluh orang memandangkan semua pemimpin dan ahli KITA yang laintekah dipecat oleh Zaid Ibrahim.÷

0 comments

GAMBAR-GAMBAR BOGEL 'TERBARU' ELI WONG TERSEBAR LAGI!!!


Penangkapan kekasih Elizabeth Wong oleh pihak berkuasa Indonesia, membuatkan PKR Selangor tidak senang duduk. Khalid Ibrahim telah pun mengambil langkah-langkah perlu untuk melindungi Elizabeth Wong daripada 'dimalukan' oleh orang PKR sendiri.

Dua hari lepas, Hilmi yang merupakan kekasih Elizabeth Wong serta orang yang bertanggungjawab merakam dan mengedarkan gambar-gambar bogel ADUN Bukit Lanjan itu dalam cubaan meraih simpati daripada masyarakat pengundi ekoran krisis kepimpinan yang berlaku dalam PKR, telah ditangkap oleh pihak berkuasa Indonesia kerana menggunakan dokumen perjalanan dan pengenalan diri palsu.

Dengan menggunakan nama Azmin Heli, lelaki berkenaan mengaku bahawa seluruh kehidupannya sepanjang berada di Indonesia dibiayai oleh PKR. Sekaligus menimbulkan satu lagi persoalan, atas sebab apakah Hilmi disorok oleh PKR di Indonesia.

Ketika skandal gambar bogel Elizabeth Wong tersebar, para pemimpin PKR menuding jari ke arah UMNO dan Barisan Nasional dengan menuduh, semua itu telah diatur dan menjadi konspirasi UMNO-BN. Dan yang paling SADIS, apabila FAEKAH HUSSIN yang baru sahaja menjawat jawatan Setiausaha Politik Khalid Ibrahim pada waktu itu, tegak-tegak sahaja menuduh DR.KHIR TOYO sebagai dalang kepada pendedahan skandal yang memalukan seluruh jemaah ADUN di Malaysia.

Sekarang, sudah terang lagi nyata, UMNO-BN tidak terlibat langsung dalam skandal berkenaan, sebaliknya ia merupakan helah PKR untuk menarik perhatian daripada rakyat Selangor dengan taktik murahan sebegitu rupa. Pengakuan Hilmi bahawa PKR membiayai perbelanjaannya di Indonesia sudah cukup untuk membuktikan bahawa PKR memang tahu dan telah merancang dari awal skandal berkenaan. Dan kerana bimbang polis Malaysia akan menangkap sekaligus mendedahkan keseluruhan taktik meraih simpati itu, menyebabkan Hilmi diarah melarikan diri ke Indonesia.

PKR tidak boleh lagi berselindung dengan helah biasa. Sebaliknya perlu menjelaskan mengapa Hilmi disuruh lari ke Indonesia dan mengapa PKR membiayai kehidupan serta perbelanjaan Hilmi Malik. Duit rakyat yang digunakan oleh PKR untuk melindungi perangai berpolitik buruk mereka perlu diperjelaskan.

Namun yang paling penting, adakah dengan pendedahan ini akan mengakibatkan PKR kelam-kabut dan sekali lagi menggunakan taktik mendedahkan gambar bogel Elizabeth Wong untuk meraih simpati dan mengalihkan isu tentang penyelewengan wang rakyat Selangor untuk kepentingan yang tidak ada kena-mengena langsung dengan rakyat Selangor.

0 comments

TIGA TAHUN TRAGEDI HITAM TAPI BUKAN METALIK DI PERAK!!!


Betullah seperti yang diungkapkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussein bahawa kehilangan Perak dari tangan Pakatan Rakyat sebagai 'TRAGEDI HITAM'. Memanglah hitam kerana fizikal Menteri Besarnya dan hitam juga kerana hati Nizar sakit setelah jawatan Menteri Besarnya telah 'dijatuhkan' oleh Allah Taala.

3 tahun, PAS Perak masih lagi mengenangkan jawatan Menteri Besar yang paling singkat yang pernah mereka kecapi. 3 tahun juga Pakatan Rakyat memendam rasa setelah kehilangan semua keistimewaan. Meroyan kerana kehilangan kuasa masih menghantui para pemimpin Pakatan Perak, terutama sekali Ngeh Kor Ham, Nga Kor Ming dan Nizar Jamaluddin.

Menariknya, meroyan Pakatan Perak, terutama sekali PAS membuatkan mereka gagal berfungsi dan berfikir dengan baik. UMNO dan BARISAN NASIONAL telah merampas kedudukan mereka, kata Pakatan tetapi sifir mudah kehilangan majoriti di DUN tidak pula diambil kira.

Masa Nizar hilang jawatan, seluruh Pakatan sibuk suruh Zambry bubarkan DUN Perak tetapi beberapa bulan sebelum itu, ketika Pakatan didesak agar membubarkan DUN kerana majoritinya cuma tiga kerusi, pandai pula kaum Pakatan bagi pelbagai alasan untuk tidak membubarkan DUN.

Tentunya ramai yang masih ingat apa KEISTIMEWAAN yang telah dibuat oleh Pakatan Rakyat sepanjang mereka berkuasa di Perak. 999 tahun untuk tanah pajakan kampung baru merupakan perkara yang paling hebat pernah dilakukan oleh mana-mana kerajaan negeri yang mengetahui bahawa hak tanah adalah hak mereka. Ketika itu tidak timbul tentang pembahagian tanah kepada kaum Bumiputera, tetapi tanah lebih banyak menjadi modal untuk mendapatkan undi kaum bukan Bumiputera. Ketika itu juga, tidak timbul Bumiputera tidak bertanah kerana matlamat Pakatan Rakyat bukan untuk Bumiputera atau Melayu tetapi lebih berusaha untuk mendapatkan undi kaum bukan Bumiputera.

Dan sekarang, Pakatan melalak lagi untuk mendapatkan undi Melayu melalui geng-geng PARASIT yang diketuai oleh Nizar Jamaluddin.

Titik hitam Perak bukan sebab diambilalih oleh Zambry Abdul Kadir yang dilabelkan oleh Nga Kor Ming sebagai HITAM METALLIC tetapi apabila Perak diurustadbir oleh boneka yang sentiasa diapit oleh dua orang DAP yang segala projek mereka sapu, termasuklah buat baju untuk Ahli Majlis Dewan Bandaraya Ipoh.

Itu belum lagi cerita tentang bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang yang dalam sekelip mata sahaja dapat menyelesaikan hutang piutang dan 'balak simpannya'.

0 comments

DANA ASING SUDAH MASUK MENERUSI ANWAR IBRAHIM KE MALAYSIA!!!


PKR langsung tidak menafikan pemergian Anwar Ibrahim ke Turki sebenarnya adalah untuk bertemu tuan-tuan besarnya bagi persediaan menghadapi PRU13 yang akan datang. Dan sudah tentulah bukan sekadar nasihat yang dipohon, sebaliknya sesuatu yang lebih besar iaitu WANG TUNAI.

Difahamkan, Bank Negara tidak mempunyai kuasa untuk menyekat pengaliran wang sebegitu masuk ke negara, apatah lagi jikalau wang tersebut dibawa masuk ke negara ini dengan 'vehicles' tertentu.

Namun sesuatu yang perlu difikirkan ialah, untuk apa wang yang dipercayai ratusan juta ringgit itu dibawa masuk. Apakah semata-mata untuk 'membantu' Anwar Ibrahim semata-mata atau sebenarnya mempunyai 'pelaburan' lain yang lebih besar berbanding 'bantuan'?

Ramai percaya, kenyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim pada hujung bulan lalu iaitu mempertahankan kewujudan dan 'keselamatan' Israel dengan apa cara sekalipun, merupakan pembuka kata kepada dana yang berjumlah ratusan juta ringgit itu bagi aktiviti PKR.

Difahamkan, minggu hadapan Anwar Ibrahim akan pulang ke Malaysia. Perubahan besar tatacara dan kaedah kempen PKR akan berlaku apatah lagi rombongan Anwar ke Turki disertai ramai pemimpin 'besar' PKR.

Beberapa orang pemimpin PKR yang masih ada di Malaysia pula terus melakukan kekacauan agar tujuan sebenar Anwar Ibrahim ke Turki tidak diperkatakan. Selain isu NFC, pasangan luar nikah Tony Pua-Nurul Izzah pula cuba mencetuskan polemik dengan wang KWSP yang digunakan oleh kerajaan sebagai pinjaman kepada warga marhein dan berpendapatan rendah untuk membeli rumah.

Manakala DAP pula cuba memutarbelitkan tentang isu rumah mampu milik dan rumah kos rendah sambil mendabik dada, Pulau Pinang telah menyediakan dana sebanyak RM500 juta untuk 'membantu' Kerajaan Pusat menyediakan rumah jenis berkenaan. Walaupun ramai yang tahu, putar belit itu hanyalah putar belit semata-mata dan tidak lebih daripada itu, namun DAP yang tidak pernah malu untuk mengaku sesuatu yang bukan kerja mereka sebagai kerja mereka, masih mengekalkan taktik sebegitu.

Dengan kemasukan dana pilihanraya yang sebegitu besar dari pihak luar, tentunya ada sesuatu yang telah dijanjikan oleh ketua penipu yang bernama Anwar Ibrahim itu. Dan pastinya janji-janji Anwar Ibrahim kepada tuan-tuan besarnya, tentu akan merugikan dan membahayakan keseluruhan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, bangsa mahupun akidah politik!!!

2 comments

BERTUDUNG TAPI TAK SENONOH... PEREMPUAN MELAYU LAGI!!!


Tutup aurat, tutup dah...

Kalau tengok pada tudung, lengkap dah ler sebagaimana yang dikehendaki bagi imej seorang solehah dan boleh dituruti.

TAPI...

Walaupun bertudung litup tapi kalau perangai tak senonoh seperti yang dipaparkan dalam gambar di atas, tak guna walau seduit pun.

Sekaligus menjadikan tudung yang ada di atas kepala tidak lebih daripada satu fesyen dan trend yang wajib dipatuhi, bukannya kesedaran yang wajib diikuti!!!

2 comments

POLIS SEKSA TAHANAN, ZAKAR DIIKAT DAN DISENTAP!!!

Rakaman video yang menggunakan telefon bimbit itu menunjukkan seorang lelaki yang diseksa oleh polis kerana disyaki mencuri. Lelaki itu dibogelkan dan kemaluannya diikat dengan seutas tali dan ditarik oleh polis tersebut.

Selain zakarnya diikat dan ditarik seperti menyentap ikan yang sudah memakan umpan kail pancing, (jika anda seorang lelaki anda boleh bayangkan betapa nikmatnya ketika tali itu ditarik) dan tahanan itu juga turut dipukul dengan teruk.

Mungkin ada puak Pakatan yang tertunggu-tunggu untuk MEMBELASAH POLIS DIRAJA MALAYSIA kerana kekejaman yang dirakamkan dan disiarkan. Malangnya, kekejaman ini bukan dilakukan oleh PDRM, sebaliknya POLIS FILIPINA!!!


SUMBER: BEST ONE OF FOUR


0 comments

INI KESAN SEBATAN KERANA BERZINA!!!


Seorang pembantu rumah warga Filipina dan kekasihnya yang merupakan seorang warga Bangladesh telah menerima hukuman sebat 100 rotan kerana kesalahan melakukan hubungan seks luar nikah. Pembantu rumah warga Filipina itu juga dihalau dari Emeriyyah Arab Bersatu (UAE).

Bagaimanapun sebelum dihalau keluar, wanita warga Filipina itu telah dijatuhi hukuman sebat sebanyak 100 kali. Manakala kekasihnya, warga Bangladesh disebat 100 rotan dan dipenjara setahun kerana bersalah menceroboh rumah majikan kekasihnya.

Kesemua pekerja asing di UAE dan beberapa negara Teluk yang lain mewajibkan para pekerja asing mempunyai penaja dari kalangan penduduk tempatan bagi membolehkan mereka bekerja di negara-negara tersebut. Dalam beberapa kes, majikan memegang pasport pekerja asing mereka dan boleh menolak sekiranya pekerja asing itu ingin berpindah atau menukar tempat kerja.

Dalam kes ini, majikan pembantu rumah warga Filipina itu telah terserempak dengan kekasih pekerjanya yang sedang tergesa-gesa meninggalkan rumahnya. Majikan tersebut segera membuat laporan polis.

Siasatan kemudian membawa kepada pengakuan pasangan kekasih warga asing itu yang mereka telah beberapa kali melakukan zina di dalam rumah majikan tersebut.

UAE sekalipun merupakan negara Arab yang kelihatan sekular, namun hukuman syariah yang ketat digunakan. Dalam hal perzinaan, pesalah Muslim akan dirotan, manakala pesalah bukan Muslim pula akan dipenjara serta dihalau keluar sekiranya warga asing.

Yang anehnya, di negara sendiri hukuman bukan main ketat, tapi bila tengok gelagat warga UAE di Malaysia, kalah orang Barat yang tidak ada agama, terutama sekali di Bukit Bintang!!!

0 comments

Monday, February 6, 2012

LUBANG SUDAH PECAH, KHALID CUBA SELAMATKAN KEKASIH ELIZABETH WONG!!!

Monday, February 6, 2012

PKR Selangor dah kelam-kabut bila (bekas) kekasih Elizabeth Wong ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana memalsukan dokumen perjalanan dan pengenalan diri. Selama ini mereka fikir, Indonesia menjadi tempat paling selamat untuk menyelamatkan diri.

Tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Indonesia memberikan satu gambaran penting kepada PKR. Setelah bertahun-tahun Anwar Ibrahim mempromosikan diri sebagai DEWA PENYELAMAT Indonesia yang memperkenalkan REFORMASI, kini penangkapan kekasih Elizabeth Wong yang juga merupakan ahli PKR, memberikan yang cukup besar bahawa Indonesia bukanlah tempat terbaik untuk PKR jadikan sarang lagi.

Apabila Khalid Ibrahim menyatakan kerajaan negeri Selangor akan membantu kekasih Elizabeth Wong bermakna wang cukai rakyat Selangor akan digunakan untuk menyenangkan hati Elizabeth Wong.

Itulah yang menjadi mercutanda kasih sayang seorang ADUN BOGEL BERBULU PANJANG yang perlu dibantu oleh Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Jadi tidak hairanlah jikalau Khalid Ibrahim memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk KOTE BENGKOK Anwar.

BACA SINI

0 comments

PASANGAN LUAR NIKAH NURUL IZZAH-TONY PUA MENGAMUK LAGI!!!


Pasangan Nurul Izzah-Tony Pua amat terkenal kerana mereka menjadi agen serta jurucakap kepada golongan penindas seperti pemborong, orang tengah dan kumpulan yang bimbang manopoli mereka akan dikecilkan. Kini pasangan luar nikah yang terkenal kerana menyalahkan kerajaan pusat mengadakan kedai harga rendah KR1M untuk rakyat berpendapatan rendah, marah lagi kerana kerajaan memberikan kemudahan kepada rakyat marhein memiliki rumah di bandaraya dengan menggunakan wang KWSP.

Mereka marah kerana beranggapan wang KWSP akan hilang begitu sahaja kerana kerajaan telah mengambilnya dan memberikanya kepada mereka yang memerlukan rumah. Pasangan luar nikah itu bimbang sekiranya wang KWSP tidak akan diganti. Si marhein yang menggunakan KWSP untuk membeli rumah pula dianggap sebagai peminjam berisiko tinggi yang tidak akan memulangkan semula pinjaman dari KWSP itu.

Dengan kata lain, pasangan luar nikah itu tidak bersetuju sama sekali kerajaan memberikan pinjaman kepada golongan msrhein di bandar-bandar untuk membeli rumah kerana potensi mereka melarikan diri bersama-sama rumah yang dibeli adalah besar. (BACA DI SINI)

Keadaan ini pasti mengingatkan kita kepada Krisis Kewangan 1997 yang dicetuskan untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri apabila Anwar yang pada ketika itu adalah Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri telah menghentikan semua bentuk kredit mikro. Malah dasar IMF yang digunakannya adalah dengan menaikan kadar faedah serta tekanan kepada pembayaran semula yang lebih ketat, tidak sahaja mewujudkan pembekuan aliran tunai tetapi telah menguncupkan terus ekonomi.

Tidak perlulah kita pening memikirkan solusi ekonomi yang berbelit-belit dan adakalanya terlalu bergantung kepada kewarasan teori-teori yang menaikkan nama penemunya seperti Keynes. Rumah merupakan perkara kedua terpenting selepas keperluan asasi untuk perut. Usaha kerajan untuk mengeluarkan dana dari KWSP jauh lebih baik berbanding terlalu bergantung kepada bank-bank komersial yang lebih tidak bertanggung jawab kerana lebih memikirkan keuntungan semata-mata apatah lagi terdapat banyak kes di mana bank tidak menghiraukan tentang rumah terbengkalai tetapi memaksa peminjam melakukan pembayaran dengan ancaman saman.

Apa sebenarnya yang menyakitkan hati sangat untuk pasangan luar nikah itu jikalau wang KWSP digunakan sebagai pinjaman rumah? Sehingga ke hari ini setelah puas dan bertalu-talu DITOHMAH kononnya wang KWSP telah susut kerana kerajan menggunakannya, tidak pula ada sebarang masalah bagi mereka yang telah mencapai had kelayakan untuk mengeluarkan wang simpanan kerja mereka.

Sebaliknya yang masih tidak berpuas hati kerana wang KWSP tetap ada hanyalah badigul-badigul seperti pasangan luar nikah itu. Ketakutan mereka tentang kehilangan wang KWSP akibat diberi pinjam kepada warga marhein untuk membeli rumah, menampakkan permusuhan mereka terhadap warga marhein yang bagi mereka cuma layak duduk dalam kotak di bawah jambatan dan jejantas di bandaraya.

Macam ni yang dikatakan membela rakyat?

0 comments

MIMPI NGERI UMNO-BN DI TELUK INTAN TAK KEBAH-KEBAH!!!

Postingnya adalah posting lama tetapi masalah yang sama masih berlanjutan di Changkat Jong serta UMNO Bahagian Teluk Intan. Seperti MERBOK dan SUNGAI PETANI di Kedah, TELUK INTAN di Perak juga nampaknya menjanjikan kegelapan buat UMNO dan Barisan Nasional.

Sehingga bilakah masalah UMNO di Teluk Intan boleh diselesaikan dan sampai bilakah RIAK-RIAK KEMENANGAN UMNO-BN di Changkat Jong boleh kelihatan?

Cuba baca artikel di bawah...

Teluk Intan merupakan sebuah kawasan yang sangat penting dalam sejarah kewujudan Perak sebagai sebuah negeri yang bersultan. Sebelum Kuala Kangsar menjadi Bandar Diraja, pada tahun 1528, di Teluk Intanlah terletaknya istana Sultan Perak. Bagaimanapun, seperti di tempat-tempat lain juga, di mana terletaknya bandar yang menempatkan istana sultan, kawasan itu pasti akan diserbu oleh golongan pendatang. Apatah lagi dengan kedatangan British pada tahun 1874, golongan imigran dibawa masuk bagi menurunkan jumlah rakyat tempatan yang dilihat tidak mesra British, terutama selepas pembunuhan J.W.W.W Birch di Pasir Salak.

Tinggalan sejarah itulah juga yang masih menaungi Teluk Intan sehingga kini. Sekalipun Teluk Intan yang nama lamanya adalah Teluk Mak Intan sebelum ditukar menjadi Teluk Anson tetapi ditukar kembali kepada Teluk Intan merupakan pekan asal Melayu selepas Bandar Baru yang terletak tidak jauh di seberang Sungai Perak, ditinggalkan akibat serangan British, komposisi kaum di Teluk Intan menjadi duri dalam daging.

Terdapat dua Parlimen di kawasan tersebut iaitu Parlimen Pasir Salak dan Parlimen Teluk Intan. Sebahagian besar perkampungan Melayu berada di dalam DUN Sungai Manik yang berada dalam Parlimen Pasir Salak. Manakala di Parlimen Teluk Intan, DUN ‘Melayu’ hanyalah Changkat Jong yang mengandungi pengundi Melayu seramai 60% manakala Cina pula 12.61%, India 27.07% dan lain-lain kaum 0.03%. DUN Pasir Berdamar pula menyaksikan majoriti pengundi Cina berjumlah 69.45%, manakala Melayu 33%, India 14.13% dan kaum lain 0.09%.

Pasir Salak dikatakan kubu selamat buat UMNO memandangkan ketiga-tiga kerusi (1 Parlimen, dua DUN) dikuasai oleh UMNO-BN sepenuhnya. Dua DUN di Pasir Salak adalah DUN Sungai Manik dan DUN Kampung Gajah. Bagaimanapun, ketiga-tiga kerusi tersebut langsung tidak selamat buat UMNO memandangkan catatan majoriti yang diperolehi untuk Parlimen Pasir Salak, DUN Sungai Manik dan DUN Kampung Gajah, telah menurun secara drastik pada tahun 2008 berbanding 2004.

Berdasarkan perkembangan terkini, Parlimen Teluk Intan dan DUN Pasir Berdamar tidak mungkin dapat direbut oleh mana-mana parti gabungan Barisan Nasional. Dengan jumlah pengundi berbangsa Cina yang mengatasi pengundi Melayu, sama ada MCA, MIC, GERAKAN apatah lagi PPP sekadar boleh telan asap.

Namun Changkat Jong yang mempunyai pengundi Melayu teramai, sepatutnya berjaya dipertahankan oleh UMNO menerusi wakilnya, Idris Hashim yang juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Teluk Intan. Ditambah pula dengan jawatannya selaku Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNS), seharusnya UMNO di Changkat Jong mempunyai imej yang cukup baik.

Beberapa pengumuman telah dibuat, bahkan retreat dan beberapa aktiviti membabitkan PNS turut dilakukan di Teluk Intan, namun ternyata ia tidak menambahkan sokongan daripada masyarakat Changkat Jong, sebaliknya ramai yang melihat tindakan Ketua Bahagian UMNO Teluk Intan itu mempunyai motif untuk mempertahankan jawatannya di dalam UMNO dan tidak bertujuan sama sekali untuk memajukan masyarakat!

Idris Hashim bertanding sebagai calon UMNO-BN di Changkat Jong pada tahun 2008. Namun dia kalah di tangan calon PAS, Mohd Anuar Sudin dengan majoriti 899 undi. Walhal pada tahun 2004, calon UMNO-BN, Ir.Onn Hamzah menang dengan majoriti 3,611. Undi rosak pada tahun 2008 juga agak tinggi iaitu 410.

Pengaruh PAS dan PKR di Changkat Jong begitu meningkat. Manakala pengaruh DAP di Pasir Berdamar dan Teluk Intan juga kian bertambah. Malangnya, pengaruh UMNO di Changkat Jong, semakin merosot dan langsung tidak menggigit. Apa sebenarnya yang berlaku sehingga boleh jadi sebegitu rupa, walaupun Changkat Jong suatu ketika dahulu merupakan kawasan kubu kuat UMNO?

SAMBUNG BACAAN DI PERAK TODAY


2 comments

DENGAR TU HASAN ALI, PAS SELANGOR TAKDAK MASA LAYAN HANG!!!

Di sebalik kekacauan dalam PAS Selangor yang disebabkan oleh pemecatan Hasan Ali dari parti tersebut, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga merupakan 'bekas bakal Exco', Rani Osman menyatakan parti tersebut tidak ada masa untuk melayan Hasan Ali.

Hasan Ali kini giat mempromosikan JATI yang menurutnya akan dilancarkan secara rasmi pada 21 Februari ini.

Tuduhan bahawa 72% pimpinan PAS Selangor telah dijangkiti PARASIT nampaknya menggoncangkan telur ramai pemimpin PAS di Selangor. Dengan Khalid Samad sebagai ketuanya dan ianya dapat dilihat secara jelas dan nyata tentang perangai PARASITnya, Rani Osman sebenarnya memerlukan 'alasan' yang paling ampuh untuk memastikan PAS Selangor kekal tidak berpecah dan faktor Hasan Ali tidak menjadikan PAS Selangor semakin minoriti.

Sama ada PAS Selangor melayan atau tidak Hasan Ali, yang sahihnya, PAS Selangor yang sudah retak menanti belah dahulunya, kini telah terpecah dua. Faktor tentang lemah longlainya hati para pemimpin PAS kerana cair terhadap kuasa politik, menjadikan PAS Selangor sudah tidak relevan lagi.

Untuk apa kewujudan PAS kalau parti serban dan janggut kambing itu hanya menjadi pak turut kepada DAP dan PKR. Tidak ada langsung suara bantahan kepada mana-mana rancangan PKR dan DAP apabila dinyatakan kepada PAS.

Disuruh Azmin Ali agar PAS Selangor pecat Hasan Ali, tidak cukup tangan pemimpin-pemimpin PAS Selangor nak cium bontot Azmin Ali. Dimarahi Ronnie Liu sebab serbuan maksiat dibuat di hotel-hotel bajet dan pusat-pusat hiburan, berlumba-lumba para pemimpin PAS Selangor menyokong Ronnie Liu.

Padahal kalau tang UMNO, bukan main lagi panjang lidah dan serak suara tekak mengutuk serta memaki hamun UMNO-BN. Bila tang DAP dan PKR, mereka pula yang terlebih-lebih arak, babi dan zina berbanding rakan sekutu.

Soal sama ada Hasan Ali bukan faktor atau sebaliknya, itu perkara kedua. Yang PAS Selangor tidak boleh lagi nafikan ialah, kemandoman mereka telah terlihat dengan jelas. Sehingga setakat ini, apa alasan yang memungkinkan mereka untuk menerangkan tentang peri pentingnya sokongan PAS kepada arak, zina dan judi di Selangor?

Jawapannya ialah... tiada jawapan. Jadi, dengan cara tidak melayan Hasan Ali, bererti tidak perlulah juga PAS Selangor di bawah Rani Osman menjawab mengapa PAS menyokong Arak, Babi, Zina dan Judi di Selangor selain sokongan tidak berbelah bahagi kepada LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER atau Pondan!!!

0 comments

KESIAN ZAID, MABUKNYA TIDAK HILANG LAGI!!!


Zaid Ibrahim nak bubar KITA setelah parti itu ditransformasikan dari AKIM. Malangnya, majoriti pemimpin KITA enggan akur dengan keinginan Zaid Ibrahim untuk membubarkan parti tersebut kerana beranggapan, tiada sebarang alasan besar untuk pembubaran diwajarkan.

Sebelum ini, laporan menyatakan Zaid menarik balik arahan pembubaran tetapi kemudian 'berubah fikiran' dengan memberitahu, arahan berkenaan tetap diteruskan dan keputusan pembubaran akan dibuat dalam mesyuarat agung luar biasa.

Kesian sungguh Zaid 'Saya Juga Melayu' Ibrahim ini...

Ketika dalam UMNO, dia digantung sebagai Ketua Bahagian Kota Bharu kerana permainan rasuah wang. Sakit hati kerana digantung menyaksikan bangunan UMNO Kota Bharu, bertukar 'tangan menjadi miliknya' yang kemudian dijual kepada PAS.

Pada zaman Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, dia dilantik sebagai anggota Kabinet. Kerana kurang mendapat perhatian dan dia pula melihat Anwar Ibrahim sebagai dahan besarnya, dia melompat masuk PKR. Dalam PKR pula, Zaid Ibrahim bernafsu dengan jawatan Timbalan Presiden kerana berasakan dia lebih bijak, tetapi akhirnya dia kalah dengan kebijakan Azmin Ali, menyebabkan dia merajuk dan keluar dari PKR.

Kemudian, berasa dia adalah FAKTOR WOW yang tidak boleh diketepikan begitu sahaja, maka dia menyertai AKIM dan kemudian berjaya menjadi Presiden parti kecil itu. Dia mengubah Angkatan Keadilan Insan Malaysia menjadi Keadilan Insan Tanah Air (KITA).

Ternyata, dia bukan sesiapa dan bukan penting mana pun kecuali PERASAN SAJA LEBIH. KITA tidak lebih baik daripada AKIM kerana KITA tidak memusatkan Zaid Ibrahim sepertimana yang dilakukan oleh PKR terhadap Anwar Ibrahim. Zaid Ibrahim dalam erti kata yang lain, gagal menyaingi Anwar Ibrahim dari segi populariti dan KITA kekal sebagai sebuah parti nyamuk. Bahkan KITA sebaliknya berjaya menonjolkan nama Pengerusi KITA Kedah, Zamil Ibrahim dan Pengerusi KITA Johor, Dr. Mohd Zaid Mohd Yusof.

Zaid Ibrahim terpinggir dengan penonjolan nama lain yang lebih bekerja kuat untuk KITA. Mabuk dengan 'kehilangan' namanya, menjadikan Zaid terpaksa mencari kaedah popular lain iaitu dengan memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa untuk membubarkan KITA.

Tetapi nampaknya pemimpin-pemimpin KITA yang lain tidak berkenan dengan taktik politik Zaid untuk menonjolkan namanya itu. Keputusannya ditentang. Zaid terkepit tetapi masih lagi cuba menunjukkan kuasa vetonya dengan mengatakan keputusan untuk membubarkan KITA tetap diteruskan.

Pada masa yang sama, sudah ada suara-suara kasar dan keras dalam KITA yang menyuruh serta mendesak Zaid meletak jawatan dan berambus keluar dari KITA.

Perkembangan yang sangat menarik sebenarnya... dan kita akan dapat melihat apakah tindakan popular Zaid Ibrahim yang kian masam dan kohong dengan jawatan Presiden KITA yang tetap tidak menjadikan dia lebih popular berbanding mana-mana ahli politik lain!!!

1 comments

55 TAHUN MERDEKA, KENAPA KEPALA BABI KEMBALI MASUK MASJID?

Sebelum ini peristiwa babi diletakkan di masjid pernah berlaku dan kali ini kita dikejutkan lagi dengan peristiwa seperti ini. Perkara ini kita tidak harus berlaku kerana mereka yang melakukanya seolah-olah cuba menangguk di air keruh. Mereka tahu berlaku perbezaan pendapat dan ini perkara biasa dalam suasana negara kita yang berbilang kaum dan agama namun kita perlu ingat,dalam keadaan masyarakat majmuk, negara kita masih dan sentiasa aman.

Berdasarkan kedudukan Malaysia dalam Global Peace Index, pada tahun 2011 Malaysia pada kedudukan 19 naik 3 anak tangga berbanding pada tahun 2010. Lebih membanggakan Indeks ini juga menunjukkan Malaysia berada pada tempat Pertama di Seluruh Asia Tenggara.

Keamanan & Kesejahteraan Malaysia dengan masyarakat berbilang kaum & agama tidak seharusnya dicemari dengan perkara sebegini rupa. Perbuatan seumpama ini dilihat cubaan pihak tidak bertanggungjawab cuba memecahbelahkan perpaduan antara kaum & agama. Sentimen-sentimen sensitiviti agama cuba dimainkan untuk mengapi-apikan pertelagahan antara agama yang tidak sepatutnya berlaku di Malaysia.

Pemikiran sempit perbuatan ini dilihat seolah-olah mahu membawa kembali peristiwa 13 Mei pada hari ini. Peristiwa ini berlakunya rusuhan kaum dan kemuncak kepada masalah perpaduan di Malaysia. Sejarah telah membuktikan dan peristiwa hitam seperti ini harus dielak bagi mengekalkan keamanan Negara.

Perkara ini harus ditangani secara profesional & rasional bagi mengelak api perkauman merebak serta boleh mencetuskan huru hara berlaku. Umat Islam harus menggunakan wasatiyyah dalam menangani hal seumpama ini dan tidak seharuskan bertindak membuta tuli dan jangan sesekali termakan umpan pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Seharusnya umat Islam di Malaysia tidak mudah cepat melatah untuk membalas tindakan tidak bermoral ini.

BACA SETERUSNYA DI SUARA GENERASI BARU


0 comments

BUDAK JAMBU BAJU KURUNG PINK SURUH SHAHRIZAT PULA BUKTIKAN TAK BERSALAH!!!!

Sudah terbaliklah pulak...

Rafizi Ramli mendesak agar Shahrizat membuktikan yang Ketua Wanita UMNO itu tidak terlibat dengan operasi NFC untuk membersihkan namanya, bukannya dengan menyuruh dia memakai baju kurung berwarna merah jambu atau mendedahkan tentang seorang jantan lembut yang dikerahkan oleh Rafizi Ramli untuk menghendap Shahrizat Jalil.

Ini sudah jadi kes gelak pecah perut punya kes!

Yang bersungguh-sungguh ingin membuktikan Shahrizat Jalil memang terlibat secara langsung dengan NFC, baik NF Centre mahupun NFCorp adalah Rafizi Ramli dan konco-konconya. Alih-alih sekarang ini, disuruh pula Shahrizat membuktikan dirinya tidak terlibat.

Apa pula bukti yang Rafizi ada untuk mengesahkan Shahrizat memang terlibat dalam program fidlot dan syarikat fidlot itu?

Jawapannya ialah, tunggu bicara saman RM100 juta Rafizi nanti oleh Shahrizat Jalil... sekarang ini, Rafizi hanya mampu mengumpan untuk memerangkap Shahrizat. Sebabnya dia tahu, dia tidak mempunyai sebarang bukti pun tentang pembabitan Shahrizat Jalil.

Alahai... otak jantan baju kurung pink... dengarnya belajar tinggi pakai duit rakyat atas kuota Melayu, tapi bukan main lagi hebatnya tak mengaku.... takkanlah setakat tu ajer yang mampu difikirkan oleh Rafizi Ramli untuk selamatkan diri?

Zuraidah bekas Singaporean tu, tak tolong sama ke untuk mengumpan Shahrizat agar terperangkap?

CERITA TENTANG TALI LEHER PINK RAFIZI ADA DI SINI

0 comments

PATUTLAH BANYAK GAY SUKA MELEPAK DI STARBUCKS!!!


CALIFORNIA 5 Feb. – Seorang paderi Kristian menggesa pengguna supaya memboikot Starbucks ekoran syarikat itu menyokong satu rang undang-undang mengesahkan perkahwinan sejenis di Washington, lapor King 5 News.

Steven Andrew yang juga Presiden Institusi Paderi Kristian Amerika Syarikat (AS) di California berkata, penganut Kristian kecewa dengan tindakan Starbucks yang menentang ajaran Tuhan.

“Starbucks boleh mengikut ajaran Syaitan jika mereka mahu, tetapi paderi-paderi akan membantu menyelamatkan penganut Kristian.“Adakah anda di pihak Tuhan dan adakah anda sudi membantu AS dirahmati Tuhan?” soal Andrew dalam satu kenyataan.

Menurut Reuters, gesaan memboikot itu dikeluarkan Selasa lalu, sehari sebelum rang undang-undang tersebut dibentang di Dewan Senat Washington.Institusi Paderi Kristian AS turut meminta penganut Kristian untuk menghentikan penyajian makanan dan minuman jenama itu di majlis-majlis dan kemudahan gereja.Selain Starbucks, lebih 100 syarikat lain turut menyokong rang undang-undang perkahwinan sejenis itu termasuk Nike, Google dan Microsoft.Jika rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Perwakilan minggu depan, Washington akan menjadi negeri ketujuh di AS yang mengiktiraf perkahwinan sejenis. – AGENSI


ULASAN TFK

Bagaimana pula dengan di Malaysia? Adakah tindakan memboikot juga akan diambil oleh pihak agama atau badan-badan agama dalam usaha mengekang gejala LGBT yang semakin menular dan seolah-olah tidak dapat disekat lagi?

0 comments

MASAKAN SALAHUDIN AYOB PUN NAK DICANTAS JUGA?!!


Umum mengetahui bahawa Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob adalah salah seorang Anwarinas yang hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai bekerja. Hanya kepatuhannya kepada Anwar Ibrahim sahaja yang menyelamatkannya dan membolehkan dia terus berjawatan di dalam PAS. Kalau harapkan buat kerja, memang Salahuddin tidak ada apa-apa.

Salahuddin Ayob merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian walaupun dia sebenarnya berasal dari Johor.

Dalam PAS, tidak timbul dan tidak ada istilah 'anak tempatan'. Yang ada cumalah, PELUANG MENANG! Mana-mana calon anak emas yang mahu dilonjakkan biasanya akan diletakkan di Kelantan sebagai calon. Servis kawasan atau tidak, itu tidak timbul kerana para pengikut PAS dan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya tidak mementingkan hal itu. Apatah lagi di kawasan-kawasan yang dimenangi oleh Pakatan, yang berkhidmat kepada rakyat adalah penyelaras DUN atau Parlimen iaitu UMNO dan Barisan Nasional.

Perancangan PAS Kelantan yang mahu kelihatan sebagai dominan dalam organisasi PAS Pusat, membuatkan kali ini satu perubahan besar dilakukan. Peluang akan diberikan lebih kepada anak Kelantan berbanding tokoh dari luar. Manakala mereka yang telah menang berpenggal-penggal dan berasal dari negeri lain, perlu melepaskan kemudahan.

Antara mereka yang bakal dihalau keluar adalah Salahuddin sendiri, Nasaruddin Mat Isa yang paling dibenci oleh Nik Aziz, Hatta Ramli dan beberapa orang pemimpin luar PKR yang menang di kerusi selesa PAS pada tahun 2008 seperti Saifuddin Nasution.

Namun mencampakkan Salahuddin Ayob ke Johor dengan gambaran Salahuddin akan jadi Menteri Besar negeri itu, merupakan gambaran yang keterlaluan. Pengaruh PAS di Johor terlalu kecil. Hampir tidak ada kawasan selamat untuk TOKOH BESAR seperti Salahuddin Ayob di Johor.

Mungkinkah Salahuddin Ayob kian dapat melihat betapa malangnya dia kini. Kalaulah benar dia akan tercampak ke Johor, bermakna Salahuddin sudah sewajarnya menyimpan sijil keahlian PASnya dan mula memikirkan kerja lain yang lebih sesuai berbanding menjadi ahli politik. Bukan kerana dia tidak bagus tetapi kerana pemimpin pusat tidak lagi sayang kepadanya!

Tanpa kasih sayang pemimpin pusat, apalah ertinya hidup lagi....

0 comments

Sunday, February 5, 2012

MIC TIADA HARAPAN DI PERAK PADA PRU13... ITU ADALAH PASTI!!!

Sunday, February 5, 2012

G.Palanivel yang ditolak oleh komuniti India di Hulu Selangor ketika pilihanraya kecil dahulu, kini mengambilalih jawatan selaku Pengerusi MIC Negeri Perak dengan alasan untuk memastikan bagi memperkukuhkan kedudukan MIC di negeri itu.

Mungkin G.Palanivel yang dianggap sebagai bayangan S.Sammy Vellu yang bukan sahaja corak pentadbirannya lebih kurang sahaja, bahkan kekalahan dalam PRU12 juga adalah sama, menyangkakan masyarakat India kelihatan cenderung kepada Barisan Nasional kebelakangan ini kerana MIC.

Secara nyata, tidak banyak yang dilakukan oleh MIC untuk mendapatkan semula sokongan daripada masyarakat India yang telah menyebabkan mereka kehilangan hampir keseluruhan kerusi yang mereka tandingi pada tahun 2008. Kebanyakan perkembangan positif yang melibatkan masyarakat India adalah disebabkan oleh kepincangan Pakatan Rakyat terutama sekali di Pulau Pinang dan di Selangor. Manakala di Perak, kebanyakan masyarakat India, masih tidak dapat pembelaan sewajarnya daripada MIC.

G.Palanivel sendiri yang barangkali sedang mengintai-ngintai kerusi selamat di Perak untuk ditandingi, sebenarnya sudah ketinggalan banyak perkara terutama bersandarkan ketidakmampuan yang ditunjukkan oleh barisan kepimpinan MIC sekarang.

Dengan dinosaur, malah G.Palanivel sendiri adalah FOSIL yang hanya layak berada di Muzium masih berada dalam barisan kepimpinan MIC, tidak nampak gaya, MIC boleh mengembalikan sokongan masyarakat India kepada parti tersebut dan Barisan Nasional khususnya. Perangai yang menganggap semua orang bodoh, kecuali pemimpin tertinggi MIC sahaja yang pandai, pastinya akan memakan diri.

Tengok sahajalah corak kempen MIC yang masih lagi bertahap penduduk estet, sekalipun masyarakat India yang berada dalam Pakatan Rakyat berada jauh di hadapan dan mendahului dalam setiap taktik berkempen serta berpolitik!

Nampaknya UMNO dan MCA terpaksa bekerja lebih keras di Perak memandangkan kehadiran G.Palanivel akan mengundang kepada kekalahan calon parti itu pada PRU akan datang!!!

0 comments

ADAKAH ANWAR IBRAHIM AKAN JATUH CINTA KEPADA RAFIZI RAMLI SEKIRANYA DIA BERBAJU KURUNG?

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Shahrizat Jalil terhadap Rafizi meskipun tidak menamakannya secara jelas, terlalu menarik. Apakan tidak, Shahrizat membayangkan Rafizi Ramli memakai baju kurung berwarna merah jambu.

Ooooo.... Ramai yang sudah tentu jatuh cinta dengan Rafizi Ramli yang memakai baju kurung. Lagipun Rafizi Ramli memang kiut. Dengan pipi tembam putih kuning, dengan bibir merah yang sentiasa menguntumkan senyuman, dengan kulit gebu putih kuning, tentunya memang sangat menawan. Apatah lagi dengan punggung yang sedikit tonggek dan lebar.... Memang kiut sangat-sangatlah!!!

(BACA DI SINI)

Memang menarik perkembangan terbaru yang ditunjukkan dan didedahkan. Dan ia juga menunjukkan taktik terbaru iaitu dengan melakukan penghendapan atau stalking, kini bakal menjadi satu trend untuk mendapatkan bukti untuk diputarbelitkan.

Bagus juga sebenarnya PKR ni. Mungkin ramai yang tidak terfikir untuk menggambarkan situasi PAPARAZZI akan menjadi satu fenomena di Malaysia. Dan tidak mustahil juga, tidak lama lagi, permintaan terhadap lensa jarak jauh yang berkuasa tinggi dan mungkin untuk penglihatan malam akan meningkatan ekoran pendedahan yang dibuat oleh Shahrizat Jalil.

Apa-apa pun, memang menariklah kalau Rafizi Ramli pakai baju kurung kaler pink... Dan percayalah KEAYUANNYA jauh lebih mengatasi hodohnya makhluk ciptaan Allah Taala yang bernama Zuraida Kamaruddin. Bukan berniat menghina tetapi kehodohan Zuraidah Kamaruddin semakin memantapkan kepercayaan kepada Af'al Allah Taala yang mampu mencipta keburukan dan kecantikan sebagai bandingan.

0 comments

SUDAHLAH BODOH MACAM LEMBU, KUAT PEMBOHONG SI MAHFUZ NIH!!!


Dengan bongkak dan angkuh sambil berkeyakinan penuh bahawa pembohongan terang-terangannya akan mudah dipercayai oleh para penyokong dan mereka yang buta perut, Mahfuz cuba berlagak baik dengan menyatakan kononnya kerajaan tidak boleh membiayai aktiviti parti sekalipun parti itu adalah pemerintah.

TOO GOOD TO BE TRUE!!!

Mahfuz cuba menggambarkan Kedah yang kononnya tidak menggunakan wang negeri untuk aktiviti parti. Sedangkan pendedahan demi pendedahan yang dibuat jelas menunjukkan berlakunya ketirisan yang amat teruk. Mungkin Mahfuz fikir orang lain sebodohnya yang tidak dapat melihat bagaimana perompakan dilakukan oleh aktivis atau parti politik.

Cuba Mahfuz tolong jawab, berapa kerat kontraktor yang mendapat kerja dengan kerajaan negeri merupakan mereka yang bebas daripada sebarang kegiatan parti politik, terutama sekali yang berkaitan dengan PAS. Barangkali Mahfuz juga dapat menceritakan mengapa pembahagian blok balak dan sebagainya di Kedah, termasuklah jawatan-jawatan GLC dibuat di kalangan pemimpin Pakatan termasuklah Mahfuz sendiri?

Bukankah duit yang diperolehi itu bukan duit kerajaan? Dan daripada duit itu jugalah, aktiviti parti boleh dijalankan?

Bodoh benak rupa-rupanya Mahfuz dengan temberang besarnya.

Mungkin Mahfuz ingat, cakap-cakapnya itu boleh menyebabkan dia lari daripada memberikan jawapan mengapa PAS BERTEBIAT mengutip duit daripada orang ramai. Alasan Mahfuz kononnya, PAS tidak menggunakan duit kerajaan negeri, tidak ubah seperti taik cirit melepek di lubang dubur. Bodoh tak bodoh si Mahfuz, benda-benda yang jelas macam tu pun nak temberang?

Dah memang PAS memang jenis kaut kiri kanan. Duit negeri pun sapu. Duit para pengikut pun, diperas. Bukankah Islam PAS jenis Islam kutip derma dan minta sedekah? Jadi, tak perlulah Mahfuz nak tutup benda yang semua orang dah tahu dengan alasan karut dan merapunya!!!

(BACA DI SINI)

0 comments

BAKAR MUKA BINI SEBAB DADAH DI KELANTAN!!!


Apa yang berlaku di Kelantan, sememangnya amat memalukan bagi sebuah bangsa yang dikenali dan sinonim dengan gelaran NEGERI TADAHAN WAHYU dan NEGERI PIMPINAN ULAMA. Seorang suami yang ketagihan dadah, tidak sahaja terlupa tentang tanggungjawabnya sebagai suami, sebaliknya membakar muka isterinya setelah dia cuba dihalang oleh isterinya daripada mengambil duit anak mereka yang berusia 19 tahun untuk membeli dadah. (BACA DI SINI)

Segala cakap besar tentang kejayaan Nik Aziz mendidik anak negeri dengan dakwah dan pembesaran pendidikan rohaniah, sebenarnya hanyalah bersifat taik yang dibaling ke muka. Mungkin bagi puak-puak yang suka bercerita tentang karamah Nik Aziz, alasan yang mereka berikan ialah kes-kes berkenaan hanyalah kes-kes terpencil.

Kalau masalah dadah tidak mampu diselesaikan dengan ceramah, apakah ini sebenarnya salah UMNO dan BARISAN NASIONAL juga?

Sebabnya, segala masalah di negara, hatta seekor kumbang putus kaki pun, semuanya salah UMNO dan BARISAN NASIONAL.

Aura atau karamah Nik Aziz barangkali yang menjadi asbab kepada kejadian sebegini.

Tetapi yang sahnya, memang memalukanlah kerana ia adalah melibatkan Melayu dan Bumiputera... Dan yang lebih penting, beragama Islam pulak!!!

Lebih malang lagi, pemimpinnya pula berjenama Tok Guru yang mempunyai karamah!!!

0 comments

HELMI KEKASIH ELIZABETH WONG DITANGKAP DI INDONESIA?!!!



Benarkah lelaki yang diberkas oleh pihak berkuasa Indonesia kerana memalsukan dokumen kewarganegaraan dan pengenalan diri negara jiran itu adalah HELMI MALIK, lelaki yang merupakan kekasih Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan merangkap Exco Alam Sekitar Selangor?

Helmi Malik terkenal kerana mengambil gambar-gambar erotik Elizabeth Wong. Malah dia juga merupakan individu yang merakamkan klip 3gp Elizabeth Wong yang sedang 'kerja hembus' seorang lelaki yang menyerupai Helmi Malik sendiri.

Klip tesebut bagaimanapun tidak beredar di Internet tetapi 'orang-orang tertentu telah menontonnya menerusi telefon bimbit.

Seandainya berita yang turut tersiar di BLOG SAHABAT PAPAGOMO itu membabitkan Helmi Malik, apatah lagi disahkan pula oleh media Indonesia sebagai ahli PATI KEADILAN RAKYAT, maka keseluruhan PKR perlu menerangkan tentang keadaan itu teutama sekali setelah terlalu banyak khabar angin yang mengatakan PKR sedang berusaha mewujudkan ketegangan di kedua-dua negara dalam usaha untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai MAHADEWATARAYA yang akan muncul sebagai MESSIAH untuk rakyat di kedua-dua buah negara.

Berapa ramaikah lagi agen subversif yang telah dihantar oleh PKR ke Indonesia untuk survival Anwar Ibrahim dalam politik Malaysia?

Berapa banyak lagi kemusnahan yang akan dilakukan oleh Anwar Ibrahim dalam menjayakan politik kaedah Zionisnya?

PKR perlu memberikan penjelasan ekoran perkembangan terbaru ini!

Dan yang paling penting mengapa portal berita seperti MALAYSIAKINI, MALAYSIAN INSIDER, HARAKAH DAILY dan yang sentiasa berpihak kepada Anwar Ibrahim langsung tidak memetik berita ini.

TELEBIH-LEBIH PENTING lagi, mengapa orang yang dituduh sebagai trojan horse Anwar dalam UMNO, langsung tidak berani memperkatakanya walaupun masalah UMNO yang perlu diteropong dengan mikroskop elektron pun, boleh mereka cungkil keluar?

0 comments

KENAPA PERLU KACAU NIK AZIZ?!!!


Bila Nik Aziz menyatakan yang dia akan bertanding pada PRU akan datang, maka semua pakat menyorak Nik Aziz yang suatu ketika dahulu pernah menempelak Tun Mahathir kerana terlalu lama memegang kuasa. Macam-macamlah yang dicakapkannya sampaikan terkeluar kalimat, NAK JADI PERDANA MENTERI SAMPAI MATI.

Dan seperti semua orang politik lain yang tidak pernah tahu bila masanya untuk mereka bersara, Nik Aziz juga tidak nampak jalan untuknya bersara kerana 'kehendak ahli-ahli parti'... alasan biasa yang selalu diberikan oleh orang politik dari fikrah DEMOKRASI ROM.

'Gangguan-gangguan' kepada Nik Aziz yang ingin terus menjawat jawatan dan bertanding dalam pilihanraya walaupun usianya sudah semakin lanjut, tidak seharusnya berlaku. Bukan kerana aura atau karamah Nik Aziz yang luar biasa, tetapi kerana pokok yang sudah tua dan pucuk yang sudah mati, tidak lama lagi, akar dan perdunya juga akan reput. Tidak diganggu pun, pokok tersebut akan tumbang.

Nik Aziz merupakan ikon dan berhala terbesar dalam PAS. Walaupun 'keulamakannya' tidaklah setara mana tetapi gambaran dan imej yang diberikan sudah hampir serupa dengan imej waliyullah yang diberikan kepada Khomeini.

Sesuatu yang kelihatan sangat jelas ialah kebimbangan PAS tentang kehilangan Nik Aziz daripada politik perdana. Sudah berulang kali puak-puak PAS menyatakan bahawa Nik Aziz perlu ada sebagai Mursyidul Am Pakatan Rakyat kerana dia adalah lambang 'kasih sayang' semua kaum untuk Pakatan Rakyat.

Ketiadaan Nik Aziz dalam Pakatan Rakyat bukan sahaja merupakan kehilangan dan kekalahan besar PAS tetapi juga kerugian besar kepada Pakatan Rakyat. Ditambah pula dengan sokongan yang semakin merudum dan kemarahan yang semakin membuak-buak di kalangan rakyat di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, kewujudan Nik Aziz dilihat mampu menyejukkan keadaan.

Justeru, biarkan sahaja Nik Aziz terus bertanding dan terus wujud sebagai manusia bernama Nik Aziz. Setidak-tidaknya, dengan pendiriannya sekarang, ianya sudah cukup untuk membuktikan tentang bercabangnya lidah Nik Aziz sendiri dan kemampuannya untuk berbolak balik dengan segala cakap-cakapnya yang terdahulu.

Biarkan Nik Aziz terus bertanding... Nik Aziz tidak perlu ditakuti atau diketawakan kerana dia sebenarnya yang sedang takut kepada diri sendiri, malah dia yang sedang membuatkan dirinya ditertawakan dan diperlekehkan oleh orang ramai, termasuklah oleh pemujanya selama ini!!!

0 comments

HASAN ALI DI AMPANG, ZURAIDAH KAMARUDDIN BERAMBUS PI MANA?


Malam ini, seperti dijadualkan, Hasan Ali, bekas pemimpin PAS yang baru berani bersuara tentang PARASIT dalam PAS selepas dipecat, akan berada di Ampang. Lebih tepat lagi, Hasan Ali akan berada di PADANG PERMAINAN, JALAN INDAH 3/4, TAMAN AMPANG INDAH selepas Isyak.

Ampang seperti diketahui dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Kerusi Parlimennya dikuasai oleh Zuraidah Kamaruddin. Kerusi DUN Bukit Antarabangsa pula dikuasai oleh Azmin Ali manakala kerusi DUN Lembah Jaya diketuai oleh Khassim Abdul Aziz. Daripada ketiga-tiga kerusi tersebut, hanya kerusi Lembah Jaya sahaja yang dikuasai oleh PAS.

Zuraidah Kamaruddin merupakan Ketua Wanita PKR. Azmin Ali pula merupakan Timbalan Presiden PKR. Realitinya, kedua-dua orang ini tidak pernah bekerja untuk rakyat yang mereka wakili walaupun mereka boleh bercakap tentang pelbagai isu nasional terutama sekali yang membabitkan Shahrizat Abdul Jalil.

Menariknya, kedua-dua orang ini mempunyai KOD 71 pada kad pengenalan mereka!

Walaupun Ampang dikatakan kubu PKR, sebenarnya tanpa PAS di kawasan Ampang, PKR langsung tidak bergerak dan bernafas. Kehadiran Hasan Ali, pastinya akan mengundang kedatangan kaum PAS dan Melayu PKR sepertimana fenomena yang berlaku di tempat-tempat lain.

Apa agaknya yang akan dilakukan oleh Zuraidah Kamaruddin dan Azmin Ali untuk mensabotaj kehadiran Hasan Ali?

Kedua-duanya sangat terkenal sebagai pensabotaj. Zuraidah sendiri masih lagi tidak dapat menerangkan mengapa AHLI MAJLIS MPAJ terdiri daripada samseng dan penjenayah yang 'berdaftar' sehingga sekarang, walaupun dia sibuk cuba melondehkan kain Shahrizat Jalil.

Azmin Ali sebagaimana yang kita maklum, akan bertukar menjadi tok dalang.

Sesuatu yang sangat menarik dan ditunggu-tunggu oleh penduduk Ampang ialah, ke mana Zuraidah 'Mak Lampir' akan melarikan diri. Beberapa minggu lepas, sewaktu Shahrizat Jalil datang ke Ampang, Mak Lampir lari berterabur meninggalkan Ampang bersama-sama anaknya.

Apakah kali ini Zuraidah Kamaruddin akan lari meninggalkan Ampang bersama-sama keluarga pula?

0 comments

SHAHRIZAT KEMBALI MEMBIDAS MULUT LONGKANG YANG LAPARKAN JAWATANNYA!!!

Agak aneh melihat gaya permainan mereka yang bergelar pemimpin UMNO. Mudah benar mereka mengeluarkan kenyataan seolah-olah kemengan sudah ada dalam genggaman. Dan untuk melepaskan geram, hasad serta dengki hati, maka segea dilabelkan sasaran mereka sebagai liabiliti kepada UMNO.

Bidasan yang dibuat oleh Shahrizat Jalil kepada mulut-mulut longkang tepat pada masanya. Agak malang kerana Shahrizat sepatutnya mempertanyakan mulut-mulut longkang itu, apa yang telah mereka sendiri lakukan suatu ketika dahulu. Bukankah ada di kalangan mulut longkang itu, tidak sesuci mana pun tubuh serta maruahnya dengan skandal saham unyuk anak menantu. Seorang lagi pula, tidak pernah membantu UMNO pada saat UMNO-BN berhadapan dengan kesukaran berpilihanraya kecil. Yang seorang lagi, cuba menonjolkan dirinya sebagai orang yang paling kuat bekerja untuk UMNO tanpa mengambil sedikit pun keuntungan walaupun hakikatnya semua orang tahu, setiap denyut nafas dan nadi seluruh keluarganya adalah hasil dari UMNO.

Disebabkan itulah, mulut-mulut longkang itu akan menggunakan kesempatan terbaik untuk melakukan serangan jikalau ada ruang dan peluang.

Betul kata Shahrizat, dalam hal ini, dia tidak boleh menyerah kerana menyerah kalah dan akur dengan desakan mulut-mulut longkang itu bererti dia mengkhianati amanah yang diberikan kepadanya.

NFCorp bukan senjata yang ampuh untuk menjatuhkan Shahrizat Jalil sekalipun musuh-musuhnya berusaha menggunakan isu itu dengan sebaik-baiknya. Apatah lagi jikalau dari kalangan UMNO sendiri yang cuba memperkatakannya, akan kelihatan sangatlah janggal dan serba tidak kenanya.

Tidak layak jadi ketua jikalau tidak diuji berat-berat.... itu kata Shahrizat Jalil. Atau secara tidak langsung menunjukkan bahawa dia sudah sedia berhadapan dengan perseteruan yang ditunjukkan oleh kelompok di dalam partinya sendiri.

Sewajarnya orang dalam UMNO, tutup mulut sahaja tentang hal ini kerana sebarang persengketaan yang wujud dalam parti, akan mengurangkan peluang untuk menang pada pilihanraya. Lainlah kalau mereka benar-benar PARASIT yang tidak bertujuan untuk melihat kemenangan UMNO!!!

0 comments

ORANG YANG BENCIKAN HUDUD, KINI DITAWARKAN PAS UNTUK BERTANDING DI KERUSI MEREKA!!!


Zaid Ibrahim, ahli politik bidan terjun yang berjaya kerana UMNO tetapi kemudian lupa diri dan tak boleh nak bawa diri, kini muncul lagi dengan cerita tentang dirinya. Ketika di dalam UMNO, dia menggunakan populariti, kekayaan dan kedudukan serta jawatan untuk menjadi satu-satunya orang yang menyaman kerajaan negeri kerana hendak melaksanakan hudud.

Tindakan atas kapasiti peribadi itu kemudiannya disandarkan kepada UMNO sehingga UMNO dilihat sebagai menentang kalau tidak pun merestui tindakan Zaid Ibrahim itu.

Apa yang tidak dikatakan oleh orang PAS terutama sekali di Kelantan kepada Zaid Ibrahim. Apa label jahanam yang tidak diberikan kepadanya kerana keceluparan dan kelancangan perangai liberal dan sekularnya. Semuanya diberikan, bahkan Zaid Ibrahim suatu ketika dilihat sebagai haiwan neraka yang terlepas ke muka bumi untuk merosakkan orang Islam sebelum datangnya Dajjal al-Masih.

Tetapi cerita itu bertukar dan buat-buat dilupakan apabila Zaid Ibrahim menyertai Anwar Ibrahim bahkan PAS mempertahankan 'bekas peminum arak' itu dengan cerita fantamorgana ketika Pilihanraya Kecil Hulu Selangor apabila Zaid Ibrahim menjadi calon mewakili PKR.

Bahkan PAS dilihat bersungguh-sungguh berbanding PKR sungguhpun Zaid tidak pernah memohon maaf kerana kelancangannya menghantar surat saman kepas PAS Kelantan.

Kali ini PAS nampak berlawak lagi apabila berkata, seandainya Zaid mahu bertanding atas tiket PAS di mana-mana kerusi yang ditandingi PAS. Moderat dan liberalnya PAS sudah sampai ke tahap yang sangat teruk. Golongan yang menjadikan Anwar Ibrahim dan DAP sebagai berhala dalam PAS sudah semakin terdesak untuk mengumpul seramai mungkin manusia yang boleh tunduk kepada Anwar Ibrahim.

Kalau dahulu pelbagai caci nista dilemparkan kepada Zaid Ibrahim, bahkan semasa dia menukarkan AKIM menjadi KITA, gelagatnya menjadi bahan jenaka di kalangan propaganda PAS, kini PAS pula yang melawakkan diri mereka dengan tawaran sebegitu rupa?

Dah tak cukup orang kayakah dalam PAS sehingga perlu membuat tawaran kepada Zaid Ibrahim?

Dah tak ada orang yang sangat layakkah untuk bertanding bagi pihak PAS sehingga Zaid ibrahim mempunyai keistimewaan yang lebih berbanding ahli PAS yang telah berkorban jiwa raga selama ini, termasuklah yang begitu rajin mengisi uncang tabung unit amal dalam setiap ceramah?

Dari sehari ke sehari, PAS nampaknya telah dimakan sumpah dan doa laknat Mursyidul Am mereka sendiri, tanpa mereka sedar atau barangkali sedar tetapi kerana ksombongan menjadi pakaian dan zikir nafas maka, mereka terus tenggelam dalam fantasi yang tidak pernah berkesudahan.

0 comments

KELAHIRANNYA ADALAH RAHMAT KEPADA SEKALIAN ALAM!!!!


Kaum kafir dan mereka yang bersahabat dengan Iblis akan membencinya atau paling tidak pun akan menunjukkan kebencian secara perkataan mahupun menyindir-nyindir akan keagungan baginda. Gembira dengan kelahirannya pun, sudah cukup membuatkan orang yang paling memusuhinya diringankan siksaan di neraka. Dunia berubah sekelip mata dengan kelahirannya.

Lahirnya penuh dengan keajaiban dan tidak sama langsung dengan kelahiran mana-mana individu yang pernah hidup di dunia ini.

Karamahnya sudah wujud sebelum janinnya terbentuk...

Namanya sudah terpahat sebelum wujudnya Adam a.s.

Para Malaikat sudah pun memperkatakan tentangnya sebelum mereka tahu tentang kehadiran manusia sebagai khalifah di muka bumi.

Dialah Khatamul Anbiya'. Dia juga Khatamul Nabiyyin. Dan dia akan terus kekal sebagai Al-Amin walaupun sudah ribuan tahun hanya namanya disebut tanpa jasad.

Tidak dijadikan alam ini melainkan berasbabkannya.

Rindu kepadanya bagaikan narwastu syurgawi yang tidak pernah berkurang baunya. Biar tidak pernah bertentang mata, tidak pernah bersentuh kulit dan tidak pernah mendengar suara, namun namanya sahaja sudah cukup untuk mendatangkan kerinduan yang amat besar.

Biar bergelumang dosa sebesar mana pun, yang pastinya secebis kerinduan kepadanya pasti terlekat di hati. Tatkala namanya disebut, bergetarlah jiwa dan raga menginginkan dia memberikan syafaatnya... dan kerana kasih sayangnya kepada ummat, tidak pernah dia memperkatakan keburukan ummatnya biarpun ummatnya ramai yang terlupa akannya.

Allahhumma solli 'ala Muhammad wa'ala alihi wa sohbihi wasallam...

Mari kita beramal dengan sunnah ajaran baginda. Biarpun bertatih, mari kita berusaha demi kecintaan kepada baginda. Walau kita kemudian kembali melakukan dosa, mari kita pulihkan diri dengan kembali dan terus kembali secara istiqomah tanpa berputus asa.

Sesungguhnya DIA ADALAH RAHMATAN LIL ALAMIN... tiada dusta dan bersalahan firman Allah Taala walau sebesar zarah sekalipun.

Pedulikanlah suara syaitan-syaitan yang akan memperlekeh-lekehkan usaha kita...

1 comments

Saturday, February 4, 2012

KHALID IBRAHIM KENCING LAGI!!! KENCING DAN TERUS KENCING!!! DASAR KORPORAT TAIK!!!

Saturday, February 4, 2012

Khalid Ibrahim dah berbunyi balik. Sebelum cerita Anwar Ibrahim MEMAKSA Yayasan Selangor menyediakan RM300 juta untuknya bagi tujuan peribadi dan aktiviti politik PKR, Khalid Ibrahim perlu terlebih dahulu bercerita tentang ‘kejayaan’ Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Selangor bergaji seringgit. Maka, diuar-uarkanlah cerita tentang simpanan tunai kerajaan negeri Selangor sekarang yang kononnya sudah mencecah RM1.9 bilion berbanding RM1.2 bilion tempoh yang sama tahun lepas. Dan selepas itu, tentera-tentera Pakatan pun mulai menepuk gendang, meuwar-uwarkan betapa hebatnya kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor sehingga simpanan tunai meningkat begitu banyak sekali, ‘hasil pengurusan’ yang sangat baik, telus dan agung.

Datang dari mana simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor itu? Adakah datangnya dari langit? Atau Khalid Ibrahim telah menemui harta karun yang tertanam dalam perut bumi negeri Selangor?

Sama seperti negeri-negeri yang lain, sumber-sumber tunai Selangor datangnya dari cukai, hasil bukan cukai. Tetapi sedikit berbeza dengan pentadbiran negeri-negeri lain, Selangor ada KELEBIHANNYA iaitu kepandaian Khalid Ibrahim menipu dan memutarbelitkan fakta.

Selepas mengumumkan sekian banyak program untuk rakyat seperti TAWAS, Air Percuma, Tabung Anak Selangor, Mesra Usia Emas, Tabung Anak Masuk Universiti dan sebagainya, berkompang sakan para jurugendang Pakatan tentang kejayaan Khalid Ibrahim menguruskan kewangan negeri. Padahal semua rakyat Selangor tahu, semua program yang dicanangkan itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah cerita kosong, Trik dan helahnya mudah, kumpulkan dua tiga orang yang dikatakan dibantu dengan program-program khayalan tersebut, kemudian ambil gambar, masukkan ke dalam media-media milik atau condong kepada Pakatan, selepas itu buatlah pengumuman tentang program berkenaan. Sedangkan apa yang berlaku ialah, setakat itu sahajalah program yang kononnya berkebajikan sangat untuk rakyat Selangor.

SAMBUNG BACAAN DI SELANGOR DAILY


1 comments

PARASIT DALAM PAS DISIBUKKAN, PARASIT DALAM UMNO, APA CERITA?


Hasan Ali dan kisahnya dipecat dari PAS masih lagi menjadi cerita hangat. Masih lagi diperkatakan dan masih lagi ditunggu. Dan yang paling ditunggu adalah janjinya untuk membuat pendedahan tentang PARASIT-PARASIT yang terdapat dalam PAS selepas nama Khalid Samad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga dikenali sebagai Khalid Gereja.

Sudah hampir dua minggu, hanya nama Khalid Samad sahaja yang disebut. Beberapa nama yang lain dan dikenalpasti sebagai PARASIT dalam PAS yang bukan sahaja menyembah Anwar Ibrahim, tetapi juga menjilat DAP dengan sejilat-jilatnya.

Itu cerita dalam PAS dan PARASIT yang bertuhankan Anwar Ibrahim.

Bagaimana pula dengan UMNO?

Kalau masalah PARASIT menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang hilang arah tujuan dan perjuangan, masalah PARASIT dalam UMNO pula tidak kurang telah, sedang dan akan mendatangkan masalah yang cukup besar kepada parti Bumiputera terbesar di Malaysia itu.

Berbeza dengan PAS, PARASIT di dalam UMNO tidak hanya hinggap dan bertapak dalam UMNO itu sendiri, tetapi juga berada dalam banyak entiti serta GLC. PARASIT-PARASIT ini tidak hanya menghisap darah tetapi juga pada masa yang sama, menjalankan tugas untuk Anwar Ibrahim.

Mungkin sebahagian daripada kita akan menyalahkan kakitangan awam yang termakan hasutan dan tohmahan Pakatan Rakyat kononnya kehidupan mereka akan lebih baik jikalau Pakatan yang memerintah walaupun Tony Pua secara berterus-terang menyatakan bahawa kesemua kakitangan awam akan dikaji dan pembuangan kakitangan awam secara berperingkat akan dilakukan setelah Pakatan Rakyat berkuasa untuk MENJIMATKAN PERBELANJAAN yang sekarang ini dianggap membazir!

Presiden dan Timbalan Presiden UMNO telah berulang kali menyatakan kebimbangan mereka tentang golongan PARASIT, terutama sekali yang masih lagi beranggapan mereka adalah WINNABLE CANDIDATE dan sedang berkempen untuk diri sendiri tanpa menghiraukan kesan yang akan menimpa parti.

Perhatikan sahaja dalam masalah NFCorp... perhatikan sahaja bagaimana elemen PARASIT sedang meratah dan cuba menjahanamkan UMNO secara keseluruhannya dengan aqaid serta kaedah Anwar Ibrahim!!!

Bayangkanlah... sepanjang UMNO bergelut dengan siri pilihanraya kecil sepanjang 2008-2010, muka dan suara tidak wujud, tiba-tiba disebabkan hampirnya PRU dan Pemilihan Agung UMNO, ada pula suara dan muka?

Dan bayangkanlah juga, orang yang menjadi kaya kerana UMNO, berjawatan kerana UMNO dan segala-galanya kerana UMNO, tiba-tiba sahaja cuba bercakap tentang kekayaan dan keluhuran yang tidak menggunakan UMNO?

Perhatikan elok-elok... tidakkah ianya benar-benar menggelikan hati?

PARASIT-PARASIT seperti ini jikalau tidak ditangani, nasib UMNO pun tidak lebih baik daripada PAS yang sekarang ini terpaksa menyembah melutut memohon belas kasihan kepada Anwar Ibrahim dan DAP.

Mungkin sekarang ini, mereka tidak begitu berani seperti pada awal 2008 dahulu. Tetapi PARASIT-PARASIT ini yang sedang bergerak secara bebas di dalam UMNO, sentiasa menunggu masa untuk melakukan COUNTER STRIKE besar-besaran, seperti dalam kes KERAJAAN ANGAN-ANGAN 16 SEPTEMBER CIPTAAN ANWAR IBRAHIM yang tidak menjadi realiti itu!!!

0 comments

HALIMAH ALI PUCAT LESI!!! XAVIER BERLARI KE BILIK AIR!!!


Baru puak-puak ni tahu. Selama ini, mereka yang sibuk melaga-lagakan antara kaum di negara ini dengan menimbulkan perasaan tidak berpuas hati di kalangan kaum-kaum yang mereka temui dalam usaha untuk mendapatkan undi dengan menjadikan Pakatan Rakyat kononnya sebagai DEWATARAYA.



Di hadapan masyarakat India, dikatakan Melayu dan UMNO telah menindas masyarakat India sehinggakan masyarakat India berada dalam kelompok miskin tegar. Dikatakan juga, masyarakat India tidak bebas mengamalkan agama mereka di Malaysia, walaupun jumlah kuil dan tokong berstruktur jauh lebih banyak berbanding masjid dan surau. Itu belum lagi kira kuil bawah pokok atau di hadapan batu besar.

Di hadapan masyarakat Cina, dikatakan UMNO dan Barisan Nasional telah merompak kekayaan kaum Cina sehinggakan banyak projek kerajaan diberikan kepada syarikat-syarikat bumiputera. Dikatakan juga, masyarakat Cina, terutama yang beragama Kristian telah disekat kebebasan beragama mereka, kerana kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tidak membenarkan pemurtadan di kalangan umat Islam oleh evangelist-evangelist. Padahal, daripada senarai orang terkaya di Malaysia, satu-satunya nama Melayu dalam senarai, itu pun hanya berada pada nombor tujuh atau lapan hanyalah Syed Mokhtar Al-Bukhary. Pada masa yang sama, hampir kesemua bidang perniagaan dimonopoli oleh orang Cina, termasuklah pembekalan daging halal ke negara ini. Itu belum lagi kira, syarikat penerbitan milik orang Cina yang turut mencetak buku agama, bahkan Surah Yassin untuk diedarkan dan dijual kepada orang Melayu-Islam.

Di kalangan orang Melayu, ditohmah pula kononnya UMNO dan Barisan Nasional telah gagal mengeluarkan orang Melayu daripada kemiskinan dan peningkatan hidup. Dikatakan juga, orang Melayu telah dibodoh-bodohkan oleh UMNO dan Barisan Nasional selama lebih 54 tahun. Padahal, golongan yang membuat tohmahan dan fitnah dari kalangan Pakatan Rakyat itu sendiri, datangnya daripada keluarga yang telah ditingkatkan status hidup menerusi usaha-usaha UMNO dan Barisan Nasional mempertahankan Akta 152 dan 153 walaupun terpaksa banyak bertolak ansur dengan orang lain.

Peningkatan status hidup cuba dikaitkan dengan kerajaan sungguhpun pada masa yang sama, biji mata mereka sendiri dapat melihat bagaimana kaum pendatang dan PATI boleh berjaya serta senang lenang dengan menabur keringat di negara ini. Peluang pekerjaan yang terlalu banyak, tidak dijadikan sebagai umpan untuk mengajak masyarakat meningkatkan status hidup, sebaliknya bayangan yang diberikan ialah, sebagai rakyat Malaysia, semuanya boleh bergoyang kaki dan makanan akan masuk ke dalam mulut dan perut!!!

Nah, sekarang, mengapa Halimah Ali pucat lesi? Mengapa Xavier lari tak cukup tanah?

Itulah balasannya apabila saling menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Apabila rakyat tanpa mengira kaum meluahkan ketidakpuasan hati mereka dengan kerja-kerja sendiri yang tidak mencapai tahap sepatutnya, mengapa pula lari?

Macam ni yang dikatakan nak memerintah Malaysia?

Jawabnya setiap hari akan berlakulah huru-hara kerana ketidakpuasan-ketidakpuasan yang telah ditanam oleh Pakatan Rakyat dalam usaha mereka untuk menguasai Putrajaya. Pelaburan taik, hasilnya adalah taik juga!!!

0 comments

MAULIDUR RASUL TIRU KRISMAS? PELAWOK! PELAWOK!



Dek kerana fahaman politik popular, isu sambutan Maulidur Rasul yang diperdebatkan kembali kedengaran. Dan sudah tentulah, selain golongan tertentu yang beranggapan bahawa sambutan Maulidur RAsul sebagai BIDAAH, satu lagi golongan yang beranggapan membuat sambutan Maulidur Rasul adalah TASYABBUH kepada Kristian kerana Kristian menyambut hari kelahiran Jesus Christ pada sambutan Hari Krismas.

Fahaman kedua ini dipopularkan oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan. Dan sebagai orang politik, Nik Aziz berjaya mengumpulkan sokongan terutama daripada kalangan mereka yang buta kayu, kurang berilmu tetapi taksub kepada 'aura Nik Aziz' semata-mata.

Tak kisahlah walau apa pun fahaman Nik Aziz tentang hal sambutan Maulidur Rasul, namun berdasarkan kenyataan-kenyataan kontroversinya sebelum ini terutama sekali yang menganggap Muhammad s.a.w sama sahaja seperti 'MAMAT-MAMAT KAMPUNG YANG LAIN' kecuali kerana wahyu dan JAWATAN NABI SERTA RASULnya, jelas sekali apa yang diucapkan oleh Nik Aziz berkenaan sambutan Maulidur Rasul sejajar dengan kempen penghakisan kasih sayang kepada Rasulullah s.a.w.

Malangnya, bagi kaum PAS totok yang buta kayu, alasan mereka tentang kasih sayang kepada baginda Rasulullah s.a.w, hanya tertakluk kepada amalan semata-mata. Kata mereka, tiada gunanya tunjukkan kasih sayang kepada Rasulullah s.a.w menerusi Sambutan Maulidur Rasul tetapi tidak memilih PAS yang memperjuangkan Islam sebagai Kerajaan Putrajaya. Kasih sayang seperti itu kosong, kata mereka.

Maka, tok guru-tok guru dan para ustaz PAS pun mula mencipta frasa 'KASIH SAYANG KEPADA RASULULLAH S.A.W BERMAKNA MENGIKUT SEGALA SURUHAN DAN AMALAN BAGINDA.'

Cakap itu sememangnya betul tetapi pada masa yang sama juga, mengandungi niat yang menyeleweng. Dan sebagai buktinya, pendapat Mursyidul Am tentang Muhammad bin Abdullah s.a.w sudah cukup untuk menunjukkan Muhammad bin Abdullah s.a.w bagi puak-puak ini hanyalah seorang manusia biasa yang hanya mulia kerana 'JAWATAN'. Kasih sayang kepada Muhammad bin Abdullah s.a.w hanyalah kerana 'jawatan' yang disandangnya. Islam yang disyiarkan oleh Muhammad bin Abdullah s.a.w hanya kerana Islam itu adalah 'barang' yang boleh mendatangkan keuntungan dunia, terutama sekali dari segi kuasa dan politik!

Kata Nik Abdul Aziz, sambutan Maulidur Rasul yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia, adalah meniru kaum Kristian. Punyalah dia tak mahu bertasyabbuh dengan kaum Kristian, Nik Aziz sanggup mengeluarkan kenyataan seperti itu. Dihujahkannya pula, pada zaman Sahabat r.a, tabiin, tabiit tabiin dan solafus-soleh, tiada sambutan sebegitu rupa. Hanya selepas 300 tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, barulah ada Maulidur Rasul.

Aneh tidak aneh, Nik Aziz sendiri perlu menjawab, mengapa hanya selepas hampir 200 tahun kewafatan Rasulullah s.a.w maka munculnya mazhab-mazhab iaitu terutama selepas Islam berkembang ke wilayah-wilayah bukan Arab yang mempunyai geografi, sosio-budaya dan iklim yang berbeza.

Pernah atau tidak Nik Aziz menerangkan mengapa sewaktu zaman Khalifah Uthman Affan r.a sendiri, berlakunya pembacaan al Quran yang berlainan nada sehingga kemudian, diletakkan baris dan tanda baca pada setiap ayat untuk menyeratakan bacaan al Quran di semua wilayah Arab dan Ajam?

Bidaahkah baris dan tanda baca pada ayat-ayat al Quran sedangkan Rasulullah s.a.w tidak memerintahkan pun pada masa baginda s.a.w masih hidup? Adakah ijtihad Syaidina Abu Bakar r.a dalam hal ini bersalahan dengan ijtihad Syaidina Uthman Affan r.a dan Syaidina Ali r.a?

Kita renung sejenak 'permasalahan ini' dan mungkin ada kalangan yang boleh mendapatkan 'fatwa' daripada bijakpandai seperti Nik Aziz dan golongan yang serupanya.

Abu Qatada al-Ansari meriwayatkan di dalam Sahih Muslim, kitab as-siyam (puasa),kenapa baginda berpuasa pada hari Isnin, dan baginda bersabda,"Itulah hari aku dilahirkan dan itulah juga hari aku diangkat menjadi Rasul."

Daripada Mutawalli Sha'rawi: "Banyak peristiwa yang ajaib telah berlaku pada hari baginda s.a.w dilahirkan sebagai bukti bagi hadith dan sejarah bahawa malam Rasulullah s.a.w dilahirkan tidak seperti malam-malam manusia lain dilahirkan".

Peristiwa yang termaktub didalam hadith termasuklah gegaran yang dirasakan di istana 'Chosroes' dan padamnya api yang telah menyala selama 1000 tahun di Parsi dan beberapa peristiwa-peristiwa lain yang ditulis didalam karangan Ibnu Kathir, al-Bidaya, Jilid 2, mukasurat 265-268.

Daripada Kitab al-Madhkal oleh Ibnu al-Hajj (jilid 1, ms. 261) "Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk membanyakkan kesyukuran kita kepada Allah setiap hari Isnin bulan Rabi'ul Awwal kerana Dia telah mengurniakan kepada kita nikmat yang besar iaitu diutus-Nya Nabi s.a.w untuk menyampaikan Islam kepada kita dan menyebarkan salam. Apabila baginda ditanya mengapa baginda berpuasa pada hari Isnin, baginda bersabda,"Hari itu adalah hari kelahiranku".

Oleh kerana itu, hari tersebut telah memberi satu 'penghormatan' kepada bulan tersebut, kerana hari itu merupakan hari Rasulullah (s.a.w) dan baginda bersabda,"Aku merupakan penghulu bagi anak cucu Adam dan aku tidak mengatakan ini kerana kesombongan …dan baginda bersabda: Adam dan anak cucunya akan bernaung dibawah panji-panjiku pada hari pembalasan kelak.

Hadith-hadith ini merupakan riwayat 'Shaikhayn' Bukhari dan Muslim.

Dan Muslim menulis di dalam Sahihnya, Rasulullah s.a.w bersabda, Aku telah dilahirkan pada hari Isnin dan pada hari yang sama juga wahyu yang pertama telah diturunkan kepadaku."

Rasulullah s.a.w mengutamakan hari kelahiran baginda dan memuji serta bersyukur kepada Allah, dengan berpuasa pada hari tersebut (Isnin) seperti yang diriwayatkan oleh Abu Qatada didalam sebuah hadith. Ini bermakna, Rasulullah s.a.w telah melahirkan dan menzahirkan perasaan gembira baginda dengan berpuasa pada hari tersebut - salah satu daripada bentuk ibadah khusus.

Oleh kerana Rasulullah s.a.w sendiri mengutamakan hari tersebut, jadi sebagai mencontohi baginda, sambutan atau ibadah yang selaras dengan shari'ah adalah dibolehkan - walaupun mungkin kaedah menyambutnya mungkin boleh berubah mengikut keadaan dan tempat tetapi dzat/intipati sambutan itu tetap sama.

Dan kerana itu, berpuasa, memberi makanan kepada orang fakir miskin, bersama-sama berselawat kepada Nabi s.a.w, ataupun bersama-sama mengingati dan merenung akan akhlaq baginda yang terpuji lagi mulia - semuanya merupakan kaedah ataupun cara yang boleh dilakukan untuk mengutamakan dan menyambut hari tersebut.

Justeru pendapat yang dikeluarkan oleh Nik Aziz berkenaan sambutan Maulidur Rasul kelihatan terlalu janggal. Sambutan tersebut sekalipun tidak dibuat pada zaman Solafus Soleh tetapi ia diharuskan dan tiada halangan untuk menyambutnya berdasarkan fatwa ulama-ulama muktabar yang kemuktabaran mereka jauh mengatasi Nik Aziz yang hanya lulus Sastera Arab!!!

0 comments

JANTAN BERTELUR SATU CUBA BELA ANWAR IBRAHIM DENGAN PERANG PUTAR BELITNYA!!!


Bila memperkatakan tentang Hishamuddin Rais, maka akan terbayanglah kita, seorang budak kampung ceruk Kuala Pilah yang kemudian berjaya memasuki Universiti Malaya tetapi kemudian terpengaruh dengan ajaran sosialis yang amat mirip dengan komunis. Orang inilah yang apabila diberikan peluang belajar dan melanjutkan pelajaran, memilih untuk berdemontrasi dan berpolitik sehingga akhirnya keciciran.

Apabila tindakan dilakukan oleh pihak berkuasa, akibat terlalu takut, dia lari malam. Selama lebih dua puluh tahun, dia hidup di luar negara dan di sebalik fahaman tegar sosialisnya itu, dia akhirnya terlantar di Tanah Inggeris dan sungguhpun menyatakan kebencian pada orang putih, dia sendiri lebih orang putih berbanding orang putih di negara bekas penjajah Malaysia itu.

Cumanya, lebih Hishamuddin Rais berbanding orang putih ialah katanya, masa dia kecil dahulu dia pernah ke sekolah agama... Masa dia kecil dululah....

Tak ramai yang masih ingat bagaimana dia merayu-rayu kepada Dr.Mahahir agar membenarkan dia balik ke Malaysia walaupun sebenarnya tiada sebarang larangan pun dikeluarkan menghalang dia balik. Yang menjadi masalah adalah dia sendiri. Dia yang takut dengan bayang-bayang dan dia yang takut akan dikenakan tindakan undang-undang.

Namun bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik terutama sekali pada ketika Anwar Ibrahim sudah berada begitu hampir dengan kemuncak kuasa terutama sekitar 1995-1996 akan ingat bagaimana keluarga Hishamuddin Rais di Jemapoh turut merayu bagi pihak manusia yang membuang dirinya sendiri itu.

Hishamuddin Rais balik ke Malaysia pada ketika Anwar Ibrahim memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan sepanjang percutian Dr. Mahathir.

Janjinya untuk tidak menimbulkan sebarang masalah kepada negara, dilupakan sebaik-baik sahaja Anwar Ibrahim berhadapan dengan tuduhan mahkamah. Dia yang dahulunya bersungguh-sungguh ingin membuktikan bahawa Dr. Mahathir adalah bencana terbesar Malaysia, bertukar menjadi puaka yang turut seronok melihat seluruh negara bergejolak sepertimana yang diharapkan berlaku di pekarangan Lincoln Institute sekitar awal 1970-an dahulu.

Tidak kisahlah, sebab dia memang penyokong Anwar yang berfahaman sosialis sejak azali...

Dalam isu terbaru, Hishamuddin Rais cuba memutarbelitkan sokongan Anwar Ibrahim kepada Zionis Israel menerusi wawancara dengan AWSJ. Dia cuba menjadikan Asian Wall Street Journal sebagai entiti Kapitalis yang sangat dibenci oleh puak-puak sosialis dan komunis sepertinya.

Hishamudin Rais cuba menggambarkan kononnya Anwar Ibrahim sedang berhelah untuk memperlihatkan kepada Asian Wall Street Journal yang dimiliki oleh Dow Jones, yang kepentingan serta peluang mereka akan lebih terbuka di Malaysia sekiranya Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.

Wall Street dan Dow Jones adalah sinonim dengan penguasaan Zionis terhadap struktur kewangan dunia!

Dalam usaha untuk menaikkan kembali imej Anwar Ibrahim yang sudah runtuh kerana menyokong Zionis Israel, alasan 'helah' seperti yang digunakan oleh Hishamuddin Rais kelihatan terlalu amat janggal.

Secara terang-terangan, Anwar Ibrahim sudah mengaku, keselamatan dan kewujudan Israel akan dipertahankan sekiranya Pakatan menguasai Putrajaya. Malah beberapa bulan dahulu pun, Anwar Ibrahim melutut kepada Zionis Israel memohon ampun dan maaf kerana telah menyerang APCO dan menyelar kepentingan Zionis.

Anehnya, Hishamuddin Rais tidak pula menyebut tentang perkara itu. Begitu juga dengan hubungan baik Anwar Ibrahim dengan pelbagai agensi serta entiti Zionis. Cubaan Hishamuddin Rais untuk menggambarkan Anwar Ibrahim menggunakan dirinya untuk memperdaya Zionis menerusi entiti serta kepercayaan mereka sendiri, sebenarnya sudah cukup menggambarkan betapa terdesaknya puak-puak penyokong Anwar itu sendiri menangani masalah MULUT LANCANG ANWAR. (BACA DI SINI)

Memperdaya atau tipu helah Anwar kepada Zionis setakat ini tidak langsung menampakkan hasil, sebaliknya yang kelihatan ditipu daya dan diperdayakan adalah Anwar Ibrahim yang masih kemaruk hendak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Hishamuddin Rais selaku penagih tegar sosialisme, boleh memberikan seribu satu dalih tetapi fakta-fakta yang ada jelas menunjukkan segala dalih-dalihnya untuk memutihkan imej Anwar Ibrahim tidak berjaya langsung!!!

0 comments

Friday, February 3, 2012

SI BODOH UJUB BEBAL DARI PUAK UMNO SAHAJA YANG MUDAH CAIR HATI!!!

Friday, February 3, 2012

Seperti yang dinyatakan oleh sahabat blogger UNSPINNERS, permainan kaum Pakatan dalam beberapa isu kebelakangan ini jelas menunjukkan betapa bercabangnya lidah mereka dan tidak konsistennya mereka dengan pendirian dan prinsip yang mereka sendiri laung-laungkan dan agung-agungkan.

Kebebasan bersuara yang menjadi serapah keramat kaum Pakatan, kini tidak lagi dipraktikkan. Kalau dipraktikkan pun, hanyalah bertujuan untuk memanjangkan kempen seperti LIWAT SUKA SAMA SUKA. Hakikatnya kaum Pakatan terutama sekali pemimpin mereka tidak akan sama sekali bersetuju dengan kebebasan bersuara yang mereka agung-agungkan sebelum ini.

Kebelakangan ini blogger pro-UMNO menjadi sasaran setelah sekian lama para pemimpin Pakatan bermukah sakan dengan blogger-blogger belaan mereka.

Bermula dengan menimbulkan cerita blogger pro UMNO menghabiskan jutaan ringgit duit rakyat, kemudian melabelkan blogger pro-UMNO dan BN sebagai lidah penyebar fitnah, akhirnya para pemimpin Pakatan kepanasan dengan pendedahan demi pendedahan dan sela-sela undang-undang yang boleh mereka manipulasikan digunakan untuk mengurangkan tekanan.

Menariknya blogger pro UMNO tidak pula meminta bukti yang mereka telah dibayar sebagaimana yang dituduh oleh puak Pakatan sebaliknya menelan dan adakalanya termakan dengan tohmahan berkenaan. Sedangkan pada masa yang sama, hampir semua komuniti siber terutama sekali blogger, menarik nafas mendengar peruntukan lebih RM5 juta yang disediakan oleh Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat Perak kepada para blogger dan cybertrooper mereka. Di Selangor pula, kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM25 juta untuk program cyberwar seperti yang diuar-uarkan sendiri oleh Menteri Besarnya. Di Kelantan, selepas Kickdefella yang menerima peruntukan RM4 juta untuk menentang dan menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan UMNO dan Barisan Nasional, blogger Topeng Perak yang merupakan salah seorang tenaga penting Jingga 13, khabarnya menerima peruntukan RM2 juta untuk kerja yang sama.

Hanya di Pulau Pinang, jumlah yang digunakan tidak diketahui. Namun berdasarkan kepada keaktifan forumers daripada beberapa buah forum seperti Low Yat dan sebagainya, yang sangat kritikal terhadap nama Melayu dan IP address yang sama, jumlahnya tentu jauh lebih besar memandangkan pembayaran dibuat berdasarkan satu demi satu posting.

Dan kebelakangan ini, permainan baru dimainkan lagi. Mungkin si pemainnya beranggapan itu adalah perang saraf yang sangat hebat. Menyebut nama orang yang dikatakan blogger itu ini secara terang-terangan di dalam blognya, diharap dapat dilihat, ditakuti dan mengancam blogger-blogger yang lain. Secara tidak langsung, menutup mulut para pendedah.

Paling menarik apabila tentera-tentera yang kurang faham dan arif dengan apa yang berlaku, turut masuk campur kerana berpendapat itu adalah tugas mereka mempertahankan institusi. Padahal apa yang mereka lakukan ialah meruntuhkan institusi itu sendiri.

Tanpa menggunakan otak dan sentiasa bebal dengan omongan pemimpin yang menyuap mereka, masing-masing mula mencari ruang untuk menyerang sepertimana para pemimpin Pakatan menggunakan sela undang-undang untuk menutup sebarang kritikan atau pendedahan yang menjejaskan masa hadapan politik mereka.

Seperti yang disebutkan oleh sahabat blogger UNSPINNERS yang serba misteri itu, puak-puak ini hanya menunggu butiran terperinci untuk melakukan pembunuhan. Kalau mereka di kalangan Pakatan, mereka akan menyaman. Kalau mereka di kalangan UMNO-BN atau menyamar sebagai UMNO, mereka akan mendedahkan nama sebenar dan kalau tidak ada halangan,mungkin nombor kad pengenalan, alamat rumah, nombor telefon, dan segala perincian lain bertujuan untuk mengugut lawan mereka.

Taktik seterusnya adalah berdebat. Sama seperti kaedah yang digunakan oleh Anwar Ibrahim, cabaran untuk berdebat sentiasa dikumandangkan untuk membuktikan mereka lebih benar. Perhatikan betul-betul kaedah dan taktik yang digunakan... Semuanya serba ANWAR IBRAHIM!!!

Menjadi musang berbulu ayam adalah perkara biasa dalam cyber warfare. Mengesan puak-puak ini juga tidak sukar dilakukan, terutama menerusi Internet apatah lagi bagi mereka yang memblog. Perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang dibina dalam blog mereka, sudah cukup untuk menerangkan siapakah mereka sebenarnya.

Contoh terbaik, seorang jurublog menyatakan dia adalah blogger UMNO tetapi dalam blognya, tidak ada satu pun serangan terhadap pihak lawan atau pendedahan tentang kebaikan UMNO, sebaliknya yang disibukkan adalah keburukan dan reformasi dalam UMNO. Pada masa yang sama,bukti-bukti yang ada pula menunjukkan hubungan baiknya dengan kaum lawan.

Permainan ini sebenarnya tidaklah terlalu berseni. Bukan sedikit di kalangan jurublog yang merupakan mereka yang memilih untuk menyokong sesuatu yang tidak mereka yakini sebelumnya. Dan bukan sedikit juga yang mempertahankan apa yang mereka percaya walaupun bukti-bukti semakin jelas membuktikan kepercayaan mereka itu adalah salah sama sekali.

Dan kebelakangan ini, dengan dorongan kewangan serta keuntungan yang sebelum ini hanyalah angan-angan, sudah mula menampakkan riak-riak, mereka lebih baik dari kumpulan saingan dan sebagainya.

Itu yang berlaku dalam group Pakatan dari dulu sampai sekarang. Persoalan, mengapa mereka tidak dapat apa yang kumpulan satu lagi dapat, terpaksa dipaksikan kepada suara, KAMI YANG LEBIH BERTUNGKUS LUMUS BEKERJA.. Akhirnya berlakulah perpecahan walaupun cuba diselindungkan dengan cara yang menyejukkan hati iaitu, KAMI BEKERJA DENGAN IKHLAS dan KAMI BERADA DALAM ENTITI PARTI DAN KAMI LEBIH BERHAK!!!

Musang berbulu ayam tidak akan berusaha menerangkan apa yang telah dilakukannya selama ini, sebaliknya akan membantu TUAN-TUAN BESARNYA di pihak lawan untuk menangkap, membunuh dan seterusnya memastikan hanya dia sahaja yang hidup bebas.

Anda faham?

Tak faham atau pura-pura tak faham? Atau masih cuba berselindung dengan menggunakan ahli-ahli yang kurang faham dan mudah cair hati dengan 'kebijaksanaan' perang saraf anda?

0 comments

Blog Archive

Labels