
Mahfuz Omar buat cerita lagi sekaligus menentang segala dakyah PAS selama ini tentang kaedah dakwah. Setelah sekian lama bercakap tentang perlunya PAS menguasai Putrajaya dan kerajaan bagi meningkatkan syiar Islam, tiba-tiba Mahfuz Omar mengeluarkan kenyataan yang memperlekeh-lekehkan kaedah yang telah sekian lama mereka banggakan.
Kata Mahfuz, nak dakwahkan Islam tidak semestinya kena ada jawatan. Tak boleh bergantung kepada jawatan, katanya. Atau dengan kata lain, nak syiarkan Islam, tidak perlulah sebarang pergantungan kepada elemen lain.
Habis tu, jadahnya Mahfuz sendiri sibuk nak bertanding dan jadi orang politik? Mahfuz faham ke tidak dengan apa yang dikatakannya? Dulu kata, PAS kena kuat kalau nak Islam teguh dan berkuasa di Malaysia. Tiba-tiba disebabkan Exco Hal Ehwal Islam Selangor telah disandang oleh Khalid Ibrahim, cakap Mahfuz dah sama dengan cakap puak-puak UMNO yang dilabelkan sebagai sekular oleh PAS sendiri.
Kalau dikatakan bodoh, jatuh pula maruah kumpulan-kumpulan penyembah Anwar dan penjilat-penjilat Lim Guan Eng. Apakan tidak, Mahfuz adalah salah seorang daripada mereka. Kalau Mahfuz mengeluarkan kenyataan, bermakna itu jugalah prinsip dan pendapat bulat kumpulan Anwarista.
Takkan Mahfuz Omar dah tersampuk hantu UMNO pulak? Takkanlah Mahfuz telah dibayar oleh UMNO untuk mengeluarkan kenyataan yang telah lama disuarakan oleh UMNO.
Takkan Mahfuz dah lupa, bagaimana jawapan Mahathir tentang kekananan ulama sebagai pemimpin utama kerana ulama adalah pewaris Nabi. Mengapa pula Mahfuz yang benci sangat dengan Mahathir, menggunakan nada jawapan yang sama, cuma wataknya sahaja berbeza. Mahathir menyanggah pertikaian Nik Aziz tentang Perdana Menteri yang sepatutnya dari kalangan ulama kerana ulama itu lebih aula, sedangkan Mahfuz Omar pula menyatakan UMNO berfikiran sempit kerana mempertikaikan jawatan Exco Hal Ehwal Islam yang disandang oleh seorang Khalid Ibrahim yang Islamnya sendiri pun banyak dikaitkan dengan Bahai?
Jadi, betullah seperti yang dikhabarkan oleh orang-orang dalaman PAS, Mahfuz Omar kalau dibiarkan bercakap banyak akan memperlihatkan PAS tidak ubah seperti BABI TONYOK YANG SIBUK MEMBUSUKKAN ORANG LAIN, padahal dia sendiri berkubang dalam tahi!!!








































