
Baru ni balik kampung..
Tanya pada kakak ipar..tak dapat ke BR1m.
Kabornya..tak dapat (kakak ipar ni status ibu tunggal)
Kabornya..dia mungkin tak dapat kerana ibunya yakni ibu mertuaku dah dapat dan duduk serumah. Namun ada yg cadangkan agar ia buat rayuan.
Kabornya lagi..ramai gak yg kaya2 dapat. ( Maklum ler kerja kampung, tak de bukti pendapatan melebehi RM 3000, ada jugak pasal duit2 yg dihantar oleh anak2- orang2 kampung duit bukannya nak buat apa sangat so tak kisah ler rezki masing2)
Aku tanya.. cam mana si mamat ni yg hardcore PAS tu, ambik jugak ke
Kabornya..hmmm puak2 tu yg mula2 sekali dan cergas sekali, kabor mereka tu semua hasil titik peluh mereka yg selama ni dirampas oleh UMNO ( mm pendapatan isi rumah bawah RM3000 ada ke kena income tax? atau bila mana mereka bayornya..padahal simamat tu dapat pencen lagi lama dari bertugas dan dapat juga menikmati nikmat2 pesara2 kerajaan-nikmat2 dari UMNO pasal pencennya, sekolah anak2nya selama ni apa citernya, hasil titik peluh sapa?)
Kabor sikakak ipar ni..mika2 ni suruh dia masuk PAS cepat.
Kabornya sikakak ipor ni pulak..PAS nak bagi apa?
Jawab mika ..PAS nak bagi apa pasal UMNO dah sapu semua, ( gitu ler pulak)
Sikakak ipar ni cadang ni gi umrah..
Mika2 ni kabor..ishhh lagi ler kena masuk PAS, kalau tidak umrah tu sia2.
Jawab sikakak ipor ni..gitu ke? tak pa ler..aku gi umrah hasil titik peluh aku sendiri bukan duit mika pun.
Mika2 kabor lagi..ishhh kena masuk PAS cepat., kami ni dah sah leh masuk syurga
Jawab sikakak ipor..tak pa ler, mika masuk ler syurga mika dulu.
____________________________________________________
Citer ni,,kalau dikabor pada puak2 PAS, maka dikabornya semua tu adalah fitnah belaka..tak logik kabornya.
Gitu juga le kalau dikisahkan pasal korban lembu pada hari raya korban, semayang 2 imam, pulau memulau..dan dijamin syurga jika masuk PAS.
Malah ada artis yg terang2 kabor dia telah "ANUTI" PAS..
Mufti2 ramainya diam..para ustaz diam..majlis fatwa, diam. Tak berani huk..tak berani hek..abis2 Tuan Mufti Harun sani, dan beberapa lagi..tu pun dibalas teguran ngan kata2 yg pedas dan caci maki.
satu masa dulu..bila ada sipolan ngaku Nabi dan pengikut2nya kabor dah dijamin syurga maka gemparlah sekelian ilmuan Islam dan tindakan tegas diambil..
Gitu juga ayah pin, ustaz sya'ari..
Sebabnya mudah..kerana mereka bukannya ahli PAS, atau pempin PAS..
Baru2 ni juga ada pempin2 PAS yg keluar kata2 menghina nabi saw, mengumpamakan salah seorang pempin tertinggi PAS sebagai nabi, dan mengangkat seorang bekas banduan yg masih bergelumang ngan skandal2 seks sebagai Anugerah Tuhan..dan ada yg mengangkat beliau juga sebagai imam mahdi..memuliakan orang kapir ngan mendoakan pada khutbah jumaat..tiada apa2 tindakan pun diambil demi menjaga akidah ummat Islam..kerana mereka adalah ahli PAS dan pempin2 PAS dan pempin2 yg didokong oleh pempin2 PAS.
Perjuangan komunis dianggap perjuangan yg suci murni dan perlu dihargai..
Perjuangan kemurtadan dan kebebasan melakukan seks tanpa nikah dan sejenis didokong..
Bila pempin UMNO perkatakan pasal janggut dan zaman nabi tak de pisau cukur, bertempik sekelian ustaz dan jatuhkan macam2 fatwa..kerana dia adalah pempin UMNO.
Bila pempin PAS kabor nabi saw serupa je ngan mamat2 kampungnya..tak de ramai ustaz2 bertempik..kerana ianya pempin2 PAS
Ulamak2 PAS kena betulkan kembali akidah ahli2 PAS..sehingga ada yg anggap dan yakin mutlak PAS adalah agama, agama adalah PAS..pejuangkan PAS adalah jihad dan bakal perolehi syurga..walaupun hakikatnya hari perjuangan PAS jauh terpesong dari landasan AQ dan sunnah..
Nabi saw dimuliakan oleh Allah swt dan para malaikat dan sekelian isi langit dan bumi. Satu2nya makhluk yg dicipta oleh Allah swt dan dimuliakan sebegitu rupa sehingga tiada sebelumnya dan selepasnya mendapat kurniaan dan kedudukan yg paling mulia dan tertinggi..
Memang benar nabi saw adalah manusia sptmana manusia yg lain yakni perkataan dan pengakuan seorang nabi yg berhemah dan berbudi pekerti tinggi..
Tapi suka atau tidak..setuju atau tidak..tiada makhluk sebaik, semulia, sesopan, sesempurna spt baginda saw. Tiada lah semua tu melainkan sebagai tanda kebesaran dan kemuliaan Allah swt..
Menyamakan nabi saw pada perkataan kita pada sesama kebanyakan manusia adalah umpamanya menafikan limpah kurnia Allah swt..menafikan titah perintah Allah swt..
Jika mereka yg mendapat gelaran Datuk dari Sultan, tak disebut akan gelarannya pada majlis rasmi..ianya diibaratkan satu penghinaan dan leh diambil tindakan..
Ni pulak gelaran dan kedudukan yg dikurnia oleh Raja pada sekelian raja, seru sekelian alam!!
Tapi apa boleh buat..apa para mufti leh buat, apa jabatan2 agama leh buat? apa majlis fatwa leh buat? tak leh buat apa2..pasalnya ia adalah pempin PAS!! Hebat Hebat..
Kerana takut dipanggil anjing upahan UMNO, takut dilabel sebagai penyokong UMNO..bior je ler.
Apakah maruah sendiri lebih utama dari maruah nabi saw..lebih utama dari titah perintah Allah swt..lebih utama dari darjah kurnia Allah swt?
Apa dah jadi?
Bior ler dipanggil anjing UMNO, bior ler dipanggil penyokong UMNO, bior ler dicop ulamak UMNO...agar diakhirat tak ditangkap dan didakwa oleh Allah swt!!
Lagi pun..gaji takkan dikurangkan, kalau ada gelaran..insyaallah takkan dilucutkan..
Biorlah diludah didunia..nabi saw lebih teruk diperlakukan semata2 kerana HAQ!! Sampai bila nak biorkan seorang dua yg terus menerus merosakkan agama dan ummat?
Faham ler hajat dihati nak sakiti UMNO je..apa2 yg dibuat oleh UMNO, walaupun betul tetap nak komen dan peleceh..walaupun makan minum diambil dari tapak tangan UMNO..
Tapi nak sakiti UMNO janganlah sampai terlajak sakiti Allah swt dan RasulNya..
Khuatir2....bukan UMNO yg bakal menyerang balas, tapi Allah swt sendiri!! Mahfum hadis..apabila kekasih2Ku disakiti maka Allah swt akan istihar perang keatasnya..
Masalahnya..murka Allah swt jika turun, kalau kena kat empunya tubuh badan tak apa ler..ni kita2 pun kena jugak..Maklum ler suka tak suka, setuju tak setuju..ummat Islam adalah umpama satu badan, satu bahagian anngota sakit seluruh badan pun menanggung sama ler..
Bertindaklah sebelum Allah swt sendiri bertindak..ahli2 PAS kena betulkan pempin2 mereka jika masih sayangkan pempin2 mereka..ahli2 PAS sendiri kena buat keputusan..ahli2 PAS kena fikirkan sedalam2nya jika sayangi PAS, maka sayangilah agama, sayangilah nabi saw, sayangilah ummat Islam walaupun berlainan parti..agama dan nabi saw adalah lebih utama walaupun pempin tersebut adalah pempin yg tertinggi..Jika Sheikh Abd Kadir AlJilan leh kabor kedudukannya tidak menyamai kedudukan debu2 yg melekat pada tapak2 kasut sahabat nabi saw yg paling daif..apakah pula kedudukan pempin2 tertinggi PAS jika dibandingkan dengan kedudukan ketinggian nabi saw? apa lagi kedudukan pempin2 sekutu kapir yg ada sekarang ni?
Ngan agama PAS leh jadi parti yg unggul dan mulia..bila menidakkan agama, kepala2 pempin2 PAS dan ahli2nya dipijak2 dan dilutu2 oleh orang kapir..Apakah UMNO yg memberi penghinaan ini atau Allah swt?
Namrud diketuk kepalanya ngan sepatu sehingga bertemu ngan mautnya..usahlah jadi lebih malang dari Namrud..
Putrajaya tak dapat tak pa..kerusi MB tak dapat tak pa..kerusi PM tak dapat tak pa..janji dapat 1 kerusi diakhirat kelak..yg mana kerusi tersebut adalah kekal buat selama2nya dan tak perlu berusaha untuk menjaganya dan memeliharanya..kerusi diakhirat kelak akan diukir nama kita sendiri..bukan nama jawatan atau kedudukan. Kerusi2 yg diduduki hari ni adalah kerusi MB, kerusi MP, kerusi EXCO, kerusi MB, kerusi DUN..bukan kerusi saya.
BANGUN!!!!! dari khayalan kerusi2 empuk Putrajaya...dari fikir siang dan malam nak takluk PUTRAJAYA..yg mana bakal PM nya bukan dari kalangan ahli PAS..elok fikir luas mana syurga yg leh ditakluki!!!
TEGAKKAN yg HAQ dan hancurkan BATIL!! BATIL yg BERPAKAIAN HAQ adalah lebih berbahaya!!
-aa