1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Sunday, March 18, 2012

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA SUDAH SAMPAI MASANYA UNTUK DIMUZIUMKAN!!!

Sunday, March 18, 2012


Sepatutnya JAKIM atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia seharusnya menjadi sebuah badan yang disegani dan dikagumi. Apatah lagi dengan peruntukan besar kerajaan untuk JAKIM yang berjumlah lebih RM400 juta tetapi terlalu banyak kekurangan dan kelemahan.

Mampukah JAKIM menjawab dengan tepat jumlah kakitangan mereka termasuklah guru-guru KAFA? Bilakah kali terakhir JAKIM menaikkan gaji dan elaun guru KAFA setelah kejayaan usaha Zahid Hamidi menaikkan gaji tenaga penting KAFA? Bagaimana JAKIM hendak menjawab tentang kelambatan mereka untuk mengambil sebarang tindakan untuk kemajuan umat Islam sebagaimana yang tertera pada nama mereka?

Kisah JAKIM tidak menghiraukan atau mengambil berat tentang golongan muallaf terutama sekali di Sabah, bukan cerita yang menyenangkan kita. Kisah-kisah pengabaian JAKIM terhadap golongan muallaf boleh didengar dengan mudah di Sabah. Malah kalau di Semenanjung pun, ceritanya juga TIDAK KURANG MENARIK.

Mengapa isi bangunan JAKIM di Putrajaya yang 60% daripada mereka adalah orang PAS totok, tidak mampu menjalankan tugas yang diamanahkan dengan peruntukan besar? Mengapa pengabaian dibuat secara berleluasa dan dengan tanpa perasaan tidak malu?

JAKIM adalah badan yang sepatutnya menunjukkan sikap yang lebih progresif tetapi kalah dengan Jemaah Tabligh dari segi kerja dan mutu perkhidmatan walaupun ada peruntukan besar. Walhal kalau lawan bersembang dengan puak-puak JAKIM ini, merekalah yang paling Islam, dan merekalah juga yang paling hebat bekerja. Betul-betul macam perangai puak PAS!!!

Kalau inilah perangai yang ditunjukkan oleh JAKIM, elok benarlah JAKIM ditalkinkan dan dikebumikan dalam-dalam. Atau paling tidak pun dimumiakan untuk dimuziumkan!

Berapa agaknya kakitangan JAKIM yang memberi 'servis' kepada golongan muallaf atau di perkampungan yang jauh di pedalaman seperti Kampung Bongol atau perkampungan sepanjang Tamparuli ke Kundasang

0 comments

LANGGAR LARI PELUMBA BASIKAL NEGARA... INI MACAM KERJA PENYOKONG PAKATAN SAJA!!!

Satu berita yang amat menyayat hati!

Negara kehilangan pelumba basikal negara, Rafizi Hamdan apabila pelumba negara itu terbunuh dalam satu kejadian LANGGAR LARI di MRR2 hadapan Zoo Negara, Hulu Kelang, berhampiran Taman Melawati.

Berdasarkan maklumat yang diterima, Rafizi Hamdan telah dilanggar oleh sebuah kereta Proton Saga bernombor pendaftaran WCK 2290.

Kemalangan berlaku pada kira-kira jam 7.30 pagi tadi apabila mangsa dalam perjalanan mengayuh basikal ke Hospital Orang Asli Batu 12 Gombak.

Mangsa sebelum kejadian sedang bertemu ahli kelab basikal yang lain untuk beriadah aktivti mingguan, maut di hadapan stesen minyak Shell berhampiran persimpangan ke Taman Melawati.

Beliau yang juga merupakan seorang Pegawai CIMB Bank dirempuh sebuah kereta Proton Saga yang kemudiannya terus meninggalkan tempat kejadian. Dan tanpa disedari pemandunya, nombor pendaftaran keretanya tertanggal berhampiran mayat mangsa.

Rafizi telah meninggalkan seorang balu dan 2 orang cahayamata. Turut berada di lokasi kemalangan ialah pelumba basikal negara Anuar Manan dan rakan-rakannya. (KLPOS)
Tiru perangai siapakah ini?

Tian Chua pernah melanggar mati seorang anggota tentera berbangsa Melayu di Jalan Mersing, Johor ketika sedang hangat kempen Pilihanraya Kecil Tenang. Mangsa langgar kereta Mercedez Benz

Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan pernah melanggar seorang pelajar berbangsa Melayu sehingga mangsanya koma selama beberapa minggu. Ng Suee Lim dikatakan mabuk ketika dia melanggar mangsa.

Inilah perangai pemandu Malaysia. Sudahlah tidak mahu menghormati pengguna jalanraya 'kecil' seperti penunggang basikal mahupun pejalan kaki. Seringkali perangai membuli dan sombong menjadi sebahagian daripada budaya pemandu-pemandu di Malaysia.

Bukan perkara aneh apabila pemandu kenderaan yang berkereta, lori, mahupun bas, akan gembira menghimpit pengguna-pengguna jalanraya kecil lain. Malah, pejalan kaki yang disimbah air jalan raya oleh kereta, lori dan bas, bukanlah perkara asing di negara ini.

Ia menjadi satu hiburan hakiki para pengguna jalanraya di Malaysia!!!

Apa nak dihairankan dengan LANGGAR LARI kalau terlambat bergerak apabila lampu isyarat bertukar hijau pun, dihon panjang dan dimaki hamun!!!

Takziah kepada keluarga Allahyarham Rafizi Hamdan. Al-Fatihah buat rohnya, semoga dicucuri rahmat Allah Taala dan dipermudahkan urusan kuburnya....

1 comments

BENARKAH SABAH LEBIH MISKIN DARI KELANTAN?

Bagi penyokong dan pecacai Pakatan terutama sekali penyokong kuat PAS, mempersoalkan tentang Kelantan dan mengulangi kenyataan tentang kemiskinan Kelantan, pastinya mencuit ego mereka. Lainlah kalau Kelantan diperintah dan ditadbir oleh UMNO-BN, mereka sendiri akan menjadi peratib dan penzikir tentang kemiskinan Kelantan.

Malangnya Kelantan ditadbir dan diperintah oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merupakan Mursyidul Am PAS dan PAS adalah tonggak pentadbiran negeri itu. PAS pula seringkali ditafsirkan sebagai pejuang Islam walaupun hakikatnya PAS hanyalah sebuah parti politik yang bermatlamatkan kuasa semata-mata.

Justeru setiap kali Kelantan didedahkan sebagai negeri termiskin di Malaysia, para penyokong, pemimpin dan pecacai PAS akan serta merta menuding ke arah Sabah sebagai negeri termiskin di Malaysia. Bukan itu sahaja para pemimpin PKR terutamanya akan berkempen di seluruh Sabah untuk menyatakan perkara yang sama agar perasaan tidak puas hati dan kemarahan rakyat Sabah dapat ditimbulkan.

Namun benarkah Sabah lebih miskin dari Kelantan seperti mana keyakinan yang cuba ditanam oleh para pemimpin Pakatan ke jiwa dan pemikiran pendengar kempen dan ceramah serta tohmahan mereka?

Bagi mereka yang tidak pernah datang ke Sabah, gambaran kemiskinan seringkali diperoleh daripada sumber-sumber yang dipenuhi dengan elemen politik yang ada kalanya sangat keterlaluan dan bertentangan dari realiti sebenar.

Membandingkan Bandaraya Kota Kinabalu dengan Bandaraya Islam Kota Bharu, bagaikan membanding warna hitam dengan warna putih. Kota Kinabalu semenjak pentadbiran Musa Aman membangun dengan pantas dan hebat dari segenap segi. Tidak hanya 'maju kerana ada TESCO' tetapi Kota Kinabalu sedang menjelma sebagai sebuah pusat pelancongan yang hebat dengan produk-produk yang sedang dinaiktarafkan.

Sedangkan Kota Bharu pula sekadar sebuah pekan mati yang hanya dinaiktarafkan sebagai Bandaraya Islam semata-mata untuk menunjukkan PAS berjaya mentadbir Kelantan, walhal pembangunannya terlalu perlahan dan terlalu bergantung kepada Kerajaan Pusat berbanding usaha Kerajaan Negeri.

Menariknya masyarakat miskin di Kota Kinabalu yang seringkali digambarkan adalah masyarakat yang tinggal di setinggan-setinggan dalam radius lebih 15 kilometer dari Pusat Bandaraya. Kononnya kemiskinan masyarakat tersebut adalah disebabkan oleh kepincangan Kerajaan Negeri yang sekarang ini diterajui oleh UMNO-BN.

Padahal, hampir 100% masyarakat yang tinggal di setinggan-setinggan tersebut adalah Pendatang Tanpa Izin, sama ada dari Indonesia mahupun dari Filipina. Kebanyakan warga tempatan pula tinggal di kawasan-kawasan perkampungan sah, di tanah sendiri mahupun di kawasan perumahan yang sedang rancak dibangunkan di sekitar Kota Kinabalu.

Tinjauan yang dibuat terutama dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke Kundasang, menyanggah sepenuhnya persepsi miskin di Sabah yang seringkali cuba digambarkan oleh pecacai-pecacai Pakatan yang tidak pernah berkunjung ke Sabah mahupun yang cuba menafikan realiti di hadapan mata mereka.

Tidak dinafikan, Sabah 'miskin' kerana kewujudan pendatang asing yang menjadi cerminan Bandaraya di tepi Laut China Selatan itu. Dengan anak-anak jalanan yang sebenarnya merupakan anak-anak hibrid Filipina dan Indonesia, menjadikan persepsi kemiskinan Sabah boleh diwujudkan secara mudah.

Pendatang-pendatang asing itu merupakan tenaga-tenaga kerja penting di Sabah, khususnya di sekitar Kota Kinabalu yang sedang pesat dibangunkan dengan bangunan-bangunan serta pusat-pusat perniagaan yang baru. Bagaimanapun, lambakan kemasukan pendatang asing ke Sabah yang kini sudah menjadi generasi ketiga dan keempat, menjadikan keadaan 'sedikit huru-hara'.

Seperti yang diperkatakan oleh seorang sahabat blogger, Abidin Tawau atau BICARA KAKI LIMA, golongan hybrid ini amat mudah menjadi gas pembunuh yang sedang termampat. Bila-bila masa sahaja gas pembunuh itu boleh meletupkan bekasnya dan kemudian membunuh semua orang yang ada di sekitarnya.

Bagi para pecacai Pakatan, tentu mereka akan melihat sehala dalam permasalahan ini. Dan pastinya mereka akan berasa lega kerana Kota Bharu tidak berhadapan masalah yang sama dengan Kota Kinabalu.

Namun, permasalahan yang berlaku di Kota Kinabalu sebenarnya adalah permasalahan yang berlaku di mana-mana sahaja bandaraya, malahan negara yang sangat progresif. Pendatang izin dan tanpa izin akan datang ke negeri atau bandar-bandar yang dilihat mampu mengubah hidup mereka, sedangkan bandar atau negeri seperti Kelantan, jangankan pendatang asing, penduduk yang ada pun, ramai yang terpaksa keluar berhijrah ke tempat lain untuk meneruskan hidup!

Justeru, cubaan para pecacai untuk memperlekehkan Sabah dan diletakkan di bawah tapak kaki Kelantan yang keluasan kedua-dua negeri itu juga tersangat jauh bezanya, hanya menjelaskan bagaimana mereka terpaksa mencipta cerita untuk mereka sendiri percaya.

0 comments

Saturday, March 17, 2012

KALAU NAK MISKIN, NAK SUSAH, PILIHLAH PAKATAN!!!

Saturday, March 17, 2012

Dah mula dah... Pakatan dah mula berdendangkan cerita kesusahan dan kemiskinan rakyat Malaysia. Dan seperti biasanya, semua kesalahan akan dihalakan kepada UMNO dan Barisan Nasional dengan alasan selama kemerdekaan Malaysia, UMNO-BN adalah kerajaannya.

Seolah-olah di Malaysia ini, tidak ada pembangkang, tidak ada kerajaan negeri, tidak ada kementerian,tidak ada jabatan, tidak ada agensi dan tidak ada entiti-entiti seperti NGO dan sebagainya. Dan yang paling penting, seolah-olah tenaga kerja dalam kesemua yang telah disebutkan itu adalah robot yang telah diprogramkan!

Atau dalam bahasa lain yang lebih mudah untuk difahami, temberang Pakatan kelihatan terlalu dangkal untuk dipercayai!

Sebenarnya tidak ada satu kerajaan pun yang menyuap makanan yang sudah siap dikunyah ke mulut rakyatnya. Sebaliknya setiap kerajaan menyediakan pelbagai ruang pekerjaan, bantuan pekerjaan, pendidikan dan sebagainya untuk digunakan oleh rakyat dengan sebaik-baiknya. Malah Pakatan Rakyat yang turut mentadbir empat buah kerajaan negeri juga tidak menyuap makanan ke mulut rakyat masing-masing secara membuta tuli.

Berbanding kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat, lebih banyak peluang pekerjaan serta bantuan kepada rakyat marhein diwujudkan oleh kerajaan Barisan Nasional sama ada di peringkat negeri mahupun peringkat Pusat. Dan yang menariknya pada ketika kerajaan-kerajaan negeri Barisan Nasional bertungkus lumus membuka ruang kepada pelabur untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

Sedangkan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat pula sekadar bergoyang kaki dan menyerahkan segala urusan menarik pelaburan kepada Kerajaan Pusat. Apabila pelabur masuk ke negeri mereka, tanpa segan silu mereka akan mendabik dada bahawa itu semua adalah kejayaan mereka kerana kehebatan pentadbiran negeri.

Begitu juga dengan perjuangan menghapuskan kemiskinan tegar. Anatara yang paling hebat dipromosikan sebagai Ketua Menteri yang hebat adalah Lim Guan Eng. Kononnya semenjak Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, kemiskinan tegar di Pulau Pinang telah dihapuskan sepenuhnya.

Benarkah seperti yang didakwa?

Kemiskinan di Pulau Pinang tdiak pernah dpaat dibasmi sebagaimana yang didakwa. Sebaliknya golongan miskin dan marhein CUBA DIBUNUH dan dihapuskan secara keseluruhannya bagi menghilangkan kewujudan mereka. Kaedah terbaik yang dilakukan oleh Guan Eng untuk melakukan pembunuhan adalah dengan pembinaan rumah-rumah yang tdiak mampu dimiliki oleh golongan marhein. Secara tidak langsung, ini akan menimbulkan tekanan yang sangat kuat krpada golongan miskin dan marhein.

Akhirnya golongan miskin danmarhein tidak ada pilihan lain kecuali terpaksa meninggalkan kawasanyang mereka duduki. Meeka terpaksa berpindah keluar. Sekaligus menjadikan kawasan berkenaan BERSIH daripada golongan miskin tegar.

Itu yang dilakukan di Pulau Pinang dan itu jugalah yang sedang dilakukan di Selangor.

Temberang punya temberang, program apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat untuk membasmi kemiskinan di negeri masing-masing selain daripada retorik bantuan yang tidak wujud sebagaimana di Selangor.

Tidak ada langsung!

Anehnya, mereka jugalah yang paling kuat melalak tentang golongan miskin dan marhein kerana mereka sangat memerlukan undi golongan majoriti ini. Sedangkan pada hakikatnya merekalah yang paling kuat membenci, mencerca dan menghalang sebarang usaha memajukan golongan marhein sepertimana yang sering dipersoalkan oleh DAP tentang bantuan dan subsidi kepada Bumiputera yang masih bergelut untuk menyaingi kuasa ekonomi bukan Bumiputera.

Bukankah DAP yang mempersoalkan tentang kesamarataan walaupun secara jelas, tanpa bantuan kerajaan, Bumiputera di Malaysia akanjadi tidak ubah seperti Red Indian di Amerika Syarikat, Aborigines di Australia mahupun Maori di New Zealand.

Bukankah PKR yang beria-ia mahu menghapuskan hak keistimewaan Melayu-Bumiputera? Dan bukankah PAS yang mengeluarkan fatwa tentang keharamannya fahaman kebangsaan yang diterjemahkan sebagai assobiyyah?

Sekarang mereka pula yang hendak berjuang pada sesuatu yang mereka tentang dan ingin hapuskan?

Atau itu sekadar satu helah untuk memperdayakan golongan miskin dan marhein?

1 comments

NIK AZIZ MASIH JADI JANDA LAPARKAN JANTAN!!!


Kesian sungguh Nik Aziz apabila dia marah-marah ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri bahawa Kelantan adalah negeri termiskin di Malaysia. Kesiannya bukan apa. Kesian bila dia gagal memahami tugas-tugas sebuah kerajaan sungguhpun dia telah menjadi Menteri Besar Kelantan selama lebih 22 tahun.

Nik Aziz masih meratipkan kemajuan dan prasarana yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan tanpa dia sendiri dapat membezakan yang mana satu projek kerajaan negeri dan yang mana satu projek Kerajaan Pusat.

"Kalau kita berkereta dari sempadan Terengganu masuk ke Bukit Yong, Pasir Puteh kita dapat lihat dengan jelas perbezaan keadaan jalan antara dua negeri.

"Sedangkan duit yang dibelanjakan kerajaan Persekutuan untuk pembangunan adalah milik rakyat dan bukannya milik 'mak bapak' mereka.

"Sebab itu saya tidak akan halalkan sedikitpun harta Kelantan (royalti minyak) yang dinafikan sekian lama, saya tidak akan halal sesen pun dan mengajak semua rakyat menuntutnya di hadapan Allah di akhirat nanti," ketika menyampaikan kuliah Jumaat di hadapan pejabat Badan Perhubungan Pas Negeri di sini hari ini. – SUMBER

Amat malang bagi seorang Menteri Besar yang terpaksa memperkatakan tentang 'duit rakyat' apabila membicarakan tentang peruntukan Kerajaan Pusat kepada negeri. Sama ada orang tua bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat seorang yang nyanyuk atau kerana Allah Taala telah menjatuhkan kifarah kepadanya jerana gerakan pentakfiran yang giat dijalakannya sewaktu muda dahulu, selain sentiasa berusaha memutuskan hubungan anatara sesama Islam atas sebab fahaman politik, Menteri Besar Kelantan itu sudah pun memperlihatkan ketololannya.

Dia MEMAK-BAPAKKAN duit yang digunakan oleh Kerajaan Pusat. Bagaimana dengan duit Kerajaan Negeri Kelantan. Tidakkah duit Kerajaan Negeri Kelantan bukan harta mak bapaknya atau duit menantu kesayangannya? Kalau bukan duit MAK BAPAKNYA mengapa Nik Aziz tidak boleh mengagih-agihkan harta di Kelantan kepada rakyatnya? Mengapa hanya sebilangan iaitu hanya mereka yang dekat dengannya sahaja yang kaya raya seperti Husam Musa?

Nik Aziz kononnya tidak menghalalkan duit royalti minyak yang kononnya hak rakyat Kelantan. Bagaimana pula dengan wang peruntukan RM600 juta yang lesap tidak berbekas, walhal duit dari Kerajaan Pusat itu seharusnya digunakan untuk meningkatkan pembekalan air bersih di seluruh Kelantan.

Bagaimana pula dengan RM200 juta yang telah dihilangkan oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) selain harga yang terlalu tinggi untuk pembinaan Loji Rawatan Air Pintu Gebeng iaitu pada kos RM68 juta walaupun difahamkan kosnya sekadar RM35 juta sahaja?

Dan bagaimana pula dengan kos operasi kerajaan negeri Kelantan yang perlu ditampung oleh Kerajaan Persekutuan setiap bulan kerana Kerajaan Negeri Kelantan langsung tidak mampu mencari duit sendiri?

Keadilankah itu buat negeri-negeri lain jikalau Kerajaan Pusat terlalu banyak menghamburkan duit untuk Kerajaan Negeri Kelantan walhal negeri-negeri lain tidak menerima 'keistimewaan' yang serupa?

Nik Aziz memperkatakan tentang royalti minyak, sedangkan sebagai kerajaan negeri, tidak seharusnya dia tertumpu pada satu sumber semata-mata. Kalaulah diberikan royalti seperti yang dituntut, apa jaminan Nik Aziz bahawa duit tersebut akan digunakan untuk rakyat Kelantan sedangkan sehingga sekarang sudah berpuluh-puluh bilion ringgit digunakan oleh Kerajaan Pusat untuk membangunkan dan melengkapkan prasarana di Kelantan selepas Kerajaan Negeri tidak menghiraukan rakyat sebaliknya terlalu leka bermain politik dan beretorik.

Dan yang paling menarik ialah apabila Nik Aziz menyeru rakyat Kelantan untuk menuntut di hadapan Allah Taala tentang ketidakadilan yang kononya dilakukan oleh Kerajaan Pusat terhadap Kelantan. Bagaimana dengan ketidakadilan dan ketidakpedulian Nik Aziz terhadap rakyat Kelantan kecuali semata-mata untuk berceramah politik?

Apa yang akan dijawab oleh Nik Aziz di hadapan Allah Taala nanti sekiranya ditanya mengapa dia gagal mewujudkan persekitaran kondusif untuk rakyat Kelantan sehingga memaksa mereka berhijrah ke tempat-tempat lain, padahal Nik Aziz masih kekal menjadi Menteri Besar yang gah bercakap tentang bagaimana partinya membela Islam?

Apa yang akan dijawab oleh Nik Aziz sekiranya ditanya mengapa rakyat di kawasannya sendiri masih ramai yang miskin, sedangkan dia adalah Menteri Besar Kelantan selama lebih 22 tahun?

0 comments

NOH MAHU SAMAN, SAMANLAH!!! SAYA TARAK TAKUT!!!


ADUN Sekincan yang berwajah 'piggy', Ng Suee Lim berkata, dia tidak takut disaman oleh Noh Omar. Sebaliknya 'demi rakyat' dia akan berhadapan dengan Noh Omar walau di mana-mana sahaja. Malah katanya lagi, dia mempunyai bukti kukuh kebenaran fitnahnya apabila menjadikan Laporan Ketua Audit Negara sebagai bahan buktinya.

Aik, sepandai-pandai DAP dan Pakatan Rakyat, Laporan Ketua Audit Negara mahu dijadikan bukti?

Kalaulah Laporan Ketua Audit Negara hendak dijadikan bukti, setiap agensi negeri Selangor, setiap Jabatan Kerajaan Negeri Selangor, bahkan setiap projek di negeri Selangor, boleh dibawa ke mahkamah kerana setiap satu yang disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara tentang Aktiviti Jabatan/Agensi Negeri mempunyai 'kehilangan' serta kegagalan yang cukup besar sepertimana laporan tentang Projek Jus Tropika dan Sayur-sayuran serta Projek Lembu Tenusu, Projek Baja Organik, selain kehilangan wang peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk penyelenggaraan pusat-pusat pelancongan serta kehilangan hasil bakau dan pasir.

'Kerana rakyat' kononnya...

Itulah modal DAP dan Pakatan... rakyat sentiasa dijadikan modal walaupun sebenarnya apa yang dilakukan oleh Ng Suee Lim sebenarnya tidak lebih daripada satu fitnah yang membuatkan dia sedang ketar lutut dan ketar perut.

Ng Suee Lim tidak hanya berhadapan dengan saman Noh Omar, bahkan terlebih dahulu bakal berhadapan dengan saman Khir Toyo berhubung fitnah RM24 juta yang diletakkan pada banglo yang telah dibeli oleh Khir Toyo menerusi pinjaman bank. Nilai yang disebut di mahkamah hanyalah RM3.5 juta dan penilaian tersebut dibuat oleh agensi penilai hartanah yang sah!

Terdesak untuk mendapatkan sokongan daripada pesawah-pesawah di Tanjung Karang dan Sekinchan membuatkan ADUN yang pernah melanggar seorang pelajar Melayu sehingga koma itu, terpaksa mereka-reka pelbagai cerita tentang perjuangannya untuk rakyat.

Perjuangan apa yang telah dilakukannya semenjak dia menjadi ADUN Sekinchan selain daripada melaga-lagakan para pesawah dan pernah menghalang pembinaan terusan yang bukan sahaja untuk kemudahan pesawah, sebaliknya untuk mengawal banjir!!!


0 comments

SETENGAH JAM KEPALA TERSEPIT ANTARA LORI DAN POKOK KELAPA SAWIT, AKHIRNYA MENINGGAL!!!

KUALA LIPIS: Akibat dipercayai gagal menarik brek tangan, seorang pemandu lori hantu terpaksa menempuh azab hampir setengah jam sebelum disahkan meninggal dunia apabila tersepit antara pintu lorinya dengan sebatang pokok sawit dalam kejadian di Ladang Sungai Kelembung, Jalan Felda Telang Satu, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 2.20 petang itu, mangsa, Lau Hon Yong, 53, dari Mantin, Negeri Sembilan menemui ajal di tempat kejadian selepas kepala dan perutnya tersepit.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa sedang membaiki kerosakan kenderaan berat berkenaan tanpa menyedari lori itu bergerak sendiri secara perlahan dan hanya terhenti selepas menghimpit mangsa yang ketika itu tersandar di batang pokok sawit berdekatan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu disedari pekerja ladang yang mendengar jeritan mangsa sebelum menghubungi Balai Polis Trafik Lipis.Menurutnya, sepasukan anggota polis dengan bantuan orang awam mengambil
masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit antara pintu lori dengan pokok sawit berkenaan.

0 comments

KANTOI TIDURI BINI ORANG, LELAKI DIARAK DENGAN BERSELUAR DALAM SAJA!!!

seorang lelaki dari telah ditangkap ketika melakukan hubungan sumbang dengan isteri orang. Kebetulan si suami memasang perangkap berjaya menangkap mereka berdua. Si suami yang mengamuk macam orang gila membuatkan orang kampung pergi menenangkannya.

Setelah diterangkan bahawa lelaki yang dipukulnya ialah perosak bini orang.. penduduk kampung turut mengamuk. Lantas lelaki diiikat dan di arak ke balai polis dengan hanya berseluar dalam..

Kalau berlaku pada korang nak wat apa?


0 comments

REMAJA BUNUH DIRI KERANA DIPAKSA BERKAHWIN DENGAN PEROGOLNYA!!!

RABAT – Seorang remaja Maghribi 16 tahun membunuh diri selepas seorang hakim mengarahkannya mengahwini lelaki yang merogolnya, lapor media tempatan.

Tahun lalu ibu bapa gadis yang hanya dikenali sebagai Amina, memfailkan tuduhan ke atas perogol anak perempuan mereka, seorang lelaki 10 tahun lebih tua daripadanya namun hanya baru-baru ini seorang hakim di bandar utara Tangier memutuskan bahawa kedua-duanya perlu dikahwinkan. Beliau tidak menghukum perogol terbabit.

“Keputusan mahkamah untuk memaksa Amina berkahwin dengan perogolnya sepatutnya “menyelesaikan” isu keganasan seksual ke atasnya, namun ia menjurus kepada penderaan di dalam rumah keluarga suaminya,” lapor akhbar harian tempatan, al-Massae.

Al-Massae menyatakan trauma pengalaman menyakitkan akibat dirogol menyebabkan Amina memutuskan menamatkan riwayat hidupnya dengan memakan racun tikus di rumah keluarga suaminya.

“Perkahwinan paksa seperti ini sudah berakar umbi dalam tradisi luar bandar tempatan yang didakwa bertujuan menyelamatkan maruah gadis yang dirogol,” kata akhbar itu.

Kanun jenayah Maghribi mengecualikan seorang perogol daripada dihukum jika dia bersetuju berkahwin dengan mangsanya.

Pejuang hak asasi wanita sejak sekian lama menuntut satu pindaan terhadap artikel dalam undang-undang itu.

Pengarah Persatuan Perpaduan Wanita Hafida Elbaz, memberitahu al-Massae bahawa artikel itu memberi peluang untuk seorang pelaku jenayah mengelak dikenakan hukuman.

Kisah yang tersebar meluas dalam Twitter dan Facebook dengan kebanyakan pihak di Maghribi menuntut tindakan ke atas hakim yang mengeluarkan keputusan itu. – Agensi

0 comments

Friday, March 16, 2012

FAEKAH BAKAL DIBERHENTIKAN DARIPADA JAWATAN SETPOL MB SELANGOR?

Friday, March 16, 2012

Makin kuat kedengaran berita tentang SETPOL PALING GEDIK DAN TAK SEDAR DIRI, Faekah Hussin yang bakal ditamatkan daripada jawatan yang disandangnya sekarang. Kononnya alasan bagi penamatan khidmatnya itu adalah kerana dia terlalu banyak campurtangan dalam urusan yang tidak berkaitan langsung dengan bidang tugas yang disandangnya sekarang.

Faekah Hussin memang hebat. Daripada seorang peguam yang tidak dikenali, daripada seorang penjilat Anwar Ibrahim yang sembrono dan penagih cinta Khalid Ibrahim yang paling tegar, dia berjaya mentransformasi dirinya sendiri selepas dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.

Apa benda yang tidak disentuh oleh Faekah Hussin. Paling menarik perhatian dan membuatkan mulutnya becok ialah sebarang berita berkenaan Khir Toyo. Asal Khir Toyo bukak mulut, akan menjawablah Faekah Hussin walaupun mulutnya yang terbuka itu kerapkali mengeluarkan kata-kata yang entah apa-apa kerana motif utamanya hanyalah untuk 'berkomunikasi' dengan Khir Toyo.

Sehinggakan ada khabar angin yang mengatakan Faekah Hussin sebenarnya patah hati atau putus cinta dengan Khir Toyo!

Justeru 'pemecatan' Faekah Hussin sebenarnya tidaklah menghairankan kerana 'pemecatan' Faekah Hussin sebenarnya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk membalas budi Faekah Hussin atas ketaatan dan ketegarannya membela Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim.

Mungkin ada yang mengatakan Faekah Hussin telah didajalkan oleh Azmin Ali yang merupakan musuh ketatnya dan musuh ketat Khalid Ibrahim namun untuk mencampakkan Faekah Hussin begitu sahaja sudah tentulah akan 'membawa malang' kepada PKR dan Pakatan di Selangor secara keseluruhannya.

Faekah memang akan dipecat dan dihentikan khidmatnya sebagai SETPOL tetapi nyawanya akan dipanjangkan sebagai calon pilihanraya untuk mewakili PKR yang pastinya akan meletakkan calon paling ramai di Selangor berbanding parti-parti lain.

Cuma kawasannya sahaja yang belum tentu, tetapi ada pula suara dalam yang mengatakan Faekah akan diletakkan di Ijok. Sebab itulah PKR sedang memekak kerana masalah dengan SPR!!!

0 comments

INILAH NASIB RAKYAT MALAYSIA SEKIRANYA DAP DIBENARKAN BERKUASA! DITENDANG TERAJANG SESUKA HATI!!!!





Inilah nasib yang bakal menimpa rakyat negara ini sekiranya DAP dan Pakatan dibenarkan berkuasa. Selama ini, kebajikan golongan miskin tidak langsung dipedulikan, bahkan golongan itu seolah-olah tidak wujud. Perhatikan sahaja bagaimana Kerajaan Negeri Selangor membina rumah-rumah 'murah' untuk rakyat Selangor. Semua harganya melebihi RM300,000. Manakala Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP pula membina rumah-rumah baru yang berharga melebihi RM400,000. Kerajaan Kedah dan Kelantan, langsung tidak ada peruntukan untuk pembinaan rumah untuk golongan marhein!!!

Tony Pua dalam satu kenyataan yang amat memalukan, mengakui DAP merancang untuk membuang atau memecat lebih separuh kakitangan awam yang rata-ratanya adalah Melayu-Bumiputera kerana kononnya jumlah kakitangan awam sekarang iaitu 1.3 juta orang adalah satu pembaziran yang sangat besar.

Sedangkan kakitangan awam yang dikatakan pembaziran oleh kerajaan itulah yang telah menghidupkan negara selama ini dengan gaji yang tidak seberapa berbanding peningkatan harga barangan dan perkhidmatan kesan daripada tindakan pendokong DAP seperti orang tengah, pemborong dan pembekal yang cuba meraih keuntungan berkali-kali ganda.

Tidak ada kedudukan dan pembelaan untuk golongan miskin dalam Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat menerusi Buku Jingga mereka hanya bercerita tentang PENJIMATAN dan pemotongan banyak peruntukan untuk golongan miskin.

Dengan kata lain, golongan miskin, warga fakir dan marhein akan ditendang terajang sesuka hati mereka jikalau mereka berkuasa!!!

1 comments

AKIBAT CINTA DITOLAK, GADIS JELITA DIBAKAR DAN DIKELAR HIDUP-HIDUP!!!

Akibat cintanya ditolak, seorang anak pegawai kerajaan telah menceroboh masuk ke rumah Zhou Yan yang jelita, menyimbahnya dengan minyak dan kemudian menyalakan pemetik api di atas kepala gadis jelita itu.

Dalam sekelip mata, Zhou Yan menjadi bola api, malah kedua-dua cuping telinganya terbakar hangus!!!

Kejadian itu berlaku di Wilayah Anhui, China. Gadis jelita yang kini telah bertukar wajah, kini sedang dirawat di hospital dengan perbelanjaan keluarga remaja lelaki yang cuba membunuhnya sebagai tanda kekesalan dan permohonan maaf mereka.

Dan yang menariknya, suspek pula telah dibebaskan daripada tahanan polis dengan wang jaminan.

Zhou Yan terpaksa dirawat di hospital selama tujuh hari tujuh malam di Unit Rawatan Rapi sehinggalah nyawanya tidak lagi terancam. Dia mengalami kecederaan yang amat parah di mana wajah, tengkuk, dada dan beberapa bahagian tubuhnya yang lain terbakar teruk. Salah satu cuping telinganya juga hangus dan hampir 30% badannya telah melecur teruk.

Ketika mangsa berada di wad rawatan rapi, ibu bapa remaja penyerang itu telah menyerahkan satu dokumen yang menyatakan anak mereka telah berusaha membantu dan menyerah diri, sekaligus menyalahi dengan kebenaran yang berlaku. Keluarga Zhou enggan menandatangani surat tersebut.


Selepas keluarga Zhou enggan, keluarga penyerang itu berhenti membuat pembayaran yuran perubatan kepada pihak hospital. Oleh kerana mereka gagal membayar bil perubatan dan sudah pun berhutang ratusan ribu RMB untuk kos rawatan, keluarga mangsa tidak ada pilihan lain, kecuali mengeluarkan mangsa dari hospital tersebut dan menghentikan rawatan ke atasnya.

Penyerang itu merupakan anak kepada 'PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BERJAWATAN TINGGI'.

Itulah gaya KEADILAN yang bakal diterima oleh rakyat Malaysia sekiranya DAP dibenarkan berkuasa di negara ini kerana DAPlah yang paling kuat dan paling lantang menuntut meritokrasi dalam semua hal... dalam maksud yang lain, hanya yang berduit sahaja akan berkuasa dan boleh berbuat apa-apa sahaja. Tak berduit, mati tergolek tepi jalan pun, tidak akan dipedulikan!!!

Itu jugalah yang sedang berlaku di Pulau Pinang dan kawasan-kawasan di mana DAP menang sama ada kerusi DUN apatah lagi kerusi Parlimen!

2 comments

PAKATAN BARU NAMPAK MELAYU TU WUJUD DI MALAYSIA LA!!!


Sememangnya semenjak kebelakangan ini, Pakatan mula beralih arah setelah berjaya mendapat sokongan rasmi daripada masyarakat Cina. Menyedari perangai Melayu yang mudah terlupa dan memberi kemaafan selaian keterbukaan Melayu yang sanggup membuka segala ruang dan peluang kepada musuh dan lawan sebagaimana terbukti menerusi demografi penduduk di negara ini, Pakatan mula merancang, malah sedang mengimplimentasikan rancangan besar untuk mendapatkan undi Melayu.

Paling ketara ialah apabila PKR terutama sekali Anwar Ibrahim kembali memperkatakan tentang Melayu dan Bumiputera serta Islam setelah beberapa tahun selepas menang banyak kerusi Parlimen pada PRU13 lalu, mempersoalkan tentang Melayu, Bumiputera dan paling penting sekali ISLAM.

Dan sudah tentulah yang akan dijadikan modal untuk dipersalahkan adalah UMNO.

Tak perlulah kita ulang balik apa kata PKR tentang UMNO kerana ianya sudah menjadi zikir wajib kepada setiap orang yang bergelar PKR. Namun yang sangat ketaranya adalah bagaimana PKR tidak akan sama sekali berani memperkatakan tentang pengabaian terhadap Melayu, Bumiputera dan Islam sebagaimana yang berlaku di Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan kawasan-kawasan yang mereka miliki.

PKR yang menguasai Selangor tidak langsung melakukakn apa-apa tentang Melayu dan Islam. Bahkan PKR sendiri begitu hebat dan bersungguh-sungguh membenarkan pemurtadan, kebebasan seksualiti bahkan bersungguh-sungguh sangat mahukan kalimah ALLAH dikongsi bersama-sama penganut agama lain tanpa sedikit pun menghiraukan sensitiviti Melayu dan umat Islam di negara ini.

Dan yang paling menarik ialah bagaimana PKR begitu bersungguh-sungguh membela kenyataan Anwar Ibrahim tentang Zionis dan Israel yang kemudiannya UMNO pula yang dipersalahkan.

Pendedahan demi pendedahan yang dibuat menunjukkan bagaimana PKR menjadi PEMAKAN RASUAH PALING LAHAP sebagaimana yang ditunjukkan di Selangor. Peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk rakyat seperti MARRIS telah dirompak untuk digunakan sebagai dana parti walhal dana itu diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. Begitu juga dengan skandal pasir, skandal tanah, skandal penggelapan dana perskeutuan untuk sampah dan PBT, semuanya menjadikan PKR sebagai sebuah parti yang amat keji yang sentiasa berjaya berselindung di belakang undang-undang.

Dan yang terbaru ialah bagaimana PKR langsung tidak memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Ampang sungguhpun Ahli Parlimen Ampang adalah Ketua Wanita PKR. Sebaliknya beretorik dan kemudian berudaha merompak kredit kerja-kerja yang dilakukan oleh UMNO di kawasan malapetaka itu.

PKR dan Pakatan akan menjadikan Melayu, Bumiputera dan Islam sebagai modal mereka pada penghujung penggal sebelum PRU secara giat dan agresif, namun bekas-bekas tinggalan mereka dan kegagalan mereka untuk menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat,boleh dilihat dan dinilai sebelum tohmahan dan janji-janji mereka didengar dan kemudian dipercayai!!!!

0 comments

PKR SEMAKIN TERDESAK DAN SEMAKIN TERDEDAH SEBAGAI BARUA ZIONIS!!!


Dah semakin terdedah dan semakin terbukti walaupun berkali-kali juga para pemimpin PKR cuba menafikan yang mereka adalah BARUA ZIONIS.

Sudah menjadi adat, orang berak tengah jalan, mana nak mengaku!

Apatah lagi kalau namanya berak itu adalah ZIONIS.

Takkan Anwar Ibrahim nak mengaku yang dia memang bekerja dan diupah oleh Zionis untuk menjahanamkan negara ini.

Takkanlah konco-konconya dalam PKR nak mengaku mereka memang telah ditugaskan oleh Zionis untuk menjahanamkan negara ini?

Dan takkanlah para pengikut Anwar Ibrahim hendak mengaku, mereka tahu yang mereka memang telah ditugaskan oleh Anwar Ibrahim bagi memudahkan Zionis mengambilalih negara ini?

Hakikatnya, pendedahan demi pendedahan yang telah dibuat, membuktikan PKR adalah agen Zionis yang jauh lebih merbahaya berbanding Parti Komunis Malaya. Parti Komunis Malaya memang melakukan kekejaman dengan penentangan bersenjata, tetapi PKR pula membuka pintu kota Malaysia menerusi kebalacian dan kebaruaan mereka kepada Zionis!

Pernah tengok Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh menghentam Zionis selain daripada selepas menghentam Zionis, dia akan segera ke Amerika Syarikat atau sekurang-kurangnya ke Dubai untuk menyembah kepala lutut memohon ampun dan maaf kepada kepala-kepala Zionis?

0 comments

PENDEDAHAN BUKTI KECIBAIAN TIAN CHUA, WILLIAM LEONG DAN BARU BIAN DALAM PKR!!!

Ini adalah pendedahan terbaru RPK yang disiarkan olehwww.malaysia-today.net. Kisah ini melibatkan beberapa kepimpinan PKR yang menuntut rasuah sebanyak USD 10 juta dari sebuah syarikat.

Perkara tersebut melibatkan projek pengswastaan antara Kerajaan Selangor dengan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Azam dan Azan Sdn Bhd (AASB).

Projek tersebut berkenaan pembangunan Pasar Selayang serta pembangunan sekitar termasuk lot-lot kedai dan perumahan yang bermula sejak tahun 1997. Ianya terbahagi kepada tiga fasa.

Fasa pertama telah siap pada tahun 2009. Fasa kedua dan ketiga tidak dapat dimulakan kerana tapaknya diduduki oleh peniaga-peniaga yang enggan berpindah ke tapak baru di fasa pertama yang telah pun siap.

Pelbagai cara dan usaha yang dilakukan oleh kontraktor berkenaan (AASB) untuk memulakan fasa kedua dan ketiga, semuanya menemui jalan buntu. Akhirnya AASB memilih untuk mencari penyelesaian melalui jalan politik. Melalui seorang pemimpin PKR Sarawak , Baru Bian, AASB telah diperkenalkan kepada ahli parlimen Selayang yang juga bendahari PKR Pusat , William Leong. Setelah beberapa kali berbincang mereka telah mencadangkan agar perkara tersebut dibawa ke perhatian MB Selangor.

Untuk memudahkan kerja melobi MB, mereka harus cari orang yang MB boleh mendengar cakapnya. Lalu Baru Bian telah memperkenalkan Tian Chua kepada kontraktor berkenaan. Ini kerana Tian Chua dikatakan menjadi telinga kepada MB Selangor. Selepas itu kes berkenaan diambil alih oleh Tian Chua dari William Leong.... BACA SETERUSNYA DI SEL13.COM


0 comments

BUKTINYA PUSAT DAN LEMBAGA ZAKAT DAH JADI HARAMJADAH!!!


Kisah seorang anak yang terpaksa meninggalkan ibunya yang sudah lumpuh di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur minggu lalu, sememangnya menyayat hati. Dan ramai sebenarnya menyalahkan anak muda itu kerana mengabaikan ibunya yang sudah tua dan lumpuh.

Semalam, anak muda itu mendapat pembelaan daripada seorang usahawan dengan memberikan pekerjaan, rumah untuk berlindung, dan kenderaan untuk bergerak!

Sekali imbas, memang tidak kelihatan cacat celanya.

Namun yang sadisnya, ANAK MUDA ITU DAN IBUNYA ADALAH ORANG ISLAM!

Sungguh memalukan apabila ada orang Islam yang menerima nasib seperti itu. Anak muda itu tidak boleh dipersalahkan kerana 'terpaksa' meninggalkan ibunya kerana masalah kewangan yang sangat teruk selain buntu mengenangkan tiada tempat untuk berlindung.

Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan, tetapi sebagai orang Islam, anak muda itu seharusnya mendapat PEMBELAAN DARIPADA LEMBAGA DAN PUSAT ZAKAT!!!

Mana pergi duit ratusan juta ringgit Lembaga dan Pusat Zakat? Mengapa masih ada umat Islam yang terbiar, sedangkan anak muda itu sendiri layak untuk tiga asnaf iaitu fakir, miskin dan gharimin.

Mengapa anak muda itu dan ibunya DIABAIKAN oleh Lembaga dan Pusat Zakat? Mengapa tidak ada pegawai Lembaga dan Pusat Zakat yang benar-benar amanah menjalankan tugas mereka sedangkan mereka yang seharusnya mencari orang fakir, miskin dan gharimin, bukannya golongan itu yang mencari dan memohon bantuan zakat?

Jadah apa duit zakat yang bertimbun-timbun dan sesetengahnya digunakan untuk membiayai perniagaan sepertimana tertegaknya Pusat Rawatan Islam di Jalan Tun Razak yang mengenakan bayaran yang sama tarafnya dengan hospital-hospital swasta lain yang tidak menggunakan modal zakat?

MENGAPA LEMBAGA DAN PUSAT ZAKAT DAH JADI HARAMJADAH?

Setiap seorang Islam yang daif dan sengsara kerana keperluan hidup, maka SELURUH KESALAHAN TERSEBUT perlu dijatuhkan ke bahu mereka yang hidup berlagak di Lembaga dan Pusat-Pusat Zakat di seluruh negara!

Setiap derita dan air mata golongan fakir, miskin, muallaf, gharimin iaitu golongan yang berhutang untuk keperluan asas dan tidak berkemampuan untuk membayar kembali dan Ibnu Sabil iaitu orang yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan yang bertepatan dengan syarak, maka LEMBAGA DAN PUSAT ZAKATLAH yang harus dipertanggungjawabkan!

Setiap sen yang dibawa ke hadapan dalam akaun Pusat Zakat sedangkan, terdapat mereka yang tergolong dalam kelapan-lapan asnaf yang tidak dipedulikan, maka TERLAKNATLAH SELURUH KAKITANGAN DAN PEGAWAI-PEGAWAI di Lembaga-Lembaga dan Pusat-Pusat Zakat di seluruh Malaysia!!!

TIDAK SEHARUSNYA ADA ORANG ISLAM YANG MISKIN DAN MENDERITA KERANA DIHIMPIT MASALAH-MASALAH KEWANGAN DALAM MENGURUSKAN KEPERLUAN ASAS, KERANA ORANG ISLAM ADA ZAKAT YANG ALLAH TAALA SENDIRI PERINTAHKAN 'PENUBUHAN DAN PERLAKSANAANNYA'!!!

1 comments

Thursday, March 15, 2012

MUDAHNYA HADI AWANG DITIPU DAN TERTIPU!!!

Thursday, March 15, 2012

Ketika melawat mangsa-mangsa banjir di Lembah Jaya Utara, Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang juga merupakan salah seorang pemegang saham dalam Pakatan Rakyat yang memberikan kuasa kepada DAP untuk menjadi tuan besar kepada rakyat Malaysia, bukan main lagi memuji Kerajaan Negeri Selangor.

Abdul Hadi Awang menyifatkan Kerajaan Negeri Selangor sebagai sangat cekap, cepat bertindak dan sangat prihatin menangani masalah penduduk Lembah Jaya Utara yang dilanda banjir.

Entah siapalah yang memberikan maklumat kepadanya, Abdul Hadi Awang bercakap seolah-olah seorang tua yang sedang kemaruk untuk berbini muda.

Macam nak termuntah bila Abdul Hadi Awang kata, Kerajaan Negeri Selangor berjaya menangani masalah banjir di Lembah Jaya Utara. Apa yang ditangani oleh Kerajaan Negeri Selangor di situ? Apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Pakatan di Lembah Jaya Utara selain memacakkan khemah kosong dan beretorik di hadapan surau yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Abdul Hadi Awang tidak mungkin bercakap begitu dan memberikan pujian membuta tuli berdasarkan daripada pemikirannya sendiri. Sebaliknya dia bercakap berdasarkan suara orang lain. Dia bercakap kerana disuruh bercakap berdasarkan skrip yang telah dikarang.

Sekaligus menjadikan Abdul Hadi Awang sebagai boneka yang digunakan untuk membersihkan Khalid Ibrahim dan Teresa Kok yang benar-benar tidak peduli dengan rakyat, tetapi perlu diberikan promosi sebagai sebuah kerajaan yang prihatin walaupun atas nama penipuan dan tipu daya.

Buat malu sahaja bila Abdul Hadi Awang memberikan pujian kosong dan memberikan pakaian kemuliaan kepada Kerajaan Khalid-Teresa padahal kerajaan itu sebenarnya tidak lebih daripada sebuah puaka dan lembaga hitam yang tidak ada kerja lain melainkan hidup menyusahkan rakyat biasa!!!



0 comments

SELAYANG JADI PUSAT PEMBIAKAN SAMSENG WARGA MYANMAR!!!

Kejadian seorang pemandu wanita tempatan yang terlanggar bakul sayur warga Myanmar sehingga terbalik yang diletak menghadang laluan kenderaan di Pasar Borong Selayang, yang kemudian digertak dengan pisau oleh warga Myanmar terbabit semalam, seharusnya membuka mata pihak berkuasa yang kurang bertindak membersihkan negara daripada golongan yang tidak tahu bersyukur ini.

Seminggu sebelum kejadian semalam, dilaporkan satu operasi besar-besaran oleh RELA dan pihak berkuasa telah berjaya memberkas 500 orang warga Myanmar yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah di kawasan yang sama.

Bagaimanapun, operasi tersebut langsung tidak menunjukkan signifikan, apabila warga Myanmar yang telah menjadikan Selayang sebagai WILAYAH KEKUASAAN MEREKA, tidak berkurangan, bahkan semakin bertambah. Malah tindak tanduk mereka juga semakin agresif.

Sebahagian daripada mereka, berjualan di luar Pasar Borong Selayang dengan memungut sayur-sayuran yang dibuang ke dalam tong sampah oleh peniaga sah pasar borong berkenaan. Sayur-sayur sampah itu kemudiannya dijual dengan harga murah kepada para pembeli yang kebanyakannya juga adalah dari kalangan mereka serta segelintir warga tempatan yang cuba memaksimakan keuntungan dalam perniagaan makanan.

Kawasan di sekitar Pasar Borong Selayang sudah seharusnya diberikan kawalan dan ketegasan pihak berkuasa dalam menangani masalah pendatang asing yang mencurah-curah masuk ke negara ini seharusnya diperketatkan dan diperhebatkan.

Rakyat Malaysia secara keseluruhannya memandang apa yang berlaku sebagai KELEMAHAN PENTADBIRAN SERTA PENGURUSAN pihak berkuasa terbabit. Terlalu ramai warga asing yang masuk dan kemudian beranak pinak di negara ini tanpa dokumen yang sah, telah membuktikan kelemahan dan kebocoran di sana sini pada agensi-agensi yang berkaitan. Walaupun pengurusan dan pentadbiran terkini memberikan pelbagai alasan, termasuklah alasan standard iaitu TIDAK CUKUP KAKITANGAN, namun hakikatnya segala macam agensi yang ada di negara ini untuk mencegah mahupun meminimakan pendatang asing, TIDAK BERFUNGSI sebagaimana sepatutnya.

Maka tidak hairanlah pendatang asing boleh berlagak seperti tuan dan mengancam serta mengganggu ketenteraman warga Malaysia seperti yang berlaku di Pasar Borong Selayang.

Atau sebenarnya warga Myanmar itu merupakan satu pendapatan besar kepada pihak-pihak tertentu sehinggakan mereka menjadi begitu kebal dan tidak mampu diambil sebarang tindakan oleh pihak berkuasa di Malaysia?

0 comments

PADAN MUKA!!! ADUN SEKINCHAN YANG PERNAH LANGGAR BUDAK MELAYU SAMPAI KOMA BERBULAN-BULAN, DISAMAN NOH OMAR!!!


Melihat muka ADUN Sekinchan sudah cukup untuk memberikan persepsi kepada kita bahawa dia adalah seorang yang jahat, berhati busuk, chauvinist dan sangat anjing perangainya. Kesalahannya melanggar seorang pelajar Melayu sehingga koma, berjaya ditutup dengan jawatannya selaku ADUN.

Selepas Khir Toyo menyamannya, kini giliran Noh Omar pula melakukan perkara yang sama. Cina DAP bermuka piggy itu, memang patut pun kena saman. Dan saman yang dibuat nilainya lebih dari RM20 juta.

Seharusnya para pemimpin UMNO Selangor itu meniru jejak langkah Anwar Ibrahim yang apabila menfailkan saman, jumlah yang diminta tidak kurang dari RM100 juta. Orang seperti Ng Suee Lim dan DAP tidak boleh diberi belas kasihan sama sekali. Dek kerana belas kasihanlah, mereka begitu melampau dan sentiasa bertindak seolah-olah merekalah raja di Selangor dan di Malaysia.

DAP perlu diajar sepertimana Lim Guan Eng menyekolahkan Utusan Malaysia. Tidak ada ruang langsung untuk Utusan Malaysia apabila setiap laporan yang mereka buat tentang Guan Eng, akan disaman ratusan juta ringgit oleh Setiausaha Agung DAP itu.

Anehnya dalam sebarang keadaan, pemimpin-pemimpin UMNO-BN terlalu lembut hati dan mudah memberi maaf kepada puak-puak Pakatan yang diketuai oleh DAP.

Sekarang, peluang sudah terbuka luas. Semua orang tahu, Ng Suee Lim yang berada dalam keadaan mabuk ketika melanggar seorang pelajar Melayu sehingga koma beberapa minggu, hanya melakukan fitnah dan pernah sekali berlagak seperti samseng yang cuba merampas tanah orang kampung.

Nilai RM20 juta saman yang difailkan oleh Noh Omar terlalu kecil berbanding fitnah yang dilakukannya selama ini!!!

0 comments

BUDAK PEREMPUAN 16 TAHUN DIROGOL, DIBUNUH, DIKERAT, DIPANGGANG DAN DIMAKAN!!!

Seorang remaja dibunuh, dipotong dan dimakan oleh dua lelaki, demikian kata pegawai penyiasat Rusi. Sebelum dibunuh, Karina ada kemungkinan dirinya diperkosa dulu. Karina Barduchyan, 16 tahun, dikatakan hilang setelah pulang dari sekolah di St. Petersburg. Polis percaya dia dibunuh malam itu juga. Bahagian-bahagian tubuh milik si gadis ditemukan di dalam beberapa kantong plastik yang dibuang di sekitar kota. Paling tidak dua kantong plastik telah ditemukan di dua tempat yang berbeza. Dua lelaki berumur 19 tahun telah ditangkap kerana kejadian biadab ini.


Karina mengenali dua orang penjenayah zalim iaitu Yuri Mozhnov, si penjual bunga. dan Maxim Golovatskikh, si penjual daging di pasar. Karina dirayu untuk ke apartemen mereka dimana dia kemudian di lemaskan ke dalam tab mandi

Kedua suspek itu membunuh Karina, kemudian memotong-motong bahagian nya untuk dipilih yang mana yang akan dimakan! Kemudian, tubuh Karina yang telah di pilih itu dipanggang dengan kentang dan dimakan dengan lahap oleh keduanya tanpa perasaan bersalah. Mereka sekarang telah ditahan dengan tuduhan membunuh.

Pengetua sekolah St. Petersburg, Andrei Lavrenko, mengatakan bahawa para penyelidik percaya mereka memutuskan untutk membunuh Karina setelah si gadis bertengkar dengan Golovatskikh. Kesan darah ditemukan di paip air dan lantai kondominium. Difahamkan Golovatskikh mempunyai sejarah sakit jiwa dan pernah dirawat di rumah sakit jiwa setempat.


0 comments

ADUN PAS LEMBAH JAYA MENYEMBAH KHEMAH UMNO-BN AKHIRNYA!!!

Sepanjang hari semalam, Lembah Jaya Utara sibuk dengan aktiviti-aktiviti pembersihan yang melibatkan pembabitan anggota-anggota tentera. Dan walaupun Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat atau PKR yang dinasihati oleh DAP dan dipecacaikan oleh PAS, namun kebanyakan kerja-kerja pembersihan serta penyaluran bantuan di Lembah Jaya Utara diambilalih oleh UMNO-BN secara keseluruhannya.

Manakala Kerajaan Negeri Selangor yang juga mempunyai khemah atau lebih dikenali sebagai Bilik Gerakan atau Bantuan Banjir, sekadar ada tetapi tidak berbuat apa-apa.

Dan yang paling menarik ialah apabila Ahli Parlimen Ampang, hanya muncul sekali dengan BADUT yang entah untuk apa tujuannya. Barangkali Ahli Parlimen Ampang yang sedang berjuang untuk membuktikan NFC adalah penyalahgunaan dana rakyat di Parlimen berfikir, BADUT boleh menggembirakan mangsa-mangsa banjir yang kemarahan kerana pelbagai faktor termasuklah ketiadaan bekalan air bersih di rumah masing-masing kerana kegagalan fungsi dan kurangnya peduli oleh Kerajaan Negeri Selangor terhadap masalah berkenaan.

Khassim Abdul Aziz yang merupakan ADUN Lembah Jaya dari PAS, nampaknya baru pulang dari kampungnya menghadiri makan kenduri. Awalnya dia telah membuat kenyataan bahawa Bilik Gerakan Bantuan Banjir Pakatan akan beroperasi 24 jam (BACA DI SINI) walaupun hakikatnya petugas PAS telah menghalau mangsa-mangsa banjir yang berlindung di surau dan sebelum itu menghalang mangsa-mangsa banjir berkenaan daripada mengambil bantuan dari khemah petugas UMNO-BN.

Bilik operasi Pakatan memang dibuka 24 jam... buka bermakna memang terbuka betul... kalau susah juga nak faham, maksudnya, segala-galanya terbuka dan tidak seperti sebuah bilik operasi, sebaliknya kawasan atau khemah lapang yang hanya digunakan sebagai tempat petugas-petugas Pakatan bersembang dan mengumpat UMNO-BN.

Dan mungkin kerana itulah, semalam, sewaktu anggota-anggota tentera yang bertungkus lumus membantu penduduk yang terlibat dengan banjir membuat kerja-kerja pembersihan melepaskan lelah dan mengisi perut serta membasahkan tekak di khemah UMNO-BN, tidak lama selepas itu, Khassim muncul dan turut minum teh di khemah UMNO-BN.

Khemah Pakatan pula sudah sunyi sepi dengan kerusi yang sudah dibalikkan menandakan bilik operasi itu secara rasminya telah ditutup.

Dan menyedari keadaan itu tidak begitu baik, Khassim ke khemah UMNO-BN untuk minum teh bersama-sama petugas UMNO-BN, termasuklah Ketua Wanita UMNO Ampang, Dr. Rozaidah Talib!!!

Hari ini, Pakatan mengarahkan Pusat Zakat memberi zakat kepada mangsa-mangsa banjir untuk menutup kemaluan mereka yang telah terdedah!!!

0 comments

MEMANG KURANG AJAR SUNGGUH DAP NIH!!!

Kalau dah terdesak, DAP akan kata, mereka akan mempertahankan Artikel 152 dan Artikel 153 yang mana di dalam kedua-dua Artikel Perlembagaan Persekutuan tersebut terkandung perkara yang membabitkan Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan Adat-Istiadat Melayu selain Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta hak-hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera.

Dan kalau sudah terlalu amat terdesak, maka bertungkus lumuslah DAP akan mengatakan merekalah yang mempertahankan kedua-dua Artikel berkenaan dan menuduh UMNO sebenarnya yang mengganggu gugat kedua-dua Artikel tersebut. Mereka tidak bersalah langsung dan DAP tidak pernah mempertikaikan mana-mana perkara yang ada perkataan 'Melayu' walaupun pada 13 Mei 1969, kebencian terhadap Melayu dan pertikaian tentang Melayulah yang menyebabkan berlakunya rusuhan yang memakan korban ribuan orang angkara DAP!!!

Tetapi hakikatnya DAP tidak pernah mahu menghormati apa-apa sahaja yang ada perkataan 'Melayu'. Cuma, pada dekad terakhir ini, DAP tidak lagi menggunakan kaedah hasutan secara terang-terangan, sebaliknya melakukan kaedah penghinaan dan memperemeh-remehkan apa-apa sahaja yang ada kaitan dengan 'Melayu'.

Bantuan kepada Melayu atau Bumiputera, dianggap sebagai rasuah atau penyalahgunaan dana rakyat. Menekankan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dianggap sebagai sesuatu yang mengundur ke belakang sehinggakan untuk mencari seorang pemimpin DAP yang mampu bertutur atau menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik, hampir-hampir mustahil kecuali sekiranya mereka adalah Melayu!

Maka sepertimana yang terpapar dalam gambar di atas di kawasan yang dikuasai kuat oleh DAP, bukanlah sesuatu yang menghairankan. Sudah menjadi tugas setiap orang dalam DAP untuk memperemeh-remehkan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu. Tugas setiap orang ahli dan pemimpin DAP adalah melakukan provokasi terhadap orang Melayu agar orang Melayu akhirnya akan kelihatan seperti sekumpulan si bodoh bebal yang bertindak mengikut perasaan.

Untuk apa sebenarnya meletakkan bunting yang tertera perkataan DAULAT TUANKU dan berwajah DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di bawah bunting jualan gudang?

Sudah tentulah tujuan pihak yang meletakkan bunting tersebut tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk merendah-rendahkan Raja Permaisuri Agong. Lainlah kalau dalam bunting berkenaan ada wajah Lim Guan Eng. Kalau itu yang berlaku, maka bunting tersebut ada berada di atas bunting yang tertera Jualan Gudang sebuah pasaraya.

Tidak ada benda lain yang terfikir dalam kepala perancang yang mengarahkan bunting tersebut direndahkan daripada bunting Jualan Gudang, melainkan untuk memprovokasi orang Melayu dan mereka yang tahu menghormati Perlembagaan Persekutuan.

0 comments

AMARAN!!! HABUAN KACAU LAKI ORANG!!!!


Ni niaya punya kes. Yang salah adalah si lelaki yang gatal ANUNYA tapi yang jadi mangsa adalah wanita yang telah dimangsai.

Macam ni punya hukuman, kejam teramat la. Dah-dah tentulah yang buat kerja tampal poster untuk memalukan wanita dalam poster berkenaan adalah seorang wanita juga. Yang peliknya kenapa pula tidak ditampal muka lakinya sekali? Kenapa tak bagitahu, si penampal poster itu adalah seorang yang sangat beruntung kerana lakinya berjaya memiliki seorang gundik?

Pelik dunia hari ini... Sama pelik macam politik di Malaysia. Anwar Ibrahim bedal jubur jantan, yang disalahkan adalah UMNO dan segala macam teori konspirasi... Macam dalam gambar di atas jugalah!!!!

0 comments

Wednesday, March 14, 2012

TAK PERCAYA JUGA YANG PENYENARAIAN FGVH TAK SENTUH HARTA PENEROKA?!!!

Wednesday, March 14, 2012

FELDA akan membuat penyenaraian di Bursa Saham. Kaum pecacai Pakatan, termasuklah barua dan balaci Pakatan sedang bekerja keras untuk menjadikan kerja-kerja penyenaraian tersebut sebagai satu kegagalan dan ditentang oleh para peneroka FELDA. Lebih penting lagi, Pakatan mahu ianya bertukar menjadi satu tentangan yang membolehkan mereka mendapat keuntungan dari segi undi dan pengaruh.

Ahmad Maslan, Timbalan Menteri yang menjaga FELDA telah memberikan penjelasan bahawa penyenaraian tersebut tidak menyentuh satu inci harta kaum peneroka FELDA pun (PORTAL SUARA GENERASI BARU). Namun seperti yang boleh dijangka, para pemimpin dan ahli-ahli Pakatan, akan berusaha memesongkan pemikiran kaum peneroka, kononnya FELDA akan memperjudikan tanah mereka dan akhirnya kaum peneroka akan kehilangan segala harta benda kerana keserakahan FELDA mengaut untung besar.

Satu-satunya cara ialah dengan memberitahu, kaum peneroka hendaklah mengundi dan menyokong Pakatan Rakyat. Apabila Pakatan Rakyat sudah berkuasa, tanah-tanah kaum peneroka akan terselamat kerana Pakatan Rakyat tidak akan menggadaikan tanah peneroka sepertimana yang dilakukan oleh Kerajaan UMNO-Barisan Nasional.

Penjelasan yang dibuat oleh Ahmad Maslan di Parlimen sebagai menjawab cabaran Salehuddin Ayub agar kerajaan memberikan jaminan, penyenaraian tersebut tidak merugikan kaum peneroka, pastinya tidak akan berakhir dengan jawapan berkenaan. Sebaliknya, para pemimpin dan penceramah Pakatan akan terus berputar belit dan dengan kurangnya penjelasan daripada pihak ahli politik UMNO-BN sendiri berhubung perkara berkenaan, pastinya ramai peneroka yang sebelum menyertai FELDA, hidup jauh lebih teruk daripada ayam yang kais pagi, makan untuk semalam, akan ketakutan, sekaligus menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk menentang kerajaan.

Biarpun jumlah peneroka yang akan menyokong Pakatan, tidaklah seramai mana, namun sudah dapat dilihat bagaimana Mazlan Aliman berjaya mencipta persepsi menerusi tohmahannya yang tidak henti-henti terhadap FELDA terutama di kalangan generasi kedua dan ketiga FELDA yang masih tidak mampu keluar daripada pergantungan terhadap FELDA.

Dengan menjadikan modal, tanah-tanah FELDA yang akan disenaraikan itu, jauh lebih baik diserahkan kepada generasi kedua dan ketiga FELDA berbanding disenaraikan untuk mengumpulkan keuntungan yang tidaklah sebesar mana untuk kaum peneroka, kaum Pakatan akan bertungkus-lumus untuk memastikan generasi kedua dan ketiga menyokong mereka pada PRU akan datang.

Seharusnya, selain daripada Ahmad Maslan bercakap dalam sidang media, para pemimpin UMNO-BN setempat sudah mula memberikan penerangan dan penjelasan kepada kaum peneroka tentang perkara sebenar tentang penyenaraian berkenaan. Jurang dan ruang walau sekecil mana pun yang diberikan kepada para pemimpin Pakatan Rakyat yang kuat berbohong dan memperdayakan mangsa-mangsa mereka yang terdiri daripada rakyat Malaysia, pastinya akan digunakan dengan sebaik-baik mungkin.

Sepertimana yang dilakukan oleh DAP kepada orang Melayu di Pulau Pinang dan Sarawak. Sepertimana yang dilakukan oleh PAS kepada rakyat Kelantan di Hulu Kelantan yang bukan sahaja kehilangan tanah yang diusahakan kepada Ladang Rakyat yang langsung tidak melibatkan mereka, tetapi juga kepada para penyokong PAS sendiri yang sentiasa hidup dalam dunia retorik dan angan-angan yang tidak berkesudahan.



0 comments

Blog Archive

Labels