
Dah mula dah... Pakatan dah mula berdendangkan cerita kesusahan dan kemiskinan rakyat Malaysia. Dan seperti biasanya, semua kesalahan akan dihalakan kepada UMNO dan Barisan Nasional dengan alasan selama kemerdekaan Malaysia, UMNO-BN adalah kerajaannya.
Seolah-olah di Malaysia ini, tidak ada pembangkang, tidak ada kerajaan negeri, tidak ada kementerian,tidak ada jabatan, tidak ada agensi dan tidak ada entiti-entiti seperti NGO dan sebagainya. Dan yang paling penting, seolah-olah tenaga kerja dalam kesemua yang telah disebutkan itu adalah robot yang telah diprogramkan!
Atau dalam bahasa lain yang lebih mudah untuk difahami, temberang Pakatan kelihatan terlalu dangkal untuk dipercayai!
Sebenarnya tidak ada satu kerajaan pun yang menyuap makanan yang sudah siap dikunyah ke mulut rakyatnya. Sebaliknya setiap kerajaan menyediakan pelbagai ruang pekerjaan, bantuan pekerjaan, pendidikan dan sebagainya untuk digunakan oleh rakyat dengan sebaik-baiknya. Malah Pakatan Rakyat yang turut mentadbir empat buah kerajaan negeri juga tidak menyuap makanan ke mulut rakyat masing-masing secara membuta tuli.
Berbanding kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat, lebih banyak peluang pekerjaan serta bantuan kepada rakyat marhein diwujudkan oleh kerajaan Barisan Nasional sama ada di peringkat negeri mahupun peringkat Pusat. Dan yang menariknya pada ketika kerajaan-kerajaan negeri Barisan Nasional bertungkus lumus membuka ruang kepada pelabur untuk mewujudkan peluang pekerjaan.
Sedangkan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat pula sekadar bergoyang kaki dan menyerahkan segala urusan menarik pelaburan kepada Kerajaan Pusat. Apabila pelabur masuk ke negeri mereka, tanpa segan silu mereka akan mendabik dada bahawa itu semua adalah kejayaan mereka kerana kehebatan pentadbiran negeri.
Begitu juga dengan perjuangan menghapuskan kemiskinan tegar. Anatara yang paling hebat dipromosikan sebagai Ketua Menteri yang hebat adalah Lim Guan Eng. Kononnya semenjak Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, kemiskinan tegar di Pulau Pinang telah dihapuskan sepenuhnya.
Benarkah seperti yang didakwa?
Kemiskinan di Pulau Pinang tdiak pernah dpaat dibasmi sebagaimana yang didakwa. Sebaliknya golongan miskin dan marhein CUBA DIBUNUH dan dihapuskan secara keseluruhannya bagi menghilangkan kewujudan mereka. Kaedah terbaik yang dilakukan oleh Guan Eng untuk melakukan pembunuhan adalah dengan pembinaan rumah-rumah yang tdiak mampu dimiliki oleh golongan marhein. Secara tidak langsung, ini akan menimbulkan tekanan yang sangat kuat krpada golongan miskin dan marhein.
Akhirnya golongan miskin danmarhein tidak ada pilihan lain kecuali terpaksa meninggalkan kawasanyang mereka duduki. Meeka terpaksa berpindah keluar. Sekaligus menjadikan kawasan berkenaan BERSIH daripada golongan miskin tegar.
Itu yang dilakukan di Pulau Pinang dan itu jugalah yang sedang dilakukan di Selangor.
Temberang punya temberang, program apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat untuk membasmi kemiskinan di negeri masing-masing selain daripada retorik bantuan yang tidak wujud sebagaimana di Selangor.
Tidak ada langsung!
Anehnya, mereka jugalah yang paling kuat melalak tentang golongan miskin dan marhein kerana mereka sangat memerlukan undi golongan majoriti ini. Sedangkan pada hakikatnya merekalah yang paling kuat membenci, mencerca dan menghalang sebarang usaha memajukan golongan marhein sepertimana yang sering dipersoalkan oleh DAP tentang bantuan dan subsidi kepada Bumiputera yang masih bergelut untuk menyaingi kuasa ekonomi bukan Bumiputera.
Bukankah DAP yang mempersoalkan tentang kesamarataan walaupun secara jelas, tanpa bantuan kerajaan, Bumiputera di Malaysia akanjadi tidak ubah seperti Red Indian di Amerika Syarikat, Aborigines di Australia mahupun Maori di New Zealand.
Bukankah PKR yang beria-ia mahu menghapuskan hak keistimewaan Melayu-Bumiputera? Dan bukankah PAS yang mengeluarkan fatwa tentang keharamannya fahaman kebangsaan yang diterjemahkan sebagai assobiyyah?
Sekarang mereka pula yang hendak berjuang pada sesuatu yang mereka tentang dan ingin hapuskan?
Atau itu sekadar satu helah untuk memperdayakan golongan miskin dan marhein?







Kanun jenayah Maghribi mengecualikan seorang perogol daripada dihukum jika dia bersetuju berkahwin dengan mangsanya.































