
Sekian lama hingga kini, kita cuba perhatikan....
Ramai pempin2 BN telah didakwa dan diheret kemahkamah..mereka yg didakwa kemudian diberi penghakiman..dan kebiasaannya mereka telah diminta membebaskan jawatan2 penting yg dipegang semada sebagai Menteri, Menteri Besar, Timbalan Menteri dan gitu juga jawatan2 dalam parti..ada yg diminta berehat seketika sehingga mahkamah buat keputusan.
Dalam sejarah tanah air, apabila pempin2 tersebut diheret kemahkamah tiada pembelaan dari parti masing2, tiada demo membantah secara besar2an, tiada usaha memberi penekanan pada pihak polis, peguam dakwa dan hakim.
Yg aku ingat..Datuk Harun Idris, Rahim Thamby Chik, Muhammad Taib, Abu Hassan, Mokhtar Hashim, dan beberapa pempin MCA dan MIC..termasuk Chua So Lek..ada berkaitan ngan kes rasuah, salah guna kuasa, pembunuhan, kes rogol malah hanya kerana dikaitkan ngan rumor2 atau hearsay semata2..demi negara, demi parti mereka sedia melepaskan jawatan, sedia menghadapi penghakiman..ada yg dibebaskan, ada yg dihukum.
Yg pasti..mereka mengharungi laluan yg sama spt rakyat biasa tanpa sebarang pelepasan keistimewaan undang2..disegi undang2, semua adalah sama!!
Tapi pempin2 pembangkang sekarang ni PAKATAN RAKYAT, dari kalangan PAS, DAP, PKR..pempin2 mereka seolah2 tak leh disentuh oleh undang2, tak leh ditegur dan diambil tindakan..tuduhan2 keatas mereka siang2 dicantas ngan mengatakan semua tu adalah fitnah, tuduhan palsu, rancangan jahat UMNO..kononnya mereka dizalimi. Padahal siasatan lum dijalankan..atau kes sedang diperbicarakan.
Jika ada pertuduhan mereka seboleh2nya cuba "cover" dan memutar belitkan kenyataan dan mengheret rakyat utk diperkudakan, rakyat yg ramainya tidak tahu hujung pangkal dan tidak berpeluang menjalankan siasatan diminta percayai apa saja yg mereka sogokkan..
Kes Mat Sabu ditangkap khalwat..riuh rendah puak2 pempin PAS cuba "cover" beliau..memberi tekanan pada penghakiman..1 Malaysia Tok Guru pusing bagi ceramah atas membela kes khalwat Mat Sabu..
BAYANGKAN jika Mat Sabu ini adalah pempin UMNO? Apakah Mat Sabu leh dapat keistimewaan ini?
Anwar, oleh kerana ia telah dipecat oleh UMNO dan BN..secara sepontan dan tiba2, puak2 PAS gitu bersimpati dan sungguh2 membela "kesucian" Anwar..BAYANGKAN jika Anwar pada masa itu tidak dipecat dan masih dibiorkan sebagai TPM?
Banyak hal2 dalaman PAS telah dibongkarkan..tapi pempin2 PAS ngan segera menutupnya sungguh2..dan menjadi hairan dan ajaib, tiada pula siasatan lanjut dari pihak berkuasa. Kes Koperasi mereka, kes tabung Memali, kes2 membuat tuntutan yg berlebihan, salah guna kuasa dll.. Malah dengor2 ada dari pempin2 UMNO cuba tolong "cover"kan..dan ada dari pihak2 berkuasa yg seolah2 "memaapkan".."tak yah bising2 ma"..sayangnya pempin2 UMNO pada pempin2 PAS yg dianggap ustaz dan ulamak ini ..(kebiasaaan orang2 Melayu sangat mudah memaapkan orang2 yg kelihatan alim dan mudah melupakan dan suka beri muka..alah biorler)
Hal Liza Wong..pempin dari kalangan BN jika terlibat dalam hal sedemikian dah lama di"sonyap"kan..dari parti maupun dari kepempinan negara.
Azmin Ali, tuduhan2 liar berkenaan isterinya dan Anwar gitu juga sumber kekayaan suami isteri ni..jika Azmin Ali ni dari kalangan pempin2 UMNO..dah lama merengkok dalam penjara atau "bersara" dari persada politik tanah air.
Banyak lagi contoh2 yg lain..
Pempin2 BN rela berundur..pempin2 PAKATAN pula berdegil dan mahu rakyat memaapkan mereka...malah sanggup gunakan rakyat, kudakan rakyat, bior rakyat dibelasah dan diheret dijalanan ..dipukul dan disembur oleh FRU..demi "kejahatan dan kemaksiatan" mereka.
Apakah ini kita nak kata mereka berjuang demi rakyat?
Bayangkan..jika kini mereka telah merompak dan melanun rakyat dan kemudian minta rakyat halalkan..demi rakyat!! demi keadilan!! demi kebebasan!!
Bayangkan jika mereka benar2 berkuasa!! sapa yg mampu heret mereka kemahkamah? Sapa mampu minta mereka berundur dari jawatan mereka.
Kini, walaupun mereka tidak berkuasa..mana2 polis yg cuba heret mereka kemuka pengadilan..dituduh zalim, anjing dan mereka tolak rakyat kehadapan menghadapi polis.
Bayangkan jika mereka berkuasa..apa lagi polis akan benar2 mereka kuasai..dan mereka akan benar2 "kebal" dan tak leh disentuh..pehhh betapa bermaharaja lela ler mereka..
Kini, jika ada mufti tegur mereka..mufti2 ni akan dicela!!
Bayangkan jika mereka berkuasa..agama akan diperkosakan dan diliwat sepuas2nya kerana dah pasti mereka akan pastikan mufti2 adalah dari kalangan mereka juga..pasti nanti ada saja fatwa2 yg baru dalam "membenarkan" dan "menghalalkan" perbuatan2 sonsang mereka..apa mampu rakyat lakukan??? Terkebil2 je ler!!
Hakim juga tak akan mampu jalankan tugas ngan betul..mana hakim yg tak "sealiran" ngan mereka pasti akan dipecat dan tinggal hanyalah hakim2 yg sentiasa memberi kemenangan pada mereka..
Apakah mereka akan diheret kemahkamah? apakah mereka akan didakwa? pasti tidak..jika kini pendakwaraya terketor2 nak dakwa mereka apa lagi jika telah benar2 berkuasa!!
Mereka akan merompak, melanun, dan terus melacurkan rakyat dan negara ini dan rakyat takkan mampu buat apa2..kerana badan kehakiman, pihak berkuasa, polis, pihak berkuasa agama akan terus membela mereka.
Tapi jika ada rakyat yg lakukan apa yg mereka lakukan atau pertikaikan mereka..lebih2 lagi dari kalangan pempin2 BN..pasti ngan pantas dan segera pihak polis, pendakwa raya dan hakim akan bertindak..
Tak percaya ke..buka mata luas2 dan tengok lah apa yg berlaku selama ni, semalam dan hari ni.
Membenarkan PAKATAN memerintah..sama spt membenarkan regim komunis dan zionis yg amat zalim didunia memerintah!!
Pernah kah ada mana2 pempin2 PAS, DAP, PKR mengaku bersalah dan meminta maaf?? walaupun terang2 dan jelas sekali pembohongan mereka, fitnah mereka, dan kemaksiatan serta kemungkaran mereka..Pernah kah?
-
aa