
Seperti yang dijangkakan, Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd Isa Mohd Saidi, dipecat serta-merta dari PKR kerana menyuarakan keraguan terhadap Timbalan Presiden PKR yang sangat berkuasa yang juga merupakan ADUN Bukit Antarabangsa, merangkap kekasih gelap Anwar Ibrahim, Azmin Ali.
Dua hari sudah, Mohd Isa Mohd Saidi dan beberapa orang rakannya telah membuat sidang media mendesak agar Azmin Ali menjawab tuduhan bagaimana dia dan isterinya berjaya memperolehi dan memiliki saham-saham pada jumlah yang sangat besar, sedangkan Azmin Ali mahupun isterinya, Shamsidar Taharin bukannya berasal daripada keturunan super hartawan.
Tanda tanya tentang kemampuan Azmin Ali dan Shamsidar Taharin mengumpulkan kekayaan luar biasa, sehingga kini masih tidak berjawab. Bagaimanapun, ramai yang melihat, semenjak Shamsidar Taharin menjadi sebahagian daripada Anwar Ibrahim, di situlah bermulanya kekayaan Shamsidar Taharin dan Azmin Ali.
Dan kekayaan itu jugalah yang mencerminkan misteri yang menyelubungi kekayaan luar biasa Anwar Ibrahim dan keluarganya walaupun pada masa yang sama, Anwar Ibrahim sentiasa melaung-laungkan tentang rasuah dan salahguna selain penyelewengan yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO-BN. Seperti Azmin, Anwar Ibrahim dan keluarganya sentiasa gagal untuk menceritakan bagaimana mereka boleh jadi kaya-raya walaupun asalnya, keluarga Anwar Ibrahim di Cherok To' Kun hanyalah keluarga biasa.
Zuraidah benar-benar cuba untuk melindungi Azmin Ali daripada terus didesak bagi menjawab segala tuduhan tersebut. Dengan kuasa yang ada padanya, maka Ketua Penerangan PKR Ampang yang 'biadap' itu telah dipecat serta-merta. Sekaligus mengurangkan tekanan di dalam PKR terhadap Azmin Ali dan dia sendiri.
Sebenarnya Zuraidah Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Mak Lampir Ampang, tidak lebih baik daripada Azmin Ali. Walaupun baru sepenggal menjadi Ahli Parlimen, Mak Lampir yang diketahui mempunyai proksi di MPAJ, telah berkongsi dengan Azmin Ali untuk membolot segala tender dan projek yang dikeluarkan oleh PBT itu.
Bagaimanapun, Zuraidah Kamaruddin yang dibantu oleh beberapa orang Ahli Majlis MPAJ yang terlibat dengan kegiatan jenayah, bijak menggunakan ruang. Walaupun re-zoning telah menyebabkan kawasan untuk kontrak pembersihan dikecilkan dan lebih ramai kontraktor 'diberi peluang', namun berdasarkan kepada maklumat dalaman MPAJ sendiri, hampir kesemua kontraktor tersebut adalah proksi kepada Zuraidah dan Azmin Ali.
Manakala 16 kontrak untuk seorang pemimpin UMNO Ampang pula, dilihat sebagai gula-gula apatah lagi pemimpin UMNO itu sendiri mempunyai HUBUNGAN YANG SANGAT BAIK dengan Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin walaupun dalam kem politik yang berlainan.
Teknik sapu bawah karpet seperti yang dilakukan oleh Zuraidah Kamaruddin dalam usaha untuk memastikan Azmin Ali sekeluarga terselamat daripada terus ditekan, sebenarnya tidak akan mengurangkan perbalahan dan keretakan dalaman PKR Ampang. Sebaliknya Mohd Isa Mohd Saidi yang diketahui mempunyai pengikut yang jauh lebih ramai berbanding Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin di Ampang, dikatakan sedang merancang untuk melakukan sesuatu bagi memastikan kombinasi Zuraidah-Azmin tidak akan menang di Ampang pada PRU13 yang akan datang.
Malah, gelagat Zuraidah semakin membuatkan para pengundi di Ampang ingin tahu mengapa beria-ia sangat Ketua Wanita Keadilan dan Ahli Parlimen Ampang itu cuba membuat pangkasan secepat mungkin...
Atau sebenarnya Zuraidah memang ada motif untuk menjahanamkan Azmin Ali?