iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, May 12, 2012

ISU HUDUD DIMAINKAN LAGI DENGAN KARPAL SINGH SEBAGAI 'KAMBING HITAM'!!!

Saturday, May 12, 2012

Nampak gayanya PAS semakin terdesak untuk kembali mendapatkan sokongan daripada pengundi-pengundi Melayu yang semakin bosan dengan ketepuan kepimpinan parti tersebut untuk terus berada dalam arus perdana politik tanahair.

Sama seperti taktik-taktik sebelumnya, HUDUD dan QISAS akan menjadi umpan paling mujarab apabila PAS mula melihat kehilangan sokongan akar umbi kepada mereka. HUDUD dan QISAS akan kembali diperkatakan. Sekaligus akan memberikan petunjuk kepada ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang mula hilang keyakinan, PAS masih lagi berjuang untuk membentuk sebuah Negara Islam yang mengamalkan hukum hudud dan qisas apabila diberikan kuasa.

Lakonan dan drama Pakatan Rakyat sememangnya KELAS A. Tiada mana-mana pihak di negara ini yang dapat menandingi sandiwara dan lakonan para pemimpin Pakatan Rakyat.

Cuma agak keterlaluan apabila HUDUD dan QISAS dijadikan sebagai bahan lakonan para pemimpin Pakatan Rakyat. Tidak perlulah menjadikan Karpal Singh sebagai KAMBING HITAM untuk memperlihatkan bagaimana DAP menentang HUDUD dan QISAS bagi meyakinkan para pengundi Melayu kononnya PAS bekerja untuk Islam, walhal dalam segala hal PAS memang bekerjasama dan menjadi konco rapat DAP.

Menimbulkan kemarahan orang Melayu-Islam bagi memastikan PAS mendapat sokongan pada PRU kelak, tidak akan ke mana-mana. Sekarang bukan zamannya untuk menipu memandangkan rata-rata para pengundi sudah celik dan terbuka akal mereka.

Mungkin ia akan berbeza sekiranya PAS tidak lagi bekerjasama dengan DAP dan PKR. Mungkin sokongan perlu diberikan kepada PAS sekiranya PAS berani menyatakan bahawa mereka tidak lagi berminat untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Namun beranikah PAS berbuat begitu?

Sudah tentu tidak, sebaliknya PAS hanya berani berlakon, berlakon dan terus berlakon sekalipun menjadikan HUDUD dan QISAS sebagai bahan lakonan dan lawak jenaka!!!

0 comments

200,000 JAMAAH TABLIGH BERARAK DI NILAI, TAK DER PUN RUSUHAN?!!


Mungkin ramai yang tidak tahu, pada 10 Julai 2010 lalu, lebih 200,000 anggota jemaah tabligh telah berkumpul di Nilai untuk Ijtimak Tabligh Sedunia. Perkumpulan itu berjalan selama 3 hari 3 malam. Antara yang turut datang termasuklah Yang Dipertuan Agong pada waktu itu, Perdana Menteri, Menteri Besar Negeri Sembilan, bahkan Nik Abdul Aziz juga turut tunjuk muka.

Tiada sebarang masalah yang berlaku sekalipun jumlah yang hadir jauh mengatasi jumlah peserta-peserta BERSIH 3.0.

Para propagandis Pakatan terus menjadikan PDRM sebagai punca rusuhan dan keganasan pada petang 28 April lalu walaupun hakikatnya para peserta BERSIH 3.0 sebenarnya yang mencetuskan rusuhan dengan serangan ke atas anggota polis secara fizikal setelah beberapa jam sebelum itu, provokasi dilakukan terhadap anggota-anggota pasukan keselamatan itu.

Perhimpunan Tabligh di Nilai pada 2010 tidak 'dimeriahkan' dengan rusuhan walaupun jumlahnya jauh lebih ramai. Malah, para peniaga dan penjaja juga tidak merungut kerana aktiviti perniagaan mereka terganggu.

Perhimpunan UMNO di Stadium Bukit Jalil malam tadi juga tidak menimbulkan sebarang masalah setelah segala nasihat dan arahan polis dipatuhi dan dituruti. Bayangkanlah seandainya para pemimpin UMNO berfikiran serupa seperti Pakatan Rakyat dengan melanggar arahan polis dan berkeras untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka dan kemudian merempuh anggota-anggota polis, kesannya adalah sama bahkan lebih besar berbanding BERSIH 3.0.

Dua perhimpunan itu kalau dibandingkan dengan perhimpunan BERSIH 3.0, sudah cukup untuk membuktikan bahawa para pemimpin Pakatan Rakyat yang cuba menjadikan BERSIH 3.0 sebagai indikasi sokongan kepada mereka, sebagai satu perhimpunan yang sebenarnya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menimbulkan masalah.

Dek kerana itulah, mereka sampai ke saat ini masih lagi menyalahkan pihak polis dan menuduh pihak polis yang memulakan keganasan kerana mereka tidak mahu majoriti rakyat Malaysia tahu apa sebenarnya yang berlaku pada petang 28 April lalu.

0 comments

UMNO PUSAKA MELAYU YANG PERLU DIJAGA RAPI!!!

UMNO pusaka warisan Bangsa Melayu..
Bangun dan jatuhnya diatas tangan orang2 Melayu..
Cemerlangnya atas kepatuhan dan ketaatan orang2 Melayu pada Allah swt dan RasulNya dan pempin dikalangannya...

Bangsa Melayu pusaka warisan Hang Tuah..
Jebat ditikam demi Kesultanan Melayu..
Sultan silih berganti..Kesultanan tidak.
Runtuhnya Kesultanan, runtuhlah payung memayungi Bangsa Melayu..

Runtuhnya Bangsa Melayu, runtuhlah agama..

Keris Tuah dulu namanya Taming Sari..
Keris Tuah kini namanya UMNO..

Tajamnya dulu kerana diperasap kemenyan Agama dan Adat..
Tajamnya kini juga kerana perasap kemenyan Agama dan Adat..
Tapi jika Agama dan Adat digadai..karatlah Taming Sari tiada berbisa lagi dan hilanglah tuahnya.

Beranikah, Sanggupkah Tuah hari ni menikam Jebat yg dikasihinya demi Agama, Bangsa dan Tanah air!!
Atau membawa diri..merajuk hati.
Atau hendak menikam..matanya tumpul dan patah kerana karatnya.

Usah sorak jadi lambang kekuatan...
Merah menyala kerana hati yg waja..
Bukan Merah menyala sekadar semangat..

-aa

0 comments

KETUA ULAMA APA MACAM NI KALAU FUNDAMENTALNYA ADALAH ANGAN-ANGAN!!!


Harun Taib seolah-olah cuba menafikan yang PAS adalah anak ternak DAP dan PKR dengan cerita dongengnya yang sudah tentu bukan sahaja tidak berpijak ke bumi nyata, tetapi tidak mungkin dapat dilakukan oleh PAS sampai bila-bila pun, sama ada berterusan berada di dalam Pakatan Rakyat, atau PAS secara bersendirian.

Ketua Dewan Ulama itu mengatakan, PAS akan menggubal dan meminda Perlembagaan bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negara ini. PAS katanya lagi, akan melaksanakan Islam sebagai addin.

Sebenarnya niat Harun Taib itu sangat mulia. Sebagai orang Islam, kata-kata dan keazamannya perlu disokong dengan kesungguhan. Namun, sama seperti pendapat Presiden PAS bahawa kemiskinan dan masalah sosial serta pemahaman Islam yang meliputi segala hal perlu diselesaikan atau diminimakan sebanyak mungkin, hudud dan qisas bukanlah 'perkara penting' terutama setelah PAS berada bersama-sama DAP dan PKR.

Meminda Perlembagaan bermaksud, PAS perlu mempunyai kerusi majoriti dua pertiga di Parlimen. Dan walaupun Pakatan Rakyat mempunyai dua pertiga majoriti di Parlimen, niat PAS tidak mungkin akan termakbul memandangkan awal-awal lagi DAP sudah menentang keinginan PAS. Manakala PKR pula bermain sorok-sorok dan tidak akan bersuara menerusi pemimpin-pemimpin Melayunya bagi mengelakkan mereka dipersalahkan kerana tidak menyokong PAS.

Bagaimanapun, melihat kepada 'cita-cita' Harun Taib yang menyatakan PAS akan tetap meminda Perlembagaan, sama ada menerusi Pakatan sekarang atau pun Pakatan baru yang akan membantu mereka pada masa hadapan, rasa-rasanya eloklah disimpan segala cita-cita itu di dalam kitab untuk generasi akan datang!

Sebabnya sangat mudah, sekalipun Harun Taib selaku Ketua Dewan Ulama PAS berkata seperti itu, majoriti di dalam PAS memilih untuk menjadi kera sumbang yang bukan setakat perasan tetapi juga gemar menyalahkan orang lain walaupun hakikatnya mereka hanyalah sekelumit kecil!!!


0 comments

MAMPUS PAS KEDAH DIKERJAKAN AZIZAN ABDUL RAZAK!!!

Ketika melakukan pelancaran majlis pecah tanah projek pembinaan kampus Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil beberapa tahun lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak tersenyum lebar.

Dia menyatakan bahawa ia merupakan satu kenangan manis baginya kerana berjaya membina sebuah universiti di bumi Kedah. Katanya, itu cita-citanya sebagai Menteri Besar Kedah.

Namun malang, kerana cetek pengalaman, tindakan Azizan itu jelas “mengorek kubur”nya sendiri. Dia tidak sedar bahawa dia telah meletakkan KUIN dalam keadaan bahaya dan mungkin muflis.

Projek kampus baru KUIN itu dianggarkan bernilai RM330 juta dan ia dibuat melalui anak syarikat Kedah Sato. Walaupun begitu, Kedah Sato hanya dapat komisyen sahaja memandangkan semua kerja-kerja pembinaan dibuat oleh kontraktor luar dari Kedah!

Kerana marah tidak diberikan projek tersebut, Mahfuz Omar telah meletak jawatan di dalam Kedah Sato dan hubungannya dengan Azizan yang sebelum ini dingin telah hampir “beku” kerana insiden itu.

Kini, Azizan telah terasa bahang kesilapannya menguruskan KUIN. Sebagai pengerusi KUIN, dia bertanggungjawab dengan krisis kewangan universiti itu yang dikatakan sedang “nazak” dan menganiaya para pelajar serta kakitangannya.... BACA SETERUSNYA DI KEDAHAN69ERS.COM


0 comments

PERHIMPUNAN UMNO AMAN SEBAB POLIS TAK LEPASKAN GAS PEMEDIH MATA!!!

Itu adalah hujah yang diberikan oleh para penyokong Pakatan Rakyat apabila perhimpunan UMNO yang membabitkan lebih 100,000 orang malam tadi, berlangsung secara aman tanpa mendatangkan sebarang kerosakan pada harta awam mahupun mengganggu urusniaga orang ramai.

Kesukaran untuk mereka menerima bahawa BERSIH 3.0 yang digerakkan oleh Pakatan Rakyat sebagai satu demonstrasi ganas dan sebenarnya bermotifkan rusuhan, terbukti apabila perhimpunan aman ahli-ahli UMNO di Bukit Jalil semalam langsung tidak menimbulkan sebarang masalah meskipun jumlah penyertaannya jauh lebih besar.

Daripada dua perhimpunan; satu berhimpun di jalan raya dan satu lagi berhimpun di dalam stadium, ternyata perhimpunan di dalam stadium dan kawasan tertutup lebih efektif, aman dan damai.

Justeru, gelagat dan hujah puak-puak Pakatan Rakyat, ,sebenarnya sekadar menggelakkan diri mereka sendiri memandangkan BERSIH 3.0 telah ditentang oleh majoriti rakyat Malaysia. Malahan sebelum perarakan dan demonstrasi jalanan dilakukan di jalan-jalan utama di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur, telah disarankan kepada mereka agar perhimpunan dilakukan di stadium.

Bagaimanapun, saranan tersebut ditolak dan diperlecehkan. Kononnya kalau di stadium, orang tak ramai dan kurang thrill. Kononnya kalau dibuat di kawasan tertutup, maka tak nampaklah kekuatan Pakatan Rakyat.

Apabila jumlah yang hadir dalam BERSIH 3.0 tidak sampai pun 10% daripada sasaran iaitu 500,000 orang, mulalah nak buat rusuhan dan rusuhan tersebut ingin dipanjangkan sehingga 1 Mei.

Mujur polis cepat bertindak. Itu pun setelah beberapa orang anggota polis dicederakan dan diparahkan, termasuklah kenderaan polis diserang dan dirosakkan!

Perhimpunan besar UMNO malam tadi telah membuktikan yang Pakatan Rakyat sememangnya sebuah pakatan politik yang ganas dan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi mencapai matlamat mereka menguasai negara.

Disebabkan perhimpunan UMNO semalam berjalan dengan lancar, maka disalahkan pula kononnya polis tidak melemparkan gas pemedih mata, membuatkan perhimpunan tersebut aman. Yang tidak disebut ialah, tiada seorang pun daripada peserta-peserta himpunan yang sangat ramai itu, memulakan rusuhan, menyerang polis, malah mereka mengikut segala arahan dengan baik.

Kalau dah dasar hati perut Pakatan Rakyat, orang lain semua salah, mereka sahaja yang betul!

0 comments

KESIANNYA NASIB MELAYU DALAM PAKATAN!!!


Keputusan DAP tidak menyambung tempoh anggota Dewan Negara Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim adalah satu indikasi bagaimana parti rasis dan chauvinis Cina itumelihat kepada pemimpin Melayu di dalam parti.

Apa yang terjadi kepada Naib Presiden DAP itu sepatutnya menjadi pengajaran amat berguna kepada orang Melayu dan beberapa kerat individu Melayu yang kononnya melihat parti itu memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

Untuk memancing undi, DAP cuba menonjolkan imej prihatin kepada orang Melayu dengan mengatakan mereka memberi tempat kepada pemimpin Melau di dalam parti itu.

Maka Tunku Aziz pun dilantik sebagai salah satu naib presiden DAP untuk mengaburi mata orang Melayu.

Keadaan itu berubah apabila Tunku Aziz bersuara sedikit mengkritik penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 yang disokong DAP dan parti pembangkang yang lain.

Dengan pantas DAP yang dikatakan sayang dan mengambil berat kepada Orang Melayu mencantas anggota diraja Kedah itu daripada terus memegang jawatan Senator.

Bagi DAP, orang Melayu boleh pegang jawatan tinggi dalam parti itu, mungkin juga sampai menjadi pengerusi, tetapi mereka hendaklah diam membisu serta menjadi seperti tunggul.

Membuka mulut untuk memperjuangkan hak-hak orang Melayu di dalam DAP bermakna mengundang padah kepada karier politik mereka.

Taktik DAP memikat hati orang Melayu setakat ini telah berjaya menjadikan PAS sebagai kuda tunggang yang setia.

Kesetiaan PAS kepada DAP terbukti apabila parti itu sanggup mengorbankan prinsip perjuangan negara Islam semata-mata untuk menjaga hati DAP.

Kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak boleh melaksanakan hukum hudud dan mewujudkan negara Islam sehingga mencukupi syarat.

Apa yang dikatakan beliau amat bertentangan dengan semangat berkobar-kobar PAS Kelantan meluluskan enakmen hukum hudud 20 tahun dahulu kononnya sebagai langkah pertama penubuhan daulah Islam di negara ini.

Persoalannya apa yang sudah jadi dengan enakmen undang-undang hudud versi PAS? Adalah disebabkan persengkolan mereka denga parti rasis Cina DAP, hukum hudud pun PAS sanggup campak ke luar tingkap?

Inilah sikap hipokrit dan bermuka dua yang ditunjukkan PAS dalam isu negara Islam.

Semasa mereka belum menjadi rakan kongsi bersama DAP dalam Pakatan Rakyat, DAP dianggap sebagai musuh kerana mereka golongan kuffar.

Tetapi apabila sudah tidur sebantal dengan DAP, semuanya menjadi halal.

DAP tidak lagi dilabel sebagai kafir harbi, malah PAS berkata perjuangan parti itu selari dengan slogan 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan parti itu.

Kenyataan Abdul Hadi membuktikan bahawa PAS telah melutut sepenuhnya kepada kehendak DAP yang menentang konsep Daulah Islamiyahnya.

Berbeza dengan DAP yang terus mengekal slogan 'Malaysian Malaysia'nya, PAS pula telah menukar warna politiknya.

Daripada perjuangan menegakkan Negara Islam, PAS melunakkannya menjadi Negara Berkebajikan untuk menjaga hati DAP.

DAP adalah seperti serigala yang berbulu biri-biri.

Jika PAS dan orang Melayu di dalam DAP dan PKR masih dibuai mimpi berfikir DAP akan menjaga dan memperjuangkan hak serta nasib mereka, satu hari nanti mereka akan bangkit dari tidur lena sebagai rakyat kelas dua yang ditindas seperti mana di Singapura.

BERUANG BIRU

0 comments

Friday, May 11, 2012

MAJLIS PEGUAM SEDANG TUNTUT PAKATAN TAMPILKAN LEBIH RAMAI PEGUAM SEBAGAI CALON DALM PRU13!!!

Friday, May 11, 2012
Resolusi yang dihasilkan oleh Majlis Peguam untuk menghentam PDRM sememangnya sudah boleh dijangka, apatah lagi kebanyakan ahli majlis tertinggi badan tersebut merupakan penyokong dan pengamal Pakatan Rakyat.

Resolusi yang terhasil memberikan satu petanda bahawa Pakatan perlu menyediakan tempat yang lebih besar untuk golongan peguam sebagai calon pada PRU akan datang.

Seperti yang diakui sendiri oleh Presiden Majlis Peguam, majoriti ahli Majlis Peguam telah memilih untuk menghentam dan mengutuk PDRM. Perlu diingat, peguamadalah mesin duit dan hampir kesemua mereka 'menegakkan kebenaran' berdasarkan upah yang diterima atau menerima kes berprofil tinggi yang boleh menaikkan nama mereka. Tanpa upah, kebenaran yang memang nyata pun, tidak akan dibela tetapi kalau dibayar upah yang tinggi, mereka akan bersungguh-sungguh membelanya walaupun memang jelas ianya salah. Lagi tinggi upah, lagilah hebat mereka buat pembelaan.

Justeru 12 resolusi yang diluluskan oleh Majlis Peguam dalam Mesyuarat Agung mereka sebenarnya tidak lain dan tidak bukanuntuk memberikan isyarat kepada Pakatan agar calon-calon kali ini perlu lebih ramai Peguam kerana Peguam dah buat kerja dan kelihatan sangat efisien.

Karpal Singh, Sankara Nair, Latheefa Koya, N.Surendran, Manjit Singh dan seribu satu macam nama peguam merangkap ahli politik pasti akan memberikan bantuan untuk tujuan itu. Jadi, janganhairan jikalau barisan calon Pakatan pada PRU akan datang dibintangi dan dibarisi oleh peguam-peguam yang hati danperut mereka hanyalah RINGGIT SIGN!!!

2 comments

KOMUNIS BAIK HOTAK KAU! SHAM RAIS!!!


Anak-anak muda yang pada pertengahan tahun 1990-an masih lagi berhingus, tidak akan tahu bagaimana Hishamuddin Rais balik ke Malaysia dan bagaimana dia boleh tinggal di sebuah apartment berharga mahal di Bangsar walaupun dia tidak bekerja atau mempunyai sebarang perniagaan. Tiada siapa pun yang tahu dari mana datangnya pendapatan bagi seorang lelaki BACUL sepertinya untuk menyara hidupnya sepanjang dia pulang ke Malaysia.

Yang soheh, kepulanganya ke Malaysia setelah rayuan dan tangisan ibu dan kakaknya yang disiarkan oleh televisyen mengundang jangkaan yang dia akan kembali dengan perangai hodohnya walaupun dia sendiri menyatakan dan berikrar tidak akan melakukan sebarang 'kerja' yang menyusahkan rakyat. Atau dengan kata-kata yang lain, dia tidak akan mengulangi perbuatanya pada tahun 1974.

Tidak ramai yang percaya dengan kata-kata dan ikrarnya. Sebabnya semua orang tahu, Hishamuddin Rais adalah simpatisan KOMUNIS dan berjuang untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara komunis.

Dia tidak mengambil masa yang lama untuk menunjukkan belangnya. Pemecatan Anwar Ibrahim dari kabinet dan keahlian dalam UMNO kerana salahlaku seksual serta salahguna kuasa membuatkan dia kembali berasa takut. Bimbang dia akan kembali menjadi pelarian dan terdampar di penjara-penjara negara asing termasuklah negara komunis seperti ketika jadi pelarian sebelumnya membuatkan dia kembali jadi pengacau ketenteraman.

Benda busuk, walau ditutup mahupun dihiasi berlian sekalipun, hakikatnya ia tetap benda busuk. Begitulah juga dengan Hishamuddin Rais. Melihat kepada perubahan dalam masyarakat sekarang, dia berasakan sudah sampai masanya untuk dia kembali dengan idealisme Komunisnya. Kempen berterusan seperti mana yang dilakukan oleh Mat Sabu untuk memsongkan pemikiran dan sejarah negara ini melibatkan Komunis, dilihat oleh Hishamuddin Rais sebagai sesuatu yang baik.

Justeru, ulasannya tentang BERSIH 3.0 yang dikatakan telah dipengaruhi oleh Komunis, amat menjengkelkan. Katanya, semua yang hadir dalam BERSIH 3.0 adalah KOMUNIS BAIK.

Di mana agaknya kebaikan komunis? Apakah bukti yang telah disediakan oleh komunis dari zaman Karl Marx, zionis yang sepatutnya beragama Yahudi tetapi memilih menjadi Atheis sehinggalah kepada Lenin, Stalin, Mao Tze Tung, Ho chin Minh apatah lagi Chin Peng dan Mokhtaruddin Lasso.

Hishamuddin Rais sendiri bukanlah contoh yang baik untuk dijadikan teladan. Tiada sebarang pencapaiannya yang boleh dibanggakan. Dia agak beruntung kerana promosi demi promosi yang diberikan kepadanya telah memberikan dia nama dantempat apatah lagi dengan hubungan rapatnya dengan Anwar Ibrahim.

Komunis adalah perampas, perompak, penjarah dan perogol yang sangat sistematik. Ketika belum berkuasa, mereka akan bercakap tentang rakyat, tentang hak rakyat, tentang pembahagian ekonomi yang adil di kalangan rakyat, tentang pemimpinyang perlu bekerja untuk rakyat tetapi apabila mereka memperolehi kuasa, merekalah syaitan terbesar yang sangat rakus dan membolot kuasa serta kemewahan negara untuk keluarga dan diri sendiri.

Itu yang dikatakan sebagai KOMUNIS BAIK?

Bagaimana pula dengan mereka yang menentang komunis selama ini? Adakah mereka penjahat?

Sepatutnya BAJINGAN TUA ini perlu diajar agar bersopan dan sedar diri bahawa dia bukanya muda lagi. Dia tidak perlu melalak tentang ketidakadilan SPR kerana sepanjang hayatnya dia tidak pernah pergi membuang undi pun!

2 comments

KERANA HUBUNGAN SULIT, ANAK KECIL CAMPAK NOTA SELAMATKAN IBU DARIPADA DIBUNUH BAPA!!!


KUCHING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun menulis nota “tolong selamatkan ibu, kami di W1310” dan melontarnya dari tingkat 13 sebuah kondominium di Batu Kawa, di sini, bagi mendapatkan pertolongan selepas ibunya dibelasah bapanya sehingga tidak sedarkan diri, malam kelmarin.

Nyata usaha itu tidak sia-sia, apabila nota berkenaan ditemui seorang penghuni kondominium sama yang kebetulan melalui blok pangsapuri itu, biarpun agak lewat iaitu kira-kira jam 1 tengah hari semalam, selepas 14 jam ia ditulis.

Wanita mahu dikenali sebagai Mei, 40, berkata, dia menemui nota berkenaan di kaki lima berhampiran pintu utama blok itu dan membuang kertas itu ke dalam tong sampah berhampiran selepas membacanya.

“Saya sempat membaca nota di atas kertas itu, tetapi agak ragu dengan kesahihannya sebelum membuangnya ke dalam tong sampah dan pulang ke rumah.

“Namun, saya berasa tidak sedap hati sebelum kembali semula ke tong sampah tadi untuk mengambil kertas itu dan pergi ke rumah yang dinyatakan.

“Saya menekan loceng beberapa kali sebelum seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan trauma sedang menangis membuka pintu, saya lihat seorang wanita terbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu dengan kesan lebam di muka dan kepala,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Mei berkata, terkejut dengan apa yang dilihatnya, dia terus menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, mangsa seorang warga Indonesia dikenali sebagai Juliani, berusia 26 tahun, seorang suri rumah dipukul suaminya menggunakan kayu golf dan tali pinggang sehingga tidak sedarkan diri.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku pada jam 10 malam kelmarin, apabila suspek mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain ketika dia keluar bekerja.

“Berdasarkan keterangan mangsa, dia kerap dipukul suaminya, tetapi kejadian kelmarin paling teruk sehingga mangsa tidak sedarkan diri kerana mendakwa suaminya memukul dan menendangnya tanpa belas kasihan.

“Suspek seorang ahli perniagaan berusia 45 tahun kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Mangsa yang sudah sedar masih dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.

Roslan berkata, pihaknya sudah memaklumkan kejadian itu kepada Konsul Indonesia dan kes disiasat mengikut bawah Seksyen 324, Kanun Keseksaan.


0 comments

PEMBANGUNAN ALA-MAKKAH KEPALA TENGKORAK HANG LA KHALID IBRAHIM OIII!!!


Hanya si bodoh dan si bangang sahaja yang akan bersorak terkinja-kinja dengan rancangan Khalid Ibrahim untuk memajukan Seksyen 5 Shah Alam dengan pembangunan ala-Makkah yang diuar-uarkannya.

Hanya si bahlol dan si tolol sahaja yang akan menelan bulat-bulat cerita dongeng dan fantasi Khalid Ibrahim yang melihat zon penampan Bandaraya Shah Alam itu sebagai sesuatu yang cukup besar untuk kocek dan temboloknya serta kroni-kroninya.

Siapa punya idea dengan membabitkan nama Makkah kalau bukan dari kalangan pemaju-pemaju DAP!

Letak sahaja nama Makkah, maka terhangguk-hangguklah kepala sekalian penyokong Pakatan Rakyat dari kalangan Melayu-Islam sebab Makkah adalah Kota Suci umat Islam. Sedangkan hakikat sebenar perompakan yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim, tidak dihiraukan lagi.

Seksyen 5 Shah Alam yang konon-kononnya hendak dibangunkan itu sebenarnya adalah kawasan hijau yang mengandungi MAKAM DIRAJA, Kompleks Pejabat Kerajaan, Kompleks MAIS dan JAIS, Kompleks Mahkamah Syariah dan kawasan hijau.


Apakah sebenarnya isyarat yang diberikan oleh Khalid Ibrahim kepada KESULTANAN SELANGOR dengan mengisytiharkan kawasan tersebut dalam rancangan Makkahnya? Kalau di Makkah, tanah perkuburan tiada binaan dan diratakan, apakah MAKAM DIRAJA di Seksyen 5 itu akan diratakan, sekaligus dihapuskan bagi menyenangkan hati sekutu Khalid?

Punyalah banyak kawasan lain, mengapa zon penampan dan zon hijau di tengah-tengah Bandaraya Shah Alam yang hendak dibangunkan? Bukankah Khalid Ibrahim cukup gemar dengan lombong-lombong tinggal sehinggakan air lombong pun hendak dipaksa rakyat dan penduduk Selangor menelannya?

Mengapa tak dibuat sahaja rancangannya itu di tanah-tanah bekas lombong, sama ada lombong bijih timah dari zaman penjajah British mahupun di lombong-lombong pasir yang Khalid gunakan untuk mengisi temboloknya, tembolok partinya dan tembolok kaum kroninya?

Pembangunan ala-Makkah al-Mukarramah kononnya... piiiiiii daaaahhhh... Khalid lebih kenal Haifa dengan makam Bahaullah Al-Bab berbanding Makkah al-Mukarramah dengan Masjidil Haram, Kaabah, Maqam Ibrahim dan Hijr Ismail!!!

Exco Alam Sekitar Selangor tak bising ker, hutan hijau di tengah-tengah Shah Alam akan dihapuskan oleh Khalid Ibrahim? Uppppssss... terlupa, Exco Alam Sekitar Selangor barangkali tak tahu tentang hutan hijau sebab dia 'punya hutan' panjang-panjang, jarang-jarang dan hitam perang-perang!!!


0 comments

ALAHAI, MAKIN LAMA PAS PERINTAH KEDAH, LANGKAWI MAKIN JADI TEMPAT SAMPAH DAN GRO MENGANGKANG!!!

Pulau Langkawi merupakan antara destinasi pelancongan terkemuka dunia. Hasil promosi berterusan dari Kerajaan Malaysia menerusi agensi-agensi penggalakan pelancongan, Langkawi tersenarai antara destinasi pelancongan yang MESTI dilawati oleh pelancong-pelancong dari seluruh dunia.

Prasarana pelancongan yang lengkap bersama-sama pakej alam semulajadi yang unggul, meletakkan Langkawi sebaris dengan destinasi-destinasi pelancongan terkenal lain di seluruh dunia.

Namun keadaan mulai berubah apabila PAS mengambilalih Kedah dari tangan kerajaan terdahulu. Usaha-usaha untuk mengekalkan Langkawi sebagai destinasi pelancongan, nampaknya cuba disabotaj oleh Kerajaan Negeri Kedah sendiri biarpun Langkawi menjana pendapatan yang sangat besar kepada Kedah.

Mungkin atas nasihat penasihat ekonomi pendek akal, maka Kerajaan Negeri Kedah mengambil contoh yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang melihat industri hiburan sebagai punca penjanaan ekonomi negeri.

Sedikit berbeza dengan Selangor dan Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Kedah cuba melindungi kecenderungan tersebut dengan menggalakkan pertumbuhan pusat-pusat hiburan, baik yang halal mahupun yang haram, di Pulau Langkawi... TERUSKAN BACAAN DI SINI.


0 comments

PENGAKUAN WANITA YANG RAKAM SI IBU KEJAM DERA ANAK!!!


Dah macam Azmin Ali, wanita yang merakamkan gelagat kejam seorang ibu yang mendera anak yang masih kecil, turut tidak mengaku salah walaupun dia sebenarnya boleh serta berkeupayaan menyelamatkan anak kecil berkenaan daripada didera berbanding sekadar merakamkan video semata-mata.

Boleh cakap apa-apa sahajalah untuk membela diri. Penjual dan pengedar dadah juga beritahu yang mereka tidak bersalah, dadah yang ada pada mereka, adalah dadah orang lain, malah yang lebih teruk lagi, dadah itu kononnya dimasukkan oleh polis untuk menganiaya mereka.

Buktinya sudah cukup nyata. Wanita itu membuat rakaman dan sepanjang rakaman, hanya suaranya sahaja yang kedengaran, sedangkan si ibu kejam yang kini dipenjarakan selama 18 bulan pula, terus menyeksa dan menendang anaknya!

Penjelasan selanjutnya tidak diperlukan kerana video yang kononnya tidak diketahui siapa yang memuatnaikkannya, telah pun 'bercerita'.


1 comments

MEH SINI NAK KABOR KAT PEMBANGANG-PEMBANGANG TOLOL!!!

Kisahnya..
Kabornya orang2 kampung kata..mm projek besor2 tu semua kat KL..apa faedah kat kita..jalan depan rumah pun tanah merah gak..susah gak hidup.
Projek2 besor ni cuma perabis duit rakyat utk kayakan kroni2 mereka je!! Yg kaya tambah kaya, kita kat sini cam tu gak!!
_______________________________________________

Kita tak terfikir..kenapa hujan lebat turunkan hutan2, kat gunung2, ..tak turun kat sini. Sapa yg tinggal kat gunung2 dan dalam hutan tebal tu!

Tapi ..bila hujan lebat turun kat pekan2 dan kat bandar2..jadi ler banjir atau banjir kilat, susah ler kita.

Hujan lebat turun kat gunung2..air hujan dihantar kebandar2 dan pekan2 perlahan2 mengalir turun dari gunung yg kita namakan sungai. Sungai ni gunakan utk tanaman dan ternakan..guna utk mencuci dsb.

Gitu juga Allah swt turunkan hujan yg lebat kat tengah2 laut!! apa munafaatnya?
Tapi..laut ni adalah permukaan yg luas, airnya mudah tersejat..garamnya tinggal. Air hujan diturunkan utk kekalkan kemasinannya. Laut jika jadi terlalu masin maka tiadalah kehidupan spt Laut Mati.
Kekal kemasinannya sekadar perlu..kekalkan pembiakan ikan yg mana munafaatkan pada manusia.
_________________________________________
Projek2 besor, kayakan segolongan..tapi faedahnya menyeluruh. Dapatkan keyakinan pelabur, ekonomi jadi rancak!! Kerajaan dapat pulangan dari pelaburan ini..cukai dari golongan2 kaya, cukai pelaburan dsb..
Pulangan inilah penduduk luar bandar dapat faedahnya..sekolah, surau dan masjid, jambatan , turapan jalan, dewan, polis2, ketua2 kampung, lampu2 jalan, bekalan letrik, bekalan air, klinik2 kerajaan, perpustakaan dsb..yg terbaru BR1M, Voucher buku, RM100 utk anak2 sekolah..
Tak de korporat2 ni buat free utk pembangunan luar bandar..tak der mana2 jutawan nak buat!!
Kerajaan le kena buat!!

Ekonomi rancak dibandar..ibarat hujan lebat diatas gunung2 dan hutan tebal..pulangan kerancakan ekonomi ibarat air sungai yg mengalir..
__________________________________
Wahai pakar2 ekonomi, penasihat ekonomi dan orang2 beragama usahlah perbodoh2kan atas kelurusan orang2 luar bandar!!

Takkan tak de perasaan bersalah sedikit pun..

-aa

0 comments

TAPAK MADRASAH DISERAH KEPADA KONTRAKTOR CINA, TAPAK GANTI ENTAH DI MANA!!!


Sekalung “tahniah” saya ucapkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia, khususnya umat Islam di Kedah kerana sebuah rumah Allah yang telah terbina lebih dari 100 tahun di Bandaraya Alor Setar bakal diruntuhkan tidak lama lagi.

Mengesahkan perkara “baik” itu kepada media semalam, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak sekali lagi membuktikan tentang pentadbiran Pakatan Haram Kedah adalah yang kedua paling “Islamik” di Malaysia selepas Kelantan.

Di Kelantan, Menteri Besarnya Nik Aziz Nik Mat begitu hebat membina begitu banyak patung-patung berhala antara yang terbesar di Asia dan hanya membina dua buah masjid sepanjang pemerintahannya selama lebih 20 tahun di sana.

Di Kedah pula, belum sampai sepenggal memerintah Kedah, Azizan Razak pula teruja untuk meruntuhkan rumah Allah, Madrasah Salihiyyah, di Kanchut.

Khabarnya, Azizan telah memberikan kontrak “Aman Central” itu kepada Sony Ho, seorang kontraktor berbangsa Cina dari Pulau Pinang. Harga projek tersebut juga dianggarkan bernilai lebih RM500 juta.

Persoalannya, apakah ini tindakan PAS yang selama ini mendakwa memperjuangkan agama Allah dan “dijamin masuk syurga” oleh Mursyidul Amnya? Meruntuhkan rumah ibabat umat Islam kepada Allah SWT? Itu perjuangannya?

Dan lebih “menarik”, rumah Allah itu digantikan pula dengan sebuah bangunan komersial yang berkemungkinan membawa pusat-pusat hiburan dan rumah-rumah urut beroperasi di bekas tapak Madrasah tersebut.

Setahu saya, bukan saja orang UMNO, malah orang PAS sendiri pun marah pada tindakan Azizan Razak dan Kerajaan PAS Negeri Kedah itu.... SETERUSNYA DI KEDAHAN69ERS.COM


0 comments

AZMIN ALI MARAHKAN IBUNYA KERANA AIBKAN DIRINYA!!!

Orang kalau dah terdesak, akan melakukan apa-apa sahaja. Sendiri punya salah, orang lain juga yang disalahkan. Orang yang ibunya katakan sebagai anak derhaka, kemudiannya mengatakan dia tidak derhaka. Bukan doa ibunya yang diharapkan, tetapi doa Nik Aziz dan Dewan Ulama PAS Terengganu yang dibangga-banggakan!

Kononnya, media tidak memaparkan fakta yang betul. Maka disebutkanlah oleh si Azmin yang dia telah 'dibersihkan' pada tahun 1995 dahulu daripada sebarang kes rasuah.

1995?

Bagaimana dengan 1997 sehingga sekarang?

Azmin menyalahkan orang lain dan mendakwa kes sijil saham yang dimiliki oleh isterinya dan kekayaan melampau yang ada padanya adalah fitnah UMNO semata-mata tetapi Azmin Ali tidak mampu memberitahu bagaimana dia boleh jadi kaya raya. Sebaliknya dia masih lagi cuba berlakon 'miskin' dan 'papa kedana'.

Kemudian dia memberitahu yang dia telah dua kali menjalani ujian DNA pada tahun 1998. Iyer ker?

Fakta sebenarnya ialah, Azmin sekadar menghantar sampel darah sekali, bukannya membenarkan sampel DNA diambil dari tubuhnya, anak-anak dan isterinya. Alasan yang diberikan pada ketika itu ialah, kalau diberikan kepada pakar yang dilantik oleh mahkamah, sampel tersebut akan dimanipulasikan. Dakwaan yang dia sebenarnya telah memanipulasikan sampel darah yang diberikan kepada doktor 'entah siapa-siapa', tidak pernah dijawab sampai ke hari ini.

Kemudian dipersalahkan pula Hasan Ali, kononnya Hasan Ali menyibuk hal keluarganya. Mengapa pula disindir Hasan Ali dan media, walhal yang meluahkan perasaan adalah ibu kandungnya sendiri?

Penjelasan dalam sidang media dan pada masa yang sama, digunakan untuk menghentam UMNO sebenarnya dilakukan oleh orang yang sangat terdesak. Hakikatnya, dia tidak pernah balik ke rumah ibunya. Tidak pernah memohon ampun kepada ibunya. Tidak pernah berusaha mendapatkan redha ibunya. Dan tidak pernah menyesal mengeluarkan kata-kata kesat kepada ibu tuanya.

Menyalahkan semua orang bagi kesalahan yang telah dilakukan bukanlah sifat pemberani, sebaliknya berselindung di sebalik politik dan kerjayanya, merupakan sifat bacul dan dayus, sama ada sebagai seorang suami, apatah lagi sebagai seorang anak kepada seorang ibu tua.

Kalau benar dia tidak bersalah, mengapa Azmin tidak bersemuka dengan ibunya dan membawa sekali media yang berpihak kepadanya untuk membuat siaran balas? Mengapa hanya bersendirian, dan bersembunyi di sebalik kata-kata, 'Saya Tidak Derhaka'?

Masalah keluarga, pergilah selesaikan sendiri... kalau ibu sendiri dah kata dia anak derhaka, dia siapa nak katakan, orang lain dan media yang salah dan jahat?

Tonton video yang telah disediakan oleh MINAQ JINGGO ini.


1 comments

PAKATAN TERUS CARI JALAN UNTUK ELAK MENGAKU SALAH!!!


PKR dan parti-parti pembangkang terus mahu mengelakkan daripda mengambil tanggungkawan sepenuhnya terhadap rusuhan yang berlalu semasa perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.

Setelah butki didedahkan bahawa pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasen mengarahkan peserta berarak menuju ke Dataran Merdeka, serta arahan isyarat tangan ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim kepada timbalannya, Azmin Ali supaya penokong merempuh penghalang, kini mereka mahu mendesak agar satu tribunal ditubuhkan untuk menyiasat pengerusi SPR dan timbalannya pula.

Belum lagi memerintah negara, PKR dan pembangkang sudah menunjukkan belang untuk memburuk-buruk semua institusi negara termasuklah institusi raja-raja Melayu.

Ingat bagaimana Azmin serta pemimpin-pemimpin pembangkang mencemuh raja-raja Melayu dan pemimpin-pemimpin negara dengan kata-kata sinis dan berunsur cacian semada pertabalan Yang diPertuan Agong baru-baru ini?

Inilah orang yang sama yang menjadi balaci kepada Anwar untuk mengarahkan peserta Bersih merempuh masuk ke dataran Merdeka yang telah diisytiharkan oleh mahkamah sebagai kawasan larangan.

Orang yang sama jugalah kini berdepan dengan dakwaan melakukan perbuatan jijik berzina dengan salah seorang pemimpin Wanita Keadilan seperti yang telah didedahkan oleh laporan media.

Inikah jenis manusia seperti juga bosnya, Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang umpamanya Mat Sabu yang pincang akhlak dan moral mereka tetapi menipu rakyat untuk mendapat kuasa?

Pembangkang cuba membawa isu rusuhan kepada perkara lain agar rakyat melupakan peranan besar mereka mencetuskan kekecohan yang menyebabkan ramai yang tercedera termasuk anggota polis.

Mereka menyebarkan fitnah dan propaganda bahawa SPR adalah satu badan penyelia pilihanraya yang tunduk kepada arahan kerajaan, maka dengan itu tidak bebas dan adil.

Malah untuk membukti dakwaan mereka, pembangkang membawa sekumpulan pemantau pilihanraya bebas dari luar negara untuk membuktikan kepada dunia bahawa apa yang mereka katakan adalah benar.

Satu persoalan sahaja yang sampai kini pembangkang terkedu dan terkelu lidah mereka apabila diajukan soalan ini.

Jika benarlah seperti yang didakwa bahawa SPR menjadi alat kerajaan, sudah tentu Barisan Nasional akan memenangi setiap satu daripada 222 kerusi parlimen dan 456 kerusi negeri, dan pembangkang tidak akan berjaya memiliki satu pun kerusi samada di Dewan Rakyat mahupun Dewan Negeri.

Namun, hakikat yang terjadi adalah sebaliknya.

Pembangkang bukan sahaja dapat mengekalkan penguasaan ke atas negeri Kelantan bagi lima pilihan raya umum berturut-turut sejak 1990, tetapi berjaya merampas empat buah negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah denbgan jumlah kerusi parlimen sebanyak 82.

Malah keputusan PRU 2008 merupakan yang terbaik bagi pembangkang berbanding PRU 1999 di mana mereka memenangi 31 kerusi parlimen.

Kalaulah benar dakwaan pembangkang bahawa SPR mengikut telunjuk, mustahil pembangkang mampu merampas dua negeri terkaya di Malaysia iaitu Selangor dan Pulau Pinang.

Sudah tentu BN dengan menggunakan SPR sebagai 'alat' akan memastikan Selangor dan Pulau Pinang terus kekal di bawah pemerintahan BN tetapi realitinya ini tidak berlaku.

Perak jatuh semula ke tangan BN setelah 11 bulan kerana tiga orang anggota Dewan Negeri itu tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan pembangkang.

Jadi amat jauh sekali daripada realiti, hakikat dan kebenaran menuduh SPR sebagai satu badan bebas yang ditugaskan menyelia pilihan raya sejak merdeka sebagai institusi yang diperalatkan.

Taktik pembangkang ialah untuk terus menabur fitnah siang dan malam terhadap SPR supaya lama-lama rakyat akan termakan dengan dakyat mereka.

Tohmahan pembangkang tidak akan berkesan lagi kerana rakyat sudah tahu SPR telah menjalankan tugasnya dengan telus, adil dan bersih sejak 55 tahun lalu.

BERUANG BIRU

0 comments

KPF PULA BUAT TUNTUTAN TERHADAP PENEROKA FELDA YANG JADI PENGIKUT MAZLAN ALIMAN!!!


MASIH ingatkah semua dengan tindakan 8 orang peneroka Felda yang mengemukakan injuksi bagi menghalang Koperasi Peneroka Felda (KPF) mengadakan mesyuarat agung luar biasa pada Februari 2012? Injukasi ex-parte bertarikh 17hb Februari 2012 yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuantan itu telah menyebabkan KPF membatalkan EGM yang sepatutnya berlangsung pada 22 Februari 2012.

Mazlan Aliman kemudian dengan bangganya menganggap injuksi dan pembatalan mesyuarat tersebut adalah kemenangan kepada peneroka.

Tapi malang bagi Mazlan Aliman apabla Mahkamah akhirnya menolak permohonan injuksi tersebut pada 2hb April 2012.

Yang ramai tidak tahu ialah, permohonan tersebut ditolak dengan kos, termasuklah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh KPF akibat dari pembatalan mesyuarat tersebut. Banyak belanja yang KPF telah keluarkan untuk membawa lebih 1,200 perwakilan dari serata negara ke mesyuarat tersebut, dengan kos penginapan, pengangkutan, sewa bilik mesyuarat dan sebagainyalah.

Tapi semuanya berakhir dengan pembaziran akibat dari tindakan 8 orang peneroka ini tadi yang termakan hasutan Mazlan Aliman.

Menurut maklumat yang penulis terima, KPF secara lisan telah menyatakan bahawa kos yang ditanggung oleh KPF dalam mengadakan EGM itu hampir mencecah RM 1.2 juta. Walau bagaimana pun jumlah sebenar gantirugi ini akan ditaksirkan oleh Mahkamah kemudian.

Tapi penulis tidak jangka jumlah gantirugi yang bakal diputuskan Mahkamah nanti, jauh berbeza dengan yang akan dituntut KPF, kerana sudah pasti KPF ada semua butiran perbelanjaan bagi menyokong tuntutan mereka di Mahkamah.

Timbul persoalan, dari mana 8 peneroka ini akan memperolehi wang untuk membayar ganti rugi yang dituntut oleh KPF? RM 1 juta bukan sedikit. Kalau harap hasil kebun semata-mata, mahu berpuluh tahun mengumpul untuk dapat jumlah itu. Lebih-lebih lagi kita bercakap tentang peneroka yang hanya menerima hasil kebun masing-masing pun sekitar RM 4,000 – RM 5,000 sebulan.

Waima ditambah dengan durian runtuh RM 15,000 seorang yang diumumkan Perdana Menteri pada Selasa pun, masih tidak cukup untuk membayar jumlah ganti rugi yang dituntut KPF terhadap mereka. Itupun kalau mereka masih tidak ada malu menerima wang hasil dari usaha penyenaraian yang mereka tentang pada awalnya.

Kita mahu lihat, dimana pemimpin pembangkang, terutama Mazlan Aliman berada dalam kes ini? Apakah mungkin Mazlan Aliman, PAS atau PKR yang menjadi dalang disebalik tindakan peneroka ini akan membayar wang tersebut bagi pihak peneroka terbabit? Walaupun tidak mustahil, tapi pada pendapat penulis, ia tidak mungkin dilakukan.

Yang akhirnya akan rugi dan jatuh bankrap ialah peneroka sendiri. Inilah padahnya kerana menjadi patung mainan Mazlan Aliman dan Pakatan Rakyat sehingga sanggup diperalatkan untuk kepentingan politik masing-masing.

8 peneroka ini tidak ada bezanya dengan Saiful Bukhari yang taksub dengan Anwar Ibrahim tapi akhirnya diliwat oleh Penasihat PKR itu. Cuma bezanya disini bukan liwat sahajalah, tapi natijah dari kejadian itu tetap sama.

Takkanlah semua rakyat Malaysia mahu menerima nasib yang sama diterima 8 peneroka ini baru hendak buat keputusan menolak Pakatan Rakyat. Kisah-kisah seumpama ini sudah cukup untuk kita menentukan pihak mana yang patut dipilih menjadi kerajaan dalam pilihanraya nanti.

BERUANG BIRU

0 comments

Malaysian Lawyers Are Cowards?


For countless of times, the bar Council has shown who they really are, an organization that is actually part of the opposition.

This situation can be seen in a few incident and they include BERSIH, Kumpulan Hijau and other groups that hold names of NGO groups. It is not impossible, because if we are to study the situation. all of the members have the same modus operandi where they would often try to create chaos through demonstrations or provocations.

This is what happened to BERSIH 3.0 where BERSIH demonstrated while the Bar Council provoked.

As lawyers, their members are really smart in twisting facts. And that is what they have been doing all these while to get to their objective which is to revolutionize Malaysia the way they want. This can be seen through the fight on rights of LGBT and the rights to convert out of Islam, which they see as human rights and justice for all people.

However, to get to the objective here in Malaysia, Islam, Malay and Kings are the the ones who barricades them and all of that need to be destroyed, either through election, which is a little impossible, or through streets, or anything.

So it is not surprising that the Bar Council became a part of the opposition because the opposition, DAP and PKR, hold the same objective. PAS however, do not understand anything and they simply follow everything that they are told just so that they could get to Putrajaya.
When BERSIH 3.0 failed, the Bar Council defended their allies to ensure that all of their objectives would be fulfilled. With that, they decided to remain ignorant about the fact that BERSIH 3.0 actually had broken the law since the beginning when they did not follow their promise which is to just form a sit-in.

BERSIH 3.0 also broke the law when they ignored the police when they were told to leave.
And the most important thing is that BERSIH 3.0 had broken the court order which said that Dataran Merdeka cannot be used for their event.

The law and the court should be seen as something that is sovereign for lawyers. Even in trials. if prosecutors gain evidence in an illegal manner, even though the evidence clearly showed that the offender is really guilty, the judge would let go of the offender. That is how high the law and the court is for lawyers that is overpower justice.

But, in the issue of BERSIH 3.0, the Bar Council argued with matters that does not follow the law. Instead, their arguments were based on emotions and political sentiments.

This was proven when the Bar Council seemed a little scared when they manipulated the report from 78 of their observers who were at BERSIH 3.0 from six angles.

This matter was revealed by a lawyer, Ranjit Singh Dhillon through a video in YouTube where he questioned the statement of the Chairman of the Bar Council, Lim Chee Wee that seemed contradictory and when he tried to hide the real thing that happened at BERSIH 3.0. According to the report, the rioters began to caduse chaos even before the police responded.

Ranjit said,"Law is technical jargon. We owe a duty to the public. Paint the full picture, let them judge."

We are lucky because there are still lawyers that are as professional as Ranjit in this country. If not, how can a country function well when its lawyers are busy defending those who are guilty without caring about the truth, justice, the law or event court order.

We cannot tell whether the Bar Council still have any dignity to feel ashamed of their biasness that has been revealed. We hope that they could learn from this where human rights still has its own limits. Thus, no matter who or what position one has, the law is still the law.

Isn't this the most basic thing about law?

BERUANG BIRU

0 comments

MARINA MAHATHIR, TERJERAT ATAU SEDANG MENJERAT PEMBANGKANG?


Ada juga sebenarnya beberapa kerat penyokong & peserta BERSIH 3.0 yang non-partisan masih memegang erat kepercayaan bahawa BERSIH hanyalah sebuah NGO yang berniat baik sebagaimana digambarkan melalui 8 tuntutannya yang kelihatan tulus dan murni.

Bab kata orang, mudah terpesona melihat kulit buku dan tajuknya hingga terlupa peri penting isinya perlu dihalusi dahulu sebelum mengotakan niat untuk membeli buku tersebut.

Marina Mahathir adalah antara peserta BERSIH 3.0 yang tergolong dalam kumpulan tersebut, terpengaruh dengan tuntutan yang dilihat bagus dan menarik kemudiannya terjebak untuk mempertahankan segala tindak tanduk BERSIH atas nama kebebasan bersuara, keadilan dan hak asasi manusia.

Menulis dalam blognya pada 08 Mei, Marina meluahkan pendapatnya mempertahankan BERSIH 3.0 sebagai agenda rakyat yang langsung tiada kaitan dengan kebangkitan di negara Arab khususnya yang berlaku di Mesir, Yemen, Libya dan Syria.

Katanya lagi, tiada alasan untuk dibimbangi tentang kemungkinan BERSIH 3.0 bertukar menjadi kacau bilau seperti yang terjadi di negara-negara Arab tersebut.

Itu kata Marina yang kita ketahui kerap bergiat aktif bersama pelbagai NGO, berfikiran sedikit liberal & terbuka tapi naif soal sepak teranjang dunia politik sekalipun ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohammad adalah tokoh politik terkenal tanahair.

Sebenarnya ternampak jelas, Marina samaada lurus bendul atau sebenarnya sudah terjerat dalam mainan politik pembangkang hingga terpaksa mencari dalil dan hujah untuk menghalalkan penglibatan dalam kerusuhan yang tercetus gara-gara BERSIH 3.0

Hakikatnya apa yang berlaku 28 April lalu hanyalah lanjutan kepada cubaan pembangkang yang mahu meng'tahrir'kan Dataran Merdeka sebagaimana diterjemahkan melalui perarakan anti-PTPTN yang diadakan pada 14 April 2012 yang kemudian meleret menjadi perkhemahan siang malam di sana selama beberapa hari.

BERSIH 3.0 temanya 'Duduk dan Bantah' manakala penegasan oleh Pengerusi Bersama BERSIH 3.0, Datuk S. Ambiga sehari sebelum perhimpunan berlangsung ialah mereka hanya akan duduk dan bantah di kawasan yang sehampir mungkin dengan Dataran Merdeka tanpa melanggar atau mengalih pengadang jalan yang didirikan oleh pihak polis dan DBKL.

Jika BERSIH 3.0 berniat tulus ikhlas untuk mengadakan perhimpunan aman tentu saja sebaik arahan oleh Ambiga yang mahu peserta bersurai maka semuanya berakhir begitu saja tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Namun apa yang berlaku ialah perhimpunan diteruskan dan berlakunya serbuan peserta ke arah Dataran Merdeka selepas Anwar dan Azmin berbalas isyarat yang kemudiannya diikuti dengan tindakbalas pihak berkuasa untuk menyuraikan serbuan tersebut.

Malah ucapan Azmin Ali kira-kira sejam sebelum keributan berlaku jelas membayangkan hasrat pembangkang yang mahu mengepung dan menawan Dataran Merdeka - satu bukti nyata mereka mahu menjadikan Dataran Merdeka sama seperti yang berlaku di Dataran Tahrir.

Begitu juga ucapan Anwar Ibrahim sebelum masuknya waktu solat Zohor yang mahu peserta BERSIH 3.0 menuju masuk ke Dataran Merdeka - bukankah itu terbukti membelakangi arahan mahkamah yang memerintahkan supaya tiada perhimpunan di adakan di kawasan tersebut.

Arahan mahkamah akhirnya dicabuli, undang-undang dilanggar dan harta benda awam dijahanamkan dan anggota polis dicederakan - realitinya perhimpunan aman yang kononnya memperjuangkan ketelusan dan keadilan sebagaimana digambarkan selama ini oleh BERSIH dan pembangkang, sebetulnya hanyalah tong kosong yang dipukul bertalu-talu bunyi kuat tapi isinya zero tiada manfaat.

BERUANG BIRU

0 comments

Thursday, May 10, 2012

APA DENGKI SANGAT KHIR TOYO KEPADA AZMIN ALI NI?

Thursday, May 10, 2012

1. Nampaknya dunia politik negara sudah menjadi seperti dunia artis barat, tidak reda-reda dengan kisah skandal seks. Daripada yang di bawa ke mahkamah sehinggalah kepada yang bertebaran di ruang-ruang siber dan dada-dada akhbar.

2. Terbaru yang sedang hangat diperkatakan ialah mengenai gambar-gambar "terlampau" seorang lelaki yang dikata sebagai YB. Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR. Beliau juga merupakan orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Dewan Negeri Selangor kawasan Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak.

3. Perbahasan selalunya akan bermula sama ada benar atau tidak si pelaku dalam gambar atau video tersebut merupakan ahli politik yang tertuduh. Daripada itu akan ada perbincangan pula siapa punya kerja dan agenda siapa.

4. Walaupun tampak seperti Azmin namun saya tidaklah berani 100% menyatakan orang tersebut adalah Azmin. Hanya Allah, Azmin, dan mereka yang terbabit sahaja mengentahui kebenarannya. Saya bersangka baik bahawa orang tersebut mungkin individu yang menyerupai Azmin.

5. Namun saya fikir jalan terbaik buat Azmin bukannya melakukan saman malu tetapi membuat laporan Polis kerana ia membabitkan tuduhan yang sangat serius ke atas dirinya. Melalui laporan Polis, Azmin bukan sahaja dapat membersihkan dirinya, malah mungkin dapat mengetahui siapa dalang di sebalik isu ini.... BACA SETERUSNYA DI SINI

0 comments

SAIFUDDIN NASUTION, SUDAHLAH BURUK MUKANYA, PENDEK PULA 'ANUNYA'!!!


Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR terus berusaha untuk meyakinkan para penyokong Pakatan Rakyat yang pembohongannya bukanlah pembohongan sebaliknya satu kenyataan. Meskipun telah ditangkap hidup-hidup dalam keadaan berbohong, malah orang yang dikatakannya sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang menjadi ahli UMNO pun, sebenarnya adalah individu yang berasingan, si muka bulan itu tetap menebalkan mukanya untuk berbohong.

Berbohong, merekayasa cerita palsu, mencipta fakta palsu dan melakukan fitnah adalah SATU SATU RUKUN WAJIB dalam Pakatan Rakyat, khususnya kepada PKR. Hidup PKR selama ini adalah hasil daripada pembohongan, terutama sekali apabila nafas PKR datangnya daripada pembohongan demi pembohongan BAPA PENIPU TERBESAR MALAYSIA, Anwar Ibrahim.

Saifuddin Nasution cuba untuk menjadi seperti Anwar Ibrahim yang sejak dia buka mata, sampailah nafas terakhirnya, tidak ada satu perkataan pun yang benar keluar dari mulutnya, melainkan penipuan dan dusta semata-mata.

Setelah dia dimalukan kerana membuat serkap jarang dan kemudian turut memalitkan malu kepada Rafizi Ramli, si bodoh berkote kulup, Saifuddin Nasution cuba membetulkan keadaan.

Menurutnya, Pengerusi SPR masih perlu penjelasan mengapa tidak mengisytiharkan keluar dari UMNO selepas tiga bulan menjawat jawatan berkenaan. Sekaligus katanya lagi, kelalaian tindakan tersebut mengundang tanda-tanya yang amat besar.

Alahai Saifuddin Nasution...

Antara banyak-banyak KATAK BETUNG di Malaysia, Saifuddin Nasution adalah BAPA SEGALA BAPA KATAK. Dia ni dahulunya adalah orang UMNO yang kaki songlap, kaki betina, kaki curi dan segala macam kaki lagi.

Bila sedar, pelindung besarnya iaitu Anwar Ibrahim sudah hampir ditangkap dan dipecat, laju-laju Saifuddin Nasution bersama-sama beberapa orang kawan penjahatnya lari ke luar negara. Kemudian untuk membersihkan dirinya, dia muncul sebagai ahli PAS dan bertanding di Lunas. Tidak lama dalam PAS, Saifuddin Nasution muncul pula sebagai ahli PKR untuk menjawat jawatan Setiausaha Agung PKR.

Sepatutnya, sebelum Saifuddin Nasution sibuk nak tanya orang lain tentang keahlian parti mereka, dia cermin-cerminkanlah dirinya dahulu. Dia sendiri ahli parti mana. Betul ke dia ahli PKR yang layak menjawat jawatan Setiausaha Agung. Atau dia masih ahli PAS? Atau sebenarnya kad keahlian UMNO masih lagi dipegang dan berharap, kalau PKR terkubur itu akan menjadi bukti yang dia masih ahli UMNO... sama macam penipuan Anwar Ibrahim pada tahun 1982 dahulu konon-kononnya dia dari awal lagi ahli UMNO sebab dia dilantik sebagai Timbalan Menteri pada waktu itu.

Atau boleh jadi juga, semasa cerminkan diri, Saifuddin terlalu benci tengok muka hodohnya itu sehingga dia menjadi terlalu tidak percaya kepada diri sendiri dan terpaksa meneruskan pembohongan yang telah dikantoikan untuk dia percaya yang dia adalah seorang yang hebat!!!

0 comments

KEPALA BAPAK KAU LER, AMBIGA!!!


Masa penganjuran BERSIH 3.0 dicadangkan agar dibuat di mana-mana tiga stadium, Ambiga Sreevanasan dengan sokongan Pakatan Rakyat bukan main lagi marah. Kata mereka, BERSIH 3.0 perlu dibuat di jalanan bagi menunjukkan betapa seriusnya tuntutan mereka walaupun hakikatnya, BERSIH 3.0 adalah penunjukarah sokongan terhadap Pakatan Rakyat dan tidak lebih dari itu.

Pujukan lembut pihak berkuasa dan Kerajaan Malaysia, tidak dihiraukan, bahkan diperlekehkan. Malah Kerajaan Malaysia dianggap sebagai sebuah kerajaan yang lemah, tidak mampu bersuara dan tidak akan berani menentang mereka.

Akhirnya BERSIH 3.0 diadakan di tengah-tengah Kuala Lumpur dan menyekat pelbagai kegiatan ekonomi terutama sekali aktiviti ekonomi membabitkan para peniaga kecil yang rata-ratanya adalah Melayu-Bumiputera dan warga marhein.

Ketika itu, bantahan daripada kaum marhein tidak pernah dipedulikan. Bahkan para penyokong BERSIH 3.0 juga tidak mempedulikan rayuan dan bantahan mereka kerana berpendapat penjaja kecil tidak ada hak bersuara dan tidak ada hak untuk membuat bantahan. Sebaliknya yang ada hak hanyalah mereka yang menyokong BERSIH 3.0 sahaja.

Hari ini, apabila penjaja kecil terutama sekali peniaga burger 'menjaja' di hadapan rumah Ambiga Sreevanasan, Ambiga Sreevanasan dan para penyokongnya naik angin. Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Meng dalam TWITTERnya segera berkata, tindakan tersebut sebagai memalukan!

Mengapa agaknya sewaktu BERSIH 3.0 diadakan, mereka langsung tidak mempedulikan tentang penjaja-penjaja berkenaan, sebaliknya apabila penjaja-penjaja tersebut berniaga di hadapan rumah Ambiga Sreevanasan pula, mereka mengamuk?

Rasakanlah pulak macam mana susahnya orang lain!!!

Nak bising-bising apa? Bagi sajalah penjaja-penjaja tu berniaga burger depan rumah... buat BERSIH 3.0 hari tu, okay jer... takkan orang berniaga depan rumah tak boleh pulak?

KEPALA BAPAK KAU LER, AMBIGA!!!

0 comments

INDUSTRI PELACURAN TERUS MAJU DI SELANGOR DENGAN PENANGKAPAN GRO SNOOKER PULAK DI KELANG!!!

TAHAN...GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan, kelmarin.
TAHAN...GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan, kelmarin.

KLANG: Pakej snuker GRO. Itu tarikan istimewa sebuah premis berselindung di sebalik papan tanda kononnya beroperasi sebagai kafe di Bandar Botanic, di sini, yang menyediakan khidmat pelayan pelanggan (GRO) untuk hiburan pelanggan di samping bermain snuker.Tarikan itu menyebabkan premis berkenaan menjadi tumpuan pengunjung lelaki hidung belang untuk berhibur dengan wanita GRO yang kebanyakannya warga asing.

Bagaimanapun, taktik itu terbongkar apabila premis itu diserbu dalam Ops Noda oleh sepasukan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bermula jam 11.45 malam, kelmarin.Ketua operasi, Inspektor Othman Mahat ketika ditemui di lokasi selepas serbuan itu berkata, 12 GRO warga asing ditahan.

“Sembilan daripada GRO yang ditahan itu warga Vietnam manakala tiga lagi warga Thailand yang berumur 25 hingga 37 tahun.

“Ops Noda ini dilaksanakan selepas risikan dibuat selain aduan awam. Kami dapati premis itu sudah beroperasi lebih kurang empat bulan.“Kami sudah membuat intipan ke atas premis ini selama empat hari untuk mengenal pasti pekerja dan pelanggan kelab itu sebelum menyerbu premis terbabit,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap GRO itu mendapati semua mereka masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan dan tidak mempunyai pasport. Turut ditahan ialah seorang lelaki dipercayai penjaga premis itu, warga tempatan berumur 35 tahun.“Dalam operasi itu juga, lebih 30 pelanggan berumur 22 hingga 55 tahun yang melanggan GRO dalam premis itu ditahan sementara untuk diambil keterangan.

“Semua GRO dan penjaga premis yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Othman berkata, semua GRO itu disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Penjaga premis itu pula disiasat mengikut Seksyen 55 (b) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1995 Pindaan 1998, 2001 kerana menjalankan aktiviti perniagaan hiburan tanpa lesen daripada pihak berkuasa,” katanya. (SUMBER)


ULASAN TFK:

Selangor dan Pulau Pinang merupakan hub pelacuran yang paling dinamik, maju dan sangat berdaya saing. Di sebalik kegagalan kedua-dua kerajaan negeri itu menarik pelabur-pelabur dari luar untuk memajukan negeri, ternyata akal pendek dan singkat para pemimpin negeri yang mempunyai kaitan sangat rapat dengan sindiket serta kumpulan kongsi gelap, menjadikan kedua-dua negeri tersebut sebagai negeri-negeri pelacuran utama di Malaysia.

Selepas menggempur pusat-pusat hiburan termasuklah kedai-kedai kopi yang menyajikan serta menyediakan daging-daging import untuk dilacurkan, PDRM kini mengalihkan perhatian kepada pusat-pusat snooker pula.

Ternyata usaha yang dilakukan oleh PDRM, semakin membuatkan Pakatan Rakyat semakin meroyan dan berangin. Pelbagai usaha akan dilakukan untuk merosakkan imej PDRM termasuklah menerusi fitnah anggota polis memulakan rusuhan dan melancarkan serangan terhadap peserta-peserta BERSIH 3.0 walaupun provokasi dan keganasan dimulai oleh peserta BERSIH 3.0 sendiri.

Penggempuran yang dilakukan oleh PDRM semakin menyakitkan hati pihak-pihak tertentu di dalam Pakatan Rakyat. Dan PDRM kekal sebagai musuh utama Pakatan Rakyat yang perlu dihapuskan secepat dan seboleh mungkin!!!

1 comments

Blog Archive

Labels