IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, June 12, 2012

EKORAN CUBAAN BUNUH KARPAL SINGH... SIAPA YANG PALING UNTUNG KALAU KARPAL SINGH MATI?!!!

Tuesday, June 12, 2012

Laporan yang dibuat oleh Sahabat Blogger, PAPAGOMO, sungguh mengejutkan. Karpal Singh yang dikatakan telah mengalami penyakit hilang ingatan dan meracau-racau, dilaporkan telah cuba dibunuh oleh seseorang.

Ilustrasi kejadian berkenaan ada di dalam blog PAPAGOMO.

Pihak Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim pasti akan CEPAT LEPAS MULUT dengan menuduh Karpal Singh telah cuba dibunuh oleh UMNO dan Barisan Nasional. Malah tidak juga dinafikan, Anwar Ibrahim dan konco-konconya akan segera menuduh PDRM terlibat dalam kejadian berkenaan.

Walau bagaimanapun, berdasarkan laporan, isteri Karpal Singh tidak melihat sesiapa pun di katil suaminya!

Insiden berkenaan pastinya mengingatkan kita kepada 'TRAGEDI TUSUKAN VIRUS AIDS, KERACUNAN ARSENIK, TAPAK TANGAN DITUSUK JARUM BERACUN' dan sebagainya yang cukup popular di kalangan Pakatan Rakyat, khususnya PKR.

Kita tidak menuduh Karpal Singh bermain drama dalam hal ini. Kita juga tidak menuduh isteri Karpal Singh mempunyai otak setaraf dengan otak Wan Azizah Wan Ismail memandangkan isteri Karpal Singh tidak pernah terlibat dalam politik sungguhpun suami dan anak-anaknya adalah pemain aktif DAP. Malah kita juga tidak menuduh anak-anak Karpal Singh yang buat perangai hodoh itu kerana mereka adalah peguam-peguam yang terlatih untuk memutarbelitkan fakta, bukannya mengada-ngadakan bukti seperti BEKAS TUSUKAN JARUM.

Insiden ini memerlukan siasatan yang lebih terperinci dan cepat. Sudah sampai masanya, 'hiburan' sebegini dihentikan dan cubaan mendapatkan simpati mahupun mempermain-mainkan emosi rakyat Malaysia, wajar dihentikan sama sekali.

0 comments

MAK LAMPIR AMPANG SEBAT RATUSAN RIBU RINGGIT UNTUK PROGRAM GHOSTBUSTER!!!


Zuraidah Kamaruddin si Mak Lampir tidak henti-henti menagih simpati dan perhatian dairpada masyarakat, khususnya pengundi-pengundi di kawasan Ampang. Dari kes lembu NFC sehinggalah kepada pendaftaran pengundi-pengundi baru di kawasan Ampang yang disifatkannya sebagai PENGUNDI-PENGUNDI HANTU, Ketua Wanita PKR itu sebenarnya lebih gemar bermain retorik daripada menjalankan tugasnya yang sebenar.

Dengan bantuan daripada Kerajaan Negeri Selangor yang telah MENCURI WANG RAKYAT SELANGOR untuk diletakkan di dalam apa yang mereka katakan sebagai USAHA PENFAILAN BANTAHAN KEPADA SPR.

Jumlah yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah RM1 juta. Dana tersebut telah diluluskan oleh Masjid Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Ke-26 pada 3 Ogos 2011 dan telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Ke-28 pada 10 Ogos 2011.

Geran berkenaan terbuka kepada setiap rakyat di Selangor tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik (kononnya). Kerajaan Negeri dikatakan memandang serius terhadap aduan kepincangan daftara pengundi sedia ada dan senarai daftar pengundi baru. Dengan pelancaran geran ini, ia akan memberi peluang kepada setiap rakyat untuk menuntut satu daftar pemilih bagi membuka jalan kepada pilihanraya yang bersih dan adil.... SAMBUNG BACAAN DI SEL13.

0 comments

PKR BUAT SEMBAHYANG KHAS UNTUK AMBIGA DI KUIL SRI MAHA MUTHU MARIAMAN SAMBIL BELASAH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN!!!

Satu acara keagamaan telah dilangsungkan di Kulim atau lebih tepat lagi pada 10 Jun 2012 di Kuil Sri Maha Muthu Mariaman Kelang Lama, Kulim melibatkan INDRAF dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Padang Serai. Program yang sepatutnya dihadiri oleh 1000 orang memandangkan Padang Serai dianggap kubu selamat PKR, bagaimanapun, hanya mampu menarik kehadiran tidak lebih 100 orang. Acara berkenaan berlangsung dari jam 6:30 petang sehingga 9:50 malam.

Acara tersebut adalah untuk menyokong 'perjuangan' Ambiga Sreevanasan untuk keadilan atau lebih tepat lagi, Sembahyang Khas untuk Ambiga.

Turut hadir dalam acara berkenaan adalah Naib Presiden PKR Pusat, N.Surendran, Dato' Hj. Tasleem Ibrahim, Presiden INDRAF Pusat, Latheefa Koya, Peguam PKR dan M.Asokan, Pengerusi INDRAF Kulim.

Antara isu yang diceramahkan adalah berkenaan BERSIH 3.0 dan tekanan yang sedang dihadapi oleh Ambiga Sreevanasan yang sekarang ini tidak lagi membuka mulut atau celupar seperti sebelumnya.

Acara dimulakan dengan SEMBAHYANG KHAS untuk Ambiga dan kemudian disusuli ucapan Ambiga yang tidak hadir, tetapi dibuat menerusi perbualan telefon.... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM


0 comments

NIZAR CUBA JADI JANTAN BERTELUR!!!


Nizar Jamaluddin mungkin sudah berasa bahang daripada perbuatannya sendiri. Nizar Jamaluddin juga sedar perbuatannya yang menjolok mata dengan mencerca dan mengherdik DYMM Sultan Johor berhubung bidaan nombor pendaftaran Www1 telah menyebabkan Salahuddin Ayub yang bercita-cita hendak menjadi Menteri Besar Johor hancur berkecai.

Bertitik tolak dari situlah, ditambah pula dengan himpunan lebih 30,000 rakyat Johor tanpa mengira kaum dan agama di padang Istana Pelangi, Nizar cuba berlakon dengan kononnya dia ikhlas dan tidak mempunyai masalah untuk mengakui kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukannya dengan cara menghadap DYMM Sultan Johor.

Mampukah Nizar membeli jiwa rakyat Johor dengan bantuan DAP yang sangat diketahui terlalu membenci kesultanan Melayu Johor menerusi tindakan empat orang ADUN DAP yang sebelum ini enggan memakai songkok dan menghormati Almarhum Sultan Johir pada tahun 2011.

Tindakan Nizar yang mendasarkan gelagatnya itu sebagai kebimbangan akar umbi, sememangnya telah membuatkan peluang Salahuddin dan PAS tertutup rapat di Johor. Dek kerana itulah bagi mengimbangi kerosakan yang telah dilakukan oleh Nizar, juak-juak dan pecacai PAS mula menyelongkar kisah-kisah lama membabitkan Anwar Ibrahim yang mahu mengheret dan mencampakkan sultan-sultan ke jalan raya sekiranya enggan bersetuju dengan pindaan perlembagaan yang boleh menyebabkan sultan-sultan dibicarakan di mahkamah khas sekiranya terlibat dengan masalah jenayah berat.

Pada masa yang sama, banyak pihak sedang mendendami Nizar Jamaluddin dan menunggunya menjejakkan kaki ke Johor.

Sama-samalah kita tunggu drama Nizar yang seterusnya. Jangan pula dia buat persidangan bawah pokok macam yang dibuatnya dahulu di Ipoh. Yang pastinya di Johor tidak ada bekas Speaker DUN yang tidak cukup sifat dan akal seperti Sivakumar Tronoh!

0 comments

AISYAH BAKAL JADI CALON PRU13 PAS DI JEMPOL!!! BOB LOKMAN TAK PUAS HATI!!!

Baru sebulan dua penyanyi Aishah menyertai PAS, desas-desus kencang bertiup di dalam parti itu yang menyatakan dia akan terpilih sebagai calon mewakili parti tersebut pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Khabarnya, bisik-bisik di dalam PAS memberitahu bahawa Aishah akan dicalonkan di Jempol, Negeri Sembilan. Tak tahulah sama ada di Parlimen atau DUN. Tapi begitulah dikhabarkan…

Bagaimanapun, Aishah di dalam temubual bersamah Harakah baru-baru ini memberikan jawapan standard mengenai desas-desus tersebut dengan menafikan dirinya telah terpilih menjadi calon PRU mewakili PAS.

Namun, Aishah beberapa kali menjelaskan bahawa dia BELUM mendapat tawaran rasmi dari partinya untuk menjadi calon di Jempol nanti.

Dalam ertikata lain, Aishah sudah tentu ada menerima tawaran untuk menjadi calon untuk PAS, cuma dia belum mendapat tawaran rasmi dari parti tersebut.

Menariknya, perkhabaran tersebut dikatakan telah menyebabkan seorang lagi “artis PAS” sakit hati, meradang dan geram.

Menurut sumber, selebriti yang menyertai PAS lebih awal dari Aishah itu bengang pada Aishah yang mendapat tempat sebagai calon PRU mewakili parti berbanding dirinya yang lebih senior dan lebih “warak”… BACA SAMBUNGAN DI KEDAHAN69ERS.COM


0 comments

PELAJAR PEREMPUAN IPTA DICEKUP BERPELUKAN DENGAN BOYFRIEND DI ATAS KATIL!!!


Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam berdekatan, dicekup pihak berkuasa dalam keadaan berpelukan bersama teman lelakinya atas katil bertingkat di dalam sebuah stor pusat cuci kereta, dekat sini, pagi kelmarin.

Gambar: Keadaan pelajar kejuruteraan awam IPTA berdekatan yang dicekup dalam keadaan berpelukan bersama teman lelakinya di sebuah stor cuci kereta di Balai Besar.

Pelajar perempuan terbabit dipercayai bertandang ke tempat mencuci kereta yang bakal dibuka itu, sebaik menamatkan kuliahnya untuk memadu asmara bersama teman lelakinya yang difahamkan seorang penganggur.

Namun pelajar IPTA yang berasal dari kampung Cacar, Paka yang sama sekali tidak menyangka bahawa teman lelakinya itu penagih bagaimanapun terkedu seketika, apabila menerima kehadiran sepasukan anggota polis narkotik yang melakukan serbuan di tempat berkenaan.

Susulan penangkapan tersebut, remaja perempuan yang merupakan seorang pelajar kejuruteraan awam dan anak seorang pesara syarikat swasta di Paka itu, terpaksa diserahkan kepada pihak Jabatan Agama untuk tindakan lanjut kerana disyaki berkhalwat.

Sementara itu, teman lelakinya yang berasal Kampung Durian Mas itu juga didapati positif dadah jenis methapethamine setelah menjalani unian saringan air kencing dan disiasat mengikut seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kedua-dua pasangan terbabit bakal menghadapi pendakwaan di Mahkamah Rendah Syariah pada 9 Julai 2012 nanti atas kesalahan berkhalwat mengikut seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan hukuman denda maksima RM3,000 atau tidak melebehi dua tahun penjara boleh dikenakan ke atasnya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan terbabit. -SH

0 comments

AZHAR IDRUS ADALAH 'ULAMA MAHARAJA LAWAK'!!!

Marah sungguh puak-puak yang mengkagumi Azhar Idrus apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mashitah Ibrahim menyatakan tentang seorang pendakwah yang mengajar agama dengan penuh gelak tawa dan senda gurau selain membengong dan membodohkan orang yang dijadikannya sebagai contoh.

Walaupun tidak dinyatakan namanya oleh Mashitah Ibrahim, mereka segera menanggapi orang yang dimaksudkan itu sebagai Azhar Idrus, bekas pemain muzik yang kemudian bertukar kerjaya menjadi pendakwah, jurugambar dan penjual CD ceramah memandangkan pendapatannya yang sangat lumayan!

Masalah Azhar Idrus adalah kerana ramai golongan jahil yang telah mengangkatnya sebagai ulama. Kononnya Azhar Idrus adalah ulama pop atau ulama tersohor. Kononnya juga, Azhar Idrus adalah ikon ulama zaman moden di mana ceramahnya telah berjaya menarik puluhan ribu pendengar terutama dari golongan muda.

Sebenarnya itu adalah kejayaan kepada Azhar Idrus. Hakikat tersebut tidak boleh dinafikan sama sekali. Azhar Idrus berjaya mengumpulkan puluhan ribu anak muda untuk mendengar ceramah agamanya. Dan kejayaan itu telah membuatkan dia diangkat sebagai ikon pendakwah terulung.

Namun, matlamat tidak boleh menghalalkan cara.

Kaedah yang digunakan oleh Azhar Idrus untuk menarik pendengar dan hadirin adalah dengan berlawak jenaka. Ada juga yang mempertikaikan dengan caranya bermain alat muzik.

Bagaimanapun, kaedah berdakwah menggunakan alat muzik seringkali menimbulkan perselisihan pendapat di kalangan ulama walaupun secara qat’ie, alatan muzik bertali seperti gitar adalah diharamkan oleh Islam.

Antara pendakwah yang menggunakan alat muzik dan patung wayang kulit untuk berdakwah adalah Raden Mas Said atau Sunan Kalijaga, salah seorang daripada sembilan wali (atau gabenor) ketika awal Islam di Pulau Jawa pada pertengahan abad ke-15 dahulu.... BACA SAMBUNGAN DI SELANGORDAILY.COM


0 comments

ROSMAH MANSOR BAYAR ORANG RAMAI DATANG KE PERHIMPUNANNYA?!!!



Fuhhh... dengan pelbagai gelaran buruk yang disandang, dengan pelbagai cerita buruk tentang dirinya, bahkan dengan dipalitkan kononnya dia yang membunuh Altantuya, dengan CINCIN BATU BERLIAN SEBESAR BUAH TEMBIKAI BERHARGA RM24 juta, Rosmah Mansor berjaya kumpulkan beribu-ribu orang di sebuah tempat?

Macam tak percaya!

Rosmah Mansor bukan orang politik tetapi mukanya acapkali muncul di kaca televisyen. Dia bukan ketua NGO tetapi banyak aktivitii yang dilaksanakannya!

Nampaknya, di sebalik pelbagai cerita buruk tentang Rosmah Mansor didendangkan, banyak pula sokongan yang diperolehinya....

Ker masyarakat India yang ramai-ramai datang ni, semuanya dibayar oleh Rosmah Mansor?


0 comments

AYOOO... KENA ROGOL BERGILIR-GILIR DI KAJANG!!!


Gambar Hiasan
KAJANG - Kegembiraan seorang wanita berusia 19 tahun mandi disebuah kolam renang berhampiran rumah adik lelakinya berakhir tragedi apabila menjadi mangsa rogol bergilir-gilir dalam kejadian di sebuah hotel bajet di Bandar Tasik Kesuma, dekat Semenyih, di sini.

Sember berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa bersama adiknya pergi ke kolam berkenaan untuk mandi dan kerika mahu menukar pakaian di bilik persalinan, seorang lelaki tidak dikenali menceroboh masuk ke bilik itu dengan memanjat tembok.

"Terkejut melihat keadaan itu, mangsa cuba melarikan diri, namun gagal selepas dihalang seorang lagi lelaki yang berada di depan pintu bilik persalinan berkenaan.

"Kedua-dua lelaki itu menolak mangsa berkenaan ke dalam bilik berkenaan dan merogolnya serta memaksa mangsa melakukan seks oral," katanya di sini, semalam.

Menurut sumber, selepas dirogol, dua lelaki itu memaksa mangsa dan adiknya menaiki motorsikal sebelum dibawa ke sebuah hotel bajet.

Katanya, suspek membawa adiknya ke sebuah restoran sebagai umpan.

Sebaik tiba dihotel berkenaan, mangsa dikatakan ditarik masuk ke dalam sebuah bilik hotel yang dihuni tiga lelaki lain dan dipaksa membuka pakaian sebulum dirogol bergilir-gilir selama dua jam.

Kelima-lima lelaki berkenaan menghantar mangsa pulang ke rumah sebelum mangsa menceritakan kejadian kepada ahli keluarga dan membuat laporan di balai polis Semenyih, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komissioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan berkenaan dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

Metro

0 comments

IR ZAIN MOHAMED BUKTIKAN, DIA ADA TELUR BERBANDING KHALID IBRAHIM!!!

Zin Mohamed, Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Selangor telah menyatakan kesanggupan untuk berdebat dengan Kerajaan Negeri Selangor berhubung isu air dalam Persidangan Meja Bulat. Sebelum ini, sudah beberapa kali perundingan dijalankan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan, namun semuanya menemui jalan buntu apabila Kerajaan Negeri pimpinan Khalid Ibrahim lebih sakan bermain politik berbanding menyelesaikan isu air yang semakin memuncak.

Hampir 200 buah kilang baru tidak dapat dibina di Selangor kerana masalah air. Sekaligus menyebabkan lebih 50,000 peluang pekerjaan tidak dapat diadakan di Selangor hanya semata-mata kerana Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat lebih memikirkan tentang keuntungan besar yang boleh diperolehi oleh kroni-kroni.

Loji Air Sungai Langat 2 yang menjadi kemelut sebenar, masih tidak dapat berfungsi walaupun terowong dari Pahang telah ditebuk selain saliran air sudah boleh dibuat kecuali tingkahlaku kebudak-budakan pimpinan negeri yang masih bermain tarik tali.

Beberapa idea BODOH dan MEMBODOHKAN telah keluar dari mulut Khalid Ibrahim. Antaranya termasuklah, Kerajaan Negeri lebih sanggup mengambil air dari Tasik Kenyir di Terengganu yang jaraknya lebih 400 kilometer berbanding air yang disalurkan dari Karak sejauh 43 kilometer.

Kerajaan Negeri Selangor juga menyatakan, air di empangan mencukupi walaupun pada masa yang sama, tidak pula menyatakan bahawa air di empangan sahaja tidak mampu membekalkan air bersih kepada penduduk jikalau loji rawatan tidak dibina dan disediakan.

Satu lagi idea yang tidak kurang bangangnya ialah apabila Kerajaan Negeri menerusi lidah Khalid Ibrahim menyatakan bahawa air banjir dan air lombong boleh dijadikan sebagai ganti air bersih untuk penduduk Selangor!... SAMBUNG BACAAN DI SEL13


0 comments

ANWAR IBRAHIM SUDAH BOLEH BERKIRA-KIRA UNTUK BERPINDAH NEGARA DAN TUKAR KERAKYATAN!!!!

Laporan Polis dari Al-Ehsan

Laporan Polis Dari UMNO NS

Berikutan pendedahan oleh Datuk Abd Murad Khallid pada 2hb Jun 2012 yang lalu, NGO-NGO di Negeri Sembilan telah bergabung membuat laporan polis dan berdemo secara aman pada petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2.


NGO yang terdiri daripada PERKASA, Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN), PPP, Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Belia DUN Senawang, Belia DUN Temiang, Biro Pengaduan Rakyat Seremban mengesa Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kenyataan dari bekas Penolong Gabenor Bank Negara itu.

Datuk Abd Murad sebelum ini telah membuat kenyataan Klik Sini bahawa ketika Dato Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mempunyai akaun berkanun yang bernilai RM 3 billion.

Dari kenyataan tersebut menunjukkan Anwar semasa menjawat jawatan dalam kerajaan telah menyalahguna kuasa dan menggelapkan wang kerajaan demi kepentingan peribadi dan politik beliau. NGO-NGO terbabit juga mendesak SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuka kertas siasatan bagi menyiasat peyelewengan tersebut.




0 comments

KERUGIAN RM1.8 JUTA AKIBAT BERSIH 3.0, KERAJAAN KENA TANGGUNG KATA BIAWAK-BIAWAK PAKATAN!!!

Maka sekalian biawak berketayap, berjanggut dan cakapnya menyelak kamus mencari istilah Arab pun segera berkokok dan bertepuk tangan. Yang pendek, berhubung jari. Yang kurap, tergaru-garu. Yang panau bercelak-celak. Yang buta, terkerenyeh-kerenyeh dan yang bahlol, ternganga-nganga.

Semuanya sepakat, Kerajaan perlu tanggung kerugian RM1.8 juta kerana kerosakan yang diakibatkan oleh demonstrasi BERSIH 3.0. Alasan biawak-biawak itu ialah Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein Onn dan polis tidak pandai menguruskan keadaan sehingga para perusuh merosakkan kemudahan awam pada himpunan BERSIH 3.0.

Dikatakan tongong, mereka marah. Dikatakan bengong, mereka meradang. Namun hakikatnya mereka adalah manusia paling malang yang pernah dilahirkan dari rahim seorang perempuan bernama ibu. Turut terpalit malang ialah segala guru, mursyid dan cikgu yang telah mengajar mereka.

Yang perlu ditanya ialah, adakah Hishamuddin Hussein Onn dan PDRM yang menyuruh para perusuh merusuh dan membuat demonstrasi di tengah-tengah Kuala Lumpur? Bukankah mereka telah disediakan tempat di stadium-stadium termasuklah di Selangor? Mengapa mereka tidak ke stadium sebaliknya bertegas untuk berdemonstrasi di jalanan?

Contoh terbaik, segerombolan perompak telah merompak dan membunuh mangsa mereka. Polis datang dan kemudian terpaksa menembak mati perompak-perompak berkenaan setelah mereka menyerang polis. Poliskah yang bersalah dan perlu menanggung kesalahan?

Bukankah hasutan, kempen dan ceramah telah diadakan oleh Pakatan Rakyat untuk berdemonstrasi di jalanan? Bahkan turut dikeluarkan hukum WAJIB menyertai BERSIH 3.0 kononnya atas nama perjuangan agama?

Mengapa yang membuat hasutan, kempen, ceramah dan mengeluarkan hukum itu tidak menanggung segala kos kerugian? Mengapa mereka boleh lepas tangan sebaliknya polis dan Menteri Dalam Negeri pula yang dipersalahkan kononnya gagal menjaga para perusuh itu?

Bangang manakah yang telah menjadi rakyat Malaysia itu dan menyatakan, puak mereka yang buat onar, pihak lain pula yang perlu menanggung dan membersihkan taik mereka?

0 comments

TUNJUK PERASAAN BOGEL SEBAB YURAN TIUSYEN PENGAJIAN UNIVERSITI DINAIKKAN!!!

Lebih 300 pelajar ditahan polis selepas melakukan tunjuk perasaan sehingga ke Montreal, Kanada kerana membantah kenaikan yuran tuisyen mereka, kelmarin.

Menurut pihak berkuasa, selain penahanan ratusan perusuh, sekurang-kurangnya 10 pelajar cedera kerana bertempur dengan anggota polis.

Kerajaan wilayah Quebec telah mengeluarkan undang-undang darurat sejak Jumaat lalu yang menyekat bantahan iaitu syarat bahawa polis diberitahu lapan jam sebelum dan memberitahu laluan pergerakan sebarang demonstrasi melebihi 50 peserta.

Bagaimanapun, udang-undang yang dikeluarkan termasuk akta baru yang bertujuan menamatkan bantahan selama tiga bulan itu tidak menjejaskan perusuh malah mereka mencabar kerajaan untuk menyelesaikannya di mahkamah selain berikrar untuk meneruskan demonstrasi.

Pada Ahad lalu, penunjuk perasaan bertindak memecahkan tingkap-tingkap premis perniagaan dan membuka seunit pili bomba sehingga membanjiri bangunan pejabat di pusat bandar Montreal.






0 comments

Monday, June 11, 2012

LAJIM UKIM SEPATUTNYA SUDAH BERHENTI DARI BUAT LAWAK BODOH!!!

Monday, June 11, 2012

Dalam UMNO, bukan semua pemimpinnya pandai-pandai walaupun mereka ada jawatan dan seringkali cuba menunjuk pandai atau memandai-mandai. Antara yang sangat terkenal dengan kehodohan inteletual seorang pemimpin adalah SAIFUDDIN ABDULLAH sang Timbalan Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Temerloh yang juga sama terkenal pendurhakaannya kepada ibu bapa seperti Azmin Ali, kekasih si Anwar Ibrahim.

Seorang lagi Timbalan Menteri yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang hodoh perangainya tidak berkurangan adalah LAJIM UKIM yang juga merupakan Ahli Parlimen Beaufort!

Cerita kononnya Lajim Ukim hendak melompat parti bukan cerita baru pun. Malah sudah ada yang riuh bercerita di Sabah bagaimana Lajim sudah mempersiapkan dirinya dengan parti baru tetapi masih menunggu-nunggu waktu yang sesuai untuk diumumkannya.

Kalau tak salah, nama parti baru yang dikaitkan dengan Lajim Ukim adalah SABAH PEOPLE'S FRONT atau SPF.

Barangkali ketidak sabaran Anwar Ibrahim jugalah yang membuatkan Lajim terkedu. Sepatutnya bukan semalam, sebaliknya 16 Jun...

Itu yang dikatakan oleh kebanyakan pemimpin UMNO yang cukup mengenali dan memahami gerak langkah Lajim Ukim.
Dari sumber kawasannya sendiri, ORANG KANANNYA bersama-sama beberapa orang AJK Bahagian sudah siap sedia untuk membantainya. Paling malang sekali ialah apabila dendam masyarakat Kadazan masih mendendaminya disebabkan kes lompat parti pada tahun 1995 dahulu.

Itu belum lagi urusniaga yang berjaya digagalkan oleh Musa Aman. Urusniaga yang dimaksudkan adalah TELUK LIKAS dengan Tan Sri Tiong, ketua puak Foochow Sarawak!

Semakin banyak onar yang dibuat oleh Lajim Ukim membuatkan semakin banyak cerita tentang masalahnya di Sabah didendangkan. Ianya tidak sahaja berkisar di Sabah atau kota Kinabalu bahkan sudah sampai ke COFFEE HOUSE PWTC!

Kesilapan besar Lajim Ukim ialah mengorek kuburnya sendiri dengan tangan Anwar Ibrahim. Bahkan manusia pendosa seperti Anwar Ibrahim yang diharapkan oleh Lajim untuk menyelamatkan dan meneruskan nyawa politiknya semakin mempercepatkan Sakratulmautnya!

Penafian yang dibuat oleh Lajim sebenarnya sudah terlambat sebaliknya dia harus keluar Umno seperti yang telah diuar-uarkan sejak lama Dahulu!

0 comments

ANWAR SIBUK TANYA MUHYIDDIN SIAPA BAYAR SEWA RUMAHNYA... YANG DIA SENDIRI, SIAPA SARA DIA?


Masa berceramah di hadapan tidak lebih tiga ribu orang di padang Stadium Kajang dua malam sudah, Anwar Ibrahim jelas berang dengan cabaran Muhyiddin Yassin agar dia mendedahkan tentang RM3 bilion yang disonglapnya. Lantas Anwar mencabar Muhyiddin kembali agar menjelaskan, siapa orang yang telah membayar sewa rumahnya selepas Muhyiddin ke Pusat selepas dilantik sebagai Menteri Persekutuan.

Muhyiddin sebelum itu adalah Menteri Besar Johor. Manakala Anwar Ibrahim pula, sebelum 1981 hanyalah seorang COKIA yang bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan MENGHALALKAN LIWAT serta PLURALISME AGAMA!!!


Anwar persoalkan tentang sewa rumah Muhyiddin. Namun pada masa yang sama, Anwar tidak pernah berani dan berhajat untuk menerangkan dari mana dia memperolehi pendapatan besar atau siapa yang menajanya selama dia tidak lagi menjadi menteri kabinet.

Tahun ini sahaja 80 kali Anwar Ibrahim berulang alik ke luar negara. Dari mana duit dia dapat untuk terbang ke sana ke mari mengalahkan Perdana Menteri Malaysia? Dari mana pula dia mampu membina rumah yang berharga lebih tujuh juta ringgit kerana semua orang tahu, Anwar Ibrahim bukanlah seorang peniaga sebaliknya hanya seorang penceramah dan ceramahnya di Malaysia tidak mungkin mampu untuknya memiliki rumah semewah itu.

Anwar nak londeh Muhyiddin?

Rasa-rasanya lebih banyak benda yang boleh dilondehkan tentang Anwar Ibrahim termasuklah projek bail-out persimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Ampang, Plaza Rakyat, KL Sentral dan selain Projek Lrt yang kemudiannya dijualkan kepada pihak Ketiga!

Setakat sewa rumah, apa Barang!

0 comments

GAMBAR-GAMBAR PEMBANTU RUMAH BEROMEN DEPAN WANITA TUA YANG DIJAGANYA!!!





Sumber : stomp.com.sg

Nah, ambik kau!!!

Isu pembantu rumah terus menjadi isu yang paling menarik terutama dengan desakan dari sebuah negara jiran tentang gaji minimum untuk rakyat mereka.

Namun, apakah desakan itu turut akan memastikan bahawa perkhidmatan yang diberikan oleh pembantu-pembantu rumah itu juga akan setimpal dengan gaji yang diberikan?

Seorang majikan menceritakan bagaimana pembantu-pembantu rumahnya berlagak lebih dari DIVA apabila bangun tidur lebih lewat daripadanya dan dia sendiri terpaksa memasak sarapan untuk para pembantu rumahnya?

Justeru, gambar-gambar di atas yang menunjukkan bagaimana KURANG AJAR dan BIADAPNYA pembantu rumah yang sepatutnya bekerja, tetapi sebaliknya BEROMEN dan BERASMARA di hadapan wanita tua yang dijaganya!!!


0 comments

MEROYAN SEBAB DIPECAT JADI PENGERUSI MARA, MASIH TIDAK HILANG DI HATI TAMRIN GHAFFAR BABA!!!

Tamrin Ghafar Baba bukanlah nama yang besar dalam dunia politik Malaysia. Sekalipun dia merupakan anak kepada Allahyarham Tun Ghafar, bekas Timbalan Perdana Menteri pada era Tun Dr. Mahathir sebelum jawatan berkenaan DIRAMPAS SECARA HINA oleh Anwar Ibrahim, nama Tamrin Ghafar Baba lebih sinonim dikaitkan dengan pelbagai penyelewengan dalam Majlis Amanah Rakyat atau MARA yang mana pada ketika itu, dia merupakan Pengerusinya.

Kali terakhir namanya 'masyhur' adalah apabila dia terlibat sepenuhnya dalam MENGHALAU IBU TIRINYA dan merampas adik tirinya setelah kematian bapanya dalam apa yang dilihat sebagai cubaan memalukan wanita itu dengan tuduhan melakukan hubungan sulit dengan lelaki asing, bagi menghalalkan perbuatannya sekaligus membolot harta warisan Tun Ghafar.

Kemudian, Tamrin hilang dari peta politik Malaysia sehinggalah kedengaran pula berita yang dia mendapat konsesi balak di Kelantan dan mula berbaik-baik di pentas PAS.

Malam tadi, Tamrin muncul di PPR Batu Muda, Batu Caves untuk bercerita tentang kebobrokan UMNO dan penipuan-penipuan yang dilakukannya sepanjang dia berada dalam saf kepimpinan UMNO. Dia mengakui tentang pembohongan dan penipuan yang dilakukannya tetapi sekarang, 'dia sudah insaf' dan menyokong Pakatan Rakyat.

Walau bagaimanapun, manusia jenis penipu seperti Tamrin tidak pernah akan bercakap benar. Dalam pada dia mengakui pembohongannya yang lepas-lepas, yang terbaru pun dia kekal berbohong.

Pembohongannya boleh dilihat menerusi ceramahnya tentang LEMBU NFC. Bukan sahaja bekas Pengerusi MARA itu seorang yang bahlol tetapi juga seorang yang biol. Apakan tidak, LEMBU-LEMBU NFC bukannya lembu-lembu yang diternak, sebaliknya lembu-lembu tersebut hanya digemukkan untuk dagingnya, bukan untuk tenusu mahupun untuk pembiakan.


Ini merupakan satu lagi contoh GOLONGAN BERMASALAH yang masuk Pakatan Rakyat untuk membersihkan diri dan melarikan diri daripada sebarang tindakan undang-undang.

1 comments

PENCURI ENJIN JET F-5E DILANTIK SEBAGAI PENASIHAT MAJLIS RUNDINGAN KESELAMATAN PKR!!!


Salam Saudara Askar Setia. Merujuk kepada entri Saudara mengenai pendedahan latar belakang Dato' Abdul Hadi Al Khatab, saya merasa terpanggil untuk menyatakan sedikit mengenai beliau kerana saya pernah berkhidmat dengannya dahulu. Penjelasan Saudara amat tepat dan memang benar seperti apa yang dikata bahawasanya saya amat terperanjat kerana pengkhianat seperti beliau telah menyertai PKR. apakah nasib pertahanan megara kita?

Saya bukanlah tidak mahu menghormati pangkat tauliah Brigadier Jeneral yang dimiliki oleh Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab, tetapi, jelas berdasarkan Perenggan 4 dan 5 PMAT Bilangan 1 Tahun 1975, Dato' telah dibatalkan tauliah daripada Perhidmatan Angkatan Tentera dibawah Seksyen 9, Akta Angkatan Tentera 1972 – yang membatalkan tauliah tetap seseorang pegawai tentera serta merta.

Menyokong dan menyertai mana-mana parti politik merupakan hak seseorang individu lebih lebih lagi kepada mana-mana pesara tentera. Namun, sebaik sahaja Dato’ menyertai PKR pada November 2011, saya sudah mengagak bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Persoalannya mudah. Siapa yang memperalatkan siapa? Adakah Dato’ mahu melakukan ‘come back’ dan menggunakan platform parti politik PKR untuk membalas dendam terhadap perkhidmatan yang telah menyediakan pelbagai kemudahan dan faedah dahulu atau PKR sendiri yang senyap-senyap memperalat Dato’ sebagai ‘Kepala Tentera Semut’ yang akan mencuri sedikit demi sedikit perihal dan isu dalam Angkatan Tentera Malaysia untuk modal politik murahan mereka?

Saya ada menonton ceramah-ceramah Dato’ di internet. Saling tidak tumpah seperti ceramah-ceramah politik murahan yang disulami dengan cemuhan dan maki hamun dan menggambarkan pemikiran dunia ketiga yang dibudayakan oleh parti pembangkang.

Dato’ bukanlah seorang murahan dan pendek akal kerana semasa berkhidmat dengan TUDM dahulu, pelbagai peluang kursus termasuk di luar negara seperti di Amerika Syarikat telah Dato’ perolehi. Bukan itu sahaja, Dato’ telah ditauliahkan ke pangkat Brigadier Jeneral (2001) dan pernah menjadi Panglima Logistik Udara (dari tahun 2003 hingga 2007).

Ia merupakan satu jawatan ‘impian’ untuk mana-mana pegawai TUDM kerana jawatan tersebut merupakan lubuk emas kepada segala macam kontrak dan tender TUDM. Janganlah Dato’ lupa bahawa Dato’ merupakan seorang pegawai tentera yang dahulunya berada dalam fast-lane kerana ditauliahkan ke pangkat Kolonel TUDM dalam umur 40an sahaja.

Dato’, cerita mengenai ‘makan lebih’ semasa menjawat jawatan sebagai Panglima Logistik Udara bukanlah cerita baru. Saya dan Pegawai-Pegawai TUDM yang pernah berkhidmat dibawah pemerintahan Dato’ tahu cerita dan latar belakang Dato’. Tetapi tidak mengapa kerana what happened there, stay there. Dato’ telah disabitkan kesalahan kerana kehilangan 2 buah enjin jet F-5E dari Matra 1 dan benar, pesalah yang terlibat, telah dikenakan tindakan.

Tetapi, bukankah Dato’ sebagai Panglima Logistik Udara juga perlu dipertanggungjawabkan kerana kehilangan enjin-enjin berkenaan? Tidak cukupkah segala kekayaaan yang Dato’ perolehi semasa menjadi Panglima Logistik Udara dan kini, Dato’ berlakon seolah-olah menjadi mangsa ‘kekejaman’ pihak kerajaan walhal Dato’ mahu melepaskan tanggungjawab dan cuci tangan diatas kecuaian Dato’ sendiri?

Adakah Dato’ tidak sedar implikasi yang bakal Dato’ hadapi? Ketahuilah kerana lebih ramai yang akan membuka pekung dan kesalahan yang Dato’ lakukan dahulu kesan daripada tindakan ‘kurang cerdik’ yang Dato’ lakukan.

Ironinya, agak mencuit hati apabila saya melihat Dato’ bersikap sama seperti ahli politik yang lain kerana pandai meletakkan kesalahan diatas orang lain. Siri ceramah Dato’, kenyataan media yang Dato’ lakukan telah menjelaskan bahawa Dato’ bukanlah seorang insane yang tahu bersyukur dengan nikmat dan kemudahan yang Dato’ perolehi selama ini.

Lebih mencuit hati apabila PKR telah menanam kepercayaan kepada Dato’ untuk mengepalai Majlis Rundingan Keselamatan walhal sikap cuai dan alpa yang Dato’ pamerkan telah menyebabkan dua enjin F-5E milik TUDM hilang. Persoalan yang sama ingin saya ajukan. Adakah PKR memperalat Dato’ untuk kepentingan parti atau Dato’ menggunakan PKR untuk mengaut lebih banyak keuntungan dimasa hadapan?

Lebih mencuit hati apabila Dato’ berlagak seperti hero kerana mahu berbicara tentang isu kapal selam scorpene walhal Dato’ bukanlah individu yang layak untuk membicarakan isu berkenaan. Kenyataan media yang Dato’ lakukan bersama-sama YB Azmin Ali tidak mempunyai apa-apa maklumat yang bermanfaat dan ia kosong sama seperti ceramah-ceramah politik yang Dato’ lakukan. Bagaimana ‘orang udara’ mahu bercerita mengenai ‘aset orang laut’?

Dato’ jangan lupa, masih terdapat ratusan pegawai dan anggota yang tahu kisah, latar belakang dan berapa banyak juta RM yang Dato’ perolehi semasa menjawat jawatan Panglima Logistik Udara.
Sebelum terlupa, Dato’ janganlah lupa sumber rezeki yang Dato’ telah berikan kepada Datin Zabedah, Fariz Hirzi dan Fadhli Hirzi. Rezeki yang telah menjadi darah daging hasil dari kerusi Ringgit Malaysia yang Dato’ duduki semasa menjadi Panglima Logistik Udara dahulu.

Kini, janganlah kerana mahu mengejar kekayaan dengan cara mudah, Dato’ telah berpaling tadah dan menjadi ‘pengkhianat negara’ dengan menjaja lebih banyak pembohongan melampau dalam ceramah-ceramah Dato’. Dato’ tidak ubah seperti haiwan Chameleon yang berubah-berubah warna kulit, sama seperti geralan political chameleon untuk Anwar Ibrahim.

Mudah-mudahan kita sama-sama memperoleh manfaat di Hari Pengadilan dan dipermudahkan untuk meniti titian Siratul Mustaqim.

Daripada: Log TUDM People

p/s: Terima kasih Tuan diatas Surat Terbuka yang diberikan. Askar Setia akan terus menyokong segala usaha untuk menghapuskan pengkhianat negara. ATM bukanlah satu entiti untuk diperjudikan dan amaran untuk pengkhianat-pengkhianat ATM diluar sana...


My eyes is on You!


0 comments

ADUN PAS MERBAU PULAS TOLAK LAMARAN BEKAS PEMANDU!!!

Sebelum ini telah disiarkan tentang hubungan antara Siti Aishah Abdul Ghani dengan Hamdan Che Khalib (BACA DI SINI). Kedua-duanya telah DINASIHATKAN agar bernikah bagi mengelakkan fitnah dan buruk mata. Bagaimanapun, adalah difahamkan, Hamdan Che Khalib dan Siti Aishah Abdul Ghani masih belum bernikah walaupun mereka telah dinasihati oleh Menteri Besar Kedah sendiri agar mempercepatkan urusan berkenaan.

Pada 5 Jun lalu, satu rombongan meminang ADUN Merbau Pulas itu telah datang. Bagaimanapun, Siti Aishah menolak pinangan tersebut.

Menurut sumber, lelaki yang masuk meminang ADUN Merbau Pulas itu dikenali dengan gelaran Chegu Zali bukannya rombongan ADUN Tanjong Dawai, Hamdan Che Khalib sebagaimana yang dijangkakan oleh banyak pihak.... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM


0 comments

30 RIBU YANG BERHIMPUN BELUM TENTU MENAKUTKAN DAP!!!


Anda masih ingat lagi tentang dua orang ADUN DAP yang enggan berpakaian rasmi, enggan mengenakan songkok dan enggan mengikut tatacara yang telah ditetapkan untuk persidangan DUN Johor tidak lama dahulu?

Anda masih ingat lagi bagaimana DAP begitu kurang ajar di Johor dan menyifatkan Sultan Johor sebagai sultan yang tidak tahu apa-apa, sebaliknya hanya menghabiskan harta negeri? Biarpun secara tidak langsung, tetapi motif penghinaan terhadap institusi kesultanan begitu jelas.

Dan semua orang tahu, DAP berani berbuat begitu kerana mereka yakin mereka mendapat sokongan kuat daripada PKR dan PAS.

Selepas Chua Jui Meng diangkat secara tidak rasmi sebagai 'bakal Menteri Besar PKR Johor', maka puak-puak Pakatan Rakyat, khususnya PKR memukul canang, kononnya Johor akan jatuh ke tangan Pakatan dengan mudah. PAS pula dilihat menghantar Salahuddin Ayub dalam misi khas untuk menambah bilangan kerusi yang boleh ditawan oleh PAS, sekaligus menjadi Johor sebagai Negeri PAS ketiga selepas Kelantan dan Kedah.

Namun celupar mulut Nizar Jamaluddin telah membuatkan Pakatan Rakyat menjadi objek kebencian oleh rakyat Johor. Semuanya gara-gara keberanian dan keceluparan Nizar Jamaluddin mencerca Sultan Johor yang disifatkannya telah membazirkan wang lebih setengah juta ringgit semata-mata untuk membida nombor pendaftaran. Kata Nizar Jamaluddin lagi, wang itu adalah lebih baik digunakan untuk membantu keluarga miskin di Johor.

Tohmahan Nizar telah dijawab oleh Tengku Mahkota Johor dengan tegas dan berterus-terang. Nizar Jamaluddin kemalu-maluan. Sangkanya orang semua bodoh dan boleh menelan kata-katanya dengan mudah sebagaimana para pengikut PAS yang sentiasa gagal menggunakan congak dan kira-kira selain sifir ekonomi.

Semalam, satu perhimpunan bersejarah telah diadakan untuk menyatakan sokongan kepada DYMM Sultan Johor. Perhimpunan seramai 30 ribu orang di padang Istana Pelangi itu turut dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat, termasuklah orang Cina, orang Cina dan Orang Asli selain orang Melayu untuk menyatakan taat setia serta menjunjung kasih ke bawah duli.

Tidak ada ceramah berkobar-kobar untuk menjatuhkan kerajaan... tidak ada pembogelan seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim untuk menarik pendengar dan tidak ada hukum-hakam agama yang dicenderungkan kepada perjuangan parti... semuanya semata-mata menyatakan sokongan kepada DYMM Sultan Johor.

Adat di Johor, kalau nak melangkah masuk, minta izin daripada Sultannya dahulu!

Satu lagi adat di Johor ialah... secelupar mana sekalipun, DYMM Sultan Johor adalah tunggak dan teras kepimpinan negeri!

Justeru, kalau dah Sultan Johor diperlecehkan oleh DAP, PAS dan PKR... adakah peluang besar untuk Pakatan Rakyat merepublikkan Johor apabila mereka menang nanti?

Besar kemungkinan itu ada... apatah lagi, dendam DAP kerana Undang-Undang Tubuh Negeri yang tidak melayakkan mereka menjadi Menteri Besar, pastinya akan mendorong ke arah tindakan berkenaan!!!

Tengok sajalah gelagat ADUN Mengkibol, ADUN Bentayan, ADUN Senai dan ADUN Skudai pada 8 Jun 2011 apabila mereka dengan sengaja menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Mahmud. (BACA DI SINI)



0 comments

PAS PUTUS SILATURRAHIM, UMNO ELAK PUTUS SILATURRAHIM... BENARKAH?


Baru balik dari kampung..

Si akak ni citer bahwa ada kakaknya datang ke umah brkempen..
antara kempennya...
"Dari pangkah UMNO baik pangkah DAP"
"Najib tu pembunuh!!"
"Gi Bersih tu hari hukumnya wajib"
"Bersih 3.0 memang utk gulingkan Najib"
"Kerajaan bagi BR1m RM500 je, tapi kalau PAKATAN merintah bukannya RM500 tapi RM1000"
"Tok Guru tak makan duit rakyat..umah Tok Guru dah nak relai"
"Azmin ialah orang yg baik"

Anaknya menyampuk..udah lah tu mak, berapa kali nak citer ni??
Maknya.." AKu nak citer lagi bior dorang ni faham"..

Kemudian siakak ni tanya.."macam2 mereka ni tuduh , dalam HARAKAH pun macam2 tulis pasal kerajaan tapi kenapa tiada apa2 tindakan??"

Mmm sapa nak jawab ni? dan apa nak dijawab? siakak ni orang kampong belajar setakat SPM je..pun leh tertanya2 hal macam ni..

SiAzmin ni orang yg baik..kawan ofis aku, seorang pakar IT pun berpendapat yg sama..dan bila dikabor akan harta2 si Azmin..dia tercengang dan terkejut.

Istimewanya PAS ni..ahli2nya berkempen siang dan malam. Istimewanya ahli2 UMNO atau penyokong2 UMNO ni lebih pada mendiamkan diri atau melarikan diri dari isu2 spt ni, kerana tidak mahu bertengkar dan putuskan siratulrahim..

Alangkah baik PAS jika didik ahli2nya lebih utamakan siratulrahim dari parti!! Alangkah baik PAS didik ahli2nya mempunyai akhlak dan budi pekerti yg mulia...

-aa

0 comments

NIK AZIZ TERLUPA, MULUTNYA BUKAN SAHAJA TERLEBIH GATAL TETAPI DAH TUMBUH KURAP PUN!!!


Mufti Harun Sani dikatakan gatai mulut yakni nak cakap perkara yg tuan mufti tidak arif berbanding ngan Tuan Guru Nik Aziz..pehhh, sedap bebenor mengata ye yeob!!

Nik Aziz seorang ustaz kemudian bertukau jadi Tuan Guru selepas jadi MB..yg mana ia telah jadi ICON PAS..atau maskot PAS! Tu ler jasanya sehingga digelar Tuan Guru.

Disamakan perjuangan PAS ngan perjuangan Nabi saw..yg kononnya berhijrah ke Madinah utk dapatkan kerusi..ini kefahamannya yg kononya lebih faham tentang perjuangan Islam dari Tuan Mufti!!

Tuan Mufti tegur sikit je..kalutnya sampai hari ni.

Nabi saw tidak berjuang tanpa petunjuk dari Allah swt..adalah satu fahaman yg ada kepentingan mengatakan nabi saw meninggalkan Kota Mekah kerana nakkan kerusi!! Umum mengetahui bahwa nabi saw pernah ditawarkan untuk jadi ketua pemerintah di Kota Mekah..( yg pasti jika PAS pada ketika tu pasti menerimanya).

Nabi saw tidak akan tinggalkan Kota Mekah tanpa wahyu dari Allah swt..Yunus as meninggalkan kaumnya atas keputusannya sendiri telah dihukum oleh Allah swt. Para ambiya' as tidak sekali2 bertindak ikut kehendak dan keinginan mereka!!

Senario juga berbeza..nabi saw dan ummat Islam ketika itu telah ditekan dan dihalang utk berdakwah dan beribadat..dan tekanan semakin menjadi2 lebih2 lagi setelah meninggalnya Abu Talib. Senario ketika itu adalah kapir dan Islam..

Senario PAS..adakah PAS dilarang brdakwah, berceramah dan berkempen? Adakah ahli2 PAS dikecualikan dari segala nikmat2 dan kemewahan dan kemudahan dinegara ini? PAS juga bertindak menentang pempin2 dari kalangan orang Islam bukannya pempin2 dari kalangan orang kapir!!

PAS tidak ubah spt syiah, khawarij dll pemberontak dizaman khulafa' Arrasyidiin yg mana tidak berpuas hati ngan pempinan khalifah2 Arrasyidiin...yg tidak menepati selera mereka.

Nabi saw berjuang utk kembangkan Islam, mengasihi sesama orang Islam, yg kapir datang pada Islam, yg dah Islam bertambah taqwanya dan imannya..tidak inginkan kerajaan sesapa dan harta sesapa..malah ini adalah sifat sekelian rasul2.
Musa as..tidak menuntut kerusi Firaun walaupun dia adalah Prince of Egypt..sedangkan Firaun dan tentera2nya abis dilemaskan.
Ibrahim as..tidak ambil kerusi dan kerajaan Namrud walaupun Namrud dan seluruh tenteranya hancur dan binasa....dan semua tu adalah orang2 kapir!!
Nabi saw sendiri tidak ambil tampuk pemerintahan Kota Mekah selepas orang2 Mekah sendiri dah tak berdaya menghadapi nabi saw dan para sahabat ra setelah kejatuhan Mekah.
.. sedangkan....

PAS berjuang utk dapatkan kerusi dari pempin2 beragama Islam.,

Tolonglah!! usah lah disamakan perjuangan politik tamakkan kuasa mengatasi Agama dan ikut cara yahudi dan nasrani ngan perjuangan suci murni para2 rasul.

PAS tiada apa2 bezanya ngan DAP dan PKR..sebab tu mereka leh bersekongkol kerana kabornya ada titik persamaan.

-aa

0 comments

NGERI!!! HUKUM REJAM VERSI CHINA!!!


Hukuman REJAM Versi CHINA by bestoneoffour

jangan kantoi mencuri ler... kalau tidak, macam ni ler jadinya!!!

0 comments

MALAYSIA ZALIM DAN TAK SELAMAT? CUBA BACA BERITA INI PULA!!!


Jika anda melihat berita tentang Negara Congo, kita akan melihat realitI kenyataan Neraka Dunia, terutama Neraka bagi wanita. Ramai yang hampir menitiskan air mata ketika melihat kenyataan realiti di sana. Bagaimana tidak, cuba anda bayangkan, sejak tahun 1998 sampai sekarang sudah 5 juta orang lebih meninggal, dan majoriti anak-anak dan wanita. Perih sekali mendengarnya. Sampai negara ini mendapat julukan "ibu kota pemerkosaan dunia." Entah bagaimana kenapa dunia sepertinya memalingkan muka melihat hal ini.

Di Negara Congo, para pelanggar hak wanita tidak akan dihukum. Entah kerana perangkat hukum atau sistem hukum yang tidak berjalan di negara itu. Para wanita di negara ini tidak pernah aman bahkan ketika mereka berada di rumah dan katilnya sendiri pada malam hari. Kerana itulah, maka banyaklah para wanita dari negara ini pindah ke negara lainnya.

Sekarang cuba anda bayangkan, setiap hari terjadi hampir 1.100 pemerkosaan dan ini hasil penelitian dari PBB. Seperti apa keadaannya? Yang jelas kerana mereka tidak dihukum, maka para tentara, pemberontak separatis, bahkan warga sivil melakukan hal tersebut. Wanita tidak ada harganya sama sekali di Negeri ini. Sungguh biadab sekali.

Sebutlah namanya Yohanna, seorang guru sekolah dasar di daerah Congo Timur. Kegiatannya setiap hari mengajar dan mendidik anak-anak. Suatu ketika ia sedang mengajar dan didatangi oleh sekelompok--sekitar 6-7 orang pemberontak separatis, dan ia diperkosa di depan murid-muridnya. Setelah diperkosa, ia dibiarkan saja sampai kelaparan dan infeksi kemaluannya. Seperti sampah, warga sekitar bukannya menolong tetapi Yohanna malah dibuang di semak-semak dan dibiarkan begitu saja. Kedinginan, kepanasan, seperti bangkai hidup di semak-semak, tidak ada yang berani menolong sampai pasukan PBB datang dan menolongnya. Sudah mengalami trauma dan mengalami infeksi, akhirnya Yohanna menghembuskan nafas terakhirnya di balai kesihatan. Itu pun setelah dibuang di semak-semak selama 6 hari hingga badannya kurus kering.

Bersyukurlah kerana kita dilahirkan di negara yang makmur dan aman. Cuba jika kita dilahirkan di Congo? Banyak yang patut kita syukuri. Jika direnungkan keuntungan kita masih segalanya di atas kerugian. Sedarilah, semua yang terjadi di Congo diakibatkan perang saudara dalam waktu yang berpanjangan. Itulah akibat perang. Infrastruktur dan fasiliti umum hancur lebur.


Read more: http://www.borakkosong.com/2011/08/inilah-negara-neraka-bagi-wanita.html#ixzz1xQ2tzg5g

0 comments

BAPA LEE CHONG WEI CUBA BUNUH DIRI!!!

Kecoh khabarnya bapa kepada seorang ahli sukan negara kepada Lee Chong Wei mencuba membunuh diri tetapi pihak polis berjaya mengagalkanya sebanyak 2 kali.

Lee Ah Chai berusia 59 tahun itu yang menetap di Butterworth pada mulanya dikatakan cuba membunuh diri berhampiran pusat beli-belah Queensbay, Bayan Lepas awal pagi ini namun digagalkan pihak polis yang bertindak memujuknya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Abd. Lah berkata pihak polis menerima maklumat lelaki itu sedang menangis di tepi laut berhampiran pusat membeli belah Queensbay kira-kira pukul 4 pagi ini.

Pasukan peronda dihantar ke tempat kejadian dan bertindak memujuk beliau agar pulang ke rumahnya.

Anggota kita mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memujuknya sebelum dia mahu pulang dengan baik,katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, pasukan peronda polis itu juga bertindak mengiringi bapa ahli sukan itu yang memandu kereta bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Sebaik tiba di kilometer dua Jambatan Pulau Pinang kira-kira pukul 7.45 pagi, dia memberhentikan kereta di tepi jambatan dan keluar serta cuba terjun ke laut. Bagaimanapun hasil tindakan pantas polis, kita berjaya menyelamatkannya, katanya.

Azman berkata, lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Berdasarkan keterangan awal, beliau mendakwa menghadapi masalah keluarga kerana anggota keluarganya tidak mempedulikannya, katanya.- BERNAMA

0 comments

Sunday, June 10, 2012

MAHATHIR LAGI. .. MEMANG TAK GUNA SUNGGUHLAH ORANG TUA NI!!!

Sunday, June 10, 2012
Mungkin mata pembesar dan pemerintah Yaman sudah dibutakan oleh fitnah dan tohmahan Umno sehingga mereka menjemput dan menawarkan jawatan Penasihat Ekonomi Yaman kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir.

Apa sangatlah yang diketahui oleh Mahathir tentang ekonomi. Di Amerika Syarikat pun, khabarnya yang sangat dihormati, sangat dikenali dan sangat diketahui ketokohannya dalam bidang ekonomi adalah Anwar Ibrahim. Bahkan Anwar Ibrahim pernah mendapat jawatan tinggi dalam Bank Dunia dan IMF.... bukannya Mahathir.

Barangkali Presiden Yaman sebenarnya sudah tersalah orang. Mungkin yang hendak diminta adalah Anwar Ibrahim... tetapi dek kerana campurtangan Najib Abdul Razak, maka pembesar Yaman itu telah tersalah orang dan nama... daripada Anwar Ibrahim sudah bertukar menjadi Mahathir Mohammad.

Tidak syak lagi, pembesar dan pemerintah Yaman yang mengkagumi Malaysia dari sebuah negara berorientasikan pertanian kepada ekonomi perindustrian seperti sekarang, telah tersalah orang.

Dari semasa ke semasa, Anwar Ibrahim dan konco-konconya seringkali mendabik dada tentang kehebatannya menjadi Menteri Kewangan pada tahun-tahun 1990-an. Semua yang salah dan tidak pandai adalah Menteri-Menteri Kewangan sebelum itu termasuklah Daim Zainuddin dan Mahathir sendiri.

Jadi, macam mana pula pembesar Yaman itu boleh menyatakan kekaguman terhadap Tun Mahathir sehingga meminta bekas Perdana Menteri itu menjadi Penasihat Ekonomi Yaman?

Kes salah orang nih!!!

0 comments

Blog Archive

Labels