
Cerita tentang FGVH masih belum selesai. Para pemimpin PAS menyibuk serata FELDA menabur fitnah kononnya pengapungan tanah-tanah FELDA akan merugikan kaum peneroka, sungguhpun pada masa yang sama penjelasan telah dibuat dan ketetapan telah pun diberikan iaitu PENEROKA TIDAK AKAN HILANG WALAU SEINCI PUN TANAH MEREKA walau apa pun yang berlaku.
Kalau nak tangkis tentang tohmahan PAS dan Pakatan Rakyat, sampai kiamat pun tidak akan selesai. PAS semenjak berada dalam Pakatan Rakyat, sudah tidak ubah seperti IBLIS dan SYAITAN yang mempunyai terlalu banyak idea untuk menentang.
Yang kita nak sebut sekarang ialah, semenjak pengapungan dibuat, wujud satu situasi yang amat menarik untuk dilihat.
Daripada rakan-rakan yang bekerja di institusi kewangan, khususnya yang melibatkan pelaburan, usaha-usaha sedang giat dijalankan di serata FELDA untuk memastikan kaum peneroka dan keluarga mereka tidak melepaskan peluang sebaik-baiknya untuk memiliki saham-saham untuk tanah-tanah FELDA yang diapungkan.
Memandangkan satu perangai orang Melayu dan masyarakat FELDA yang sangat susah untuk mengeluarkan duit sendiri bagi tujuan pelaburan, maka dipermudahkan pinjaman bank untuk mereka. Pun begitu, ada banyak juga perkara-perkara mengarut terutama daripada generasi kedua dan ketiga yang merupakan penyokong Pakatan Rakyat tegar.
Namun pada masa yang sama, di kaunter-kaunter institusi kewangan yang melibatkan jual beli saham, pelabur-pelabur dari masyarakat Cina berebut-rebut membeli saham-saham terbitan baru melibatkan tanah-tanah FELDA yang diapungkan itu. Jumlah yang mereka beli juga sangat banyak.
Berbanding pelabur-pelabur Melayu bukan peneroka, jumlah mereka pula terlalu kecil. Sama ada kerana tidak berduit atau kerana mereka termakan dengan tohmahan Pakatan Rakyat, atau kerana kurang yakin atau kerana menganggap ianya merupakan perkara biasa, pegangan Melayu-Bumiputera selain KPF dalam pengapungan ini, nampaknya kurang memberangsangkan.
Di sebalik tohmahan, hasutan dan kempen yang dilancarkan oleh PAS secara berterusan, nampaknya hanya peneroka FELDA sahaja yang akan menikmati keuntungan daripada pengapungan tanah-tanah FELDA. Ia sekaligus mengembalikan semula ingatan kita kepada pengapungan tanah-tanah SIME DARBY, GOLDEN HOPE PLANTATIONS dan GUTHRIE setelah ketiga-tiga syarikat perladangan itu bergabung.
Walaupun peneroka FELDa bakal menikmati keuntungan tetapi keuntungan mereka jauh lebih kecil kerana mereka terikat dengan pinjaman bank. Tanpa pinjaman bank, mereka tidak akan melabur. Sedangkan pada masa yang sama, kaum yang dibiarkan oleh Pakatan pula, sibuk mengambil bahagian dan melihat prospek besar keuntungan daripada pengapungan berkenaan.
Justeru, adakah peranan yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat, khususnya dalam kes ini, PAS sebenarnya adalah bertujuan untuk memastikan masyarakat Melayu-Bumiputera terus ketinggalan bagi memudahkan mereka terus membuat tohmahan kononnya UMNO-BN tidak pandai menjaga masyarakat Melayu-Bumiputera sehingga masyarakat tersebut terus berada dalam kepompong kemiskinan?
Kes FGVH sudah cukup untuk menggambarkan niat jahat Pakatan Rakyat! Belum lagi diceritakan bagaimana mereka bersungguh-sungguh menentang Syed Mokhtar Al-Bukhary mengambilalih Penang Port kerana kononnya Syed Mokhtar adalah kroni UMNO tetapi pada masa yang sama, amat mengalu-alukan Robert Kuok yang tidak tinggal di Malaysia pun untuk mengambilalih pelabuhan berkenaan!
Belum lagi diceritakan bagaimana Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, khususnya DAP bersungguh-sungguh mahukan Robert Kuok diberikan semula hak monopoli sepenuhnya gula dan tepung!!!