IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, August 21, 2012

BUDAK PEREMPUAN UMUR 14 TAHUN HINA ALLAH TAALA KERANA BOYFRIEND!!!

Tuesday, August 21, 2012

Apalah nak jadi dengan budak-budak sekarang...

Hanya kerana seorang boyfriend, budak perempuan ini sanggup menghina Tuhannya. Barangkali dia tidak kenal Allah Taala, menjadikan dia berfikir, Allah Taala itu hanyalah satu nama tanpa makna sepertimana kepercayaan kaum JAHANNAM yang mengatakan kalimah Allah itu juga adalah hak kaum bukan Islam.

Sebagai hamba, wajib kita mengenal Allah Taala sama ada Asma-Nya dan Sifat-Sifat-Nya. Bahkan mengenal Allah Taala itu adalah fardu ain bagi setiap mukallaf dengan mengetahu Nama-Nya dan Sifat-Sifat-Nya bertepatan dengan syarak dan berlandaskan kepada ajaran Rasulullah s.a.w.

Mengenal Allah Taala itu adalah menerusi tiga jalan atau kaedah iaitu iktikad yang putus atau jazam, tiada syak, dzan dan waham. Muafakat (bersetuju) iktiqad itu dengan yang sebenar (bertepatan dengan iktiqad Ahli Sunnah Wal-Jamaah), maka tidak dinamakan mengenal jika iktiqad tidak bertepatan dengan yang sebenar (Ahli Sunnah Wal-Jamaah) seperti iktiqad orang Nasrani dan Yahudi. Dengan dalil sekalipun dengan dalil ijmali, jika iktiqadnya putus (jazam) serta bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah tetapi jika tidak dengan dalil maka dinamakan taqlid

Apabila tidak mengenal dan berusaha untuk kenal itulah, menjadikan kita sebagai hamba yang takabbur, megah, ujub dan sentiasa berasa yang dijadikan itu lebih penting dan lebih hebat berbanding Allah Taala.

Jauhilah kita daripada sifat-sifat berkenaan kerana sesungguhnya ia merupakan dosa yang tidak diampunkan oleh Allah Taala... na'uzubillah hi min zalik!

Budak perempuan yang menghina Allah Taala semata-mata kerana seorang boyfriend ini hanyalah contoh nyata, sedangkan dalam dunia politik Malaysia, terdapat ribuan bahkan jutaan manusia yang tidak pernah mengenal Allah Taala sehingga menjadikan Putrajaya dan tampuk kekuasaan serta jawatan Perdana Menteri sebagai matlamat hidup mereka.

0 comments

AKIBAT SUMPAHAN PENDUDUK BALING, AZEEZ RAHIM JADI GILA!!!


Apa lagilah nyang akan dibuat oleh Azeez Raheem, Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia yag juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Baling? Di sebalik tuduhan yang mengatakan Azeez gila glamour dan lahap kamera, kerja-kerja kebajikan yang dilakukan oleh Azeez dan kumpulannya melangkaui sempadan antarabangsa meskipun tidak banyak publisiti yang diberikan.

Azeez Rahim akan mengetuai misi kemanusiaan ke sempadan Iran-Uzbekistan dan Myanmar dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi. Persediaan sedang dilakukan dengan giat sementara menantikan kebenaran dan pelepasan dari pohak berkuasa ketiga-tiga negara.

Gilakah Ketua Bahagian UMNO Baling ini dengan dua lagi misi merbahaya? Tidak cukupkah dengan misi merbahaya di Mogadishu yang telah mengorbankan jurukamera BERNAMA?

Takkanlah Azeez Raheem tak menjadikan pemimpin PAS sebagai contoh? Contoh terbaik ialah bagaimana Presiden PAS terpaksa balik ke Malaysia selepas Presiden baru Mesir enggan bertemu dengannya walaupun PAS bersungguh-sungguh menyokong dan memperlihatkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan baru Mesir.

Sepatutnya macam tu lah Azeez. Ini tidak, Azeez banyak sangat melakukan kebajikan untuk rakyat Malaysia. Dia bukannya pemimpin parti pun. Dia sekadar Ketua Bahagian UMNO dan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia.

Sebelum ini, Azeez banyak terlibat dengan misi menyelamatkan wanita-wanita Malaysia yang telah dilarikan oleh lelaki-lelaki Indonesia untuk dijadikan sebagai hamba seks dan pekerja tidak berbayar. Walaupun kerja-kerja yang dilakukan oleh Azeez dan Kelab Putera 1Malaysia dianggap sebagai kerja-kerja remeh dan mudah, namun sehingga setakat ini, yang paling banyak melakukannya adalah Azeez dan kumpulannya, manakala para pengkritiknya pula sekadar berkokok di dalam gelanggang tanpa melakukan apa-apa.

Di Baling, Azeez melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh orang lain, terutama sekali yang membabitkan Imam-Imam Masjid. Bahkan ia tidak sahaja terhad untuk Imam-Imam di seluruh Baling, tetapi juga di seluruh Malaysia apabila baru-baru ini, Azeez buat gila dengan pemberian jubah dan duit raya.

Sedangkan berbanding para pemimpin PAS, walaupun di Kedah dan Kelantan, yang diberikan cumalah ceramah dan kempen agar Imam-Imam menyokong PAS. Di Baling, Imam-Imam di seluruh Baling diberikan modal untuk membiayai kewujudan sebuah koperasi untuk kebajikan para Imam sehinggakan beberapa orang Imam yang ditemui berkata, mereka hanya minta RM10,000 tetapi diberikan RM50,000 dalam satu majlis di Baling, tahun lepas.

Sekarang, Azeez buat gila lagi?

Azeez patut belajar daripada pemimpin-pemimpin PAS yang tidak perlu mengeluarkan sebarang modal, kecuali air liur dan muka tebal.... tidak seharusnya Azeez jadi gila sebegitu rupa!!!



1 comments

ELEH, MARAH KARPAL KUNUN... KENA SERGAH BALIK NANTI! KAU TERKENCING, TANTAWI!!!


Nasruddin Tanrawi bagaikan cuba membuktikan yang dia anak jantan dan tidak takut suatu apa pun melainkan mahu menegakkan Islam dan hudud di negara ini. Selepas berbohong ketika berdebat dengan Fathul Bari tempoh hari, bagaikan terkena kifarah, Nasruddin terus dimalukan dengan kenyataan demi kenyataan Karpal Singh.

Bermula dengan penafian bahawa dia telah bersetuju dengan hukum hudud sebagaimana yang didakwa oleh Nasruddin, Karpal Singh terus berhujah menyatakan bahawa hukum hudud tidak dapat menyelesaikan masalah jenayah.

Nasruddin tampil sekali lagi mengeluarkan kenyataan seolah-olah ingin membela dirinya sendiri setelah dimalukan kerana berbohong. Menurut Tantawi, kenyataan terbaru Karpal akan menjejaskan sokongan Melayu-Islam kepada PAS dan pada masa yang sama, mencabul persefahaman dalam Pakatan Rakyat. Lebih daripada itu, akan memperlihatkan kebaculan PAS yang sentiasa terpaksa tunduk dan akur terhadap DAP.

Hakikatnya memang PAS bacul dan sentiasa perlu tunduk kepada DAP. Ini terbukti apabila Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang cukup konsisten menyokong DAP memberitahu, isu yang tercetus antara Tantawi dan Karpal adalah isu peribadi yang bukan melibatkan parti.

Begitulah sikap para pemimpin PAS kalau mereka bercakap, langit pun boleh runtuh tetapi apabila melihat kepada hakikatnya, mereka hanyalah si penakut yang boleh diludah dan dikahak oleh para pemimpin DAP dan PKR. Anehnya, yang memulakan isu adalah para pemimpin PAS sendiri tetapi kesudahannya mereka yang sentiasa perlu mengalah dan mengaku salah!

Jenis pemimpin yang langsung TAK BOLEH DIHARAP membela Islam dan umatnya, cukup banyak di dalam PAS. Kena sergah dengan Karpal Singh sahaja sudah cukup untuk membuatkan seluruh jemaah PAS terkencing terberak dan tidak tidur malam berhari-hari lamanya!

Lainlah kalau Karpal Singh tu pemimpin UMNO....

1 comments

Monday, August 20, 2012

ANWAR TENGAH PENING, BUAH PINGGANG BUAT HAL!!!

Monday, August 20, 2012
Melihat kepada sambutan orang ramai terhadap rumah terbuka Perdana Menteri Malaysia, sudah tentulah orang yang paling sakit hati adalah Anwar Ibrahim.

Setelah berpenat lelah buat onar dan tohmahan kononnya rakyat Malaysia sudah menyampah tahap gaban kepada Najib Abdul Razak, sambutan kepada Perdana Menteri itu lain pula petunjuknya.

Adakah Anwar akan mengatakan bahawa orang ramai itu sebenarnya adalah upahan Najib Abdul Razak bagi meramaikan majlis?

Bukankah itu yang sering diperkatakan oleh Anwar dan orang-orangnya yang enggan menerima hakikat, Najib memang lebih popular daripadanya?

100,000 yang datang... Anwar terkedu. Di Kelantan, Nik Aziz juga berjaya himpunkan ramai pengikut dan pengkagumnya walaupun jumlahnya tidak sampai 10% daripada yang datang ke rumah rasmi Perdana Menteri. Sedangkan Anwar Ibrahim sengap-sengap sahaja walaupun selama ini cukup gah dengan kepopularitiannya.

Atau barangkali Anwar tidak menyambut Aidil Fitri atau dia sebenarnya benci dengan budaya rumah terbuka yang hanya wujud dalam sambutan Aidil Fitri wilayah Nusantara?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments

KALAU INGATKAN TENTANG KRISTIANISASI, RASIS TAPI KALAU KEMPEN BENCIKAN ISLAM, KEBEBASAN BERSUARA!!!


Pemuda UMNO mengesahkan kekecutan dan ketakutan mereka terhadap kemarahan pelbagai lapisan masyarakat kononhya yang berang dengan 'peringatan' dalam bentuk poster yang disiarkan oleh laman web pergerakan berkenaan sehingga perlu menariknya kembali dengan serta merta. Khairy Jamaluddin pula dalam kenyataannya berkata, poster berkenaan tidak adakena mengena denganpergerakan yang diketuainya.

Media proPakatan menyatakan poster sedemikian merupakan satu cubaan mengapi-apikan rakyat dengan isu agama. Kononya UMNO jahat sangatlah dengan kempen sebegitu rupa.

Dalam apa-apa keadaan sekalipun, UMNO yang akan dipersalahkan walaupun yang memulakannya adalah pihak Pakatan.

Ketika awal pasca PRU12, Pakatan menerusi lidah Anwar Ibrahim dan para pemimpin DAP begitu giat memainkan isu-isu keagamaan yang sangat sensitif termasuklah isu kalimah ALLAH yang mendapat sokongan kuat para pemimpin PAS dengan dalil-dalil logik akal mereka. Malah Nga Kor Ming dalam ceramahnya mempersoalkan peruntukan yang diberikan kepada masjid dan sekolah-sekolah menggunakan wang negara yang menurutnya tidak adil.

Apabila isu tersebut menjadi hangat dan orang Melayu, Bumiputera serta golonganyang mencintai keamanan mulai bersuara menentang kempen haramjadah Pakatan, maka bermulalah putar belit dan cakap bohong Pakatan yang menyalahkan UMNO sepenuhnya termasuklah dalam insiden kepala lembu yang kononnya mrnghina agama Hindu walaupun perlambangan yang digunakan oleh kumpulan terbabit adalah kepada Menteri Besar dan Khalid Samad yang disifatkan sebagai bodoh seperti lembu dengan kepala mereka dipijak-pijak.

Tentu ramai yang masih lagi dengan kempen Kristianisasi oleh DAP dalam pilihanraya negeri Sarawak April tahun lalu. DAP dalam kempen pilihanrayanya telah menggunakan isu agama dengan menggambarkan Kerajaan Pusat sebagai penentang Jesus Christ dan mana-mana calon yang menyokong Barisan Nasional perlu ditolak kerana bersubahat menentang Jesus Christ dan Kristian.

Pada ketika itu mana perginya mereka yang marah-marah dengan poster yang mengingatkan Pakatan akan menukarkan negara ini menjadi Negara Kristian? Mengapa hanya apabila diingatkan tentang Kristianisasi, maka dianggap sebagai rasis dan pencetus huru-harakeagamaan tetapi apabila Islam danumatnya dihina, ia dianggap sebagai satu kempen kebebasan?

Ia menginatkan kita kembali kepada insiden DUMC yang membabitkan lebih seratus orang Islam yang berjaya dimurtadkan dan DAP merupakan penentang paling kuat terhadap tindakan JAIS menyerbu pusat berkenaan sambil disokong oleh PASdan Anwar Ibrahim. Dan apabila DAP menyokong pengliberalan dan bebas murtad, golongan Pakatan jugalah yang menyokongnya kerana dianggap sebagai kebebasan beragama.

0 comments

GUAN ENG DAN TERESA KOK BAKAL DIPECAT DAP KERANA MENYERTAI PERDANA MENTERI!!!


Sekali lagi DAP mengajar PAS tentang keberadaan dan keperluan poitik di negara ini.

Ketika PAS sedang sibuk-sibuk hendak mengenakan bekas Timbalan Presiden mereka kerana bergambar dengan Najib Abdul Razak, DAP menerusi Setiausaha Agungnya dan Exco Kanan Selangor hadir dalam majlis Aidil Fitri Perdana Menteri di Seri Perdana. Gambar mereka tidak sahaja tersiar dalam media baru dan sosial, bahkan dalam media massa dan elektronik arus perdana.

Namun berbeza dengan PAS yang sangat bersikap kebudak-budakan, DAP pula memperlihatkan kegembiraan mereka kerana sama-sama menyertai sambutan salah satu perayaan terbesar di Malaysia tanpa mengorbankan prinsip kepartian.

Berbeza dengan PAS yang beriya-iya ingin membuktikan kepada DAP bahawa mereka sanggup melakukan apa-apa sahaj demi Pakatan Rakyat, DAP menerusi Guan Eng pula cuba memperlihatkan toleransi yang tinggi dan lebih bijak.

Amat mustahil orang-orang DAP akan menggesa agar Guan Eng melepaskan jawatan dan dipecat dari parti keran menghadirkan diri dalam majlis berkenaan. Juga amat mustahil juga Khalid Ibrahim dan PKR Selangor berani buka mulut kerana Exco Kanan negeri itu ada di majlis Aidil Fitri Najib Abdul Razak.

Takkanlah PAS tidak mampu berfikir secara waras dalam hal ini? Kalau dikirakan kebencian Guan Eng kepada UMNO jauh lebih besar berbanding kemarahan PAS. Apatah lagi dendam DAP dan Guan Eng kepada UMNO bukan perkara kecil terutama yang membabitkan Tragedi 13 Mei 1969, namun semua itu tidak menghalang DAP daripada bertindak bijak.

Sedangkan pada masa yang sama, PAS pula seperti budak kecil tidak cukup akal yang merengek kerana puting susu emak tidak cukup panjang!

0 comments

KALAU ANDA PERCAYA LAMAN BLOG ANWAR IBRAHIM TELAH DIGODAM, ANDA BODOH!!!


Anwar Ibrahim cuba menggunakan kesempatan pada Hari Raya Aidil Fitri untuk menabur fitnah lagi. Amat mudah untuknya mengatakan dan menduuh bahawa laman blognya telah digodam oleh cybertrooper UMNO tanpa dia memberikan sebarang bukti meskipun dalam banyak kenyataannya yang lain, dia akan meminta bukti kalau dia dituduh.

Benarkah laman blog Anwar itu telah digodam oleh cybertrooper UMNO memandangkan di dalam perutusan berkenaan, Anwar Ibrahim meminta maaf di atas segala perbuatan jahatnya selama ini?

Atau sebenarnya salah seorang daripada pengendali laman blog tersebut yang diupah oleh Anwar Ibrahim sebenarnya yang sudah tidak tahan kemudian melakukan sabotaj untuk memalukan Ketua Umum PKR yang telah terbukti sebagai seorang pengamal budaya liwat dan seks rambang?

Tidak mustahil juga sekiranya ia sengaja dilakukan megikut perancangan Anwar Ibrahim yang sakit hati dengan cybertrooper UMNO yang masih tidak jemu-jemu melondehkan keharamanjadahan Anwar Ibrahim dan seni lakonnya yang amat memualkan.

Justeru untuk menambahkan perisa dan cerita sepanjang cuti Aidil Fitri, pasukan Anwar mempersembahkan satu lagi drama yang agak kurang berisiko seperti cerita arsenik, virus HIV, jam OMEGA, pelacur China mahupun Twitter ke Makkah.

Anehnya kalau benar ianya perbuatan cybertrooper UMNO, mengapa dalam banyak isu serta dalam beberapa saat kritikal, laman blog Anwar Ibrahim tidak digodam dan tiada sebarang perutusan palsu yang disiarkan selama ini? Mengapa ketika berita Anwar kian sepi dan kurang diperkatakan, barulah muncul cerita laman blognya digodam, mulai kedengaran?

Itu sahajakah yang mampu dilakukan oleh pasukan admin laman blog Anwar Ibrahim yang sudah pening mencari jalan bagi membuatkan orang masuk ke situ dan membaca tulisan Anwar ataupun copy paste berita yang berkenaan dengan Anwar Ibrahim?

Menjadikan cybertrooper UMNO sebagai dalang dan kambinghitam tidak akan dapat menyelesaikan masalah kekurangan pelawat dan pendengar temberang Anwar Ibrahim di blognya. Bahkan semakin menunjukkan bahawa Anwar sudah teramat terdesak!

Hanya si bodoh dan si bebal sahaja yang akan percaya, laman blog Anwar dicerobohi cybertrooper UMNO!!!

0 comments

KEMPEN PILIHANRAYA DIPERHEBATKAN SEPANJANG 1 SYAWAL... UMNO-BN BOLEH LAWAN KE?

Penulis berkesempatan untuk merayau-rayau sepanjang 1 Syawal, memandangkan penulis bebas daripada terikat dengan budaya balik kampung. Walau bagaimanapun kerinduan untuk beraya di kampung membawa penulis ke Melaka.

Satu perkara yang menarik sepanjang hari penulis berada di Melaka ialah, kepulangan anak cucu untuk sama-sama memeriahkan sambutan 1 Syawal turut membawa sama kempen pilihanraya yang begitu rancak terutama dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Para penyokong Pakatan Rakyat bersungguh-sungguh membawa cerita-cerita tentang 'kebaikan' dan keprihatinan kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang menjadi sebahagian dari rukun hari raya walaupun antara yang menjadi rukun di negeri Hang Tuah ini adalah rendang itik.

Bagi mereka yang tahu apa sebenarnya berlaku di Selangor, mereka lebih senang tersenyum sinis tetapi enggan membalas apa yang dipromosikan oleh para penyokong Pakatan Rakyat. Namun bagi penyokong Pakatan Rakyat, cerita-cerita bohong tentang Selangor dan kejayaan pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri itu, sudah pastilah akan membuatkan mereka kembang hidung kalau tidak pun punggung.

Antara cerita yang paling kerap dituturkan ialah kejayaan Pakatan Rakyat memberikan air percuma 20 meter padu tanpa sedikit pun diceritakan tentang cukai pintu dan cukai tanah yang dinaikkan oleh Pakatan Rakyat untuk mengimbangi pemberian percuma tersebut.

Kononnya kalau Selangor boleh bagi air percuma tentu sekali Melaka yang sangat kaya, lebih dari mampu memberikan air percuma kepada penduduk dan rakyatnya. Segala cerita tentang Selangor, kalau keluar dari mulut para penyokong, baik-baik belaka.

Mereka bijak menutup segala kelemahan dengan cerita-cerita fantasi. Tidak ada satu pun cerita tentang masalah sebenar di Selangor mereka mampu ceritakan seperti kisah Talam Corporation yang hutang-hutangnya oleh PKNS yang prosesnya cumalah tiga jam. Khalid Ibrahim digambarkan sebagai insan yang cukup istimewa tanpa mereka ceritakan bagaimana Khalid Ibrahim terhutang budi dengan taukeh Talam yang telah membayar hutangnya dengan Bank Islam yang jumlahnya lebih RM600 juta sehingga akhirnya Khalid Ibrahim menggadaikan negeri untuk mengambil hati pendananya!

Begitu juga dengan cerita tentang sekatan air kepada penduduk dan rakyat di kawasan tertentu yang dijadikan oleh Pakatan Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangir untuk membangkitkan sentimen kemarahan rakyat terhadap SYABAS dan Kerajaan Pusat. Juga tidak diceritakan tentang masalah pusat-pusat urut yang tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan terutama di kawasan-kawasan orang Melayu seperti di Bandar Baru Bangi yang pada zaman Barisan Nasional tak wujud pun walau satu pun rumah dan pusat maksiat di kawasan berkenaan.

Berbanding pula dengan penyokong Barisan Nasional, khususnya UMNO, trend mempromosikan parti individu atau komponen tidak dilakukan sebaliknya para penyokong Pakatan Rakyat lebih banyak mempromosikan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Masalah yang melibatkan krisis dalaman PAS, masalah gila kuasa dan pengaturan orang-orangnya oleh Azmin Ali dalam PKR serta kebencian DAP secara total terhadap Islam dan umatnya sangat mudah ditutup oleh para penyokong Pakatan dengan jawapan standard, semuanya itu hanyalah PEMBOHONGAN UMNO.

Pilihanraya sudah semakin hampir namun, para penyokong Barisan Nasional masih belum menunjukkantaring mereka yang sebenar. Apakah para penyokong Barisan akan terus mengamalkan budaya tutup mulut dan menjadi silent majorit sebagaimana yang mereka lakukan selama ini? Atau sememangnya benar seperti yang dikatakan oleh para penyokong Pakatan Rakyat Barisan Nasional sudah tidak ada penyokong lagi?

Atau penyokong Pakatan Rakyat yang tersangat beriya-iya mengarang cerita bohong untuk disebarkan di kampung-kampung?

0 comments

Sunday, August 19, 2012

ANTARA KARPAL SINGH DAN NASHARUDDIN MAT ISA, SIAPA YANG LEBIH DISAYANGI PAS?

Sunday, August 19, 2012

Karpal Singh sudah sah akan membawa Nasharuddin Mat Isa ke mahkamah kerana 'menfitnahnya'. Nasharuddin Mat Isa yang dibantai sebagai ANJING UMNO oleh sekalian muflisin, pula sudah berikrar akan berhadapan dengan Karpal Singh di mahkamah tanpa sebarang keraguan dan ketakutan.

Segala-galanya berpunca daripada kenyataan Karpal yang menolak hudud dengan nada kasar. Dan kenyataan Karpal Singh itu dibalas dengan beraninya oleh Nasharuddin Mat Isa dengan mengatakan Karpal Singh menolak Islam.

Barangkali dalam kepala Karpal Singh, dia hanya menolak hudud dan bukannya Islam kerana beranggapan hudud dan Islam adalah dua perkara yang berbeza. Manakala kaum muflisin pula beranggapan, penolakan hudud oleh Karpal Singh boleh ditutup dengan tuduhan bahawa UMNO dan para pemimpinnya turut menolak hudud. Justeru, Karpal Singh tidak bersalah pada pandangan mereka.

Kita akan melihat siapa sebenarnya yang akan menerima sokongan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PAS dalam kes ini. Adakah Karpal Singh yang berjaya menambat hati para pemimpin dan ahli-ahli PAS terutama sesudah Dewan Ulama PAS yang dikatakan muktabar itu mengisytiharkan bahawa DAP bukanlah kafir harbi, atau pun Nasharuddin Mat Isa yang pernah berjasa kepada PAS, apatah lagi dia merupakan protege Allahyarham Fadhil Nor, bekas Presiden PAS.

Dan yang paling menariknya, apakah para pemimpin PAS akan melihat ini peluang terbaik untuk mereka mempromosikan diri sebagai penganut liberalisme tegar, sepertimana yang telah dilakukan dan diajarkan oleh Anwar Ibrahim kepada mereka selama ini.

0 comments

KERANA FILEM TANDA PUTERA, LIM KIT SIANG BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP SUHAIMI BABA!!!


Filem TANDA PUTERA yang sebenarnya mengisahkan tentang persahabatan akrab dan wawasan dua orang pemimpin terhebat yang pernah dilahirkan oleh Malaysia iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Dr. Ismail, sebenarnya cukup membuatkan Lim Kit Siang dan DAP gementar dan kecut perut. Sebabnya, sebahagian daripada filem berkenaan menunjukkan apa yang berlaku pada 11, 12 dan 13 Mei 1969.

Mengapa Kit Siang melompat kuat sangat?

Kit Siang menyatakan bahawa salah satu adegan dalam filem berkenaan, telah menfitnahnya. Bagaimanapun, watak Lim Kit Siang tidak wujud dalam filem tersebut. Namanya tidak dinyatakan pun!

Dengan kata lain, Lim Kit Siang sebenarnya amat perasan yang nama dan wataknya ada dalam filem tersebut. Kit Siang juga sebenarnya mahu ia disebut oleh Suhaimi Baba dalam filem Tanda Putera. Kit Siang juga bersetuju bahawa DAP sememangnya terlibat secara langsung dalam tragedi berkenaan.

Kit Siang mengakui dia tidak pernah menonton filem Tanda Putera. Namun pada masa yang sama, Kit Siang juga mengakui bahawa dia diberikan maklumat kononnya watak lelaki Cina yang kencingkan tiang bendera adalah dirinya menerusi maklumat blog dan portal.

Justifikasi yang dilakukan oleh Kit Siang nampaknya sangat bersifat semberono. Dia tidak menonton dan tidak melihat sendiri kebenaran yang diyakininya tetapi,membuat kesimpulan bahawa dia telah dihina dan difitnah.

Jenis pemimpin apakah Kit Siang yang bertindak hanya berdasarkan cakap dengar? Kalau para pemimpin PAS yang enggan menonton klip video seks Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur China tetapi menyifatkan berita tentang perzinaan Anwar Ibrahim sebagai satu fitnah, barangkali Kit Siang juga ingin sebaris dengan mereka. Enggan menonton sendiri tetapi kemudian mahukan orang lain mempercayai dengan apa yang mereka percaya, merupakan perkara terhina yang mampu dilakukan oleh seorang pemimpin politik.

Paling menjengkelkan ialah apabila Kit Siang terus mengulang-ngulang cerita yang dia tidak berada di Kuala Lumpur pada 10, 11, 13 dan 13 Mei 1969. Sedangkan tarikh sebelum itu adalah pilihanraya umum. Berbeza dengan PRU zaman sekarang, PRU 1969 dan PRU-PRU sebelum itu dipenuhi dengan rapat umum. Tempoh berkempen bukannya kurang sepuluh hari seperti sekarang sebaliknya dua puluh satu hari.

Mengapa Kit Siang tidak ceritakan apa yang dikempennya dalam rapat-rapat umum sepanjang tempoh sebelum PRU 1969 sehingga mencetuskan ketegangan kaum? Mampukah Kit Siang menafikan bahawa kempen-kempen kurang ajar kaum pendatang ke atas kaum pribumi yang menyebabkan ketegangan dan konflik kaum?

Atau Kit Siang ingin menggunakan kaedah anaknya, Guan Eng dengan menyatakan bahawa semuanya salah UMNO kerana takutkan DAP? Sedangkan pada tahun 1969, DAP baru sahaja berusia tidak sampai tiga tahun dan sangat terdesak untuk menyaingi MCA. Malah dengan sokongan kaum komunis dan sosialis kepada DAP, UMNO dan PERIKATAN pada waktu itu tentunya tidak berani menjalankan kempen subversif seperti yang dilakukan oleh DAP yang mahu mendapatkan sokongan masyarakat Cina menerusi perlecehan terhadap Melayu, Bumiputera dan Islam.

Kit Siang tak perlu membela dirinya menerusi cerita kononnya dia tidak ada di Kuala Lumpur. Kit Siang juga tidak perlu berlagak seolah-olah dia telah difitnah oleh mana-mana pihak. Temubualnya dengan Roketkini sekadar menunjukkan betapa Kit Siang sebenarnya sangat bimbang dan takut dengan sejarah sebenar negara ini terutama yang membabitkan 13 Mei 1969.

Walhal sepatutnya Kit Siang yang bercakap terus terang tentang sejarah pembabitannya dalam 13 Mei, bukannya cuba berbohong sebab dia memang ada dan merupakan salah seorang yang menyebabkan tragedi 13 Mei 1969. Atau sebenarnya Kit Siang takutkan tali gantung sehingga membuatkan dia meroyan tidak tentu arah?

Dan kerana itulah, Kit Siang cukup bengang dengan Filem TANDA PUTERA yang turut menggambarkan sebahagian daripada sejarah yang melibatkan DAP, parti yang dipimpinnya dan Malaysia Malaysian yang menuntut pertumpahan darah sehingga akhirnya turut mengorbankan dua orang pemimpin hebat iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Dr. Ismail.

0 comments

HARI RAYA YANG TAK SELAMAT!!!


Pada kala ini, kita semua dihujani ucapan selamat hari raya dari pelbagai sumber, pelusuk dan makhluk. Sehinggakan ada sesetengah daripada kita terpaksa 'membersihkan' memori telefon selular masing-masing kerana terlalu banyak ucapan selamat hari raya yang diterima.

Namun pernahkah kita terfikir, untuk apakah kita berhari raya?

Aidil Fitri adalah hari kemenangan kita melawan hawa nafsu sepanjang sebulan kita menahannya. Tetapi adakah hawa nafsu makan dan minum sahaja yang kita rayakan? Kalau setakat berlapar dan dahaga, kemudian dirayakan dengan ketupat rendang, dodol, wajik dan lemang, rasa-rasanya kita dengan jahiliyyah tiadalah jauh bezanya.

Adakah kerana Aidil Fitri sebahagian daripada kita terpaksa menjerut perut sehingga dapat gaji pada penghujung bulan hadapan, memandangkan gaji bulan ini telah kita pulun habis-habisan? Atau sebahagian daripada kita pula sedang mencongak-congak, barang kemas apa yang perlu ditolak ke pajak gadai kerana sebahagian daripada pinjaman gaji tidak lagi mampu menampung keperluan bermula pada esok?

Kita bermaaf-maafan kerana hari ini Hari Raya Aidil Fitri... namun adalah kemaafan yang dipohon dan diberikan itu sekadar keperluan untuk kelengkapan hari raya atau sebenarnya ia memang dari lubuk hati yang ikhlas. Dan kalau datangnya dari lubuk hati yang ikhlas, mengapa pula hari ini, mengapa tidak semalam, bulan lepas atau pada bila-bila masa?

Hari ini majoriti daripada kita mencium dan memeluk ibu bapa yang telah lama kita tinggalkan. Adakah kerana hari raya, maka kita baru tahu ada ibu bapa kita yang perlu kita jenguk? Mengapa tidak sebelum hari raya atau pada bila-bila masa? Adakah ibu bapa hanya wujud pada Hari Raya semata-mata dan menjelang hari raya keempat, kita sudah tidak ada ibu bapa lagi?

Kita di Malaysia sebenarnya sudah meninggalkan jauh AIDILFITRI yang dituntut oleh Islam. Kita di Malaysia, sudah terlalu jauh meninggalkan AidilFitri yang menggantikan salah satu dari dua perayaan kaum jahiliyyah Arab, bahkan kita pula yang menggantikan Aidil Fitri dengan perayaan jahiliyyah.

Bahkan kita beraya kerana semata-mata ia adalah hari cuti dan adat menuntut kita untuk beraya seperti sekarang dengan budaya utamanya adalah ke kubur untuk berziarah....

Semoga kita semua kembali kepada Aidil Fitri yang haq!

0 comments

Saturday, August 18, 2012

MAHATHIR DAH NYANYUK! MAHATHIR DAH GELABAH BEWAK!!!

Saturday, August 18, 2012

Secara tiba-tiba kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr. Mahathir berhubung penyertaan PAS bersama-sama UMNO dan keluar dari Pakatan Rakyat dalam usaha mewujudkan hudud di negara ini, menarik perhatian tersangat ramai muflisin Pakatan Rakyat. Maka rancaklah mereka bercerita tentang 'dosa-dosa' Mahathir terhadap hudud berpuluh tahun lampau.

Sama ada mereka bebal ataupun sebenarnya sudah merasai nikmat air ludah DAP, para pecacai dan muflisin berkenaan ternyata sudah tidak mampu lagi berfikir secara waras dan berlapang dada, sepertimana yang sering diajarkan oleh Islam kepada penganutnya.

British sengaja membiarkan PAS wujud sebagai sebuah parti politik pada tahun 1951 kerana dengan kewujudan sebuah lagi parti Melayu yang berdaftar dan tidak bersikap revolusioner, maka mudahlah British melepaskan tanggungjawabnya terhadap jutaan pekerjaan bawaan dari Tanah Besar China dan India di negara ini. 'Rakyat Ratu' yang sepatutnya menjadi rakyat Britain di bawah Komanwel, akhirnya dipaksa menjadi rakyat Tanah Melayu menerusi prinsip jus soli. Perpecahan pada 1951 memudahkan kerja-kerja British...

Itu adalah sejarah yang tercatat. Tidak ada cara sama sekali untuk memusingbalikkan sejarah. Sejarah tetap sejarah. Sama ada ianya dijadikan pengajaran mahupun didiamkan dan kemudian cuba dipesongkan sebagaimana yang cuba dilakukan oleh Lim Kit Siang dalam kes Tragedi 13 Mei 1969.

Bengapnya para pecacai dan muflisin yang menggelakkan dan mencerca Tun Dr. Mahathir dalam idea terbarunya itu ialah, kerana prinsip jus soli yang terpaksa diterima oleh pemimpin terdahulu demi memerdekakan negara ini daripada penjajahan British, menyebabkan sebarang perjuangan secara bersendirian tidak akan berjaya atau bolehlah dianggap, sebagai pemanis mulut semata-mata.

PAS muncul dengan hudud hanya pada penghujung 1980-an. Begitu juga dengan Negara Islam. Pemimpin-pemimpin awal PAS, tidak pernah memperkatakan tentang Negara Islam, jauh sekali menyentuh tentang hudud yang mereka tahu, amat mustahil dilakukan di negara kerana demografi dan struktur negara yang sama sekali telah berubah selepas 1955.

Pilihanraya Umum 1955 telah membuktikan, PAS tidak boleh bersendirian. Pilihanraya yang pertama itu juga membuktikan UMNO tidak boleh berjuang secara bersendirian. UMNO dan PAS memerlukan perikatan dengan parti-parti yang mewakili sebahagian lagi masyarakat yang membentuk negara ini.

Justeru apabila Mahathir mengatakan, hanya dengan bersama-sama UMNO, barulah PAS boleh memperkatakan tentang hudud, ia adalah benar dan tidak boleh disanggah. Sekarang ini, memang PAS boleh bercakap tentang hudud tetapi setakat bercakap sahajalah. PAS boleh berbangga kerana mereka boleh bercakap tetapi UMAT ISLAM DI MALAYSIA amat malu kerana cakap-cakap PAS sekadar berstatus cakap dan sembang kedai kopi!

Nak sembang besar, berapa kerusi Parlimen yang PAS kuasai? Berapa pula yang PAS dibenarkan tanding? Adakah kerusi-kerusi penguasaan PAS mampu meminda atau mengusulkan sebarang akta? Adakah kerusi-kerusi penguasaan PAS cukup untuk mencapai dua pertiga majoriti yang membenarkan sebarang akta dan undang-undang baru diluluskan?

UMNO juga tidak boleh membuat sebarang pindaan dengan penguasaan di Parlimen setakat ini. Itu adalah hakikat. Sekarang ini pun, UMNO terpaksa berganding dengan parti-parti lain untuk membentuk kerajaan. Walaupun penguasaan UMNO mungkin hampir 90 kerusi tetapi itu tidak cukup untuk membolehkannya tegak secara bersendirian. Dan berbanding DAP yang begitu hebat menentang sebarang undang-undang Islam, MCA pula dilihat hanya terikut-ikut dengan rentak tari DAP yang begitu agresif cuba mendapatkan undi kaum Cina menerusi pemesongan fakta. Sebaliknya sudah terlalu banyak buktinya, bagaimana MCA akhirnya memilih untuk bekerjasama dengan UMNO menangani sebarang isu secara lebih bijaksana berbanding memprovokasinya sebagaimana yang dilakukan oleh DAP terhadap PAS.

Gabungan PAS dan UMNO akan menghasilkan jumlah kerusi yang cukup besar. Walaupun sekarang ini, ada SI BONGOK-SI BONGOK dari PAS yang memberikan cadangan, UMNO tidak perlu bertanding di kawasan PAS untuk membolehkan hudud dilaksanakan, hakikatnya, PAS sebenarnya yang tidak perlu bertanding dengan UMNO kerana telah terbukti dari 1955, PAS yang lebih banyak tertolak, bukannya UMNO.

PAS sebenarnya yang berada dalam keadaan tiada sebarang kelebihan. Sekarang pun, PAS masih tetap tiada kelebihan, terutama sekali apabila sentiasa dilawak-lawakkan oleh DAP dan PKR dalam semua isu yang PAS bentangkan. Sebaliknya PAS yang dipaksa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada DAP dan PKR, sehinggakan PAS perlu membuat sidang media untuk menjelaskan bahawa DAP bukannya kafir harbi!!!

Hanya si bebal dan yang telah tertutup hatinya sahaja yang akan terus melolong apabila ada pihak yang mengutarakan agar PAS bersama-sama UMNO kerana bagi yang terus mata, mereka akan dapat melihat bahawa kebersamaan itulah yang akan mengukuhkan sesuatu perjuangan, bukan melemahkannya!

Umat Islam hanya menjadi kuat apabila mereka menyatukan semua fikrah, bukannya berlagak kononnya orang lain lebih bongok dan bodoh berbanding mereka sehinggakan mereka sentiasa meminggirkan diri.....

Qiyasnya... itulah sebab, Allah Taala memasukkan sekalian pendosa ke dalam satu neraka secara bersama-sama, sebaliknya syurga pula diciptakan secara berasingan untuk setiap individu, bukannya berjamaah!!!!

0 comments

Friday, August 17, 2012

MANA DUIT ZAKAT? MANA PUSAT ZAKAT?

Friday, August 17, 2012

Bila terbaca berita-berita tentang golongan muallaf miskin, makin terbakarlah hati penulis dengan PERANGAI PEMALAS dan BERPANGKU TANGAN institusi zakat dan segala macam mazhab persatuan kebajikan Islam yang mencerminkan Islam tidak lengkap tanpa wujudnya pelbagai persatuan, pertubuhan mahupun parti politik.

Kisah 16 sekeluarga yang tidak pernah menikmati aidilfitri selama dua dekad kerana kemiskinan, membuatkan kita terfikir sejauh manakah HARAMJADAH-HARAMJADAH dalam Pusat-pusat zakat yang pandai cari ayat Quran yang menceritakan tentang azab dan seksa kepada golongan yang enggan membayar zakat tetapi tidak pernah bercerita apa-apa kepada golongan HARAMJADAH BERSERBAN, BERJANGGUT, DAN bila cakap ada nahu Arab tapi duit anak yatim digunakan untuk sara hidup mereka, bekerja dengan amanah.

Bayangkanlah selama dua puluh tahun... Apa ke jadahnya orang pejabat agama langsung tak tahu tentang keluarga berkenaan? Jemaah qarib masjid pun tak tahu sebab hanya fikir tentang jemaah sendiri? Ketua blok, ketua kelompok dan segala macam ketua lain pun tak tahu? Paling cikai pun, pemimpin-pemimpin parti politik yang begitu bijak mencari ruang untuk cari nama pun tak tahu?

Memang siallah kalau masih ada orang miskin yang melarat sebegitu rupa sehingga perlu diperkenalkan oleh sebuah akhbar tabloid yang sentiasa mencari isu sensasi untuk melariskan jualan.

Lebih memalukan kearana yang miskin itu muallaf dan orang Islam...

BABI TONYOK MANA DALAM Lembaga Zakat Selangor yang leka mengulit duit zakat sampai tak tahu duit zakat itu bukan milik mereka?

MEMANG SIAL!!! MEMANG HARAMJADAH!!!

ORANG AGAMAKAH MEREKA?

TIDAK, MEREKALAH IBLIS LAKNATULLAH YANG MENYARA HIDUP DENGAN DUIT ORANG MISKIN DAN KEMUDIAN MENYATAKAN NEGARA INI TIDAK CUKUP ISLAM!!!

BABI!!! SIAL!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comments

MOKHZANI MAHATHIR MASUK PAS LEPAS RAYA?


Apa sudah jadi?

Adakah Mokhzani Mahathir yang suatu ketika dahulu pernah menerajui Parlimen Merbok, sudah menghantar borang keahlian PAS?

Adakah Mokhzani Mahathir yang pernah menuruti jejak langkah bapanya keluar dari UMNO pada zaman Abdullah Badawi, sekarang mendahului Tun Mahathir dengan melangkah masuk PAS?

Adakah ini 'bekas' pemimpin besar UMNO yang dikatakan dan dicanangkan akan masuk PAS dalam tempoh yang terdekat?

Kalau benarlah Mokhzani Mahathir masuk PAS, apakah konsekuensnya kepada UMNO Negeri Kedah dan Barisan Nasional Malaysia? Apakah Mokhzani yang masih turun ke kawasan biarpun tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti, mahupun kerajaan, malah kerap memberitahu, dia tidak punya cita-cita politik sebaliknya bekerja untuk membantu parti, memberikan isyarat, bahawa parti yang dibantunya sekarang, bukan lagi UMNO tetapi PAS?

Kalau tidak, mengapa penampilan dan gaya pendekatannya, lebih PAS dari orang PAS?

Gambar menceritakan seribu cerita...

0 comments

SUDAHLAH BEBAL, KUAT MEMBOHONG PULAK TUH!!!


Tak mengapalah kita popularkan Abby Abadi, kan? Bukannya apa, sekadar untuk dijadikan teladan kepada masyarakat awam agar tidak meniru atau mengikut jejak langkahnya dengan membodoh-bodohkan diri atau pun cubaan untuk membodohkan orang lain. Lebih-lebih lagi dah dekat sangat ngan Aidil Fitri nih...

Kata Abby Abadi, mana-mana artis dan kakitangan awam yang menyokong pembangkang, susah nak dapat kerja!

Iyer ker?

Atau minah ronggeng yang bertutup kepala tetapi ternganga mulutnya itu, memang dilahirkan sebagai insan yang tidak cukup cerdik?

Berapa ramai artis yang menyokong pembangkang dan masih mendapat kerja. Bahkan pengarah-pengarah iklan yang terang-terang menyokong pembangkang pun, masih juga dapat berkarya dengan bebas di media-media kerajaan. Contoh terbaik ialah, pengarah Iklan Raya BERNAS yang terbaru... sedangkan dia adalah penyokong PKR pekat. Begitu juga dengan penulis lirik Awan Nano, nyanyian Hafiz.

Ito Blues Gang, penyokong PAS pekat walaupun tahi ganja. Banyak juga function kerajaan yang menjemput Ito. Begitu juga dengan Yassin, The Brothers. Masih juga dapat job.

Kakitangan awam?

Berapa ramai guru-guru, kerani, pengarah, Ketua Pengarah, bahkan Setiausaha Kementerian yang menyokong pembangkang, masih lagi bekerja dengan bebas tanpa sedikit rasa terancam atau takut diberhentikan kerja? Kakitangan awam mana yang telah diberhentikan kerja kerana menyokong pembangkang di Malaysia?

Kalau berhenti pun, disebabkan mereka berhenti secara sukarela sebab rasa bersalah, bukannya kerana dibuang kerja. Takkan kerajaan nak jadi bodoh sebab memberhentikan kakitangan awam semata-mata kerana menyokong pembangkang dan selepas itu, mahkamah memerintahkan kerajaan membayar pampasan dan menerima si polan-si polan berkenaan masuk kerja balik?

Melainkan orang-orang bebal macam Abby Abadi sahaja yang akan berfikiran sebegitu rupa!!!

2 comments

FAUZIAH YAAKOB DIMANGSAKAN PKR UNTUK SELAMATKAN PUNGGUNG GEBU RAFIZI RAMLI?

Dalam beberapa hari ini, tiba-tiba sahaja nama Fauziah Yaakob menjadi buah mulut ekoran pendedahan yang dibuat tentang wistleblow Rafizi Ramli dan PKR melibatkan projek sambungan LRT Ampang yang dianugerahkan kepada George Kent.

PKR menerusi wakil mereka, Rafizi Ramli dan Zuraidah Kamaruddin telah membuat sidang media untuk membantu membersihkan imej Fauziah Yaakob yang dikatakan terpaksa berulang alik ke Bukit Aman untuk disiasat dan memberikan keterangan.

Ada dua drama yang tergantung dalam 'kisah' ini. Pertama, mengapakah PKR tiba-tiba sahaja menjadi prihatin terhadap Fauziah Yaakob dengan melakukan sidang akhbar dan mempertahankan cerita bahawa Fauziah Yaakob bukanlah pembocor maklumat kepada mereka?

Walhal perkara itu sebenarnya boleh ditangani dengan mudah iaitu menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa untuk membersihkan nama Fauziah Yaakob.

Apakah PKR sebenarnya ingin membuktikan kepada kakitangan awam bahawa mereka boleh menghantar sebanyak mana rahsia dan maklumat kerana PKR bersedia membela mereka, tidak sahaja menerusi sokongan yang dibuat menerusi sidang media tetapi juga menerusi bantuan guaman?

Paling ironinya, apa yang menyebabkan PKR begitu bersungguh-sungguh mahu membela Fauziah Yaakob sedangkan kalau mereka mendiamkan diri tanpa mengusik nama Fauziah Yaakob, itu akan menjadi keuntungan yang lebih besar kepada PKR. Apabila PKR membela Fauziah dalam satu sidang media, seolah-olah memberi isyarat bahawa memang Fauziahlah orang yang menjadi dalang dan PKR yang cuba mempopularkan akta whistleblow, mahukan Fauziah dilindungi di bawah akta berkenaan.

Drama kedua ialah, apakah PKR cuba mengambil kesempatan hari raya dan cuti panjang untuk membolehkan tentera-tentera mereka menyusupkan maklumat yang salah kepada orang ramai. Ditambah pula dengan Rafizi Ramli yang didakwa kerana melanggar akta BAFIA dan pada masa yang sama berhadapan dengan masalah saman bersama-sama Zuraidah Kamaruddin, soksek yang melibatkan susuk tubuh Fauziah Yaakob boleh menjadi senjata terbaik untuk menunjukkan kononnya kerajaan Najib Abdul Razak sanggup mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang cuba mendedahkan skandal kewangan dan salahguna kuasa oleh kerajaan.

Apatah lagi, penjelasan sebenar tentang kesalahan Rafizi yang melanggar BAFIA masih kurang dibuat dan diuar-uarkan, membolehkan PKR menggunakan ruang dan peluang yang ada dengan seluas-luasnya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


0 comments

Wednesday, August 15, 2012

TAHNIAH DAP! AKHIRNYA NIK AZIZ MASUK DAP!

Wednesday, August 15, 2012
Dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz berhubung gambar bekas Timbalan Presiden PAS bersama-sama dengan Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak, mengesahkan bahawa wali PAS itu mempunyai masalah hati yang sangat teruk.

Dendamnya terhadap Nasaruddin Mat Isa tidak pernah padam sekalipun Nasaruddin masih kekal setia bersama-sama PAS dan tidak pernah membayangkan yang dia akan meninggalkan parti yang dianggotainya semenjak dari bangku universiti lagi.

Lebih teruk lagi ialah apabila Nik Aziz memperlihatkan kedengkiannya yang luar biasa kepada Nasaruddin yang merupakan orang kepercayaan Allahyarham Fadhil Nor, bekas Presiden PAS yang merupakan kawan Dr. Mahathir semenjak kecil lagi.

Mengulas gambar berkenaan, Nik Aziz sengaja membenarkan hasutan geng-geng PARASIT dan IBLIS dalam PAS apabila mengatakan tindakan Nasaruddin keluar dari PAS dan masuk UMNO bukanlah memeranjatkan.

Dengan memberikan contoh bagaimana bekas musuhnya dalam PAS, Allahyarham Tan Sri Asri Muda yang meninggalkan PAS setelah digulingkan oleh kumpulan yang diketuai oleh Nik Aziz sendiri pada awal 80-an, Nik Aziz awal-awal lagi dengan sengaja cuba menaikkan sentimen khawarij PAS yang sebenarnya sudah berakar umbi.

Walhal Nasaruddin sebenarnya adalah Pengarah Biro Hubungan Antarabangsa PAS sendiri!

Kalau Nasaruddin dikatakan masuk UMNO semata-mata kerana bergambar dan menemani Najib Abdul Razak ke Makkah, apakah wajar juga Nik Aziz dikatakan sebagai masuk DAP kerana dia bukan sahaja banyak kali dilihat bersama-sama para pemimpin DAP tetapi sangat banyak kali membela DAP setiap kali kafir harbi itu hilang hujah dijerkah UMNO?

Apatah lagi Nik Aziz sendiri sudah berpeluk dan bercium-ciuman dengan Kit Siang dan Guan Eng!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments

AKU KEBULUR! AKU KEBULUR! - BOB LOKMAN

Kebelakangan ini, PAS lebih banyak mempromosikan artis-artis yang baru tahu pasang kopiah putih atas kepala, pakai tudung, dan baru reti tang mana duduk kiblat umat Islam berbanding memperjuangkan perjuangan sebenar PAS. Untuk menunjukkan yang PAS adalah sebuah pertubuhan yang baik dan membaikkan, maka dipromosilah konon-kononnya artis-artis yang telah masuk PAS sebagai BERHIJRAH.

Justeru sebagai golongan yang BERHIJRAH, dikatakanlah pula, artis-artis berkenaan telah meninggalkan tabiat buruk sebelum mereka masuk PAS. Malah, tabiat artis-artis terbabit jauh lebih murni kerana mereka telah menerima hidayah dan inayah dari Allah Taala.

Sekeping gambar menceritakan seribu kisah!

Salah seorang artis yang cuba digambarkan oleh PAS sebagai penghijrah total adalah Bob Lokman. Dengan berserban berjubah dan kelihatan amat zuhud, Bob Lokman juga turut dipotretkan sebagai cicit Tok Kenali, salah seorang ulama tersohor Kelantan pada penghujung awal abad ke-20.... SAMBUNG BACAAN DI SINI


0 comments

JOHARI ABDUL HILANG SELEPAS SEBAT RM8 JUTA PERUNTUKAN PENIAGA MISKIN DI SUNGAI PETANI!!!!


Siapa yang tidak kenal dengan Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani yang pernah mengaku mukanya seiras P.Ramlee dalam usahanya untuk membersihkan imej Anwar Ibrahim setelah video seorang lelaki yang terlalu sangat mirip dengan Anwar Ibrahim sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita yang dikenalpasti sebagai pelacur China berleluasa di Internet. Malah siapa yang dapat melupakan bagaimana Johari Abdul tergelak besar sambil memberikan pengesahan lelaki di dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim tanpa menyedari bahawa segala gelagatnya telah dirakam oleh kamera tersembunyi.

Sebagai seorang pemimpin PKR, Johari Abdul sememangnya adalah manusia hipokrit yang sangat kuat menipu. Tiada apa-apa yang dilakukannya melainkan meneruskan budaya PKR yang sangat popular iaitu MENIPU dan KEMUDIAN MENYALAHKAN UMNO-BN.

Selepas PRU12, Johari Abdul yang baru sahaja menang sebagai Ahli Parlimen Sungai Petani telah berjanji akan melaksanakan projek pembinaan bangunan perhentian bas ekspres Sungai Petani sebagai cara untuk menunjukkan yang Pakatan Rakyat jauh lebih cekap dan bersih berbanding Kerajaan UMNO-BN sebelum itu.

Menariknya, pada awal tahun 2009, Kerajaan Pusat telah memperuntukkan RM8 juta untuk projek berkenaan dan pengurusan pembinaan bangunan berkenaan dianugerahkan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Johari Abdul melihat peluang untuk buat duit besar. Projek pembinaan bangunan berkenaan di kawasan Parlimen Sungai Petani. PKNK pula diberikan kepada anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah. Kerajaan Negeri Kedah pula berada di tangan PAS dan Pakatan Rakyat. UMNO dan Barisan Nasional telah kehilangan kuasa di Negeri Jelapang Padi itu.... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM.


0 comments

BETINA TALIBARUT ANWAR IBRAHIM INI, BERNAFSU SERAKAH RUPA-RUPANYA!!!

Fauziah Yaacob, Setiausaha Bahagian Perolehan Kementerian Kewangan yang turut berada dalam Lembaga Tender, masih belum memberikan sebarang reaksi berhubung pendedahan yang dibuat oleh beberapa buah blog tentang peranannya sebagai GUNTING DALAM LIPATAN dan pengkhianat yang bertunjangkan komisyen lebat daripada syarikat-syarikat kontraktor.

Wanita berkenaan didakwa sebagai salah seorang daripada pengkhianat yang berselindung di sebalik status Penjawat Awam dan telah menyalurkan pelbagai maklumat kepada pejabat PKR khususnya Rafizi Ramli bagi memastikan kepentingannya dengan syarikat lain, tidak terjejas.

Bertindak sebagai duri dalam daging, Fauziah yang mempunyai hubungan rapat dengan Syarikat Ingress yang turut mempunyai kepentingan dalam Balfour Betty yang angkuh dan enggan bertolak ansur membabitkan pembinaan penyambungan LRT Ampang yang didakwa Rafizi Ramli, telah diserahkan kepada George Kent.

Beberapa hari lepas, Rafizi Ramli dan Zuraidah Kamaruddin bersama-sama beberapa orang pemimpin PKR terpaksa membuat sidang media sebagai cubaan untuk membersihkan nama Fauziah Yaacob.

Rafizi Ramli dan Zuraidah Kamaruddin berkeras menyatakan bahawa Fauziah bukanlah wistleblow yang telah menyerahkan dokumen Kementerian Kewangan kepada mereka. Lebih menarik lagi ialah apabila Zuraidah Kamaruddin menyatakan, pendedahan wajah dan maklumat tentang Fauziah Yaacob oleh blog-blog berkenaan sebagai langkah UMNO untuk menyekat penjawat-penjawat awam daripada membocorkan rahsia kepada pembangkang.

Sama ada Rafizi Ramli atau Zuraidah Kamaruddin bodoh dan bebal, atau cubaan untuk membodohkan rakyat Malaysia, bukan rahsia lagi untuk mengetahui bahawa terlalu ramai penjawat awam di Malaysia yang sebenarnya menjadi musang berbulu ayam dan Fauziah Yaacob tidak mustahil salah seorang daripada mereka.

Idea kononnya, Fauziah adalah satu-satunya WANITA dalam Lembaga Tender itu seperti yang dinyatakan oleh Zuraidah Kamaruddin adalah satu permainan psikologi yang amat lemah sepertimana usaha bersungguh-sungguh Zuraidah untuk membuktikan yang Shahrizat Abdul Jalil mempunyai kepentingan secara langsung dalam syarikat NFC.

Mei 2010, seorang lelaki bernama Muhammad Rasyid Narayanan telah didenda sebanyak RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana menceroboh laman web www.treasury.gov.my dan didakwa menyamar sebagai Menteri Kewangan serta menghantar dua e-mel palsu kepada dua orang pegawai Kementerian tersebut yang mana salah seorang daripada pegawai berkenaan adalah Fauziah Yaacob.

0 comments

SPEAKER DUN KELANTAN NI MEMANG JENIS BENGONG DAN BANGANG RUPA-RUPANYA!!!

Nassaruddin Daud, Speaker DUN Kelantan berkata, apa yang sedang berlaku di mana promosi kononnya ramai yang masuk PAS termasuklah artis, sama seperti kaum musyrikin Makkah memeluk Islam pada Futhuhat Makkah.

Kemudian dikatakannya pula, UMNO sedang kelemasan sehingga terpaksa mencipta isu kononnya DAP menentang hudud bagi menyelamatkan hayat UMNO yang semakin hampir ke penghujung. Menurutnya, adalah munasabah DAP menolak hudud kerana mereka bukan Islam, sedangkan UMNO pula Islam.

Atau barangkali Speaker DUN Kelantan itu sebenarnya ketakutan sebab, semakin lama, semakin kuat tentangan terhadap PAS dan penyanggahan dakyah-dakyah serta pembohongan-pembohongan agama yang dilakukan secara terang-terangan berbanding beberapa tahun yang lepas sehingga terpaksa mencipta CERITA FANTASINYA sendiri?

Namun yang paling malang lagi ialah apabila Speaker DUN Kelantan itu mengatakan HUDUD HANYA UNTUK ORANG ISLAM, dan BUKAN ISLAM TIDAK TERTAKLUK!!!

Alahai... Speaker DUN tu... bukan tukang cuci jamban atau tukang sapu sampah tepi jalan. Hujahnya bahawa hudud hanya untuk orang Islam, mungkin telah ditemuinya dalam Harakah dan Keadilan Daily.

Cakap berbelit-belit.... sekejap kata Malaysia negara sekular, bukan negara Islam. Maknanya kalau ikut pendapat kononnya hudud hanya untuk rakyat beragama Islam dan tidak tertakluk kepada rakyat bukan beragama Islam, sah-sahlah Nabi s.a.w tidak adil kerana pernah melaksanakan hudud terhadap dua orang Yahudi yang bermastautin di Madinah... na'uzubillah...

Baik Kitab Siyasah Syariah karangan Ibn Taimiyyah, mahupun Al-Ahkam Al-Suthaniyyah karangan Al-Mawardi ataupun kitab yang bertajuk sama karangan Abu Ya'la Muhammad bin Al-Hasan bin Muhammad bin Khalaf bin Al-Farra', tidak langsung membezakan umat Islam mahupun bukan Islam dalam perlaksanaan hukuman hudud di negara atau wilayah yang dikuasai umat Islam.

Takkanlah Speaker DUN Kelantan itu lebih arif, lebih berilmu dan lebih arifbillah berbanding ulama-ulama yang telah disebutkan di atas sehingga membuat ijtihadnya sendiri kononnya hudud itu TIDAK ADIL dan ZALIM kerana hanya memperlakukan umat Islam di dalam sebuah negara berbanding rakyat bukan Islam di negara tersebut?

0 comments

HANYA KERANA BERGAMBAR DI SISI NAJIB, NASHARUDDIN DISIFATKAN SEBAGAI ANJING OLEH ORANG PAS SENDIRI!!!


Nun jauh di Pantai Timur, suara PELESIT yang bersarungkan pakaian DPP Kelantan mendesak agar Nasaruddin Mat Isa melepaskan jawatannya selaku Ahli Parlimen Bachok. Di media-media maya pula, para penyokong PAS menggila dengan kemarahan dan kebejatan otak yang tidak terkawal sehingga Nasaruddin Mat Isa dilabelkan sebagai ANJING UMNO.

Semuanya kerana sekeping gambar yang memperlihatkan Nasaruddin Mat Isa berada di sebelah Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak di Makkah bersama-sama dua orang pembesar Arab.

Sesungguhnya, amatlah melucukan kerana kehadiran Nasaruddin bersama-sama Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden UMNO dianggap sebagai satu pengkhianatan kepada PAS.

Barangkali sebilangan besar orang PAS tidak mengetahui bahawa DAP begitu berbangga apabila Setiausaha Agung parti mereka pada ketika itu, Lim Kit Siang menemani Perdana Menteri Malaysia iaitu Dr. Mahathir, menyaksikan pelancaran satelit Tiung-sat di Kazakhstan. Tidak ada langsung cemuhan terhadap Kit Siang, malah langsung tidak ada desakan agar Kit Siang melepaskan jawatannya kerana telah memalukan DAP.

Nampak sangatlah benak dan pendek akal orang-orang PAS ini. Maka tidak hairanlah mengapa manusia bengong seperti Mat Sabu dan Mahfuz Omar boleh dilantik sebagai pemimpin memandangkan yang melantik mereka pula mempunyai kepandaian yang mungkin lebih sedikit berbanding cacing tanah!!!

Sekaligus mengesahkan bahawa di dalam PAS, sudah tidak ada kebaikan melainkan yang ada hanyalah penjahanam-penjahanam umat dan negara...

2 comments

Tuesday, August 14, 2012

WANITA YANG SEMBUNYIKAN KEBEBALAN TAHAP GABAN DI BAWAH TUDUNGNYA!!!

Tuesday, August 14, 2012

Apabila Abby Abadi meminta dengan 'rendah diri' agar dia tidak difitnah lagi, kelihatanlah seolah-olah dia adalah seorang wanita yang telah dan sentiasa dijadikan mangsa oleh semua orang di dunia ini.... sama macam Anwar Ibrahim jugalah... dia tak salah, orang lain sahaja yang bersalah, lebih-lebih lagi musuh politiknya.

Dia bertudung dan dia berdakwah, kononnya telah menjadi masalah besar!

Alangkah malangnya sesiapa sahaja yang pernah hidup bersama dengan wanita sebegini yang gemar menjadikan dirinya sebagai bahan sasaran untuk membolehkan dia terus hidup dan diperkatakan.

Tiada sesiapa pun yang menfitnahnya walaupun wanita yang bernama glamour Abby Abadi itu dengan sengaja menceburkan dirinya ke kancah fitnah apabila dia mula berkempen politik. Banyak perkara yang diperkatakan dalam ceramahnya, malah kelibatnya dalam beberapa acara semakin banyak menimbulkan perasaan meluat orang ramai kepadanya.

Dia meminta agar dirinya tidak difitnah, tetapi dia tidak pula berhenti daripada menfitnah orang lain!

Itulah masalahnya....

Mungkin dia boleh mengatakan dan memprojekkan dirinya dengan pelbagai imej yang baik-baik atau cantik-cantik tetapi perbuatannya sendiri sudah cukup untuk menceritakan bahawa tudung yang dipakainya, masih tidak mampu menutup kebusukan di dalam hatinya!!!

Kesian perempuan ini!!!

0 comments

NASARUDDIN MAT ISA MEMANG MENATANG!!!


Bekas Timbalan Presiden PAS yang kalah di tangan Mat Sabu, Nasaruddin Mat Isa atau lebih popular di kalangan 'peminat-peminatnya' sebagai Ustaz Nasa kembali dan muncul lagi dengan saranan yang sengaja menyakitkan hati golongan PARASIT dan IBLIS dalam PAS.

Menurut Nasaruddin Mat Isa, PAS seharusnya keluar dari Pakatan Rakyat kerana penghinaan yang dibuat oleh Karpal Singh dan DAP ke atas Islam, umat Islam dan PAS secara khususnya.

Pasti sekali ramailah PARASIT dan IBLIS dalam PAS yang akan terkesima dengan kata-kata Nasaruddin Mat Isa. Kebencian mereka terhadap Nasaruddin Mat Isa akan membuak-buak dengan saranan yang dilahirkan oleh bekas Timbalan Presiden PAS itu.

Ditambah pula dengan HASUTAN dan MANGKUK TAMBAH Hasan Ali yang turut membidas golongan PARASIT dan IBLIS dalam PAS yang hanya mementingkan kuasa, tidak sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan parti tersebut, tentu sekali akan membuatkan kepala PARASIT dan IBLIS dalam PAS akan bertambah serabut.

PARASIT dan IBLIS dalam PAS bukannya mahukan Islam. Mereka tidak pernah mahukan Islam dimartabatkan walaupun dalam ucapan dan kempen-kempen mereka, itulah yang dituturkan. Sebabnya, penghinaan-penghinaan yang dilemparkan oleh Karpal Singh secara berterusan dan DAP yang menjadi dalangnya, tidak pernah mencuit perasaan dan hati mereka. Mereka lebih banyak mendiamkan diri, malah mencari jalan untuk mensabitkan UMNO dalam masalah berkenaan.

Anehnya, UMNO pula yang melenting-lenting apabila Karpal Singh menghina hudud dan PAS. UMNO pula yang mendesak agar PAS bertindak terhadap penghina berkenaan walaupun sebahagian besar PAS pula menyalahkan UMNO dan memperlekehkan usaha UMNO...

Sudah menjadi hakikat, segala pembohongan PARASIT dan IBLIS PAS tentang DAP kononnya telah menerima Islam dan hudud tidak mampu menyembunyikan lagi belang kemunafiqan mereka meskipun pada masa yang sama, mereka masih lagi berusaha untuk membuat fitnah, kononnya mereka memperjuangkan Islam menerusi pilihanraya!!!

1 comments

MACAM MANA KAD JEMPUTAN KAHWIN GAY KEPADA ANWAR IBRAHIM BOLEH JATUH KE TANGAN BLOGGER UMNO?

Sebenarnya, cerita-cerita tentang Anwar Ibrahim semakin kurang diperkatakan oleh pecacai-pecacainya kebelakangan ini. Masing-masing takut buat salah dan masing-masing bimbang sekiranya promosi yang diberikan kepada Anwar Ibrahim akan bertukar menjadi senjata yang boleh membunuh peluangnya menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7.

Namun, orang yang kerap melakukan onar dan ulah seperti Anwar Ibrahim, tentu sahaja ada-ada sahaja berita tentangnya yang tidak dapat dimanipulasikan oleh para pemuja dan tukang propaganda upahannya. Sokongannya kepada LGBT dan flip-flopnya tentang golongan homoseksual, menambahkan lagi perisa kepada kerenahnya yang kerap mempolitikkan sesuatu.

Sekeping kad resepsi perkahwinan antara seorang Pastor gay bernama Ngeo Boon Lin dengan 'suaminya', Phineas Newborn III telah disiarkan oleh beberapa buah blog semalam. Sekalipun tidak mendapat reaksi segera daripada Anwar Ibrahim tetapi pecacai Anwar Ibrahim mula menulis dan mengeluarkan hujah lemah berdasarkan perangai mereka yang gemar menimbulkan persepsi.

Resepsi antara Ngeo Boon Lin dan Phineas Newborn III telah diadakan di sebuah restoran Cina di Berjaya Times Square pada 5 Ogos lalu. Majlis tersebut dihadiri oleh lebih kurang 200 orang tetamu dan sejumlah wartawan dari akhbar berbahasa Cina yang telah diminta agar tidak melaporkan tentang majlis tersebut kecuali setelah ianya berakhir.

Ngeo yang merupakan seorang Pastor, tinggal di Amerika Syarikat semenjak 1998. (CERITA SELANJUTNYA DI SINI)

Pecacai Anwar Ibrahim cuba menimbulkan persepsi kononnya kad jemputan perkahwinan tersebut telah dipalsukan semata-mata untuk memburuk-burukkan keperibadian Anwar Ibrahim. Namun mengambil kira sokongan besar Anwar Ibrahim kepada masyarakat gay serta tentangannya kepada undang-undang di Malaysia berkenaan liwat dan homoseksual yang disifatkan sebagai lapuk, persepsi yang cuba ditimbulkan itu bolehlah dikatakan sebagai dangkal.... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM


0 comments

BEZA KATAK SEMENANJUNG DAN KATAK SABAH SARAWAK... SATU DIHINA, SATU LAGI DIPUJA!!!


Ketika peristiwa lompat keluar dari Pakatan terjadi di Perak satu masa dulu, wah bukan main mengamuk rakyat Perak yang memuja Pakatan.. Segala ejekan dan kelakuan di buat untuk menzahir kan kemarahan.

Kerajaan baru yang ujud akibat lompatan keluar itu sampai di gelar Kerajaan haram oleh puak Pembangkang. Begitu marah sekali sehingga kereta Raja Nazrin di halang oleh lembu gentian pembangkang yang baring di tengah jalan.

Nizar yang menjadi Boneka DAP dapat menjadi MB atas jasa UMNO, jasa kerana menentu kan undang tubuh kerajaan negeri di cipta dulu dulu MB mesti Melayu Islam. Jika DAP boleh ikut kehendak nya, mereka akan pilih kaum dari puak mereka sendiri, tentu sekali Nga atau Ngeh dan bukan nya Nizar. tapi kerana undang tubuh kerajaan awal awal dulu mengkhusus kan bahawa MB mesti Islam Melayu. Maka Nizar lah naik duduk kerusi MB. Kira amat berjasa lah UMNO kepada Nizar.

Kemarahan penyokong Pakatan atas kebencian kepada Katak politik yang merubah kan jumlah kerusi. Mereka mengejek ejek dengan panggilan Katak kepada orang orang yang keluar dari Pakatan. Malah Sultan juga terima tempias hinaan kaum ini kerana melulus kan kerajaan hasil lompatan ini.

Tapi, betul ke orang Pakatan benci kepada katak? Mengejek katak sesuka hati kepada sesiapa sahaja yang keluar dari kalangan mereka.Tanya betul betul.

Ketika Anwar Ibrahim dengan riak dan takabur mengata kan bahawa Kerajaan baru akan di tubuh kan pada 16 September dulu, bukan kah ia nya dari sistem Katak? Orang orang BN di tawar lompat masuk ke Pakatan bukan atas sistem katak ke? Jika tertubuh kerajaan baru di Putrajaya akibat kes 16 September , bukan kah ia juga kerajaan Haram dan akibat perbuatan Katak? Mahu kah orang Pakatan baring di Jalan raya?

Anwar juga amat akrab dengan Jefrrey Kitingan yang juga katak popular.Terlompat sana terlompat sini tapi tidak di gelar Katak oleh kaum Pakatan atas sebab orang ini datang dari kalngan mereka sendiri.... SAMBUNG BACAAN DI SELANGORDAILY.COM

0 comments

DEK KERANA PENANGAN GOYANG GERUDI ISTERI MUDA, MP KUALA LANGAT CERAIKAN ISTERI TUANYA!!!

Sedang kebanyakan umat Islam begitu tekun menjalani ibadah berpuasa selain penambahan ibadat-ibadat lain, termasuklah berdoa agar diberikan kehidupan yang hasanah di dunia dan akhirat, serta menanti kedatangan 1 Syawal yang seringkali diwarnai dengan keceriaan dan kegembiraan, rupa-rupanya ada insan yang terpaksa menahan sebak dan sengsara.

Kisah Ahli Parlimen Kuala Langat yang kemaruk 'berdaging mentahkan' bini muda yang dikahwini di Songkhla dan mendapat sokongan terbesar daripada Ketua Wanita PKR, Zuraidah 'Mak Lampir' Kamaruddin, telah pun diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia.

Dalam laporan polis yang dibuat oleh Halimah Mohd Sahat, isteri kepada Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani, wakil rakyat PKR itu telah bertindak kejam terhadapnya dengan enggan membenarkan dia masuk ke rumah selain mencampakkan semua pakaiannya yang diletakkan di dalam karung sampah di luar rumah. Manakala isteri mudanya yang merupakan Ketua Wanita PKR Hulu Selangor, Faizah Ariffin pula mencampakkan semua pinggan mangkuk serta periuk belanga yang pernah digunakan oleh Halimah Mohd Sahat di luar rumah untuk digantikan dengan pinggan mangkuk serta periuk belanga yang baru. (KISAH SELANJUTNYA BOLEH DIBACA DI SEL13.COM)

Rupa-rupanya pagi semalam, Ahli Parlimen Kuala Langat yang cuba menafikan dia seorang lelaki zalim dan suami yang tidak bertanggungjawab setelah mendapat isteri muda, telah menceraikan Halimah Mohd Sahat, 48, dengan talaq satu di Mahkamah Syariah.

Perjuangan Halimah nampaknya sudah sampai ke penghujung jalan. Halimah kehilangan rumahtangga yang dibinanya selama 27 tahun bersama-sama Abdullah Sani gara-gara Abdullah Sani mempunyai jawatan selaku Ahli Parlimen dan berkenalan dengan seorang janda bergetah bernama Faizah Ariffin.

Sayangnya, Halimah bukannya orang politik dan dia tidak pandai tendang terajang orang politik. Sedangkan lawannya iaitu suami sendiri dan madunya pula adalah orang politik yang cukup bijak memutar belitkan lidah dan memutihkan perbuatan yang hitam.

Lebih malang lagi, Halimah juga kehilangan anak-anaknya yang lebih menyebelahi bapa mereka kerana Halimah tidak mampu memberikan mereka wang memandangkan selama ini pun Halimah adalah seorang surirumah sepenuh masa seperti yang dikatakan oleh salah seorang anaknya sewaktu Halimah meminta agar dia dijemput dari Stesen Bas Klang Sentral.

Dengan lafaz talaq satu di hadapan hakim Mahkamah Syariah itu, nampaknya Faizah Ariffin berjaya merampas segala susah payah, titik peluh dan air mata yang diharungi bersama-sama Halimah Mohd Sahat dengan Abdullah Sani selama 27 tahun.

Dan Abdullah Sani pula yang mungkin terpesona kesedapan dengan goyangan gerudi Faizah Ariffin yang kisah gedik silamnya tidak kurang hebat, tidak lagi pening kepala dengan isteri tua yang layanannya mungkin tidak sebagus 27 tahun lalu.

PKR... dari parti, pemimpin sehinggalah ke akar umbi... semuanya jenis tak berguna!!!

0 comments

Monday, August 13, 2012

ANWAR CERITA LOMPAT PARTI LAGI... TUHAN DAH TUNJUKKAN SIAPA PENGAMAL RASUAH!!!

Monday, August 13, 2012
Pergi Sabah, Anwar sibuk canangkan pemimpin-pemimpin BN akan melompat parti dan menyokongnya. Pergi ke Sarawak, pun perkara yang sama juga Anwar canangkan. Semuanya kisah lompat parti. Anwar tidak pernah ceritakan bagaimana dia boleh merampas kuasa melalui pilihanraya, sebaliknya dia seronok bercerita tentang bagaimana dia berjaya mendapat kuasa menerusi lompat parti.

Lompat parti pernah 'difatwakan' oleh PAS sebagai perbuatan keji. Walau bagaimanapun, 'fatwa' berkenaan dihilangkan sementara sewaktu seorang ADUN UMNO melompat masuk PKR. Konon-kononnya melompat masuk Pakatan, dihalalkan... melompat ke Barisan Nasional sahaja yang tidak boleh.

Akhirnya Allah Taala runtuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak kerana ulah lompat parti... PAS terduduk dan Nizar Jamaluddin, terus jadi gila sampai ke hari ini tanpa dapat diubati.

Anwar paling popular dengan 16 September 2008 menerusi cerita lompat parti beramai-ramai yang membolehkannya merampas kuasa. Walaupun Pakatan Rakyat memerlukan lebih 40 kerusi berbanding Barisan Nasional yang hanya memerlukan 8 kerusi untuk menguasai dua pertiga majoriti di Parlimen, sembang tentang lompat parti berterusan dengan hampir kesemua penyokong Anwar Ibrahim amat percaya, mereka akan menjadi kerajaan.

Akhirnya, mereka dibohong hidup-hidup. Bukan sahaja mereka, bahkan para pendana luar negara yang banyak membantu Anwar Ibrahim, juga tepuk dahi kerana berjaya dibohongi oleh Anwar Ibrahim yang hidupnya tiada lain melainkan BERBOHONG, MENIPU dan MEMPERDAYA.

Sekarang, kita dengar lagi cerita tentang lompat parti. Entah siapa-siapa di Sabah dan Sarawak yang lompat parti, Anwar Ibrahim dan konco-konco mereka besar-besarkan kononnya itu adalah pemimpin utama Barisan Nasional. Sehinggakan Lajim Ukim dan Winfred Bumburing pun dikatakan pemimpin besar Barisan Nasional!

Meroyan Anwar Ibrahim memang sudah sangat teruk dan memang sudah sampai ke tahap kronik. Mungkin tidak lama lagi, Anwar Ibrahim akan membuat pengumuman kerajaan langit akan menghantar bala tentera memenangkannya setelah Ustaz Kaunseling Jam 3 Pagi, Badrol Amin mengangkat martabatnya selaku Imam Mahdi.

Cuma yang lawaknya nanti, dalam duk seronok cerita tentang orang-orang kecil Barisan Nasional Sabah dan Sarawak nak menyeberang menyokongnya, alih-alih ada pulak pemimpin besar Pakatan Rakyat, khususnya PKR yang masuk UMNO!

Masa tu, kita boleh tengok Anwar berpeluh-peluh cari alasan seperti ketika Perak jatuh ke tangan UMNO-BN angkara seorang pemimpin wanita UMNO yang tidak pernah disangka-sangka oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat!!!

0 comments

PEMBOHONGAN P.BALASUBRAMANIAM DIDEDAHKAN!!!


Masih ingat penyiasat persendirian P.Balasubramaniam yang membuat akuan bersumpah tentang pembunuhan Altantuya Shiiribu oleh Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor tidak lama dahulu? Adakah anda masih ingat bagaimana akuan bersumpahnya telah digunapakai oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk menyerang Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor, atau lebih tepat lagi menfitnah pasangan suami isteri itu.

P.I Balasubramaniam merupakan antara PELAKON dan WATAK PENTING yang berjaya dihangatkan oleh Anwar Ibrahim dalam usaha Ketua Pembangkang Malaysia itu untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak dan menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional yang dipilih oleh rakyat.

Justeru apabila Raja Petra Kamaruddin, orang yang bertanggungjawab mempopularkan pembunuhan Altantuya Shiiribu dengan pembabitan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor, sekali lagi mendedahkan bahawa P. Balasubramaniam sebenarnya adalah alatan fitnah Anwar Ibrahim, kebanyakan pecacai Pakatan Rakyat, khususnya yang berkiblatkan Anwar Ibrahim jadi tidak tentu arah.

Sel13.com akan membuat pendedahan siapa sebenarnya P. Balasubramaniam dan mengapa dia ingin benar pulang ke Malaysia.

P. Balasubramaniam merupakan penyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak Baginda untuk ‘memerhatikan’ Altantuya Shiiribu yang telah memeras ugut Abdul Razak dan krisis atau lebih tepat lagi skandal cinta tiga segi. Untuk lebih mencantikkan jalan cerita, P. Balasubramaniam pula dikatakan sebagai proksi Razak Baginda dalam Perimekar..... BACA SETERUSNYA DI SEL13.COM


0 comments

BILA AZHAR IDRUS BERJUMPA KAZIM ELIAS DI ATAS SATU PENTAS CERAMAH!!!


Suka tak suka, Azhar Idrus memang popular. Popularitinya cuma dapat ditandingi oleh Kazim Elias. Azhar Idrus dilihat sebagai ikon 'taghut' PAS yang baru kerana lisannya kerap kali membelasah UMNO dan Barisan Nasional. Manakala Kazim Elias pula dianggap sebagai ustaz murtad kerana membelasah dan banyak melondehkan kejalangan PAS.

Kalau orang UMNO, mudah... sesiapa yang ngajar agama, mereka akan dengar dengan telinga capang. Tapi kalau orang PAS, mereka hanya dengar ustaz-ustaz tertentu saja.

Dalam hal ini, Ustaz Kazim tak disukai orang PAS sebab selalu bantai PAS, sedangkan Azhar Idrus pula disukai sebab bantai UMNO...

Macam mana kalau Azhar Idrus bertemu Kazim di atas satu pentas ceramah?

Jom kita tengok sama-sama....


0 comments

NAJIB DAN ROSMAH MENUNJUK-NUNJUK DI MAKKAH!!!

Pasti itulah yang dikatakan oleh para penyokong Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim pula tentu sekali akan menyatakan, dia lebih tawadduk dan lebih menghambakan diri tanpa mahu bermegah-megah dengan ibadat sepertimana dia disoal, mengapa dia tidak pernah ke Makkah sama ada untuk menunaikan Haji atau Umrah selama ini.

Anwar yang gila bergambar untuk menunjukkan bukti dia ada di mana-mana, tiba-tiba sahaja tidak mempunyai walau sekeping pun gambar di Makkah. Alasannya tidak mahu menunjuk-nunjuk tetapi twitternya pula bertalu-talu yang dia ada di Makkah kononnya...

Bab gambar, menunjuk-nunjuk... bab Twitter tak pula yer?

Jam 3:48 petang tadi, pasangan suami isteri yang sangat dibenci oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya telah melangkah keluar dari Masjidil Haram selepas selamat mengerjakan ibadah Umrah.

Najib dan Rosmah sedang berada di Arab Saudi untuk program OIC yang membincangkan tentang umat Islam di Myanmar yang sedang dizalimi oleh Kerajaan dan penduduk beragama Buddha. Dan setiap kali berada di Arab Saudi, pasangan suami isteri itu tidak pernah terlepas untuk mengerjakan ibadah ziarah.

Berbeza benar dengan Anwar Ibrahim, kan?

0 comments

HADI AWANG TERPAKSA MENIPU UNTUK HALALKAN DAP!!!

Dalam Perlembagaan PAS, ada Fasal khusus yang mengharamkan tahaluf siyasi parti itu dengan mana-mana pertubuhan bukan Islam. Malah Dewan Ulama PAS juga telah mengharamkan UMNO kerana bekerjasama dengan parti-parti bukan Islam. Bagaimanapun, PAS tidak lagi akur dengan Fasal dalam Perlembagaan parti itu, sebaliknya para pemimpinnya MENIPU ahli-ahli parti yang enggan mengenali kebenaran tentang parti yang mereka sendiri anuti.

Semenjak bertahaluf siyasi dengan DAP, para pemimpin PAS terutama yang digelarkan sebagai tok-tok guru, begitu giat memperkembangkan ajaran baru yang sama sekali bertentangan dengan aspirasi parti. Setelah berpuluh-puluh tahun UMNO diharamkan dan para pemimpin serta ahli-ahlinya dikafirkan kerana bekerjasama dengan MCA, GERAKAN, MIC, PPP dan parti-parti Bumiputera Sabah Sarawak, selepas 2008, para pemimpin PAS mula mempopularkan istilah TAHALUF SIYASI.

Namun berbanding UMNO yang bekerjasama dengan parti-parti bukan Islam, PAS di dalam tahaluf siyasinya dalam Pakatan Rakyat berada di bawah tapak kaki DAP dan PKR. Tidak ada satu pun yang PAS buat dipersetujui oleh PKR dan DAP kecuali tentangan terhadap UMNO secara jalanan atau demonstrasi. Perkara-perkara yang membabitkan umat Islam, PAS jarang menang dalam Pakatan Rakyat.

Sedangkan dalam Barisan Nasional, UMNO sentiasa dominan dan menjadi jurucakap untuk semua parti-parti komponen. Peranan yang dimainkan oleh UMNO itulah yang membuatkan DAP tidak senang duduk dan terpaksa menggelarkan MCA serta MIC sebagai ANJING atau BARUA UMNO. Dalam bahasa yang lebih mudah faham, dikatakan MCA dan MIC serta GERAKAN berabang besarkan UMNO. Dilabelkan MIC, MCA dan GERAKAN sebegitu kerana parti-parti berkenaan dilihat terpaksa bekerja untuk UMNO sedangkan dalam Pakatan Rakyat, PKR dan terutama sekali PAS dipaksa bekerja untuk DAP.

Justeru apabila DAP dikatakan haram untuk diundi, yang paling kuat melenting adalah PAS. Lentingan itu bukan berdasarkan kepada ilmu tetapi kerana DAP adalah abang besar dalam Pakatan Rakyat. Haji Hadi terpaksa bercakap untuk menenangkan DAP yang kebimbangan ekoran sokongan Melayu-Islam yang akan menjunam kepada parti itu sekiranya tidak ditangani segera.

Itulah sebabnya, Haji Hadi terpaksa memberikan perbandingan dengan UMNO yang kononnya menolak hudud dan membawa kes ke mahkamah di Kelantan, walhal yang melibatkan kes mahkamah itu adalah Zaid Ibrahim yang pada itu merupakan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu yang kemudiannya digantung keahlian dan sekarang ini merupakan Presiden Parti KITA yang bersekongkol dengan Pakatan Rakyat sendiri.

Persoalan yang tidak dijawab oleh mana-mana pemimpin PAS ialah, benarkah UMNO menolak Hudud atau hujah-hujah yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dari zaman Dr. Mahathir sebagai Presidennya adalah menangguhkan hudud kerana maslahat umat?

Antara menolak dan menangguh, apakah yang difahami oleh para pemimpin PAS?

Kalau PAS mengatakan UMNO menolak hudud, patutnya para pemimpin PAS menerangkan mengapa Undang-Undang Syariah (II) Kelantan 1990 yang digubal, mendapat sokongan sepenuhnya wakil-wakil rakyat UMNO DUN Kelantan? ... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM


0 comments

MUDAHNYA MAT AFRIKA TIPU 1,453 ORANG WANITA MALAYSIA!!! BEST SANGAT KE AWANG HITAM?

Sebanyak 1,436 wanita Malaysia menjadi korban penipuan sindiket 'Awang Hitam' dalam tiga tahun terakhir ini, yang merayu mereka melalui media sosial dan kemudian memujuk mangsa mengirimkan sejumlah uang.

Jumlah kerugian akibat perbuatan sindiket Awang Hitam, sebutan untuk kumpulan warga Afrika itu, mencapai 87,6 juta ringgit.

Wakil Ketua II Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof, seperti dikutip sebuah media massa terbitan Kuala Lumpur, Rabu (8/8/2012), mengatakan, jumlah wanita Malaysia yang menjadi mangsa sindiket tersebut meningkat dari 514 pada 2010 menjadi 671 pada 2011.

Sepanjang Januari hingga Mei 2012, jumlah mangsa sindiket adalah 251 orang dan jumlah tersebut dijangka terus meningkat.

Kerugian akibat ulah sindiket berkenaan tercatat mencapai 20 juta ringgit pada 2010, 50 juta ringgit pada 2011, dan dalam lima bulan pertama 2012 tercatat 17.6 juta ringgit.

Data JSJK juga mencatat 834 kes penipuan yang melibatkan warga Afrika itu pada 2010, 1,117 kes pada 2011, dan 417 kes sepanjang Januari-Mei 2012.

Menurut hasil penyelidikan, anggota sindiket tersebut menyamar sebagai mahasiswa pusat pengajian tinggi swasta dan mencari mangsa melalui laman sosial Facebook, Twitter, dan Tagged.

Sindiket itu juga menggunakan pelbagai pendekatan, termasuk penipuan dengan modus pengantaran barang, serta mempamerkan foto berparas rupawan untuk menipu mangsa. Awang Hitam biasanya memperkenalkan diri sebagai lelaki tampan berkulit putih serta berpangkat tinggi dan berasal dari Britain atau Amerika Syarikat.

Mohd Ridwan berkata, sebanyak 504 dari 653 suspek yang ditahan dalam kes-kes penipuan tersebut adalah warga Nigeria. Menurutnya, Awang Hitam tersebut sudah memiliki pola rayuan cinta yang dikarang secara standard untuk memperdayakan wanita-wanita yang sudah dikenalpasti sebagai mangsa.

Anggota sindiket dalam sehari mengirim ratusan surat eletronik dan pesan melalui media sosial kepada calon mangsa secara rambang.

* Sumber kompas.com

0 comments

Blog Archive

Labels