IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, September 4, 2012

ARAHAN ANWAR KEPADA NIK AZIZ, PECAT NASHARUDDIN MAT ISA DENGAN SEBARANG CARA!!!

Tuesday, September 4, 2012


Nasib yang menimpa Hasan Ali, akan dialami oleh bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa. Kalau Hasan Ali dahulu, campurtangan dan kata dua daripada Azmin Ali kepada kepimpinan PAS Pusat menyebabkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu dipecat keanggotaannya dan diterajang keluar, kali ini, kekasihnya pula, Anwar Ibrahim yang campur tangan.

Usaha Anwar Ibrahim untuk mengeluarkan perintah kepada Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS agar mempengaruhi Majlis Syura PAS untuk memecat Nasharuddin Mat Isa telah bermula semenjak Nasharuddin Mat Isa dikenalpasti sebagai antara pelopor gagasan Presiden PAS sendiri, Abdul Hadi Awang untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO.

Nasib Nasharuddin Mat Isa akan ditentukan pada 9 September ini.

Seperti yang diketahui, PAS sememangnya sebuah parti yang sangat lemah dan terlalu bergantung kepada orang luar parti untuk membuat keputusan. Di sebalik tentangan sengit PAS terhadap UMNO, PAS sebenarnya amat mudah dipengaruhi oleh mana-mana anasir yang berpura-pura berbaik dengan PAS.

Anwar amat menyedari hal itu. Ketika Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, apa yang tidak dikatakannya kepada PAS dan para pemimpinnya. Malah gelaran Ulama Terompah Kayu yang diberikan kepada Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi Awang, sehingga kini kekal dan lekat di bibirnya, sekalipun di hadapan mereka, Anwar berpura-pura bagaikan telah bertaubat nasuha.

Usaha Anwar untuk memecahbelahkan PAS ketika dia masih di dalam UMNO gagal sungguhpun dia berjaya menghancurkan Al-Arqam yang dilihat mengenepikan pengaruh ABIM yang pernah dipimpinnya. Justeru apabila berada di luar UMNO, Anwar menggunakan kesempatan PAS yang sememangnya terdesak untuk mendapatkan faktor WOW, bagi memastikan PAS juga berada di bawah telapak kakinya.... SAMBUNG BACAAN DI SINI


0 comments

MAHFUZ OMAR PUNYA SAYANG KAT ANWAR, SANGGUP NAK TUMBUK ANAK QARIAH MASJID PUMPONG!!!


Kisah kebencian terhadap Anwar Ibrahim dan seni lakonannya di Kedah masih belum habis-habis diperkatakan. Anwar Ibrahim dalam rangka lawatan ke 38 lokasi dalam tempoh 3 hari dengan menggungakan bas mewah untuk berkempen politik walaupun PRU belum lagi diisytiharkan, menerima padah apabila sebilangan rakyat Kedah yang tidak mahu masjid mereka dicemari dengan ucapannya bertindak kasar.

Selipar dan kasut yang dibaling hampir mengenai dahi Anwar Ibrahim yang sedang memberikan tazkirah seolah-olah dia adalah seorang Ustaz dan berilmu pengetahuan agama yang sangat tinggi, merupakan manifestasi kebencian yang amat sangat terhadap Anwar dan perbuatannya selama ini.

Sebagai seorang yang bebal, Mahfuz tidak dapat melihat hikmah sebenar kejadian tersebut. Malah sebagai orang yang berfikiran sehala dan sempit, Mahfuz menganggap kejadian tersebut merupakan kekurangajaran terhadap pemimpin kesayangannya.

Anwar sebenarnya memang sengaja mengundang kemarahan masyarakat setempat bagi mendapatkan sebanyak mungkin simpati dari kalangan penyokong-penyokong PAS. Selain bas yang kononnya telah disimbah cat merah pada cermin hadapan dan dibaling batu yang dibawa ke Kedah bagi pertunjukan, insiden di masjid itu juga merupakan sebahagian daripada rancangan Anwar Ibrahim.

Lebih melawakkan ialah apabila Mahfuz Omar cuba menunjukkan kesamsengannya apabila mencabar seorang lelaki tua untuk bertumbuk dan ternyata, cabarannya itu disahut dengan penuh berani, membuatkan Mahfuz ketakutan dan bergegas keluar meninggalkan Masjid berkenaan ikut jalan belakang bersama-sama Anwar Ibrahim.

Barangkali kebangangan Mahfuz Omar memang tiada taranya. Kedah adalah negeri di bawah pentadbiran PAS, bukannya PKR. Bahkan Pakatan Rakyat juga merupakan perkataan yang terlalu jarang disebut di Kedah sebaliknya yang disebut adalah Kerajaan PAS atau Kerajaan Azizan Abdul Razak.

Gelagatnya itu pasti akan menimbulkan kebencian penduduk Pumpong terhadap PAS kerana Mahfuz Omar adalah Naib Presiden PAS, bukannya Naib Presiden PKR. Anwar Ibrahim pula pada masa yang sama, merupakan musuh ketat Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak.

Sebenarnya Mahfuz Omar hendak membela PKR atau untuk memastikan PAS terus memerintah Kedah? Kalau untuk PAS, Mahfuz Omar tidak akan bertindak sebodoh itu!!!

0 comments

REMAJA TUNJUK PUNGGUNG CUBA LINDUNGI HISHAMUDDIN RAIS!!!

Remaja yang menunjukkan punggung dan memijak gambar Najib Abdul Razak dalam kekecohan pada malam Ambang Merdeka di Dataran Merdeka telah pun ditangkap dan ditahan. Menurut berita, dia telah dihantar sendiri oleh keluarganya kepada polis untuk menyerah diri setelah didesak oleh orang ramai dan penduduk kampung. Remaja terbabit dikatakan bersembunyi di kampung halamannya di Batu Pahat setelah gambarnya yang menunjukkan dia begitu galak hendak berakkan muka Najib Abdul Razak, disiarkan oleh pelbagai blog dan media.

Keterujaan Mohamad Ammar Rahimi bin Abdul Rahman, 19 tahun, pada malam itu sebenarnya bukanlah kerana dorongan diri tetapi kerana hasutan berterusan oleh individu seperti Hishamuddin Rais. Dari awal lagi, Hishamuddin Rais telah berkempen secara terbuka tentang penukaran bendera Malaysia, Lagu Kebangsaan, kebencian dan sentimen terhadap para pemimpin negara, khususnya dari kalangan UMNO.

Hishamuddin Rais merupakan aktivis pelajar tahun 1974 yang melarikan diri ke luar negara setelah diburu oleh pihak berkuasa kerana menimbulkan kekecohan dan kekacauan. Dia hanya pulang pada tahun 1995 ketika Anwar Ibrahim memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan. Walaupun janji-janji dan ikrar Hishamuddin Rais bahawa dia tidak akan lagi menimbulkan kekacauan kepada negara, namun janji-janjinya itu sekadar untuk memastikan dia tidak ditangkap dan dihumbankan ke penjara kerana dosa-dosa lampaunya. ... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM


0 comments

SUDAH BERMULA SERANGAN TERHADAP PDRM KERANA KESESATAN PEGUAM NEGARA!!!

Bidang pendakwaan bagi sesuatu kes sebenarnya bukanlah terletak di tangan PDRM biarpun yang menyediakan laporan dan fail adalah polis.

Apabila fail laporan dan kertas siasatan diserahkan kepada Peguam Negara, maka bukan lagi tugas polis untuk mendakwa.

Bagaimanapun, pecacai Pakatan tidak pernah peduli dengan fakta berkenaan kerana PDRM adalah sasaran yang terbaik untuk dihentam dan dikutuk.

Ada pecacai PR yang menggelakkan dan memperlecehkan PDRM kerana kononnya bertindak secara politik dan bukannya untuk menjaga keamanan. Kerana itu kata mereka, tiada pendakwaan dilakukan dan kalaupun pendakwaan dibuat, maka tuduhan tidak lekat dan yang dituduh akan dibebaskan.

Walhal dalam hal ini sebenarnya yang perlu diberikan perhatian adalah PEJABAT PEGUAM NEGARA dan Peguam Negara sendiri.

Mengapa agaknya pecacai Pakatan Rakyat menyampingkan Peguam Negara padahal yang sepatutnya dikecam kerana sentiasa gagal menjalankan tugas sebagai Peguam Negara?

Sayang sangat mereka dengan Peguam Negara, kan?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments

AHH SUDAH, BUDAK INI BAKAL TAK SENANG HIDUP!!!

Mungkin kerana terlalu seronok dan mahu dianggap sebagai seorang yang pemberani, anak muda ini telah melakukan sesuatu yang sebenarnya amat bertentangan dengan budaya di negara ini. Budaya sebegini hanya dibawa oleh kaum pemprotes pada zaman Hishamuddin Rais, malah budaya sebegini hanya diperkenalkan dan dimasyhurkan apabila Hishamuddin Rais sudah berada di negara ini.

Barangkali Hishamuddin Rais terlalu memuja budaya Barat yang lepas bebas dan tidak mementingkan agama dan kesopanan, maka diajarkannya budak-budak muda yang sentiasa berdarah panas agar berasa bangga dengan perbuatan menjolok mata sebegitu rupa.

Pada masa yang sama, para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Khalid Samad, cuba menegakkan dan menghalalkan perbuatan yang dilakukan oleh para penyokong Pakatan Rakyat di Dataran Merdeka pada malam Ambang Merdeka dengan cubaan menyalahkan puak-puak UMNO dan Barisan Nasional yang sebelum ini telah mengencingi gambar Mursyidul Am PAS dan Anwar Ibrahim selain memijak gambarnya sendiri.

Namun, dia tidak pula menceritakan bahawa perbuatan balas yang dilakukan oleh mereka yang kelihatan seperti penyokong UMNO-BN itu dibuat selepas Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat Perak memijak gambar tiga orang bekas ADUN DAP dan PKR yang melompat parti.

Sekarang, di Facebook, sudah ada gerakan yang mahu memburu anak asuhan Hishamuddin Rais yang menunjukkan lubang juburnya kepada gambar Najib dan Rosmah. Dan beberapa siri ketidakpuasan hati berhubung gelagat puak-puak Pakatan di Dataran Merdeka pada malam itu, telah mula didedahkan.

Adakah Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat akan mengambil jalan singkat dan mudah dengan menuduh semua yang berlaku itu hanyalah sabotaj PDRM dan UMNO seperti dalam insiden-insiden lain yang memalukan Pakatan Rakyat?

4 comments

Monday, September 3, 2012

PKR SUDAH ADA CALON DUTA MALAYSIA KE INDONESIA YANG MERUPAKAN AHLI PKR!!!

Monday, September 3, 2012


Lawak apakah yang sedang dimainkan oleh penjilat Anwar Ibrahim sehinggakan Duta Malaysia ke Indonesia pun boleh tersilap orang. Atau barangkali penjilat PKR itu cuba memberitahu bahawa Anwar Ibrahim sudah ada calon duta Malaysia ke Indonesia bagi mengujuhkan hubungan dengan kaum pengacau Indonesia yang banyak menghantar bantuan berupa pendemo ke Malaysia?

Anwar Ibrahim sebelum ini kerap ke Indonesia sama ada untuk menaburkan janji-janji palsunya atau untuk membocorkan rahsia ketenteraan Malaysia kepada Indonesia dengan harapan dapat membina persepsi bahawa Malaysia ingin menjajah Indonesia sebagaimana yang dilakukannya dalam kes AMBALAT.

Tindakan Anwar Ibrahim sebelum ini dilihat lebih cenderung kepada usaha untuk melaga-lagakan antara Malaysia dan Indonesia sekaligus mengalihkan atau lebih tepat lagi mengambilalih kerja-kerja Singapura. Walaupun beberapa provokasi dilakukan oleh kunpulan-kumpulan yang sekepala dengan Anwar Ibrahim seperti BENDERA dan sebagainya, pemerintah kedua-dua negara bijak mengawal emosi dan tidak melayan kerenah Anwar Ibrahim.

Justeru apabila salah seorang pecacai Anwar menulis kononnya Duta Malaysia ke Indonesia pun sudah masuk PKR, faham-fahamlah apa tujuan sebenar berita palsu sebegitu ditulis dan disebarkan. (BACA PARPUKARI)

Ia samalah seperti HARAKAH 'terpedaya' dengan apa yang mereka lihat menerusi gambar Rosmah Mansor yang cuba bersalaman dengan beberapa orang pelajar tahfiz dan kononnya tidak mendapat sambutan. Buruk sangka mereka terhadap Rosmah Mansor kemudiannya menjadi pukulan ke kepala sendiri apabila gambar pelajar tahfiz tersebut bersalaman dan mencium tangan Rosmah disiarkan oleh sebuah portal. (BACA SINI)

Makin dekat dengan pilihanraya, makin kalut puak Pakatan cuba menimbulkan persepsi buruk namun yang menariknya, sama seperti persepsi itu sendiri, sumber mereka juga amat memualkan kerana ia tidak lebih dari fitnah untuk menaikkan Anwar Ibrahim semata-mata.

0 comments

BANGANG HISHAMUDDIN RAIS YANG PANDAI!!!


Kalau dengar cakap berdegar-degar Hishamuddin Rais, memang layak sangatlah kalau dia diangkat sebagai pahlawan yang gagah beraninya tiada tolok bandingan. Namun apabila melihat kepada gelagat dan tindakannya secara acapkali, tahulah kita bahawa beruk jelmaan manusia itu sebenarnya penakut nak mampus!

Cerita tentang penukaran bendera dari Jalur Gemilang kepadan Saka KEPALA BAPAK DIA begitu menarik perhatian golongan muda yang buta sejarah dan sentiasa beranggapan sejarah negara ini semuanya salah belaka. Yang tak salah cuma komunis dan haluan kiri.

Pada makam Ambang Merdeka di Dataran Merdeka beberapa orang pengikut tegar Hishamuddin Rais yang mengaku mereka adalah pelajar tetapi jenis pemalas nak membaca kecuali dengar cerita bohong daripada orang keciciran seperti Hushamuddin Rais dan Anwar Ibrahim dengan bangganya telah mengibarkan satu bendera baru yang diubahsuai daripada bendera Kerajaan Komunis Dua Minggu Tanah Melayu, AMCJA-PUTERA.

Kata mereka itu adalah bendera Tanah Melayu tanpa mereka mengetahui bahawa tiada sebarang bendera Tanah Melayu sepanjang sejarah negara ini. Hanya setelah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu barulah ada bendera yang seakan-akan bendera Amerika Syarikat. Jalur pada bendera tersebut ditambah apabila kemasukan Singapura, Sabah dan Sarawak ke dalam persekutuan yang baru iaitu Malaysia.

Hishamuddin yang bangang bagaimanapun berjaya mendidik sebahagian rakyat Malaysia khususnya golongan muda yang kurang pengetahuan tentang negara sendiri untuk memesongkan pengetahuan mereka.

Anehnya apabila cerita berkenaan telah terbocor, Hishamuddin Rais cepat-cepat membuang tanggungjawabnya bagi mengelakkan tindakan undang-undang dengan MENGARAHKAN budak-budak bangang itu membuat kenyataan kononnya mereka hanya mahu membetulkan sejarah dan tidak terlibat dengan sebarang parti politik.

Itulah sikap Hishamuddin Rais yang sentiasa penakut dan BERTELUR SATU...

Tentu anda masih ingat tentang persembahan sebuah kumpulan muzik tajaan Hishamuddin Rais yang menunjukkan budaya mempamerkan lubang jubur di khalayak ramai. Anda ingat apa yang dikatakan oleh Hishamuddin Rais?

"Saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya tidak tahu. Saya sudah tua. Saya buat silap. Maafkan saya!" sambil merambu-rambu air mata di khalayak ramai.

Namun cakap-cakap sosialis tua itu samalah seperti kata-kata Lim kit Siang yang mahu mrnjunjung perlembagaan dan menghormati raja-raja Melayu selain menerima hakikat bahawa Melayu dan Bumiputera negara ini mempunyai peruntukan istimewa dalam perlembagaan.

Cakap-cakap Hishamuddin Rais langsung tidak boleh dipercayai... Statusnya samalah seperti najis anjing yang kalaupun tersepak, wajib disamak!

2 comments

MAAF, TFK KALI INI MENYOKONG AZMIN ALI!!! AZMIN ALI MEMANG BENAR!!!


Mungkin Azmin memikirkan bahawa dengan menghentam Pejabat Peguam Negara, maka persepsi yang ditimbulkan ialah kerajaan sebenarnya tidak mempunyai motif untuk mendakwanya, Anwar Ibrahim dan Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard dalam perhimpunan haram BERSIH 3.0 yang menyaksikan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali mengarahkan hadangan dirempuh dan anggota-anggota polis diserang dalam arahan tidak langsung.

Pindaan pertuduhan yang dibuat oleh Pejabat Peguam Negara dikatakan oleh Azmin Ali bahawa itu adalah bukti nyata tentang keinginan Najib Abdul Razak untuk mematikan demokrasi. (BACA KLPOS)

Namun yang tidak dikatakan dan langsung tidak disebutkan oleh Azmin Ali ialah bagaimana bantuan daripada Pejabat Peguam Negara telah digunakan oleh Pakatan Rakyat khususnya PKR dan Azmin Ali sendiri untuk menghentam Najib Abdul Razak dan Kerajaan UMNO-BN.

Terlalu banyak bantuan yang telah diberikan oleh Pejabat Peguam Negara kepada Pakatan Rakyat. Dalam isu BERSIH sahaja, berapa orang yang telah disabitkan dengan kesalahan dan didakwa di mahkamah? Adakah Hishamuddin Rais telah didakwa atau disumbat ke dalam penjara kerana gelagat subversifnya? Adakah hasutan-hasutan tentang pemisahan Sabah dan Sarawak telah diambil tindakan walaupun fail-fail laporan dari pihak penguatkuasa undang-undang telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara?

Berbanding pula tindakan yang diambil terhadap penyokong Kerajaan dan Najib, bukankah nisbah sokongan dan bantuan Pejabat Peguam Negara kepada Pakatan Rakyat terlalu amat jelas dalam banyak hal?

Justeru apabila Azmin menyatakan Pejabat Peguam Negara tidak ada motif untuk mendakwanya sehingga perlu meminda pertuduhan berulang kali, kita harus baca bahawa Azmin Ali sedang berterima kasih sekali lagi kepada Pejabat Peguam Negara kerana sekali lagi akan membantunya dan Pakatan Rakyat.

0 comments

BANGGANYA LAKI BINI NI MASUK DAP!!!


Sepasang suami isteri berbangsa Melayu dan mempunyai latar belakang akademik yang hebat, memilih untuk menyertai DAP bagi membuktikan parti tersebut bukanlah untuk bukan Melayu semata-mata, sebaliknya mereka akan menjadi 'jambatan' untuk penyertaan Melayu yang lebih ramai ke dalam DAP.

Itu yang dinyatakan oleh Prof. Dr. Mohamad Tajuddin yang bersama-sama isterinya menyerahkan borang memohon keahlian DAP kepada Dr. Boo Cheng Hau, ADUN Stulang ketika perasmian Bilik Gerakan DAP DUN Stulang.

Hadir sama adalah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara merangkap agen Singapura ke Malaysia, Tony Pua dan ADUN Bukit Bendera, Liew Ching Tong. (BERITA SELANJUTNYA BACA DI BELALANG HIJAU PERISIK)

Tak kisahlah dia nak masuk parti apa sekalipun. Itu hak dia. Dan itu juga hak isterinya yang merupakan bekas seorang guru.

Namun apabila bercakap tentang DAP yang konon-kononnya DAP bukanlah parti chauvinist dan eksklusif untuk bukan Melayu yang memperjuangkan Malaysia Malaysian, ternyata ijazah bergulung-gulung milik Mohamad Tajuddin sebenarnya setaraf dengan tisu pengesat najis.

Amat mustahil seorang ahli akademik seperti Mohamad Tajuddin dan isterinya, seorang bekas guru langsung tidak tahu perjalanan DAP dari tahun 1964 sehingga kini. Kalau benar DAP memperjuangkan keterbukaan, mengapa ahli-ahli Melayu dan India atau lebih tepat lagi, bukan Cina, tidak pernah mendapat tempat atau ranking tertinggi dalam parti berkenaan? Mengapa agaknya kalau pun jawatan tertinggi yang diperuntukkan adalah Pengerusi dan Naib Pengerusi yang sudah tentu bukanlah menerusi pertandingan, sebaliknya dilantik?

Dan yang paling menarik, mengapa DAP terutama sekali Lim Kit Siang tidak pernah menceritakan nasib yang menimpa wakil-wakil rakyat Melayu DAP suatu masa dahulu sedangkan Lim Kit Siang masih hidup dan polisi DAP terhadap ahli-ahli Melayu dalam parti berkenaan tidak pernah berubah pun.

Walaupun Mohamad Tajuddin mengatakan dia sebenarnya tidak minat dengan politik dan kepartian, namun apabila penyertaannya ke dalam DAP, itu sahaja sudah cukup untuk membuktikan betapa ahli akademik berkenaan adalah pembohong besar.

Jambatan kononnya?

Mengapa hanya Melayu yang hendak 'dijambatankan' dengan Cina? Bukankah sudah lama Melayu dan Bumiputera menerima Cina sebagai sebahagian daripada warga Malaysia, bahkan sanggup mengorbankan masa hadapan, tanah dan segala macam aset mereka sendiri semata-mata untuk memastikan kaum Cina yang tidak sedar diri, tidak lagi membuat tuntutan yang bukan-bukan?

Takkanlah seorang ahli akademik seperti Mohamad Tajuddin langsung tidak tahu apa-apa tentang Malaysia Malaysian yang menjadi rukun akidah DAP yang telah memisahkan Melayu dan Cina dengan jurang yang amat luas dengan DAP mahu terus Melayu terus menjadi hamba di tanah air sendiri dan orang Cina pula mendapat kekebalan yang sangat luar biasa termasuklah dalam hak-hak berpolitik?

Melayu yang hendak dijambatankan dengan Cina? Mengapa tidak sebaliknya?

Siapalah agaknya yang pernah jadi anak murid Mohamad Tajuddin ni?

0 comments

LAGI PEMIMPIN POLITIK, KERANA ISTERI KEDUA, ISTERI PERTAMA DICERAI, ANAK DIBELASAH HAMPIR MAUT!!!

Berita ini sebenarnya baru sahaja sampai ke e-mail penulis meskipun penulis telah mendengarnya agak lama. TFK telah diminta untuk menyiarkan e-mail ini agar ianya menjadi teladan dan iktibar kepada mana-mana individu yang berkeinginan untuk menjadi pemimpin.

Nama pemimpin terbabit bagaimanapun, tidak didedahkan. Penulis salin bulat-bulat apa yang telah dihantar kepada TFK untuk siaran.

E-mail:

Ini kisah seorang pemimpin politik di sebuah negeri di mana Pakatan Rakyat adalah kerajaannya...

Kisahnya sudah menjadi kes polis...

Amma Ba'adu...

Pemimpin politik ini agak terkenal kerana satu isu yang agak remeh tetapi menjelaskan tentang tahap dan mentalitinya. Bermula kisahnya ialah apabila dia mengahwini isteri kedua dan membawanya ke Makkah untuk menjalani ibadah umrah. Pernikahannya tidak diketahui oleh isteri pertama.

Bagaimanapun, isteri pertama mulai cuak apabila suaminya tidak pulang-pulang. Apabila suaminya pulang, maka ditanyalah kepada suaminya ke mana menghilang. Si pemimpin berkenaan naik berang apabila terus ditanya bertalu-talu sambil si isteri pula mempertahankan haknya untuk tahu di mana suami berada.

Pertengkaran mulai tercetus. Si pemimpin yang cukup terkenal dengan baran dan mudahnya naik angin, mula angkat kaki dan tangan. Tidak puas membelasah isterinya, anak lelaki pertamanya pula jadi mangsa.

Isteri pertamanya diceraikan. Lebih menyedihkan lagi, apabila isteri dan anak-anaknya dihalau keluar dari rumah. Bahkan ibu mertua yang sudah tua dan uzur pula, yang cuba meredakan kemarahan dan menenangkan keadaan turut menjadi mangsa kemarahan.

Laporan polis telah dibuat. Si pemimpin mulai waras dan sedar, peluangnya untuk menjadi calon pilihanraya akan hancur berkecai. Lantas, dia cuba menggunakan khidmat seorang pemimpin senior agar kaotim dengan pihak polis. Malangnya, kes sudah 'naik' dan tidak boleh lagi ditarik. Pemimpin baran terpaksa berulang-alik ke balai polis untuk memberikan keterangan.

Baran si pemimpin ini amat keterlaluan. Dalam satu kes yang berasingan, pemandunya telah dimaki hamun dan diumpamakan seperti anjing buruk kepala hanya semata-mata kerana tersalah jalan dan dia yang sememangnya sudah terlambat, bertambah lambat untuk satu program.

Apa yang kami ingin katakan ialah, sesiapa sahaja yang mahu mendaki kerjaya sebagai ahli politik, tidak harus sama sekali bersikap baran dan marah. Dan kalaupun marah tidak dapat dihindarkan, berusahalah agar kemarahan tidak sampai ke pengetahuan awam.

Pemimpin yang mudah marah, tidak layak untuk dijadikan sebagai pemimpin. Kalau isteri dan anak-anak sudah mulai menjadi mangsa kaki dan tangannya, ruang untuknya berlaku kejam kepada rakyat adalah sangat luas.

Zaman sekarang, dinding dan lantai yang dipijak pun boleh bercakap. Jangan fikir, kita boleh menyembunyikan sebarang rahsia apabila kita sudah bergelar pemimpin. Tunaikan tanggungjawab dan pegang amanah kita sendiri terlebih dahulu dengan sebaik-baiknya sebelum kita sibuk hendak meminta amanah dan tanggungjawab yang lebih besar.

0 comments

Sunday, September 2, 2012

KHALID DIARAH ANWAR IBRAHIM AGAR SINGKIRKAN DYMM SULTAN SELANGOR!!!

Sunday, September 2, 2012

Tiada acara rasmi di negara ini yang tidak melibatkan sultan-sultan. Dan kalau sultan-sultan tidak hadir, maka yang menggantikannya adalah Menteri Besar negeri masing-masing. Sangat menjolok mata apabila Menteri Besar menjemput orang asing untuk menggantikan kedudukan sultan dalam upacara rasmi itu.

Memang ianya tidak pernah berlaku namun pada zaman Pakatan Rakyat, ianya berlaku dengan pelbagai alasan dan helah!

Dalam majlis sambutan hari merdeka yang diadakan oleh kerajaan Khalid Ibrahim, DYMM Sultan Selangor telah diketepikan. Lebih menarik lagi ialah apabila Khalid Ibrahim menjemput Anwar Ibrahim untuk berucap walaupun Anwar Ibrahim tiada sebarang jawatan rasmi di Selangor. Jawatan Anwar selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bergaji seringgit pula, bukanlah formaliti dan bukanlah portfolio rasmi.

Kalau DYMM Sultan Selangor tidak hadir dalam majlis tersebut, sepatutnya Khalid Ibrahimlah yang memberikan ucapan apatah lagi dia adalah Menteri Besar yang dilantik dan menerima watikah dari DYMM Sultan Selangor. Mengapa pula Anwar Ibrahim yang menjadi tetamu kehormat dalam majlis tersebut? Mengapa pula ucapan yang sepatutnya ucapan rasmi bertukar menjadi ucapan politik?

Bukankah lebih terang dan jelas seandainya Khalid Ibrahim menjadikan Lim Kit Siang sebagai TETAMU KEHORMAT untuk memberi ucapan kepada rakyat Selangor? Mengapa berselindung di sebalik nama dan batang tubuh Anwar Ibrahim bagi menzahirkan keinginan mengeluarkan Selangor dan Malaysia dari sistem raja berperlembagaan untuk ditukarkan kepada sebuah negara republik sekiranya Pakatan Rakyat menang?...
SAMBUNG BACAAN DI SELANGORDAILY.COM

0 comments

PEMBOHONGAN ANWAR IBRAHIM DEMI MERAIH SIMPATI AMAT MEMUALKAN!!!

Sedar bahawa Kelantan merupakan negeri yang dikuasai oleh PAS dan sentimen serta emosi seringkali mewarnai demografi negeri tersebut, Anwar Ibrahim cuba melakukan kebiasaannya iaitu BERBOHONG DAN BERLAKON.

38 lokasi dalam tempoh tiga hari, Anwar mengharapkan lonjakan sambutan dari kalangan para pengundi untuknya dan PKR khususnya apabila penggunaan bas mewah dua tingkat seperti yang dilakukan dalam kempen Barrack Obama, diharap menjadi tarikan memandangkan ia adalah sesuatu yang baru di negara ini.

Malangnya sambutan hangat yang dikehendaki, jauh meleset. Penggunaan bas mewah bernilai lebih dua juta ringgit yang kononnya menggunakan wang peribadi Khalid Ibrahim menambahkan lagi kesangsian dan persoalan.

Taukeh mana pula yang diperah dan dijanjikan sesuatu oleh Khalid untuk membiayai kehadiran bas mewah tidak berpermit itu?

Laba apa di Selangor yang dijadikan sebagai cagaran untuk dua juta ringgit dilaburkan dalam bentuk bas mewah demi publisiti dan projeksi diri Anwar Ibrahim selaku bakal Perdana Menteri yang hebat.

Khalid Ibrahim boleh mengaku apa-apa sahaja sepertimana dia mengaku pada awalnya tentang wang kutip hutang untuk pembiayaan Geran Selangorku namun sentiasa tidak mampu menerangkan ke mana perginya wang peruntukan MARRIS dari Kerajaan Pusat setiap tahun yang bernilai hampir satu bilion ringgit yang 'digelapkan' walhal hanya pertengahan tahun ini sahaja barulah kelihatan kontraktor jalan buat kerja. Itupun kerja tampal-menampal mereka kelihatan seperti lepas batok di tangga. Hari ni tampal esok dah berlubang balik.

Justeru apabila Khalid Ibrahim menyatakan bahawa duit yang digunakan untuk pembelian bas berkenaan, boleh dipersoalkan berdasarkan kepada kecenderungannya menipu terutama yang membabitkan wang ringgit.

Apabila bas berkenaan 'dirosakkan' dan 'disabotaj' di Kelantan, ia sebenarnya amat melucukan. Insiden berkenaan tidak ubah sepertimana Wan Azizah menyatakan bahawa jam tangan Omega ada dalam simpanannya sedangkan apabila ditanyakan mengapa tidak dibuktikan kewujudan jam tangan tersebut, dalih yang digunakan oleh isteri Anwar Ibrahim itu lebih kepada jenaka berbanding kisah nyata.

Menggunakan sentimen demi menarik sokongan kepada Anwar dan secara tidak langsung kepada PKR yang masih bergelut untuk mendapatkan peruntukan lebih kerusi yang bakal ditandingi oleh PKR Kelantan, merupakan antara taktik yang sering digunakan oleh Anwar.

Kalau dahulu, pelbagai trick yang tidak munasabah seperti virus HIV, arsenik dan dibelasah serta dibogelkan oleh polis dalam tahanan sampai tiga suku nyawa digunakan untuk meraih simpati, dan ianya berjaya sampai sekarang, penambahan satu lagi elemen kasihan belas seperti Anwar sentiasa dizalimi dan cubaan membunuh dilakukan terhadapnya, tidak akan menyusutnilai pembohongan Anwar Ibrahim.

Drama bas disimbah cat merah dan cermin dipecahkan oleh individu tidak dikenali sebenarnya hanya menunjukkan perangai Anwar Ibrahim sendiri yang tidak pernah kering dengan idea penipuan.

Menariknya para pecacai Pakatan menggambarkan Anwar berada dalam bas berkenaan ketika kejadian. Sedangkan hakikatnya ada tiga buah kereta mewah lain di belakang bas mewah itu.

Bas itu pula sekadar dinaiki oleh beberapa orang kakitangannya sahaja. Anwar hanya bergambar di dalam bas bagi menunjukkan dia seperti berada dalam bas tersebut.

Kalau anda bijak, anda sudah nampak dan dapat meneka, idea itu datangnya dari negara dan agensi pembunuh umat Islam yang mana...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


0 comments

Friday, August 31, 2012

CIPLAK HARGA KERETA: BUKU JINGGA ATAU DAPAT MAKLUMAT DARI JPM?!!

Friday, August 31, 2012
Pecacai Pakatan sedang berusaha untuk memalukan Najib dengan cerita kononnya, Najib telah menciplak Buku Jingga dan perjuangan Rafizi Ramli yang mahu menurunkan harga kereta. Begitu juga dengan cerita kerajaan mahu mengambilalih lebuhraya....

Kononnya, kalau Najib dah meniru Buku Jingga, buat apa lagi Najib jadi kerajaan, elok serah sahaja kepada Pakatan Rakyat.

Masalahnya, betulkah Najib yang meniru Buku Jingga Pakatan Rakyat, atau sebenarnya, maklumat dari dalam bocor dan sampai ke tangan Pakatan Rakyat, terutama sekali menerusi Rafizi Ramli yang giat berkempen tentang Akta Wistleblownya?

Kalau Rafizi Ramli dan PKR boleh mempergunakan kakitangan awam untuk mendapatkan maklumat tentang tender-tender dan kontrak-kontrak kerajaan terutama apabila syarikat kroni mereka gagal memperolehinya, apakah tidak mustahil sekiranya maklumat tentang perancangan kerajaan tidak sampai ke tangan PKR?

Ambil sahaja contoh bajet tahun lepas. Umum mengetahui bagaimana orang dalam Kementerian Kewangan telah membocorkan banyak maklumat tentang bajet bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentangkan bajet alternatif mereka.

Apabila bajet dibentangkan, Anwar Ibrahim jelas sangat terkejut kerana yang sampai ke tangan mereka hanyalah dummy semata-mata, bukan bajet sebenar.

Nampaknya perkara yang sama sedang berulang. Cuma kali ini, PKR menerusi Rafizi Ramli melakukannya lebih pantas untuk mengelakkan daripada dikesan.

Cadangan kerajaan untuk 'melakukan sesuatu' bagi mengurangkan harga kereta dan bakal dibentangkan dalam bajet, telah diambil kesempatan terlebih dahulu oleh PKR. Justeru, apabila diumumkan nanti, seolah-olah kerajaan yang ada sekarang sebenarnya yang menciplak Buku Jingga.



2 comments

MANIFESTO BUKAN PERJANJIAN.... KHALID IBRAHIM MACAM BIAWAK!!!


Terkesima dengan desakan demi desakan selain tuntutan penjelasan, membuatkan Khalid Ibrahim memilih kaedah menjawab yang paling ekstrim sekaligus menunjukkan tahap mana pemikiran Menteri Besar Selangor ada.

Yang menjadi sebalan Menteri Besar Selangor itu ialah janji air percuma kepada rakyat Selangor dan merupakan salah satu manifesto Pakatan Rakyat di Selangor. Biarpun sebelum ini, Pakatan Rakyat dalam kempen mereka menyatakan betapa prihatinnya Kerajaan PKR di Selangor kepada rakyat.

Malangnya apabila didedahkan bahawa air percuma yang dikhabarkan itu sebenarnya bukan untuk golongan miskin, Kerajaan Pakatan Rakyat tidak dapat menjawab. Bahkan berbolak-balik selain cuba menyembunyikan kebenaran yang diperlukan oleh rakyat Selangor. Dan akhirnya setelah tidak tertahan, Pakatan Rakyat menerusi mulut Khalid Ibrahim menyatakan bahawa manifesto bukanlah satu perjanjian yang wajib dipatuhi dan ditunaikan.

Atau dengan kata lain, Pakatan Rakyat boleh berjanji bulan bintang untuk menambat hati pendengar mereka, tetapi segala janji tersebut tidak wajib dilaksanakan.

Maka tidak hairanlah bagaimana Anwar Ibrahim dan konco-konco haramnya beria-ia menabur janji kerana pada mereka, tidak perlu ditepati segala janji berkenaan atas alsan, ianya bukanlah perjanjian. Alangkan perjanjian bertulis pun mereka boleh langgar sesuka hati, ini kan pula janji lisan.

Inilah jenis kerajaan yang mendabik dada mereka sangat hebat mentadbir dan mengurus. Mereka menabur pelbagai janji tetapi apa yang berlaku selepas itu ialah mereka tidak perlu bertanggungjawab.

Maka tidak hairanlah bagaimana banyaknya rumah urut dan pusat maksiat tumbuh di Selangor!

0 comments

SILA KEMASKAN DAN BERAMBUS KELUAR DARI PEJABAT PEGUAM NEGARA WAHAI GHANI PATAIL!!!

Yang sangat pasti, bermula hari ini akan ada beratus-ratus kalau tidak pun beribu-ribu laporan polis yang akan dibuat di seluruh Malaysia ekoran peserta JANJI BERSIH di Dataran Merdeka, mengibarkan dan berkempen bendera mirip Bendera Rakyat AMCJA dan PUTERA pada tahun 1947 untuk menggantikan Jalur Gemilang yang sudah menjadi Bendera Malaysia semenjak tahun 1957 .

Setakat itu sahajalah yang mampu dilakukan. Kesudahannya tidak akan ke mana-mana kerana halangan terbesar yang berlaku di negara ini untuk memastikan negara ini berada dalam keadaan aman adalah PEGUAM NEGARA!

Ambil sahaja contoh penangkapan mereka yang terlibat dalam kekacauan siri BERSIH sehingga BERSIH 3.0. Walaupun PDRM telah menyerahkan fail kepada Pejabat Peguam Negara, tiada sebarang tindakan pendakwaan dilakukan, sebaliknya semuanya dibebaskan walaupun secara sah dan terang, memang wujud kekacauan dan mereka yang ditangkap serta diberkas oleh PDRM itu memang terlibat berdasarkan bukti-bukti visual dan saksi.

Apa yang berlaku malam tadi di Dataran Merdeka, sebenarnya jauh lebih menyedihkan. Apakan tidak, Hishamuddin Rais yang suatu ketika dahulu, cukup terkenal dengan pemikiran Sosialisme yang condong kepada Komunisme, giat berkempen tentang Sang Saka Tanah Melayu kononnya bagi menggantikan Jalur Gemilang, tanpa sebarang masalah, biarpun sebenarnya kempen tersebut adalah bersifat subversif.

Tanah Melayu secara keseluhan tidak pernah mempunyai bendera rasmi. Dari zaman Langkasuka sehinggalah ke zaman British, Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai negeri yang mempunyai benderanya yang tersendiri dan terasing. Apabila tiba zaman British, Tanah Melayu terbahagi kepada Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu iaitu Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan serta Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dan setiap fraksi mempunyai bendera mereka yang berbeza-beza.

Bagaimanapun, pada tahun 1905 sehingga 1950, terdapat sebuah bendera yang digunakan untuk memperkenalkan Tanah Melayu biarpun bendera yang sinonim dengan dunia Melayu adalah Merah Putih yang sekarang ini digunakan oleh Indonesia.

Kita boleh meletakkan seluruh kesalahan kepada Peguam Negara yang ternyata sangat lembik menangani pelbagai masalah perundangan di negara ini. Sudah terlalu ramai penjenayah politik yang terlepas begitu sahaja walaupun wujud bukti-bukti sahih dan nyata.

Entah apa yang merasuk Peguam Negara dan pejabatnya sehinggakan mereka membiarkan kebebasan melakukan apa-apa sahaja atas nama politik di negara ini, bahkan sanggup memejam mata atas segala kerosakan dalam masyarakat Malaysia yang disebabkan onar Anwar Ibrahim, tanpa sebarang tindakan undang-undang.

Bendera Rakyat AMCJA-PUTERA 1947

Sekarang sudah terbukti, memang ada gerakan ingin menjadikan negara ini sebagai Negara Komunis acuan AMCJA dan PUTERA menerusi bendera yang mahu diubah. Hishamuddin Rais sudah pun menunjukkan belangnya kerana tiada tindakan yang dikenakan kepadanya selama ini . Kalaupun ditangkap dan ditahan, 'bantuan' daripada Pejabat Peguam Negara membenarkannya lepas bebas.

Atau barangkali pada pandangan Pejabat Peguam Negara dan Peguam Negara sendiri, ini masalah remeh temeh yang hanya menyusahkan jikalau fail dibuka dan individu berkenaan diheret ke muka pengadilan?

Barangkali tidak keterlaluan jugalah seandainya Akta 114A yang kontroversi itu sebenarnya hanyalah untuk memudahkan kerja Peguam Negara.

Kalau sudah bendera, lagu kebangsaan dan sebagainya ingin diubah, tidakkah Peguam Negara juga perlu diubah? Setelah Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh mahu mengubah segala struktur negara ini, bukankah Peguam Negara juga ada dalam senarai pengubahan itu?

Apatah lagi memang ramai benar yang mahu Peguam Negara melepaskan jawatan dan digantikan dengan Peguam Negara lain yang lebih berani bertindak mempertahankan undang-undang di negara ini, bukannya terikut-ikut dengan budaya kebebasan kononnya!

Gantikan Jalur Gemilang dengan Bendera Sang Saka Tanah Melayu... apa kata kalau gantikan Peguam Negara sekarang dengan Peguam Negara baru terlebih dahulu?

1 comments

MENJELANG PERARAKAN... NAJIB AKAN DIMALUKAN?!!!


Tidak dapat dinafikan Dataran Merdeka telah dikuasai oleh golongan berbaju kuning dan mereka benar-benar merayakan sambil menyatakan kejayaan sudah berada di hadapan mata sekalipun di luar kesedaran, perhatian mereka telah dialihkan. Venue sebenar sambutan Ambang Merdeka bukanlah di Dataran Merdeka sebaliknya di KLCC.

Di sebalik ramainya puak-puak BERSIH di Dataran Merdeka, di KLCC pula sebaliknya. Hampir sukar untuk melihat kelibat manusia yang memakai baju kunibg yang tertera perkataan BERSIH.

Dengan kata lain, diversi yang dijalankan oleh pihak berkuasa, ditambah pula dengan'helah' DBKL amat berjaya mengekang golongan yang mahu membuat kacau dan mahu menunjuk kuat itu.

Di sebalik cerita kononnya seluruh DataranMerdeka telah dikepung, pemerhatian dan tinjauan yang dibuat sama sekali menafikan sembang gah pecacai Pakatan Rakyat. Sebaliknya jumlah anggota polis yang ditugaskan mengawal keadaan tidaklah seramai mana. Bukan itu sahaja, anggota-anggota polis tidak langsung terlibat dalamsebarang aktivit termasuklah mengawal lalu lintas terutama di persimoangan Jalan Raja - Jalan Raja Laut - Jalan Tunku Abdul Rahman menjadikan keadaan lalu lintas amat sesak kerana golongan berbaju kuning beraya sakan di tengah-tengah jalan termasuklah bermain mercun dan bunga api.

Pendek kata, di sebalik larangan DBKL, ada helah yang berjaya menjinakkan golongan tegar tersebut. Kecuali venue sambutan Hari Kemerdekaan esok iaiti di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad yang dipagar dan dijaga rapi, kawasan-kawasan lain dibiarkzn untuk golongan berkenaan termasuklah pecacai syarikat besar yang tidak mahu Malaysia mengeluarkan bahan oenting untuk industri eletronik di Gebeng.

Namun satu persoalan yang timbul ialah,sejauh manakah perhimpunan golonganberbaju kuning akanberlangsung di Dataran Merdeka? Adakah mereka akan berusaha untuk memalukan pentadbiran Najib yang sudah banyak memanjakan danmemuakan rakyat denganpelbagai gula-gula dan manisan trtapi tidak pernah disyukuri?

Yang pastinya golongan yang sedang bekerja lebih masa dan terpaksa pula melupakan keenakan beristirhat bersama keluarga pada hujung minggu dan hari cuti adalah anggota-anggota polis yang selama ini dimaki dandianjing-anjingkan oleh Pakatan Rakyat.


0 comments

LATEST UPDATE!!!

Dataran Merdeka telah dipenuhi dengan penyokong Pakatan dan BERSIH. Sekalipun tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku, ini menunjukkan dengan jelas bagaimana Kerajaan Najib Abdul Razak bersifat terbuka dan sama sekali tidak bersifat zalim sebagaimana yang dilaung-laungkan oleh Pakatan.

Buktinya, di sebalik ketiadaan permit dan kebenaran, puak-puak Pakatan telah menjajah Dataran DBKL serta kawasan sekitar.

Dijangkakan perarakan esok, satu gangguan BERSIH DEMOKRASI REFORMASI akan dibuat dalam usaha memalukan Najib Abdul Razak dan barisan kabinet yang kurang melihat masalah kebebasan yang sebenarnya sudah parah apabila ISA dimansuhkan.

Secara terbuka kebiadapan dan kekurangajaran hasutan orang seperti Hishamudin Rais, memperlihatkan tujuan sebenar mengapa kebebasan dituntut sangat-sangat!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments

Thursday, August 30, 2012

LATEST! DEMONSTRASI JANJI BERSIH!!!

Thursday, August 30, 2012

Lokasi: Dataran DBKL
Masa: 11:40 mlm

Beberapa orang pemimpin kecil PKR sudah tiba termasuklah Bob Lokman.

Jeritan MERDEKA BERSIH mulai kedengaran dan dimajukan oleh Hishamuddin Rais.

Jumlah di Dataran DBKL adalah lebih kurang 3000 org.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments

UPDATE! JANJI BERSIH

Lokasi: padang dbkl
Masa: 11:20

Ketibaan Mat Sabu yang dikawal ketat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments

UPDATE!!! DEMONSTRASI JANJI BERSIH!!!

Lokasi: padang DBKL bersebelahan Jalan Raja
Masa; 11:05 mlm

Hishamuddin Rais dan Samad Said telah tiba dan bersedia utk pembacaan puisi kononnya.

Hishamuddin Rais beserta beberapa org yang lain sibuk mengeluarkan arahan kepada para pencongok mereka yang gembira.

Entah apa yang digembirkan.

Pasukan keselamatan sudah pun bersedia.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments

UPDATE! DEMONSTARSI JANJI BERSIH!!!

Lokasi: Dataran Merdeka
Masa: 10;39 malam

Berbeza dengan KLCC, PESERTA BERBAJU KUNING DNA TERTERA PERKATAN BERSIH sudah pun mencecah lebih kurang seibu orang dan kebanyakannya tertumpu di persimpangan Jalan Raja-Jln TAR-Jln Tun Perak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments

TERKINI! DEMONSTRASI JANJI BERSIH PAKATAN JAHANAM!

Lokasi; KLCC
Jam: 10:03 mlm

Di sebalik riuh rendah kononnya JANJI BERSIH akan buat demonstrasi di beberapa tempat termasuklah di KLCC, tinjauan mendapati sambutan di mercu tanda Bandaraya Kuala Lumpur itu jauh berbeza.

Sehingga setakat ini, tiada sebarang perkumpulan dan perarakan baju kuning di sekitar KLCC.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments

NIK AZIZ SEDAR KE TAK SEDAR, DIA DAH MAKIN NYANYUK?

Ketika mengulas tentang surat yang dihantar oleh ILMU dan Fathul Bari kepadanya, dengan nada sombong, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan berkata, tak perlu surat untuk membincangkan hudud dengannya, sebaliknya Fathul Bari boleh menghadapnya terus.

Tak tahulah, atas kapasiti apa Nik Aziz bercakap lagu tu. Nak kata dia bercakap atas kapasiti sebagai seorang tua yang telah dinaikkan martabat oleh para pengikutnya sebagai Tuan Guru, macam tak ada adab sangat dah bunyinya. Kalau nak katakan atas kapasiti Menteri Besar Kelantan, lagilah tak kena prosedur. Kalau dikatakan, dia bercakap atas kapasiti Mursyidul Am PAS, sudah tentulah menyongsang benar kerana Fathul Bari bukannya ahli PAS.

Dah memang betul pun, alasan yang diberikan oleh Fathul Bari bahawa surat berkenaan adalah memenuhi protokol semata-mata. Takkanlah dia nak main langgar saja Nik Abdul Aziz macam orang PAS langgar polis di Dataran Merdeka masa BERSIH 3.0.

Nik Aziz barangkali mahu menunjukkan kononnya kalau bab agama, tak perlulah nak berprotokol sebaliknya boleh datang berbincang dengan cara bersemuka. Bagaimanapun, sama ada dia ingat atau tidak, PAS sendiri MENGHANTAR SURAT kepada Perdana Menteri pada 25 Oktober 2011 untuk MEMBINCANGKAN TENTANG HUDUD. (BACA DI SINI)

Mengapa pula PAS dan Nik Aziz tak langgar sahaja Pejabat Perdana Menteri untuk perbincangan hudud di Kelantan sebagaimana yang disuruh oleh Nik Aziz kepada Fathul Bari?

Kadang-kadang terasa kasihan dengan Nik Aziz yang semakin tua. Sudah banyak kali dia memberikan isyarat bahawa dia sudah terlalu letih namun MANGKUK-MANGKUK PENASIHAT yang ada di sekelilingnya, tidak ubah seperti IBLIS dan SYAITAN yang terus menyesatkan orang tua itu dengan kenyataan-kenyataan yang lebih banyak memalukan dirinya sendiri.

0 comments

KEADAAN MENTERI BESAR KEDAH, MASIH KRITIKAL AKIBAT DISANTAU RAKAN PASNYA SENDIRI!!!

Semalam, Kedahan69ers.com telah menyiarkan berita tentang keadaan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak yang tidak sahaja gagal menghadiri rumah terbukanya pada 25 Ogos lalu, bahkan telah dimasukkan ke Bilik 418 Kedah Medical Centre yang terletak di Mukim Alor Merah Pumpong, Alor Star pada jam 4:00 pagi.


Diberitakan Azizan Abdul Razak telah kehilangan darah yang cukup banyak dan dipercayai telah disihir oleh pihak-pihak yang mengidamkan jawatannya selaku Menteri Besar Kedah.

Sebelum ini, Azizan Abdul Razak cuba ditikam belakang oleh satu kumpulan yang turut dianggotai oleh Exco-Exconya sendiri. Azizan tidak sahaja dikatakan didesak agar melepaskan jawatan, bahkan salah seorang daripada mereka, telah bersumpah dan berikar akan membuatkan Azizan Abdul Razak tidak lagi dapat bertanding pada pilihanraya kali ini.

Sengketa antara Azizan Abdul Razak dengan Exco berkenaan bukan lagi satu rahsia. Bahkan pada satu peringkat, Azizan sudah tidak mahu lagi melantik individu berkenaan sebagai Exco namun campurtangan dari Jalan Raja Laut, menyebabkan mahu tidak mahu Azizan terpaksa menyerahkan jawatan Exco sekalipun tidak berportfolio kepada individu tersebut.

Dalam penyerahan nama calon-calon PAS untuk DUN dan Parlimen Kedah, Exco tersebut sekali lagi melangkaui batasan tugas dan bidang kuasanya apabila membariskan nama-nama yang dipercayai merupakan pengikut-pengikutnya selain nama beberapa orang Exco serta pemimpin kanan PAS yang menjadi sekutunya.... BACA SETERUSNYA DI SINI

0 comments

AWANG HITAM BERJAYA GODA JANDA BERANAK SATU SERAH DUIT RM233,000 DENGAN GAMBAR LUCAH SAHAJA!!!

MELAKA: Cair dengan pujukan ‘Dr Michael Clinton’ kononnya dari Switzerland dan mahu membuka klinik di Malaysia, seorang janda beranak satu menjadi mangsa terbaru sindiket penipuan Internet lelaki Nigeria membabitkan kerugian RM233,000.

Mangsa berusia 56 tahun mengenali lelaki itu menerusi satu laman sosial, awal Mei lalu yang memaparkan gambarnya sebagai lelaki kulit putih yang bekerja di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Soh Hock Sing berkata, untuk meyakinkan mangsa suspek memberitahu dia akan mengirimkan wang AS$380,000 (RM1,186,38) kepada mangsa untuk disimpan bagi membuka klinik yang dirancang.

Menurutnya, selepas satu tempoh, suspek mendakwa wang itu sudah dikirim dan berada di Kuching, Sarawak, namun untuk mendapatkannya mangsa terlebih dulu perlu membuat beberapa pembayaran kononnya sebagai yuran pengubahan wang dan servis serta cukai kerajaan.... (
SUMBER)

1 comments

MALU LA WEIII, KALAU NALLAKARUPPAN PUN BOLEH SEMBANG REALITI HUDUD!!!

Bekas muncikari Anwar Ibrahim yang banyak menyimpan rahsia ketegangan dan kekerasan senjata sulit Anwar Ibrahim menerusi bukti-bukti bergambar dan video, bagaikan gatal tekak untuk turut memberitahu umat Islam yang beria-ia mahukan hudud dilaksanakan di negara ini, agar berfikir secara waras terlebih dahulu.

Realitinya, di sebalik keterujaan PAS memperkenalkan semula hudud dalam mitos ceramah mereka, Nalla mengingatkan ahli-ahli PAS bahawa mereka hanya kalangan manusia yang berpijak di atas awan.

Qiyasnya ialah bagaimana Anwar Ibrahim yang kerap merajai pelbagai isu, dalam hal hudud, tengkoknya hampir tidak kelihatan.

Anwar pada 28 September 2011 telah pun menjelaskan bahawa hudud bukanlah sebahagian daripada Pakatan Rakyat walaupun pada masa yang sama memperakui tentang Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.

Kalau Nallakaruppan boleh mengesan cakap-cakap bohong Anwar Ibrahim yang hanya mahu mengenakan dan mempergunakan PAS, mengapa ahli-ahli PAS yang marah dengan kenyataan Nasharuddin Mat Isa yang menggesa PAS keluar dari Pakatan kerana penghinaan yang dibuat oleh DAP dan Karpal Singh, tidak dapat melihatnya?

Anwar Ibrahim tidak pernah jelas pendiriannya tentang hudud. Justeru apabila kafir seperti Nallakaruppan yang pernah bersekongkol dengan Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu, memperkatakan tentang PAS yang hanya berangan-angan dan perjuangan hudud yang sia-sia selagi berada dalam Pakatan Rakyat kerana mempercayai Anwar Ibrahim, seharusnya ahli-ahli PAS mula menggunakan akal dan kewarasan mereka.

Jangan disebabkan kebencian mendalam terhadap UMNO, membuatkan kelompok berkenaan terpedaya dan bersekongkol dengan musuh yang jauh lebih nyata dan di hadapan mata yang terang-terang memusuhi Islam dan umatnya.

Dan sewajarnya, meskipun Nallakaruppan adalah seorang kafir, setidak-tidaknya dia kelihatan jujur dalam nasihatnya kepada orang-orang PAS tentang Anwar Ibrahim.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments

MAJLIS SYURA PAS AKHIRNYA SUJUD DENGAN TUNTUTAN DAP/PKR PECAT NASHARUDDIN MAT ISA!!!

Seperti yang dijangkakan, Nasharuddin Mat Isa sebenarnya sudah pun dihalau keluar dari PAS secara terhormat. Bagaimanapun, bekas Timbalan Presiden PAS itu bagaikan sedang menunggu strategi yang terbaik buatnya sebelum bertindak. Biarpun begitu, para pemerhati menjangkakan, PAS Pusat sedang menanggapi situasi ini dengan kaedah paling berhati-hati ekoran Nasharuddin sudah pun menunjukkan bagaimana dan apa yang boleh dilakukannya sekiranya Majlis Syura atau PAS Pusat, bahkan Mursyidul Am PAS sendiri bertindak keterlaluan menerusi kehadirannya di Padang Lumat pada 20 Ogos lalu.

Sememangnya itu adalah insiden kecil yang melibatkan Nasharuddin Mat Isa. Namun kalau diperhatikan, kalau di Padang Lumat yang mana Kumpulan 30 yang giat menentang Azizan Abdul Razak pun, mampu disatukan dan diimamkan, bagaimana di tempat-tempat lain.

Pendapat sebahagian pemimpin PAS bahawa Nasharuddin tidak mempunyai pengaruh sekuat mana, tertolak dengan sendirinya. Nasharuddin Mat Isa adalah anak didik dan orang kepercayaan Allahyarham Fadzhil Nor, bekas Presiden PAS, malah tiga penggal menjadi Timbalan Presiden PAS, sudah cukup untuknya mengumpulkan pengikutnya yang tersendiri, meskipun dia kurang hebat dalam ceramah-ceramah pentas yang berakhir dengan kutipan derma Unit Amal.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS yang kata-katanya seringkali menjadi perintah telah membayangkan isi hatinya agar Nasharuddin berambus keluar dari PAS, namun Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib berpendapat sebaliknya. Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pula mengambil jalan mudah dengan menyatakan, PAS Pusat akan akur dengan keputusan Majlis Syura PAS Pusat tentang keanggotaan Nasharuddin Mat Isa.

Semuanya bermula apabila gambar Nasharuddin Mat Isa bersama-sama Najib Abdul Razak dipaparkan menerusi media massa dan blog-blog pro-UMNO-BN. Reaksi pantas daripada pasukan propaganda PAS ialah, Nasharuddin telah mengkhianati perjuangan PAS apabila berbaik-baik dengan pemimpin UMNO.

Walaupun Ahli Majlis Syura PAS, Mahfodz Mohamed berkata, bukan gambar itu yang menyebabkan Nasharuddin diheret ke 'tribunal' Majlis Syura, sebaliknya pendapatnya bahawa PAS perlu keluar dari Pakatan kerana tentangan DAP terhadap umat Islam, namun secara jelas, ianya bermula dari gambar Nasharuddin bersama-sama Perdana Menteri Malaysia di Makkah.... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM


0 comments

PATUTLAH BALA LARI, RUPA-RUPANYA DIA BUNUH ALTANTUYA!!!

Balasubramaniam dalam Akuan Bersumpahnya menyatakan, dia telah diambil bekerja oleh Abdul Razak Baginda pada Jun atau Julai 2006. Manakala Didier Arnauld dalam laporannya pula, memberitahu Polis Kebangsaan Perancis bahawa semenjak tahun 2000 lagi, Balasubramaniam sudah menjadi salah seorang dalam pasukan Perimekar. (BACA DI SINI)

Jadi, bila sebenarnya Bala diambil bekerja oleh Razak? Dalam tahun 2000 atau pada tahun 2006?

Kita telah pun mengetahui peranan Bala pada tahun 2006 iaitu menyelesaikan ‘masalah’ Razak dengan Altantuya Shiiribu. Tetapi apakah peranan sebenar Bala semenjak tahun 2000 sebagai salah seorang ‘anggota pasukan’ Perimekar? Justeru, apakah Bala mula bekerja dengan Razak pada tahun 2006 sebagaimana yang didakwanya, atau pada tahun 2000 sepertimana dakwaan Polis Kebangsaan Perancis?

Satu lagi teka-teki dalam kenyataan Bala ialah melibat Musa Safri. Bala berkata, “Selepas 10 minit, sebuah lagi kenderaan, Proton Saga berwarna biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu, melintasi kami dengan perlahan. Tingkap sebelah pemandu telah diturunkan dan pemandu itu memerhatikan kami.”

Bala tidak dapat mengenalpasti individu berkenaan dan dalam sidang medianya di London dua tahun kemudian, dia berkata, dia tidak tahu siapakah lelaki tersebut, tetapi hanya baru mengetahui bahawa lelaki itu adalah Musa Safri apabila terlihat di kaca televisyen dengan nama dan gambarnya dipaparkan. Dengan kata lain, dia hanya baru mengetahui selepas beberapa tahun bahawa lelaki di dalam kereta Proton berwarna biru itu adalah Musa Safri, Pegawai Khas Perdana Menteri, Najib Abdul Razak.

Bagaimanapun, dalam Akuan Bersumpahnya pada 1 Julai 2008, Bala berkata, “Saya telah menerima panggilan di telefon mobil saya daripada Musa Safri yang kemudian telah diserahkan kepada seorang Inspektor di Dang Wangi. Perbualan tersebut berlangsung selama 3 sehingga 4 minit di mana dia telah mengarahkan wanita tersebut beredar dan menemuinya keesokan harinya.”... SAMBUNG BACAAN DI SEL13.COM


0 comments

KESIAN ABBY ABADI, TAK FASAL-FASAL DIA SENDIRI BUKTIKAN, KEJAHILANNYA TERLALU MURAKKAB!!!

Mungkin konon untuk menunjuk pandai, dan konon-kononnya mungkin untuk menunjukkan yang dia seorang abid, maka Abby Abadi pun membelasah MAZA tentang hudud. Besar kepala kerana sudah beberapa kali berceramah, menjadikan wanita yang sebelum ini mempunyai masalah moral yang dipertikaikan, tidak tahu pun apa sebenarnya yang dia katakan.

Katanya dia sudah berhijrah... Masalahnya dia tak tahu pun, hijrah apakah yang dia telah lakukan. Katanya dia sudah mendekatkan diri dengan agama apabila dia masuk PAS. Namun dia sendiri gagal membezakan status abid dan alim.

Tidak salah menegur tetapi perlu dipastikan terlebih dahulu sama ada kita mempunyai cukup ilmu atau kita sekadar bertakliq membuta tuli sebelum menegur atau berbahas. Kalau setakat baru belajar tentang bertaharah, tak perlulah nak menyibuk berbahas tentang siyasah. Kalau baru belajar tentang usuluddin, tak perlulah berbahas tentang muntahi. Baru belajar kitab Penerang Hati, tak payahlah sibuk-sibuk nak mempertikaikan isi kandungan Kitab Al-Hikam.

Semuanya bermula dengan HUDUD.

Hudud hukum Tuhan tetapi seperti yang dikatakan oleh MAZA, sebarang keadilan juga adalah hukum Allah Taala sepertimana yang dipetik daripada pendapat Ibn Qayyim.

Mungkin Arbayah telah diberitahu oleh para gurunya dalam PAS bahawa bila dah semua Allah Taala, maka kenalah jalankan, kut? Kalau tidak, hukum kafir!

Bangang punya bekas artis! Sudahlah sepanjang kerjaya lakonan dan nyanyiannya, dia tidaklah sehebat mana kecuali skandal dan cerita peribadinya, sampaikan dalam berpolitik pun nak diulang perkara yang sama.

Eloknya dia pergi belajar dahulu. Duduk dendiam dan tak payah nak kepoh-kepoh menegur atau memperkatakan sesuatu yang dia sebenarnya tidak tahu atau tidak pasti.

Paling lebih, dia boleh bertanya kepada guru-gurunya dalam PAS, antara abid dengan alim, yang mana lebih diberi keutamaan.

Atau dia tak dapat membezakan abid dengan alim? Atau tidak tahu pun, apa itu abid dan apa itu alim?



0 comments

Wednesday, August 29, 2012

AKIBAT DISIHIR, MENTERI BESAR KEDAH TERKANGKANG DI BILIK 418 KMC!!!

Wednesday, August 29, 2012

Beberapa buah blog telah menyiarkan tentang keadaan kesihatan Menteri Besar Kedah yang berada dalam keadaan kritikal. Bagaimanapun, tidak ada satu pun yang menjelaskan punca dan penyakit sebenar yang dihidapi oleh Menteri Besar Kedah merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah itu.

Maklumat yang baru diterima oleh Kedahan69ers.com menyatakan, Azizan Abdul Razak berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan sedang dirawat di Bilik 418 KMC.

Azizan Abdul Razak telah dimasukkan ke KMC pada jam 4:00 pagi tadi dan dipercayai telah disantau menyebabkannya dia kehilangan banyak darah.

Sebelum ini, banyak pihak, Azizan Abdul Razak telah disihir oleh pihak tertentu dalam PAS sendiri kerana perebutan jawatan dan sakit hati.... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM


0 comments

SUSPEK ROGOL ANAK SAMPAI BUNTING DAN BERANAK NAK SAMAN BLOGGER!!!

Nampaknya selepas 'pulih' daripada godaman pihak tertentu, portal SEL13.COM kembali mengganas dengan berita-berita terkini.

Terbaru, portal yang kebiasaannya mempunyai bukti pendedahan kukuh itu, turut serta memperkatakan tentang seorang lelaki yang merupakan bekas calon PKR di Pahang dalam PRU12 lalu yang disyaki merogol anak perempuannya sehingga bunting dan beranak di sebuah hospital swasta di Cheras, Selangor.

Ikuti pendedahan berikut:

Bekas calon PKR dalam PRU12 lalu dan tidak dikenali oleh Fuziah Saleh, Ahli Parlimen Kuantan, akan mengambil tindakan terhadap mana-mana blog atau media yang menyiarkan berita tentangnya, anak perempuan berusia 14 tahun yang dirogol dan telah melahirkan seorang bayi serta perbuatan rogol sumbang mahram.

Mohd Nor Jaafar, 59 tahun, yang mempunyai 2 orang isteri dan 11 orang anak yang berusia antara 6 hingga 31 tahun, telah ditahan oleh polis bersama-sama seorang anak lelakinya yang berusia 14 tahun setelah anak perempuannya yang berusia 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di Cheras, Selangor. Remaja yang masih bersekolah itu kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Cheras.

Bekas calon pilihanraya PKR itu yang sekarang menyertai Parti KITA pimpinan Zaid Ibrahim menegaskan, dia hanya dipanggil ke balai polis untuk memberi keterangan. Dan sekarang dia telah dibebaskan. Sedangkan berdasarkan maklumat pula, dia dibebaskan dengan jaminan polis dan pihak berkuasa sekarang sedang melakukan ujian pateniti berdasarkan darah ketiga-tiga beranak itu.... SAMBUNG BACAAN DI SEL13.COM


0 comments

WAHAI SAHABAT ANA YANG DIKASIHI, MAT SABU MEMANG PENIPU BESAR!!!


Apabila Mat Sabu terlantik sebagai Timbalan Presiden PAS, ramai sebenarnya dalam PAS yang tepuk dahi dan menggeleng. Walaupun masing-masing tahu, Mat Sabu bukannya pandai mana pun, bahkan tiada langsung karisma untuk jadi pemimpin tertinggi PAS, terutama menerusi lisannya, namun kekuatan Anwarisme dan DAP-isme dalam PAS, telah meletakkannya di puncak kepimpinan.

Bagaimanapun, beberapa orang sahabat yang masih ada dalam PAS berkata, itu adalah kerja Allah Taala memberikan kifarah kepada PAS yang terlalu pandai bercakap dalam banyak hal, tetapi tidak pernah pandai bekerja. Akhirnya yang dilantik ialah orang yang tidak tahu apa-apa tentang keimamahan, tetapi berlagak pandai dan pandai pula bercakap.

Mahu tidak mahu, atas nama wala', terpaksalah para sahabat yang berada dalam PAS tutup mulut dan berusaha agar kekhuatiran mereka tidak terkeluar dari lingkungan jemaah.

Namun, Mat Sabu bukanlah seorang pemimpin yang bijak. Kesembronoan dan kegelojohannya membuatkan dia sering tersalah cakap. Tidak sahaja tersalah cakap, bahkan seringkali tolak-tarik dengan kata-katanya sendiri.

Itu yang berlaku dalam minggu mutakhir ini. Mat Sabu menafikan yang dia berkata, Pakatan Rakyat akan melaksanakan hudud dan meminda perlembagaan bagi tujuan tersebut. Dengan kata-kata lain, Mat Sabu menyalahkan wartawan Sin Chew yang kononnya tidak faham Bahasa Melayu.

Kata orang, pemimpin yang bengap mencerminkan para pengikut yang berganda bengapnya. Sedangkan kalau ditengok, kebanyakan yang menyertai PAS, bukan kecik-kecik anak. Ada yang berjawatan besar, dan berijazah bergulung-gulung.

Suatu masa dahulu, UMNO mengamalkan perbuatan yang sama dan hampir menyebabkan UMNO tertolak apabila golongan yang dianggap cerdik pandai dan profesional dicantas dan tidak dibenarkan mendaki tangga ranking. Sebaliknya yang bijak sangat berpolitik, sebenarnya masih lagi duduk dalam kepompong kepurbaan sehinggakan banyak kenyataan yang dikeluarkan, digelak-gelakkan oleh budak-budak remaja terutama yang membabitkan teknologi atau trend terkini.

PAS juga nampaknya mengulang semula kesilapan UMNO walaupun baru sahaja beberapa tahun lepas, PAS menguasai teknologi maklumat dan trend terkini sehingga berjaya memecah kebuntuan semenjak ditubuhkan pada tahun 1951. Peningkatan kerjaya politik Mat Sabu tidak banyak membantu menjadikan PAS lebih cemerlang, bahkan menjadikan PAS sebagai bahan lawak jenaka di kalangan orang Melayu-Islam sendiri, apatah lagi yang bukan Melayu dan bukan Islam.

Hudud yang dimainkan itu sendiri sudah cukup untuk membuktikan PAS tidak berpijak di bumi nyata. PAS bising-bising tentang undang-undang hudud tetapi PAS tidak bertanding lebih dari dua pertiga. Penguasaan PAS dalam Pakatan Rakyat juga merupakan yang paling minoriti.

Apabila Mat Sabu main tarik tali dan cakap berbolak balik tentang hudud, itu semakin jelaslah menunjukkan bagaimana PAS sebenarnya tidak pernah konfiden dengan apa yang mereka sendiri perjuangkan. Walaupun ahli-ahli peringkat bawahan masih lagi menaruh keyakinan tetapi keyakinan tersebut diranapkan oleh pimpinan atasan seperti Mat Sabu.

Itu belum lagi dicampur dengan kerenah Khalid Samad yang sentiasa mempertahankan Karpal Singh tetapi membelasah semahu-mahunya ahli jemaah sendiri!!!

0 comments

HARGA GETAH TURUN PUN SALAH UMNO JUGAK? ALAHAI, TERUKNYA MENTALITI PAS!!!


Tak tahulah nak kata apa lagi kat puak-puak berdarah hijau ini. Bukan tidak ada puak darah hijau yang bijak dan berfikiran terbuka, bahkan boleh dijadikan sahabat berdebat yang baik, tetapi apabila datang sekumpulan yang dungunya mengalahkan keledai pelahap jerami, cakap apa pun tak berguna. Terangkan sampai berbuih mulut dan batuk darah sekalipun, mereka tetap juga dengan pemikiran dungu mereka.

Suruh baca, mereka kata semuanya fitnah UMNO dan Barisan Nasional. Suruh tengok televisyen, dihukumkannya sebagai hiburan yang melekakan dan menyesatkan. Suruh tengok berita sahaja, bukannya hiburan-hiburan yang lain, dikatakan pula, berita-berita itu semua adalah fitnah UMNO semata-mata dan tiada langsung kebenaran di dalamnya.

Susah betul nak ubah kepala otak mereka ini... dan lebih malang lagi, mereka ini adalah orang Melayu dan beragama Islam pulak tu. Kalaulah puak-puak ni tahu bahawa Ibn Sinna, Ibn Rushd, Al-Khwarizmi, Al-Jubair dan pelbagai nama tokoh sains dan matematik Islam zaman keemasan dahulu, banyak mengambil konsep dari kitab-kitab Yunani dan India, harus semua nama-nama itu dikafirkan puak-puak ini.

Ada orang PAS di Baling yang bising sebab media di seluruh Malaysia tidak lagi menyiarkan tentang harga getah semasa. (BACA DI SINI)

Katanya, penurunan harga getah itu menyebabkan penoreh getah terpaksa mengikat perut dan hidup dalam kemiskinan kerana harga getah hanyalah RM2.50 sehingga RM2.70 sekilogram berbanding RM4.50 sehingga RM5.00 sekilogram.

Sama ada orang berkenaan hidup dalam dunia purba dan langsung tidak tahu ikhtiar hidup yang lain, hanya dia yang lebih tahu. Dengan lambakan kerja di seluruh Malaysia sehingga menjadi daya tarikan kepada pendatang-pendatang asing, bagaimana ada rakyat Malaysia yang mengeluh tentang ikat perut dan harga getah yang sedang menurun?

Apatah lagi dengan lambakan bantuan daripada kerajaan kepada masyarakat luar bandar, khususnya dalam bidang pertanian, macam mana orang sebegini boleh mengeluh tentang harga getah yang menjunam dan kemudian cuba untuk mengaitkan dan menyalahkan UMNO serta Barisan Nasional?

Sudah tiadakah tanah-tanah di sekitar rumahnya atau kampungnya untuk bercucuk tanam dengan tanaman kontan seperti cili api dan sebagainya bagi menambahkan pendapatan? Atau orang yang banyak merungut ini sebenarnya hanyalah golongan penggoyang kaki dan kaki sembang di kedai kopi yang dijadikan Parlimen?

Tidak mustahil ini adalah golongan yang banyak sangat bercerita tentang politik berbanding mencari pendapatan tambahan untuk memajukan keluarga. Itulah sebabnya, dia langsung tidak nampak benda lain kecuali menoreh getah...

Alahai... bukan makin maju, bahkan makin mengundur ke belakang!!!

1 comments

SUMBANG MAHRAM: SEMAKIN JELAS SESIAPA SAJA YANG TERLIBAT DENGAN PKR MEMANG ADA MASALAH DENGAN KEMALUANNYA!!!


Eoran pendedahan yang dibuat dan berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh sebuah rumah 'baby drop' sehingga membawa kepada penangkapan seorang lelaki yang pernah menjadi calon pilihanraya PKR, banyak sudah versi cerita yang berkisar tentang kes jenayah berkenaan.

Apakah kali ini PKR sudah boleh menarik nafas lega kerana lelaki berkenaan bukan lagi ahli PKR sebaliknya merupakan antara ahli lompat dari PKR ke satu lagi parti yang dipelopori oleh bekas PKR iaitu KITA?

Atau sekali lagi PKR serta Anwar Ibrahim akan menyatakan bahawa ini semua hanyakah konspirasi dan fitnah UMNO-BN semata-mata sepertimana yang berlaku dalam beberapa kes yang melibatkan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali?

Bukankah jawapan standard PKR dan Anwar Ibrahim ialah SEMUANYA SALAH UMNO?

Bukanlah sesuatu yang menghairankan sekiranya bekas PKR terlbat dalam masalah moral dan jenayah. Dan jangan pula terpedaya kerana mereka telah melompat parti.

Sebabnya melompat parti merupakan kaedah yang membolehkan mereka menyucikan Anwar Ibrahim agar tidak terpalit dengan jenayah moral yng telah mereka lakukan. Konon-kononnya supaya apabila jenayah mereka terbuka, maka yang bersalah dan menjadi sasaran nanti adalah parti baru.

Walaupun ada yang melompat parti kerana sudah tidak tahan dengan kebobrokan di dalam parti asal atau lebih tepat lagi kerana prinsip, tetapi kebanyakan yang melompat adalah disebabkan masalah serta kepentingan peribadi.

Berbalik kepada penyumbang mahram yang melibatkan pemimpin kanan parti berkenaan, pastinya sesuatu yang lebih besar melibatkan tohmahan kepada UMNO dan Barisan Nasional akan berlaku. Trend menyalahkan dan memperlihatkan UMNO sebagai terdesak sehingga perlu menggunakan isu seks merupakan kaedah yang digemari oleh PKR. Selain daripada mengalihkan tumpuan masyarakat pengundi, PKR akan kelihatan seperti sebuah parti kecil yang sentiasa dianiayai dan dizalimi kerana kekuatannya yang luar biasa.

Kita cuma perlu tunggu dan lihat perkembangan serta persilatan serta taichi PKR. Isu ini pasti akan dimainkan dengan baik kerana selain dapat menyalahkan UMNO, PKR juga akan dapat membersihkan imej mereka, biarpun si pelakunya adalah orang mereka sendiri!

0 comments

Blog Archive

Labels