IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, September 10, 2012

NASHARUDDIN MAT ISA TETAP TAK SELAMAT DALAM PAS!!!

Monday, September 10, 2012

Di sebalik kekecohan berhubung insiden pengawal peribadi Anwar Ibrahim cuba membunuh orang awam di Kampung RIM, Jasin yang masih dibincangkan dan diperkatakan sehingga ke hari ini, Anwar Ibrahim pula begitu sibuk sedang berpakat dengan PARASIT dan IBLIS dalam PAS untuk memastikan rancangan menyingkirkan Nasharuddin Mat Isa dari PAS membuahkan hasil.

Ternyata mesyuarat Majlis Syura PAS malam tadi, tidak membuahkan hasil sepertimana yang diharapkan. PAS Pusat enggan terjebak dalam kancah yang lebih merugikan sekiranya Nasharuddin Mat Isa disingkirkan dari parti tersebut. Keputusan Nasharuddin Mat Isa agar kedudukannya dalam parti diserahkan ke tangan para pemimpin parti itu sendiri, memang bijak dan tepat.

Menariknya, pihak yang sebelum ini turut mempropagandakan atau berkempen agar Nasharuddin Mat Isa dipecat dari PAS dan bertepuk tangan sekiranya bekas Timbalan Presiden PAS itu masuk UMNO, sekarang berlakon kononnya mereka memanjat kesyukuran kerana Nasharuddin tidak jadi disingkirkan. Bahkan kata mereka yang seringkali berbolak-balik itu, rancangan jahat musuh-musuh PAS untuk melihat PAS berkecamuk dan berpecah-belah tidak jadi kenyataan kerana kebijaksanaan pimpinan tertinggi parti tersebut dalam membuat keputusan berhubung Nasharuddin Mat Isa.

Walaupun dapat dilihat, golongan yang berkiblat kepada Anwar Ibrahim itu cuba menyedapkan dan menenangkan hati sendiri, namun daripada tulisan-tulisan mereka, sangat jelas menunjukkan bagaimana mereka sebenarnya kecewa kerana Majlis Syura PAS masih mengekalkan Nasharuddin di dalam parti tersebut, bahkan kedudukannya dalam Majlis Syura juga tidak terjejas.

Walau apa pun yang berlaku dalam keputusan Majlis Syura PAS semalam, sesuatu yang amat jelas ialah, permainan trick-and-treat yang dilakukan tidak akan memberikan imej yang lebih baik kepada kalangan masyarakat awam, terutama sekali masyarakat pengundi baru yang sedang mencari alternatif. PAS dilihat amat lemah dan terlalu bermain dengan persepsi walhal PAS sepatutnya sudah membina kekuatan tersendiri tanpa mengharapkan permainan dari luar yang akhirnya merugikan parti itu sendiri.

Nasharuddin Mat Isa sebenarnya amat diperlukan oleh PAS dalam mengimbangi kuasa-kuasa IBLIS dan PARASIT yang sedang menguasai setiap penjuru dan ruang dalam PAS, baik kepimpinan PAS Pusat, apatah lagi PAS Negeri dan Kawasan. PAS memerlukan kombinasi kepimpinan yang jauh lebih baik berbanding sekarang, tanpa sedikit pun mendatangkan kecacatan kepada perjalanan PAS dalam arus politik tanah air.

Suka atau tidak, PAS sebenarnya adalah pengimbang UMNO. PAS tidak boleh bersama-sama UMNO dalam satu barisan atau satu kumpulan, tetapi PAS diperlukan di luar UMNO dan Kerajaan sedia ada agar terus menjadi mata dan telinga rakyat. Sebabnya amat mudah, tidak ada satu benda pun di dunia ini yang sempurna namun setiap sesuatu adalah saling melengkapi. PAS melengkapi UMNO dan UMNO pula memerlukan PAS sebagai pelengkap.

Namun, kumpulan PARASIT dan IBLIS yang enggan melihat 'kerjasama baik' antara PAS dan UMNO, tentu sekali tidak senang melihat konsep lengkap-melengkapi antara UMNO dan PAS sebaliknya mereka berusaha menjadikan PAS sebagai musuh UMNO yang sanggup melakukan apa-apa sahaja, termasuklah mengambilalih tugas dan hak Allah Taala. ... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM


0 comments

RONNIE LIU MASIH TIDAK JAWAB ISU SEBAT DUIT LORI SAMPAH!!!

Suatu masa, ramai penulis blog pro-kerajaan mengesyaki ada sesuatu tidak kena dengan pengumuman pembelian lori sampah oleh exco yang mengawal PBT, YB Ronnie Liu.

Mengapakah perlu dibeli lori sampah dari China sedangkan banyak pembuat lori sampah di Malaysia?

NST hari Ahad dalam ruang “Truck and Transport Guide‘ mendedahkan bahawa lori sampah yang dibeli adalah dari China dan berjenama Dongfeng.

Isu timbul apabila pemegang francis bagi lori jenama itu di Malaysia menyuarakan tidak puashati bila Kumpulan Darul Ehsan membeli 50 lori jenama itu terus dari seorang pembekal di China dan ini berkemungkinan bertentang dengan perjanjian francis.

Pemegang Francis, Dongfeng Commercial Vehicle Sdn Bhd mendedahkan bahawa model lori yang dibeli adalah model lama yang sudah lapuk (obselete), tidak lagi dalam pasaran dan tidak dibuat lagi.

Lori-lori yang akan diserahkan sebanyak 28 buah kepada majlis Bandaraya Shah Alam dan 18 buah kepada Majlis Perbandaran Petaling jaya masih lagi tidak boleh masuk kerana tidak menepati spesifikasi.

Pihak pemegang francis mengatakan bahawa walaupun mereka sedia lakukan servis kepada lori-lori ini kerana mereka pemegang jenama Dongfeng, tetapi ianya bukan model yang mereka bawa. Dengan demikian, perkhidmatan maintenance tidak dapat dipastikan berjalan lancar..... BACA SETERUSNYA DI SEL13.COM


0 comments

SAKSI SERAH KLIP VIDEO, PENGAWAL PERIBADI ANWAR IBRAHIM MEMANG BERNIAT MELEPASKAN TEMBAKAN!!!


Apabila polis Melaka membebaskan pengawal peribadi Anwar Ibrahim yang didakwa mengacukan pistol ke arah orang awam dengan alasan, lelaki berkenaan tidak melakukan sebarang kesalahan dan hanya menjalankan tugasannya, ramailah yang tidak bersetuju. Bagaimanapun, pihak Pakatan Rakyat yang sebelum ini memberikan alasan yang telah diterima oleh Polis Melaka itu, bertepuk tangan kerana telah menang.

Bagaimanapun, keputusan Polis Jasin itu disanggah oleh banyak saksi. Petang ini, seorang saksi menyerahkan klip video yang membuktikan bagaimana lelaki berkenaan memang berhajat melepaskan tembakan, apabila mengacukan pistol dari kereta yang sedang bergerak ke arah orang ramai.

Anwar Ibrahim yang selama ini begitu sangsi dengan polis, tiba-tiba sahaja berubah sikap dengan menyerahkan kes berkenaan kepada pihak polis. Anwar yang tidak pernah percaya dengan polis, tiba-tiba sahaja bersikap lunak dan cuba memberitahu dunia bahawa polis sedang bertindak adil.

Manakala Ketua AMK yang juga merupakan Ketua PKR Cabang Jasin, Shamsul Iskandar Mohd Akin atau Sam Ketot awal-awal lagi telah menafikan pengawal peribadi tersebut mengacukan pistol, sebaliknya katanya, lelaki berkenaan hanya memegang hulu pistol yang disembunyikan di pinggang seluarnya.

Tak tahulah kalau-kalau bukti klip video berkenaan akan dianggap juga sebagai doctored sebagaimana gambar-gambar orang ramai berpusu-pusu ke rumah terbuka Perdana Menteri pada minggu lepas.

0 comments

Sunday, September 9, 2012

ANWAR ARAHKAN BODYGUARD LEPAS TEMBAKAN, TAPI BODYGUARD TAK SAMPAI HATI!!!

Sunday, September 9, 2012

Belum lagi jadi Perdana Menteri, belum lagi mendapat kuasa, Anwar Ibrahim sudah pun membuktikan bahawa dia tidak mampu mengawal dirinya. Barangkali kerana itulah, Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh selama ini menuduh orang lain zalim, tidak bertamadun, tidak berhati perut, penipu, pembuat fitnah dan sebagainya. Semuanya semata-mata untuk melindungi sifat-sifatnya yang sebenar. Anwar Ibrahim tidak lagi mampu berselindung dan berlakon sebagai seorang pemimpin yang baik.

Jawapan dan alasan yang bakal diberikan oleh Anwar Ibrahim serta diperkembangkan oleh juak-juaknya berkenaan insiden pengawal peribadinya mengacu pistol ke arah orang awam ialah, keselamatan Anwar Ibrahim diancam. Malah tidak mustahil juga, akan diberitahu bahawa pengawal peribadi yang hampir melepaskan tembakan untuk melakukan pembunuhan rambang agar ketakutan dapat ditimbulkan terhadap Anwar Ibrahim ialah, ada di kalangan orang ramai yang berkumpul membantah kehadiran Anwar Ibrahim itu membawa senjata dan cuba menyerang atau membunuh Ketua Umum PKR itu.

Melihat kepada reaksi yang diberikan oleh para penyokong Anwar Ibrahim, kata mereka, pengawal peribadi tersebut seharusnya melepaskan tembakan dan membunuh kesemua orang yang menghalang atau menunjuk perasaan terhadap Anwar Ibrahim. Pendapat mereka lagi, itu merupakan pengajaran yang paling berkesan untuk menunjukkan kepada penentang-penentang Anwar Ibrahim bahawa 'NEGARA INI ADA UNDANG-UNDANG'.

Dan yang paling menarik ialah apabila mereka mengatakan, yang selalu menghalang dan menyerang ceramah Anwar Ibrahim adalah UMNO sedangkan penyokong Pakatan Rakyat tidak pernah menyerang ceramah UMNO.... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM


0 comments

Saturday, September 8, 2012

KARPAL CUBA SELAMATKAN DAP DARI DITELANJANGI SEBUAH FILEM BERNAMA TANDA PUTERA

Saturday, September 8, 2012
Berita yang baru sampai...

Karpal Singh khabarnya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penerbit dan pengarah filem TANDA PUTERA,Datin Paduka Shuhaimi Baba pada minggu ini.

Tindakan Karpal itu sebenarnya dilihat sebagai usaha menyelamatkan DAP pada saat-saat akhir memandangkan polemik filem tersebut, menyebabkan sejarah permainan sebenar DAP sehingga tercetus rusuhan berdarah pada 13 Mei 1969 mulai terkuak sedikit demi sedikit.

DAP dan Lim Kit Siang sebelum ini bertegas mereka tidak terlibat langsung dengan tragedi berkenaan namun tiada sesiapa di kalangan pemimpin DAP yang dapat menjelaskan tentang perarakan mayat seorang lelaki Cina tua dari Kepong dan seorang agen Komunis yang ditembak mati oleh polis selepas cubaan menyerang anggota yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin DAP pada waktu itu untul mencetuskan rusuhan.

Begitu juga dengan perarakan para penyokong DAP ke Kampung Bharu sambil melaung-laungkan kebencian terhadap orang Melayu.

Besar kemungkinan bagi mengelakkan para penonton dapat menilai peranan jahanam DAP, paling tidak pun Karpal akan cuba mendapatkan perintah larangan mahkamah agar filem berkenaan tidak ditayangkan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

8 comments

TAKTIK RAIH SIMPATI MAHFUZ OMAR TAK MENJADI!!!

Bila Mahfuz Omar bagitahu orang PERKASA yang menjerkah Anwar Ibrahim yang cuba nak bagi tazkirah di Masjid Seri Pumpong, baling kasut dan selipar ke dalam masjid, serta-merta juak-juak Pakatan mengecam PERKASA dan UMNO sebagai tidak menghormati institusi masjid walaupun hakikatnya membenarkan seorang pemecah belah seperti Anwar Ibrahim memberikan tazkirah lebih merupakan penghinaan dan perlecehan besar terhadap kesucian rumah ibadat itu.

Cerita tentang baling kasut dibesar-besarkan sekaligus menghilangkan terus kepentingan melindungi masjid daripada anasir perosak seperti Anwar Ibrahim.

Hari ini penafian telah dibuat oleh PERKASA Kedah. Bahkan dengan menggunakan bukti daripada bahan Pakatan sendiri yang disiarkan dalam YouTube, kasut atau selipar yang didakwa oleh Mahfuz Omar langsung tidak kelihatan.

Sekaligus membuktikan Mahfuz Omar PEMBOHONG BESAR dan juak-juak Pakatan yang menggunakan isu tersebut adalah agen penfitnah dan pemutarbelit yang paling efektif!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments

SELEPAS DUA PENGIBAR SANG SAKA MALAYA, PAKATAN RAKYAT IKTIRAF BOTAK CHIN SEBAGAI WIRA BANGSA!!!

Tepat sebagaimana yang dijangkakan, akhirnya Anwar Ibrahim menunjukkan bukti, demi mendapatkan sokongan dan kemenangan pada PRU13 akan datang bagi membolehkan dia menjadi Perdana Menteri, dia sanggup mengenepikan segala-galanya, termasuklah sumpah yang dituturkan ketika dilantik sebagai Ahli Parlimen Malaysia. Malah Anwar Ibrahim tidak lagi peduli dengan fungsi sebenar kewujudan ahli-ahli politik di negara ini.

Bagi Anwar, apa-apa sahaja yang boleh mendatangkan keuntungan kepadanya, dia akan menyokong. Bahkan sekiranya Amerika Syarikat atau Israel Zionis hendak menyerang negara ini dan memenggal setiap tengkuk individu yang beragama Islam di negara ini, Anwar akan menyokong dan mengiktiraf usaha tersebut selagimana dia boleh dilantik sebagai Perdana Menteri.

Kegilaan hendak menjadi Perdana Menteri pada diri Anwar Ibrahim mulai mendatangkan musibah kepada negara. Satu persatu Allah Taala mulai tunjukkan dan dedahkan belang sebenar Anwar Ibrahim.

Penyerahan diri dua orang pemuda yang mengibarkan bendera ciptaan Hishamuddin Rais yang didakwa sebagai Sang Saka Malaysa tanpa susur galur dan sejarah, telah membuatkan para tukang propaganda upahan Anwar Ibrahim mengiktiraf kedua-dua pemuda Melayu berkenaan sebagai wira.... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM


0 comments

Friday, September 7, 2012

TOLONG HANTAR BALIK HISHAMUDDIN RAIS KE ISRAEL!!!

Friday, September 7, 2012

Semenjak kepulangannya ke Malaysia, hanya dalam tempoh setahun sahaja Hishamuddin Rais tutup mulut. Namun dasar agen subversif sepertinya, tidak akan berdiam diri selama-lamanya. Apatah lagi, kerap kali dia dilihat menerima panggilan telefon misteri dan dia sentiasa cuba bersembunyi apabila panggilan telefon itu dijawab. Apabila Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan kerana kesalahan meliwat serta rasuah salahguna kuasa, Hishamuddin Rais mulai tunjuk belang.

Bergabung dengan Tian Chua, Ezam Mohd Nor dan kepala-kepala bengkeng yang lain, Hishamuddin Rais merencanakan pelbagai rusuhan dan demonstrasi liar. Walaupun kelihatan seperti ingin mendesak Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Dr. Mahathir agar membebaskan Anwar Ibrahim, tetapi motif sebenar ialah menimbulkan kekacauan dan campurtangan dari Amerika Syarikat ke atas negara ini menjadi realiti.

Dalam apa juga keadaan, Hishamuddin Rais cuba menunjukkan dan membuktikan dia adalah seorang ilmuwan walaupun hakikatnya dia tidak banyak tahu tentang sejarah negara ini.

Kepetahan dan kelicikannya selain persepsi ramai bahawa sepanjang dia menjadi pelarian di negara asing, banyak ilmu yang telah ditimbanya, menjadikan Hishamuddin Rais seperti Sang Dewa yang dipercayai memberi kehidupan baru kepada generasi muda.

Hishamuddin Rais dan kepercayaannya terhadap Sosialisme dan Marxisme tidak pernah surut meskipun, usianya semakin menghampirkannya dengan liang lahad. Hishamuddin Rais masih lagi percaya tentang teori golongan pekerja adalah penguasa dan kapitalis adalah musuh kemanusiaan.

Budaya samseng dan rukun hidup komunis yang mahu bertapak seperti demonstrasi liar, telah disuburkan oleh Hishamuddin Rais yang memberikan bantuan sepenuhnya kepada Anwar Ibrahim. Cakap sahaja, apa demonstrasi di Kuala Lumpur yang tidak disertai oleh Hishamuddin Rais. Bahkan, apa demonstrasi besar Pakatan Rakyat di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur yang tidak dirancang oleh Hishamuddin Rais.

Malah sewaktu Himpunan Sejuta Rakyat kononnya di Kelana Jaya, budaya tunjuk punggung mula diperkenalkan oleh Hishamuddin Rais. Biarpun selepas itu, dia menangis-nangis dan merayu-rayu meminta maaf, ia sebenarnya hanyalah lakonan si sosialis tua untuk menagih simpati.

Keinginannya untuk mengembangkan budaya kurang ajar dan biadap yang diimport dari golongan punk dan skinhead serta anggota komunis Eropah, terlalu menebal.... SAMBUNG BACAAN DI SELANGOR DAILY.COM

1 comments

MELAMPAU! ASRI TUDUH PAS JALANGKAN ABBY ABADI!!!


Ada benarnya kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Mufti Perlis, Dr. Mohamad Asri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai MAZA. PAS dalam mengharungi badai politik negara, memilih pendekatan yang sama sekali bertentangan dengan aspirasi penubuhan parti itu lebih 50 tahun lampau. Sebaliknya PAS terikut-ikut dengan budaya PKR yang mementingkan publisiti berbanding ilmu sehinggakan orang yang tidak berkelayakan pun diangkat sebagai pemimpin dan wakil rakyat yang kesudahannya, mereka tidak mampu menggalas amanah yang diberikan.

MAZA mempersoalkan platform yang diberikan kepada Abby Abadi yang baru sahaja beberapa hari masuk PAS untuk berceramah dan bercakap mengenai isu-isu politik dan Islam biarpun kepimpinan PAS yang bertanggungjawab, menyedari Abby Abadi bukanlah seorang yang berilmu pengetahuan dalam bidang agama. Bahkan banyak kenyataan yang dikeluarkannya bersifat sembrono dan hanya berlandaskan kepada nafsu....
SAMBUNG BACAAN DI SINI

Fenomena ARTIS MASUK PAS kini sudah menjadi parah. Budaya ilmu yang seringkali dibangga-banggakan oleh ahli-ahli PAS, kini telah dicampakkan ke dalam tong sampah. Semuanya kerana disebabkan ingin mengejar populariti dan ingin menunjukkan kononnya PAS terbuka kepada semua.

1 comments

BILA PULA MAKHLUK-MAKHLUK PEROSAK NI HENDAK DIBURU DAN DIAMBIL TINDAKAN?


A.Samad Said telah hadir ke Balai Polis Dang Wangi untuk memberikan keterangan. Perasannya, puisi yang dia gubah dan bacakan tu tersangatlah meruntun jiwa sehingga memerlukan dia memberikan keterangan. Konon-kononnya, ramailah yang takut dengan puisi yang dideklamasinya pada malam Ambang Kemerdekaan tajaan Pakatan Rakyat di Dataran DBKL.

Namun pada penghujungnya, A.Samad Said menyatakan, dia bukanlah penganjur sebaliknya hanyalah jemputan untuk mendeklamasikan puisi.

Kesian seorang pemuisi tua sepertinya yang boleh disepak terajang dan dipergunakan orang sesuka hati. Walaupun masih lagi menikmati skim Sasterawan Negara yang memberikan banyak kelebihan dan keistimewaan kepadanya hasil inisiatif kerajaan yang disifatkannya sebagai zalim, pemuisi tua itu boleh dikecur peluhnya, hanya kerana kehendaknya tidak dituruti.

Memang benarlah A.Samad Said bukanlah penganjur malam yang membuktikan kejahanaman Pakatan Rakyat itu. Dan kalaupun dia adalah penganjur, A.Samad Said bukannya boleh buat apa-apa pun selain menurut perintah. Otaknya sudah senipis rambut putihnya. Akalnya sudah terbelah-belah dek dendam tak dapat projek dengan Kerajaan Negeri Melaka. Firasat dan impiannya telah dihalatujukan oleh gerombolan subversif yang berfahaman sosialis dan marxisme.

Sayangnya, A.Samad Said yang terkehadapan untuk dipanggil memberi keterangan. Dia juga yang berhadapan dengan risiko kehilangan segala usahanya selama lebih 50 tahun. Dia juga yang bakal menghilangkan bantuan pelajaran untuk anaknya yang belajar di luar negara.

Sedangkan syaitan-syaitan sebenar yang berada di belakang A.Samad Said, terutama sekali Hishamuddin Rais sekadar tersengih lebar kerana keupayaan mereka membodohkan seorang tua yang mahukan perhatian dan pernah mogok seni kerana buku-bukunya tidak laku suatu ketika dahulu.

Rakyat Malaysia sebenarnya sedang meneliti dan melihat sejauh manakah tindakan yang akan diambil terhadap kumpulan subversif yang ditunjangi oleh Hishamuddin Rais, Maria Chin Abdullah, Haris Ibrahim dan sebagainya ini? Adakah mereka akan terus lepas bebas untuk mengusahakan kekacauan bagi membolehkan kemasukan anasir-anasir luar seperti MOSSAD ke negara ini sebagaimana yang cuba diusahakan oleh Anwar Ibrahim pada tahun 1997 dahulu?

0 comments

NUR JAZLAN NI DEMAM SEJUK KER, DEMAM MABUK?

Bila bercakap tidak lihat diri sendiri, begitulah jadinya. Sudahlah digelakkan puak-puak Pakatan Rakyat, yang duk ada dalam UMNO pun, nak termuntah hijau dengar kenyataannya. Kalau dia sendiri seperti yang dikatakannya, tak mengapalah. Ini tidak, jawatan GLC disapu, back-up kerajaan langsung tak pernah.

Ada tidak pun, dia back-up projek yang dianugerahkan oleh GLCnya kepada kontraktor. Itu sajalah... lain daripada itu, memang susah nak tengok dia bercakap di Parlimen atau bangun membela kerajaan yang sepatutnya dia dokong kerana dia adalah wakil rakyat parti kerajaan.

Cadangan Nur Jazlan Mohamad Rahmat kepada Najib Abdul Razak, memang bagus. Katanya, nak pilih calon BN untuk PRU13 nanti, eloklah yang berusia 50 tahun ke bawah.

Cuma yang tidak disebutkan dan disambung oleh Nur Jazlan ialah, seelok-eloknya, biarlah calon yang boleh bercakap, boleh berdebat, boleh mengeluarkan fakta, boleh menyanggah pembohongan Anwar Ibrahim secara berdepan-depan, boleh membuatkan Lim Kit Siang bungkam, dan yang paling penting, yang faham sejarah negara ini, bukannya jenis mengangguk dan kemudian tidur.

Kalau setakat nak jadi macam Ahli Parlimen Temerloh yang berjawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi tu dan Nur Jazlan sendiri, rasa-rasanya elok disuruh jadi cai bancuh air saja.


0 comments

MENJELANG 9 SEPTEMBER, NASHARUDDIN DIFITNAH DIBELI UMNO!!!

Apa-apa sahaja berita tentang Nasharuddin Mat Isa, pasti akan menarik perhatian PARASIT dan IBLIS PAS. Dan yang paling penting ialah, mereka hanya menapis-napis berita yang boleh memberikan kelebihan kepada mereka dalam menghadapi 'perbicaraan' bekas Timbalan Presiden PAS itu dalam tempoh dua hari lagi. Anehnya, berita dan maklumat yang mereka cari ialah tentang kecenderungan Nasharuddin Mat Isa untuk masuk UMNO.

Justeru, mana-mana pihak UMNO yang kelihatan rapat atau mengunjungi Nasharuddin Mat Isa, akan dikatakan sebagai usaha mengumpan bekas Timbalan Presiden PAS itu untuk keluar dari PAS dan menyertai UMNO.

Itu yang berlaku apabila ulama muda dari UMNO, Fathul Bari mengunjungi Nasharuddin Mat Isa di kediamannya beberapa hari lepas. Sebaliknya Pengerusi Sekretariat Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia itu berkata, ziarah yang dilakukan adalah atas nama Islam dan tanggungjawabnya selaku seorang Muslim.

Sudah tentulah jawapan dan penjelasan yang diberikan oleh Fathul Bari itu tidak akan diterima oleh mana-mana PARASIT dan IBLIS PAS. Kecenderungan mereka untuk membunuh dan menyingkirkan Nasharuddin dari PAS, jauh lebih kuat daripada perjuangan memartabatkan PAS itu sendiri. Kecualilah seandainya Nasharuddin itu seorang DAP atau PKR, maka pelbagai cerita buruk tentang UMNO pula yang akan dikembangkan demi menjaga air muka Nasharuddin Mat Isa.

Semenjak tercetusnya idea Kerajaan Perpaduan yang dipelopori oleh Presiden PAS sendiri pada tahun 2008, PARASIT dan IBLIS PAS telah menyasarkan beberapa orang pemimpin PAS tertentu untuk dikutuk dan dilabel sebagai pengkhianat. PARASIT dan IBLIS PAS di Selangor telah berjaya menyingkirkan Hasan Ali, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor menerusii arahan daripada Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR. Bagaimanapun, dalam kes Nasharuddin Mat Isa, mereka masih gagal walaupun Mursyidul Am PAS begitu jelas berpihak kepada mereka....
SAMBUNG BACAAN DI SINI

0 comments

AZHAR IDRUS BIKIN PAS TERENGGANU PENING BILA TOLAK TAWARAN JADI CALON!!!


Keterujaan PAS terhadap ikon terbaru mereka, Azhar Idrus nampaknya tersekat apabila pelawak tersebut dikatakan mengambil keputusan untuk menolak tawaran PAS bertanding dalam PRU13 nanti.

Walaupun Pesuruhjaya PAS Terengganu, Wahid Endut menyatakan bahawa nama Azhar Idrus tidak tersenarai, namun daripada reaksi yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu, jelas begitu kecewa kerana Azhar Idrus dikatakan mempunyai potensi untuk menang besar di mana-mana kawasan yang akan ditandinginya.

Sebenarnya tidak kisahlah apa jawapan yang diberikan oleh Azhar Idrus, mahupun Wahid Endut. Secara pasti, PAS Terengganu di sebalik luahan berkobar-kobar kepada penyokong mereka, kononnya mereka akan dapat merampas Terengganu dari tangan UMNO-BN, terserlah ketakutan dan penggantungan harapan mereka kepada populariti seseorang, biarpun orang berkenaan belum pernah menjadi ahli PAS, bahkan tidak pernah bergelumang dan bersusah payah seperti ahli-ahli PAS yang lain.

Azhar Idrus mencapai populariti menerusi siri ceramah-ceramah agamanya. Pendekatan dan penyampaiannya yang penuh lawak, meskipun ada kalanya bersalahan ketika mengeluarkan hukum yang tidak dicermati kerana terlalu bergantung kepada kitab, berjaya meraih perhatian daripada golongan muda.

Kalau dahulu, calon-calon PAS mesti ada title ulama. Bahkan pada 2008, calon-calon PAS mesti berlatarbelakangkan akademik yang kuat dan kukuh, nampaknya pada PRU13 kriteria tersebut sekali lagi diubah. Calon-calon yang akan dipertaruhkan nanti, akan dipastikan mempunyai populariti.

Jadi, jangan berasa mustahil sekiranya Azhar Idrus akan berubah fikiran pada saat-saat akhir!!!

0 comments

Thursday, September 6, 2012

BOLEH DIHARAP KE HISHAMUDDIN HUSSEIN ONN PUNYA KENYATAAN NIH?!!

Thursday, September 6, 2012

Berkata Menteri Dalam Negeri, tindakan tegas perlu diambil terhadap orang yang memijak gambar pemimpin dan cubaan menukar bendera Malaysia. Hishamuddin Hussein Onn bagaimanapun, menyerahkan perkara itu kepada pihak polis, PEGUAM NEGARA dan mahkamah untuk menjalankan tugas masing-masing.

Kemarahan majoriti rakyat Malaysia berhubung gelagat segelintir penyokong Pakatan Rakyat dan pendukung semakin memuncak. Para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim sendiri pun tak berapa berani lagi menyuarakan sokongan mereka secara terbuka berhubung gelagat penyokong-penyokong mereka itu.

Saranan dan kenyataan yang diberikan oleh Hishamuddin Hussein Onn sebenarnya sudah boleh dijangka. Dia adalah Menteri KDN tetapi tahukah anda bahawa sebagai Menteri KDN, bidang kuasanya tidaklah begitu meluas sungguhpun Kementeriannya mengawal beberapa institusi lain. Contoh terbaik ialah bagaimana Hishamuddin Hussein Onn begitu bersungguh-sungguh hendak mendakwa pencetus-pencetus kekacauan tetapi akhirnya semangatnya itu luntur apabila segala usaha dipatahkan dengan mudah oleh PEGUAM NEGARA.

Begitu juga dengan PDRM yang telah memainkan peranan mereka menjaga dan mengawal keamanan di negara ini dengan berkesan. Kertas-kertas pertuduhan disiapkan dan terpaksa diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Namun apabila Peguam Negara memutuskan tidak mahu mendakwa atau dengan sengaja memejam sebelah mata, tiada sesiapa pun yang dapat berbuat apa-apa. Yang bersorak adalah pemimpin Pakatan Rakyat kerana sekali lagi mereka telah diberikan kemenangan besar walaupun hakikatnya merekalah yang mencetuskan kerosakan di negara ini.

Ia samalah sepertimana peguam-peguam Utusan Malaysia dan FELDA berusaha bersungguh-sungguh untuk mengenakan majikan mereka, sehinggakan kes-kes mudah yang terang-terang boleh dimenangi, akhirnya dikalahkan dengan faktor ketidakhadiran peguam-peguam Utusan dan FELDA ke mahkamah pada hari perbicaraan.

Justeru, kata-kata dan kenyataan Hishamuddin Hussein Onn boleh diragui. Walaupun dia mungkin ingin menjalankan tugasnya dengan sebaik-baik mungkin demi mengekalkan keamanan dan keselamatan di Malaysia, namun ada faktor lain yang akhirnya menjadikan Hishamuddin sebagai mangsa dan bahan lawak jenaka yang tidak berkesudahan.

Yang terselamat dalam hal ini adalah PEGUAM NEGARA....

1 comments

KESIAN! MAT BASHAH DIBALUN PUAK-PUAK BENGONG!!!


Apabila Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah membuat kenyataan, kekecohan di Masjid Al-Husain berpunca daripada Anwar Ibrahim dan keharamanjadahannya, para penyokong Anwar Ibrahim menyakau-nyakau marah.

Kata mereka, Mat Bashah buta kayu kerana tidak dapat melihat, punca sebenar kekecohan tersebut adalah disebabkan oleh PERKASA, bukannya Anwar Ibrahim.

Malangnya, perkataan-perkataan cela yang dibaling kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah itu sebenarnya hanya terpalit ke kepala mereka sendiri. Berbeza daripada persepsi yang mereka cuba timbulkan, Mat Bashah tahu apa yang diucapkannya. Bahkan cakap-cakapnya adalah betul!

Sememangnya walaupun Kedah diperintah oleh PAS, tetapi di bawah Azizan Abdul Razak, hukum rimba yang seringkali menjadi pakaian PAS selama ini, mulai dikurangkan secara beransur-ansur. Hubungan antara orang PAS dan UMNO, mulai terjalin sekalipun masih ada saki-baki PARASIT dan IBLIS PAS yang kekal dengan dunia pentakfiran mereka.

Pentadbiran Azizan Abdul Razak yang menggalakkan hubungan baik sesama Islam, selain memastikan institusi masjid mematuhi titah baginda Sultan Kedah agar tidak dipolitikkan, ternyata tidak menyenangkan golongan PARASIT dan IBLIS PAS.

Begitulah yang berlaku. Ketenangan yang dinikmati oleh Melayu-Islam Kedah tidak disenangi oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya, termasuklah yang berpakaian PAS. Bukan mereka tidak tahu, sebarang usaha membawa Anwar Ibrahim memberikan ucapan, bertazkirah dan mengajar agama, pasti akan mengundang kemarahan orang ramai, termasuklah dari kalangan orang PAS sendiri. Apatah lagi, ramai orang PAS yang sangat sedar, Anwar Ibrahim sedang berusaha memecah belahkan PAS Kedah dengan pelbagai kerenah dan ulahnya, termasuklah menaja proksi-proksinya seperti Mahfuz Omar dan Mat Sabu.

Dari awal lagi, Anwar Ibrahim dan gerombolannya cuba membuat kacau di Kedah. Siapa yang menaja penentangan terhadap Azizan Abdul Razak? Siapa yang menggerakkan kempen agar Azizan Abdul Razak melepaskan jawatan? Bahkan, siapa yang selama ini memburuk-burukkan pentadbiran Azizan Abdul Razak?

Anwar dan gerombolannya boleh menuduh UMNO dan PERKASA empunya angkara tetapi ia bukan rahsia lagi apabila semua kekecohan di Kedah dan dalam PAS Kedah adalah perbuatan Anwar Ibrahim dan konco-konconya. Apa perlu Anwar Ibrahim memberikan tazkirah selepas Maghrib kepada jemaah setempat sedangkan dia sendiri memerlukan tazkirah untuk memperbaiki keperibadiannya?

Justeru apabila Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah membuat kenyataan bahawa kekecohan tersebut berlaku disebabkan oleh kedegilan Anwar Ibrahim untuk memberikan tazkirah sekaligus menimbulkan kebencian dan kekacauan, ia sebenarnya adalah tepat.

Apatah lagi, di mana sahaja Anwar berada, pastinya kekacauanlah yang menjadi pilihan utamanya!

0 comments

TAMRIN GHAFAR KATA, BAPANYA DIHARAMKAN MASUK SYURGA!!!


Tamrin Ghafar merupakan antara individu yang terdesak dan sedang mengharapkan tongkat sakti untuk kembali berada di puncak kuasa atau kekayaan. Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba itu, merupakan seorang oportunis dan sewaktu berada dalam UMNO, terlalu banyak onar yang dilakukannya, termasuklah perselingkuhannya dengan beberapa orang artis wanita jelita.

Salah seorang artis wanita jelita itu telah dihadiahkan apartment bernilai RM5 juta selain ditaburi wang ringgit.

Namun selepas dia tidak mampu lagi menjadikan UMNO sebagai jambatan atau kad untuk mendapatkan kemewahan, Tamrin mula berjinak-jinak dengan PAS terutama apabila dia cuba menggunakan pengaruh bapanya dalam perolehan tender pembalakan di Kelantan. PAS Kelantan terutama sekali Husam Musa yang melihat peluang terbuka luas, telah menjadi orang yang paling kuat menyokong kemasukan Tamrin ke dalam PAS, sekaligus memperkenalkan Tamrin sebagai tukang cakap baru untuk parti berkenaan.

Sebenarnya, sebelum masuk PAS, Tamrin terlebih dahulu mengikut dan menyertai Pergerakan Al-Arqam kerana beranggapan dengan masuk Al-Arqam dia akan memperolehi shafaat Abuya walaupun akhirnya yang dia dapat adalah seorang lagi artis wanita iaitu Sahara Yaacob...
SAMBUNG BACAAN DI SINI.

3 comments

AZMIN ALI BUAT RUMAH TERBUKA, TAPI EMAKNYA TIDAK DIJEMPUT!!!

Apa punya fesyen la Azmin Ali ni...

Dia fikir jawatannya selaku Timbalan Presiden PKR dan orang yang paling disayangi oleh Anwar Ibrahim, maka dia tidak memerlukan ibunya lagi.

Dengar kata, majlis rumah terbuka Azmin yang diadakan pada 2 September lalu di kediamannya di Ampang Jaya, didatangi ramai orang walaupun tidak seramai mana kalau mengikut sukatan PKR sendiri.

Namun yang menariknya, kelibat ibunya, Che Tom Yahaya tidak kelihatan di majlis tersebut. Azmin Ali dan anak isterinya juga difahamkan tidak mengunjungi ibunya pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

Macam ni orang yang hendak dijadikan sebagai pemimpin?

Rakyat dan negara Malaysia hanya mengundang mala petaka yang lebih besar sekiranya, penderhaka ibu kandung seperti Azmin Ali dinaikkan sebagai pemimpin utama!!!

0 comments

BUDAK CINA PIJAK GAMBAR PM DAH MINTA MAAF, MAKNANYA TAK ADA TINDAKANLAH YER?

Ong Sin Yee, 19 tahun, budak perempuan Cina yang telah memijak gambar Perdana Menteri pada malam Ambang Kemerdekaan di Dataran Merdeka, telah membuat permohonan maaf secara terbuka dalam satu sidang media yang sudah tentulah didalangi oleh DAP. Menurutnya, tindakannya itu didorong oleh pengaruh persekitaran dan terikut-ikut.

Amat mudah anak Cina itu meminta maaf dan mengharapkan, tiada sebarang tindakan dilakukan ke atasnya!

Dan barangkali juga, pihak berkuasa juga akan memaafkannya lantas menggugurkan segala dakwaan ke atasnya atas desakan DAP dan Pakatan Rakyat yang kononnya masa hadapan Ong Sin Yee. Bukankah pihak berkuasa di Malaysia, amat mudah lembut hati dalam hal-hal yang melibatkan golongan bukan Melayu-Bumiputera sebagaimana dalam kes penghinaan terhadap Sahabat-Sahabat Nabi s.a.w yang dilukis secara satira oleh dua orang guru tiusyen di Johor dua bulan lepas.

Berbanding nasib yang menimpa Muhammad Ammar yang bukan sahaja kehilangan peluang untuk meneruskan pengajiannya di Kolej Cybernatic, Ong Sin Yee mendapat pembelaan daripada DAP dan Pakatan Rakyat dengan sidang media yang khusus untuk menarik simpati dan sokongan.... SAMBUNG BACAAN DI SINI


0 comments

UNDANG-UNDANG SEKARANG PUN TAK DIHORMATI, ADA HATI NAK HUDUD?


Antara maksud semua undang2 dalam dunia ini termasuklah HUDUD adalah menyelamatkan rakyat majoriti dari kerenah atau kerosakan oleh mereka2 yg segelintir..

Ada manusia cendorong pada keganasan, kebebasan tidak terkawal dan mempunyai jiwa yg memberontak..
Sebab tu ada yg menyanjung watak Joker dalam kisah wayang Batman, watak AlCapone, watak Megat Komeng, watak Chin Peng..tak kurang juga ada yg menyanjung watak Iblis..ada yg berbangga dan brcita2 nak jadi gangster, taiko, atau watak Sarip Dol..

Aku kat sekolah dulu pun menyanjung Hang Jebat..dan mengkritik Hang Tuah. Cuma bila umur makin meningkat dan baru memahami serba sikit mengenai kehidupan..aku mula menghormati Hang Tuah.

Masa aku lakonkan watak2 samseng ini aku perasan aku dihormati dan disanjung..tapi bila dah brumur gini, baru aku sedar..orang melihat bukan menyanjung tapi menyampah..

Tapi jika lakonan2 ini dan perbuatan2 ini tidak dikawal ngan tegas...ianya cepat mempengaruhi orang ramai yg majoriti dan masyarakat secara umumnya akan rosak bila mula menerima bahwa itulah cara hidup yg sebenarnya.

Kaum Nabi Lut..mungkin mulanya seorang dua, tapi lama kelamaan ianya menular masuk dan menjadi kebiasaan dan dianggap biasa..sehingga seluruh kaum tersebut dimusnahkan..

gitu juga penyembahan berhala..bermula ngan seorang dua..kononnya atas maksud yg baik..tapi lama kelamaan ianya menjadi adat dan kebiasaan..diterima pakai oleh semua.

Dulu melihat pasangan2 muda bukan muhrim adalah satu yg luar biasa dan melanggar adat..kini kita semua dah boleh terima. Pergaulan bebas satu perkara biasa.

Sehingga ada kursus2 motivasi sekali pun..walaupun brbentuk keagamaan..peserta2 dipecahkan dalam brkumpulan dan dalam setiap kumpulan mesti ada lelaki dan perempuan..bukan muhrim. Kononnya tiada diskriminasi..

Dari sejak bangku sekolah ..budaya ini telah dipupuk. Kumpulan2 study pun kena ada lelaki dan perempuan..baru ler matang dan tidak kolot.

Yg brtudung labuh leh berkumpulan ngan lelaki2 yg nampak soleh..ianya diterima kerana kedua2nya nampak soleh.
Tapi kalau ranggi semacam..masih lum diterima tapi hari ni nampaknya dah leh diterima..

Lihat pelajar2 beragama Islam leh duduk brkemah di Dataran Merdeka..membantah konon, nuntut keadilan, nuntut kebebasan..oleh kerana untungkan PAS, tiada bantahan sedikit pun.

Janji Bersih..janji je dan spt biasa Janji Tak ditepati..Janji Bersih tapi tak bersih.. PAS kata apa?

KDN..Peguam Negara..mmm AMARAN dah berkali2...dari Bersih 1 sampai Janji Bersih..sehingga hari ni tiada yg didakwa dan disabitkan kesalahan..orang ramai semakin berani.
Yg segelintir yg senyap2 jadi samseng..mula berani tunjuk taring, maklum ler abis kuat ditahan, diambil kenyataan, dan kemudian dibebaskan..tiada yg diheret kemuka pengadilan..

Namawee adalah idola..kutuk segala2nya yg ada. Kini dah jadi terkenal dan dah mampu buat filem dan ramai gak yg berbangga berlakon dalam filemnya.

Layan je ler..

Mungkin BN memang perlu ditukarkan...kerana dah tak reti dan mampu nak gunakan kuasa yg diamanatkan oleh rakyat majoriti negara ini.

Bayangkanlah jika gambar Lim Kit Siang dipijak2 oleh penyokong2 kerajaan..rasa2nya Menteri KDN lah yg mula2 akan minta maap dan tindakan tegas akan diambil.

Video Lingam leh sampai adakan Suruhanjaya utk siasat..tapi video China Doll, buat senyap je sampai hari ni.
Rumah Khir Toyo, segera disiasat dan didakwa..tapi rumah Anwar, buat tak reti je.

Janganlah rakyat majoriti dihukum kerana yg minoriti buat salah..pembangkang dan pempin2nya juga perlu diajar hormati dan patuh pada undang2..KEDAULATAN UNDANG2!!
-aa


0 comments

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH, PAKATAN HENDAK MEREPUBLIKKAN MALAYSIA!!!

Kempen menukar Jalur Gemilang kepada Sang Saka Malaya bermula apabila Hishamuddin Rais menyuarakannya dalam satu temubualnya dengan sebuah televisyen Internet beberapa hari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan. Dengan beralasankan, Jalur Gemilang adalah ciplakan bendera Amerika Syarikat, Hishamuddin Rais menunjukkan bendera yang sepatutnya menggantikan bendera Malaysia itu. Hujahnya, bendera tersebut pernah dinaikkan oleh Hizbul Muslimin pada tahun 1948 di Ihya Al-Sharif, Gunung Semanggol.

Namun pada tahun lepas, isu menggantikan Jalur Gemilang dengan bendera baru, telah diusahakan oleh seorang pemimpin DAP iaitu ADUN Kota Alam Shah, M.Manoharan. Kritikan dan cemuhan rakyat Malaysia, menyebabkan M.Manoharan meminta maaf, manakala DAP pula menyatakan bahawa pendapat M.Manoharan adalah pendapat peribadi dan tidak melibatkan DAP kerana 'DAP adalah sebuah parti patriotik'.

Kempen menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik pula bermula apabila Anwar Ibrahim melaung-laungkan kempen KUASA RAKYAT sekaligus sinonim dengan kempen komunis di seluruh dunia. Apatah lagi dengan demonstrasi liar, menghasut orang ramai, berbohong dengan janji-janji manis tetapi janji-janji tersebut tidak ditunaikan dan sebagainya, menjadikan Pakatan Rakyat tidak ubah seperti gerakan subversif yang mahu mengubah segala-galanya di negara ini.

Anehnya, tidak ada seorang pun pemimpin Pakatan Rakyat yang berani menyatakan kebenaran mereka. Lim Kit Siang dan DAP awal-awal lagi menyatakan bahawa mereka adalah penjunjung Perlembagaan Malaysia, sekalipun dalam banyak kes, DAP mempersoalkan tentang Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu. Bahkan Karpal Singh yang merupakan pemimpin utama DAP secara terang-terangan menghina Sultan Perak sedangkan kuasa melantik seorang Menteri Besar Perak ada di tangan baginda.... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM


0 comments

BILA FATHUL BARI DIBANDINGKAN DENGAN ABBY ABADI!!!


Tak tahulah apa motifnya apabila seorang kolumnis Harakah yang juga merupakan bekas wartawan Harakah dan bekas calon PAS di Parlimen Parit Buntar beberapa dekad lalu cuba membandingkan Fathul Bari dengan Abby Abadi.

Dek kerana Abby Abadi masuk PAS, maka Subky Latif menyanjung tinggi wanita itu. Puji-pujian yang diberikan kepada Abby Abadi begitu menggunung seolah-olah Abby Abadi sudah bertukar menjadi Rabiatul Adawiyah.

Sedangkan Fathul Bari pula cuba digambarkan sebagai manusia sesat sekalipun diberikan ilmu dan dicurahkan hidayah oleh Allah Taala. (BACA DI SINI)

Apabila gambaran dan perbandingan Yahudi dan Quraisy diberikan, bagi menegakkan dan memuliakan Abby Abadi dengan Fathul Bari, semakin jelaslah bahawa bekas pekerja Amir Communication itu bukan sahaja semakin celaru fikirannya, bahkan semakin membingungkan.

Sebelum ini dia menjadi penyokong kuat Ambiga Sreevenasan dan program LGBT....

Ada banyak contoh yang menunjukkan bagaimana orang yang cuba mencari kebenaran dan jalan agama, bukan sahaja semakin sesat, bahkan menyesatkan.

Melabelkan pentadbiran negara ini sebagai Sekular Nasionalis, membuatkan kita bertanya-tanya apakah Subky Latif dan orang yang sepemikiran dengannya tidak tahu tentang sejarah penubuhan PAS sendiri? Bukankah kesemua penubuh PAS termasuklah Burhanuddin Al-Helmy yang menjadi Presiden PAS kedua adalah seorang Nasionalis yang berfikiran Kebangsaan?

Kecenderungan untuk menyesatkan pemikiran orang ramai, nampaknya masih tidak lekang-lekang daripada penulisan Subky Latif. Namun yang sangat pasti ialah, Subky Latif sebenarnya tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang ilmu, amal dan ihsan. Dia sekadar melihat apa yang ingin dilihatnya. Percaya dengan apa yang ingin dipercayainya.

Itulah sebab, ketika zaman pentakfiran yang giat dijalankan oleh PAS dahulu terhadap UMNO, Subky Latif adalah antara penyambung kempen tersebut menerusi tulisan-tulisannya. Bagaimanapun, kempen pentakfiran tidak berjaya, bahkan memamah PAS sendiri sebagai kelompok yang tidak sahaja bocor ilmu, bahkan kurang kasih sayang.

Dek kerana itulah, Subky Latif sebagai saki-baki golongan pentakfir, masih berusaha menghidupkan tradisi tersebut menerusi perbandingan antara Abby Abadi dan Fathul Bari yang termuat dalam tulisannya.

Subky Latif barangkali mempunyai hati terhadap Abby Abadi... kerana itulah dia beria-ia membela Abby Abadi sekalipun kejahilan Abby Abadi membuatkan dia terjun lebih jauh ke jurang kesesatan!

0 comments

ANWAR IBRAHIM SIAP SEDIA GULINGKAN KERAJAAN NAJIB!!!


Dari sehari ke sehari, tindakan PKR bagaikan telunjuk mencucuk mata. Ada-ada sahaja yang dilakukan oleh Pakatan, khususnya PKR dalam usaha meraih simpati, menarik perhatian, malah menimbulkan persepsi di kalangan rakyat.

Anwar Ibrahim bertambah gelenyar apabila Tian Chua ada di sampingnya. Tian Chua merupakan orang yang bertanggungjawab menfitnah Perdana Menteri dan isterinya dengan pembunuhan Altantuya Shiiribu apabila mencipta gambar palsu menggunakan perisian Photoshop. Gambar itu kemudiannya dikatakan oleh Anwar Ibrahim sebagai BUKTI PENTING yang boleh menyebabkan Najib ke tali gantung.

Apabila Tian Chua akhirnya mengakui bahawa dia yang mencipta gambar berkenaan, Anwar Ibrahim masih lagi menjaja gambar-gambar tersebut ke sana ke mari. Sehinggalah pendedahan secara tetap dibuat, Anwar akhirnya tidak lagi menggunakan gambar tersebut sebagai bukti, tetapi masih mengatakan, dia mempunyai bukti Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shiiribu.

Sampai sekarang, Anwar belum menunjukkan bukti tersebut sepertimana jam tangan OMEGA yang dikatakannya disimpan oleh Wan Azizah ketika diberitahu, jam tersebut adalah bukti dia melanggan pelacur.

Mutakhir ini, Anwar dan pasukan PKRnya banyak sangat memainkan drama mengikut skrip purba yang sudah boleh diteka jalan ceritanya. Dari bas mewah yang menggunakan Geran Selangorku, sehinggalah kepada insiden pergaduhan di Ibu Pejabat PKR.

Dari kempen tukar bendera Jalur Gemilang kepada Sang Saka Malaya yang entah dari mana asal-usulnya, kini PKR menggunakan lambang Kerajaan Persekutuan dalam banner sambutan hari raya, seolah-olah mereka telah berjaya membentuk kerajaan.

Keserakahan yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim dan PKR, semakin menjadi-jadi. Apakah kerana tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap mereka, atau barangkali juga sememangnya mereka telah diupah oleh pihak-pihak tertentu di luar negara untuk menimbulkan perasaan tidak aman di kalangan rakyat Malaysia?

0 comments

Wednesday, September 5, 2012

GALAKAN DARI PEGUAM NEGARA, MENGHASILKAN POLITIK PROVOKASI DI NEGARA INI!!!

Wednesday, September 5, 2012


Politik provokasi semakin rancak..sengaja tidak mahu mematuhi undang2..dan sengaja mahukan pihak berkuasa ambil tindakan..

Politik provokasi menyebabkan pihak berkuasa jadi ragu2 untuk ambil tindakan tegas..walaupun brhimpun dibenarkan ngan brsyarat..tapi permit pun tak dimohon. Malah titah perintah Yg Dipertuan Agong pun tidak dihormati dan akur.

Pada tahun 1999..berapa siri demo jalanan dibuat, tapi bila Anwar dimasukkan kedalam penjara..semua siri demo pun terhenti.Kerajaan leh tumpukan perhatian pada pemulihan ekonomi, rakyat juga kembali tumpukan pada kerja harian tanpa ada apa2 gangguan..dan isu2 panas.

Bila Anwar dibebaskan..kembalilah beberapa siri demo jalanan, dari Hindraf sehingga lah kepada Bersih..rakyat kembali pada keadaan tidak stabil..kemarahan dan kebencian dari kedua2 golongan makin meningkat bagaikan "time bomb" yg hanya tunggu masa utk meledak..

Anwar tidak pernah kering idea dalam usaha provokasi ini..bila kerajaan buat bentangan budget ..dia pun buat..dari Budget Barisan Alternative sehingga lah Buku Jingganya..Bila kerajaan buat barisan kabinetnya..dia pun buat juga.

Gitu ler citernya..dah macam budak2 je. Yg seronoknya ramai pempin dan golongan cendiakawan yg ikut rentak permainannya. Dengan tersengih2nya dan ngan bangganya..

Apa2 pun..ngan semangat kebencian dan kemarahan yg semakin membuak2 dari kedua2 pihak..baik dari kem PAKATAN maupun kem BN..apa2 pun keputusan PRU 13, ianya tidak akan membawa kebaikan dan berjalan lancar spt mana pilihanraya2 sebelum ini..apa2 pun keputusan PRU 13, ianya tidak akan disambut ngan semangat kekitaan, semangat menerima keputusan..ianya pasti dan pasti akan dicabar..kemungkinan besar rakyat akan diheret dalam pertelingkahan politik yg terbesar sejak merdeka!!

Bayangkan..mereka ngan selamba dan berani meraikan kemerdekaan cara mereka..cara provokasi malah berbangga dan anggapnya satu kejayaan. Pengkhianatan secara terang dan jelas..

Tapi apa leh buat..hanya Jaminan dari PM utk menjaga kedaulatan negara, hanya AMARAN menteri..dan hanya tangkapan PDRM..tapi semuanya bakal menjadi hampas apabila sampai ke tangan Peguam Negara..spt biasa!!

Esok, entah apa pula yg akan dibuat?? Tengok je ler..macam tengok video China Doll, tengok je ler..
-aa


0 comments

KHIR TOYO BOGELKAN NIAT JAHAT KHALID IBRAHIM DAN ANWAR IBRAHIM!!!


1. Banyak sahabat dan pemberita bertanyakan saya mengenai kontroversi sambutan Hari Kemerdekaan Negara peringkat negeri Selangor yang ke-55 pada 31 Ogos lalu. Kontroversi ini berlaku kerana Kerajaan Negeri tidak menjemput Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor sebagai tetamu kehormat acara utama kerajaan negeri ini.

2. Jawapan saya ialah, kerajaan Negeri Selangor di bawah Barisan Nasional sentiasa menjemput Tuanku Sultan Selangor ke acara-acara kebesaran negeri termasuklah Sambutan Hari Kemerdekaan Negara peringkat negeri. Tuanku sebagai tunggak pemerintahan negeri tidak wajar diketepikan atau dilupakan. Selain itu, Barisan Nasional juga amat menghargai dan menghormati sumbangan para Sultan termasuk susur galur Tuanku Sultan Selangor yang banyak menyumbang dan menyokong usaha mendapatkan kemerdekaan daripada Inggeris.

3. Acara sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri merupakan antara acara utama kepada negeri Selangor. Tuanku Sultan Selangor akan dijemput menghadiri Bacaan Yassin dan Tahlil sempena hari Kemerdekaan, ini diikuti dengan sambutan Ambang Kemerdekaan pada malam 30 Ogos dan akhirnya acara kemuncak Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor pada pagi 31 Ogos. Adalah menjadi satu kemestian untuk kerajaan negeri menjemput Tuanku Sultan Selangor sebagai tetamu kehormat acara ini.

4. Lazimnya Tuanku Sultan akan menghadiri bacaan Yassin dan Tahlil dan Perbarisan Hari Kebangsaan peringkat negeri. Manakala bagi sambutan Ambang Merdeka yang diadakan menjelang detik 12 malam, selalunya Tuanku Sultan hanya mewakilkan Menteri Besar.

5. Saya difahamkan kerajaan negeri tidak mengadakan mengadakan Perbarisan Hari Kebangsaan peringkat negeri pada pagi 31 Ogos seperti kelazimannya. Sebaliknya, perbarisan tersebut diadakan pada malam 30 Ogos 2012. Oleh itu adalah wajib Tuanku Sultan Selangor dijemput untuk menyertai program kemuncak sambutan kemerdekaan peringkat negeri Selangor pada malam tersebut.

6. Malangnya ini tidak berlaku kerana Pakatan tidak dapat memisahkan kepentingan politik kepartian dengan pentadbiran negeri. Ketika mereka menuduh kononnya, kerajaan Persekutuan menjadikan sambutan hari kemerdekaan acara politik, apa yang yang mereka lakukan sama seperti pepatah "mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih."

7. Menteri Besar pada mulanya menyatakan bukan amalan kerajaan negeri menjemput Tuanku Sultan ke acara sambutan kemerdekaan peringkat negeri. Namun setelah menyedari kesilapannya, beliau dan konco-konconya menyalahkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi, yang tidak menjemput Tuanku.

8. Alasan awal Menteri Besar ini mendedahkan niat sebenar beliau untuk tidak menjemput Tuanku. Ini kerana kehadiran Tuanku akan menyebabkan Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak akan menjadi tetamu utama malam tersebut.

9. Saya mendapat maklumat bahawa kerajaan negeri mahukan Anwar Ibrahim sebagai tetamu utama sambutan Kemerdekaan peringkat negeri Selangor.

10. Saya fikir atas sebab inilah Mohd Khusrin Munawi tidak menjemput Tuanku Sultan Selangor. Sebagai seorang pegawai kanan kerajaan beliau mengetahui bahawa adalah salah dari segi protokol untuk menjemput Tuanku Sultan Selangor ke majlis peringkat negeri yang tetamu utamanya bukanlah Tuanku sendiri.

11. Dari segi bidang tugas memang tanggungjawab Khusrin menjemput para tetamu kehormat dalam acara sambutan kemerdekaan. Namun tugas Khusrin terhad kepada susunan protokol sedia ada. Menteri Besar dan barisan EXCO negeri harus mengambil tanggungjawab ini. Jika Menteri Besar telah menentukan Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat majlis tersebut, apakah Menteri Besar berharap Khusrin akan melakukan jemputan kepada Tuanku Sultan?
SAMBUNG BACAAN DI SINI

0 comments

BERAPA RAMAI LAGI ADAM ADLI HENDAK DITERNAK DI NEGARA INI?


Satu demi satu pemuda berbangsa Melayu berjenama Adam Adli dilahirkan..dan mereka ni pula dikatakan menuntut di pusat pengajian tinggi..tak silap aku mereka ni menuntut kat IPTA dan dapat bantuan pinjaman kerajaan yg mana tiada mana2 bank dalam dunia ni atau syarikat swasta begitu bermurah hati.

Turunkan gambar PM, koyakkan, tunjuk buntut..maki hamun ..kibarkan bendera bukan jalur gemilang dan menggesa gantikan jalur gemilang.

Apa yg mereka belajar di pusat pengajian tinggi ni? Apa yg diajar? Siapa yg mengajar mereka falsafah2 kehidupan ini? Siapa yg mendidik mereka ni yg bukannya warisan orang2 timur yg gitu trkenal akan kesopanan dan kesusilaan?

Kawan sepejabat aku..sekarang ni buat Master secara sambilan, katanya semua pensyarahnya adalah penyokong PKR..mmm bagaimana kawan aku ni leh tahu. Apakah mesej2 yg selalu diketengahkan..apakah pencambahan pemikiran yg ditanam dan disemai oleh pensyarah2 ni sehingga murid2 mereka leh kenali mereka sebagai penyokong PAKATAN?

Mereka digajikan dan diambil berkerja oleh institusi2 yg diusahakan oleh kerajaan BN..
Bagaimana mereka leh yakinkan penuntut2 mereka bahwa tol2 lebuhraya pasti akan dihapuskan jika Anwar jadi PM?
Bagaimana mereka leh yakinkan penuntut2 mereka bahwa harga minyak pasti turun jika Anwar menjadi PM? Apa fakta2 mereka yg menyebabkan penuntut2 ni yakin?
Bagaimana penuntut2 ini leh diyakinkan bahwa kebebasan mereka terhalang? Bagaimana penuntut2 ni leh diyakinkan bahwa mereka ni ditindas dan dizalimi?
Bagaimana mereka mampu keluarkan penuntut2 ni keluar dijalanan dan leh lakukan kelakuan spt orang yg tiada pelajaran?
Ni penuntut2 peringkat Master Degree tu..apa lagi peringkat degree/Ijazah

Pelajar2 spt Adam Adli, terang2an tunjukkan ilmu dan kefahaman yg telah dipelajari..yg dalam senyap entah berapa ribu lagi..dan mereka bakal menjawat jawatan2 dalam kerajaan, GLC atau GOC..(kalau menjawat jawatan dalam syarikat swasta biasanya tiada masa nak berpolitik dan sedar bahwa mereka memang ditindas dan ada juga yg salahkan kerajaan gak kerana mereka ditindas)

Berapa ramai lagi kita mahu pelajar2 spt Adam Adli dilahirkan.. Kita mahu lahirkan graduan2 jalanan yg hanya tahu protes secara jalanan atau kita mahu lahirkan graduan yg brsemangat waja, kasihkan agama, bangsa dan negara..dan protes mengikut lunas2 agama dan undang2 negara yakni ngan bijak?

Pempin2 kita trdahulu Datuk Onn, Tengku, Tun Razak, dll dan yg masih hidup lagi Tun Mader..mereka protes juga, mereka lawan juga kebatilan, mereka lawan juga serangan2 dan ancaman2 penjajah..tapi cara mereka ngan meminimakan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa..dan secara bijaksana..komunis ditundukkan pun ngan kebijaksanaan..dalam tempoh yg singkat..dan biasanya cara mereka menangani keadaan begitu halus dan bijaksana sehingga umumnya rakyat tidak sedari pun apa yg berlaku..umumnya masih tidur nyenyak setiap malam, masih bergelak ketawa menonton siaran Tv, masih makan kekenyangan..
Oleh kerana tu..jasa2 mereka dilupakan atau dipandang remeh!!

Tidakkah sesiapa nak siasat apa yg menyebabkan orang2 spt Hisyamudin Rais, Anwar Ibrahim leh wujud..dan sekarang mula melahirkan printis2 mereka.

Kita kena tegas!! Cegah sebelum parah...Malaysia ni kecik je..orang pun tak berapa ramai..

-aa

0 comments

PIHAK BERKUASA WAJAR SIASAT, SIAPA PENDANA HISHAMUDDIN RAIS UNTUK WUJUDKAN RADIO BANGSAR YANG BERSIFAT SUBVERSIF!!!!

Hishamuddin Rais berusaha menawan media alternatif, selain menjadi kolumnis di portal Malaysiakini, dia juga merekrut peminatnya yang tersendiri melalui blog tukar tiup dan radio bangsar utama.

Dua orang anak didiknya, Rahmat Haron dan Amin Iskandar juga menjadi kolumnis portal yang sering dikaitkan dengan tajaan dana asing itu.

Amin Iskandar atau lebih dikenali sebagai ‘Black’ melangkah setapak lagi dengan dipilih menjadi Penolong Pengarang Berita portal The Malaysian Insider.

Radio Bangsar Utama Saduran Radiq Radio

Sonia Randhawa

Projek radio alternatif diperkenalkan oleh seorang ‘agen asing’ bernama Sonia Randhawa yang bertugas di Monash University (Malaysia) dan New College Era.

Sonia Randhawa diperkenalkan melalui satu kertas kerja INDERFOR (The Institute For Democracy And Reform) yang ditemui di pejabat PKR sebagai Pengarah CIJ (Centre for Independent Journalism) yang bertanggungjawab melatih kebebasan maklumat dan kebebasan menyuarakan pendapat kepada kumpulan tertentu di Malaysia.

“Sonia pernah menjadi editor Radiq Radio, sebuah stesen radio bebas yang diwujudkan pada tahun 2001-2004,”lapor kertas kertas itu.

Selain Sonia, kertas kerja itu juga turut memperkenalkan tiga watak lain iaitu, Cynthia Gabriel (Pengarah Eksekutif SUARAM), Ibrahim Suffian (Merdeka Center) dan Azizuddin Ahmad (ABIM).

Dalam tulisan tangan di muka hadapan kertas kerja ditulis NED, yang merujuk kepada sebuah yayasan dana yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), ‘National Endowment For Democracy‘.

NED menurut penggubal undang-undangnya, Allen Weinstein diasas pada tahun 1983 sebagai topeng CIA beroperasi ‘menawan’ dunia yang berselindung di sebalik bantuan dana untuk projek ‘demokrasi’.

Menurut rekod ‘2007 annual report grants/malaysia‘ , CIJ yang dipimpin Sonia pernah meerima dana sebanyak $15,000 pada tahun 2007.

Rahmat pernah dilaporkan Malaysiakini bekerja di Radiqradio itu.

Selain Rahmat, Shanon Shah aktivis pro LGBT yang juga Pengarah Eksekutif, Amnesty International Malaysia (AIM) juga turut terlibat.

Warna kuning yang menjadi tema laman Radio Bangsar Utama hampir sama dengan tema laman amnesty.org.

Tema kuning juga menjadi tema BERSIH dan Janji BERSIH yang juga turut diterajui Hishamuddin Rais.

Laman Radio Bangsar Utama


Laman amnesty.org


Maria, Samad dan Isham tulang belakang BERSIH

Menurut Tony Cartalucci, wartawan penyiasatan dari Land Destroyer Report dalam artikelnya bertajuk “A foreign-funded movement for a foreign-serving agenda“, Amnesty International dan Human Rights Watch (HRW) adalah dua badan hak asasi antarabangsa yang ditaja oleh George Soros melalui yayasannya, Open Society Institute (OSI).

Manakala dalam artikelnya bertajuk “Amnesty International is US State Department Propaganda“, wartawan Barat itu menghuraikan khusus perkaitan Amnesty dengan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).

Hubungan Rapat Maria Chin & Hishamuddin Rais

Dalam buku tulisan Kamarazaman Yacub bertajuk “Bersama Anwar Ke Penjara”, penulis yang juga bekas Presiden PMUM (Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya) menceritakan Hishamuddin Rais pernah berlindung di rumah Allahyarham Usman Awang sebelum melarikan diri ke luar negara pada tahun 1974.

Turut melarikan diri menurut Kamarazaman adalah seorang lagi aktivis PMUM bernama Yunus Lebai Ali.

“Yunus Ali. Melarikan diri dari tanahair. Seorang aktivis PMUM. Pernah menyertai PLO semasa di luar negara,”kata Kamarazaman.

Gambaran yang diberikan Kamarazaman yang juga abang kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) seolah-olah Yunus Ali mengabdikan diri di bumi Palestin sehingga ke akhir hayat.... SAMBUNG BACAAN DI SINI


0 comments

MENTERI BESAR KEDAH SEDANG NAZAK, PUAK IBLIS MULA BEREBUT JAWATAN!!!


Kegilaan dan ketakutan PARASIT dan IBLIS PAS Kedah terhadap kehilangan kuasa, membuatkan mereka mula memikirkan kaedah menganiayai orang lain, terutama sekali kakitangan awam. Dengan tuduhan sebagai ANJING dan BARUA UMNO, ada kakitangan awam yang mulai ditekan, bahkan diusir dari pejabat dan dipecat kalau tidak pun ditukarkan.

Namun secara hakikatnya, kumpulan berkenaan sebenarnya sedang berusaha mempertahankan kekuatan mereka dan UMNO merupakan sasaran yang paling mudah untuk dipersalahkan.

Pada 5 September 2012, lebih kurang jam 10:50 sehingga 11:40 pagi, seramai 70 orang (62 lelaki dan 8 wanita) yang merupakan penduduk Kubang Pasu dengan majoritinya adalah ahli dan penyokong PKR serta PAS bersama-sama kakitangan Majlis Daerah Kubang Pasu dengan diketuai oleh lima orang Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu iaitu Zulkifli bin Mohamad, Nordin bin Ahmad, Ir. Jamal, Dr. Rohani binti Abdul Mutalib dan Ahmad Basir bin Ismail telah mengadakan demonstrasi bantahan terhadap tindakan SUK menukar Pegawai Daerah Kubang Pasu ke Kuala Muda. Demonstrasi tersebut dilangsungkan di hadapan pintu masuk ke Wisma Darul Aman atau lebih tepat lagi di tempat letak kereta awam.

Terdapat enam kain rentang yang telah dinaikkan dengan tulisan-tulisannya:... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

0 comments

MALIK ITIK TERUS BERTUKAR JADI DONALD DUCK BILA DIMAKI PENIAGA TERANIAYA!!!


Nyata, usaha DAP Pulau Pinang untuk menunjukkan mereka sangat hebat mentadbir Pulau Pinang bersama-sama barisan Exco yang terdiri daripada gabungan pemimpin-pemimpin PKR dan DAP Pulau Pinang, hanya memakan diri.

Di sebalik cakap-cakap bohong kononnya mereka amat mengambil berat tentang kebajikan para peniaga kecil khususnya berbangsa Melayu, apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah sebaliknya.

Rumah Terbuka Aidil Fitri DAP yang dibuat di Padang Kota Lama, menjadi kecoh apabila sekumpulan peniaga kecil yang teraniaya selama ini di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, merempuh majlis tersebut.

Sekumpulan 20 orang peniaga kecil telah mengadakan perhimpunan kecil tanda protes terhadap kepimpinan kerajaan negeri yang gagal menjaga kebajikan mereka di Padang Kota Lama.

Lim Guan Eng barangkali menyedari kemarahan yang meluap-luap sedang menantinya. Disebabkan itulah, dia menghantar Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman, Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Perdagangan Dalam Negeri, Malik Kassim dan Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Lim Hock Seng.

Difahamkan, majlis baru sahaja bermula apabila Exco-Exco tersebut melarikan diri daripada serbuan orang ramai yang berang kerana pertanyaan dan desakan mereka enggan dijawab oleh Exco-Exco terbabit.

Takkan salah UMNO lagi, kut?

0 comments

Tuesday, September 4, 2012

ARAHAN ANWAR KEPADA NIK AZIZ, PECAT NASHARUDDIN MAT ISA DENGAN SEBARANG CARA!!!

Tuesday, September 4, 2012


Nasib yang menimpa Hasan Ali, akan dialami oleh bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa. Kalau Hasan Ali dahulu, campurtangan dan kata dua daripada Azmin Ali kepada kepimpinan PAS Pusat menyebabkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu dipecat keanggotaannya dan diterajang keluar, kali ini, kekasihnya pula, Anwar Ibrahim yang campur tangan.

Usaha Anwar Ibrahim untuk mengeluarkan perintah kepada Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS agar mempengaruhi Majlis Syura PAS untuk memecat Nasharuddin Mat Isa telah bermula semenjak Nasharuddin Mat Isa dikenalpasti sebagai antara pelopor gagasan Presiden PAS sendiri, Abdul Hadi Awang untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO.

Nasib Nasharuddin Mat Isa akan ditentukan pada 9 September ini.

Seperti yang diketahui, PAS sememangnya sebuah parti yang sangat lemah dan terlalu bergantung kepada orang luar parti untuk membuat keputusan. Di sebalik tentangan sengit PAS terhadap UMNO, PAS sebenarnya amat mudah dipengaruhi oleh mana-mana anasir yang berpura-pura berbaik dengan PAS.

Anwar amat menyedari hal itu. Ketika Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, apa yang tidak dikatakannya kepada PAS dan para pemimpinnya. Malah gelaran Ulama Terompah Kayu yang diberikan kepada Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi Awang, sehingga kini kekal dan lekat di bibirnya, sekalipun di hadapan mereka, Anwar berpura-pura bagaikan telah bertaubat nasuha.

Usaha Anwar untuk memecahbelahkan PAS ketika dia masih di dalam UMNO gagal sungguhpun dia berjaya menghancurkan Al-Arqam yang dilihat mengenepikan pengaruh ABIM yang pernah dipimpinnya. Justeru apabila berada di luar UMNO, Anwar menggunakan kesempatan PAS yang sememangnya terdesak untuk mendapatkan faktor WOW, bagi memastikan PAS juga berada di bawah telapak kakinya.... SAMBUNG BACAAN DI SINI


0 comments

MAHFUZ OMAR PUNYA SAYANG KAT ANWAR, SANGGUP NAK TUMBUK ANAK QARIAH MASJID PUMPONG!!!


Kisah kebencian terhadap Anwar Ibrahim dan seni lakonannya di Kedah masih belum habis-habis diperkatakan. Anwar Ibrahim dalam rangka lawatan ke 38 lokasi dalam tempoh 3 hari dengan menggungakan bas mewah untuk berkempen politik walaupun PRU belum lagi diisytiharkan, menerima padah apabila sebilangan rakyat Kedah yang tidak mahu masjid mereka dicemari dengan ucapannya bertindak kasar.

Selipar dan kasut yang dibaling hampir mengenai dahi Anwar Ibrahim yang sedang memberikan tazkirah seolah-olah dia adalah seorang Ustaz dan berilmu pengetahuan agama yang sangat tinggi, merupakan manifestasi kebencian yang amat sangat terhadap Anwar dan perbuatannya selama ini.

Sebagai seorang yang bebal, Mahfuz tidak dapat melihat hikmah sebenar kejadian tersebut. Malah sebagai orang yang berfikiran sehala dan sempit, Mahfuz menganggap kejadian tersebut merupakan kekurangajaran terhadap pemimpin kesayangannya.

Anwar sebenarnya memang sengaja mengundang kemarahan masyarakat setempat bagi mendapatkan sebanyak mungkin simpati dari kalangan penyokong-penyokong PAS. Selain bas yang kononnya telah disimbah cat merah pada cermin hadapan dan dibaling batu yang dibawa ke Kedah bagi pertunjukan, insiden di masjid itu juga merupakan sebahagian daripada rancangan Anwar Ibrahim.

Lebih melawakkan ialah apabila Mahfuz Omar cuba menunjukkan kesamsengannya apabila mencabar seorang lelaki tua untuk bertumbuk dan ternyata, cabarannya itu disahut dengan penuh berani, membuatkan Mahfuz ketakutan dan bergegas keluar meninggalkan Masjid berkenaan ikut jalan belakang bersama-sama Anwar Ibrahim.

Barangkali kebangangan Mahfuz Omar memang tiada taranya. Kedah adalah negeri di bawah pentadbiran PAS, bukannya PKR. Bahkan Pakatan Rakyat juga merupakan perkataan yang terlalu jarang disebut di Kedah sebaliknya yang disebut adalah Kerajaan PAS atau Kerajaan Azizan Abdul Razak.

Gelagatnya itu pasti akan menimbulkan kebencian penduduk Pumpong terhadap PAS kerana Mahfuz Omar adalah Naib Presiden PAS, bukannya Naib Presiden PKR. Anwar Ibrahim pula pada masa yang sama, merupakan musuh ketat Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak.

Sebenarnya Mahfuz Omar hendak membela PKR atau untuk memastikan PAS terus memerintah Kedah? Kalau untuk PAS, Mahfuz Omar tidak akan bertindak sebodoh itu!!!

0 comments

Blog Archive

Labels