1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, October 15, 2012

JADAH APA AZMI TERAS NAK TAHU PASAL PERSENJATAAN DAN PERTAHANAN NEGARA? HEBAT SANGAT KER PELIKAT DIA TUH?

Monday, October 15, 2012

Dari mulut Tony Pua, persepsi agar segala perbelanjaan dan peruntukan besar Kementerian Pertahanan dilihat sebagai pembaziran dan penyalahgunaan serta penyelewengan, telah lama dilakukan. Sebahagian besar orang bangang, mempercayai apa yang ditohmahkan oleh Tony Pua, manakala sebahagian orang yang enggan dikenali sebagai orang bangang pula, menyatakan bahawa kesulitan dan kerahsiaan dalam pertahanan negara, membolehkan penyelewengan serta penyalahgunaan dilakukan.

Sifir-sifir yang amat mudah dicongak dan jawapannya tetap sama iaitu desakan agar Malaysia mendedahkan sistem pertahanan, persenjataan dan segala-gala yang berkaitan dengan aset ketenteraan negara ini secara terbuka atas alasan KEBEBASAN MAKLUMAT serta KETELUSAN.

Tidak ada negara di dunia ini yang mendedahkan keupayaan tentera masing-masing. Bahkan berapa banyak bilangan anggota tentera, berapa hebat aset tentera masing-masing atau keupayaan ketiga-tiga atau keempat-empat cabang ketenteraan masing-masing menjadi SANGAT SULIT dan boleh menyebabkan mana-mana rakyat negara terbabit yang cuba mencungkil atau menyentuh bab berkenaan, boleh dikenakan hukuman mati, termasuklah di Amerika Syarikat, negara yang kononnya amat bebas dan amat terbuka.

Namun di Malaysia, dek kerana hebatnya cara berpolitik yang tidak ada sebarang pantang-larang, rahsia ketenteraan Malaysia mulai dituntut agar didedahkan dengan alasan untuk mengelakkan ketirisan, penyalahgunaan peruntukan dan dana, serta alasan-alasan yang seangkatan dengannya.

Dan menariknya, puak-puak yang beria-ia benar hendak mencungkil segala rahsia berkenaan adalah rakyat Malaysia sendiri yang mahu meraih keuntungan politik menerusi pilihanraya.

Malaysia sememangnya memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk ketenteraan tetapi Malaysia masih lagi bukan negara yang memberikan sepenuh tumpuan kepada pemilikan aset-aset ketenteraan terkini seperti negara jiran. Sebaliknya Malaysia dikategorikan sebagai negara yang berbelanja sederhana dan rendah untuk aset-aset tentera yang terbaru.

Negara ini mempunyai badan yang memantau setiap perbelanjaan daripada peruntukan kewangan negara.  Setiap tahun laporan Ketua Audit Negara boleh diperolehi secara bebas, sama ada dengan membeli naskhah bercetak mahupun memuat turunkan laporan yang telah didokumentasikan.

Desakan agar pihak berkuasa Malaysia mendedahkan kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat, NGO, Pertubuhan-Pertubuhan dan sebagainya oleh pihak-pihak tertentu SEPERTI DI SINI, menunjukkan dengan jelas kepada kita, semakin hari, sebilangan orang sudah semakin melampau. Apa-apa sahaja yang ada di dalam kain, semuanya hendak diselak dan ditunjukkan kepada satu dunia semata-mata untuk membuktikan kononnya ketelusan dan ketulusan adalah perkara terpenting.

Walaupun hendak berpolitik, takkanlah langsung tidak ada pantang larang. Kalau dalam keluarga sendiri pun, ibu bapa tidak boleh menceritakan adegan-adegan sedap menyedapkan di kamar tidur kepada anak-anak apatah lagi orang luar, mengapa pula Pertahanan Negara perlu diuar-uarkan kepada dunia atau pihak musuh semata-mata kononnya tidak mahu wang rakyat dibazirkan begitu sahaja.

Kementerian Pertahanan telah mengamalkan ketelusan selama ini dengan Menteri atau Timbalan Menteri atau Setiausaha Kementerian memberitahu Ahli-Ahli Dewan Rakyat apa yang akan dibeli dan diperolehi oleh Malaysia. Bahkan Panglima-Panglima Angkatan Tentera yang dipertanggungjawabkan selain pegawai-pegawai tinggi tentera yang lain serta DYMM Yang di-Pertuan Agong, selaku Chief Marshall Angkatan Tentera Malaysia, telah pun diperjelaskan tentang perbelanjaan serta pemerolehan aset-aset atau yang berbentuk taktikal.

Justeru apa perlu orang seperti AZMI ABDUL HAMID, Presiden TERAS pula perlu diberitahu tentang rahsia ketenteraan Malaysia? Apa perlu Tony Pua serta ahli-ahli politik yang budaya hidup mereka ialah cantas, curang, khianat dan bila-bila masa sahaja boleh tikam belakang kerana kepentingan politik, perlu tahu segala-galanya tentang pertahanan dan ketenteraan Malaysia?

4 comments

ORANG PAS SENDIRI PUN BENCI DENGAN KEBODOHAN TAHAP MEGA MAHFUZ OMAR!!!



Ni bukan orang UMNO atau Barisan Nasional yang kata. Sebaliknya yang kata Mahfuz bodoh takdak tara dah adalah orang PAS sendiri. Bukan sembarangan orang PAS, sebaliknya pemimpin PAS dan jentera penerangan PAS yang sedang bertungkus lumus untuk memastikan PAS Kedah terus berkuasa di Kedah selepas PRU13, bukannya hilang negeri sepertimana yang berlaku kepada Terengganu dahulu.
Mahfuz cuba merendah-rendahkan kualiti dan pengaruh bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohammad. Katanya, setiap kali Mahathir buka mulut, maka undi untuk Barisan Nasional akan merosot teruk. Katanya lagi, Mahathir sudah tidak ada pengaruh lagi dan lebih kepada orang tua nyanyuk yang masih tergila-gilakan era di mana dia berkuasa dahulu.

Pandangan sehala dan sempit otak Mahfuz dikritik keras oleh jentera penerangan PAS. Bukannya apa, bagi jentera Penerangan PAS, kenyataan yang dibuat oleh Mahfuz itu sekadar menunjukkan betapa lemahnya daya berfikiran kepimpinan PAS Pusat sehinggakan, kenyataan yang keluar dari mulut Mahfuz itu akan membuatkan PAS mengalami kekalahan teruk kalau tidak pun malu besar.
Benarkah seperti yang dikatakan oleh Mahfuz Omar bahawa Mahathir sebenarnya tidak mempunyai pengaruh?

Mahfuz mendasarkan kenyataan Mahathir tentang BR1M yang disifatkan oleh mantan Perdanan Menteri itu sebagai 'beli undi'. Bagi orang sebaghal Mahfuz Omar, akan melihat kenyataan tersebut sebagai pembunuhan kepada usaha-usaha Najib Abdul Razak untuk mengekalkan penguasaan UMNO dan Barisan Nasional menjelang PRU13 nanti.

Namun bagi ahli-ahli PAS yang tahu sepak terajang dan kepintaran Mahathir akan melihat kenyataan yang diberikan oleh Mahathir dan dianggap sebagai pembunuh Najib Abdul Razak oleh Mahfuz Omar itu sebenarnya adalah penjelasan kepada masyarakat bukan Melayu, khususnya pengundi-pengundi berbangsa Cina bahawa pemberian BR1M itu tidak bermaksud mereka tertakluk untuk mengundi UMNO dan Barisan Nasional, sebaliknya, pemberian BR1M sebenarnya lebih menunjukkan kepada kesediaan kerajaan pimpinan Najib Abdul Razak untuk melayan setiap rakyat di Malaysia tanpa mengira perbezaan fahaman dan ideologi politik mereka.

Barangkali Mahfuz langsung tidak tahu-menahu apa yang sedang berlaku di Kedah kerana dia terlalu leka dengan ulitan DAP dan PKR... sambung bacaan DI SINI.

0 comments

MCA KEDAH JUGA TENTANG ETIKA BERPAKAIAN SOPAN KEDAH!!!


Kalau Lee Guan Aik, Pengerusi DAP Kedah menentang sebarang perlaksanaan undang-undang dan peraturan yang bersifat Islamik oleh Majlis Bandaraya Alor Star, perangai yang sama ditunjukkan oleh Pengerusi MCA Kedah, Chong Itt Chew.

Kedua-duanya mempertikaikan tentang arahan Majlis Bandaraya Alor Star yang mengarahkan agar model-model wanita yang diperagakan dalam papan-papan iklan di sekitar bandaraya tersebut, berpakaian sopan manakala model-model beragama Islam pula, menutup aurat.

Suruh pakai pakaian sopan pun, salah?

Apa masalah kedua-dua Pengerusi DAP dan MCA ini? Yang si DAP mengatakan, DAP tentang sepenuhnya apa-apa sahaja yang ada unsur-unsur Islam. Manakala yang MCA pula kata, pakaian sopan tidak boleh dipaksa ke atas model-model bukan beragama Islam.

Apakah kerana kedua-dua orang ini melihat PAS dan UMNO tidak boleh duduk sebaris atau UMNO Kedah kelihatan seperti tidak menyokong peraturan baru MBAS itu, maka kedua-duanya bebaslah mengeluarkan pendapat masing-masing dalam usaha untuk meraih sokongan daripada pengundi masing-masing?

Anehnya, peraturan berkenaan bukannya mengarahkan model-model yang bukan beragama Islam tutup muka, tutup badan macam Ninja nak pergi perang. Agensi pengiklanan yang kebanyakannya dimiliki oleh bukan Islam, hanya diarahkan agar memastikan model-model mereka berpakaian sopan.

Kalau itu pun jadi masalah, memang haru sungguh la... disebabkan majoriti Melayu-Islam di Kedah kelihatan terbelah-belah kepada tiga fraksi, maka MCA dan DAP kelihatan bergotong-royong untuk memanipulasi keadaan tersebut?

Jangan pula sampai nanti, orang UMNO dan orang PAS bergotong royong menebang tiang papan tanda atau membakar iklan-iklan wanita separuh bogel seperti yang diinginkan oleh MCA dan DAP. Kalau itu yang berlaku, agensi-agensi pengiklanan yang dilindungi oleh MCA dan DAP Kedah, sekadar menelan air liur sahajalah!

BACA DI SINI

0 comments

DAP DESAK IKLAN SEPARUH BOGEL DI KEDAH DIBENARKAN!!!



Lee Guan Aik, Pengerusi DAP Kedah telah menyatakan dengan tegas bahawa pihak dan partinya akan menentang usaha-usaha Dewan Bandaraya Alor Star untuk menguatkuasakan garis panduan iklan di seluruh Kedah, terutama yang membabitkan model wanita separuh bogel  yang sekarang ini bagaikan satu fenomena di Kedah, khususnya di Alor Star.

Menurut Pengerusi DAP Kedah itu lagi, partinya akan menentang sebarang undang-undang yang berunsur Islam di Kedah sekiranya, itulah yang cuba dilakukan oleh PAS Kedah bagi mendapatkan undi serta pengaruh di kalangan pengundi-pengundi di seluruh Kedah yang bermajoritikan Melayu-Islam.

Sebelum ini, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Star, Datuk Mat Noh mengulas garis panduan pemasangan papan iklan berhubung penggunaan bahasa, lanskap dan pakaian model iklan. Antara lain, garis panduan berkenaan menekankan tentang model  yang tidak boleh memperagakan pakaian menjolok mata dan perlu menutup aurat bagi model beragama Islam.


Menurut Lee, kenyataan Mat Noh itu hanyalah bersifat peribadi kerana garis panduan yang baru itu didakwa bercanggah dengan Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS) 1992. Lee turut mengancam akan mengambil tindakan keras ke atas Ahli-Ahli Majlisnya dalam MPKS yang menyokong perlaksanaan peraturan baru kerana dikatakan bertentangan dengan kehendak dan cita-cita DAP.

Lebih menarik lagi ialah apabila Lee Guan Aik menyatakan, MPKS sebelum menggubal apa-apa peraturan, memerlukan KEIZINAN DARIPADA AHLI-AHLI MAJLIS dari DAP terlebih dahulu. Tanpa persetujuan, sebarang penggubalan peraturan tidak boleh dilakukan oleh MPKS.... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

0 comments

TAK ADA ORANG PUNYA FASAL, ANWAR IBRAHIM HANYA MUNCUL 2 SETENGAH JAM KEMUDIAN DI TAWAU!!!


Walaupun dosa-dosa peribadi Anwar Ibrahim terhadap rakyat Sabah begitu banyak dan tidak mungkin dapat dipikul olehnya sendiri, namun sebagai sesumpah yang terhebat pada abad ini, Anwar Ibrahim tetap datang ke Sabah untuk menyaingi populariti Musa Aman dan Najib Abdul Razak. Anwar juga mahu membuktikan bahawa dia juga boleh menarik ramai orang untuk mendengar temberang dan jualan ubat kerasnya!

Dua hari sudah, Anwar Ibrahim ke Tawau bersama-sama pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang sudah reject dan banyak masalah seperti Lajim Ukim, Alizaman Zizurahman dan sebagainya. Hasrat mereka ialah selain memperkenalkan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) sebagai kroni Pakatan Rakyat atau lebih tepat lagi, PKR, Anwar Ibrahim juga mahu menunjukkan yang dia kekal relevan di Sabah.

Acara yang sepatutnya bermula pada jam 2:00 petang di Batu Payong, Tawau, akhirnya bertukar menjadi 4:10 petang. Orang ramai yang diangkut dan diupah untuk mendengar ucapan Anwar Ibrahim dari jam 12:30 tengah hari mula mengeluh sakan.

Hanya kerana mahu menunjukkan orang ramai sudi mendengar percakapan dan temberangnya, Anwar Ibrahim tergamak membuatkan orang Tawau menanti-nanti dari jam 12:30 tengah hari sehingga jam 4:10 petang. Tidak cukup orang dewasa, kanak-kanak pun boleh dijadikan sebagai audiens Anwar Ibrahim jual penipuan dan pemerdayaannya!

Anda kiralah berapa jam yang perlu ditunggu semata-mata untuk memuaskan hati Anwar Ibrahim!

Di sebalik sembangnya konon, rakyat adalah 'raja' dan dia adalah hamba rakyat, yang diamalkan sekarang ialah, rakyat perlu menghambakan diri kepadanya. Dia lebih besar daripada rakyat dan rakyat mahu tidak mahu, perlu menunggunya untuk menjual ubat!

Bayangkanlah kalau orang seperti ini menjadi Perdana Menteri Malaysia....

ANDA BOLEH BACA BUTIRAN SELANJUTNYA DI TAWAUGONDRONG.BLOGSPOT.COM

0 comments

FAEKAH HUSSIN BALAS DENDAM TERHADAP AZMIN ALI DENGAN PENDEDAHAN PENYONGLAPAN DUIT BERJUTA-JUTA RINGGIT!!!


Apabila Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR mengesahkan bahawa PKR tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Faekah Hussin, SETPOL Khalid Ibrahim yang telah mengkritik Azmin Ali yang sebelum itu menyatakan bahawa Khalid Ibrahim tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor, banyak persoalan mulai timbul, khususnya tentang keberadaan Azmin Ali dalam PKR itu sendiri.

Bayangkanlah bagaimana Faekah Hussin telah ‘diserang’ dengan begitu hebat oleh Pengarah Pilihanraya PKR Selangor, Borhan Aman Shah telah menyatakan bahawa Faekah perlu disingkirkan dari PKR serta-merta kerana membuat kenyataan mengkritik Azmin Ali secara terbuka, manakala Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin juga turut mengambil bahagian menyerang Faekah Hussin yang telah menyifatkan Azmin Ali sebagai seorang ahli politik yang tidak bijak.

Akhirnya, setelah pelbagai serangan dibuat, Faekah Hussin akhirnya bebas dan tiada sebarang tindakan disiplin terhadapnya.

Dan ramai yang tahu bagaimana Azmin Ali tersangat berang apabila Faekah Hussin terlepas dan bebas buat kesekian kalinya.

Azmin-Faekah-Khalid menunjukkan pertembungan dua kuasa ‘besar’ dalam PKR. Khalid-Faekah diketahui mendapat sokongan yang sepenuhnya daripada Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, manakala Azmin pula mendapat sokongan daripada Anwar Ibrahim.

Azmin Ali sudah lama mahukan PKR memecat Faekah Hussin. Bagaimanapun, Anwar Ibrahim enggan mengambil tindakan penuh berisiko itu. Ini bukanlah disebabkan Anwar Ibrahim mempunyai hubungan cinta atau skandal terlarang dengan Faekah Hussin. Bahkan antara Azmin dan Faekah, Anwar seringkali mengambil prinsip menyebelahi Azmin pada sepanjang masa.

Ini adalah kerana, penyingkiran Faekah Hussin akan menyebabkan seluruh organisasi PKR akan tumbang dan hancur, apatah lagi sekarang ini pun, PKR sudah mulai berpecah-pecah dan berpuak-puak.

Sebelum ini, konco-konco Azmin telah cuba melakukan pembunuhan karektor terhadap Faekah Hussin. Untuk menjatuhkan dan melupuskan Khalid Ibrahim, perkara terbesar yang perlu dilakukan oleh konco-konco Azmin Ali ialah menjadikan Khalid Ibrahim sebagai kera sumbang. Caranya ialah, menghapuskan Faekah Hussin yang bersekutu dengan Wan Azizah dan Nurul Izzah.... SAMBUNG BACAAN DI SEL13.COM

0 comments

AHLI MAJLIS DAERAH PENGANUT PAS CUBA MENDERHAKAI DYMM SULTAN KEDAH!!!




Dah macam orang kudung diberikan cincin. Itulah senario yang sedang berlaku di Kedah, di sebuah negeri yang diperintah dan ditadbir oleh PAS. Mungkin berasakan mereka sudah berkuasa, maka mereka bebas melakukan segala-galanya atau lebih tepat lagi perasan yang mereka sudah jadi tuan besar yang tidak lagi terikat dengan peraturan atau had kuasa.

Ramai yang berfikiran sebegitu di kalangan PAS. Sekaligus itu juga menunjukkan dan membuktikan bahawa kebanyakan orang PAS sebenarnya dungu dan langsung tidak faham tatacara sesebuah kerajaan atau pentadbiran dijalankan.

Kempen menjatuhkan Datuk Rasli Basir yang merupakan SUK Kedah, sedang dijalankan secara giat oleh kepimpinan PAS. Alasan yang mereka berikan ialah Rasli Basir adalah BARUA UMNO. Mereka juga berasakan Rasli Basir adalah musuh PAS.

Walhal, Rasli Basir adalah lantikan daripada DYMM Sultan Kedah. Rasli Basir tidak tertakluk dengan Kerajaan PAS Kedah, sebaliknya kuasanya tertakluk di bawah DYMM Sultan Kedah. Walaupun tidak berpuas hati dengan Rasli Basir, orang-orang PAS tidak seharusnya menunjukkan yang mereka tidak suka dengan lantikan yang dibuat oleh DYMM Sultan Kedah.

Kedahan69ers.com telah melaporkan pada 5 September 2012 berhubung tindakan kumpulan yang diketuai oleh beberapa orang Ahli Majlis yang melakukan tunjuk perasaan menentang Rasli Basir setelah Hj. Fisol Ahmad ditukarkan dari Kubang Pasu ke Kuala Muda. Tentangan berkenaan dilihat lebih bersifat politik dan kepentingan projek berbanding sentimen lain-lain.... SAMBUNG BACAAN DI SINI

0 comments

Saturday, October 13, 2012

KALAU BAB SUARAM, SAIFUDDIN ABDULLAH SEPERTI TERTELAN TELUR SENDIRI!!!

Saturday, October 13, 2012

Bukan main lagi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah membela SUARAM dan Malaysiakini yang mendapat pembiayaan daripada George Soros untuk menjahanamkan negara ini. Malah Saifuddin Abdullah secara terbuka menyuarakan sokongannya kepada George Soros sekalipun berselindung dengan alasan kononnya serangan terhadap George Soros hanya menjadi senjata yang menikam UMNO dan Barisan Nasional semula.

Apa sebenarnya faedah yang diperolehi oleh Saifuddin Abdullah daripada pembelaannya ke atas SUARAM dan Malaysiakini? Adakah ianya bersifat ganjaran dalam bentuk kemewahan atau tawaran kuasa? Atau Ahli Parlimen Temerloh itu sekadar cuba bermain selamat untuk menyelamatkan kerjaya politiknya yang semakin hari semakin suram?

Saifuddin Abdullah yang cukup terkenal dengan konsep NEW POLITICS, dilihat menjadi jurucakap  Anwar Ibrahim di dalam kabinet dan kerajaan. Malahan, ramai yang menyatakan mereka tidak hairan dengan kebocoran maklumat tentang Kementerian Pengajian Tinggi di tangan PKR, khususnya Tian Chua memandangkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sendiri cuba berlagak kononya dia adalah seorang pengamal liberalisme yang idealis!

Dalam hal SUARAM dan  Malaysiakini, cuba hitung berapa kali sebenarnya Saifuddin Abdullah membela kerajaan daripada fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh kedua-dua agensi milik Soros yang diproksikan kepada dalang-dalang PKR dan DAP?

Hampir tidak ada. Sebaliknya Saifuddin Abdullah mempunyai akses yang sangat meluas untuk menyuarakan 'keganjilannya' menerusi Malaysiakini dan Malaysian Insider.

Pembelaan Saifuddin Abdullah ke atas SUARAM yang sememangnya terbukti menfitnah Kerajaan Malaysia, Kementerian Pertahanan, Najib Abdul Razak dan Zahid Hamidi, jelas merupakan satu tindakan tikam belakang yang membuatkan Anwar Ibrahim tersenyum lebar.

Timbul persoalan, di mana suara dan kelibat Saifuddin Abdullah ketika SUARAM dan Malaysiakini serta Malaysian Insider membuat fitnah besar? Mengapa pada ketika itu, Saifuddin Abdullah tidak langsung kelihatan peka?

Namun persoalan terbesar, apakah sebenarnya yang mendorong Saifuddin Abdullah membela SUARAM dan Malaysiakini yang jelas merupakan proksi George Soros di Malaysia? Apa tawaran yang telah diterima oleh Saifuddin Abdullah daripada pembelaannya itu?

Yang sahnya, Saifuddin Abdullah temberang besar apabila dia bercerita tentang ketelusan dan kejujuran dan NEW POLITICSnya. Malah secara jelas, Saifuddin Abdullah adalah pendokong neo-kolonialisme Zionis ke atas negara ini menerusi pelbagai cara!

Kalau tidak, masakan dia bersungguh-sungguh membela penfitnah seperti SUARAM dan Malaysiakini?

0 comments

DAP TAKUT APA KALAU BENAR PUN MEREKA HENDAK TUBUH NEGARA KRISTIAN DI MALAYSIA?


Kali kedua pendedahan dibuat berhubung niat sebenar DAP yang mahu menjadikan Malaysia sebagai Negara Kristian, membuatkan para pemimpin DAP terutama sekali pemimpin agungnya, Lim Kit Siang, kelam-kabut cuba untuk membuat penafian walaupun kebenarannya terserlah.

Nasharuddin Mat Isa ketika berucap di PWTC, membuat pendedahan tersebut dan menyeru umat Islam agar sentiasa berwaspada dengan taktik musuh yang bukan sahaja tidak mahu melihat umat Islam bersatu, bahkan untuk membuatkan umat Islam sentiasa berada dalam keadaan leka bagi membolehkan penjajahan dilakukan secara terang-terangan.

Dan dalam ucapannya itu, Nasharuddin Mat Isa menyentuh tentang upacara kesyukuran melibatkan DAP Sarawak yang menang 15 kerusi DUN dalam Pilihanraya Negeri 2011.

Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, segera menuduh Nasharuddin Mat Isa sebagai penjahat. Manakala Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz pula menuduh Nasharuddin Mat Isa sebagai BERLIDAH PANJANG. Lim Kit Siang pula pada masa yang sama, menyifatkan Nasharuddin Mat Isa sebagai BODOH dan BERNIAT JAHAT kerana membuat pendedahan tersebut.

Dan seperti biasa, DAP akan segera cuci tangan dan menafikan perbuatan mereka sendiri. Lim Kit Siang menafikan bahawa DAP  mahu menubuhkan Negara Kristian di Malaysia walaupun tidak pernah mengulas tentang majlis kesyukuran yang melibatkan beberapa orang Pastor dan Paderi yang dikenalpasti giat menjalankan kerja-kerja kristianisasi di seluruh Sabah dan Sarawak sambil merangka untuk mengembangkan kerja-kerja mereka di Semenanjung pula.

DAP yang sebelum ini begitu lantang tentang penyebaran Al-Kitab berbahasa Indonesia yang tidak dibenarkan diedarkan di seluruh Semenanjung dan mengutuk pihak Kementerian Dalam Negeri kerana mendaftarkan setiap Al-Kitab tersebut sepertimana yang dilakukan terhadap naskhah-naskhah al Quran, selain giat berkempen untuk mengundi Jesus Christ dalam Pilihanraya Negeri Sarawak, tiba-tiba sahaja bertukar nada apabila mendapati kempen-kempen sebegitu, seandainya didedahkan akan merugikan sokongan kaum Melayu dan umat Islam terhadap Pakatan Rakyat.

Begitu juga dalam kes DUMC di mana pemimpin-pemimpin utama DAP seperti Teresa Kok, Hannah Yeoh, Tony Pua dan Ronnie Liu yang terlibat selain pembabitan Khalid Samad, sudah cukup untuk menunjukkan bagaimana cita-cita besar DAP, tidak menjadikan negara ini sekular sebagaimana yang dikatakan oleh Lim Kit Siang, sebaliknya lebih kepada sebuah negara yang menafikan Islam adalah Agama Persekutuan.

Bukankah DAP yang lebih banyak mempersoalkan tentang peruntukan negara kepada pendidikan Islam, masjid, sekolah agama dan sebagainya yang berkaitan dengan syiar Islam walaupun pada masa yang sama, DAP cuba menafikannya?

Dan bukankah itu kempen utama pada 1969 sehingga mengakibatkan kematian ribuan orang tidak berdosa dalam tragedi berdarah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang?

Pembohongan apa yang hendak dilakukan oleh Lim Kit Siang dan DAP dalam hal Negara Kristian?

0 comments

KETUA PAS NEGERI SEMBILAN yYANG SELEWENG DUIT UMRAH, TUDUH POLIS MAIN POLITIK UNTUK UMNO!!!


Barangkali sudah tenggelam punca atau barangkali sudah terlalu bangang sehingga ke tahap yang sukar diungkapkan dengan akal, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan merangkap ADUN Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani menuduh anggota-anggota polis dari Cawangan Khas (SB), terlibat dalam politik menyebelahi Barisan Nasional dan UMNO.

Untuk tujuan tersebut, PAS Negeri Sembilan dikatakan sedang mengumpulkan pelbagai bukti dan maklumat untuk mengabsahkan tuduhan berkenaan.

Serangan terhadap PDRM semakin berterusan. Selain SPR, PDRM merupakan entiti kedua yang kuat diserang oleh Pakatan Rakyat. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menimbulkan persepsi di kalangan rakyat bahawa entiti-entiti berkenaan melakukan pelbagai kesalahan demi memastikan UMNO dan Barisan Nasional menang pada PRU13 nanti.

Kempen menyerang SPR begitu giat dijalankan oleh PKR dan DAP sambil dibantu oleh PAS. Sebabnya amat mudah, Pakatan Rakyat yang sudah berkempen dan meuar-uarkan kemenangan mereka pada PRU13 nanti, enggan menebalkan muka kepada rakyat apabila keputusan sebenar PRU13 tidak berpihak kepada mereka.

Pada masa yang sama, memberikan tekanan kepada SPR untuk membantu Pakatan Rakyat menang dan merampas Putrajaya. Kalau Pakatan Rakyat menang, maka SPR telah menjalankan tugas dengan adil. Kalau Pakatan Rakyat tidak menang, maka SPR telah menipu.

Itu sebenarnya tujuan mereka.

Begitu jugalah dengan PDRM yang telah menjalankan tugas-tugas mereka dengan cemerlang bagi memastikan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan selamat. Kempen-kempen memburukkan dan menghodohkan imej PDRM telah dimulakan oleh Anwar Ibrahim, manakala PAS yang diketahui memang baghal dan sentiasa mengikut serta patuh dengan apa-apa sahaja yang dibuat oleh Anwar Ibrahim memandangkan para pemimpin mereka sendiri tidak mempunyai otak dan kecerdikan, turut terperangkap dalam mainan berkenaan.

Berdasarkan sejarah, pada tahun 1996,  Anwar Ibrahim telah berusaha menggunakan PDRM untuk memadamkan amalan hinanya iaitu meliwat jantan dan betina sesuka hati, sekaligus mengukuhkan kuasanya selaku pengganti Dr. Mahathir. Bagaimanapun, perancangan Allah Taala lebih baik berbanding mana-mana rancangan manusia, termasuklah Anwar Ibrahim sendiri.

Selepas diterajang keluar dari kuasa, Anwar Ibrahim terus meroyan dan sentiasa menyalahkan pihak polis atas apa yang berlaku kepadanya. Anwar bahkan melakukan provokasi agar dia dicederakan oleh Ketua Polis Negara untuk membuktikan kepada orang ramai yang bersimpati dengannya bahawa polis memang kejam, zalim dan sentiasa bekerja bagi pihak Barisan Nasional.

Taktik itu masih berterusan sehingga kini, ditambah pula apabila Pakatan Rakyat yang sedang teruja untuk memenangi lebih banyak kerusi pada PRU13 terasa bahang kekalahan dan kegagalan buat kesekian kalinya. Kerosakan imej entiti-entiti seperti SPR dan PDRM, dilihat dapat membantu mereka untuk mewujudkan gelombang kebangkitan rakyat sepertimana yang berlaku di Jazirah Arab, bukannya menerusi Pilihanraya.

Kalau tidak, masakan Hishamuddin Rais menerusi blog dan ceramahnya bersungguh-sungguh menyatakan bahawa jikalau Pakatan Rakyat kalah pada PRU13, malam keputusan dan keesokan harinya, para pengikut Pakatan Rakyat akan memenuhi jalanraya untuk merusuh dan merosakkan harta benda awam sehingga mampu menjemput kuasa asing seperti Zionis masuk ke negara ini untuk menggantikan pentadbiran awam dengan kuasa kolonialisme!!!

Dan melihat kepada tindak-tanduk beberapa orang pemimpin PAS yang diketahui amat mirip kepada Anwar Ibrahim dan DAP, kita sudah boleh menjangkakan apa sebenarnya yang sedang mereka rancangkan!

1 comments

KATA NIK AZIZ, DAP HALAL LAGI MENGHALALKAN BERBANDING UMNO!!!


Demi untuk kemenangan kononnya, Nik Abdul Aziz Nik Mat menghalalkan malah mempertahankan hubungan serta kerjasama dengan DAP. Malah lebih menghairankan lagi ialah apabila Nik Aziz tidak tahu mengapa orang-orang PAS sendiri menyatakan bahawa PAS telah lari daripada perjuangan asalnya.

Ketika merasmikan Pasar Syaidina Ali di Kok Lanas, Nik Aziz menyatakan bahawa dia tidak nampak yang DAP mengganggu dasar PAS. Malah Nik Aziz juga menyatakan kehairanan mengapa pemimpin-pemimpin veteran PAS melihat kemudaratan kerjasama dengan DAP sedangkan selama ini DAP tidak pernah mengganggu PAS dan PAS tidak mengganggu DAP.

Barangkali Nik Aziz sudah terlalu nyanyuk dan sudah buta huruf atau telinganya sudah ditulikan sehingga dia hanya mahu mendengar apa yang hendak didengar sahaja dan percaya dengan apa yang dipercayainya. Hakikat yang sedang berlaku tidak dihiraukan, bahkan menganggap segala kebenaran yang terserlah sekarang, tidak lebih daripada sebuah mimpi-mimpi ngeri ciptaan UMNO dan Barisan Nasional.

Bagaimana Nik Aziz boleh menyatakan bahawa DAP tidak mengganggu PAS?

Sudah beberapa kali DAP berjaya menghiris perasaan akar umbi PAS sendiri setiap kali para pemimpin PAS bercakap tentang Islam, undang-undang Islam, mahupun cabaran ummat. Belum lagi diperkirakan bagaimana melentingnya DAP apabila UMNO bercakap tentang Islam, malah sehingga sekarang, cerita bagaimana Tun Dr. Mahathir mengiktiraf negara ini sebagai Negara Islam, masih diulang-ulang dan kesalahannya diletakkan ke bahu MCA.

Benar MCA menentang Negara Islam dan hudud, tetapi suara MCA sayup-sayup sehinggakan DAP memperolok-olokkan MCA sebagai anjing suruhan UMNO yang menyalak apabila disuruh oleh tuannya. Sedangkan DAP pula sangat berbangga kerana PAS pula yang akan menyalak apabila disuruh menyalak dan menjilat apabila ditadah punggung atau tapak kaki DAP kepada mereka.

Kalau itulah yang Nik Aziz kata DAP tidak mengganggu urusan PAS mahu mengislahkan negara ini dengan dongengan kempen, tak tahulah apa lagi yang perlu diistilahkan kepada Nik Aziz.... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

0 comments

PERLUKAH LAGI KITA JAMU SELERA DAN PENUHKAN TEMBOLOK DI PELITA NASI KANDAR?


Sekadar pemberitahuan!!!

The Star bertarikh 24 September 2012 mukasurat 22 melaporkan bahawa pemilik PELITA NASI KANDAR, DATUK D.RAMESH melakukan pecah tanah untuk pembinaan sebuah kuil...

Dengan kata lain, pemilik PELITA NASI KANDAR adalah seorang HINDU....

Hasil jualan daripada PELITA NASI KANDAR telah digunakan untuk pembinaan KUIL HINDU.

BERSUBAHAT maknanya bagi orang Islam yang selama ini makan dan minum di PELITA NASI KANDAR....

Memandangkan pemilik dan tujuannya telah diketahui, mulai saat ini, tidak perlulah lagi kita pekena atau menjamu selera di mana-mana premis PELITA NASI KANDAR LAGI...

Yang mana sudah terlanjur dan menjadikan makanan serta minuman di PELITA NASI KANDAR sebagai darah daging, mohonlah taubat kepada Allah Taala kerana kejahilan dan kelekaan kita berusul periksa...

Masih banyak restoran milik umat Islam yang kita boleh pergi berbanding ke restoran-restoran sebegini.

Moga-moga kita diampunkan oleh Allah Taala yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun....

44 comments

ANWAR TERPAKSA AMBIL TANGGUNGJAWAB SETELAH SUARAM GAGAL DALAM MISI FITNAH SCORPENE!!!

Pembohongan pembangkang dalam isu kapal selam Scorpene nampaknya tidak boleh diselindungi lagi. Apatah lagi isu yang dijadikan senjata politik oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sejak tahun 2008 tidak mampu lagi dipertahankan apabila sedikit demi sedikit kebenaran mengenai kedudukan sebenar isu tersebut telah dibongkar. 

Terbaru. Yves Charpenel, seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal telah menafikan laporan-laporan media pro pembangkang yang tersebar selama ini bahawa isu Scorpene sedang dibicarakan di Perancis. 

Pembangkang menyebar dakyahnya bahawa kononnya penyiasatan (bukannya perbicaraan) yang sedang berlangsung adalah hasil laporan yang dibuat oleh pihak Suaram pada 2009 terhadap syarikat milik kerajaan Perancis, DCNS yang dituduh membayar komisyen kepada pihak tertentu di Malaysia dalam urusan pembelian dua kapal selam tersebut pada tahun 2002. 

Di bawah undang-undang Perancis pembayaran sebarang komisyen dalam urusan seperti ini adalah tidak dibenarkan. 

Sebelum ini Ketua Pembangkang sanggup terbang ke Paris untuk menjemput dua orang peguam yang mewakili Suaram dan seorang peguam mewakili DCNS untuk memberi taklimat kepada semua ahli parlimen Pakatan Rakyat. 

Usaha ini menunjukkan bahawa pembangkang kini berada dalam keadaan gelisah dan panik kerana isu Scorpene kini dilihat boleh memakan diri mereka sendiri jika tidak diurus dengan sebaik mungkin. Sebab itulah Anwar terpaksa mengambil alih peranan yang pernah dimainkan oleh Suaram sebelum ini untuk mempastikan isu Scorpene terus hidup. 

Bagaimanapun usaha Anwar ini juga akan turut gagal kerana kini rakyat Malaysia sudah tahu siapa dalang sebenar isu Scorpene selama ini. Ia bukannya Suaram yang hanya merupakan satu cabang daripada PKR tetapi 'mastermind' sebenarnya tidak lain tidak bukan adalah Anwar sendiri. 

Sehari selepas kenyataan Charpenel, balaci Anwar, Tian Chua terus mempertahankan fantasi yang dimainkan pembangkang bahawa penyiasatan masih terus dijalankan yang menjurus kepada perbicaraan.  

Bak kata orang kalau sudah mula berbohong, maka terpaksa korek lubang lain untuk menutup pembohongan yang telah dibuat. Lama kelamaan lubang semakin besar dan akhirnya tidak boleh ditutup lagi dan yang berbohong akan jatuh ke dalam lubang yang digalinya sendiri. 

Anwar masih berfikir dan yakin isu Scorpene masih mampu untuk menggugat kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pilihan raya umum ke 13 kelak. Beliau berfikir mimpinya untuk ke Putrajaya boleh digapai dengan mengeksploitasi isu itu. 

Namun beliau gagal memahami bahawa isu Scorpene atau mana-mana isu yang dipolitikkan sekali pun boleh melarat dalam bentuk dua reaksi - samada ia boleh membantu kerjaya politik seseorang yang mencetuskannya atau sebaliknya isu tersebut akan membaham dan menjahanamkan impian seseorang. 

Kelihatan Anwar sekarang terjerat dalam pilihan kedua kerana permainan yang dimulakan oleh apparatnya yang bernama Suaram tiga tahun lalu, bukannya semakin menguntungkan beliau tetapi telah menjadi sebagai liabiliti terbesar yang bakal memusnahkan buaian mimpi pembangkang bertapak di Putrajaya. 

Tian Chua, Sivarasa, Cynthia Gabriel dan geng yang sama-sama melakar komplot Scorpene menyedari hakikat ini bahawa masa untuk kebenaran terbongkar sudah amat hampir. Mereka dilihat tidak lagi mampu meneruskan strategi tersebut secara efektif lalu menyerahkan tanggungjawab tersebut di atas pundak Anwar. 

Anwar pula sudah tentu tidak mampu menggalas beban Scorpene seorang diri tanpa bantuan budak-budak suruhannya. Jika ini berlaku, kekuatan pembangkang terutamanya PKR yang dibina di atas landasan pembohongan demi pembohongan dalam isu ini, akan menjadi petanda parti itu pada PRU13 nanti. 

Malah rakan kongsi Anwar, DAP dan PAS juga tidak mempunyai kekuatan untuk terus mendokong isu ini dan mereka juga akhirnya akan meninggalkan PKR keseorangan menangani isu Scorpene yang sudah kekeringan modal. 

Hakikat isu sudahpun dijelaskan oleh Ketua Audit Negara bahawa pembelian dua kapal selam itu telah mematuhi semua prosedur perundangan. Tidak ada perbicaraan seperti mana yang ditegaskan oleh Charpenel maka dengan itu Suaram telah berbohong kepada rakyat apabila mendakwa beberapa individu termasuk Perdana Menteri telah disepina untuk hadir di mahkamah Perancis. Malah kematian wanita Altantuya Shaariibuu juga tidak ada kena mengena dengan isu Scorpene seperti mana yang ingin dikaitkan oleh pembangkang. 

Semua maklumat yang telah tersebar secara meluas oleh media pembangkang selama ini untuk membohongi rakyat adalah hasil pintalan fantasi seorang bernama Anwar yang teringin sangat menjadi Perdana Menteri.

0 comments

DAP KATA, TAK PERLU RISAU, HUDUD PAS HANYA ACAH-ACAH!!!


Dalam kesungguhan para pemimpin PAS untuk meyakinkan para pengikut mereka bahawa PAS memang akan mendirikan sebuah negara syariah dengan hudud dan qisas sebagai tema utamanya, sekutu utamanya pula sekadar melawak-lawakkan hasrat PAS, bahkan berpendapat PAS sekadar mengacah-ngacah dan tidak bersungguh-sungguh untuk menjadikan hudud sebagai teras undang-undang negara.

Matematiknya amat mudah, 148 kerusi majoriti yang diperlukan iaitu dua pertiga daripada 222 kerusi Parlimen, masih tidak tercapai oleh penguasaan Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam walaupun PAS dan UMNO bergabung dalam satu barisan.

Hew Kuan Yew yang mewakili DAP berdebat dengan Ketua Penerangan Pemuda MCA, Kow Cheong Wei sekadar menggelakkan penguasaan kerusi Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam yang berjumlah 107 di Semenanjung dan 23 di Sabah dan Sarawak, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhannya hanyalah 130 kerusi, menjadikan jumlah dua pertiga yang membolehkan hudud dilaksanakan sebagai undang-undang negara, tidak lebih daripada dongengan PAS semata-mata untuk menarik undi serta pengaruh pengundi Melayu dan beragama Islam.

Menurut Hew lagi, perlembagaan negara ini telah 'menggariskan' penguasaan kerusi Parlimen orang Islam tidak boleh lebih daripada 136 kerusi sahaja memandangkan umat Islam hanyalah 61% daripada jumlah penduduk di negara ini.

Perdebatan antara DAP dan MCA di Wisma Chen Chin yang dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Mandarin semalam, telah menjelaskan bahawa baik DAP mahupun MCA tidak akan bersetuju sama sekali dengan perlaksanaan undang-undang hudud di negara ini.

Memandangkan yang mengutarakan usul hudud adalah PAS, maka MCA memainkan peranan sebagai penentang keras, manakala DAP pula memainkan peranan memujuk untuk menunjukkan bahawa PAS tidak pernah serius dengan tuntutan hudud kerana para pemimpin PAS tahu, kalaupun keseluruhan 136 kerusi Islam tersebut dimenangi, mereka masih lagi kekurangan 12 kerusi untuk mengubah perlembagaan bagi membolehkan kewujudan hudud.

Bagaimanapun, kesimpulan daripada perdebatan tersebut, baik MCA mahupun DAP, telah memberikan gambaran bahawa PAS sebenarnya sedang menganyam mimpi-mimpi untuk dijadikan cerita dongeng menarik buat mendodoi si anak kecil. Hudud tidak mungkin dapat dilaksanakan di negara ini selagi Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam tidak berjumlah 148 secara kekal selagi Malaysia masih wujud di muka dunia ini.

Barangkali para penyokong PAS yang sedang bersungguh-sungguh menyatakan bahawa UMNOlah yang menjadi penghalang kepada kewujudan hudud, sudah mampu berfikir atau barangkali mata dan hati mereka telah terhijab sepenuhnya dek fantamorgana yang dihasilkan oleh DAP?

BACA DI SINI

0 comments

Friday, October 12, 2012

BANGANG TAK BANGANG TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI NIH, ALLAH TAALA SAHAJA YANG TAHU!!!

Friday, October 12, 2012
Sudah lama nama Saifuddin Abdullah tenggelam. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang kelihatan sudah tidak mempunyai harapan untuk meneruskan kerjayanya selaku Ahli Parlimen Temerloh pada musim Pilihanraya Umum akan datang, nampaknya semakin cenderung menyebelahi Anwar Ibrahim dalam usahanya mendapatkan tempat dari PKR dan Pakatan Rakyat, sedangkan pada masa yang sama, UMNO Temerloh di bawah Datuk Mohd Sharkar semakin mengukuh.

Saifuddin Abdullah adalah Timbalan Ketua Bahagian Temerloh yang pejabatnya di Temerloh sudah berhabuk dan berlapok kerana sudah terlalu lama tidak dijenguk!

Saifuddin Abdullah dalam usahanya untuk menarik perhatian Anwar Ibrahim menggunakan kaedah NEW POLITICnya yang terbukti bangang apabila mengatakan isu Soros yang sedang bergema sekarang, merupakan isu yang boleh menikam UMNO.

Datang dari mana pulak isu tersebut jadi senjata yang menikam UMNO?

Adakah kerana para pecacai Pakatan berusaha mengorek pertemuan antara Soros dengan Mahathir dan Soros dengan Najib Abdul Razak, maka dikatakan menikam diri? Adakah Saifuddin Abdullah ingin menyatakan bahawa Najib Abdul Razak telah menerima bantuan daripada Soros walaupun secara berkias dan secara berselindung bagaikan jantan buruk telur?

Come on ler Saifuddin Abdullah...

Keluarlah dari kepompong dan topeng yang menutup wajah anda selama ini. Anda meuar-uarkan tentang  NEW POLITIC tetapi anda mengamalkan perangai gergaji dua mata. Anda cuba play-safe dengan mengambil kesempatan kepada Kerajaan yang anda menjadi salah seorang anggota kabinetnya.

Masakan seorang anggota kabinet seperti Saifuddin Abdullah terlalu bangang sehingga tidak boleh membezakan pertemuan antara Soros dengan Mahathir dan Soros dengan Najib berbanding pertemuan Soros dengan pasukan pembangkang Malaysia?

Mahathir dan Najib ketika bertemu dengan Soros adalah dengan jawatan Perdana Menteri. Manakala konco-konco dan talibarut Anwar bertemu dengan Soros adalah untuk mendapatkan bantuan kewangan dan pengkaderan bagi menjatuhkan kerajaan.

Pertemuan antara mana-mana individu dengan Ketua sesebuah negara, sama ada rasmi atau tidak rasmi adalah perkara biasa. Pertemuan antara Mahathir dengan Soros bukanlah rahsia kerana pertemuan tersebut diminta oleh Soros sendiri setelah kejahatannya dibocorkan oleh Mahathir. Soros cuba mendapatkan imej baik menerusi pertemuannya dengan Mahathir setelah dia gagal membinasakan ekonomi dan kewangan Malaysia sekaligus menaikkan Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri. Soros cuba mencari-cari ruang untuk mana-mana pertubuhan dan syarikatnya agar tidak dihalang wujud di Malaysia.

Begitu juga pertemuan antara Najib dengan Soros. Soros yang mahu bertemu dengan Najib setelah Anwar gagal menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga dalam usahanya untuk berbaik-baik. Bila Najib kurang melayan, maka Soros memasukkan dananya untuk membantu beberapa agensi, pertubuhan dan parti politik untuk menjahanamkan negara ini seperti Malaysiakini, SUARAM dan PKR.

Orang awam pun tahu matematik mudah itu. Takkanlah Saifuddin Abdullah yang sangat bangga kerana dia adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi terlalu bangang sehinggakan sel-sel otaknya sudah setaraf dengan otak udang yang digunakan sebagai perasa laksa?

0 comments

TAHU NGEH KOR HAM TAKUT SAMPAI SURUH MELAYU BONGOK KATA KAKI KATAK DI OLDTOWN WHITE COFFEE HALAL!!!


Pengerusi Oldtown Berhad yang memiliki Oldtown White Coffee, Datuk Dr. Ahmed Tasir Lope Pihie akhirnya dikerah oleh tuan punya kopitiam tersebut untuk memberitahu bahawa makanan dan minuman di setiap premis mereka adalah HALAL dan boleh dijamah serta ditelan oleh umat Islam.

Tiada apa-apa yang hendak dihairankan kalau ada individu yang kelihatan seperti orang Melayu dan beragama Islam yang bercakap bagi pihak taukeh kafir mereka untuk meyakinkan umat Islam bahawa mereka boleh dipercayai menghormati dan memahami keperluan umat Islam.

Halal kepala hotak dia dengan hidangan kaki katak dan dengan tukang masak yang bukan beragama Islam selain keengganan memberikan hak membuka francise Oldtown White Coffee kepada Bumiputera dan Melayu-Islam.

Pengerusi sahaja Melayu atau beragama Islam, tidak menjamin yang premis perniagaan makanan dan minuman tersebut halal untuk umat Islam di negara ini mahupun umat Islam dari luar. Yang pasti, kalau dah ada sajian kaki katak dan keengganan untuk mengambil tukang masak beragama Islam, sememangnya HARAM ler status makanannya. Kalau tidak, takkanlah kedekut benar hendak memberikan hak francise kepada usahawan Melayu dan Islam.

Itulah DAP... Mempergunakan Melayu untuk kepentingan mereka tanpa mempedulikan sensitiviti dan kepentingan umat Islam yang bagi mereka, tidak ada hak langsung berbanding bukan Melahu dan bukan Islam di negara ini.

Kalau dah Melayu-Islam tidak diperlukan sebagai rakan kongsi, jadah apa nak pula pelanggan Melayu-Islam?

Sepatutnya Oldtown White Coffee melabelkan dalam iklan mereka bahawa semua premis mereka bukan untuk Melayu-Islam. Malah Melayu-Islam dilarang sama sekali memasuki premis mereka untuk makan dan mentekedaghah.

Guna Pengerusi yang hanya dapat elaun buta, guna pekerja barisan hadapan Melayu-Islam, dah kira halal yer?

Bagus betullah otak penipu DAP ini!

Tu pun, ada jugak Melayu-Melayu Pakatan yang bukan lagi membela Ngeh Kor Ham dan produk-produk mereka. Barangkali puak-puak Melayu Pakatan memang sudah kerap sangat makan kaki katak sampaikan kebenaran sebegitu pun, mereka tutup mata!!!

Yang pasti, UMAT ISLAM WAJIB BOIKOT OLDTOWN WHITE COFFEE SAMA ADA MEREKA DAPAT SIJIL HALAL ATAU PUN TIDAK!!!





0 comments

BILA BEKAS ADUN DESPERATE NGUTUK PERMATA ROSMAH MANSOR!!!


Arif Sabri Abdul Aziz, bekas ADUN Pulau Manis, yang kecewa kerana tidak diberikan perhatian dan tidak diberikan tempat sebagai calon, kini menyertai Badrul Hisham Shaharin dan Anwar Ibrahim untuk memangsakan Rosmah Mansor, bahagian yang disangkakan paling lemah kepada Najib Abdul Razak untuk melakukan serangan.

Daripada isu peribadi, nampaknya Arif Sabri atau di dalam dunia blog, Sakmongkol, cuba mengungkit tentang Program PERMATA Negara yang disifatkannya sebagai satu pembaziran ketara. Isu yang dibangkitkannya tetap setara dengan apa yang dibangkitkan oleh Chegu Bard iaitu cuba menimbulkan persepsi bahawa PERMATA Negara adalah lubuk serta kawah besar untuk Rosmah Mansor melarikan wang negara bagi tujuan peribadinya.

Tulisannya yang berkisar tentang persoalan ke mana perginya wang RM111 juta untuk Program PERMATA Negara, lebih menunjukkan sifatnya yang dengki hati, tidak kreatif, tidak berwawasan dan terlalu menurut secara membuta tuli apa yang dikehendaki oleh tuan-tuan besarnya iaitu pemimpin DAP dan Anwar Ibrahim.

Program PERMATA Negara bukanlah program yang bersifat politik. Malah ianya juga tidak mempunyai hala tuju mewujudkan puak-puak yang akan menyokong UMNO dan Kerajaan pada hari ini seperti kewujudan PASTI. Sebaliknya ia lebih kepada untuk mewujudkan modal insan dari peringkat pra-pendidikan dan bukannya untuk menyediakan bakal pemimpin yang bercakap tidak serupa bikin seperti Arif Sabri Abdul Aziz sendiri yang bercerai dengan isterinya kerana Internet!

Apa yang Arif Sabri sakit hati sangat dengan Program PERMATA Negara? Adakah kerana anak-anak dan cucu-cucunya tidak dapat memasuki Montessori versi Kerajaan itu memandangkan mereka bukanlah dari baka yang cerdik atau mempunyai kebolehan? Atau adakah kerana Arif Sabri Abdul Aziz sakit hati kerana pada zaman dia jadi ADUN Pulau Manis dahulu, dia tidak pernah memikirkan tentang rakyat, sebaliknya lebih mementingkan tembolok sendiri dan kroni sehingga akhirnya namanya ditiadakan dari 2008 dan terus ditolak untuk PRU13?

Menariknya, yang diserang adalah Rosmah Mansor, walhal Rosmah Mansor hanyalah PENAUNG dan bukannya pemilik MONTESSORI kerajaan itu. PERMATA Negara juga mensasarkan kanak-kanak berusia 1 sehingga 4 tahun, menetap di luar atau di pinggir bandar, dari keluarga berpendapatan rendah selain tidak mengira kaum dan agama.

Empat perkara yang menjadi asas kepada syarat-syarat utama kemasukan kanak-kanak ke Program PERMATA Negara itu, barangkali amat menakutkan AJK Persatuan Montessori swasta yang amat diketahui, majoriti daripada mereka merupakan taukeh-taukeh besar yang seringkali mempunyai kaitan rapat dengan DAP!

Ia mengimbas semula bagaimana NFC ditentang kerana tiga buah kartel daging sakit hati kerana keuntungan lebih RM2.0 setahun mereka terancam dengan kewujudan dan kesungguhan NFC memastikan pasaran daging yang benar-benar halal untuk umat Islam di Malaysia.

Dengar sahaja peruntukan besar, maka puak-puak DAP dan PKR akan bergoncang telur masing-masing. Sakit hati mereka, hanya Allah Taala sahaja yang tahu. Mereka masih lagi berkhayal bahawa program berkenaan hanya untuk anak-anak Melayu dan Bumiputera. Kalau untuk anak-anak Melayu dan Bumiputera, bagi mereka, cukuplah dengan KEMAS dan PERPADUAN. Orang Melayu dan Bumiputera bagi puak-puak ini cukup hanya pandai membaca, menulis dan mengira. Lebih daripada itu, tidak boleh.

Walhal, Program PERMATA Negara tidak hanya khusus untuk Melayu-Bumiputera, sebaliknya untuk semua kaum. PERMATA Negara bukannya menggantikan sistem Tadika, sebaliknya untuk kanak-kanak berusia 1 sehingga 4 tahun.

Takkanlah kerana PERMATA Negara dinaungi oleh Rosmah Mansor dan kemudiannya mendapat bajet besar sebagai persediaan untuk program untuk kanak-kanak berusia 1 sehingga 4 tahun, maka Arif Sabri Abdul Aziz dan sekalian pemimpin Pakatan Rakyat meroyan sakan?

Atau barangkali kerana pada zaman dia kecik-kecik dulu, tidak ada program sebegini, malah besar kemungkinan juga Arif Sabri Abdul Aziz tidak pernah menikmati pembelajaran tadika, maka dia meroyanlah macam anjing jantan disuntut babi!

Untuk bekas ADUN Pulau Manis yang sebenarnya bangang walaupun menulis dalam Bahasa Inggeris, proses pembelajaran bukan lagi seperti dahulu. Zaman sekarang, anak-anak yang baru lahir pun sudah ada program pembelajaran dan pendidikannya.

PERMATA Negara merupakan program yang baik untuk generasi baru rakyat Malaysia. Jadi, untuk apa ia hendak dibunuh semata-mata dengan persoalan yang berakhir dengan tanda soal  semata-mata untuk mewujudkan persepsi jahat?

Hanya kerana Rosmah Mansor menjadi penaungnya, maka PERMATA Negara yang baru ditubuhkan dan memerlukan kos R&D yang besar, maka ia perlu dilupuskan?

Siapa yang lebih jahat sebenarnya memandangkan laporan tentang peruntukan PERMATA Negara ada dalam Laporan Ketua Audit Negara?

3 comments

SISTEM AES DITERUSKAN WALAUPUN RAKYAT AKAN TEBANG KAKI NAJIB ABDUL RAZAK!!!


Menteri Pengangkutan berkata, semenjak AES dikuatkuasakan September lalu, kadar kemalangan telah menurun secara drastik. Jadi, oleh kerana kadar penurunan kemalangan telah menurun, maka kamera AES yang telah dipacak di 14 lokasi akan diteruskan untuk meningkatkan kutipan duit saman di samping menyedarkan rakyat tentang saman yang perlu dibayar.

Eloklah tu... sepatutnya bukan setakat 14 lokasi sahaja, Kong Cho Ha juga patut menyegerakan pemasangan AES di semua lokasi yang telah ditetapkan. Kalau setakat 14 lokasi sahaja, berapa sangatlah saman yang boleh dikutip. Kalau kesemua kamera AES boleh dipasang, sekurang-kurangnya dalam tempoh setengah hari sahaja boleh kutip RM2 juta!

Bayangkanlah kalau setahun...

Alasan kadar kemalangan yang menurun, merupakan alasan paling mudah diberikan oleh Menteri Pengangkutan dan Kerajaan. Kemalangan jalanraya atau di lebuhraya tidak sahaja melibatkan kenderaan yang dipandu secara laju, sebaliknya lebih banyak melibatkan kenderaan yang bergerak secara perlahan, terlebih muatan dan kenderaan yang dipandu oleh pemandu yang sedang bercakap di telefon serta pemandu mabuk.

Benarkah kadar kemalangan telah menurun semenjak kamera AES dikuatkuasakan atau ia sekadar alasan ingin menyedapkan hati?

Menariknya, kemalangan turut melibatkan kawasan di mana kamera AES dipasang. Bukan kerana laju tetapi kerana pemandunya terkejut dengan lampu flash yang kuat menyebabkan kenderaan yang dipandu menghala ke pembahagi jalan!

Justeru alasan kemalangan menurun kerana kamera AES sebenarnya adalah alasan basi dan bersifat kanak-kanak tadika. Bukan sistem berkenaan tidak bagus, tetapi perlaksanaan yang tergesa-gesa serta dilihat lebih kepada mengaut keuntungan segera untuk pegawai-pegawai kanan yang akan bersara, lebih banyak menaikkan darah rakyat, berbanding menyelesaikan masalah kadar kemalangan yang meningkat.

Ia samalah seperti konsesi tol yang suatu masa dahulu diberikan alasan kononnya untuk menyuraikan kesesakan lalu lintas. Walhal sekarang, jalanraya dan lebuhraya sesak teruk, malah lebih teruk lagi sesak kerana kenderaan terpaksa beratur panjang di laluan tol untuk membuat bayaran!!!

Kadang-kadang alasan pihak berkuasa untuk melestarikan sesuatu tindakan dilihat lebih kanak-kanak berbanding kanak-kanak itu sendiri.

0 comments

UGUTAN PEMANDU TEKSI SUDAH SAMPAI KE TAHAP KETERLALUAN!!!


Beberapa pihak dari persatuan teksi mengancam untuk menyebarkan berita buruk tentang kerajaan kepada penumpang-penumpang mereka, terutama sekali pelancong-pelancong asing seandainya kerajaan masih bertegas dengan keputusan enggan MEMBELA mereka seperti membela ayam daging dalam reban.

Sesuatu yang amat pasti daripada ketidakpuasan hati para pemandu teksi berkenaan ialah, mereka enggan bersaing dan kalau boleh teksi di Kuala Lumpur ini, hanya dipandu oleh puak-puak mereka sahaja dan mereka bebas berbuat sekehendak hati, termasuklah mengenakan bayaran yang bukan-bukan kepada para penumpang dengan alasan, MEREKA PERLU MEMBERI MAKAN ANAK DAN ISTERI!!!

Jumlah teksi yang dikatakan melebihi daripada permintaan iaitu hampir 37,000 buah dikatakan menjadi masalah kerana sebahagian besar daripada teksi berkenaan adalah milik syarikat. Kononnya, dengan memberikan kepada syarikat, maka pemandu-pemandu teksi akan tersepit dan terpaksa berhadapan dengan persaingan yang sangat besar.

Dan seperti juga kebanyakan pendesak-pendesak yang lain, pemandu-pemandu teksi yang tidak berpuas hati itu juga, mengancam untuk mengalihkan undi kepada Pakatan Rakyat - sesuatu yang sudah tentu ditunggu-tunggu oleh Pakatan Rakyat.

Kita tidak menyalahkan pemandu teksi kerana sesiapa pun, apabila diberi manja yang keterlaluan, apabila pemantauan dan undang-undang tidak dikuatkuasakan dengan sebaik-baiknya, hasilnya adalah seperti pemandu-pemandu teksi yang terus komplen dan mengugut itu.

Beberapa pendedahan yang dibuat menunjukkan wujudnya segelintir pemandu teksi di Bandaraya Kuala Lumpur mencekik leher dan mengenakan tambang pada kadar yang tidak munasabah, menyebabkan para pemandu teksi yang mencari jalan mudah untuk memberi makan anak dan isteri, barangkali sudah tercekik dan naik angin memandangkan kegiatan mereka sudah terdedah.

Pengalaman penulis yang menjadikan teksi sebagai kenderaan utama, menunjukkan bukan kesemua pemandu teksi yang berperangai demikian tetapi pada masa yang sama, bukan kesemua pemandu teksi yang menghargai peluang yang mereka ada untuk mencari rezeki. Ramai yang lebih senang memberi alasan jalan sesak, terlalu dekat, dan waktu rehat untuk menolak daripada menghantar penumpang ke sesuatu destinasi. Bab yang nak mengenakan tambang extra, itu adalah perkara biasa bagi mereka yang sudah biasa dengan teksi.

Ancaman dan ugutan daripada pemandu teksi bukanlah perkara baru. Memang benar mereka boleh memberikan kesan yang buruk kepada pelancong asing dan penumpang tempatan. Namun sebenarnya, seandainya penguatkuasaan yang lebih ketat dikenakan, terutama sekali menerusi pengehadan jumlah pemandu teksi yang mencari mangsa, pastinya masalah sebegini dapat dikawal.

(BACA DI SINI)

0 comments

Thursday, October 11, 2012

WONG HO LENG KATA NASHARUDDIN MAT ISA JAHAT SEBAB TUDUH DAP MAHUKAN MALAYSIA JADI NEGARA KRISTIAN!!!

Thursday, October 11, 2012

Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng menyifatkan Nasharuddin Mat Isa sebagai seorang penjahat kerana mendakwa majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak ekoran kejayaan DAP menguasai 15 kerusi DUN Sarawak turut mendoakan agar Malaysia menjadi Negara Kristian.

DAP nampaknya melenting kuat apabila tembelang mereka didedahkan dan terdedah.

Sebelum ini, pendedahan tentang Doa Malaysia Jadi Negara Kristian telah didedahkan oleh beberapa buah blog. Beribu-ribu laporan polis telah dibuat. Malah DAP turut menyaman Utusan Malaysia yang menyiarkan berita tersebut.

Bagaimanapun, DAP tidak pula menyaman bekas Pengerusi Melayu DAP yang turut mendedahkan perkara yang sama.

Kejadian berkenaan berlaku di Hotel Red Rock, Pulau Pinang dan majlis berkenaan dihadiri oleh Pastor dan Paderi.

DAP terus berbohong tentang upaya mereka menjadi penjahat dan petualang terbesar di negara ini selepas Parti Komunis Malaya. Walaupun secara jelas, terang dan nyata antara kempen-kempen DAP yang sangat hebat di Sarawak dalam Pilihanraya Negeri pada tahun lepas melibatkan isu-isu agama Kristian dan perkauman yang sangat menebal, DAP masih berusaha untuk menafikan kerja-kerja jahat mereka itu.


Wong Ho Leng cuba menafikan kononnya, majlis kesyukuran yang diadakan di Red Rock itu sebagai memenuhi aspirasi mubaligh Kristian yang digerakkan oleh DAP sepertimana yang berlaku di Sibu, Kuching, Bintulu dan Miri yang sarat dengan kempen kebencian terhadap Islam dan penguasaan Kristian. Konon-kononnya, majlis tersebut dihadiri oleh para pemimpin dari PKR dan PAS serta daripada pelbagai penganut termasuklah Buddha.

Bagaimanapun, berdasarkan senarai nama yang disertakan, ternyata majlis kesyukuran tersebut benar-benar meragukan. Bahkan, penglibatan beberapa orang Pastor dan Paderi yang begitu giat menjalankan usaha-usaha pengkristianan di Sibu dan Kuching, menunjukkan kepada kita bahawa Wong Ho Leng serta DAP tidak pernah berani bercakap benar, sepertimana Zionis yang masih berbohong dan menipu tentang Holocaust yang lebih kepada bersifat dongengan dan cerita legenda bagi membolehkan Zionis merampas tanah Palestin, Jordan, Syria, Lubnan dan Mesir untuk kekuasaan mereka!

Nasharuddin Mat Isa disifatkan sebagai jahat dan bercakap bohong?

Berdasarkan beberapa insiden termasuklah yang melibatkan DUMC, yang paling kuat berbohong adalah para pemimpin DAP dan konco-konco mereka yang ada dalam PKR dan PAS!!!

0 comments

ELIZABETH WONG ARAHKAN KHALID IBRAHIM SERAH TANAH YBK KEPADANYA UNTUK PUSAT KEBUDAYAAN CINA!!!



Isu Tanah YBK:  Percubaan Memperkasakan Cina Dan Mengenepikan Melayu
Alhamdulillah, taktik kotor kerajaan PR Selangor untuk merampas tanah yang dimiliki Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan (PYBK) telah tidak berjaya.  Tanah seluas 1,625 ekar di Serendah, Hulu Selangor itu termasuk di dalamnya perancangan pembangunan pembinaan UiTM yang melibatkan keluasan 218 ekar.
PYBK telah memenangi kes ini di mahkamah yang mana mendedahkan bagaimana kerajaan PR Selangor cuba mencampuri urusan PYBK dan apabila gagal, cuba merampas tanah tersebut dengan cara kotor. 
PYBK adalah anak syarikat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang bertanggungjawab mengadakan program-program kebajikan serta menyediakan bantuan serta sumbangan kepada anak-anak yatim dan orang-orang miskin.  Syarikat ini boleh dikatakan berjaya kerana sehingga kini ternyata ia mampu menjana modal bagi menampung program-program kebajikan yang diadakan. 
Pembinaan UiTM di atas tanah tersebut juga tentunya menepati objektif syarikat iaitu untuk membantu rakyat miskin kerana universiti itu merupakan antara universiti yang mengenakan yuran paling murah tertakluk kepada pendapatan ibubapa pelajar. 
Berdasarkan hakikat ini, tindakan kerajaan PR Selangor yang bersungguh-sungguh cuba mencampuri urusan dan merampas hartanah syarikat tersebut menimbulkan kemusykilan di kalangan rakyat. 
Namun, kemusykilan ini kini terjawab dengan pendedahan surat YB Elizabeth Wong di bawah:
Antara kandungannya: 

Dimaklumkan bahawa saya memohon kerjasama YAB Tan Sri Dato’ Seri selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Selangor untuk menyerahkan sebahagian tanah milik Yayasan Selangor iaitu HS(D)/234356 PT 4221 Seksyen 21, Bandar Klang kepada Pusat Kebudayaan Cina.  Diharap pihak YAB Tan Sri Dato’ Seri maklum akan perkara ini.  Perhatian dan kerjasama YAB Tan Sri Dato’ Seri amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sungguh mudah sekali Elizabeth Wong meminta, atau mungkin lebih tepat mengarahkan Khalid Ibrahim menyerahkan tanah YBK kepada Pusat Kebudayaan Cina.  Dan dari apa yang dicatatkan dengan tulisan tangan di surat tersebut, iaitu ‘sudah dibincang, sila uruskan’, menunjukkan yang ianya tidak mendapat bantahan di pihak Khalid. 
Persoalannya, apakah alasan bagi Khalid mahupun Elizabeth Wong untuk mengambil tanah yang menjadi hak rakyat miskin melalui YBK, untuk dijadikan sebuah Pusat Kebudayaan Cina?  Atau apakah signifikannya Pusat Kebudayaan Cina itu sehingga ia layak atau berhak untuk mengambil tanah rakyat miskin?
Tidak mustahil yang sebenarnya digusarkan oleh Elizabeth Wong ialah perancangan pembinaan UiTM di tanah itu kerana kita sedia maklum akan pandangan serong kaum Cina terhadap universiti yang sinonim dengan bangsa Melayu ini.  Sebolehnya, mereka mahu universiti itu dihapuskan atau dibuka luas kepada kaum mereka, diuruskan secara komersial tanpa mengambilkira tanggungjawab sosial membantu rakyat miskin.   
Atau mungkin juga ini adalah sekadar salah satu dari ‘ujian’ terhadap Khalid bagi mengukur tahap ‘kesetiaannya’ kepada kesepakatan PKR dengan DAP iaitu bersedia berkorban segala hak dan harta benda kaum Melayu untuk diberikan kepada kaum Cina tanpa banyak soal?   Jika ya, nampaknya walaupun Khalid telah mendapat markah penuh dari segi kesetiaan, beliau telah gagal dari segi perlaksanaan. 
PR selama ini begitu bangga mewar-warkan bagaimana Khalid yang berlatarbelakangkan korporat mengambil pendekatan mengurustadbir negeri dengan cara korporat juga.  Melalui pendekatan ini, matlamat utama ialah keuntungan kepada negeri dari segi kewangan dan bukannya faedah kepada rakyat keseluruhan. 
Dengan itu, Khalid pastinya melihat tanah YBK yang begitu luas, mampu membawa keuntungan kepada negeri, tauke-tauke dan pemaju-pemaju berbangsa Cina jika diambil dan dibangunkan pusat komersial.   Bagi Khalid, visi dan misi YBK untuk menggunakan tanah tersebut bagi menjana faedah bagi rakyat miskin dilihat sebagai tidak produktif dan merugikan.  Apatah lagi dengan tanah di negeri Selangor yang semakin hari semakin mahal berbanding di era pemerintahan Barisan Nasional. 
Dalam hal ini, mungkin ada yang merasakan bahawa kenaikan harga hartanah adalah ‘semulajadi’ berdasarkan pasaran.  
Namun, hakikatnya, tanah sebelum ini tidak begitu mahal kerana dasar kerajaan BN sebelum ini menjual tanah kepada pemaju dengan harga yang tersangat murah bagi membolehkan pemaju membina rumah yang lebih murah.  Tetapi, kerajaan PR hari ini meletakkan harga tanah mengikut pasaran bagi membolehkan negeri mengaut keuntungan.  Dari situ, pemaju kemudiannya terpaksa meletakkan harga yang jauh lebih tinggi lagi bagi memastikan keuntungan di pihak mereka pula.  Akibatnya, rakyat dari golongan pendapatan sederhana dan miskin tidak lagi mampu memiliki rumah walaupun sekadar teres biasa. 
Oleh itu, rakyat Selangor wajar melihat isu tanah YBK ini dari skop yang lebih luas dan mendalam.  Ia bukan sekadar isu tanah orang miskin yang ingin dirampas oleh kerajaan PR, tetapi ia adalah gambaran agenda dan taktik DAP yang licik untuk menguasai segala-galanya di Selangor dan di bumi Malaysia ini. 





0 comments

PANAS!!! VIDEO SEKS PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT PERAK PULA TERDEDAH!!!

copy and paste bulat-bulat dari blog TOKGURU86;



Untuk yang pertama kali entri ini, gua hanya upload gambar dan video yang sudah disensor. Gambar ini menunjukkan adegan seks salah seorang pemimpin PR Perak yang dikenali umum. Hasil sumber yang diperolehi, gambar ini dirakam dalam sebuah hotel di Indonesia. Pemimpin PR ini dikatakan pergi bercuti ke Indonesia bersama rakan-rakan parti.

Siapa pasangan beliau dalam video dan gambar tersebut? Dikatakan pasangannya adalah minah Indon atau ringkasnya ada pelacur dari Indonesia. Panas..... Memang panas... Gua yakin individu ini tengah panas punggung. Gambar dan video ini dalam simpanan rakan baik beliau yang kecewa kerana sebab tertentu.

Kepada pemimpin tersebut yang kononya alim, bersedialah anda untuk sebaran ini. Siapa makan cili dia akan rasa pedas. Lain kali kalau nak buat jahat, jangan ajak kawan-kawan. Dalam politik, kawan boleh jadi lawan bila kita gagal bantu dia.

Klu awal siapa pemimpin ini? Hahaha.. Yang pasti pemimpin PR Perak. Selanjutnya tunggu entri gua selanjutnya. Tiada yang rahsia di blog tokguru86. Yang hak pasti berdiri dan yang bathil kita bakal bongkarkan. Tungguuuu...

0 comments

NAK TUNGGU RAKYAT TEBANG TIANG KAMERA AES KER, BARU TAHU YANG PROGRAM TU SEKADAR KAUT UNTUNG?


Rupa-rupanya di sebalik kesepakatan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat berhubung kamera AES yang menimbulkan kontroversi itu, masih ada pegawai-pegawai yang dilihat lebih besar mulut dari penyauk yang bersungguh-sungguh pula mempertahankannya dengan alasan untuk mendidik dan mencegah kemalangan!

Sepanjang beberapa hari AES dikuatkuasakan, sudah berpuluh-puluh ribu saman sedang dirancang untuk dikeluarkan dan dihantar kepada pesalah lebuhraya dan jalanraya. Dengan kata lain, dua syarikat swasta yang diberikan konsesi memasang kamera berkenaan, turut mengaut keuntungan besar hasil saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, sistem berkenaan amat baik, tetapi yang tidak baiknya ialah tempat-tempat yang diletakkan kamera berkenaan. Walaupun ada pegawai yang berkepentingan mengatakan, kamera-kamera tersebut berada di tempat yang TERANG dan NYATA, selain terdapat papan tanda yang mengatakan kewujudan kamera berkenaan, hakikatnya, daripada pemerhatian penulis sendiri seperti di lebuhraya yang menghubungkan Serdang ke Banting, terutama sekali berhampiran simpang ke Putrajaya, atau di PLUS antara Behrang dan Slim River, kamera berkenaan bagaikan sniper dengan flash kuat yang boleh menyebabkan kemalangan maut, bukan kerana kelajuan tetapi kerana terkejut dan pancaran yang membinarkan biji mata!

Kalau kelajuan dijadikan sebagai alasan untuk menghalalkan kamera-kamera AES berkenaan, bagaimana pula dengan terlebih muatan dan penunggang motosikal yang menjadi mangsa kemalangan maut paling ramai? Adakah kamera AES juga sekadar mengesan kelajuan kereta, lori, bas dan treler tetapi tidak mampu mengesan kelajuan motosikal?

Dan bagaimana pula dengan lori-lori yang terlebih muatan sepertimana yang diutarakan oleh SAHABAT BLOGGER, RBF ONLINE?

Semua orang nampak, kamera AES ialah lubuk mengaut keuntungan bukannya mendidik pengguna jalanraya dan lebuhraya. Walaupun kononnya, penggunaan kamera tersebut dapat menjimatkan tenaga kerja, namun hakikatnya, penjimatan yang dikatakan, tidaklah setara mana memandangkan yang turut ditanggung adalah masa hadapan kerajaan yang lebih gemar mendengar cakap puak pencari untung.

Jangan sampai rakyat pakat tebang tiang-tiang kamera AES, baru nak buat kempen menyedarkan orang ramai tentang keberkesanan kamera berkenaan. Jangan pula setelah rakyat marah seperti ketika Abdullah Badawi naikkan harga minyak petrol, barulah nak salahkan orang yang meluluskan penggunaan tergesa-gesa kamera AES itu!!!

Agak-agak ler kalau nak buat untung pun!

1 comments

PENIPUAN SUDAH JADI DARAH DAGING DAN NAFAS RAFIZI RAMLI!!!


Menurut KL Chronicle, Pengarah Strategi Rafizi Ramli sekali lagi telah membuat kenyataan yang tidak munasabah dan tidak bertanggungjawab mengenai Duti Import (AP) untuk kereta-kereta import – Sengaja untuk mengelirukan rakyat dan menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan Barisan Nasioal. 

Mengapakah Rafizi masih lagi menipu? 

Itulah persoalan yang sering ditanya kebelakangan ini. Dalam satu kes lain September lalu, laporan berita dan blog menyatakan bahawa Rafizi tidak boleh dipercayai. Mengapa? Adakah kerana mengikut Seksyen 114A Akta Keterangan, portal berita dan penulis blog perlu melaporkan fakta yang benar dan tepat, atau adakah para pengarang dan wartawan mendapati bahawa Rafizi adalah seorang ‘pseudologia fantastica’?

Ahli psikiatri berkata terdapat tiga terma untuk menjelaskan tentang penipu tegar, pseudologia, fantastica, mythomania, atau pathological lying. Menurut Wikipedia, ia pertama kali digunakan untuk penulisan-penulisan perubatan pada tahun 1891 oleh Anton Delbrueck. Walaupun ianya bertentangan pada dasaranya, penipuan tegar ini telah ditakrifkan sebagai “penipuan melulu yang jelas dari pandangan mata kasar. Ia boleh melarat, berpanjangan dan merumitkab serta mungkin memakan masa untuk bertahun lamanya, atau seumur hidup untuk mengetahui tentang kewujudannya.”

Akan tetapi, sebelum kita mengkaji dengan lebih mendalam tentang penyakit ini, kita boleh saksikan dari akar umbi tuduhan yang dilemparkan kepada National Feedlot Corporation (NFCorp) oleh Rafizi selama ini adalah penipuan semata-mata dan telah menimbulkan amarah orang ramai.

Rafizi Menipu di Radio

Tiada yang lebih benar daripada mendengar daripada sumbernya sendiri. Pada satu rakaman podcast radio BFM 89.9, menunjukkan bagaimana Rafizi memberitahu pendengar radio bahawa NFCorp tidak pernah serius dalam menjalankan perniagaan daging lembu. Rafizi kemudiannya sambung dengan cubaan membuat tuduhan palsu yang dramatik dengan menyatakan bahawa wang yang digunakan telah diselewengkan.

Penulis sekali lagi menjalankan penyiasatan serta carian keatas kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh NFCorp, dimana ia menyatakan bahawa mereka mempunyai seramai lebih 160 pelanggan membeli daging lembu Gemas mereka. Ini terdiri daripada pasar besar, supermarket, pasar mini, pasar basah, pasar tani, kilang pemprosesan daging, hotel, restoran dan cafe (sektor HORECA). Kemudiannya, mereka ini dianggarkan menjual kepada lebih daripada 100,000 konsumer seminggu. Adakah ini tidak cukup serius dalam menjalankan perniagaan? Mengapakah Rafizi perlu menipu dan terus melemparkan persepsi yang berbeza?

Sebagai seorang akauntan bertauliah, bolehkah Rafizi mengira dengan betul?

Rafizi mendakwa beliau adalah seorang akauntan yang bertauliah. Awal November yang lalu, Rafizi dan ahli Pakatan Rakyat cuba untuk memasuki Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). Menurut Malaysian Insider, mereka telah dihalang oleh pihak sekuriti semasa mereka menjelaskan bahawa mereka mempunyai hak untuk memasuki kawasan itu dengan alasan untuk “mengira lembu”. Sekiranya benar Rafizi dan ahli PR yang lain tidak dibenarkan masuk, bagaimana mereka membuat kiraan lembu tersebut? Rafizi di dalam laporan Malaysian Insider (1 November 2011) menyatakan bahawa NFCorp hanya mencapai sebanyak 5% pelan tahunan daripada 50,000 tan daging lembu (5% daripada 330,000 ekor lembu) untuk tahun 2009.

Menurut Perjanjian Perlaksanaan diperlihatkan oleh penulis, NFCorp telah mencapai sasaran yang pertama seperti mana yang telah ditetapkan oleh kerajaan kepada NFC. Untuk tahun 2010, sasaran NFCorp oleh pihak kerajaan ialah sebanyak 8,000 ekor lembu. Malah, NFcorp telah mencatatkan sasaran sebanyak 8,897 ekor lembu, iaitu 897 ekor lebih daripasa sasaran, bersamaan 11 peratus menjangkaui sasaran tahun tersebut.

Seperti biasa, Rafizi tidak pernah mendapat gambaran sebenar atau dokumen sebenar. Hujahan yang dilemparkan adalah berdasarkan tipu helah dan perbohongan semata-mata. Sasaran sebanyak 330,000 ekor lembu tidak pernah wujud. Menjelang 2015, target rasmi dalam Perjanjian Perlaksanaan yang telah dikeluarkan dalam Jadual 9 untuk NFcorp ialah sebanyak 60,000 ekor lembu. Mengapa Rafizi memberikan gambaran yang salah serta menyimpang jauh? Malahan, perlukah Rafizi menipu rakyat Malaysia?

Adakah Rafizi buta huruf? Atau adakah beliau tidak membaca?

Laporan Ketua Audit Negara 2010 secara jelasnya menyatakan bahawa Ketua Audit Negara (KAN) hanya mengaudit badan-badan kerajaan merangkumi kementerian, jabatan kerajaan, agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat milik kerajaan dan projek-projek kerajaan. KAN kemudiannya telah mengesahkan perkara ini. KAN tidak sama sekali mengaudit syarikat-syarikat swasta yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Tetapi, di permulaan kekecohan NFC pada November 2011, Rafizi telah keluar untuk menjatuhkan serta menghentam NFCorp (syarikat swasta) dengan menolak kenyataan Ketua Audit Negara bahawa projek tersebut tidak berada di dalam keadaan ‘kucar-kacir’ (Malaysian Insider, 1 November 2011)

Pada 26 Januari 2012, KAN Tan Sri Amrin Buang telah mengeluarkan kenyataan media untuk menjelaskan bahawa NFCorp tidak di audit, sebaliknya hanya projek NFC (Pusat Fidlot Kebangsaan) kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani telah diaudit. Apa yang lebih penting, NFCorp tidak berada dalam keadaan “kucar-kacir”, sehingga menyebabkan mereka menerima kritikan tegas dari orang ramai. Menurut kenyataan KAN, audit dilakukan untuk memastikan samada projek NFC dilaksanakan dengan cermat mengikut plan dan harus mencapai objektif mereka. NFCorp sememangnya tidak pernah diaudit.

Jadi mengapa Rafizi memberi gambaran yang salah dan memutarbelitkan NFCorp? Mengapa dia menipu?

Bukan tanah percuma dan jelas sekali bukan 5,000 ekar

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin pada 11 November dalam kenyataannya kepada MalaysiaKini berkata “Rafizi menuduh NFcorp telah diberi 5,000 ekar tanah di Gemas, Negeri Sembilan secara percuma. Ini dikategorikan sebagai palsu – 1,500 ekar tanah hanya disewakan kepada NFCorp oleh Menteri Besar Incorporated, Negeri Sembilan.”

“Dua kesalahan utama: persoalan keluasan tanah dan hakikatnya ia adalah disewakan dan bukannya diserahkan secara percuma. Dan jika diperhatikan Rafizi tidak pernah menyatakan perkara ini di dalam karyanya di MalaysiaKini pada 10 November, namun penulisan “1 Lembu = 5 ekar” beliau masih lagi terpapar di dada blog beliau.

“Pandai matematik-nya,” Khairy melawak.

Dokumen yang diperlihatkan kepada penulis menunjukkan bukti perjanjian pajakan – maka dengan itu, tanah itu bukan percuma seperti yang dinyatakan oleh Rafizi. Khairy berkata benar dimana ianya hanya 1,500 ekar. Perjanjian pajakan membuktikan begitu.

Jadi mengapa Rafizi menipu?

Mungkin tepat apa yang dikatakan oleh Khairy “Boleh dilihat dengan jelas melalui perdebatan ini, Rafizi telah menunjukan dirinya sebagai tidak jujur dengan kelakuannya memesongkan topik perdebatan apabila mengetahui bahawa hujah-hujah beliau gagal.

Penipuan dan pembohongan Rafizi tentang KL Eco City terbongkar

Kontroversi pinjaman NFCorp untuk membeli lot-lot pejabat di KL Eco City adalah contoh terbaik dimana Rafizi sedar bahawa hujah-hujah beliau berjaya di sangkal. Rafizi dengan sengaja memberikan gambaran yang salah dan memutarbelikan fakta dokumen bank yang diperolehinya secara haram dari seorang pekerja bank. MalaysiaKini telah merakamkan melalui lensa kamera ‘jenayah’ ini pada 7 Mac 2012 lalu – (http://www.malaysiakini.tv/video/23239/more-properties-in-bangsar-bought-by-nfc-directors.html).

Tidak cukup dengan mengedarkan dan mempamerkan dokumen tersebut yang telah melanggar akta BAFIA, beliau turut memperdayakan para media dalam mempercayai bahawa beliau mempunyai fakta-fakta kukuh mengenai pinjaman yang diambil untuk lapan lot pejabat. Rafizi juga mengumumkan mengenai kelemahan kewangan pengarah-pengarah syarikat. Rafizi turut berbohong bahawa RM71 juta deposit kerajaan digunakan sebagai jaminan dalam usaha untuk mendapatkan pinjaman peribadi. Rafizi telah membuat satu analisis palsu daripada dokumen bank tersebut.

Namun begitu, NFCorp menjelaskan bahawa tiada pinjaman yang telah diambil untuk KL Eco City oleh pihak syarikat. Dokumen yang dimiliki Rafizi adalah pinjaman peribadi lain yang diambil pada tahun 2005 dan 2008 yang tiada kaitan langsung dengan KL Eco City. Melalui permerhatian yang mendalam pada dokumen bank yang telah diedarkan oleh Rafizi kepada para media jelas menunjukkan hakikat bahawa ia adalah pinjaman dari 2005 dan 2008. Amat menarik perhatian apabila diketahui bahawa KL Eco City hanya dilancarkan untuk jualan pada 2011. Dan jika dikira semula, NFCorp masih belum wujud pada tahun 2005. Oleh sebab itu, pembohongan deposit RM71 juta kerajaan adalah di bawah ancaman dibuktikan tidak benar.

Sejak pembohongan Rafizi terbongkar, maka tiada lagi suara sumbang dari Rafizi mengenai lot-lot pejabat di KL Eco City. Akan tetapi, menurut sumber NFCorp berkata, putarbelit Rafizi telah menyebabkan kemusnahan kekal kepada pengerusi dan NFCorp. Atas paksi tipu helah ini, seluruh warga negara telah HANGIN!

Mengapa Rafizi berbohong? Adakah kehidupan beliau adalah satu pembohongan?

Mengapa Rafizi begitu kerap berbohong, itulah persoalannya. Wikipedia dan sumber Internet lain menyifatkan perwatakan-perwatakan pseudologia fantastica atau penipu tegar adalah:

· Cerita yang disampaikan cenderung kepada pembohongan. Sebagai contoh, seseorang itu mungkin mempamerkan dirinya sebagai berani, tegas dan bangga. Ini akan menjadikan penipu tersebut dianggap sebagai wira. Atau mungkin akan dikaitkan dengan seseorang yang terkenal.

· Masalah ini juga terjadi disebabkan oleh kurangnya keyakinan diri seseorang – mereka menipu untuk menjadikan diri mereka penting dan kerana mereka tidak dapat bergaul baik dengan orang ramai. Mereka dapat menarik perhatian ramai melalui cerita yang digembar-gemburkan.

· Cerita yang disampaikan tidak selalunya meragukan. Mereka tidak menunjukkan ilusi atau lebih kepada psikosis: jika berdepan dengan mereka, mereka boleh mengakui bahawa ianya tidak benar, walaupun secara terpaksa.

· Kecenderungan untuk berbohong adalah berkekalan.

· Pseudologia fantastica juga dikenalpasti sebagai sindrom memori palsu, dimana penghidap benar-benar mempercayai terjadinya situasi-situasi rekaan walaupun situasi itu adalah rekaan semata-mata.

Pathological lying – penipu tegar akan terus menipu

Wikipedia menyatakan bahawa menipu adalah perbuatan sengaja dimana ia mengetahui kebenarannya serta secara rela untuk membuat kenyataan palsu. Penipuan tegar dianggap sebagai penyakit mental, kerana ia telah menjangkaui penilaian rasional dan membawa kepada dunia fantasi. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa sesetengah orang tertentu mungkin mempunyai "kecenderungan untuk menipu".

Penipuan yang melampau adalah gejala yang biasa untuk kebanyakkan penyakit mental. Terdapat beberapa kesan akibat daripada menjadi penipu tegar. Oleh kerana kurang dipercayai, kebanyakkan penipu tegar gagal dalam perhubungan dan persahabatan. Bukankah ini yang sering kita dengar dari pihak pembangkang? Jika penyakit ini berterusan, ia boleh menjadi parah dan mengakibatkan tindakan undang-undang.

Adakah Rafizi memerlukan pertolongan?



Mengenai Penulis

Fabiani Azmi seorang merupakan pembaca dunia blog. Beliau percaya misteri di dunia boleh diselesaikan. Dan ia tidak memerlukan seorang ahli paleontologi untuk menyiasat.

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, Dan kamu sembunyikn yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya”
(Al-Baqarah – 2:42)

0 comments

NAK KATA APA LAGI, MEMANG DAP PARTI SAMSENG DAN GANGSTER!!!


Kenyataan terbuka bekas Pengerusi DAP Pantai Sepang Putra, R. Vellasamy Rasu yang melabelkan DAP sebagai sebuah parti mafia merupakan satu dakwaan yang agak serius dan tidak boleh dipandang ringan atau diabaikan begitu sahaja. 

Menurut Vellasamy, DAP sebetulnya bukanlah sebuah parti yang mengamalkan demokrasi sebaliknya lebih kepada parti mafia yang didokong kuat oleh kumpulan gengster yang dipercayai mempunyai hubungan dengan pemimpin tertentu. 

Jelasnya lagi ahli-ahli bawahan seperti sengaja ditakut-takutkan dengan kehadiran sekumpulan gengster dalam mesyuarat parti dengan demikian setiap keputusan atau tindak tanduk pemimpin atasan akan dituruti tanpa dikritik atau dipersoalkan oleh ahli bawahan. 

Dakwaan tersebut bagaimanapun sehingga kini belum mendapat ulasan balas atau penafian dari pihak DAP. Namun jika dikaji dan diimbas semula beberapa peristiwa dan kontroversi sebelum ini, tidak dapat tidak sedikit sebanyak kesahihan dakwaan itu kelihatan ada benarnya. 

Antaranya ialah isu sensasi melibatkan kematian Teoh Beng Hock (TBH) akibat terjatuh dari bangunan SPRM tidak berapa lama dulu, yang kiranya diteliti dan dikaji besar kemungkinan membabitkan elemen gengsterisme yang didakwa telah menguasai DAP. TBH yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada seorang pemimpin kanan DAP Selangor sebagaimana kita ketahui merupakan saksi penting dalam membantu siasatan SPRM berhubung salah guna kuasa dan rasuah yang dilaporkan membabitkan penyelewengan tender kerajaan negeri untuk kontraktor Bumiputera. 

Pastinya wujud ketakutan dan kerisauan dalam diri TBH terhadap kemungkinan tindakbalas gengster yang mempunyai kaitan rapat dengan DAP berikutan langkahnya membocorkan maklumat penting penyelewengan yang berlaku kepada SPRM semasa sesi siasatan dijalankan. 

Berikutan kematian mengejut TBH selaku saksi penting kes tersebut, kesannya menyebabkan siasatan SPRM terpaksa dihentikan dan kes itu gagal diselesaikan, jelas sekali senario itu amat menguntungkan DAP di masa yang sama menyelamatkan imej pemimpinnya dari dikaitkan dengan kes rasuah. 

Amat tidak logik untuk kita menerima dakwaan karut dan propaganda murahan pemimpin pakatan pembangkang khususnya DAP kononnya kematian TBH disebabkan oleh anggota SPRM. Tidak begitu? 

Dalam isu lain yang mirip dengan unsur gensterisme, tidak berapa lama dulu juga bekas orang kepercayaan Anwar Ibrahim iaitu Raja Petra Kamarudin pernah mendedahkan serba sedikit kes kematian rakannya, Dato' Patrick Wong yang disyaki mempunyai kaitan rapat dengan skandal perlombongan pasir di Selangor. 

Selain itu, kita juga sedia maklum kegiatan gengsterisme juga mempunyai hubungan langsung dalam menjaga dan memberi perlindungan untuk pusat maksiat seperti rumah urut, pusat pelacuran, kelab malam dan tempat perjudian tanpa lesen. 

Seringkali kumpulan gengster atau kongsi gelap tertentu merupakan pihak yang mengaut keuntungan berlipat ganda hasil memberi perlindungan kepada pusat-pusat maksiat, manakala hasil keuntungan pusat maksiat sedemikian acapkali menjadi sumber kewangan bagi menampung keperluan sesebuah organisasi atau pertubuhan politik. 

Kebetulannya, sejak pasca PRU 2008, negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang yang jatuh kepada pakatan pembangkang yang dikenali sebagai PR, kita dapat lihat wujudnya pertambahan mendadak banyak rumah urut, pub dan pusat judi tanpa lesen di negeri terbabit. 

Jumlah pusat pelacuran juga meningkat berlipat ganda bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Malah sejak PR berjaya mengumpul kekuatan politiknya hasil tsunami politik 2008, lagak dan pembawaan pemimpin mereka khususnya dari DAP dan PKR amat jelas begitu kuat membela penjenayah. 

Mereka juga agak aktif menekan, menyerang dan mempertikaikan urusan dan tugasan pihak polis. Impak dari serangan mereka yang bertali arus itu, akibatnya imej pihak polis tercalar dan masyarakat seperti semakin hilang hormat pada pihak keselamatan. 

Akibatnya dalam tempoh yang sama juga kegiatan jenayah meningkat berkali ganda dan penjenayah semakin berani melakukan kegiatan mereka disebabkan yakin setiap tindak tanduk mereka apastinya mendapat pembelaan dari kalangan pemimpin pembangkang. 

Jika dilihat pada semua peristiwa dan kontroversi di atas, jelas ada kebenaran dan kesahihan disebalik dakwaan bekas pemimpin DAP R. Vellasamy bersabit kegiatan gengsterisme yang kini telah menguasai DAP sekaligus melayakkannya merangkul gelaran sebagai parti mafia.

BERUANG BIRU

0 comments

Blog Archive

Labels