IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, October 29, 2012

SEDARLAH WAHAI MELAYU SUNGAI KOB DAN MADRASAH SALIHIAH, HANGPA LEBIH CIKAI DARI BERHALA BATU CAVES!!!

Monday, October 29, 2012

Kerana desakan dan takut undi lari, akhirnya Kerajaan Negeri Selangor menerusi anak syarikat negeri, PKNS memutuskan untuk menangguhkan atau membatalkan projek pembinaan apartment mewah 29 tingkat yang terletak tidak jauh dari Batu Caves, lokasi utama perayaan Thaipussam yang disambut oleh masyarakat Tamil beragama Hindu di negara ini.

Thaipussam bukanlah perayaan penting di tanah leluhur masyarakat Hindu, memandangkan ia hanyalah perayaan untuk masyarakat kasta yang tersangat rendah dalam hierarki Hindu. Bagaimanapun, di Malaysia, Kerajaan telah bersetuju untuk menjadikannya sebagai hari cuti perayaan.

Media pro-Pakatan, mentertawakan tunjuk perasaan yang disertai oleh bekas Presiden MIC, Sammy Vellu kerana penyertaannya tidak lebih 300 orang. Manakala cakap-cakap ugutan Presiden MIC sekarang, G.Palanivel pula ditertawakan kerana pada pendapat pengamal media pro-Pakatan, MIC tidak ada taring dan kedua-dua pemimpin MIC itu sebenarnya terdesak untuk mendapatkan semula undi dan sokongan daripada masyarakat India.

Itu pendapat pengamal media pro-Pakatan.

Bagaimanapun, apa yang berlaku sesudah itu, tidak pula dipersoalkan.

Biarpun kurang sambutan, tetapi yang sahnya, projek pembinaan apartment tersebut telah dibatalkan.

Mari kita tengok pula apa yang berlaku di Sungai Kob dan Madrasah Salihiah yang melibatkan orang Melayu beragama Islam yang merupakan pengundi majoriti di negara ini.... SAMBUNG BACAAN DI SINI

0 comments

KESESAKAN TERUK LAMBANG KEMEWAHAN MALAYSIA!!!


Cerita tentang kesesakan teruk di seluruh jalanraya dan lebuh raya di Malaysia semalam, masih lagi diperkatakan hari ini. Malah ianya menjadi topik perbualan yang cukup hangat. Cuti Aidil Adha yang selalunya tidak disertai dengan kesesakan di jalan raya dan lebuh raya, tahun ini lebih hebat berbanding cuti Aidil Fitri.

Dalam pada Pakatan Rakyat berceramah sana sini tentang kemiskinan dan kesengsaraan ekonomi rakyat Malaysia, khususnya kaum Melayu-Bumiputera, apa yang berlaku di atas jalan raya, tidak menggambarkan realiti daripada ceramah-ceramah mereka.

Bagaimana dikatakan rakyat Malaysia susah kalau rata-rata sudah berkemampuan memiliki kenderaan sendiri? Adakah kerana jalan raya dan lebuh raya tidak cukup kapasiti dan jumlahnya? Tidak mungkin!

Penulis turut terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang memakan masa lebih 8 jam untuk perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa tidak lebih tiga jam dari Tampin ke Banting. Bercadang pada mulanya untuk keluar menerusi Kuala Pilah, penulis melihat kesesakan sudah bermula dari simpang Lebuhraya LEKAS sehinggalah ke persimpangan Kuala Pilah-Bahau sejauh lebih 30 kilometer, membuatkan penulis memikirkan laluan keluar yang 'lebih selamat'.

Akhirnya penulis mengambil keputusan untuk keluar menerusi Tampin dan menggunakan Lebuhraya PLUS. Dan keputusan itu merupakan keputusan yang sangat besar kesilapannya.

Dari Tampin ke Pedas-Linggi, kesesakan sudah pun berlaku di persimpangan Naning-Tampin. Dengan kata lain, sama ada laluan ke PLUS menerusi tol Pedas-Linggi atau laluan lama ke Seremban, memang sesak teruklah. Penulis memilih untuk keluar di Simpang Ampat, Alor Gajah.

Ternyata, Lebuhraya PLUS dari arah Selatan ke Kuala Lumpur memang sesak teruk. Perjalanan dari Simpang Ampat ke susur keluar Pedas-Linggi mengambil masa lebih dua jam. Dan kononnya kerana kesuntukan masa, penulis memilih untuk menggunakan 'jalan dalam' ke Banting.

Keputusan untuk keluar menerusi Pedas-Linggi dan memilih laluan Rembau-Rantau, pada mulanya dilihat betul. Bagaimanapun, ketika sampai di Ulu Kanchong, kesesakan di laluan sempit yang sangat jarang digunakan oleh pengguna jalan raya, telah bermula. Penulis hanya tiba di pekan Rantau yang terletak hanya beberapa kilometer dari Ulu Kanchong setelah satu jam setengah tersangkut.


Di persimpangan berlampu isyarat Rantau-Seremban-Linggi yang menjadi punca kesesakan tersebut, penulis memilih laluan ke Linggi yang akan menggunakan laluan pesisir laut menuju ke Banting. Walaupun kurang sesak, tetapi keadaan jalan raya yang agak sempit dengan jumlah kenderaan yang banyak, tidak memungkinkan kenderaan penulis bergerak lebih dari kelajuan 60 kilometer sejam.

Laluan ke Linggi berjalan lancar. Namun kesilapan memilih laluan untuk ke Sepang sewaktu di Lukut, menyebabkan penulis kehilangan masa berharga. Akhirnya setelah membuat pusingan besar laluan Lukut-Port Dickson sebelum kembali semula ke persimpangan Lukut-Kelang yang mengambil masa hampir satu jam, penulis menemui laluan lancar ke Morib dan seterusnya ke Banting yang berjarak 79 kilometer.

Dari jam 5:30 petang di Tampin, penulis hanya sampai di Kolej Matrikulasi Selangor di Jugra pada jam 10:00 malam. Dan hanya pada jam 2:00 pagi, barulah penulis tiba di rumah!

Sepanjang melalui jalan-jalan kecil berkenaan, penulis tidak melihat kesengsaraan yang dikatakan oleh penceramah-penceramah Pakatan Rakyat. Laluan-laluan yang penulis gunakan yang kebiasaannya agak lengang, dipenuhi kenderaan yang sudah tentulah bukan kenderaan awam.

Justeru, penulis bersetuju dengan pendapat seorang teman bahawa kesesakan teruk setiap kali musim perayaan dan cuti sekolah itu menjelaskan tentang kedudukan sebenar rakyat Malaysia sekarang. Tahun-tahun 70-an dan awal 80-an dahulu pun sesak juga, tetapi bukan kerana terlalu banyak kenderaan tetapi kerana tidak ada lebuh raya. Sekarang lebuh raya banyak tetapi kesesakan yang berlaku, SANGAT LUAR BIASA.

0 comments

Sunday, October 28, 2012

MB NEGERI SEMBILAN OIII... ORANG FELDA TAK ADA AIR DAH SEMINGGU NI!!!

Sunday, October 28, 2012
Mengutuk Kerajaan Negeri Selangor berhubung isu air, memang sedap. Lagi best bila Menteri Besar Selangor tergagap-gagap nak menjawab isu air sampai tersampuk membran la, air dari Sungai Labu la, air dari Kenyir la, air laut la,air hujan la, air lombong bahkan air longkang.
Ramai-ramai pakat balun Selangor dalam isu air. Seolah-olah masalah air di Selangor dah mengatasi masalah air di tempat lain.
Yang paling best bila ada pulak pemimpin Barisan Nasional dari Negeri Sembilan yang tumpang mengutuk Selangor sama seolah-olah Negeri Sembilan takdak masalah air!
Ni yang dikatakan, nampak hingus orang, hingus sendiri hijau dan berjejeh ke mulut!
Felda Bukit Rokan Utara yang terletak di Gemencheh dah dua minggu terputus bekalan air terawat. Bekalan air yang datang pulak keruh mengalahkan teh susu dan tidak sesuai untuk dibuat minuman.
Dah dua minggu, takkanlah tak ada usaha langsung untuk menyelesaikan masalah ini. Apakah Negeri Sembilan terutama sekali di Daerah Gemencheh juga memerlukan PROJEK SUNGAI LANGAT 2 juga untuk menyelesaikan dan membolehkan penduduk di sekitar tempat ini memperolehi nikmat air terawat dan bersih?
Atau Menteri Besar Negeri Sembilan juga nak gunakan alasan Teknologi Membran, air empangan kenyir, air lombong dan sebagainya untuk menutup kelemahan ini?
Atau barangkali pihak berkuasa air Negeri Sembilan nak bagi alasan basi kononnya paip atau palung dah pecah dan selama dua minggu ini, mereka masih menunggu alat ganti yang tak kunjung padam?
Jangan fikir Negeri Sembilan sudah selamat di tangan UMNO-BN, maka pemimpin-pemimpin berkenaan boleh lepas tangan dan bertindak sesuka hati. Apatah lagi ini kawasan Felda yang seringkali dikatakan sebagai deposit tetap UMNO-BN.
Patutnya kawasan-kawasan yang dikuasai UMNO-BN, masalah-masalah sebegini cepat-cepat ditangani. Kalau nak bagi alasan sebanyak-banyaknya, jangan pulak marah kalau tiba-tiba sahaja pengundi memilih PAKATAN RAKYAT kerana apa bezanya dengan Pakatan Rakyat pun memandangkan masalah tak pernah nak diselesaikan secepat mungkin, malah nak ambik tahu pun, cukup culas.
Ini masalah air. Dan air tu pula berbayar, bukannya free of charge. Kalau dah tak mampu nak membekalkan air atau memberikan jaminan air tak terputus, baik benarkan penduduk buat telaga!!!
Atau jalan terbaik, tak payahlah ada syarikat konsensi macam sekarang...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.










0 comments

SEMBANG DERAS, PENDATANG ASING BERTAMBAH-TAMBAH JUGAK!!!


DBKL memberi amaran akan bertindak tegas terhadap para peniaga yang menyewakan gerai kepada peniaga asing di ibu kota. Tidak setakat itu, DBKL dengan kerjasama PDRM dan Imigresen akan 'MENGESAN' peniaga asing di sekitar ibu kota, khususnya di Jalan Raja Bot di Chow Kit.

Tak tahu nak katalah...

Chow Kit dengan ibu pejabat DBKL yang tersergam megah di Jalan Raja Laut bukannya jauh sangat pun. Bahkan, kalau berdiri di tingkap bilik Datuk Bandar pun, kita akan boleh nampak pasar Chow Kit walaupun mungkin terselindung sedikit dengan beberapa menara seperti Menara KWSP, Menara Bank Islam, mahupun Menara MARA.

Di Chow Kit pun, bukannya tak ada pondok DBKL. Tidak setakat itu sahaja, ada juga pondok polis di tepi Pasar Chow Kit.

Tapi dari tahun 1980-an sehingga sekarang, DBKL rupa-rupanya tak pernah berjumpa dengan para peniaga asing di kawasan berkenaan sehinggakan baru inilah nak buat operasi untuk mengesan mereka. Dan menariknya pula, sebelum buat operasi, dah didedahkan terlebih dahulu di media-media.

Punyalah sopan santunnya DBKL ni...

Kalau Datuk Bandar tak tahu, meh sini kita khabarkan kepadanya.... keseluruhan Chow Kit, dari pelacur kelas kambing, tukang kasut tepi jalan, sampailah ke penjual ikan pecah perut, lebih 90% kawasan berkenaan dikuasai oleh orang asing. Kedai-kedai makan, gerai-gerai, malah pemborong di Chow Kit juga adalah orang asing. Itu belum lagi diambil kira dengan pemborong jamu dan makjun...

Pendek kata, kalau sebut Chow Kit, maka ia tidak ubah seperti berada di Indonesia.

Tahun 1985 dahulu, Jakarta pernah meminta agar Kuala Lumpur membenarkan Chow Kit ditukarkan menjadi MINI JAKARTA. Tetapi Datuk Bandar pada ketika itu, Elyas Omar enggan membenarkannya. Bagaimanapun, seperti penjajah apatah lagi ketiadaan sebarang operasi pembanterasan, maka akhirnya Chow Kit, bahkan sebahagian besar Kampung Bharu telah terjajah oleh pendatang asing berkenaan.

Sembang-sembang kuat seperti ini, sudah acapkali kita dengar namun perlaksanaannya AMAT MEMALUKAN. Tidak hairanlah mengapa setiap kali hujung minggu, Kuala Lumpur bertukar menjadi BANDARAYA NEPAL, BANDARAYA MYANMAR, BANDARAYA VIETNAM, BANDARAYA FILIPINA, BANDARAYA AFRIKA, BANDARAYA INDONESIA dan segala macam bandaraya lain sehinggakan orang tempatan pun tak berapa berani nak ke pusat bandar.

Wahai Datuk Bandar Kuala Lumpur!

Kalau setakat nak buat operasi sekali dalam tempoh Jubli Emas, rentikanlah... kalau hari ini buat, esoknya keadaan kembali macam biasa, baik tak payah buang duit rakyat. Biarkanlah pendatang asing bermaharajalela di Kuala Lumpur. Bukankah itu cerminan Kuala Lumpur pada masa sekarang?

Kita kan penuh sopan santun dan menerima semua orang ke negara ini dengan karpet merah sehinggakan anak tempatan pun terbiar dan hidup dalam longkang?

Jadi, tak payahlah buat operasi sekali dalam tempoh dua puluh lima tahun tu. Bukannya mendatangkan sebarang kesan pun. Pendatang asing tetap juga bersepah-sepah sepertimana yang berlaku di Selayang, Datuk Keramat, Chow Kit, Kampung Bharu dan sebagainya.

Lagipun, apabila membabitkan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara, mereka tidak cukup anggota penguatkuasa... TAMBAH-TAMBAH LAGI KERJA DI PEJABAT BERHAWA DINGIN DAN BERKERUSI EMPUK TERSANGATLAH BANYAK!!!

Jangan susahkan mereka!!!

0 comments

ABBY ABADI SUDAH NAIK TARAF... SEBAGAI ULAMA MUJTAHID!!! KEPALA TENGKORAK DIA!!!


Seram sejuk apabila membaca kenyataan penyokong kuat bekas pelakon, janda beranak tiga dan pernah terlibat dalam skandal liar sewaktu bergelar pelakon dahulu, Abby Abadi. Hanya kerana keberanian Abby Abadi mengeluarkan hujah dan fatwa songsang, seorang penyokongnya yang menamakan diri sebagai HIZAM HAMZI telah mengiktiraf Abby Abadi sebagai ULAMA MUJTAHID.

Dalam disiplin ilmu, terdapat empat kategori MUJTAHID iaitu, MUJTAHID MUTLAK, MUJTAHID MAZHAB, MUJTAHID FATWA dan MUJTAHID TARJIIH.

MUJTAHID MUTLAK bermaksud orang yang layak serta sanggup menumpukan fikiran kepada nas-nas dan kaedah-kaedah (dasar-dasar) agama serta menyelidiki jalan-jalannya dengan teliti bagi memahamkan maksud firman Allah Taala dan hadis Nabi s.a.w bagi menetapkan hukum-hukum mengikut alasan-alasan yang diperolehi menerusi al Quran, Sunnah, Ijma' dan Qias. MUJTAHID MUTLAK yang diakui oleh umat Islam hanya empat iaitu Imam Malik, Imam Ahmad, Imam Hambali atau nama sebenarnya Nu'man bin Sabit dan Imam Syafie atau nama sebenarnya, Muhammad bin Idris.

MUJTAHID MAZHAB pula bermaksud mereka yang mengeluarkan hukum mengikut kaedah-kaedah MUJTAHID MUTLAK. Mereka yang sampai ke martabat ini dalam Mazhab Syafie adalah Imam Al-Ghazali, Imam Haramain dan Syeikh Syairazi.

MUJTAHID FATWA bermaksud mereka yang menentukan yang mana rajih (kuat dari segi dalil) antara perkataan-perkataan MUJTAHID MAZHAB dan menyatakan yang mana lebih kuat nisbah dalil antara dua perkataan imamnya. Mereka yang sampai ke martabat ini adalah Imam Nawawi dan Imam Rafie.

MUJTAHID TARJIH ialah mereka yang bijak menyatakan yang mana lebih nisbah dalil antara dua perkataan imamnya dan menyatakan yang mana lebih kuat nisbah dalil pada beberapa perkataan MUJTAHID MAZHAB dan MUJTAHID FATWA. Antara mereka yang sampai ke martabat ini dalam Mazhab Shafie adalah Syeikh Ibnu Hajjar, Syeikh Ramli dan Syeikh Zakaria Al-Ansari.... SAMBUNG BACAAN DI SINI

0 comments

PATUTLAH KENA TERAJANG DARI PETRONAS, RAFIZI RAMLI MENIPU STATUS AKADEMIKNYA!!!


Rafizi Ramli yang masih lagi terselamat daripada hukuman penjara kerana melanggar peraturan BAFIA, rupa-rupanya menyimpan rahsia yang lebih besar. Patutlah dia tidak banyak mahu bercerita tentang kerjayanya di Petronas. Dan walaupun ada yang cuba mencuit Rafizi Ramli tentang 'kerjaya cemerlangnya' di Petronas, bakal calon PKR untuk Parlimen Pandan itu tetap tutup mulut bagi mengelakkan tembelangnya diketahui orang ramai.

Tetapi bangkai gajah mana boleh ditutup dengan sehelai daun!

Rafizi Ramli mempunyai kecenderungan untuk melakukan pembohongan pada setiap masa. Kejayaannya melakukan pembohongan yang paling besar ialah dengan mengelirukan rakyat membabitkan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dengan NFCorp. Rafizi Ramli telah berjaya menimbulkan persepsi kepada rakyat bahawa NFCorp adalah NFC, walaupun hakikatnya NFCorp adalah merupakan sebuah syarikat swasta yang menggunakan pinjaman bank sebagai modal perniagaan.

Dalam kebanyakan isu yang ditimbulkan, Rafizi lebih banyak berbohong daripada bercakap benar. Tidak hanya berbohong, Rafizi Ramli yang dianggap sebagai 'budak jambu' Anwar Ibrahim itu juga sangat cenderung untuk melanggar sebarang peraturan.

Bagaimanapun, Rafizi Ramli  mungkin tahu yang dia telah diberikan kebenaran untuk melakukan kesalahan dan perlanggaran undang-undang oleh pihak-pihak tertentu. Secara jelas, perlanggaran BAFIA, biarpun telah menyeret Rafizi Ramli ke muka pengadilan untuk mendengar kes, tetapi kes berkenaan begitu lambat dibicarakan.

Seolah-olah tiada sebarang usaha pihak berkuasa untuk menyelesaikan perkara itu dengan secepat mungkin. Atau dengan kata lain, pihak yang sepatutnya melakukan pendakwaan, cuba melengah-lengahkan kes BAFIA membabitkan Rafizi Ramli.

Ada beberapa kes perundangan yang melibatkan pemimpin-pemimpin dan orang UMNO yang boleh dijadikan sebagai perbandingan. Kes melibatkan Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor dianggap sebagai kes yang paling cepat diselesaikan. Biarpun bukti-bukti yang dipaparkan oleh SPRM dan kemudian diterima oleh mahkamah, membuatkan ramai orang berkerut tentang 'kehebatan' mahkamah pada masa kini, namun ia tetap diselesaikan dalam tempoh yang singkat.

Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri, didakwa dan didapati bersalah oleh mahkamah kerana membuat tuntutan palsu dan masa yang diambil untuk perbicaraan itu juga sangat cepat. Berbanding pula dengan kes-kes melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat. Tian Chua dibebaskan dan tidak perlu menjalani hukuman penjara sekalipun terbukti dia telah menggigit dan mencederakan seorang anggota polis, bahkan dia bebas daripada pendakwaan walaupun terlibat dalam kemalangan yang telah meragut nyawa seorang anggota tentera berbangsa Melayu. Ng Swee Lim yang memandu dalam keadaan mabuk telah melanggar seorang pelajar UiTM berbangsa Melayu sehingga koma, tidak sahaja bebas daripada pendakwaan kerana 'jenayah' berkenaan, tetapi juga dinafikan yang dia mabuk walaupun saksi-saksi di tempat kejadian mendakwa bau arak sangat ketara dari Ng Swee Lim.

Dr. Salleh Ismail, Pengerusi NFCorp didakwa melakukan pecah amanah dan semua dokumen perjalanan selain akaun kewangannya telah ditahan. Perkara yang sama tidak berlaku kepada Rafizi Ramli, walhal Rafizi Ramli yang cuba berselindung di sebalik Akta Pemberi Maklumat, boleh menyebabkan negara ini muflis dan belasan juta tenaga kerja akan menganggur.

Bayangkanlah bagaimana ketika mendengar kes di mahkamah, Rafizi secara selamba bermain serta berbalas-balas TWITTER dengan disambut oleh pemegang Kod 71, bekas rakyat Singapura yang diberikan kewarganegaraan Malaysia dan kemudian menjadi Ahli Parlimen, Zuraidah Kamaruddin, sehingga ditegur oleh hakim. Dan perbuatan tersebut, diulang-ulangnya berkali-kali.

Mungkin kerana itulah, Rafizi Ramli sentiasa cenderung untuk berbohong kerana melihat undang-undang dan penguatkuasaannya di Malaysia, lebih berpihak kepada Pakatan Rakyat biarpun kesalahan yang dilakukan sangat terang-terangan.

Begitulah juga dalam kesnya dengan Petronas...

2 comments

Saturday, October 27, 2012

ISU SELANGOR: TAKZIAH! FAEKAH HUSSIN MATI TERKANGKANG!!!

Saturday, October 27, 2012

Kalau ada sesiapa yang menyentuh Khalid Ibrahim, Faekah Hussin merupakan orang yang paling awak ke hadapan. Walaupun sebagai SETPOL, bukan semua benda yang Faekah tahu tetapi kejalangannya sangat terserlah. Walaupun Khalid Ibrahim memang sah sudah jatuh tertiarap makan penyepak, Faekah Hussin tetap ke hadapan untuk membela Khalid Ibrahim.

Tetapi nampaknya dalam isu penjualan lima aset PKNS kepada sebuah syarikat yang merupakan milik kroni Khalid Ibrahim sendiri, Faekah Hussin nampaknya terdiam dan langsung tidak bersuara. Kalau nak katakan, Faekah sedang sibuk berhari raya korban, amatlah mustahil kerana semasa hari raya fitrah hari tu, mulutnya tetap becok walaupun mukanya dah kurang berminyak.

Desakan demi desakan terhadap Khalid Ibrahim untuk menerangkan atau memberikan penjelasan berhubung penjualan aset-aset PKNS itu memandangkan sebelum ini, Khalid Ibrahim dan barisan Exco Negeri Selangor cukup gah dengan cakap besar mereka, kononnya PKNS tidak rugi, bahkan mencatatkan keuntungan besar.

Pemindahan wang dari PKNS untuk pembiayaan aktiviti Pakatan Rakyat di Selangor dan di seluruh Malaysia, bukanlah perkara rahsia. Bahkan tidak sahaja PKNS yang telah dimiskinkan, tetapi juga beberapa agensi yang lain termasuklah YBK, UNISEL, KDE dan sebagainya.

Kecenderungan Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri Selangor untuk menjual tanah dan aset agensi-agensi terbabit, begitu ketara. Dengan beralasankan, untuk penyelesaian kewangan, Khalid Ibrahim dan kerajaannya menghalalkan PENCURIAN BESAR-BESARAN harta rakyat Selangor untuk membiayai tembolok dan perut mereka sendiri.

Nampaknya kali ini, Khalid Ibrahim sekali lagi cuba melarikan diri daripada memberikan penjelasan berhubung urusan penjualan yang sangat meragukan itu.

Satu persoalan besar yang perlu dijawab, kalau dijual, ke mana perginya duit ratusan juta ringgit itu? Atau sebenarnya urusan PEROMPAKAN dan pencurian itu dilakukan dengan berselindung di sebalik urusan penjualan, padahal sebenarnya dipindahkan kepada kroni-kroni dan rakyat Selangor perlu membayar harganya menerusi kenaikan cukai pintu dan cukai tanah sepertimana yang berlaku dalam SKANDAL TALAM GATE!!!

2 comments

DENDAM KIT SIANG SEBAB TERKANTOI DALAM OPERASI LALANG, MASIH MEMBARA!!!


Dalam tragedi 13 Mei 1969, Lim Kit Siang yang merupakan tenaga utama yang meniupkan semangat HALAU MELAYU BALIK KAMPUNG di Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang, terlepas. Sehingga sekarang, Kit Siang tidak pernah berani mahu memikul tanggungjawab kematian beribu-ribu orang penduduk Kuala Lumpur yang majoritinya berbangsa Melayu dan Cina. Sebaliknya Kit Siang seringkali menyatakan bahawa dia tidak berada di Kuala Lumpur pada 10, 11, 12 dan 13 Mei 1969. Kit Siang tidak pernah sekali pun mahu menceritakan apakah kempen yang telah dibuatnya sepanjang tempoh berkempen bagi PRU3 pada 10 Mei 1969 itu. Kit Siang hanya berani bercakap tentang masa selepas pengumuman keputusan PRU sahaja.

Kit Siang bagaimanapun tidak begitu berani bercakap tentang dendamnya pada Tragedi 13 Mei 1969 setelah kegagalan DAP menghalau orang Melayu balik ke kampung dan kegagalan DAP menguasai pentadbiran negara setelah campurtangan Rejimen Askar Melayu Diraja dan penubuhan MAGERAN.

Dia tidak berani kerana kalau dia bercakap banyak, maka dia akan dipersoalkan selain peranan DAP berhubung tragedi berkenaan. Jadi, selagi boleh Kit Siang langsung tidak mahu bercakap tentang peranannya dan DAP dalam Tragedi 13 Mei 1969, kecuali untuk membohongi generasi muda kononnya UMNO yang mencetuskan rusuhan berdarah itu kerana 'dah kalah dalam pilihanraya' walaupun hakikatnya, DAP sebenarnya yang tidak berjaya merampas pentadbiran negara menerusi gabungannya dengan beberapa buah parti lain seperti PPP dan GERAKAN.

Lebih menyakitkan hati lagi ialah apabila GERAKAN, PPP dan PAS bergabung pula dalam Barisan Nasional yang dibentuk tidak lama selepas berakhirnya pentadbiran MAGERAN, sekaligus menjadikan DAP dan Kit Siang terkontang-kanting bersendirian.

Bagaimanapun, Kit Siang ada lagi 'peluang' untuk mengenangkan semula dendamnya. Dendam Tragedi 13 Mei 1969, diselindungkan dengan dendam Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987 iaitu kira-kira 25 tahun lepas.

Dalam Operasi Lalang, 106 orang ahli politik telah ditangkap selain pembatalan dua lesen akhbar harian iaitu The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua lesen akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.

Operasi Lalang sebenarnya bermula daripada desakan Dong Jiao Zong yang enggan menerima perlantikan Guru Besar dan Penolong Kanan Sekolah Vernakular aliran Cina yang tidak mempunyai kelayakan Bahasa Cina. Bermula dari situ, akhbar-akhbar Cina dan yang dikuasai oleh Cina seperti Sin Chew dan The Star mula memainkan isu-isu sensitif yang kemuncaknya adalah kenyataan Timbalan Presiden MCA pada waktu itu, Lee Kim Sai menyatakan 'MELAYU ADALAH PENDATANG' dan mempersoalkan hak keistimewaan Melayu.

Dalam isu ini, MCA, GERAKAN, DAP dan Dong Jiao Zong sependapat dan satu kepala untuk menentang Kerajaan.

Keadaan semakin panas apabila UMNO mula membalas tunjuk perasaan yang telah dibuat terlebih dahulu oleh puak-puak chauvinist di Wisma Persatuan Hainan, bersebelahan dengan Tokong Thian Hou di Kuala Lumpur. UMNO mengumpulkan ahli-ahli mereka di Stadium TPCA yang terletak tidak jauh dari lokasi pertama MELAYU DIHALAU DARI KUALA LUMPUR dalam Tragedi 13 Mei iaitu di Jalan Raja Muda, Kampung Bharu.

Ekoran keadaan yang semakin panas dan keganasan berdarah yang boleh tercetus pada bila-bila masa sahaja, pihak berkuasa telah mengambil tindakan pantas. Kementerian Dalam Negeri melancarkan Operasi Lalang yang menyaksikan Kit Siang, Lee Kim Sai, Karpal Singh, Kua Kia Song dan ramai yang lain ditangkap dan disumbat ke Kemunting.

Menariknya, Kit Siang cuba menggambarkan bahawa yang ditangkap oleh pihak berkuasa dalam OPERASI LALANG pada tahun 1987 adalah pemimpin-pemimpin DAP, walhal majoriti daripada mereka adalah pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, terutama sekali dari MCA. (BACA DI SINI)

Kit Siang menuntut agar kerajaan ditukar agar OPERASI LALANG tidak berlaku lagi. Yang Kit Siang tidak pernah sebut ialah, betapa rapuhnya mulut para pemimpin Cina yang cuba mempertahankan KECINAAN mereka di Malaysia, sehingga isu-isu sensitif membabitkan Melayu dan Islam, dipersoalkan. Yang kerap diungkit ialah balasan daripada orang Melayu atas sikap kurang ajar dan biadap pemimpin-pemimpin Cina seperti Kit Siang.

Apakah maksud Kit Siang bahawa rakyat Malaysia perlu menukar kerajaan agar OPERASI LALANG tidak wujud lagi? Apakah pemimpin agung DAP itu mahu memberitahu bahawa apabila DAP sudah berkuasa, maka mana-mana pihak bebas menghina orang Melayu-Bumiputera dan Islam tanpa dikenakan sebarang tindakan? Adakah Kit Siang mahu menyatakan bahawa DAP akan menghapuskan Melayu dan Bumiputera agar isu Melayu dan Bumiputera bukan lagi menjadikan DAP sebagai penjahat yang perlu dihapuskan di bumi Malaysia?

Sikap yang ditunjukkan oleh Kit Siang sebenarnya adalah sikap chauvinist yang... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

0 comments

TEMBERANG DAP KONON NAK BERTANDING SATU KERUSI SAJA BAGI SETIAP CALON!!!

DAP nampaknya cuba berlawak lagi. Kali ini dengan menggunakan Karpal Singh yang menegaskan bahawa DAP sedang bercadang untuk memastikan setiap calonnya hanya bertanding satu kerusi sahaja berbanding sekarang.


Cadangan Karpal Singh itu pasti akan disanggah oleh anak beranak Lim memandangkan Lim Guan Eng dan konco-konconya tidak sahaja bertanding di DUN, malah mereka juga bertanding di Parlimen.

Guan Eng sendiri sebenarnya adalah ADUN Ayer Puteh dan Parlimen Bagan. Kalau usul Karpal Singh itu dikuatkuasakan, bermakna Guan Eng akan kehilangan salah satu kerusi. Dan pastinya akan mengurangkan cengkaman Dinasti Lim dalam DAP.

Karpal Singh sebenarnya cuba untuk meramaikan lagi calon-calon India DAP yang akan bertanding sekaligus memecahkan penguasaan Dinasti Lim dan konco-konco yang menyokong anak beranak serta menantu itu.

Sesuatu yang menarik tentang DAP ialah, usul Karpal Singh itu sebenarnya adalah cetusan daripada krisis dalaman parti berkenaan. Bagaimanapun, krisis tersebut tidak diperbesar-besarkan sebaliknya setiap pemimpin DAP memilih untuk mendiamkan diri daripada bercakap secara umum mengenangkan tindakan keras yang bakal diambil oleh Dinasti Lim terhadap mana-mana pihak dalam DAP yang menyokong usul berkenaan.

Lakonan dan drama ini sebenarnya adalah menagih simpati daripada masyarakat dan pengundi bukan Cina untuk DAP. Walaupun DAP mendabik dada, kononnya parti tersebut adalah parti berbilang bangsa dan berbilang agama, tetapi hampir keseluruhan hierarki tertinggi parti berkenaan adalah Cina dan penganut agama Kristian.

Beberapa pendedahan yang menunjukkan DAP sebagai sebuah parti Cina chauvinist yang sangat anti dengan Islam dan agama-agama lain, membuatkan para pemimpin tertinggi parti berkenaan sedang bertungkus lumus untuk memperbaiki imej DAP dengan membuat sanggahan dan penafian.

Biarpun Karpal Singh dilihat sebagai sekutu Lim Kit Siang, namun sebagai pemimpin ulung berbangsa India dalam DAP, Karpal Singh juga sedar, dia memerlukan sokongan daripada masyarakatnya sendiri bagi membolehkan kedua-dua orang anaknya, Jagdeep dan Gobind mempunyai kelangsungan dalam hierarki DAP.

Tidak ada cara lain untuk Karpal Singh yang semakin uzur dan semakin nyanyuk itu, melainkan mengerat kuasa yang dimiliki oleh Dinasti Lim dengan beberapa cara seperti cadangan agar setiap calon pilihanraya DAP hanya bertanding untuk satu kerusi dan bukannya berbilang kerusi seperti sekarang.

8 comments

NAK KATA BODOH, MANGSA ADALAH ORANG CINA... TAPI YANG SAHNYA, PDRM DIPERSALAHKAN!!!


Ekoran kejadian seorang peniaga membuat laporan polis, rumahnya diserbu 'anggota polis' tetapi tidak mempunyai waran, PDRM sekali lagi cuba dijadikan sebagai mangsa politik, khususnya dari kalangan DAP. Dan dalam kes ini, Lim Lip Eng yang suatu ketika pernah menfitnah polis kononnya menampar seorang wanita Cina hamil 8 bulan, sekali lagi membuat tuduhan secara tidak langsung bahawa yang menceroboh dan memecahkan rumah 'ahli perniagaan' bernama Soh Ji Nian, 25 tahun di Sentul, adalah anggota polis yang telah melampaui batasan undang-undang. (BACA DI SINI)

Yang dipersoalkan adalah WARAN. Menurut laporan, beberapa orang lelaki yang mana salah seorang daripada mereka menunjukkan kad kuasa polis, telah menyerbu dan merempuh masuk ke dalam rumah ahli perniagaan tersebut. Bahkan lelaki-lelaki berkenaan turut memecahkan kunci rumah dan menggeledah tanpa menunjukkan sebarang waran yang mengesahkan tindakan mereka.

Dan seperti biasa, apabila membabitkan PDRM, maka puak-puak ini akan membuat sidang media yang akan turut disertai oleh pemimpin DAP. Dalam kes ini, satu sidang media telah diadakan dan Lim Lip Eng adalah pemimpin DAP berkenaan.

Kata Lim Lip Eng, kalau benar, lelaki-lelaki berkenaan adalah anggota polis, maka mereka telah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan di bawah Prosedur Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1999).

Itu 'kalau anggota polis'. Bagaimana pula 'kalau sekiranya mereka bukan anggota polis'?

Takkanlah polis sebodoh itu untuk bertindak dan mendedahkan mereka kepada masalah yang lebih besar? Mengapa agaknya DAP terburu-buru menyalahkan pihak polis dan segera menuduh anggota-anggota polis sebagai pelanggar undang-undang?

Sikap terburu-buru menuduh anggota polis terlibat dalam kes berkenaan, menjelaskan tentang kebencian dan permusuhan yang ditunjukkan oleh DAP terhadap keseluruhan organisasi kepolisian serta penjawat awam itu.

Atau barangkali ini juga merupakan satu lagi usaha DAP agar pihak berkuasa tidak meneruskan siasatan terhadap 'ahli perniagaan' terbabit?

1 comments

Friday, October 26, 2012

ROSMAH MILIKI PERMATA BERNILAI RM1 BILION!!!

Friday, October 26, 2012

Puak-puak Pakatan Rakyat masih tidak jemu-jemu untuk mencari jalan mengaitkan Rosmah Mansor dengan segala korupsi, penyelewengan dan kemewahan yang tidak terjangkau dek akal rakyat marhein.

Terbaru ialah apabila Rosmah Mansor dikatakan memiliki PERMATA bernilai RM1 bilion!

Sama ada mereka faham atau tidak, peruntukan RM1 bilion yang dikatakan 'milik' Rosmah Mansor itu sebenarnya adalah peruntukan untuk PRA-SEKOLAH, bukannya untuk PROGRAM PERMATA NEGARA (PERMATA).

Pra-sekolah dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran, KEMAS dan Jabatan Perpaduan. Usia kanak-kanak yang berada di PRA-SEKOLAH adalah antara 5 sehingga 8 tahun. Manakala PERMATA pula berada dalam kelompok ECEC (Early Childhood Education and Care) di mana kanak-kanak yang menyertainya adalah berusia setahun sehingga 4 tahun.

Benarkah PERMATA mendapat peruntukan sebanyak RM1 bilion sebagaimana yang ditohmahkan?

Pastinya mereka yang mengeluarkan kenyataan tersebut, sebenarnya tidak faham, buta kayu atau dari jenis buta perut.

Pecahan peruntukan RM1 bilion tersebut adalah seperti berikut:

(1) Pra-Sekolah Kementerian Pelajaran menerima peruntukan sebanyak RM587.5 juta
(2) Tadika KEMAS (KKLW) menerima peruntukan sebanyak RM532 juta
(3) Tadika PERPADUAN (JPNIN) menerima peruntukan sebanyak RM68.7 juta
(4) PERMATA Negara menerima peruntukan sebanyak....

Kekeliruan yang cuba ditonjolkan oleh pecacai-pecacai Pakatan Rakyat sememangnya amat jelas. Mereka cuba memberitahu rakyat negara ini kononnya PERMATA Negara merupakan sebahagian daripada program pra-sekolah, sama seperti KEMAS, PERPADUAN dan pra-sekolah di sekolah-sekolah rendah.

Walhal program PERMATA NEGARA dengan pra-sekolah amat jauh berbeza.

Apa lagi yang akan dijadikan isu oleh puak-puak Pakatan untuk melakukan pengeliruan dan pembohongan?

Rosmah Mansor miliki PERMATA?

Bongok benarlah mereka yang membuat tohmahan sebegitu rupa!

2 comments

GAJI POLIS, TENTERA, BOMBA DAN PENJARA WAJAR DISEMAK DAN DINAIKKAN!!!


Sekali lagi penyokong Kerajaan dan Pembangkang bersatu di Parlimen dalam mengutarakan isu kenaikan gaji melibatkan anggota polis, tentera, bomba dan penjara. Jabatan Perkhidmatan Awam atau JPA sekali lagi menjadi sasaran kerana KEBONGOKAN mereka menilai serta memberikan keutamaan tentang semakan tangga gaji.

Sudah sampai masanya untuk JPA menaikkan gaji anggota-anggota tentera, polis, bomba dan penjara. Sampai bila sebenarnya tangga gaji berstatus kuno dan jurrassic seperti sekarang, mahu dikekalkan?

Kajian bertahun-tahun yang diambil oleh JPA untuk menyemak gaji juga turut dipersoalkan. JPA seharusnya turut memikirkan beban kerja yang ditanggung oleh anggota-anggota berpakaian seragam yang gaji mereka masih lagi di takuk lama.

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) berkata pihak pasukan polis memohon kepada JPA supaya memberikan keadilan kepada mereka untuk hak yang sama rata dengan perkhidmatan kerajaan yang lain dan anggota pakaian seragam yang lain.

Katanya malah, permohonan ini telah didengar oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan beliau ketika pembentangan Bajet 2013, baru-baru ini.

"Saya nak bagi contoh, lulusan Diploma, gaji akhirnya RM4,480 (polis), anggota perkhidmatan awam (yang biasa) RM5,730 dan SPRM, gajinya RM6,121.

"Bukan pihak polis marah kepada kedua-dua pasukan itu, cuma sebagai perbandingan, polis memohon keadilan, (dan) JPA tolonglah berlaku adil kepada mereka," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat jawatankuasa, di sini hari ini.

Mohamad juga berkata, jika dilihat negara-negara lain, gaji anggota polis di negara terbabit adalah lebih tinggi berbanding perkhidmatan lain berikutan pengiktirafan yang telah diberikan kepada pasukan penguatkuasa itu.

"Sebagai contoh, gaji Ketua Polis Daerah (OCPD) lebih rendah daripada pengetua sekolah menengah, (sedangkan) pengetua jaga sebuah sekolah manakala OCPD jaga sebuah daerah.

"Jelas di situ bahawa mereka tidak mendapat layanan yang saksama daripada JPA, kenapa JPA sanggup bersifat kejam terhadap polis yang telah berjasa kira-kira 200 tahun kepada negara," katanya.

Simpati kepada nasib pasukan beruniform di negara ini. Sudahlah pembangkang kerap membelasah dan menjadikan mereka sebagai kambing hitam sekiranya mereka cuba menguatkuasa undang-undang, di pihak kerajaan pula, terutama sekali JPA, mereka kerapkali dianiayai terutama sekali dalam soal gaji dan imbuhan!

Dan menariknya, mereka jugalah yang dikatakan sebagai PENGAMAL RASUAH TEGAR!

6 comments

Thursday, October 25, 2012

KEMBANG HIDUNG NIK AZIZ BILA ANTHONY LOKE BELASAH MCA DAN MEMBELANYA DI PARLIMEN!!!

Thursday, October 25, 2012

Kaedah yang digunakan oleh DAP benar-benar memperlihatkan bahawa parti berkenaan sebenarnya telah diberikan latihan dan pengkaderan terbaik bagi memanjangkan dan mengukuhkan cengkaman musuh-musuh Islam terhadap Islam dan umat Islam.

Sekaligus seolah-olah membenarkan banyak dakwaan selama ini bahawa DAP sebenarnya dilatih dan dididik oleh Zionis yang berpangkalan di Singapura walaupun DAP cuba sedaya mungkin untuk menidakkan segala tuduhan berkenaan.

Dalam tempoh beberapa hari ini, DAP menerusi lakonan para pemimpinnya, telah diangkat sebagai pembela Islam dan umatnya oleh para penyokong PAS yang gagal menggunakan mata hati dan inayah yang Allah Taala berikan kepada mereka.

Anthony Loke, Ahli Parlimen Rasah merangkap Ketua Pemuda Sosialis DAP Kebangsaan telah dianugerahkan surat penghargaan oleh Pejabat Menteri Besar Kelantan kerana telah membela Nik Aziz dan menghentam UMNO serta Barisan Nasional di Parlimen.

Maka bersorak-sorailah para penyokong PAS kerana beranggapan, DAP menerusi Anthony Loke telah membela Islam kononnya. Dan Chua Soi Lek pun menjadi bahan cercaan, kutukan dan makian sambil-sambil UMNO dan Barisan Nasional turut sama dicaci dan diperlekehkan.

Yang mereka terlupa ialah bagaimana DAP menerusi lidah Lim Guan Eng, Anthony Loke sendiri, Kit Siang, Karpal Singh dan seribu satu nama pemimpin DAP lain memperlekehkan Islam, tidak langsung mendapat perhatian daripada penyokong PAS. Cukup dengan hanya satu nama iaitu Chua Soi Lek, maka  para pengikut PAS kembali membelasah UMNO kerana kononnya gagal mengawal mulut Chua Soi Lek. Begitu juga ketika Anwar Ibrahim, mengatakan Islam adalah agama mundur dan umat Islam adalah golongan yang sangat beremosi serta terkatup pemikirannya, orang PAS tak juga bersuara.

Masa Karpal Singh melawak-lawakkan hudud dan Islam, mulut para pengikut PAS, tak terbuka langsung. Langsung tak bersuara, bahkan cuba untuk mengalihkan isu. Sekarang, bila tiba giliran Chua Soi Lek, nampaknya para pengikut PAS melihat ia adalah peluang terbaik untuk menunjukkan mereka sangat Islam, dan benci dengan orang yang menghina Islam.

Sebabnya, Chua Soi Lek bukanlah orang Pakatan. kalau Chua Soi Lek orang DAP atau pemimpin Pakatan Rakyat, barangkali para pemimpin dan pengikut Pakatan Rakyat sekarang, tidak cukup tanah nak sembunyikan kepala masing-masing.

Mujurlah Chua Soi Lek orang Barisan Nasional...



0 comments

JATUHKAH MARUAH UMNO SELANGOR KERANA KHIR TOYO MINTA MAAF KEPADA RONNIE LIU?!!!


Selama tiga hari, penulis menahan diri daripada menulis tentang insiden Khir Toyo meminta maaf kepada Ronnie Liu dan kes saman pemimpin kanan DAP itu terhadap bekas pemimpin utama UMNO Selangor itu diselesaikan di luar mahkamah.

Dalam tempoh itu jugalah penulis melihat pelbagai reaksi diberikan kepada tindakan dan keputusan Khir Toyo terutama sekali daripada para pemimpin UMNO negeri.

Ramai daripada mereka mengatakan, tindakan Khir Toyo itu adalah tindakan dayus yang memalukan UMNO!

Benarkah seperti yang dikatakan atau dituduhkan oleh para pemimpin UMNO Selangor itu? Atau sebenarnya ia merupakan tindakan yang terbalik ke batang hidung mereka sendiri?

Umum mengetahui, Khir Toyo mempunyai satu kes mahkamah yang masih belum selesai berhubung pemilikan sebuah rumah agam yang dibiayai menggunakan pinjaman bank. Terdapat beberapa perkara yang agak 'aneh' dalam kes berkenaan, terutama sekali yang membabitkan keterangan saksi-saksi SPRM selain kesalahan memiliki hartanah dengan menggunakan pinjaman bank.

Sepanjang proses mahkamah yang melibatkan Khir Toyo, bekas pemimpin UMNO Selangor itu kelihatan bersendirian dan berseorangan. Begitu juga sewaktu dia berhadapan dengan tuduhan dan serangan daripada puak-puak Pakatan Rakyat, tidak ada mana-mana pemimpin UMNO, baik UMNO Negeri mahupun UMNO Pusat yang kelihatan mahu bergandingan dengannya.

Pendek kata, Khir Toyo dibiarkan bersendirian menentang tohmahan dan fitnah daripada puak-puak Pakatan Rakyat. Khir Toyo adalah kes dan contoh klasik bagaimana UMNO menjadikan orang mereka sendiri sebagai KAMBING HITAM untuk menyelamatkan kambing-kambing yang lain.

Agak aneh kerana ramai juga yang menyatakan kehairanan, mengapa Khir Toyo tidak mengambil langkah yang lebih berani dan ke hadapan dengan mengisytiharkan diri sebagai penyokong Pakatan Rakyat sepertimana yang dilakukan oleh Kadir Syeikh Fadzhir, yang tidak sahaja dapat menyelamatkan hartanya, bahkan dapat memanjangkan lagi kerjaya politiknya ketika isu rumah agamnya diperkatakan oleh puak-puak Pakatan Rakyat.

Ternyata kesetiaan kepada UMNO yang menghalang Khir Toyo daripada bersama-sama Pakatan Rakyat, meskipun sebenarnya Khir Toyo mempunyai pengaruh yang sangat besar yang boleh membantu Pakatan Rakyat.

Mungkin memikirkan Khir Toyo sudah 'KAPUT', maka ramailah pemimpin UMNO yang cuba untuk tidak kelihatan bersama-samanya, walaupun dalam majlis rumah terbukanya di Simpang Lima, Sungai Besar, ramai yang datang berpura-pura dengan berpelukan dan beramah mesra dari pagi sampai santak senja.

Namun apabila Khir Toyo memilih untuk meminta maaf dan menyelesaikan kes saman Ronnie Liu terhadapnya di luar mahkamah, mereka yang sebelum ini menyorokkan kepala dan menyembunyikan kaki serta tangan, serta-merta bercakap tentang maruah UMNO!

Sungguh menyedihkan!

Bandingkan para pemimpin UMNO dengan para pemimpin Pakatan Rakyat. Pemimpin-pemimpin UMNO dah rupa macam enau melepaskan pucuk di dalam belukar, masing-masing hanya mementingkan kedudukan dan kepentingan diri. Manakala para pemimpin Pakatan Rakyat pula, bersungguh-sungguh membela sesama sendiri, sekalipun memang sah dan nyata, kesalahan telah dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat itu sendiri, sepertimana yang berlaku kepada Anwar Ibrahim yang masih tidak dapat menjawab berkenaan jam tangan OMEGA dan China Doll yang ditoronnya!

Sepatutnya, para pemimpin UMNO Selangor menarik nafas lega dan tidak perlu lagi memikirkan tentang Khir Toyo yang pada pendapat mereka, telah pun KAPUT dan tidak mempunyai pengaruh dalam politik Selangor. Biarkanlah dia berbuat apa-apa pun. Kalau selama ini dia boleh dibiarkan bersendirian, mengapa dalam soal yang sangat remeh iaitu meminta maaf kepada Ronnie Liu, ianya hendak dijadikan sebagai isu oleh pemimpin-pemimpin UMNO terbabit?

Lagipun, Khir Toyo bukannya calon untuk PRU13 pun... apa yang nak ditakutkan?



1 comments

ABBY ABADI, ILMU YANG DIPELAJARINYA MENAMBAHKAN KESESATANNYA!!!


Cubaannya untuk mengelak dengan menyatakan secara umum bahawa hujahnya itu TIDAK PERLU DIPAKAI KALAU IANYA SALAH, menunjukkan dengan jelas BETAPA TIDAK BERTANGGUNGJAWABnya seorang ahli PAS yang mengaku sedang berdakwah.

Seharusnya, kalau dia sendiri tidak pasti dengan apa yang didengarnya, maka dia tidak perlulah berhujah kepada umum menerusi TWITTER atau mana-mana medium sekalipun. Dia seharusnya lebih banyak belajar seandainya ikhlas untuk mendekatkan diri dengan Allah Taala. Tidak ada jalan pintas untuk perjuangan agama dan mendapat rahmat Allah Taala.

Jangankan amalan yang diwajibkan juga berkemungkinan tidak membantu, menjadi ahli Parti PAS jauh sekali daripada mendapat 'rezeki' yang lebih besar di akhirat. Dari awal lagi, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menyatakan bahawa berketurunan atau berdarah 'yang baik-baik' tidak akan menjamin iman dan taqwa, apatah lagi dengan menjadi ahli parti politik.

Apabila dipertikaikan tentang halal haram ibadah korban dan kemudian dibandingkan pula dengan pengorbanan dalam dunia politik, ia samalah seperti membanding daging daripada ternakan yang disembelih mengikut syariat Islam dengan daging haiwan ternakan yang disembelih bukan atas nama Allah Taala. Walaupun asasnya daging, tetapi halal haramnya tetap jelas dan nyata... SAMBUNG BACAAN DI SINI.

0 comments

ISU SELANGOR: KATA ANWAR, RM500 JUTA UNTUK RUMAH MURAH TAPI RUMAHNYA ADA DI MANA?


Kalau disebut tentang Pakatan Rakyat, maka penipuan dan pemerdayaan merupakan perkara utama dan teras dalam setiap aktiviti mereka. Tidak ada yang benar dari Pakatan Rakyat, melainkan angan-angan, penipuan, temberang besar dan penjarahan harta rakyat.

Kepalanya sudah tentulah Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim yang mengajar para pemimpin sekutunya agar bercakap bohong kerana baginya, rakyat akan mudah terpengaruh dengan pembohongan dan cerita-cerita yang asyik-masyuk berbanding melihat realiti dan menggunakan otak.

Umum mengetahui, sepanjang empat tahun memerintah, Pakatan Rakyat tidak berbuat sesuatu pun untuk rakyat baik di Selangor, mahupun di Pulau Pinang, apatah lagi di Kelantan dan Kedah. Sebaliknya yang kerap diperbuat oleh Pakatan Rakyat hanyalah retorik semata-mata. Janji demi janji, tetapi habuk pun tarak!

Isu rumah murah yang dibangkitkan menjelang PRU13 di Selangor membawa kepada cakap besar Anwar Ibrahim yang kemudian dijaja-jajakan di seluruh negara. Kononnya, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500 juta bagi tujuan tersebut.

Menariknya, RM500 juta itu kalau benarlah diperuntukkan untuk perumahan murah dan mampu milik, di mana agaknya projek berkenaan akan dibina? Adakah di seluruh Selangor? Atau ia hanyalah dalam bentuk percakapan, lisan dan ceramah Anwar Ibrahim semata-mata?

Selepas empat tahun, barulah kedengaran Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan peruntukan untuk rumah murah dan mampu milik, malangnya tapak yang dikenalpasti belum pun wujud dan tidak mungkin ada dalam senarai perancangan Kerajaan Negeri Selangor.

RM500 juta bukannya jumlah yang kecil. Ia mungkin tidak sebesar projek pengindahan Sungai Kelang yang sehingga ke hari ini belum lagi dilakukan walaupun pasir dikorek dan telah mengkayakan kroni-kroni Khalid Ibrahim.

Kalau peruntukan telah diluluskan sebagaimana kata Anwar Ibrahim, seharusnya Khalid Ibrahim dan Kerajaan Negeri Selangor telah pun mampu mengisytiharkan di mana sebenarnya tapak dan lokasi perumahan murah dan mampu milik berkenaan.

Namun, sesuatu yang sangat pasti ialah, RM500 juta itu merupakan satu lagi projek angin yang hanya digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk menyedapkan isi ceramahnya semata-mata. Projek perumahan murah dan mampu milik yang dikatakannya TIDAK MUNGKIN AKAN WUJUD dan TIDAK MUNGKIN AKAN DIBINA!!!

Ironinya, para penyokong Pakatan Rakyat bersungguh-sungguh untuk mempercayai mimpi-mimpi ini!

0 comments

PELAJAR TINGKATAN LIMA DITANGKAP KETIKA SEDANG MENG-'GRO'-KAN DIRI!!!


Pelajar perempuan yang sepatutnya memberikan sepenuh tumpuan kepada peperiksaan SPM yang akan menjelang tidak beberapa minggu sahaja lagi, ditangkap ketika menjadi BUTTERFLY di sebuah pusat hiburan di Taman Tun Dr. Ismail. Turut ditangkap bersama-samanya adalah seorang lagi pelajar perempuan berusia 16 tahun.

BERITA SETERUSNYA BACA DI SINI

Insiden ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang ganjil atau luar biasa lagi. Apatah lagi pada zaman di mana wang ringgit dan material menjadi tumpuan dan habuan.

Pastinya juga kedua-dua orang pelajar perempuan tersebut bukannya berasal atau tinggal di Taman Tun Dr. Ismail, memandangkan kawasan elit dan pertengahan Melayu itu sebelum ini, cukup lantang menghalang mana-mana pusat hiburan daripada muncul di situ.

Namun apabila Taman Tun Dr. Ismail yang berada di dalam DUN Bukit Lanjan berwakil rakyatkan seorang PKR, Elizabeth Wong, sebenarnya kewujudan pusat-pusat hiburan yang menawarkan GRO-GRO tempatan, luar negara, bawah umur dan sebagainya, tidak lagi sesuatu yang pelik atau menghairankan.

Bukan kerana undang-undang tidak mencukupi. Bahkan penguatkuasa undang-undang juga telah dikerahkan bekerja secara lebih masa, tetapi kemunculan pusat-pusat hiburan sebegitu, bagaikan ombak tsunami yang tidak lagi dapat dibendung. Ia melanda, tidak sahaja di kawasan yang sememangnya pusat-pusat kegiatan berkenaan seperti di Puchong, mahupun di sekitar Bukit Bintang, bahkan di kawasan-kawasan bermajoritikan Melayu seperti Taman Tun Dr. Ismail dan Bandar Baru Bangi.

Selagi ada pelindung dan selagi ada pengunjung, walau sehebat mana pun penguatkuasaan undang-undang dibuat, ia tetap akan muncul tanpa mengira tempat.

Agak aneh kerana semenjak Pakatan Rakyat menang banyak kerusi, industri hiburan dan maksiat begitu bermaharajalela... kenapa ya?

1 comments

Monday, October 22, 2012

DYMM SULTAN KEDAH WAJAR PECAT AHMAD FISOL, PAS TOTOK YANG JADI KCS!!!

Monday, October 22, 2012

Memang memalukan bagi seorang anggota Perkhimatan Tadbir Negeri atau lebih dikenali sebagai Kedah Civil Servant (KCS) yang bertindak tidak rasional dengan mencampur adukkan urusan pentadbiran dengan sentimen politik kepartian.

Meskipun dia tidak cemerlang dalam tugasnya sebagai KCS selama ini, Yang DiPertua (YDP) Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP), Ahmad Fisol Md Nor, yang dilihat mahu lekas naik pangkat dan merebut JUSA di negeri Kedah cuba menggunakan pengaruh politik untuk menjatuhkan individu yang dipilih DYMM Sultan Kedah.

Hanya kerana sekeping surat yang memintanya bertukar ke Majlis Daerah Kota Kuala Muda sebagaimana protokol biasa bagi seorang KCS, Ahmad Fisol mengada-ngada enggan taat kepada arahan kehendak kerjayanya dan mahu kekal di MDKP.

Kenapa dia tidak mahu bertukar ke Kota Kuala Muda dan apakah dia mempunyai keistimewaan yang menegahnya dari ditukar untuk bertugas di daerah lain? Nak tahu kenapa?

Khabarnya, Ahmad Fisol sebenarnya adalah seorang penjawat awam yang menyokong penuh Pakatan Haram, khususnya PAS, dan dia begitu teruja apabila partinya itu berjaya menawan Kedah pada PRU ke-12 pada tahun 2008.

Dalam diam, dia memasang angan-angan untuk lekas naik pangkat meskipun dia bukanlah merupakan seorang senior atau anggota KCS yang bijak buat kerja. Lihat saja rekod perkhidmatannya di Kubang Pasu yang dipersoalkan pada laporan audit pada setiap tahun.

Meskipun begitu, dia tetap dengan angan-angannya yang mengidam mahu menjawat sekurang-kurangnya JUSA C dan melayakkan dirinya untuk menjadi SUK atau sekurang-kurangnya SFO (State Financial Officer) yang setaraf dengan Exco Kerajaan Negeri. Maklumlah, dia orang PAS “totok”.

Bagi menjayakan usahanya, dia mula memainkan peranan untuk berbaik-baik dengan pemimpin PAS di Kubang Pasu dan di peringkat negeri di Wisma Darulaman bagi meraih sokongan bagi kepentingan dirinya.

Sebagai contoh, Ahmad Fisol beberapa kali telah mengadakan program bersama PAS Kawasan Kubang Pasu dan Angkatan Muda Keadilan (AMK), sedangkan etika pihak berkuasa tempatan tidak membenarkan dia berbuat demikian.

Selain itu, dia juga berjaya meletakkan anaknya bekerja di MDKP dan diberikan jawatan tinggi di situ sehingga mencetus persoalan bagi kakitangan di pejabat daerah tersebut di atas dasar “conflict of interest”.... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

2 comments

ISTIMEWA APA ANAK CINA BLOGGER SEKS DILAYAN SEBAGAI SELEBRITI?


Ada semacam benda yang tidak kena di Malaysia ini, terutama apabila membabitkan warganegara bukan Melayu. Apa-apa sahaja kesalahan yang dilakukan, yang melanggar peraturan, yang melanggar norma-norma kehidupan normal, yang melanggar batasan moral dan yang sangat kurang ajar, semuanya akan ditukar menjadi watak hero dan mendapat sanjungan.

Lebih-lebih lagi sekiranya mereka mendokong Pakatan Rakyat, boleh dikatakan mereka sangat kebal daripada sebarang tindakan undang-undang.

Atau lebih tepat lagi, tukang-tukang penasihat seringkali berkata, tidak perlu mengambil apa-apa tindakan kerana ia akan menjejaskan undi masyarakat bukan Melayu kepada Barisan Nasional.

Samalah seperti apabila Najib Abdul Razak mengumumkan pemberian RM50 juta kepada sekolah-sekolah vernakular aliran Cina dengan harapan dapat memujuk masyarakat Cina agar kembali menyokong Barisan Nasional walaupun harapan itu sangat tipis, memandangkan janji yang diberikan oleh DAP dan PKR jauh lebih besar daripada janji-janji Najib yang hanya mampu  memberikan mereka wang, bukannya kuasa mutlak!

Ketika Singapura mengambil tindakan terhadap seorang wanita Cina  yang menghina orang Melayu dan adat perkahwinan Melayu walaupun hanya beberapa patah perkataan di TWITTER, seorang wanita Cina di Malaysia, bebas masuk ke bangunan milik UMNO sambil memaparkan iklan di bajunya mengutuk Melayu dan sangat rasis, dan hanya dihalau keluar tanpa sebarang tindakan. Sedangkan wanita Cina di Singapura itu, biarpun telah meminta maaf dan menjelaskan mengapa dia terdorong untuk membuat tweet sebegitu rupa, dia tetap dipecat dan menerima hukumannya.

Keadaan yang sama melibatkan seorang pelajar Melayu yang menunjukkan punggung ke gambar Najib, dia telah dibuang kolej, PTPTNnya disekat dan diarahkan bayar balik. Dia digari dan masa hadapannya suram biarpun ibu bapanya memohon maaf dan mahu bertemu dengan Perdana Menteri bagi menzahirkan kekesalan mereka. Sedangkan seorang pelajar Cina yang tidak tahu pun berbahasa Kebangsaan, boleh datang ke balai polis sambil tersenyum, tanpa digari dan diiringi oleh peguam-peguam DAP. Tidak cukup dengan itu, boleh pula diadakan sidang akhbar dalam Bahasa Mandarin sekaligus menunjukkan kesombongan dan simbolik penguasaan penutur Mandarin di Malaysia.

Dalam bidang perniagaan, sebuah syarikat Melayu yang menerima pinjaman, telah disekat dengan akaun mereka dibekukan dan segala keuntungan diambil oleh sebuah agensi yang biasanya membuat perampasan yang bersangkutan dengan jenayah dadah, judi, kongsi gelap dan pelacuran. Semuanya kerana ada Melayu yang menerima habuan daripada kartel bukan Melayu yang tidak mahu penguasaan pasaran daging di Malaysia dikuasai oleh daging halal, membuat pelbagai tohmahan.

Sedangkan pada masa yang sama, tiga buah kartel yang daging-daging yang mereka niagakan seringkali dipersoalkan halal haram, langsung tidak terjejas. Sebaliknya mereka dibenarkan untuk terus menguasai pasaran RM3 bilion setahun tanpa sesiapa pun boleh menyentuh mereka.

Sekarang, datang lagi benda yang sama. Cuma watak dan kaedah sahaja yang berbeza.

Dua orang budak Cina yang belajar di Singapura, telah membuat blog lucah dengan mereka sendiri beraksi ghairah di dalam blog tersebut. Singapura telah menghalau mereka. Pengajian ditamatkan dan biasiswa ditarik balik. Sebaliknya, Malaysia tidak mengambil sebarang tindakan kerana pihak berkuasa menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh kedua-dua orang budak Cina itu hanyalah 'suka-suka' dan berkaitan dengan 'masalah moral'. Tindakan tidak boleh diambil kerana akan mewujudkan masalah lain.

Tidak cukup dengan itu, mungkin didorong oleh kenyataan MCMC yang berada di bawah Kementerian  Penerangan, beberapa saluran radio berbahasa Cina telah menjemput kedua-dua orang budak Cina tersebut untuk bercakap dengan para pendengar saluran radio berkenaan. Sekaligus menjadikan kedua-duanya sebagai selebriti.

Sedangkan dalam kes yang sama beberapa tahun sebelum ini, seorang wanita Melayu yang menjadi model lucah tidak dibenarkan masuk ke dalam negara pun. Tidak ada media yang dibenarkan menemuramah atau menyiarkan cerita tentangnya.

Apa sebenarnya yang sedang berlaku di Malaysia? Apakah sedang berlaku penjajahan yang sedang tersembunyi di sebalik tolak ansur, harmoni dan muhibbah kononnya?


0 comments

Sunday, October 21, 2012

BANJIR DI SELANGOR, PEGAWAI KERAJAAN PERLU BERSEDIA KENA TUDUH DEK PAKATAN RAKYAT!!!

Sunday, October 21, 2012

Apa yang berlaku di Kedah, sedang dan akan berlaku di Selangor. Kalau di Kedah, kegagalan SUK membelanjakan peruntukan untuk perumahan awam, kemudian dikaitkan pula dengan perlantikan lima kontraktor yang mendapat projek bernilai di bawah RM20,000 secara runding terus, puak-puak PAS menyalahkan SUK dan segera melabelkan SUK sebagai BARUA UMNO, terutama setelah SUK berkenaan enggan berkompromi dalam pertukaran seorang KCS yang sangat totok dan pro-PAS dari Kubang Pasu ke Kuala Muda.

Nampaknya perkara yang sama akan berlaku di Selangor. Berbanding Kedah, Selangor tidak mempunyai Civil Servants sendiri sebaliknya kebanyakan daripada mereka berkhidmat terus dengan kerajaan negeri atau pun dari JPA. Justeru, lebih mudahlah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk menyalahkan kakitangan awam di Selangor.

Banjir di Selangor telah mencetuskan kemarahan penduduk. Peruntukan sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan kepada Majlis Perbandaran Kelang. Bagaimanapun, peruntukan berkenaan lenyap dan tiada sebarang usaha dilakukan oleh MPK untuk memastikan banjir tidak berulang atau sekurang-kurangnya meminimakan kerugian penduduk di kawasan-kawasan yang dilanda banjir.

Ronnie Liu adalah Exco Kerajaan Tempatan. Ronnie Liu jugalah yang menempatkan Ahli-Ahli Majlis DAP di MPK. Jadi, Ronnie Liu wajar menjawab tentang peruntukan tersebut yang boleh hilang bagaikan ditelan naga berapi.

Namun, Pegawai Daerah dan sebagainya tidak boleh mendiamkan diri seperti sekarang. Walaupun mungkin Pegawai Daerah dan kakitangan pejabat-pejabat yang berkaitan adalah penyokong Pakatan, namun tidak mustahil Ronnie Liu dan Khalid Ibrahim akan menyatakan bahawa peruntukan tersebut telah disalahguna atau tidak digunakan oleh Pejabat Daerah dan Majlis Daerah.

Dalam Pakatan Rakyat, tidak mustahil semua itu daripada berlaku. Kedah adalah bukti nyata. Walaupun Kerajaan Negeri Kedah yang terlibat dalam menguruskan peruntukan PAKR, namun yang dipersalahkan adalah SUK. Dan untuk menambahkan lagi cerita menarik, dikatakan pula yang SUK adalah BARUA UMNO. Walhal antara kerugian besar bukanlah disebabkan RM2.5 juta kepada kontraktor yang boleh dipaksa untuk membetulkan semula kerja-kerja yang tidak mereka lakukan bagi menampung pengaliran wang keluar, sebaliknya kerana hak milik tidak diberikan!

Jadi, jangan terkejut kalau tiba-tiba para pemimpin Pakatan Rakyat Selangor akan berkata, peruntukan dah dibagi sebagai bukti. Cuma Pejabat Daerah dan pegawai di Majlis yang berfikiran UMNO yang tidak menjalankan kerja!

1 comments

ANWAR MASIH MAHU BERBOHONG TENTANG SUARAM DAN SCORPENE!!!


Anwar terpaksa menggunakan talian hayatnya bagi melengkapkan siri pembohongannya kerana beranggapan, ruang untuknya berbohong tentang kapal selam Scorpene yang dibincangkan pembeliannya pada tahun 1991 dan kelulusannya oleh Kementerian Kewangan pada tahun 1995, dianggap mampu menjatuhkan Najib Abdul Razak.

Pembelian sesuatu aset baru ketenteraan, biasanya akan mengambil masa untuk sampai ke tangan negara pembeli memandangkan aset tersebut perlu dibina dan dilengkapkan segala macam sistemnya. Ia bukanlah beli hari ini, hari ini juga dapat sebagaimana yang cuba dipotretkan oleh Anwar Ibrahim dan SUARAM.

Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia dari tahun 1991 sehingga 1997 sebelum diterajang keluar dari kabinet kerana salah laku seks dan salahguna kuasa.

Dengan kata lain, pembelian Scorpene yang cuba dijadikan oleh Anwar Ibrahim sebagai senjata menjatuhkan Najib Abdul Razak, telah dilakukan pada zamannya. Harga dan kelulusan juga dia sendiri yang tandatangani.

Ketergesaannya menjemput dua orang peguam yang diketahui memang diupah oleh pihak yang mendalangi SUARAM dan operasi PKR, atas alasan kononnya mahu memberikan taklimat kepada Ahli-Ahli Parlimen Malaysia, sebenarnya lebih banyak mengundang persoalan tentang Anwar dan hubungannya dengan pihak asing yang cuba mengorek rahsia ketenteraan negara ini.

Kesemua penjelasan yang perlu tentang Scorpene telah dibentangkan oleh menteri yang berkaitan. Malahan mahkamah di Perancis juga telah menolak permohonan SUARAM untuk membicarakan kes tersebut yang kononnya lebihan bayaran dan rasuah.

Melihat kepada kesungguhan Anwar Ibrahim yang membawa masuk kedua-dua orang peguam tersebut, timbul tanda tanya, apa sebenarnya yang sangat dimarahkan oleh Anwar Ibrahim? Adakah ketika dia menandatangani dokumen kelulusan pembelian kedua-dua buah kapal selam tersebut sebagai Menteri Kewangan dahulu, Anwar Ibrahim sebenarnya sudah meletakkan proksinya untuk mendapatkan komisyen besar, sebagaimana yang berlaku dalam beberapa projek mega, termasuklah Plaza Rakyat yang tidak pernah siap-siap sampai sekarang, KL Central, Sistem LRT, IPP dan sebagainya.

Dek kerana dia tidak dapat komisyen besar daripada pembelian aset tentera laut Malaysia itu, Anwar Ibrahim meroyan sakan dan berusaha menggertak agar mulutnya ditutup dan komisyennya dikembalikan?

Adakah itu sebenarnya yang berlaku?

Kalau benar ada penyelewengan wang rakyat di dalam urusan pembelian kapal selam tersebut, mengapa Anwar Ibrahim tidak bising-bising pada tahun 1995 dahulu, memandangkan pada tahun 1995 dahulu, dia adalah orang yang paling berkuasa di Malaysia, sehinggakan Perdana Menteri pada waktu itu pun, berada di hujung telunjuknya?

Kalaupun Mahathir menjadi penghalangnya, mengapa pula pada awal tahun 1997, ketika dia memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan, Anwar Ibrahim langsung tidak menyebut sepatah pun tentang Scorpene dan pembelian aset angkatan tentera?

Mengapa baru sekarang?

Dan kalaulah William Bourdon dan Joseph Breham dibolehkan memberi taklimat kepada Ahli-Ahli Parlimen berhubung pembelian Scorpene, mengapa tidak Nallakaruppan dan Eskay turut sama memberi taklimat tentang salah laku seks Anwar Ibrahim selain menunjukkan bukti-bukti besar yang ada pada mereka di Parlimen yang sama?

0 comments

CELAKO PUNYA HUSAM MUSA!!! TOLONG JAWAB MANA HILANGNYA RM90 JUTA DUIT RAKYAT KELANTAN?!!!


Sudah beberapa hari berlalu sejak Laporan Ketua Audit negara bagi Tahun 2011 selesai dibentangkan, malah ramai yang telah maklum perihal Kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan tanah seluas 716.8 ekar (286.72 hektar) tanpa mengikut prosedur yang betul di Lembah Sireh, Kota Bharu. 

Tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri dan tanah milik penduduk, telahpun ditukar hak miliknya kepada Syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd untuk tujuan projek Pembangunan & Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) yang membabitkan keseluruhan nilai pelaburan berjumlah RM2 bilion. 

Sebagai balasan, sepatutnya syarikat swasta tersebut perlu memberi sumbangan kepada negeri dalam bentuk menyiapkan keseluruhan projek pembangunan termasuklah sebuah masjid, 130 buah gerai, dua buah jambatan serta banyak lagi projek lain. 

Berdasarkan laporan Audit 2011, jelas sekali terlampau banyak kelemahan dalam penganugerahan tender projek ini malah banyak lagi projek yang belum dilaksanakan. Sedangkan segala projek-projek di PTSK Lembah Sireh itu sepatutnya sudah siap sejak bertahun-tahun lalu. 

Persoalannya, bagaimana mungkin kerajaan negeri sewenang-wenangnya melepaskan hak milik tanah kepada syarikat pemaju tersebut tanpa meminta jaminan yang sepatutnya? 

Kenapa Kerajaan PAS Kelantan tidak mengambil tindakan susulan terhadap syarikat swasta terbabit berikutan kelewatan dan kegagalannya menyiapkan projek PTSK? 

Tanah kerajaan negeri dan rakyat sepatutnya hanya boleh ditukar milik kepada syarikat swasta yang terlibat dalam projek pembangunan di atas tanah tersebut, sebaik sahaja keseluruhan projek siap dilaksanakan. 

Tapi dalam kes PTSK, Kerajaan PAS Kelantan dan Liziz Standaco Sdn Bhd, prosedur tersebut diabaikan, malah tiada jaminan bon diterima pihak kerajaan negeri. Jelas wujud penyelewengan atau salah laku dalam urusan pindah milik tanah-tanah ini. 

Apabila hak milik tanah dipindah sesuka hati tanpa melalui saluran dan prosedur yang betul, siapa sebenarnya yang untung? 

Tentu sahaja, syarikat swasta itu dan mungkin sahaja ada gerombolan penyangak yang lain dalam kerajaan negeri yang turut senyum lebar melihat poketnya penuh berisi. 

Dalam konteks lain pula, sekiranya ada antara projek tersebut telah dibuat oleh pihak kerajaan negeri atau kerajaan pusat, maka syarikat swasta itu perlu membayar sejumlah wang yang setara dengan projek yang telah disiapkan. 

Berikutan itu, memandangkan tanggungjawab membina Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra yang sepatutnya dibina oleh syarikat swasta itu gagal ditepati, sebaliknya tanggungjawab tersebut diambil alih pula oleh Kerajaan Pusat dan mula dibina sejak Jun 2007, bermakna, syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd perlu membayar wang minima sejumlah RM90 juta kepada Kerajaan PAS Kelantan. 

Dan bayaran setara RM90 juta ini juga hingga sekarang gagal dilakukan. 

Apakah wang RM90 juta itu juga sudah dibelanjakan oleh segelintir pihak dari kalangan pemimpin negeri? Atau syarikat tersebut mendapat pelepasan dan pengecualian dari membayarnya disebabkan mempunyai hubungan baik dengan mana-mana pemimpin PAS negeri? 

Sehingga saat ini belum ada satu pun reaksi balas daripada wakil Kerajaan PAS Kelantan bersabit isu ini. masing-masing sedang menikus bersembunyi disebalik jubah dan serban barangkali. 

Berdasarkan jaminan dari Kerajaan PAS Kelantan pada Februari lalu ketika isu ini pernah hangat menjadi bualan ramai, Timbalan Menteri Besarnya mengikrarkan pada umum akan memberi jawapan kepada semua persoalan berkaitan PTSK sebaik sahaja Laporan Audit dikeluarkan. 

Kini Laporan Audit sudah terbentang depan apa mata, mana tindakan susulan dari pihak Kerajaan PAS Kelantan? 

Masihkah sedang merangka jawapan berbelit tapi bunyinya indah semata-mata untuk menyembunyikan sesuatu?

0 comments

MALU SEBAB PAS KEDAH GELAPKAN RATUSAN JUTA DUIT RAKYAT, JENTERA TERPAKSA TUDUH UMNO!!!


Kelam-kabut sungguh para penyokong dan tukang propaganda PAS Kedah untuk membela kerajaan PAS Kedah yang terpukul dek laporan Ketua Audit Negara yang telah mendedahkan bagaimana pentadbiran dan pengurusan dijalankan seperti harta peninggalan tok nenek sendiri. Kerugian besar-besaran selain penggelapan beratus juta ringgit oleh pentadbiran negeri Kedah, menyebabkan mangsa untuk dikambinghitamkan perlu dicari.

Kebetulan, beberapa minggu sebelum Laporan Ketua Audit Negara didedahkan kepada umum, Kedah kecoh ekoran pertentangan antara KCS pro-PAS yang enggan mengikut arahan dan PAS Kedah yang masuk campur tanpa menghiraukan fakta bahawa KCS berada di bawah kuasa DYMM Sultan Kedah, bukannya Menteri Besar Kedah apatah lagi Pesuruhjaya PAS Kedah.

Ada suara-suara sumbang PAS Kedah dan PAS Pusat yang menyatakan, PAS perlu menerajang keluar SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah yang dikatakan menjadi BARUA UMNO. Puncanya tiada lain… kerana YDP Majlis Daerah Kubang Pasu yang sangat pro-PAS atau lebih tepat lagi, dipotong kulit, mencucur darah berwarna hijau, telah diarahkan oleh SUK untuk dipindahkan kepada Kuala Muda.

Arahan tersebut telah menyebabkan Ahmad Fisol, YDP MDKP tidak berpuas hati dan dengan menggunakan rantaian PAS, telah mendapatkan simpati daripada Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Tempatan seluruh Kedah yang pro-PAS agar berdemonstrasi dan membantah penukarannya.

Isu berkenaan sekaligus mendedahkan satu lagi persoalan, mengapa dan apa sebenarnya yang mendorong Ahmad Fisol enggan berpindah?

Laporan Ketua Audit Negara tentang Majlis Daerah Kubang Pasu ada jawapannya…SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

0 comments

NIK AZIZ FATWAKAN BOLEH ROGOL WANITA TAK TUTUP AURAT... CERITA LAMA TAPI DIPERBAHARUI!!!


Kalau ulama, dia akan sangat berhati-hati kerana ilmu dan alim akan membuatkan lidahnya tidak mendahului akal. Justeru sebarang hukum walaupun bersandarkan kepada kitab, akan diperhalusi demi kebaikan ummah dan agama Allah Taala.

Itulah yang berlaku kepada Nik Abdul Aziz.

Empat tahun dahulu, Nik Aziz pernah mengeluarkan 'fatwa' bahawa wanita yang tidak menutup aurat 'diharuskan' untuk dirogol. Pendapatnya itu dari segi mantiknya mungkin akan kelihatan benar, terutama kepada mereka yang berfikiran lurus dan tidak cukup ilmu kerana hanya mendapat ilmu agama dari ceramah semata-mata.

Namun, ia sebenarnya memberikan natijah yang cukup besar. Perangai Taliban seperti yang ditunjukkan oleh Nik Abdul Aziz, sebenarnya lebih menakutkan golongan bukan Islam, bahkan di kalangan umat Islam sendiri kerana Islam baginya adalah hukuman. Sesiapa sahaja yang beragama Islam, sedang terhukum, manakala yang bukan Islam, perlu dihukum.

Pendek kata, Islam adalah hukum dan hukuman.

Hari ini, Wanita MCA menggunakan buah tersebut untuk menyerang Nik Abdul Aziz, PAS, bahkan UMNO dan Islam. Kata Wanita MCA, Nik Abdul Aziz menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam kerana sudah tentulah wanita bukan Islam tidak akan berpakaian menutup aurat sebagaimana yang disyariatkan oleh Islam.

Macam mana nak jawab tu?

Adakah perlu berputar belit untuk memberikan satu jawapan yang cukup mudah, ringkas dan tepat? Atau kita boleh menghentam Nik Aziz terus kerana bermulut celupar dan otaknya letak di hujung lidah?

2 comments

KEJAYAAN KELANTAN JULANG PIALA MALAYSIA DISAMBUT GOYANG GERUDI VERSI BELAKANG JIP!!!


Tahniah pasukan Kelantan yang berjaya buat kali kedua menjulang Piala Malaysia menewaskan Angkatan Tentera Malaysia, sekalipun pada masa tambahan dan pada saat Kelantan sudah hampir-hampir kecundang di tangan pasukan Angkatan Tentera Malaysia.

Berapa jumlah yang masuk gol terutama dua gol awal Kelantan yang dilihat seperti gol 'tergolek', tak perlulah dipertikaikan. Anuar Musa yang mengakhiri tugasannya sebagai pengurus pasukan Kelantan, tentunya boleh tersenyum lebar dengan kemenangan ini.

Musim hadapan, kalau PAS terus memerintah Kelantan, maknanya Husam Musa akan melantik konco-konconya pula untuk menguruskan pasukan Kelantan. Menang kalah belakang kira, janji bendera PAS boleh dikibarkan di bendera sepertimana yang dilakukan oleh para penyokong Kelantan dari tengah hari tadi.

Dua tahun, orang UMNO menguruskan pasukan bola sepak Kelantan, dua tahun jugalah Kelantan berturut-turut jadi juara. Tahun depan... nasib pasukan Kelantan akan sama seperti pasukan Kedah selepas Exco kaki bangku merampas jawatan pengurus pasukan daripada Othman Aziz.

Sempena kejayaan Kelantan ini, TFK dengan ini turut sama ingin meraikan dengan sebuah klip video hasil anak Kelantan, dinyanyikan juga oleh mek-mek Kelantan yang gebu, seksi dan pandai menari terkangkang-kangkang serta untuk pasaran Kelantan.

Di Malaysia, hanya tiga buah negeri sahaja yang 'berani' mengeluarkan produk nyanyian dan tarian mereka sendiri iaitu Sabah, Sarawak dan Kelantan. Sabah dan Sarawak tidak mengapalah sebab keluasan negeri mereka, hampir menyamai keluasan Semenanjung. Tapi Kelantan...

Tengok sendirilah hasil anak-anak Serambi Makkah yang dibangga-banggakan sangat tuh...


1 comments

Saturday, October 20, 2012

MODEL LUCAH MELAYU DIUSIR, BLOGGER SEKS ANAK CINA LEPAS BEBAS!!!

Saturday, October 20, 2012


Tahun 1996 dahulu, negara kecoh dengan kewujudan BABYRINA, seorang model lucah Melayu pertama di Internet. Pada ketika itu, belum ada lagi blogspot, belum ada lagi wi-fi, belum ada lagi broadband, jauh sekali streamyx dan unifi. Boleh dikatakan, kesemua laman web menggunakan TRIPOD dan GEOCITIES. Kalau dibangunkan sebuah laman web pun, perbelanjaannya amat besar dan aksesnya tidaklah selancar sekarang. 
Kemunculan BABYRINA dan kawan-kawannya telah menjadi fenomena di kalangan pelayar-pelayar Internet. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab, memuat turunkan kesemua gambar-gambar BABYRINA yang beraksi lucah bersama-sama kawan-kawan modelnya yang lain dan mencetaknya sebelum dijual secara gelap.
Selepas menjadi fenomena, BABYRINA tidak lagi muncul dengan gambar-gambar baru di Internet. Model lucah Melayu itu hilang begitu sahaja. Bagaimanapun, pada tahun 2001, BABYRINA dikesan cuba memasuki negara ini menerusi KLIA. Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak membenarkan dia melepasi had kawalan Imigresen, sekaligus wanita berkenaan diusir dari negara ini dan pulang semula ke Amerika Syarikat. 
Itu sahajalah berita terakhir yang didengar tentang BABYRINA. Dia tidak dibenarkan kembali ke negaranya kerana gambar-gambar lucahnya yang telah membuatkan dia terkenal di seluruh dunia.
Itu cerita tahun 2001. Sekarang, pada tahun 2012, sepasang anak Cina yang belajar di Singapura telah mencipta halaman blog yang memaparkan gambar-gambar mereka sedang berhubungan intim. Gelagat mereka jauh lebih lucah berbanding Babyrina memandangkan wanita Melayu berkenaan sekadar beraksi bogel dan bukannya persetubuhan. 
Alvin Tan dan Vivian Lee langsung tidak menunjukkan kekesalan mereka berhubung pendedahan yang mereka sendiri lakukan. Bahkan mereka sangat bangga dengan apa yang telah dilakukan. Lebih menguntungkan lagi, berbanding Babyrina yang tidak dibenarkan memasuki negara ini, Alvin Tan dan Vivian Lee yang sekarang ini berlindung di rumah ibu bapa masing-masing di Johor dan Kuala Lumpur. Tiada sebarang tindakan dikenakan kepada mereka, walaupun Singapura mungkin akan menghalang mereka daripada memasuki negara tersebut selain mendakwa kedua-duanya di bawah akta filem, selain penyingkiran daripada pengajian serta biasiswa ditarik balik. 
MCMC tidak mengambil sebarang tindakan sebaliknya... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

2 comments

PASANGAN BLOGGER SEKS KENA HALAU DARI RUMAH!!!

PETALING JAYA: Mereka telah menjadi sangat terkenal dalam masa seminggu akibat mempunyai blog seks, tetapi Alvin Tan dan Vivian Lee berdepan beberapa kemungkinan.

Lee, 23, mungkin dihalau keluar dari rumah keluarganya selepas blog "Sumptuous Erotica" yang dikongsi dengan Tan, 24, menjadi tajuk utama dalam beberapa akhbar di sini dan di Singapura.

"Ibu saya memberi saya kata putus sama ada mengahwininya atau keluar dari rumah dalam tempoh sebulan," katanya, sambil menambah dia "sedikit takut" mengenai perkara itu.

Dia baru sahaja lulus ijazah pemasaran dari Universiti Multimedia dan tinggal di Johor Baru bersama ibu dan abangnya.

Tan sedang menghabiskan cuti belajar di National University of Singapore (NUS) dengan ibu bapanya di sini dan pangsapuri yang disewa di Kuala Lumpur. Cutinya ini tidak mempunyai kaitan dengan blog seks.

Lee berkata dengan kebarangkalian yang tipis untuk berkahwin dengan Tan, kerana kedua-dua menganggap diri masih muda dan tidak bersedia untuk komited antara satu sama lain, dia mungkin mengakhirinya dengan tinggal bersama Tan.

"Saya fikir dia boleh bergantung dengan saya. Saya rasa saya boleh memberikan bantuan kewangan," kata Tan semasa temubual panjang dengan radio Kumpulan Media Star di sini, Jumaat.

Kedua-duanya berkata ibu Lee yang juga ibu tunggal tertekan dan telah cuba menghubungi Tan untuk memberi teguran tetapi Tan tidak menjawab panggilan tersebut.

"Ibu saya juga memarahi saya dan tidak mahu memberitahu apa-apa kenyataan kepada akhbar," kata Lee. "Tetapi saya rasa saya menentangnya."

Bagi Tan, pelajar undang-undang dan pemegang biasiswa Asean, dia menghadapi kemungkinan dibuang universiti dan biasiswa dibatalkan selepas gambar bogelnya dan video seks bersama Lee menjadi tajuk utama di republik itu.

Tetapi dia berkata tidak melihat ia sebagai "sesuatu yang besar" jika disingkirkan dari universiti.

Kedua-duanya, Tan dan Lee mahu menceburi bidang perniagaan persembahan dan tidak menolak kemungkinan menjadi pelakon.

Mereka juga mendedahkan bahawa berkongsi gambar intim dan video di internet adalah 'idea bersama'. Lee yang telah memujuk Tan untuk menangkap gambar dan klip bogel antara satu sama lain.

"Kami mula mengambil gambar bogel ketika bertemu kali kedua," kata Tan.

"Kami menghabiskan cuti di sebuah hotel di P.Pinang dan dia telah berbogel.

"Dia bertanya kepada saya jika saya mahu mengambil gambar (bogel) dan saya menganggapnya sebagai suka-suka," kata Tan, yang berkata dia tidak melakukan seks sejauh ini dengan bekas teman wanitanya.

"Kebanyakan adalah pengecut. OK, saya tarik balik. Mereka tidak mencabar," katanya.

"Melakukan perkara-perkara seperti 'bungee-jumping' atau terjunan udara adalah perkara biasa," katanya. "Saya mahu bergaul dengan orang-orang yang telah melakukan perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini."

Dengarkan pra-rakaman temubual dengan pasangan ini di Red FM (104.9) dan Capital FM (88.9) pada pukul 2 petang hari ini.

Pendengar di Lembah Klang juga boleh mendengarnya melalui stesen berbahasa Cina 988FM (98.8) pada pukul 7.30 pagi, Selasa.

Stesen radio kumpulan media The Star Red FM, Capital FM dan 988 FM turut membawakan beberapa topik termasuk:

- Bagaimana mereka bertemu dan bagaimana dia obses dengan wanita bernama 'Vivian'.

- "Alvin mempunyai 'keterujaan' untuk nama Vivian. Kami bertemu melalui "kawan atas kawan" di Facebook, dan Alvin telah menjadikan saya sebagai kawannya." - Vivian

Mengenai rakaman video seks.

"Ia sebenarnya terdapat lebih banyak. Seks lebih ghairah yang kita ada tidak direkodkan. Ia sebenarnya seperti kerja" - Alvin

- Bagaimana jika ia adalah anak-anak mereka menyiarkan video seks?

"Saya tidak akan menggalakkan mereka secara langsung, tetapi saya akan menggalakkan mereka untuk menyerlahkan apa jua bakat atau minat mereka." - Alvin

- Adakah dia menyesal apa-apa ini?

"Kami hanya akan menyesali perkara yang kami tidak melakukannya. 20 tahun dari sekarang, saya akan melihat kembali zaman 20-an saya dan saya berfikir bahawa saya adalah begitu menakjubkan. "-. Alvin


0 comments

FAEKAH HUSIN ADA BOM UNTUK PUNGGUNG AZMIN ALI!!!


Faekah sedar, kelangsungan dan keberadaan jawatannya di dalam pentadbiran Selangor amat bergantung kepada Azmin Ali. Bukan Faekah tidak tahu yang Azmin Ali mempunyai kekuatan yang hebat di Selangor. Azmin ada rangkaian dan rantaian kuasa, dari sekecil-kecil kuasa seperti kontraktor sampah sehinggalah kepada kepala gangster, terutama sekali di Ampang!

Namun sebagai SETPOL dan orang yang paling rapat serta dipercayai oleh Khalid Ibrahim, Faekah Husin juga tahu apa yang Khalid Ibrahim tahu. Faekah tahu, Azmin boleh digenggam telurnya menerusi projek ratusan juta ringgit yang Azmin sendiri terlibat secara langsung. Projek berkenaan adalah DATUM JELATEK yang telah menghalau sebahagian pengundi-pengundi Melayu Setiawangsa ke bahagian lain di Selangor. Projek yang terletak di tapak rumah pangsa Taman Keramat suatu ketika dahulu, masih belum dibangunkan walaupun komisyennya telah hilang disamun Azmin Ali dan konco-konconya.

Sumber dari Pejabat Menteri Besar Selangor menyatakan bahawa Faekah sudah pun mempunyai details tentang DATUM JELATEK termasuklah jumlah pembayaran komisyen, tarikh, penyata bank dan sebagainya. Faekah hanya menunggu masa untuk membuat pendedahan, sama ada menerusi mulutnya sendiri atau seperti biasa, ‘mengupah’ atau meminta pihak lain mendedahkan butiran tersebut bagi pihaknya.

Azmin Ali mempunyai peranan yang cukup besar dalam projek ELIT dan SUPER MEGA bernilai hampir RM1 bilion itu. Turut sama ada bahagian adalah ADUN Hulu Kelang, Shaari Sungib.... SAMBUNG BACAAN DI SEL13.COM

0 comments

ALAMAK! BERSEPAH-SEPAHNYA BLOG GAY MALAYSIA DI INTERNET!!!


Pada ketika Pakatan Rakyat terutama sekali PAS bercokak tentang hudud dan menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional kerana tiadanya hukum hudud di Malaysia, gejala LGBT semakin bermaharajalela. Tidak sahaja menerusi tindakan undang-undang yang lebih daring seperti empat orang pondan yang cuba menyanggah Seksyen 66, Undang-Undang Syariah yang dikatakan bertentangan dengan Fasal 8, Perlembagaan Malaysia, sebaliknya wabak LGBT sudah pun menyusup ke dalam 'makanan asasi' generasi baru iaitu INTERNET.

INTERNET merupakan medium yang paling mudah untuk menyebarkan wabak ini. Apatah lagi Kerajaan Malaysia tidak mengamalkan dasar kawalan Internet yang ketat. Kalau bab politik, mungkin pemantauan dibuat dengan teliti sehinggakan baik pemimpin dari Pakatan Rakyat, mahupun dari Barisan Nasional boleh menyaman sesiapa sahaja yang mereka rasakan mampu memberikan imej yang buruk kepada mereka dengan alasan FITNAH.

Namun apabila membabitkan kerosakan yang lebih besar untuk jangka panjang seperti gejala GAY, LESBIANISME, BISEKSUAL dan TRANSGENDER (pondan), tiada siapa pun yang peduli.

Memang benar, ada suara-suara yang sayup-sayup bercakap dan memperingatkan tentang bahaya gejala ini. Bahkan dari kalangan pemerintah sendiri pun, ramai pemimpin yang memberikan pandangan sambil menyalahkan Pakatan Rakyat yang sangat cenderung menyokong LGBT atas alasan hak asasi dan kebebasan individu, namun apabila bukti terpampang di depan mata, masing-masing buat-buat tidak nampak atau tidak tahu.

Kalau JPJ sekarang ini cukup terkenal dengan KAMERA AESnya dan dipertahankan pula oleh Menteri Pengangkutan bersama-sama Ketua Pengarah JPJ walaupun rakyat mengetahui yang kaut untung adalah tiga syarikat konsesi, barangkali Kementerian Rais Yatim juga perlu ada 'KAMERA AES' untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap blog-blog gay, lesbian, pondan dan biseksual yang bertapak di Malaysia.


Rasa-rasanya bukan susah sangat pun, memandangkan gateway Malaysia bukannya banyak pun. Walaupun didaftarkan di luar negara, tetapi gatewaynya tetap di Malaysia, sekaligus membolehkan MCMC atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membuktikan kewujudan mereka, benar-benar berkesan dan tidak hanya terhenti pada yang bersifat politik semata-mata!

Tapi boleh ke? Atau MCMC juga sebenarnya SAMA SYOK dengan Anwar Ibrahim ekoran kewujudan blog-blog gay seperti ini?

1 comments

Friday, October 19, 2012

NAK HUDUD DAN NEGARA ISLAM? TANDAS AWAM PUN GAGAL DIJAGA... CEHHH!!!

Friday, October 19, 2012

Ada sesuatu yang membuatkan tanggapan dan retorik kononnya, sokong PAS bererti sokong Islam, perlu direnung semula. Malah tidak keterlaluan kalau dikatakan, lebih baik dihilangkan terus daripada ingatan. Sebabnya, perkara pertama dalam kehidupan selaku umat Islam, iaitu TAHARAH tidak mendapat perhatian sewajarnya, bahkan langsung tidak dititikberatkan. Kalau bab TAHARAH yang merupakan paling asas dalam siasah tidak dipedulikan, bab Negara Islam dan HUDUD sudah tentulah jauh panggang dari api.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara, ada disentuh tentang 9 lokasi TANDAS AWAM di Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) dan 10 lokasi di Majlis Daerah Baling (MDB). Amat memalukan apabila di dalam laporan berkenaan, dinyatakan bahawa 5 daripada 9 tandas awam di MDKP dan 4 daripada 10 tandas awam di MDB TIDAK DISELENGGARAKAN dengan baik.

Ianya amat berebza dengan tandas yang disewakan kepada operator swasta di mana tanadas adalah lebih bersih berbanding dengan tandas yang diselenggarakan sendiri oleh Majlis. Laporan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa keadaan tersebut berlaku kerana tiada pemantauan dan penyelenggaraan daripada Majlis.

Lima tandas awam di MDKP yang dimaksudkan adalah Tandas Awam Medan Ikan Bakar Sejahtera. Masalah utamanya ialah kerosakan kerana tidak digunakan dan tidak dijaga. Manakala Tandas Awam Pasar Batu 17, Tunjang pula, rosak dan tidak digunakan, tiada bekalan air dan menjadi tempat simpanan barangan peniaga. Tandawas Awam Bazar MDKP, Bukit Kayu Hitam pula, rosak, kotor dan tidak dijaga. Tandas Awam di Medan Selera Changloon, rosak, kotor dan tidak dijaga. Begitu juga dengan Tandas Awam Pasar Changloon, turut rosak dan kekurangan bekalan air.

Di Baling, empat tandas yang diperkatakan adalah Tandas Medan Selera Kupang. Masalah utama di situ adalah tandas lelaki yang rosak teruk dan tidak dicuci langsung, manakala tandas perempuan masih boleh digunakan dan dijaga serta dikunci oleh peniaga wanita. Tandas Awam Bangunan Arked Kuala Ketil pula, terdapat tandas yang rosak dan ada yang masih boleh digunakan. Tandas Awam Pasar Baru Kuala Ketil, rosak dan tidak disenggara. Dan akhir sekali, Tandas Awam Pasar Borong Baling, tidak disenggara dan tidak digunakan.

Mungkin bagi sesetengah orang, tandas bukanlah perkara penting kerana ia adalah lambang kekotoran, tempat pembuangan najis dan tempat yang paling dielak untuk berkunjung. Justeru penjagaan dan penyelenggaraannya dianggap tidak perlu.... SAMBUNG BACAAN DI SINI

1 comments

Blog Archive

Labels