Menurut KL Chronicle, Pengarah Strategi Rafizi Ramli sekali lagi telah membuat kenyataan yang tidak munasabah dan tidak bertanggungjawab mengenai Duti Import (AP) untuk kereta-kereta import – Sengaja untuk mengelirukan rakyat dan menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan Barisan Nasioal.
Itulah persoalan yang sering ditanya kebelakangan ini. Dalam satu kes lain September lalu, laporan berita dan blog menyatakan bahawa Rafizi tidak boleh dipercayai. Mengapa? Adakah kerana mengikut Seksyen 114A Akta Keterangan, portal berita dan penulis blog perlu melaporkan fakta yang benar dan tepat, atau adakah para pengarang dan wartawan mendapati bahawa Rafizi adalah seorang ‘pseudologia fantastica’?
Ahli psikiatri berkata terdapat tiga terma untuk menjelaskan tentang penipu tegar, pseudologia, fantastica, mythomania, atau pathological lying. Menurut Wikipedia, ia pertama kali digunakan untuk penulisan-penulisan perubatan pada tahun 1891 oleh Anton Delbrueck. Walaupun ianya bertentangan pada dasaranya, penipuan tegar ini telah ditakrifkan sebagai “penipuan melulu yang jelas dari pandangan mata kasar. Ia boleh melarat, berpanjangan dan merumitkab serta mungkin memakan masa untuk bertahun lamanya, atau seumur hidup untuk mengetahui tentang kewujudannya.”
Akan tetapi, sebelum kita mengkaji dengan lebih mendalam tentang penyakit ini, kita boleh saksikan dari akar umbi tuduhan yang dilemparkan kepada National Feedlot Corporation (NFCorp) oleh Rafizi selama ini adalah penipuan semata-mata dan telah menimbulkan amarah orang ramai.
Rafizi Menipu di RadioTiada yang lebih benar daripada mendengar daripada sumbernya sendiri. Pada satu rakaman podcast radio BFM 89.9, menunjukkan bagaimana Rafizi memberitahu pendengar radio bahawa NFCorp tidak pernah serius dalam menjalankan perniagaan daging lembu. Rafizi kemudiannya sambung dengan cubaan membuat tuduhan palsu yang dramatik dengan menyatakan bahawa wang yang digunakan telah diselewengkan.
Penulis sekali lagi menjalankan penyiasatan serta carian keatas kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh NFCorp, dimana ia menyatakan bahawa mereka mempunyai seramai lebih 160 pelanggan membeli daging lembu Gemas mereka. Ini terdiri daripada pasar besar, supermarket, pasar mini, pasar basah, pasar tani, kilang pemprosesan daging, hotel, restoran dan cafe (sektor HORECA). Kemudiannya, mereka ini dianggarkan menjual kepada lebih daripada 100,000 konsumer seminggu. Adakah ini tidak cukup serius dalam menjalankan perniagaan? Mengapakah Rafizi perlu menipu dan terus melemparkan persepsi yang berbeza?
Sebagai seorang akauntan bertauliah, bolehkah Rafizi mengira dengan betul?
Rafizi mendakwa beliau adalah seorang akauntan yang bertauliah. Awal November yang lalu, Rafizi dan ahli Pakatan Rakyat cuba untuk memasuki Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). Menurut Malaysian Insider, mereka telah dihalang oleh pihak sekuriti semasa mereka menjelaskan bahawa mereka mempunyai hak untuk memasuki kawasan itu dengan alasan untuk “mengira lembu”. Sekiranya benar Rafizi dan ahli PR yang lain tidak dibenarkan masuk, bagaimana mereka membuat kiraan lembu tersebut? Rafizi di dalam laporan Malaysian Insider (1 November 2011) menyatakan bahawa NFCorp hanya mencapai sebanyak 5% pelan tahunan daripada 50,000 tan daging lembu (5% daripada 330,000 ekor lembu) untuk tahun 2009.
Menurut Perjanjian Perlaksanaan diperlihatkan oleh penulis, NFCorp telah mencapai sasaran yang pertama seperti mana yang telah ditetapkan oleh kerajaan kepada NFC. Untuk tahun 2010, sasaran NFCorp oleh pihak kerajaan ialah sebanyak 8,000 ekor lembu. Malah, NFcorp telah mencatatkan sasaran sebanyak 8,897 ekor lembu, iaitu 897 ekor lebih daripasa sasaran, bersamaan 11 peratus menjangkaui sasaran tahun tersebut.
Seperti biasa, Rafizi tidak pernah mendapat gambaran sebenar atau dokumen sebenar. Hujahan yang dilemparkan adalah berdasarkan tipu helah dan perbohongan semata-mata. Sasaran sebanyak 330,000 ekor lembu tidak pernah wujud. Menjelang 2015, target rasmi dalam Perjanjian Perlaksanaan yang telah dikeluarkan dalam Jadual 9 untuk NFcorp ialah sebanyak 60,000 ekor lembu. Mengapa Rafizi memberikan gambaran yang salah serta menyimpang jauh? Malahan, perlukah Rafizi menipu rakyat Malaysia?
Adakah Rafizi buta huruf? Atau adakah beliau tidak membaca?
Laporan Ketua Audit Negara 2010 secara jelasnya menyatakan bahawa Ketua Audit Negara (KAN) hanya mengaudit badan-badan kerajaan merangkumi kementerian, jabatan kerajaan, agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat milik kerajaan dan projek-projek kerajaan. KAN kemudiannya telah mengesahkan perkara ini. KAN tidak sama sekali mengaudit syarikat-syarikat swasta yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Tetapi, di permulaan kekecohan NFC pada November 2011, Rafizi telah keluar untuk menjatuhkan serta menghentam NFCorp (syarikat swasta) dengan menolak kenyataan Ketua Audit Negara bahawa projek tersebut tidak berada di dalam keadaan ‘kucar-kacir’ (Malaysian Insider, 1 November 2011)
Pada 26 Januari 2012, KAN Tan Sri Amrin Buang telah mengeluarkan kenyataan media untuk menjelaskan bahawa NFCorp tidak di audit, sebaliknya hanya projek NFC (Pusat Fidlot Kebangsaan) kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani telah diaudit. Apa yang lebih penting, NFCorp tidak berada dalam keadaan “kucar-kacir”, sehingga menyebabkan mereka menerima kritikan tegas dari orang ramai. Menurut kenyataan KAN, audit dilakukan untuk memastikan samada projek NFC dilaksanakan dengan cermat mengikut plan dan harus mencapai objektif mereka. NFCorp sememangnya tidak pernah diaudit.
Jadi mengapa Rafizi memberi gambaran yang salah dan memutarbelitkan NFCorp? Mengapa dia menipu?
Bukan tanah percuma dan jelas sekali bukan 5,000 ekarAhli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin pada 11 November dalam kenyataannya kepada MalaysiaKini berkata “Rafizi menuduh NFcorp telah diberi 5,000 ekar tanah di Gemas, Negeri Sembilan secara percuma. Ini dikategorikan sebagai palsu – 1,500 ekar tanah hanya disewakan kepada NFCorp oleh Menteri Besar Incorporated, Negeri Sembilan.”
“Dua kesalahan utama: persoalan keluasan tanah dan hakikatnya ia adalah disewakan dan bukannya diserahkan secara percuma. Dan jika diperhatikan Rafizi tidak pernah menyatakan perkara ini di dalam karyanya di MalaysiaKini pada 10 November, namun penulisan “1 Lembu = 5 ekar” beliau masih lagi terpapar di dada blog beliau.
“Pandai matematik-nya,” Khairy melawak.
Dokumen yang diperlihatkan kepada penulis menunjukkan bukti perjanjian pajakan – maka dengan itu, tanah itu bukan percuma seperti yang dinyatakan oleh Rafizi. Khairy berkata benar dimana ianya hanya 1,500 ekar. Perjanjian pajakan membuktikan begitu.
Jadi mengapa Rafizi menipu?Mungkin tepat apa yang dikatakan oleh Khairy “Boleh dilihat dengan jelas melalui perdebatan ini, Rafizi telah menunjukan dirinya sebagai tidak jujur dengan kelakuannya memesongkan topik perdebatan apabila mengetahui bahawa hujah-hujah beliau gagal.
Penipuan dan pembohongan Rafizi tentang KL Eco City terbongkarKontroversi pinjaman NFCorp untuk membeli lot-lot pejabat di KL Eco City adalah contoh terbaik dimana Rafizi sedar bahawa hujah-hujah beliau berjaya di sangkal. Rafizi dengan sengaja memberikan gambaran yang salah dan memutarbelikan fakta dokumen bank yang diperolehinya secara haram dari seorang pekerja bank. MalaysiaKini telah merakamkan melalui lensa kamera ‘jenayah’ ini pada 7 Mac 2012 lalu – (
http://www.malaysiakini.tv/video/23239/more-properties-in-bangsar-bought-by-nfc-directors.html).
Tidak cukup dengan mengedarkan dan mempamerkan dokumen tersebut yang telah melanggar akta BAFIA, beliau turut memperdayakan para media dalam mempercayai bahawa beliau mempunyai fakta-fakta kukuh mengenai pinjaman yang diambil untuk lapan lot pejabat. Rafizi juga mengumumkan mengenai kelemahan kewangan pengarah-pengarah syarikat. Rafizi turut berbohong bahawa RM71 juta deposit kerajaan digunakan sebagai jaminan dalam usaha untuk mendapatkan pinjaman peribadi. Rafizi telah membuat satu analisis palsu daripada dokumen bank tersebut.
Namun begitu, NFCorp menjelaskan bahawa tiada pinjaman yang telah diambil untuk KL Eco City oleh pihak syarikat. Dokumen yang dimiliki Rafizi adalah pinjaman peribadi lain yang diambil pada tahun 2005 dan 2008 yang tiada kaitan langsung dengan KL Eco City. Melalui permerhatian yang mendalam pada dokumen bank yang telah diedarkan oleh Rafizi kepada para media jelas menunjukkan hakikat bahawa ia adalah pinjaman dari 2005 dan 2008. Amat menarik perhatian apabila diketahui bahawa KL Eco City hanya dilancarkan untuk jualan pada 2011. Dan jika dikira semula, NFCorp masih belum wujud pada tahun 2005. Oleh sebab itu, pembohongan deposit RM71 juta kerajaan adalah di bawah ancaman dibuktikan tidak benar.
Sejak pembohongan Rafizi terbongkar, maka tiada lagi suara sumbang dari Rafizi mengenai lot-lot pejabat di KL Eco City. Akan tetapi, menurut sumber NFCorp berkata, putarbelit Rafizi telah menyebabkan kemusnahan kekal kepada pengerusi dan NFCorp. Atas paksi tipu helah ini, seluruh warga negara telah HANGIN!
Mengapa Rafizi berbohong? Adakah kehidupan beliau adalah satu pembohongan?
Mengapa Rafizi begitu kerap berbohong, itulah persoalannya. Wikipedia dan sumber Internet lain menyifatkan perwatakan-perwatakan pseudologia fantastica atau penipu tegar adalah:
· Cerita yang disampaikan cenderung kepada pembohongan. Sebagai contoh, seseorang itu mungkin mempamerkan dirinya sebagai berani, tegas dan bangga. Ini akan menjadikan penipu tersebut dianggap sebagai wira. Atau mungkin akan dikaitkan dengan seseorang yang terkenal.
· Masalah ini juga terjadi disebabkan oleh kurangnya keyakinan diri seseorang – mereka menipu untuk menjadikan diri mereka penting dan kerana mereka tidak dapat bergaul baik dengan orang ramai. Mereka dapat menarik perhatian ramai melalui cerita yang digembar-gemburkan.
· Cerita yang disampaikan tidak selalunya meragukan. Mereka tidak menunjukkan ilusi atau lebih kepada psikosis: jika berdepan dengan mereka, mereka boleh mengakui bahawa ianya tidak benar, walaupun secara terpaksa.
· Kecenderungan untuk berbohong adalah berkekalan.
· Pseudologia fantastica juga dikenalpasti sebagai sindrom memori palsu, dimana penghidap benar-benar mempercayai terjadinya situasi-situasi rekaan walaupun situasi itu adalah rekaan semata-mata.
Pathological lying – penipu tegar akan terus menipuWikipedia menyatakan bahawa menipu adalah perbuatan sengaja dimana ia mengetahui kebenarannya serta secara rela untuk membuat kenyataan palsu. Penipuan tegar dianggap sebagai penyakit mental, kerana ia telah menjangkaui penilaian rasional dan membawa kepada dunia fantasi. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa sesetengah orang tertentu mungkin mempunyai "kecenderungan untuk menipu".
Penipuan yang melampau adalah gejala yang biasa untuk kebanyakkan penyakit mental. Terdapat beberapa kesan akibat daripada menjadi penipu tegar. Oleh kerana kurang dipercayai, kebanyakkan penipu tegar gagal dalam perhubungan dan persahabatan. Bukankah ini yang sering kita dengar dari pihak pembangkang? Jika penyakit ini berterusan, ia boleh menjadi parah dan mengakibatkan tindakan undang-undang.
Adakah Rafizi memerlukan pertolongan?
Mengenai Penulis
Fabiani Azmi seorang merupakan pembaca dunia blog. Beliau percaya misteri di dunia boleh diselesaikan. Dan ia tidak memerlukan seorang ahli paleontologi untuk menyiasat.
“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, Dan kamu sembunyikn yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya”