IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, October 20, 2012

MODEL LUCAH MELAYU DIUSIR, BLOGGER SEKS ANAK CINA LEPAS BEBAS!!!

Saturday, October 20, 2012


Tahun 1996 dahulu, negara kecoh dengan kewujudan BABYRINA, seorang model lucah Melayu pertama di Internet. Pada ketika itu, belum ada lagi blogspot, belum ada lagi wi-fi, belum ada lagi broadband, jauh sekali streamyx dan unifi. Boleh dikatakan, kesemua laman web menggunakan TRIPOD dan GEOCITIES. Kalau dibangunkan sebuah laman web pun, perbelanjaannya amat besar dan aksesnya tidaklah selancar sekarang. 
Kemunculan BABYRINA dan kawan-kawannya telah menjadi fenomena di kalangan pelayar-pelayar Internet. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab, memuat turunkan kesemua gambar-gambar BABYRINA yang beraksi lucah bersama-sama kawan-kawan modelnya yang lain dan mencetaknya sebelum dijual secara gelap.
Selepas menjadi fenomena, BABYRINA tidak lagi muncul dengan gambar-gambar baru di Internet. Model lucah Melayu itu hilang begitu sahaja. Bagaimanapun, pada tahun 2001, BABYRINA dikesan cuba memasuki negara ini menerusi KLIA. Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak membenarkan dia melepasi had kawalan Imigresen, sekaligus wanita berkenaan diusir dari negara ini dan pulang semula ke Amerika Syarikat. 
Itu sahajalah berita terakhir yang didengar tentang BABYRINA. Dia tidak dibenarkan kembali ke negaranya kerana gambar-gambar lucahnya yang telah membuatkan dia terkenal di seluruh dunia.
Itu cerita tahun 2001. Sekarang, pada tahun 2012, sepasang anak Cina yang belajar di Singapura telah mencipta halaman blog yang memaparkan gambar-gambar mereka sedang berhubungan intim. Gelagat mereka jauh lebih lucah berbanding Babyrina memandangkan wanita Melayu berkenaan sekadar beraksi bogel dan bukannya persetubuhan. 
Alvin Tan dan Vivian Lee langsung tidak menunjukkan kekesalan mereka berhubung pendedahan yang mereka sendiri lakukan. Bahkan mereka sangat bangga dengan apa yang telah dilakukan. Lebih menguntungkan lagi, berbanding Babyrina yang tidak dibenarkan memasuki negara ini, Alvin Tan dan Vivian Lee yang sekarang ini berlindung di rumah ibu bapa masing-masing di Johor dan Kuala Lumpur. Tiada sebarang tindakan dikenakan kepada mereka, walaupun Singapura mungkin akan menghalang mereka daripada memasuki negara tersebut selain mendakwa kedua-duanya di bawah akta filem, selain penyingkiran daripada pengajian serta biasiswa ditarik balik. 
MCMC tidak mengambil sebarang tindakan sebaliknya... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

2 comments

PASANGAN BLOGGER SEKS KENA HALAU DARI RUMAH!!!

PETALING JAYA: Mereka telah menjadi sangat terkenal dalam masa seminggu akibat mempunyai blog seks, tetapi Alvin Tan dan Vivian Lee berdepan beberapa kemungkinan.

Lee, 23, mungkin dihalau keluar dari rumah keluarganya selepas blog "Sumptuous Erotica" yang dikongsi dengan Tan, 24, menjadi tajuk utama dalam beberapa akhbar di sini dan di Singapura.

"Ibu saya memberi saya kata putus sama ada mengahwininya atau keluar dari rumah dalam tempoh sebulan," katanya, sambil menambah dia "sedikit takut" mengenai perkara itu.

Dia baru sahaja lulus ijazah pemasaran dari Universiti Multimedia dan tinggal di Johor Baru bersama ibu dan abangnya.

Tan sedang menghabiskan cuti belajar di National University of Singapore (NUS) dengan ibu bapanya di sini dan pangsapuri yang disewa di Kuala Lumpur. Cutinya ini tidak mempunyai kaitan dengan blog seks.

Lee berkata dengan kebarangkalian yang tipis untuk berkahwin dengan Tan, kerana kedua-dua menganggap diri masih muda dan tidak bersedia untuk komited antara satu sama lain, dia mungkin mengakhirinya dengan tinggal bersama Tan.

"Saya fikir dia boleh bergantung dengan saya. Saya rasa saya boleh memberikan bantuan kewangan," kata Tan semasa temubual panjang dengan radio Kumpulan Media Star di sini, Jumaat.

Kedua-duanya berkata ibu Lee yang juga ibu tunggal tertekan dan telah cuba menghubungi Tan untuk memberi teguran tetapi Tan tidak menjawab panggilan tersebut.

"Ibu saya juga memarahi saya dan tidak mahu memberitahu apa-apa kenyataan kepada akhbar," kata Lee. "Tetapi saya rasa saya menentangnya."

Bagi Tan, pelajar undang-undang dan pemegang biasiswa Asean, dia menghadapi kemungkinan dibuang universiti dan biasiswa dibatalkan selepas gambar bogelnya dan video seks bersama Lee menjadi tajuk utama di republik itu.

Tetapi dia berkata tidak melihat ia sebagai "sesuatu yang besar" jika disingkirkan dari universiti.

Kedua-duanya, Tan dan Lee mahu menceburi bidang perniagaan persembahan dan tidak menolak kemungkinan menjadi pelakon.

Mereka juga mendedahkan bahawa berkongsi gambar intim dan video di internet adalah 'idea bersama'. Lee yang telah memujuk Tan untuk menangkap gambar dan klip bogel antara satu sama lain.

"Kami mula mengambil gambar bogel ketika bertemu kali kedua," kata Tan.

"Kami menghabiskan cuti di sebuah hotel di P.Pinang dan dia telah berbogel.

"Dia bertanya kepada saya jika saya mahu mengambil gambar (bogel) dan saya menganggapnya sebagai suka-suka," kata Tan, yang berkata dia tidak melakukan seks sejauh ini dengan bekas teman wanitanya.

"Kebanyakan adalah pengecut. OK, saya tarik balik. Mereka tidak mencabar," katanya.

"Melakukan perkara-perkara seperti 'bungee-jumping' atau terjunan udara adalah perkara biasa," katanya. "Saya mahu bergaul dengan orang-orang yang telah melakukan perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini."

Dengarkan pra-rakaman temubual dengan pasangan ini di Red FM (104.9) dan Capital FM (88.9) pada pukul 2 petang hari ini.

Pendengar di Lembah Klang juga boleh mendengarnya melalui stesen berbahasa Cina 988FM (98.8) pada pukul 7.30 pagi, Selasa.

Stesen radio kumpulan media The Star Red FM, Capital FM dan 988 FM turut membawakan beberapa topik termasuk:

- Bagaimana mereka bertemu dan bagaimana dia obses dengan wanita bernama 'Vivian'.

- "Alvin mempunyai 'keterujaan' untuk nama Vivian. Kami bertemu melalui "kawan atas kawan" di Facebook, dan Alvin telah menjadikan saya sebagai kawannya." - Vivian

Mengenai rakaman video seks.

"Ia sebenarnya terdapat lebih banyak. Seks lebih ghairah yang kita ada tidak direkodkan. Ia sebenarnya seperti kerja" - Alvin

- Bagaimana jika ia adalah anak-anak mereka menyiarkan video seks?

"Saya tidak akan menggalakkan mereka secara langsung, tetapi saya akan menggalakkan mereka untuk menyerlahkan apa jua bakat atau minat mereka." - Alvin

- Adakah dia menyesal apa-apa ini?

"Kami hanya akan menyesali perkara yang kami tidak melakukannya. 20 tahun dari sekarang, saya akan melihat kembali zaman 20-an saya dan saya berfikir bahawa saya adalah begitu menakjubkan. "-. Alvin


0 comments

FAEKAH HUSIN ADA BOM UNTUK PUNGGUNG AZMIN ALI!!!


Faekah sedar, kelangsungan dan keberadaan jawatannya di dalam pentadbiran Selangor amat bergantung kepada Azmin Ali. Bukan Faekah tidak tahu yang Azmin Ali mempunyai kekuatan yang hebat di Selangor. Azmin ada rangkaian dan rantaian kuasa, dari sekecil-kecil kuasa seperti kontraktor sampah sehinggalah kepada kepala gangster, terutama sekali di Ampang!

Namun sebagai SETPOL dan orang yang paling rapat serta dipercayai oleh Khalid Ibrahim, Faekah Husin juga tahu apa yang Khalid Ibrahim tahu. Faekah tahu, Azmin boleh digenggam telurnya menerusi projek ratusan juta ringgit yang Azmin sendiri terlibat secara langsung. Projek berkenaan adalah DATUM JELATEK yang telah menghalau sebahagian pengundi-pengundi Melayu Setiawangsa ke bahagian lain di Selangor. Projek yang terletak di tapak rumah pangsa Taman Keramat suatu ketika dahulu, masih belum dibangunkan walaupun komisyennya telah hilang disamun Azmin Ali dan konco-konconya.

Sumber dari Pejabat Menteri Besar Selangor menyatakan bahawa Faekah sudah pun mempunyai details tentang DATUM JELATEK termasuklah jumlah pembayaran komisyen, tarikh, penyata bank dan sebagainya. Faekah hanya menunggu masa untuk membuat pendedahan, sama ada menerusi mulutnya sendiri atau seperti biasa, ‘mengupah’ atau meminta pihak lain mendedahkan butiran tersebut bagi pihaknya.

Azmin Ali mempunyai peranan yang cukup besar dalam projek ELIT dan SUPER MEGA bernilai hampir RM1 bilion itu. Turut sama ada bahagian adalah ADUN Hulu Kelang, Shaari Sungib.... SAMBUNG BACAAN DI SEL13.COM

0 comments

ALAMAK! BERSEPAH-SEPAHNYA BLOG GAY MALAYSIA DI INTERNET!!!


Pada ketika Pakatan Rakyat terutama sekali PAS bercokak tentang hudud dan menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional kerana tiadanya hukum hudud di Malaysia, gejala LGBT semakin bermaharajalela. Tidak sahaja menerusi tindakan undang-undang yang lebih daring seperti empat orang pondan yang cuba menyanggah Seksyen 66, Undang-Undang Syariah yang dikatakan bertentangan dengan Fasal 8, Perlembagaan Malaysia, sebaliknya wabak LGBT sudah pun menyusup ke dalam 'makanan asasi' generasi baru iaitu INTERNET.

INTERNET merupakan medium yang paling mudah untuk menyebarkan wabak ini. Apatah lagi Kerajaan Malaysia tidak mengamalkan dasar kawalan Internet yang ketat. Kalau bab politik, mungkin pemantauan dibuat dengan teliti sehinggakan baik pemimpin dari Pakatan Rakyat, mahupun dari Barisan Nasional boleh menyaman sesiapa sahaja yang mereka rasakan mampu memberikan imej yang buruk kepada mereka dengan alasan FITNAH.

Namun apabila membabitkan kerosakan yang lebih besar untuk jangka panjang seperti gejala GAY, LESBIANISME, BISEKSUAL dan TRANSGENDER (pondan), tiada siapa pun yang peduli.

Memang benar, ada suara-suara yang sayup-sayup bercakap dan memperingatkan tentang bahaya gejala ini. Bahkan dari kalangan pemerintah sendiri pun, ramai pemimpin yang memberikan pandangan sambil menyalahkan Pakatan Rakyat yang sangat cenderung menyokong LGBT atas alasan hak asasi dan kebebasan individu, namun apabila bukti terpampang di depan mata, masing-masing buat-buat tidak nampak atau tidak tahu.

Kalau JPJ sekarang ini cukup terkenal dengan KAMERA AESnya dan dipertahankan pula oleh Menteri Pengangkutan bersama-sama Ketua Pengarah JPJ walaupun rakyat mengetahui yang kaut untung adalah tiga syarikat konsesi, barangkali Kementerian Rais Yatim juga perlu ada 'KAMERA AES' untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap blog-blog gay, lesbian, pondan dan biseksual yang bertapak di Malaysia.


Rasa-rasanya bukan susah sangat pun, memandangkan gateway Malaysia bukannya banyak pun. Walaupun didaftarkan di luar negara, tetapi gatewaynya tetap di Malaysia, sekaligus membolehkan MCMC atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membuktikan kewujudan mereka, benar-benar berkesan dan tidak hanya terhenti pada yang bersifat politik semata-mata!

Tapi boleh ke? Atau MCMC juga sebenarnya SAMA SYOK dengan Anwar Ibrahim ekoran kewujudan blog-blog gay seperti ini?

1 comments

Friday, October 19, 2012

NAK HUDUD DAN NEGARA ISLAM? TANDAS AWAM PUN GAGAL DIJAGA... CEHHH!!!

Friday, October 19, 2012

Ada sesuatu yang membuatkan tanggapan dan retorik kononnya, sokong PAS bererti sokong Islam, perlu direnung semula. Malah tidak keterlaluan kalau dikatakan, lebih baik dihilangkan terus daripada ingatan. Sebabnya, perkara pertama dalam kehidupan selaku umat Islam, iaitu TAHARAH tidak mendapat perhatian sewajarnya, bahkan langsung tidak dititikberatkan. Kalau bab TAHARAH yang merupakan paling asas dalam siasah tidak dipedulikan, bab Negara Islam dan HUDUD sudah tentulah jauh panggang dari api.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara, ada disentuh tentang 9 lokasi TANDAS AWAM di Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) dan 10 lokasi di Majlis Daerah Baling (MDB). Amat memalukan apabila di dalam laporan berkenaan, dinyatakan bahawa 5 daripada 9 tandas awam di MDKP dan 4 daripada 10 tandas awam di MDB TIDAK DISELENGGARAKAN dengan baik.

Ianya amat berebza dengan tandas yang disewakan kepada operator swasta di mana tanadas adalah lebih bersih berbanding dengan tandas yang diselenggarakan sendiri oleh Majlis. Laporan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa keadaan tersebut berlaku kerana tiada pemantauan dan penyelenggaraan daripada Majlis.

Lima tandas awam di MDKP yang dimaksudkan adalah Tandas Awam Medan Ikan Bakar Sejahtera. Masalah utamanya ialah kerosakan kerana tidak digunakan dan tidak dijaga. Manakala Tandas Awam Pasar Batu 17, Tunjang pula, rosak dan tidak digunakan, tiada bekalan air dan menjadi tempat simpanan barangan peniaga. Tandawas Awam Bazar MDKP, Bukit Kayu Hitam pula, rosak, kotor dan tidak dijaga. Tandas Awam di Medan Selera Changloon, rosak, kotor dan tidak dijaga. Begitu juga dengan Tandas Awam Pasar Changloon, turut rosak dan kekurangan bekalan air.

Di Baling, empat tandas yang diperkatakan adalah Tandas Medan Selera Kupang. Masalah utama di situ adalah tandas lelaki yang rosak teruk dan tidak dicuci langsung, manakala tandas perempuan masih boleh digunakan dan dijaga serta dikunci oleh peniaga wanita. Tandas Awam Bangunan Arked Kuala Ketil pula, terdapat tandas yang rosak dan ada yang masih boleh digunakan. Tandas Awam Pasar Baru Kuala Ketil, rosak dan tidak disenggara. Dan akhir sekali, Tandas Awam Pasar Borong Baling, tidak disenggara dan tidak digunakan.

Mungkin bagi sesetengah orang, tandas bukanlah perkara penting kerana ia adalah lambang kekotoran, tempat pembuangan najis dan tempat yang paling dielak untuk berkunjung. Justeru penjagaan dan penyelenggaraannya dianggap tidak perlu.... SAMBUNG BACAAN DI SINI

1 comments

ROSMAH MANSOR BUAT HAL LAGI... TAK SERIK-SERIK SUNGGUH LA DIA NIH!!!


Rosmah Mansor terlibat dalam sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Kemudian, dia bagi saranan kepada panggung-panggung wayang agar mengeluarkan tiket-tiket percuma kepada kanak-kanak untuk menonton wayang. Dan tidak sahaja panggung wayang, Rosmah Mansor juga mencadangkan agar restoran-restoran memberi makan percuma kepada kanak-kanak sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia.

Wah, ini sudah lebih...

Mengapa agaknya Rosmah Mansor boleh mencetuskan idea sebegitu rupa?

Kebelakangan ini, terdapat banyak filem-filem yang amat sesuai untuk kanak-kanak termasuklah animasi-animasi hebat yang mampu menjana minda golongan kanak-kanak untuk berfikiran lebih kreatif.  Walt Disney yang mengeluarkan filem animasi pertamanya pada tahun 1928, Sound Car Tuned, fokus penonton utamanya adalah kanak-kanak. Malah filem animasi pertama zaman moden iaitu pada tahun 1899 oleh Albert E.Smith dan J.Stuart Blackton berjudul Humpty Dumpty Circus juga mensasarkan kanak-kanak sebagai audien utamanya.

Bagi golongan berfikiran sehala seperti puak-puak PAS, panggung wayang dan filem dilihat sebagai medium yang amat membazir dan berdosa. Dan yang paling menarik untuk menghalalkan pandangan sehala mereka itu, percampuran lelaki dan wanita di dalam panggung wayang dijadikan alasan untuk tidak menonton wayang.

Nampaknya, Rosmah Mansor akan mencetuskan satu lagi kontroversi yang bakal menarik perhatian puak-puak yang sentiasa mencari kelemahan dan kesilapannya.

Tiket wayang dan makan percuma?

Bangkrap ler nanti pendana-pendana Pakatan Rakyat kalau benar mereka terpaksa terima cadangan Rosmah Mansor itu.

BACA MENGAPA ROSMAH MENGELUARKAN CADANGAN BEGITU DI SINI

1 comments

BEKAS AMAH RAIS YATIM BINA RUMAH BERNILAI LEBIH RM300,000... HERAN TAK?


Tak tahulah macam mana puak-puak PKR ni buat kerja. Kadangkala kebodohan mereka terlalu amat sangat, sehinggakan orang bodoh sekalipun, apabila membaca kenyataan yang dibuat oleh puak-puak PKR ini, terasa lebih cerdik daripada puak-puak berkenaan.

JINGGA 13 yang sebelum ini menyerang dengan hebat Shahrizat Jalil, kini kembali menyerang Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim dengan isu basi. Cuma kali ini mereka tidak lagi memanjangkan cerita tentang Rais Yatim merogol bekas amahnya, Robengah, sebaliknya cuba untuk menimbulkan kisah kononnya Robengah telah mendapat 'gantirugi' yang sangat besar, seolah-olah untuk melindungi sesuatu apabila JINGGA 13 cuba menaikkan cerita tentang rumah besar Robengah.

Menurut JINGGA 13, rumah besar Robengah di Banjanegara, Indonesia itu bernilai lebih RM300,000. Kemudian mereka sifirkan pula dengan gaji Robengah yang hanya RM300 selama lapan tahun sebelum dinaikkan menjadi RM500. Jadi, dalam kepala otak bengap mereka, mana mungkin Robengah boleh buat rumah sebesar dan semewah itu.

Apatah lagi, suami Robengah lumpuh sebelah kaki dan tidak bekerja, manakala dua orang anaknya pula masih lagi bersekolah!

Itu cerita JINGGA 13. Kalau dengar cerita mereka, maka sesiapa sahaja yang tidak pernah tahu menggunakan otak akan segera menyokongnya.

Ramai rakyat Indonesia yang tinggal dan bekerja di Malaysia, mempunyai rumah besar di negara asal mereka. Wang gaji dan upah mereka di Malaysia, kalau mengikut perspektif rakyat Malaysia, tidak mencukupi, namun mampu digunakan untuk menjana ekonomi negara mereka, sekaligus membolehkan mereka mengumpul dan memiliki harta di negara mereka.

Kalau benar Robengah memiliki rumah besar yang bernilai lebih RM300,000 di negara asalnya, ia tidak langsung menghairankan. Kalau anda menggunakan laluan MRR2 dari Seri Gombak ke Taman Melati, jenguk ke sebelah kiri, ke kawasan tanah yang dipajak daripada pemilik Melayu dan tengok sendiri rumah-rumah besar bertaraf banglo yang setiap satu bernilai lebih RM1 juta pada masa kini.

Kesemua rumah besar tersebut adalah milik rakyat Indonesia yang memajak tanah penduduk tempatan.

Sama ada Fariz Musa tidak tahu atau memang jenis jilat lubang buntut jantan, kehairanan dan perasaan anehnya tentang kemampuan Robengah atau mana-mana amah atau tenaga kerja Indonesia di Malaysia yang boleh buat rumah besar, sebenarnya sudah cukup jelas menggambarkan kejahatannya yang mengatasi kejahatan Iblis dan Syaitan.

Takkan ratusan ribu orang Indonesia yang memiliki rumah besar, bahkan rumah-rumah sewa yang berderet-deret di kampung halaman mereka, selain mampu memiliki hartanah di Jakarta mahupun bandar-bandar besar di seluruh Indonesia, perlu dirungsingkan oleh JINGGA 13.

Belajarlah tentang perbezaan nilai orang Malaysia yang sentiasa mengeluh tentang kesusahan di negara sendiri seperti JINGGA 13, dengan orang Indonesia yang tidak berasa susah pun di Malaysia, bahkan dengan menggunakan wang kerja upah dan gaji di Malaysia, mampu membina rumah besar di negara asal.

1 comments

PERKASA MENGAMUK SEBAB YESUS, KAULAH SATU-SATUNYA HARAPAN BANGSA MALAYSIA - JACKLYN VICTOR!!!


Satu lagi kontroversi melanda melibatkan klip video HARAPAN BANGSA yang dinyanyikan oleh Jacklyn Victor. Klip video tersebut telah dimuatnaikkan oleh Katryn Barry. Dan kandungan lagu tersebut, menyentuh tentang harapan seorang penganut Kristian kepada Tuhan mereka iaitu Jesus Christ.


Klip video tersebut telah menyebabkan PERKASA mengamuk kerana beranggapan klip video tersebut menghina penganut agama lain yang tidak mempercayai Jesus Christ sebagai Tuhan. Malah PERKASA telah menyeru agar Jacklyn Victor diboikot dengan alasan tidak 'memahami sensitiviti umat Islam yang merupakan umat majoriti di Malaysia'. 

Bagaimanapun, daripada kelima-lima album yang telah dihasilkan oleh Jacklyn Victor semenjak, lagu ini tidak termuat pun dalam mana-mana album.

Justeru, tidaklah keterlaluan kalau kita katakan, lagu ini sebenarnya hanya untuk umat Kristian yang mencintai negara mereka dan menggantungkan harapan kepada Tuhan mereka. Bukan untuk sebaran awam. Jacklyn Victor sekadar memainkan peranannya selaku pengalun suara manakala Katryn Barry yang memuatnaikkan video tersebut di Youtube pula, sekadar menjalankan tugas 'memberikan peringatan' kepada umat seagamanya. 

Barangkali reaksi yang ditunjukkan oleh PERKASA agak keterlaluan apatah lagi Youtube bukanlah di bawah kuasa Kementerian Penerangan. Lagu tersebut tidak diisiarkan dalam mana-mana televisyen atau radio pun...

Klip video ini bukannya KALIMAT ALLAH yang mahu dikongsikan sebagaimana saranan DAP yang disokong kuat oleh PAS. Malah, ianya tidak sama langsung dengan Al-Kitab berbahasa Melayu yang dituntut oleh DAP agar diedarkan secara meluas tanpa pemantauan Kementerian Dalam Negeri sebagaimana naskhah-naskhah Al-Quran yang perlu dicermati dan disemak oleh kementerian terbabit.

Adakalanya, kita perlu juga melihat sesuatu dari kacamata yang lebih rasional dan bukannya bersikap terlalu protective kerana pada masa yang sama juga, kita mengangakan  bahagian lain yang memudahkan kita dan agama kita diserang.

0 comments

SUDAHLAH BONGOK, PENYONGLAP PULA KERAJAAN PAS KEDAH NIH!!!


Jumlah yang diselewengkan dan digelapkan, bukannya sedikit. Lebih dari RM13 juta dalam satu projek 'angin' dan 'angan-angan'. Manakala surat perjanjian dan pembayaran pula, amat meragukan kerana tanpa mempunyai dokumen sokongan yang lengkap. Lebih daripada itu, urusan yang nilainya berbelas-belas juta ringgit itu, langsung tidak dibuat atau dirujuk kepada penasihat undang-undang negeri sebelum ditandatangani, sebaliknya pihak kerajaan negeri, memandai-mandai seolah-olah belasan juta ringgit yang dihilangkan itu, adalah harta pusaka mak bapa mereka atau duit dari tabung Milo yang diusung setiap malam di setiap tempat ceramah.

Itu yang dibangkitkan oleh Tan Keng Liang di Bilik Mesyuarat PGRM Negeri Kedah, dalam satu sidang media yang diadakan hari ini. Sidang media berkenaan turut dihadiri oleh 14 orang AJK PGRM dan wartawan.

Tan Keng Liang turut mendedahkan, pada 12 Oktober 2008, Kedah Corporation Bhd (KCB) telah menandatangani perjanjian saham dan kerjasama perniagaan dengan Mas Incorporated (PNG) Ltd (MAS) bagi membeli 70% saham dalam syarikat berkenaan. Bagaimanapun, seperti yang dipertikaikan oleh Ketua Audit Negara dalam laporannya, kertas cadangan untuk tujuan berkenaan, hanya dibentang untuk kelulusan ahli Lembaga Pengarah KCB pada 24 November 2009 iaitu lebih setahun selepas perjanjian ditandatangani.

Atau lebih tepat lagi, selepas media mula melaporkan tentang kerugian yang dialami oleh rakyat Kedah ekoran tindakan tidak bertanggungjawab KCB. Kerajaan Negeri menerusi KCB juga kelihatan sangat tergesa-gesa sehingga tiada due diligence atau kajian feasibility dibuat sebelum membuat perjanjian dan pembelian saham MAS.

Turut dipertikaikan ialah pembiayaan projek dengan pinjaman yang tinggi iaitu RM132 juta melalui Capital Invest agenscy dan RM3.01 juta daripada lima buah syarikat. Pembayaran pula dibuat tanpa dokumen sokongan yang lengkap. Sebaliknya ia kelihatan seperti satu rompakan terang-terangan yang berselindung di sebalik perniagaan.... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

0 comments

BAB BERDEBAT, NURUL IZZAH BERANI, BAB TURUN JENGOK RAKYAT, NURUL IZZAH HILANG!!!


Bapa borek, anak rintik... bapa balun China Doll, anak pula terkangkang-kangkang!

Nurul Izzah benar-benar menurun sebelah bapanya, tidak sahaja pandai berdebat dan bercakap, tetapi juga hebat temberang dan tipu perdayanya.

Dia dah cabar pemimpin-pemimpin UMNO-BN berdebat tentang isu rakyat yang bersangkutan dengan Lembah Pantai. Konon-kononnya dia tahu semua benda la. Dan konon-kononnya juga, dialah pembela golongan miskin di Lembah Pantai biarpun muka dan batang tubuhnya terlalulah sukar untuk dilihat di Lembah Pantai, bahkan dalam banyak isu yang dia kemudian tunjuk muka, Nurul Izzah seperti tenggelam punca dan tidak ketahuan hala, sepertimana yang berlaku di Jalan Kubur, Pantai Dalam tidak lama dahulu.

Nurul Izzah mahu bercakap tentang Kompleks Niaga Bangsar Utama. Rasa-rasanya, Nurul Izzah tidak pernah pun jengok dan tengok apa yang ada di dalam Kompleks Niaga berkenaan yang asalnya menempatkan para peniaga dari Taman Razali di Jalan Bangsar yang sekarang ini sudah bertukar menjadi landasan keretapi dan komuter.

Bila Nurul Izzah bercakap kononnya, para peniaga di kompleks berkenaan diarahkan pindah tanpa disediakan tempat untuk berniaga sebagai ganti apabila kompleks berkenaan akan ditukarkan menjadi apartment, anak sulung Anwar Ibrahim itu sebenarnya seorang yang tidak sahaja bodoh, tetapi juga tidak pandai dalam apa-apa bidang SAMA SEPERTI PAPA JAHATnya, tetapi cukup kuat kelentong dan temberangnya menerusi kekuatan debat dan berbahas.

Begitu juga dengan arahan agar para peniaga pasar malam Kampung Kerinchi yang diarahkan tidak menutup jalan, cuba hendak dibela oleh Nurul Izzah walaupun perempuan itu tidak pernah turun dan berkenal-kenalan dengan para peniaga pasar malam di situ yang sudah-sudah tentu, bukanlah penduduk Kampung Kerinchi.

Putar belit Nurul Izzah dan dipanjangkan pula oleh Keadilan Daily yang sememangnya diketahui cukup hebat dengan penipuan mereka, sudah cukup untuk menggambarkan betapa terdesaknya anak Anwar Ibrahim itu untuk mempertahankan kedudukannya di Lembah Pantai.

Apakan tidak, penduduk dan pengundi di Lembah Pantai sudah mula memperkatakan dan membandingkan Raja Nong Chik dengan Nurul Izzah. Malah ramai juga yang membandingkan Nurul Izzah dengan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai, Shahrizat Jalil dari segi mutu kerja dan kerajinan mereka mengambil tahu serta menyelesaikan masalah rakyat.

Sedangkan Nurul Izzah pula, cara penyelesaiannya dan menjaga kebajikan rakyat hanyalah dengan BERDEBAT!

Mentaliti bangang yang diakidahkan oleh Nurul Izzah ini sebenarnya tidak lebih daripada usaha penipu untuk terus menipu!!!

1 comments

Thursday, October 18, 2012

EXCO PERUMAHAN SELANGOR, ISKANDAR SAMAD PEMBOHONG BESAR, LEBIH BESAR DARI PUNGGUNGNYA!!!

Thursday, October 18, 2012

Jadi Kerajaan Negeri Selangor cukup mudah. Letaklah beruk, kera, lotong, cikah mahupun tapir tempang sekalipun, mereka mampu menyaingi prestasi Kerajaan Negeri Selangor. Letak jugalah kepala tokong, kepala batu nisan, kepala colok mahupun longgokan buah limau di altar sembahan, mereka juga boleh bercakap seperti anggota Kerajaan Negeri Selangor.

Dengan kata lain, menjadi anggota Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat, tidak memerlukan akal, tidak memerlukan daya fikiran dan tidak memerlukan inisiatif, sebaliknya cukup dengan memberikan pelbagai alasan dan yang paling utama, menyalahkan UMNO dan Kerajaan Pusat.

Itulah yang berlaku apabila Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad memberikan alasan mengapa harga rumah begitu mahal di Selangor. Kata Iskandar, harga rumah di Selangor mahal sebab Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan gagal menyemak harga rumah dan mengekalkan harga rumah yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat.

Dengan kata lain, Iskandar Samad cuba untuk menyatakan bahawa harga rumah sebenarnya di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat, manakala Kerajaan Negeri Selangor sekadar boleh bagi usul dan cadangan sedangkan pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor tidak ada kuasa langsung tentang penyebab harga sesebuah rumah dinaikkan.

Hakikatnya, Iskandar Samad samalah seperti pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain, yang kuat berbohong dan kuat temberang terutama apabila terdesak dan tidak tahu jawapan.

Antara faktor harga rumah dibuat ialah harga tanah dan premium selain cukai yang dikenakan. Kalau sudah harga tanah tinggi, kalau sudah premium dan cukai tanah dinaikkan, maka secara tidak langsung, naiklah harga rumah yang baru disiapkan itu.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011 bagi negeri Selangor, penyumbang utama hasil Kerajaan Negeri adalah terdiri daripada Premium Geran Tanah, Cukai Tanah Semasa dan Pemberian Jalan Raya/Lorong. Butiran hasil ini telah menyumbang sebanyak RM993.98 juta (60.8%) daripada jumlah hasil tahun 2011 yang berjumlah RM1,634 juta.. SETERUSNYA DI SINI

0 comments

AZMIN ALI, TOLONG JAWAB, PASAI APA KAU REMBAT BERJUTA DUIT FAC?


Raja Petra Kamaruddin yang suatu ketika dahulu merupakan RASUL dan NABI PKR, kembali mendedahkan pelbagai kejahatan yang dilakukan oleh golongan kecewa tetapi mempunyai nafsu serakah yang cukup besar iaitu para pemimpin dan penyokong-penyokong Anwar Ibrahim, terutama sekali Ketua Umum PKR itu. Malah pendedahannya kali ini lebih terarah kepada Azmin Ali, individu yang terselamat daripada hukuman penjara dan ditangkap oleh polis sepanjang tempoh REFORMASI selain dianggap sebagai jelmaan TONY PUA versi PKR.

Selama ini, Azmin Ali dapat melarikan diri daripada bersoal jawab tentang penyelewengan yang berlaku dalam parti berkenaan. Malah Azmin Ali sentiasa mampu cuci tangan dan kemudian menyalahkan Ezam Mohd Nor serta beberapa orang bekas pemimpin kanan PKR yang kini sudah pun berada di luar parti.

Menurut RPK, pada tahun 2004, salah seorang peguam Anwar Ibrahim, Pawancheek Marican telah mengarahkannya agar menutup Free Anwar Campaign (FAC). Pawancheek kemudiannya bertanyakan jumlah wang yang telah diterima oleh RPK menerusi FAC dan RPK menjawab, hanya RM3,000 iaitu RM2,000 daripada adik lelaki Anwar Ibrahim, Rosli dan RM1,000 daripada isterinya, Wan Azizah Wan Ismail.

Penjelasan yang diberikan oleh RPK, langsung tidak dipercayai oleh Pawancheek Marican memandangkan sepanjang pengetahuannya, FAC yang ditubuhkan pada tahun 2000, sudah berjuta-juta ringgit wang derma dikutip termasuklah dari luar negara yang dijalankan oleh beberapa orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim seperti Azmin Ali... SAMBUNG BACAAN DI SEL13.COM

0 comments

NAJIB ABDUL RAZAK DIKHIANATI MENTERI MCA!!!


Tindakan Menteri Pengangkutan Malaysia mencabar orang ramai dan pengguna lebuhraya agar tidak melakukan kesalahan, sebenarnya mencerminkan sikap Menteri berkenaan yang tidak cukup akal dan kurang mempertimbangkan perasaan rakyat yang mendengarnya. Barangkali sudah terlalu menjadi Menteri dan berada di puncak kuasa, membuatkan Kong Cho Ha beranggapan, rakyat tidak boleh berfikir secara waras. 
Semuanya kerana Kamera AES yang diberikan hak mengutip saman kepada tiga syarikat swasta dan disokong pula oleh Ketua Pengarah JPJ, Solah Mat Hasan. 
Gelagat yang ditunjukkan oleh Kong Cho Ha itu sebenarnya tidak lebih daripada membodohkan dirinya sendiri. Sekaligus menambahkan lagi kebencian rakyat kepada sikap sesetengah pembesar negara yang langsung tidak mengambil kira perasaan rakyat bawahan, sebaliknya terlalu memikirkan keuntungan syarikat-syarikat yang diberikan konsesi. 
Kalaulah benar sebagaimana yang dikatakan bahawa penguatkuasaan kamera-kamera AES itu untuk mencegah kemalangan dan menurunkan kadar kemalangan maut, seharusnya bukan di lebuhraya duduknya kamera-kamera tersebut. Sebaliknya kamera-kamera berkenaan diletakkan di tepi-tepi jalan bandaran dan jalan negeri memandangkan kedua-dua jenis jalan itulah yang mencatatkan kemalangan maut.... TERUSKAN BACAAN DI SINI

0 comments

SEMAKIN RAMAI ORANG PAS KEDAH YANG BENCI DENGAN BENDERA BARU PAS!!!

Bila dikhabarkan bahawa PAS sudah membuat keputusan untuk mengadakan satu bendera berasingan untuk Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), ramai akar umbinya yang tidak yakin, malah menganggapnya sebagai satu fitnah jahat yang mahu memburukkan PAS semata-mata.

Alasan mereka amat mudah iaitu pimpinan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang bendera baru yang diperkatakan. Bahkan pada masa yang sama, DHPP masih lagi menggunakan bendera PAS yang lama walaupun bukan bendera asal dalam mana-mana acara yang mereka lakukan.

Hakikatnya, bendera PAS yang khusus untuk DHPP berlatarbelakangkan warna coklat kehitam-hitaman sudah pun ditempah. Menurut sumber dari PAS Kedah sendiri, sebanyak 5,000 bendera tersebut telah dihantar ke lokasi-lokasi tertentu di Kedah dan hanya menunggu masa sahaja untuk ditegakkan dan dipasang.

Bendera baru berwarna coklat kehitam-hitaman dengan bulan purnama berwarna putih, akan dinaikkan sebaik-baik sahaja pengumuman PRU13 dibuat.


Portal KEDAHAN69ERS.COM telah dua kali memperkatakan tentang kewujudan bendera PAS yang baru ini dalam usaha PAS untuk mengambil hati pengundi-pengundi bukan beragama Islam dan pada masa yang sama untuk menunjukkan kepada DAP bahawa PAS sanggup mengubah apa-apa sahaja di dalam parti tersebut asalkan DAP akan terus berkawan dengan PAS. Malah PAS akan sanggup sujud dan meniarap di hadapan pemimpin-pemimpin DAP asalkan PAS ada tempat di hati mereka.

Tinjauan mendapati, semakin banyak akar umbi PAS yang mula menyedari kewujudan bendera baru tersebut dan menyatakan rasa tidak puas hati mereka berhubung sikap mudah mengalah PAS dalam Pakatan Rakyat. Meskipun bendera tersebut untuk kegunaan DHPP yang merupakan salah satu sayap PAS yang paling tidak efektif kerana DHPP sekadar mendapatkan sokongan daripada masyarakat Melayu-Islam, bukan sebaliknya untuk calon-calon mereka.

Dalam sejarah DHPP ataupun lama sebelum itu, CCC yang dipimpin oleh Kamal Koh dan Redhuan Daniel, tidak ada mana-mana calon bukan Islam PAS yang diletakkan di kawasan bermajoritikan pengundi bukan Islam, sebaliknya calon-calon berkenaan diletakkan di kawasan yang sememangnya bermajoritikan orang Melayu-Islam.


Justeru, bagi kebanyakan akar umbi PAS yang ada otak seperti di Padang Terap yang mula menaikkan banner, pemidang dan poster-poster kecil mendesak agar kepimpinan PAS bertegas mempertahankan bendera dan konsep bendera PAS yang asal, kesedaran tentang PAS yang semakin terjajah oleh 'kuasa luar' khususnya daripada DAP, akan membahayakan kewujudan parti berkenaan.

Tetapi bagi pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang sedang mabuk diulit lendir dan danur pemimpin-pemimpin DAP, suara akar umbi sudah pasti akan segera disanggah dengan konsep WALA' dan TSIQAH  mereka yang sangat membahlolkan!!!

0 comments

PECACAI PAKATAN MASIH KATA PERBICARAAN SCORPENE ADA DI PERANCIS, SUARAM PULA KATA, TAK ADA PERBICARAAN!!!


Penyokong Pakatan Rakyat terus menerus melakukan fitnah terhadap Kerajaan, Kementerian Pertahanan dan Najib Abdul Razak. Bersungguh-sungguh mereka cuba membela SUARAM dan memanjangkan cerita bohong kononnya Mahkamah di Perancis akan membicarakan Kerajaan Malaysia dan Najib Abdul Razak kerana kapal selam SCORPENE yang dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dengan SUARAM sebagai plaintifnya.
Salah seorang peguam Melayu yang sememangnya berkepala otak penipu, meskipun bertudung labuh dan kelihatan seperti seorang Islam, FADIAH NADWA FITRI, dalam TWITTERnya cuba meyakinkan para penyokong Pakatan Rakyat, khususnya Melayu-Islam yang beriman penuh dengan penipuan Anwar Ibrahim bahawa perbicaraan sedang dijalankan di Perancis. 
Dari awal lagi telah didedahkan bahawa tiada sebarang pendakwaan atau perbicaraan mahupun tribunal yang dijalankan oleh pihak berkuasa Perancis berhubung pemilikan kapal-kapal selam SCORPENE yang memberikan pendapatan kepada negara berkenaan. Namun para penyokong Pakatan Rakyat yang kurang menggunakan otak dan akal, menerima bulat-bulat pemerdayaan Anwar Ibrahim dan SUARAM.
ANTARAPOS.COM melaporkan bahawa Cynthia Gabriel, Pengarah Eksekutif SUARAM sendiri membuat pengakuan bahawa TIDAK ADA PERBICARAAN SCORPENE di Perancis. Sekaligus dakwaan FADIAH NADWA FITRI merupakan satu pembohongan semata-mata. Sebaliknya yang cuba dibuat oleh SUARAM adalah SIASATAN KEHAKIMAN dan PENYIASATAN. 
Kalau SUARAM sendiri sudah menyatakan tidak ada perbicaraan, mengapa pula para penyokong Pakatan Rakyat bersungguh-sungguh menyatakan kononnya berita yang seumpama dengannya sebagai palsu, fitnah dan takut? 
Kononnya, salinan faksimili dalam Bahasa Perancis yang dihantar oleh Fadiah Nadwa Fitri menakutkan UMNO dan Najib Abdul Razak. Walhal faksimili tersebut yang bertarikh 11 April 2012, bukannya menyatakan yang perbicaraan sedang dilangsungkan sebaliknya permintaan SUARAM sebagai pihak sivil agar Tribunal Grande de Instance melakukan siasatan dan surat berkenaan ditandatangani oleh Roger le Loire, salah seorang hakim sebagai tanda permintaan SUARAM sedang diperhalusi.... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

0 comments

PELAJAR MALAYSIA MAHU TERUS SIARKAN LEBIH BANYAK AKSI EROTIK BERSAMA KEKASIH DI INTERNET!!!



PETALING JAYA: Blogger erotik, Alvin Tan Jye Yee mahu terus melakukan 'banyak aksi seks' dengan pasangannya, Vivian Lee selain bercadang untuk menyimpan rakaman hubungan intim mereka.

Malah dia tidak menyesal mengenai kontroversi yang dicetuskan akibat penyiaran gambar erotik di blog mereka.

"Kami akan terus bersama dan melakukan banyak hubungan seks serta merekodkannya," katanya kepada The Star pada Rabu.


Pemegang biasiswa Asean kini mendapat perhatian ramai selepas imej lucah mereka disebarkan di internet.

"Ibu bapa saya tidak begitu bimbang tentang isu moral, tetapi mereka lebih prihatin masalah yang mungkin saya hadapi dengan undnag-undang dan peraturan universiti saya (National University of Singapore)," katanya.


Pasangan dari Malaysia itu juga berkata mereka berminat untuk memanfaatkan aktiviti.
Malah mereka juga kini mewujudkan akses khas kepada peminat mereka dengan menghantar e-mel selepas blog mereka disekat.

"Ini adalah tempoh kritikal dan kami berhasrat untuk menggunakan masa ini untuk mencari pengikut. Mungkin kita tidak akan memuatnaik video dan gambar itu untuk tatapan umum, tetapi kita boleh terus menjadi blogger. Kami mahu Alvin dan Vivian menjadi satu nama yang dikenali kerana melakukan seksual terbuka," kata Tan.


Pasangan itu turut mendedahkan mereka menerima banyak e-mel termasuk cadangan untuk aksi seks daripada lelaki dan wanita.

Selain itu Tan juga menolak daripada ancaman tindakan undang-undang.
Tan dijangka menghadapi pendengaran tatatertib oleh lembaga Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) bulan ini.

"Saya terkejut mereka memberikan saya begitu banyak masa untuk bersedia. Saya akan pertahankan asas saya. Semua yang ingin saya katakan, telah disampaikan kepada media," katanya.

Vivian Lee Pertahan Siar Gambar Erotik  

Vivian Lee, wanita yang memuat naik gambar bogel dan erotik dirinya dan teman lelakinya di blog mereka mengaku tidak menyesal mendedahkan kehidupan seksual mereka secara terbuka.

"Saya tidak melihat apa yang salah apabila meletakkan gambar-gambar bogel dan video hubungan seksual kami di internet. Ia bertujuan untuk dunia melihat betapa kami mencintai antara satu sama lain. Saya tidak faham mengapa orang perlu kecoh tentang perkara ini. Ia adalah urusan peribadi kami, "katanya.

Lee, 23, dan teman lelakinya, Alvin Tan JYE Yee, 24, mencetuskan kontroversi di alam siber apabila memuat naik gambar mereka di blog Sumptuous Erotica dan dikesan media Singapura.

"Bagi kami gambar-gambar di blog ini adalah karya seni. Kami adalah orang-orang yang berfikiran terbuka dan kita hanya mahu berkongsi dengan dunia. Kami mahu mereka melihatnya," katanya.
Lee berkata, dia gagal untuk memahami mengapa orang mempunyai persepsi yang berbeza di Asia apabila mereka memuat naik gambar itu di ruang siber.

"Semua ini adalah hak bagi Barat namun tidak di Asia. Ini double standard. Saya tidak faham mengapa orang perlu untuk menilai kami," katanya.

Katanya orang Asia tidak harus terlalu konservatif tetapi terbuka mengenai kehidupan seks mereka.
"Tiada apa yang salah bercakap atau mengadakan hubungan seks. Ia adalah perkara biasa antara dua orang dewasa.

"Sepatutnya tidak ada apa-apa stigma apabila pasangan mahu bercakap atau berterus-terang tentang perkara ini," katanya.

SUMBER: CELAH GELEGAR

0 comments

Wednesday, October 17, 2012

NGEH KOR HAM DAN OLDTOWN WHITE COFFEE BUKTIKAN UTUSAN MALAYSIA MEMANG CIKAI!!!

Wednesday, October 17, 2012

Berapa banyak bajingan yang bersarang dalam Utusan Malaysia? Rasa-rasanya, syarikat akhbar antara tertua di Malaysia itu sebenarnya memang menjadi sarang kepada bajingan-bajingan yang berkhidmat untuk tuan-tuan mereka di dalam Pakatan Rakyat, tetapi mentekedaghah gaji dengan Utusan. Dan tidak keterlaluanlah kalau dikatakan, puak-puak inilah yang seringkali membuatkan Utusan sentiasa terpaksa tunduk sujud kepada semua tuntutan para pemimpin Pakatan Rakyat.

Sekaligus untuk membuktikan yang Utusan adalah LIDAH PENFITNAH adalah menyaman syarikat akhbar berkenaan dan bajingan-bajingan yang bersarang di dalamnya akan sentiasa membuka pintu bagi memastikan Utusan kalah dalam setiap saman dan perbicaraan.

Sudah lama sebenarnya fenomena ini dilihat dan dibuktikan!

Kini, bajingan yang sama juga menerima iklan daripada Oldtown White Coffee yang pemiliknya adalah Ngeh Kor Ham walaupun Ngeh Kor Ham sentiasa mengatakan Utusan adalah sebuah akhbar yang tidak boleh dipercayai, rasis dan amat merbahaya kepada keharmonian di negara ini.

Walaupun akan ada pihak yang berpendapat, kesudian Oldtown White Coffee dan Ngeh Kor Ham menggunakan khidmat Utusan Malaysia untuk mengiklankan kopitiam tersebut sebagai tanda, akurnya Ngeh Kor Ham kepada kuasa dan pasaran orang Melayu atau mereka yang berbahasa Melayu, hakikatnya apa yang berlaku sebenarnya lebih menunjukkan mudahnya Melayu walau sehebat mana pun kedudukan dan jawatannya, boleh digula-gulakan dengan sedikit duit.

Umpama bagi gula-gula kepada budak berhingus konon-kononnya prihatin, itulah yang dilakukan oleh Ngeh Kor Ham kepada Utusan.

Secara jelas dan logik, Oldtown sedang berhadapan dengan penurunan jumlah pelanggan yang amat ketara, terutama dari kalangan Melayu-Islam, terutama dengan pendedahan makanan tidak halal yang menjadi menu di kopitiam tersebut selain keangkuhan Ngeh Kor Ham yang mempertikaikan tentang keperluan pensijilan halal untuk makanan dan minuman yang dijual di setiap premis Oldtown.

Dengan mengiklankan di Utusan atau di Berita Harian atau di Kosmo atau di Harian Metro, Oldtown berharap dapat memperolehi dan menarik semula pelanggan-pelanggan Melayu-Islam yang sedang menjauhi diri daripada premis yang menjual makanan haram untuk umat Islam itu.

Bagaimanapun, bajingan-bajingan yang bersarang di Utusan sebenarnya tidak peduli hal tersebut. Alasan mereka, syarikat akhbar bergantung harap kepada iklan sebagai salah satu sumber pendapatan mereka, mengaburi tanggungjawab sosial mereka. Bukan tidak ada iklan-iklan lain yang boleh disiarkan, tetapi hanya kerana Oldtown bersetuju membayar sedikit tinggi berbanding kadar biasa, maka pejam mata sajalah dengan apa yang telah dilakukan oleh Oldtown terhadap Melayu-Islam selama ini dengan menghidangkan makanan haram!!!

Siapa bajingan-bajingan dan haramjadah di Utusan?

Tidak perlu risau kerana mereka ini amat mudah dikenali sepertimana Chamil Wariya yang akhirnya menyalahkan Editor Mingguan Malaysia yang membebaskan cerpennya, YB J apabila ditekan oleh Teresa Kok!!!

0 comments

HUSAM MINTA NIK AZIZ SOLAT HAJAT UNTUKNYA ELAK BERSOAL JAWAB DENGAN SPRM!!!


Pada 8 Julai 2003, Kerajaan PAS Kelantan secara rasminya telah memeterai perjanjian dengan syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd. melibatkan jumlah pelaburan mencecah RM2 bilion bagi melaksanakan projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh, Kota Bharu. 

Melalui perjanjian yang dimeterai ini juga, Kerajaan PAS Kelantan perlu menyerahkan kira-kira 1,000 ekar tanah kepada pihak syarikat dan sebagai syarat serta balasannya, Liziz Standaco Sdn Bhd perlu memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan pembangunan fizikal yang bernilai lebih RM350.00 juta. 

Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat dan Timbalannya adalah antara pemimpin negeri yang menghadiri majlis pemeteraian perjanjian projek tersebut. Dalam ucapannya di majlis tersebut, Nik Aziz mendakwa pembangunan di Lembah Sireh itu akan dilaksanakan itu dibuat mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri serta tidak membabitkan unsur pembaziran mahupun rasuah. 

Hampir 10 tahun sudahpun berlalu, timbul persoalan sama ada benar tidak wujud unsur pembaziran, rasuah ataupun penyelewengan disebalik kelulusan projek ini? 10 tahun berlalu, tapi sebahagian besar projek masih tak terlaksana namun tanah sudah berpindah milik. 

Apa cerita? 

Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 bagi negeri Kelantan, ada mendedahkan realiti sebenar bahawa projek PTSK di Lembah Sireh itu hakikatnya penuh dengan pelbagai kelemahan meragukan malah masih terlampau banyak projek pembangunan yang dijanjikan tidak dilaksanakan. 

Sehingga bulan November 2011, Laporan Audit juga mendedahkan Kerajaan PAS Kelantan telahpun menyerah hak milik tanah seluas 716.8 ekar secara pajakan 99 tahun yang bernilai RM318.29 juta kepada syarikat swasta tersebut tanpa melalui prosedur yang betul. 

Menurut Laporan Audit, kebenaran proses pindah milik tanah itu telah dibuat melalui satu mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PTSK 1/2002 yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar ketika itu. 

Tindakan Kerajaan PAS Kelantan yang secara cuai melakukan proses tukar hak milik tanah tersebut amat menimbulkan syak dan keraguan khalayak yang menuntut pihak SPRM serta pihak berkenaan melakukan siasatan terperinci bagi mendapatkan jawapannya. 

Selain itu, sehingga kini juga beberapa projek pembangunan fizikal yang sepatutnya dilaksanakan oleh Liziz Standaco seperti sengaja tidak dilakukan konon atas alasan kenaikan kos bahan mentah dan sebagainya, sedangkan tanah seluas 716.8 ekar sudah menjadi hak milik syarikat swasta tersebut. 

Projek pembinaan masjid yang bernilai bernilai RM20 juta, Jambatan Palekbang (RM150 juta) dan stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta yang sepatutnya sudah siap dibina hingga kini bayang pun tidak kelihatan, sedangkan ia adalah antara syarat penting yang perlu dipatuhi selepas Kerajaan PAS Kelantan menyerahkan tanah seluas 716.8 ekar itu. 

Hatta, syarat sumbangan kewangan RM15 juta oleh syarikat itu untuk Tabung Skim Perumahan Kos Rendah yang sepatutnya telah selesai dibayar pada Mac 2006, hingga kini cuma RM3 juta sahaja yang baru diperolehi. 

Lapan bulan lalu, iaitu pada 15 Februari 2012, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob dalam reaksinya ketika diminta mengulas rungutan orang ramai berhubung kemelut isu PTSK Lembah Sireh ini pernah memberi jaminan akan memberi jawapan rasmi selepas Laporan Audit dikeluarkan. 

Sekarang Laporan Audit sudahpun dibentangkan, jadinya kita minta Kerajaan PAS Kelantan segera merangka jawapan konkrit bagi menjawab persoalan disebalik segala kelemahan yang berlaku ini. 

Sementara itu, pihak berkuasa khususnya SPRM perlu pro aktif untuk menyiasat segala kelemahan projek pembangunan di Lembah Sireh ini, berkemungkinan benar dakwaan ramai memang wujud penyelewengan dan unsur salah guna kuasa dalam isu ini oleh pihak tertentu dalam Kerajaan PAS Kelantan.

1 comments

MASUK PAS... MUSA HASAN SAHKAN!!!




Sebelum ini, Musa Hasan adalah individu yang cukup dibenci oleh para penyokong Pakatan Rakyat. Apa fitnah yang tidak dilemparkan kepada Musa Hasan, sehinggakan gambar-gambar orang lain yang sekali imbas sepertinya sedang memotong kek perkahwinan dan menari pun dikatakan sebagai Musa Hasan dengan isteri barunya. Semuanya dilakukan untuk mencalarkan kredibilitinya ekoran samannya kepada Anwar Ibrahim dan peranannya dalam kes liwat Anwar Ibrahim dengan pemandu peribadi Wan Azizah iaitu Azizan Abu Bakar.

Namun semalam, apabila Musa Hasan yang mungkin tidak faham dan arif dengan sepak terajang penipu seperti Anwar Ibrahim menarik balik samannya setelah diminta, dirayu dan dimohon oleh Anwar Ibrahim, serta-merta para penyokong Pakatan Rakyat membuat khabar angin kononnya Musa Hasan akan menyertai PAS seperti bekas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Fauzi Shaari.

Hari ini, Musa Hasan telah menafikan khabar-khabar angin tersebut malah menegaskan yang dia lebih selesa dengan tidak menyertai mana-mana parti, atau dengan kata-kata lain sebagai pengundi bebas yang tidak terikat dengan sentimen kepartian apabila hendak mengundi.

Apalah nak jadi dengan para penyokong Pakatan Rakyat?

Musa Hasan digembar-gemburkan hendak masuk PAS dan kata sebilangan daripada mereka, semakin ramai bekas pegawai-pegawai tinggi polis yang akan menyertai parti tersebut sekaligus akan membantu Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya sekaligus memerintah negara ini. Modal mereka hanyalah Fauzi Shaari.

Malangnya pada masa yang sama, ketegasan yang ditunjukkan oleh Hasan Ali dan ikrar yang diberikan oleh Shahnon Ahmad yang merupakan bekas dan masih lagi ahli PAS untuk bersama-sama PAS pula, dianggap sebagai satu lakonan yang dibayar oleh UMNO semata-mata.

Ia sekaligus menunjukkan bagaimana terdesaknya para penyokong PAS untuk mencari dahan yang kukuh untuk berpaut sepertimana mimpi-mimpi indah yang diciptakan oleh ahli-ahli baru PAS seperti Fauzi Shaari yang kononnya kerjasama antara PAS dan DAP telah menyebabkan suasana di dalam negara lebih aman dan harmoni.

Sama ada mereka sedar atau tidak, hubungan antara kaum di Malaysia sekarang... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

0 comments

MAZLAN ALIMAN TAK NAK BUAT DEMONSTRASI DAN TUNTUTAN TERHADAP KERAJAAN PAS KE EKORAN PENIPUAN LADANG RAKYAT?


Kalau bab FELDA, bukan main lagi kaum Pakatan Rakyat, terutama sekali Mazlan Aliman yang telah digaji khas untuk memburukkan FELDA dan mempengaruhi para peserta tanah rancangan tersebut kononnya FELDA mencekik darah mereka, bahkan menjadikan mereka sebagai hamba sahaya yang ditindas menerusi pelbagai jenis hutang.

Ke sana sini Mazlan Aliman buat tohmahan kononnya FELDA hanya merugikan orang Melayu dan Bumiputera secara keseluruhannya. Apatah lagi dengan penyenaraian dan pengapungan tanah-tanah Felda Plantation yang dikatakan sepatutnya diserahkan kepada generasi kedua dan ketiga FELDA untuk diduduki dan dikerjakan.

Dengan kata lain, tanah-tanah milik anak-anak syarikat FELDA perlu diberikan kepada warga peneroka memandangkan para peserta FELDA telah berbakti kepada FELDA, bukan kepada diri sendiri. Kesungguhan dan kerja keras para peserta yang dalam tempoh beberapa tahun berjaya memperbaiki ekonomi dan taraf hidup mereka, membina rumah besar, bahkan sesetengahnya mampu menjana perniagaan sendiri dengan berasaskan kepada bantuan FELDA, cuba digambarkan oleh Mazlan Aliman sebagai akan dirampas oleh FELDA sepenuhnya.

Jahat sungguhlah FELDA kalau mengikut kata Mazlan Aliman. Menariknya tohmahan dan hasutan yang dibuat oleh Mazlan Aliman dipercayai oleh sesetengah peneroka sehingga akhirnya mereka mengambil tindakan menyaman FELDA yang akhirnya merugikan mereka sendiri, sebaliknya mengkayakan Mazlan Aliman dan pasukan peguamnya.

Nah, sekarang sudah terbukti LADANG RAKYAT dan LADANG SEJAHTERA merupakan SATU SKIM PENIPUAN BESAR-BESARAN oleh PAS untuk merampas tanah dan membuat keuntungan besar dengan menjualnya kepada pihak asing. Manakala para peneroka yang digula-gulakan sekadar diberi RM200 sebulan berbanding masyarakat FELDA yang mendapat ribuan ringgit setiap bulan.

Mengapa Mazlan Aliman hilang suara? Mana pembelaan Mazlan Aliman kepada para peneroka yang telah ditipu oleh PAS? Mengapa Mazlan Aliman langsung tidak berani bersuara dan menyatakan yang hak? Mengapa pula tidak dibentuk pasukan peguam yang konon-kononnya 'sukarela' hendak membantu peneroka tanah yang telah dirampas oleh PAS untuk dijadikan LADANG RAKYAT dan LADANG SEJAHTERA di Kelantan dan di Kedah?

Mengapa dibiarkan para peneroka yang sudah tentu terdiri daripada golongan marhein, berpendapatan rendah dan melihat RM200 sebagai jumlah yang cukup besar untuk perut dan keperluan ahli keluarga?

Apakah Mazlan Aliman sudah terpukau dengan pendedahan bahawa SKIM LADANG RAKYAT DAN LADANG SEJAHTERA HANYALAH SATU PENIPUAN besar-besaran oleh PAS berbanding FELDA yang telah banyak memberikan sumbangan kepada para penerokanya sama ada dalam bentuk material mahupun dalam bentuk yang lain?

0 comments

GUAN ENG PATUT TERANGKAN, MENGAPA ANDREW CHEW SIMPAN RATUSAN JUTA RINGGIT DUIT KOMISYENNYA SEPANJANG JADI KETUA MENTERI!!!


Lim Guan Eng cuba mengajar Kerajaan Pusat bagaimana hendak menghapuskan rasuah dan mengelakkan negara ini daripada bankrap. Dan sudah tentulah para penyokong Pakatan, khususnya dari kalangan Melayu PAS dan PKR akan terbuka biji mata, terbeliak besar, halkum turun naik dan bulu roma meremang-remang dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung DAP itu dek kerana kekaguman yang teramat sangat.

Hakikatnya, Guan Eng yang menggariskan enam perkara yang dilakoninya itu, sebenarnya menyimpan rahsia yang lebih besar daripada tuduhan yang dilemparkan kepada mana-mana pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Ketelusan yang dikatakan oleh Guan Eng sebenarnya adalah pembohongan paling besar. TIDAK ADA TENDER TERBUKA di Pulau Pinang bagi projek-projek bernilai ratusan juta ringgit. Sebaliknya Guan Eng sendiri yang telah menetapkan mana syarikat yang perlu ditunjukkan. Kalaupun proses tender terbuka diadakan, ia sekadar satu lakonan semata-mata dengan keputusan yang telah pun dibuat dan disediakan lebih awal.

Antara kes terbaik untuk menunjukkan bagaimana PEMBOHONG BESARNYA Lim Guan Eng dan hebatnya dia berlakon ialah dalam kes tanah Taman Manggis yang melibatkan syarikat Winbond Sdn. Bhd dan seorang wanita bernama Phang Li Koon... tender terbuka kepala bapak dia ler tuh... atau pun tender membuka kangkang Phang Li Koon oleh Guan Eng yang apabila berada di hadapan wanita cantik, matanya tidak lepas memandang buah dada wanita berkenaan...


Konon-kononnya nak tahu berapa aset pemimpin UMNO-BN... sepatutnya Guan Eng terangkan kepada rakyat Malaysia siapa sebenarnya ANDREW CHEW yang kerap bertemu dengannya di KOMTAR dan pejabat Guan Eng di Singapura. Sepatutnya juga Guan Eng terangkan apa peranan dan tugasan sebenar Andrew Chew selain Tony Pua, terutama yang membabitkan kewangan?

Lebih daripada itu, Guan Eng juga patut secara terbuka mengisytiharkan berapa banyakkah wang rakyat Pulau Pinang yang telah disonglap dan disimpan oleh Andrew Chew bagi pihaknya sama ada di Singapura atau di Australia.

Semakin kuat Guan Eng menuding kepada pihak lain dan cuba mengajar tentang kejujuran, semakin banyaklah juga cerita dalam seluarnya yang terburai... Dan yang menariknya, yang memburaikan segala rahsia Guan Eng, bukanlah dari kalangan UMNO, jauh sekali MCA, tetapi dari kalangan orang DAP sendiri!!!

0 comments

GEMPAR! LUBANG PUNGGUNG RAFIZI RAMLI MENANAH!!!


Nak kata bodoh, mamat jambu ini bekas seorang akauntan. Nak kata baghal, mamat ni berjawatan hebat. Dan nak kata bahlol, mamat ini berjaya memperdayakan ramai rakyat Malaysia dengan isu NFC sehinggakan sebahagian orang UMNO sendiri pun turut terpengaruh.

Namun yang sahnya, mamat ni sebenarnya berpenyakit hati yang sangat kronik selain menerima arahan tertentu untuk menjahanamkan mana-mana industri yang diusahakan oleh Bumiputera di negara ini.

Isu NFC cuba dihangatkan kembali oleh Rafizi Ramli yang sedang berhadapan dengan saman Shahrizat Jalil terhadapnya. Memandangkan dia seorang PKR dan Pakatan Rakyat, maka kes yang sedang dibicarakan di mahkamah, boleh dikempenkan di luar mahkamah bagi menimbulkan persepsi kepada masyarakat bahawa dia tidak bersalah. Lainlah kalau dia adalah seorang UMNO, maka dia akan tutup mulut sehingga habis kes dibicarakan... sepertimana yang dilakukan oleh Shahrizat Jalil yang sedang menyamannya.

Kata Rafizi Ramli, tindakan menyaman NFCorp tidak akan mengembalikan semula wang RM250 juta daripada duit pembayar cukai yang dipinjamkan kepada syarikat berkenaan. Bahkan syarikat tersebut boleh melarikan diri dengan mengisytiharkan diri sebagai bankrap! (BACA DI SINI)

Penyakit bodoh yang membodohkan dalam diri Rafizi Ramli disertai pula dengan penyakit hasad dengki yang amat keterlaluan terhadap bangsa serta saudara seagama sendiri sangat keterlaluan.

Dia sendiri yang mengatakan duit berkenaan dipinjamkan kepada syarikat tersebut. Sudah tentulah, duit tersebut dipinjamkan bukan secara terus daripada Kementerian Kewangan sebaliknya menerusi bank-bank terpilih. Kalau NFCorp yang meminjam daripada bank, bagaimana pula mereka boleh melarikan diri apatah lagi dengan guaranteed letter dari Kerajaan Malaysia yang bersandarkan kepada projek fidlot berkenaan.

Tentunya dalam mana-mana pinjaman yang besar-besar, pihak bank tidak akan terus memberikan wang begitu sahaja. Sudah tentu ada jaminan daripada pihak peminjam bagi meyakinkan bank untuk mengeluarkan dana sebesar itu? Tentu ada sesuatu yang telah disandarkan oleh syarikat tersebut kepada bank.

Itu secara logik akalnya...

Hanya kerana Dr. Mohamad Salleh merupakan suami kepada Shahrizat Abdul Jalil, tidak bermakna dia dan syarikat NFCorps boleh melepaskan diri daripada tanggungjawab membayar hutang dan pinjaman. Tak tahu lah kalau ada pemimpin PKR yang boleh melepaskan diri daripada membayar hutang dan pinjaman sebagaimana yang berjaya dilakukan oleh Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dalam kes pinjamannya dengan BIMB.

Yang disusahkan hati oleh Rafizi ialah pembelian aset oleh NFCorp dengan menggunakan wang pinjaman berkenaan. Dah dinamakan wang pinjaman, maka apa yang mengikat NFCorp agar tidak menggunakan pinjaman tersebut bagi membeli aset yang boleh digunakan sebagai sandaran untuk operasi kewangan syarikat berkenaan?

Takkanlah syarikat-syarikat besar dan korporat pendana PKR dan Rafizi sendiri, memperolehi pinjaman dari bank, dan mereka sekadar menyimpan hard cash dalam peti besi tanpa menjadikan pinjaman tersebut sebagai satu peranti untuk mempercepatkan dan menjamin pembayaran semula pinjaman?

Yang sangat sah sekarang ialah, mamat bernama Rafizi Ramli ini sedang didatangi dosanya sendiri. Dia sedang ketakutan dengan bayang-bayang hitamnya sendiri. Dia sedang ketakutan kerana perlanggaran BAFIA yang diamalkan oleh semua negara di dunia ini tidak terkecuali walau sebuahnya, hatta sebuah negara kecil seperti Monaco yang akan menyebabkannya terperosok ke lantai penjara. Dan lebih daripada itu, dia sedang mencari-cari sokongan untuk saman yang sedang dihadapinya daripada Shahrizat Jalil!

0 comments

AWAS!!! OSTAD INI DIKATAKAN PENIPU DAN PEMERDAYA WANITA JELITA!!!


KEPADA GADIS-GADIS DI LUAR SANA, BERHATI-HATI

Siapa kenal dengan orang ini ??
Nama : Mohd Razis b. Ismail

Siapa yang pernah ada kes dengan dia,tolong buat report.Minta pihak berkenaan tangkap orang macam ni dari terus menipu orang lain.

Boleh baca komen-komen bawah gambar yang diupload salah sorang isterinya:
https://www.facebook.com/photo.php?f...&type=1&ref=nf

Boleh baca di blog ini juga:
http://sozcyili.blogspot.com/2012/10...ustaz-ini.html 

by Dato' Siti Nurul Halizah :

BIODATA 'USTAZ' RAZIS..
NAMA PENUH MOHD RAZIS BIN ISMAIL. 
I/C NO. 821020-14-5185. 
ALAMAT 90-17-2, APARTMENT PUTRA RIA, JALAN BANGSAR, 59200 KUALA LUMPUR (RUMAH IBU BAPA DIA). 
PENIPUAN DIA : 
(1)KAWIN DENGAN GADIS-GADIS BAIK KEMUDIAN DITINGGALKAN (BERKAHWIN LEBIH DARI 11 ORANG - SUMBER DARI SIASATAN YANG DIBUAT). 
(2)MELARIKAN DUIT ORANG NAK PERGI UMRAH MENGGUNAKAN SYARIKAT AL-FAJR & ZAHAFIZ
(3)MEMUNGUT DERMA UNTUK RUMAH ANAK YATIM DAN MAAHAD TAHFIZ YANG TAK PERNAH WUJUD...PERNAH MASUK PENJARA 2 KALI TAPI DIIKAT JAMIN OLEH KELUARGANYA.....bagaimana saya tahu? dari siasatan dan bukti2 dari balai polis, jabatan penjara, beberapa keratan akhbar tahun 2009...bukan fitnah tapi semua bukti ada pada saya

*Nasihat aku, gadis-gadis atau janda-janda-janda yang pernah,sedang atau akan terjatuh hati dengan dia,tolong angkat balik hati anda tu bawa lari jauh-jauh...

*Gara-gara orang macam nilah yang membuat gelaran 'ustaz' tercemar.Menggunakan agama untuk mengenakan orang lain. Tak guna betul! Aku harap janganlah ustad PAS yang buat kelaku buruk nih!
Tapi kalau Ostad PAS pun, aku tak terkejut sangat..

SUMBER: ANAK SEBERANG

0 comments

Blog Archive

Labels