1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, November 26, 2012

MELAYU!!! MELAYU-ISLAM!!! RASIS SUNGGUH!!!

Monday, November 26, 2012
Selama beberapa tahun ini, apa-apa sahaja yang berlaku dalam UMNO akan segera ditarafkan sebagai RASIS. Sehinggakan angkat, hunus dan kucup keris pun dianggap sebagai rasis.

Esok, suara dan ungkapan MELAYU, ISLAM dan BUMIPUTERA akan kedengaran lagi.

Kita nak tengok berapa banyak pula suara-suara yang mengatakan UMNO RASIS Dan sebagainya.

Pelik, orang Melayu, orang UMNO dah tak boleh cakap dan sebut fasal MELAYU, BUMIPUTERA dan ISLAM. Kalau sebut juga akan dikatakan sebagai RASIS dan MENGHINA KAUM LAIN.

Bayangkanlah kalau DAP tak dibenarkan bercakap tentang MALAYSIAN MALAYSIA. PAS tidak dibenarkan bercakap tentang ISLAM dan PKR tak dibenarkan bercakap tentang ANWAR IBRAHIM NAK JADI PERDANA MENTERI.

Kalau dah tak mahu UMNO bercakap tentang MELAYU, ISLAM dan BUMIPUTERA, apa kata kalau puak_puak PAKATAN pakat-pakat pindah pi ke Singapura la!

Ha, kat sana kalau cakap pasal apa-apa yang dikatakan RASIS boleh dihukum kalau tidak pun dibuang kerakyatan.

Pi ler pindah ke sana!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments

PEGUAM PERANCIS TAK DIBENARKAN MASUK? KEJAM! KEJAM!

Memang kejam sangat-sangat sebab dua orang peguam upahan Anwar Ibrahim tidak dibenarkan masuk ke Malaysia untuk menipu ahli-ahli Parlimen Malaysia berhubung pembelian kapal selam Scorpene.

Sampai ke sudah Pakatan Rakyat masih berusaha untuk mendedahkan sistem pertahanan negara dan sampai ke sudah jugalah Anwar Ibrahim yang kemaruk sebab tak dapat komisyen daripada pembelian kapal selam tersebut dari syarikal pembekal ekoran pemecatannya, terus beragan dan meroyan sakan.

Diupah dua orang peguam dari Perancis kononnya untuk memberikan taklimat berhubung pembelian dua buah kapal selam tersebut kepada Ahli-Ahli Parlimen menunjukkan keterdesakan luar biasa Anwar Ibrahim setelah pembohongan menggunakan SUARAM sebelum ini telah dikantoikan terang-terangan.

Hairannya... Mengapa peguam yang kononnya nak mendakwa Najib dan Kementerian Pertahanan yang didatangkan tetapi tidak syarikat yang menjual kedua-dua kapal selam berkenaan?

Mengapa kalau benar, Anwar Ibrahim dan Tony Pua tak datangkan wakil dari syarikat tersebut? Mengapa hanya menggunakan peguam yang memang kita tahu, lidah dan bibir mereka akan berbuat seperti kehendak pihak yang memberi upah?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments

UMNO SAMBUT KEMASUKAN NASHARUDDIN MAT ISA DAN HASAN ALI SEBAGAI ANGGOTA BARU?


Sudah pecah berita daripada puak-puak Pakatan Rakyat sendiri, khususnya dari kalangan mereka yang berkopiah putih tetapi berhala di dalam hatinya adalah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng bahawa satu kejutan akan berlaku dalam Perhimpunan Agung UMNO yang akan bermula esok. Kejutan yang dimaksudkan adalah kemasukan beberapa orang pemimpin PAS ke dalam UMNO di mana dua orang daripada mereka adalah bekas pemimpin tertinggi PAS.

Bagaimanapun, nama kedua-dua bekas pemimpin tertinggi PAS itu tidak disebut. Puak-puak yang memberhalakan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng itu, agak berhati-hati dalam membuat tuduhan kerana bimbang mereka akan menelan kahak sendiri.

Berdasarkan senario masakini, dua orang bekas pemimpin tertinggi PAS yang dimaksudkan itu menghala kepada Hasan Ali, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga merupakan ADUN Gombak Setia yang sekarang ini masih mengetuai JATI, sebuah NGO yang menentang hubungan antara PAS dengan DAP dan PKR yang disifatkan sebagai menghalalkan pemurtadan.

Manakala Nasharuddin Mat Isa, dibenci dan seringkali ditohmah.... BACA SETERUSNYA DI KEDAHAN69ERS.COM

0 comments

K.O KAN PASUKAN LAWAN... FAM TAK MAHU SEWA ADIK NIK AZIZ NI KER?



1 comments

Sunday, November 25, 2012

CINA DAP KURANG AJAR CUBA CETUS PERANG BERDARAH DI PWTC!!!

Sunday, November 25, 2012

Tak ada orang Melayu yang bersikap kurang ajar menceroboh atau memprovokasi majlis atau program DAP tetapi orang DAP sudah berkali-kali berkurang ajar dan bersikap biadap dengan orang Melayu.

Terbaru dan terkini, puak-puak DAP yang berbaju hijau LYNAS dan BERSIH kuning sedang melakukan provokasi di stesen LRT PWTC.

Apakah Lim Kit Siang sedang cuba mengatakan UMNO juga yang memulakan sengketa seperti 13 MEI 1969?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments

Saturday, November 24, 2012

BILA LAGI AKAUN RM3 BILION ANWAR IBRAHIM HENDAK DISIASAT?

Saturday, November 24, 2012

Sekarang ini, PKR menerusi Rafizi Ramli dan Sivarasa Rasaiah sedang berusaha sedaya mungkin untuk mengenakan Musa Aman, Ketua Menteri Sarawak yang dikatakan memperolehi RM40 juta secara haram dari seberang laut. Sekalipun telah dijelaskan bahawa wang berkenaan adalah derma politik, namun PKR tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Bahkan sewaktu ICAC Hong Kong menegaskan bahawa siasatan mereka tidak menemui sebarang penyelewengan atau money laundering sepertimana yang dituduh oleh PKR, Rafizi Ramli dan konco-konconya ke Hong Kong untuk memujuk agar kes tersebut dibuka semula.

Dan seperti dalam kes Scorpene, Rafizi Ramli segera meuar-uarkan bahawa kes tersebut telah dibuka semula oleh ICAC untuk disiasat. Manakala Sivarasa Rasaiah pula menyatakan bahawa UBS Bank di Switzerland sedang membuka kes siasatan berhubung penggubahan wang haram (money laundering) membabitkan USD90 juta yang juga melibatkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Hebat sungguh PKR berusaha untuk mengenakan pemimpin-pemimpin UMNO-BN.

Namun ada satu kes yang sudah sangat lama dan sehingga sekarang, tiada sebarang siasatan, tindakan mahupun perbicaraan dibuat. Kes tersebut melibatkan penyelewengan dan rompakan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sewaktu bergelar Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Jumlahnya pula adalah sebanyak RM3 bilion... jumlah yang sangat besar berbanding tuduhan yang dilemparkan kepada Musa Aman mahupun Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud.

5 Jun 2012, Presiden PERKASA, Ibrahim Ali telah membuat laporan polis meminta polis menyiasat kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid bahawa Anwar Ibrahim telah mengawal lebih 20 akaun peribadi (Master Akaun) bernilai lebih RM3 bilion.

7 Jun,  Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Anwar pula meminta Anwar Ibrahim menfailkan saman terhadap Abdul Murad, sekiranya pengakuan berkanunnya itu adalah fitnah semata-mata. Anuar Shaari juga meminta Anwar menjelaskan sama ada akaun induk tersebut membabitkan pemilikan aset, saham serta wang Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Taharin yang nilainya begitu lumayan.

10 Jun, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin turut memberikan respons agar Anwar menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion seperti yang terkandung dalam akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara itu.

Namun Anwar Ibrahim langsung tidak menjawab. Pun begitu, pada masa yang sama, tiada sebarang siasatan, tindakan mahupun ulasan yang diberikan oleh pihak berkuasa berhubung Pengakuan Berkanun Datuk Abdul Murad bin Khalid. Manakala konco-konco Anwar Ibrahim juga, langsung tidak berani bersuara atau mencuit perkara berkenaan, walaupun pada masa yang sama, mereka begitu sibuk dengan para pemimpin UMNO yang lain, seolah-olah mereka cuba mengelakkan orang ramai dan para pengundi daripada mengetahui kisah Anwar melarikan wang negara secara haram.


Berikut adalah pengakuan berkanun Abdul Murad bin Khalid yang dibuat pada 26 Oktober 1999:


Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid
Saya, Abdul Dato ‘Murad Bin Khalid (No Kad Pengenalan 531215-08-5957), seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan menetap di No 104, Jalan Setiabakti 9, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya mengaku sebagai berikut: -
1. Pada 16 September 1999 saya telah didakwa kerana gagal untuk mendedahkan maklumat sebenar berkenaan saham Ben Harta Sdn Bhd (BHSB) dan 51 hartanah yang didakwa memberi manfaat kepada saya menurut seksyen 87 (2) (c) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).
2. Untuk melakukan keadilan kepada diri saya sendiri, saya mesti membuat akuan awam mengenai perkara-perkara tertentu yang berkaitan dengan pelbagai jawatan yang saya lakukan di Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa bebanan besar dan tekanan yang dipikul untuk jawatan-jawatan tersebut. Pernyataan awam ini juga bertujuan untuk memberikan perspektif yang betul kepada orang ramai tentang komplot bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (“DSAI”) yang juga Menteri Kewangan dalam penglibatannya secara langsung dalam memberi arahan terhadap BNM.
3. Sebagai salah satu daripada eksekutif tertinggi di BNM, Saya kebiasaannya termasuk di dalam kenalan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disukai – dan kemudiannya diamanahkan kepada saya untuk menjalankan beberapa arahan beliau, apa yang dipercayai oleh saya sekarang adalah untuk melanjutkan cita-cita politiknya. Dalam melaksanakan skim politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan saya untuk melaksanakan eksesais korporat tertentu yang memihak kepada kawan-kawan dan kroni-kroninya. Hutang-hutang kroni-kroni beliau telah dibersihkan / diselesaikan dengan menggunakan keuntungan daripada rundingan-rundingan menggunakan pengaruh BNM.
4. Antara eksesais korporat yang paling ketara ialah pengambilalihan syarikat Sikap Power, pemegang konsesi Projek Kuasa Bebas (IPP) di Lumut, Perak. Konsesi itu telah dijual kepada MRCB atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan MRCB kemudian menyuntik ‘konsesi’itu ke dalam Malakof Berhad yang merupakan anak syarikat MRCB. Saya percaya bahawa keuntungan kira-kira RM50 juta daripada urus niaga ini dimasukkan ke salah satu dana politik DSAI.
5. Seorang lelaki Cina bernama Tong Kooi Ong juga terlibat dengan ketara dalam meningkatkan bantuan kewangan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tong Kooi Ong adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Phileo Allied Berhad yang disenaraikan di Papan Utama BSKL. Phileo Allied Bank juga adalah di bawah kawalan Tong Kooi Ong. Tong Kooi Ong menjadi kenalan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui pengenalan saya dan mereka kemudiannya menjadi sangat rapat.
Tong Kooi Ong kemudiannya mendedahkan kepada saya bahawa sebagai balasan bantuan yang diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah menubuhkan satu “Akaun Induk” (Master Accounts) – yang di bawah kawalannya. Di mana sumbangan kewangan dibuat untuk kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Akaun Induk itu hasil yang diperolehi daripada pegangan saham dan bangunan. Pada satu peringkat Tong Kooi Ong membuka rahsia kepada saya bahawa Akaun Induk itu bernilai RM200 juta berdasarkan nilai saham dan bangunan yang diperolehi daripadanya.
6. Saya percaya terdapat sekurang-kurangnya 20 Akaun Induk lain yang ditubuhkan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh pelbagai kroni-kroninya. Saya percaya bahawa jumlah dana dalam 20 Akaun Induk adalah lebih RM3 bilion. Modus operandi DSAI adalah pecah dan perintah serta setiap operator untuk setiap Akaun Induk tidak sedar tentang kewujudan Akaun Induk yang lain. Saya percaya kerajaan sedar tentang siapakah kroni-kroni ini.
7. Setakat yang saya tahu dan melalui penglibatan saya sendiri, lebih daripada RM120 juta telah dibayar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, kroninya dan organisasi yang digunakan untuk memajukan cita-cita politik beliau sendiri. Sebagai contoh ia dalam pengetahuan saya bahawa atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dana daripada Akaun Induk dibayar kepada dirinya dan individu-individu pengikutnya serta organisasi-organisasi yang dikenali berkaitan atau berhubungan dengannya antara 1992 hingga 1997: -
(1) Dirinya sendiri (DSAI) – RM50 juta
(2) Dato ‘Abdullah Ahmad (PBB) – RM 5 Juta
(3) Dato Nasaruddin Jalil – RM10 Juta
(4) Asia Pasifik Dasar Centre (APPC) – RM 38 juta & Douglas H. Paal – (USD 10.0 Million)
(5) Institut Kajian Asas (IKD) – RM5 Juta
(6) Aliran & Dr. Chandra Muzaffar – RM5 Juta
(7) Abim – RM 5 Juta – Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) – RM 2 Juta
(8) Yayasan Islam yang berpangkalan di UK – RM 1 Juta
JUMLAH RM 121 Juta
8. Saya juga diberitahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Tong Kooi Ong untuk membayar Puan Shamsidar dan seorang lagi bernama Encik Rahman terhadap apa yang mereka lakukan. Puan Shamsidar adalah isteri Encik Azmin Ali, Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Secara meluas telah diketahui bahawa Puan Shamsidar dibayar lumayan dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu serta pada kebanyakan masa dia tidak perlu untuk pergi ke tempat kerja.
9. Saya mesti membuat pendedahan khas tentang sebuah Pertubuhan Amerika yang dipanggil Asia Pacific Policy Centre (APPC) yang diketuai oleh Douglas H. Paal, bekas Pengarah Kanan untuk Hal Ehwal Asia (1989 hingga 1993) Majlis Keselamatan Negara (NSC) Amerika Syarikat. Douglas H. Paal meninggalkan Majlis Keselamatan Negara untuk memulakan APPC pada tahun 1993 yang dibiayai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya bertanggungjawab untuk mengatur sumbangan sebanyak USD IO Million kepada APPC dan Douglas. H. Paal atas arahan Datuk Seri Anwar.
Saya percaya bahawa kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lain juga membuat sumbangan besar kepada APPC dan Douglas H. Paal. Walaupun saya tidak dapat memastikan jumlah sumbangan mereka secara tepat, saya yakin jumlahnya juga mencecah berjuta-juta dolar AS.
APPC dan Douglas H. Paal adalah salah satu daripada jentera utama yang digunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan imej beliau di negara-negara Barat, terutamanya di Washington, Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain. APPC juga pelobi utama untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan organisasi media antarabangsa.
10. APPC menganjurkan “Dialog Pasifik” iaitu satu persidangan di bawah naungan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dialog Pasifik Pertama diadakan di Pulau Pinang pada November 1994. Dialog Pasifik Kedua telah diadakan pada bulan Januari 1996, Dialog Pasifik Ketiga pada bulan November 1996 dan Dialog Pasifik Keempat pada bulan Januari 1998. Sepatutnya akan dibuat Dialog Pasifik Kelima yang dirancang pada bulan Disember 1998 tetapi telah dibatalkan kerana penaung persidangan itu tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Semua persidangan Dialog Pasifik telah diadakan di Malaysia kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sumber utama pembiayaan untuk APPC.
11. Dalam apa yang saya percaya seperti yang dianggap sebagai pengkhianatan kepercayaan orang ramai, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan bahawa APPC harus menguruskan rizab BNM sebanyak RM50 Bilion dan dana KWSP sebagai balasan untuk perkhidmatan yang telah diberikan. Alternatif yuran besar sebanyak USD 3 Juta akan dibayar setiap tahun kepada APPC untuk kos menjalankan Pusat di Washington. Nasib baik ini arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk APPC menguruskan dana di atas tidak dapat dikuatkuasakan.
Apa yang saya telah saya nyatakan di atas tanpa keraguan membuktikan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab yang bersedia mengorbankan tabung-tabung negara untuk faedah cita-cita politik dengan bantuan elemen-elemen asing.
Perkembangan semasa yang sedang berlaku di negara ini yang mengancam ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat untuk melanjutkan cita-cita politik Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bukti yang mencukupi bagi menyokong dakwaan ini.
12. Saya juga telah diarahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan untuk membantu orang yang berikut untuk membersihkan hutang mereka seperti yang dinyatakan di bawah: -
(a) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan saya untuk membantu menyelesaikan hutang Tan Sri Abdullah Ahmad (sekarang Wakil Tetap ke PBB) dengan Bank Bumiputra tentang hutang lebih daripada 10 Juta. Saya membantu dengan rundingan hutang penyelesaian sebanyak RM7 Juta. Suatu amaun sebanyak RM5 Juta telah diambil daripada Akaun Induk untuk membayar hutang tersebut. Manakala baki sebanyak RM2 Juta datang dari Tan Sri Ahmad Abdullah sendiri, hasil dari penjualan tanah.
(b) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan saya untuk membantu menyelesaikan hutang Puan Marina Yusof dengan bank-bank tempatan yang berjumlah lebih daripada RM20 juta. Saya telah menyampaikan permohonannya itu kepada Tabung Pemulihan Usahawan (TPU) untuk bantuan membangunkan tanah di sepanjang Jalan Tun Razak, yang kini telah disiap dikenali sebagai Marinara Kompleks. Panel TPU meluluskan permohonan beliau. Puan Marina Yusof sangat berterima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
(c) Sebuah syarikat berpengkalan di Pulau Pinang Mercury Securities berhutang dengan MUI Bank lebih daripada RM l0 juta yang dicagar dengan caj tanah pihak ketiga. Pemegang saham majoriti ialah Chew Seng Guan dan Encik Ahmad Kamal yang Datuk Seri Anwar Ibrahim latih untuk menjadi ahli perniagaan dan ahli politik Bumiputera. Saya kemudiannya membantu mengatur pejualan tanah kepada Matang Emas Sdn. Bhd sebuah syarikat yang dimiliki oleh Encik Taib Hamid, di mana jualan tanah itu juga dapat menyelesaikan beberapa masalah peribadi Encik Taib Hamid. Sebidang tanah yang sama kemudiannya dijual oleh Encik Taib kepada TPPT Sdn Bhd untuk projek perumahan kos rendah yang kini dikenali sebagai Taman Tun Perak.
(d) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan saya untuk membantu Kumpulan Dato ‘Nazri Abdullah untuk mengambil alih Kumpulan NST daripada Renong. Saya meminta bantuan dari Kumpulan Hong Leong untuk menstrukturkan urus niaga itu. Saya bercakap dengan Seow Lun Hoo dan Quek Leng Chan dari Hong Leong. Mereka mencadangkan supaya Kumpulan Dato ‘Nazri menggunakan MRCB sebagai kenderaan untuk mengambil alih saham NST. Saya kemudian bercakap dengan Maybank untuk mengatur pinjaman kepada Nazri untuk membeli MRCB dan satu lagi pinjaman untuk membeli NST.
(e) Saya telah diarahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantu Encik Faiz Abdullah ( penulis hantu Datuk Seri Anwar Ibrahim), bersama-sama dengan Seow Lun Hoo dari Hong Leong untuk membeli Kewangan Usaha Bersatu Berhad (KUBB), kemudian dimiliki oleh Berhad ldris Hidraulik. Skim yang terlibat menggunakan Arus Murni Berhad dahulunya dikenali sebagai Timuran Berhad, sebuah syarikat yang disenaraikan di Papan Utama BSKL sebagai syarikat induk.
Saya mendekati bank-bank berikut (i. Hong Leong Bank ii. Hong Leong Finance iii. Sime Bank iv. RHB Bank v Southern Bank vi. BSN Commercial Bank) untuk membantu pinjaman sindiket untuk membeli saham KUBB yang bernilai melebihi RM400 juta.
Faiz Abdullah adalah seorang penulis hantu yang sangat bijak dan operator politik untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau juga seorang peguam, bekas wartawan dan bekas pegawai polis Cawangan Khas.
13. Penglibatan saya dengan Tong Kooi Ong dan Akaun Induk dalam melaksanakan arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meletakkan saya dalam masalah undang-undang. Pada 16 September 1999 saya didakwa kerana gagal untuk mendedahkan maklumat sebenar tentang pemilikan saham-saham Ben Harta Sdn Bhd dan 51 hartanah yang diwujudkan untuk faedah saya yang berjumlah RM23.9 juta.
14. Saya mesti menyatakan bahawa saya tidak pernah tahu tentang kewujudan kedua-dua individu yang kononnya menjadi pemegang saham Ben Harta Sdn Bhd iaitu Gan Hong Sin @ Lan Hong Sing dan Gan Sor Ting. Tong Kooi Ong telah menunjukkan kepada saya bahawa syarikat ini memegang hartanah dan saham sebagai sebahagian daripada skim untuk mengumpul dana untuk Datuk Seri Anwar.
Saya tidak pernah ditunjukkan atau melihat buku Akaun Induk yang dikendalikan oleh Tong Kooi Ong. Saya tidak tahu apa-apa saham yang dipegang oleh Ben Harta bagi pihak saya, serta lokasi daripada 51 hartanah yang juga dikatakan telah diadakan bagi pihak saya, kecuali satu apartmen dan satu banglo yang saya telah diamanahkan untuk mengekalkannya bagi tujuan pelaburan yang kemudiannya dijual untuk Akaun Induk.
15. Saya amat percaya bahawa maklumat yang salah telah diberikan kepada pihak berkuasa untuk mengaitkan saya dengan Ben Harta Sdn Bhd. Saya menuding jari kepada Tong Kooi Ong dan dua pemegang saham Ben Harta. Mereka telah mensabitkan saya untuk menyelamatkan diri mereka sendiri.
16. Selain dari hartanah yang dipegang di bawah Ben Harta Sdn Bhd, saya juga tahu bahawa beberapa harta telah dibeli untuk pelaburan dan Akaun Induk dan untuk kegunaan masa depan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lokasi harta-harta ini terletak di sekitar Kuala Lumpur yang bernilai kira-kira RM15 juta.
17. Berkenaan dengan polisi kerosakan yang diguna pakai oleh BNM berikutan kemelesetan ekonomi pada Julai 1997, saya secara mutlak, menyatakan bahawa saya telah menentang kuat terhadap polisi-polisi ini. Saya menentang polisi ‘Had Pinjaman Dibenar’(Legal Lending Limit), pengurangan NPL (pinjaman tidak berbayar) daripada 6 bulan hingga 3 bulan, ‘Pengecutan Kredit (Credit Crunch) diperkenalkan pada Oktober 1997 dan ‘Kadar Faedah Tinggi ‘ (Higher Rate of Interest). Semua polisi-polisi ini telah disahkan dan diterima pakai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saya dan beberapa pegawai eksekutif BNM berusaha untuk menghentikan polisi-polisi ini daripada dilaksanakan. Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengecam saya kerana bersuara menentang polisi-polisi ini. Dia menuduh saya “terlalu dekat dengan pasaran”.
Saya kini sedar bahawa ini adalah satu taktik politik Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghancurkan ekonomi dan membawa Malaysia melutut dan menjemput International Monetary Fund (IMF) bagi memaksa Dr Mahathir meletak jawatan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan Perdana Menteri.
18. Berikutan penangkapan saya dan diikuti dengan peletakan jawatan saya sebagai Pengarah Eksekutif RHB Bank Berhad yang telah membuatkan saya berfikir bahawa sepanjang penglibatan saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah amat dikesali walaupun seperti yang saya katakan sebelum ini saya telah dipaksakan sebagai salah seorang Eksekutif di BNM.
Saya kini sedar bahawa saya telah dieksploitasi dan diperalatkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang aset untuk kegunaan politik peribadi dan manfaatnya. Aset-aset yang ditahan di bawah Ben Harta bukan milik saya. Oleh itu, terpulang kepada kerajaan untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya berkenaan pengurusan kuasa, termasuk penyitaan jika dibenarkan.
19. Saya kini menyeru semua rakyat yang cintakan keamanan dan setia Malaysia untuk menolak taktik politik kotor yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokong-penyokongnya, sebaliknya menyokong semua usaha-usaha ekonomi dan fiskal untuk membawa kembali kesejahteraan ekonomi negara. Saya sentiasa bersedia dan sanggup untuk mengutuk sesuatu yang tidak betul dan komplot Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjayakan cita-cita politik beliau yang sememangnya menjejaskan keselamatan negara, keamanan dan kestabilan politik.
20. Kesimpulannya, saya dalam keadaan tidak berbelah bagi bahawa Sidang Akhbar / Siaran ini dibuat melalui Akuan Berkanun dibuat oleh saya secara sukarela, tanpa apa-apa dorongan, ugutan atau janji atau paksaan dari mana-mana pihak, mahupun sebagai balasan bagi apa-apa nikmat atau rawatan khas berkaitan dengan tuduhan yang saya hadapi dan saya membuat pengakuan ini dengan hemat sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan menurut kuasa Akta Akuan Berkanun, 1960.
Ditandatangani oleh penama
DATO ‘ABDUL Murad bin Khalid
Kuala Lumpur, 26 Okt 1999.

1 comments

PECAH KUIL DALAM RUMAH, UMNO-BN PUN TAK BUAT!!!


Tak tahulah kalau yang ini dikatakan sebagai KEBEBASAN BERAGAMA versi Pakatan Rakyat. Islam sendiri pun tak ajar, tempat ibadat kaum lain yang berada di dalam rumah, wajar dipecahkan. Malah 'semurtad-murtad' UMNO dan Barisan Nasional pun, belum lagi ada kes di mana penguatkuasa PBT yang sudah tentunya beragama Islam dan majoriti berbangsa Melayu diarahkan memecahkan mana-mana tempat ibadat atau tokong, atau kuil di dalam kawasan rumah.

Tetapi Pakatan Rakyat ni lain caranya.

Sahabat blogger SHIZONE yang beragama Hindu, berang apabila menitipkan berita tentang perbuatan sekumpulan anggota penguatkuasa PBT Sepang membabitkan sebuah tempat ibadat kaum Hindu yang berada di dalam kawasan rumah atau lebih tepat lagi di porch tempat meletak kereta.

Hairannya, HINDRAF tak pula berbunyi dan berarak sehingga ke Batu Caves. Tak ada pula M.Manoharan yang merupakan penasihat undang-undang Hindraf memekik-mekik mengatakan perbuatan PBT Sepang yang sudah tentu mendapat arahan daripada pihak atasan untuk menceroboh dan merobohkan tempat ibadat tersebut.

Kalau kuil di tanah kerajaan yang dibina secara haram, mungkin wajar jugalah dirobohkan seperti masjid dan surau yang dibina tanpa permit atau kelulusan. Ini, kuil dalam kawasan rumah pun jadi mangsa.

Ini betul-betul kejam dan kurang ajar!

Walau dalam keadaan perang sekalipun, Islam mengharamkan umat Islam melakukan beberapa perkara seperti meracuni perigi atau sumber air, merobohkan tempat ibadat kaum bukan Islam, menebang atau membunuh tanam-tanaman, membunuh orang tua dan sakit, wanita serta kanak-kanak.

Apa sudah jadi dengan Pakatan yang seringkali mengkhabarkan mereka lebih terbuka, lebih baik dan lebih liberal berbanding UMNO-BN? Apakah perbuatan yang menyerupai perbuatan Taliban itu, difatwakan sebagai 'halal' oleh sesetengah orang dalam Pakatan Rakyat Selangor?

Itu yang HINDRAF bangga sangat dengan Pakatan Rakyat... nah, ambik kau!!!

1 comments

PEMUDA PAS PULAU PINANG BANTAH FESTIVAL ARAK TAPI YANG LULUSKAN PEMUDA PAS PULAU PINANG JUGAK!!!


Semakin lama, PAS semakin meraban terutama apabila melibatkan sayap Pemudanya. Maka memang benarlah seperti yang dikatakan oleh beberapa orang perwakilan dalam Muktamar PAS Ke-58 baru-baru ini bahawa Pemuda PAS tidak mempunyai pemimpin yang boleh dijadikan sebagai ikon.

Usaha Pemuda PAS Pulau Pinang membantah 'Konsert Arak' yang diberi lesen sementara oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Batu Feringghi sebenarnya tidak lebih daripada meludah ke langit dan akhirnya kahak bertepek ke muka sendiri.

Apakan tidak, di sebalik bantahan tersebut, terselit kisah pemimpin Pemuda Pulau Pinang sendiri, Iszuree bin Ibrahim yang merupakan salah seorang Ahli Majlis MPPP.

Iszuree merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bandar Baru, juga merupakan Penolong Setiausaha Negeri selain memegang jawatan selaku Pengerusi Lujnah Tanah Pulau Pinang, adalah Ahli Majlis MPPP yang terlibat dalam Jawatankuasa Perlesenan Kerajaan Tempatan.

Seorang lagi wakil PAS sebagai Ahli Majlis MPPP adalah Mohamed Yusoff Mohamed Noor.

MPPP mempunyai 24 orang Ahli Majlis. 10 orang daripada mereka adalah DAP, 8 pula dari PKR, 2 dari PAS dan 4 dari NGO. Daripada 24 orang, hanya 9 orang beragama Islam.

Di mana kedudukan Mohamed Yusoff Mohamed Noor, Iszuree dan 7 orang Ahli Majlis beragama Islam yang lain dalam  hal konsert arak yang diberikan lesen sementara oleh MPPP? Sedangkan kelulusan tersebut datangnya daripada mereka.

Apakah mereka sedang menggunakan fiqh al-tanzili (Fiqh Adaptasi) yang membolehkan arak diambil dan diminum di kawasan-kawasan khusus untuk golongan peminum arak bukan Islam di Pulau Pinang?

Kalaulah Fiqh Al-Tanzili menjadi kaedahnya dan aqaidnya, mengapa hanya hal-hal yang melibatkan PAS sahaja kaedah tersebut terpakai, sedangkan apabila melibatkan UMNO, aqaidnya lebih menyerupai fiqh taliban?

Bantahan yang dikemukakan oleh Pemuda PAS Pulau Pinang itu memang tidak kena pada gayanya. Bukan sahaja menyalahi apa yang mereka duk perkatakan tentang diri sendiri, tetapi juga mencerminkan sikap PAS Pulau Pinang yang sentiasa tunduk dan akur kepada DAP dan PKR.

Yang sudah sahnya, PAS Pulau Pinang hanya dipergunakan untuk menghalalkan setiap perkara haram yang diusahakan oleh Kerajaan Lim Guan Eng!!!

0 comments

Friday, November 23, 2012

KALAU UNTUK PAS, KONGSI LAKI PUN, ABBY ABADI ANGGAP JIHAD, TAPI UNTUK GAZA, KERAJAAN MALAYSIA PULA YANG DISALAHKAN!!!

Friday, November 23, 2012

Inilah pendapat seorang bahlol seperti betina bernama Abby Abadi ini.

Jihad pada pandangannya yang dirasakan lebih bijak dan lebih pandai daripada orang lain, ialah dengan mengangkat senapang, senjata, atau paling tidak pun mengangkang untuk jadi bini kedua, ketiga atau keempat mana-mana pemimpin PAS.

Kalau untuk PAS, parti politik yang disertainya, dia berjihad dengan berceramah dan sewaktu ceramah diadakan, tabung-tabung Unit Amal akan diedarkan untuk mengumpulkan duit daripada para pendengar dan duit-duit tersebut akan diberikan kepadanya sebagai yuran kedatangan dan yuran bercakap.

Tetapi dalam hal rakyat Palestin yang mendapat perhatian seluruh dunia, ijtihad Abby Abadi, lain pula. Dia cenderung untuk menyalahkan Kerajaan Malaysia kerana katanya, orang-orang PAS memang berminat hendak berjihad di Palestin tetapi disebabkan kekangan daripada Kerajaan Malaysia, mereka tidak boleh mengangkat atau memiliki senjata. Bila dah tak boleh memiliki dan mengangkat senjata, maka secara tidak langsung, Kerajaan Malaysia telah menghalang orang PAS untuk turut sama berjihad.

Apa punya bangang ler sekor nih... Sudahlah hukum-hakam agama dia main langgar sesuka hati, seolah-olah dia tu Nabi Betina bernama Sajjah binti Al-Harith yang wujud pada zaman Khalifah Abu Bakar r.a dan  berkahwin dengan Musailamah Al-Kazzab yang juga seorang lagi Nabi palsu.

Bongok yang serba membongokkan ler si bahlol bernama Abby Abadi nih... patutlah Allah Taala pisahkan dia daripada bekas suaminya dahulu... bukan untuk kebaikan dirinya tetapi sebagai kebaikan kepada bekas suaminya!

2 comments

NURUL IZZAH DAN RAFIZI RAMLI, DUA EKOR MAKHLUK PKR YANG SEDANG TERDESAK!!!


Hari ini, Nurul Izzah anak perempuan Anwar Ibrahim telah menghantar surat saman kepada Utusan Malaysia apabila akhbar berkenaan menyiarkan berita yang dipetik dari Malaysiakini dan Malaysian Insider berhubung kenyataan Nurul Izzah di dalam sebuah forum di sebuah gereja tentang Negara Islam, di mana akhirnya Nurul Izzah membuat kenyataan, orang Melayu perlu diberikan kebebasan untuk KELUAR DARI ISLAM dan memeluk agama-agama lain.

Nurul Izzah hanya mampu menyaman Utusan Malaysia tetapi tidak berani langsung menyaman Malaysiakini dan Malaysian Insider yang terlebih dahulu menyiarkan berita tersebut sebelum dipetik oleh Utusan Malaysia.  Sebabnya mudah, Malaysiakini dan Malaysian Insider adalah portal yang dibiayai oleh Zionis manakala Utusan Malaysia pula adalah sebuah akhbar cetakan.

Jadi, dengan mengambil kira pandangan bahawa akhbar bercetak lebih bahaya berbanding portal, Nurul Izzah dengan nasihat daripada para peguamnya pun menyaman Utusan Malaysia dengan harapan, Utusan Malaysia akan hancur dan bankrap.

Lagipun, memang tiada sebarang tindakan yang akan diambil terhadap mana-mana portal seperti Malaysian Insider dan Malaysiakini yang mendapat pembiayaan daripada Zionis sebab PKR dan Pakatan Rakyat berusaha sedaya mungkin untuk tidak mencetuskan permusuhan dengan Zionis.

Setakat itu sahajalah keberanian Nurul Izzah dan pasukan peguamnya walaupun secara jelas, terang dan nyata, tiada sebarang fitnah yang dibuat oleh Utusan Malaysia terhadapnya, melainkan memang benar dia yang bercakap dan bersuara mendesak agar orang Melayu PERLU DIBENARKAN MURTAD dan KELUAR DARI AGAMA ISLAM untuk disesuaikan dengan kemajuan dunia ini.

Namun disebabkan dia adalah anak Anwar Ibrahim dan manhajnya pula adalah Pakatan Rakyat yang kiblat mereka adalah Zionis Israel, maka itulah tindakan yang dilakukannya.

Rafizi Ramli, seekor lagi anjing Pakatan Rakyat, gagal dalam usaha mengenepikan perbicaraan BAFIA dengan berselindung kononnya, dia adalah pemberi maklumat. Oleh kerana dia adalah pemberi maklumat, maka undang-undang akan mempertahankanya.

BAFIA tiada kena-mengena dengan undang-undang pemberi maklumat sebagaimana yang cuba dipersepsikan oleh Rafizi Ramli. Dan mahkamah melakukan tindakan yang betul untuk melindungi jutaan tenaga kerja di Malaysia daripada kehilangan pekerjaan.

Peguam Rafizi Ramli, Sivarasa Rasiah cuba mempertikaikan keputusan mahkamah untuk menolak permintaan Rafizi yang mempunyai risiko bakal berhadapan dengan penjara 3 tahun dan denda berjuta-juta ringgit, sekaligus mematikan langsung peluang untuknya bertanding dalam PRU13 sebagai calon PKR di Pandan.

Dan menariknya kedua-duanya iaitu Nurul Izzah dan Rafizi Ramli adalah Melayu-Islam yang menjadi pak turut Zionis dalam usaha memecahbelahkan masyarakat Islam dan rakyat Malaysia dengan pelbagai ulah serta pembohongan dan fitnah mereka.

Namun yang paling jelas dalam dua keadaan ini ialah, bagaimana Nurul Izzah dan Rafizi Ramli sudah mula menunjukkan keresahan dan ketakutan mereka kerana apa-apa sahaja yang mereka lakukan, didedahkan kepada umum tanpa mengikut format berita seperti yang diinginkan oleh kedua-duanya.

Tempoh untuk berbohong dan melakukan fitnah serta menyalahkan pihak lain, sudah lama berlalu. Kalau dahulu Pakatan yang menguasai media terutama sekali media baru, sekarang merek aperlu berhadapan dengan apa yang telah mereka ciptakan dahulu. Pemberitaan mahupun pencanangan sebarang berita membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat, adalah format dan kriteria yang telah dibuat oleh Pakatan Rakyat.

Justeru, mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat, terutama sekali Anwar Ibrahim tidak boleh sama sekali menyalahkan lawannya kerana lawannya sekadar menurut apa yang telah dibuat lebih awal...

0 comments

ORANG SIBUK NAK TOLONG PALESTIN, DIORANG SIBUK NAMA NAJIB TERCICIR!!!

Apa punya bangau ler puak-puak pecacai Pakatan Rakyat ni.

Rosmah Mansor yang bukan main kena kutuk pun, dah hantar duit derma untuk rakyat Palestin yang sedang menderita akibat kezaliman Zionis.

Artis-artis yang takder pun haluan politik pun dah berlumba-lumba tawarkan diri untuk kutip derma kebajikan buat rakyat Palestin.

Malahan Jamil Khir yang dikatakan tolol agama kalau dibandingkan dengan para pemimpin PAS, dah pun guna kuasanya untuk meminta semua masjid agar melakukan solat hajat dan qunut nazilah, agar Allah Taala menyelamatkan rakyat Palestin.

Malangnya puak-puak Pakatan Rakyat masih lagi memberikan perhatian kepada dosa murtad mereka.

Dan apabila gencatan senjata berjaya dibuat antara Hamas dan Zionis, mereka melalak-lalak pula kononnya hairan kenapa nama Najib tidak disebut oleh Setiausaha Agung PBB.

Mentaliti jenis apakah puak-puak ni apabila nama yang mereka pentingkan?

Patutlah beria-ia sangat puak-puak bangau ni duk menyokong Anwar sebab Anwar sentiasa bijak mencari nama sehinggakan namanya disebut-sebut oleh Zionis sebagai rakan mereka dan bakal jadi Perdana Menteri Malaysia.

Patutlah juga puak-puak ni sibuk duk cari nama sehinggakan mangkuk bongok macam Leman Raja Lawak yang duk jual minyak urut untuk kuatkan kemaluan pun, boleh jadi penceramah.

Patutlah...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments

MATI JATUH APARTMENT SEBAB NAK JUMPA BOYFRIEND... TRAGEDI ATAU MENGADA-NGADA?



Inilah apartment di Desa Pandan lokasi Khadijah (gambar kecil) ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat tujuh untuk menemui kekasihnya. Pix: Kosmo!Inilah apartment di Desa Pandan lokasi Khadijah (gambar kecil) ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat tujuh untuk menemui kekasihnya. Pix: Kosmo!KUALA LUMPUR: Hajat seorang gadis keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga bagi bertemu kekasihnya mengundang padah apabila dia maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen kuarters kerajaan di Desa Pandan di sini semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 8 pagi, mangsa, Siti Khadijah Muhammad, 16, mengurung diri di dalam bilik di rumahnya selepas dipercayai memberontak kerana dihalang keluarga untuk bertemu kekasihnya.

Bagaimanapun, selepas terdesak untuk berjumpa kekasihnya, mangsa cuba keluar dari tingkap di bilik rumahnya.

Khadijah dikatakan menyambung lima helai selendang yang setiap satu sepanjang kira-kira satu meter setengah dengan niat dapat sampai ke bawah dan berjumpa kekasihnya.

Semasa kejadian, ibu gadis itu dan empat adik mangsa berada di rumah sementara bapa mangsa berada di pejabat.

Bagaimanapun, hajat Khadijah bertemu buah hatinya tidak kesampaian apabila kain selendang yang disambungnya itu terputus sebaik mangsa bergantung pada kain tersebut.

Mangsa ditemui terbaring berlumuran darah dalam keadaan sudah tidak bernyawa oleh penduduk di apartmen sembilan tingkat itu.

Bapa mangsa, Muhammad Abd. Manaf, 45, berkata, dia dimaklumkan mengenai tragedi menimpa anak sulungnya selepas dihubungi jiran.

Sebaik tiba di kawasan rumah, dia sedih melihat tubuh anaknya sudah terkujur dan berlumuran darah.

"Saya dan isteri kemudian berusaha masuk ke bilik Khadijah yang berkunci dari dalam.

"Sebaik pintu bilik terbuka, kami nampak beberapa helai kain selendang bersambung diikat pada jeriji tingkap bilik terjuntai ke bawah," cerita Muhammad ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Kuala Lumpur di sini.

Selendang tersebut terkoyak dan terputus dipercayai tidak dapat menampung mangsa yang seberat kira-kira 45 kilogram sebaik sahaja mangsa bergantung pada kain itu.

Muhammad memberitahu, dia tidak menyangka anaknya sanggup berbuat demikian demi kekasihnya selepas hubungan mereka tidak direstui.

Sementara itu, rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, Khadijah bertindak demikian dipercayai akibat desakan teman lelakinya yang memaksa mangsa berjumpanya.

"Saya ada terbaca beberapa khidmat pesanan ringkas arwah Khadijah dan teman lelakinya melalui telefon bimbit miliknya," jelasnya ketika ditemui.

Menurutnya, dia memang terkejut dengan tindakan arwah yang bertindak melulu semata-mata untuk berjumpa lelaki itu.

Katanya lagi, mangsa merupakan pelajar pintar dan tiada masalah sebelum ini tetapi mula berubah sikap sejak mengenali kekasihnya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh mengesahkan kejadian tersebut dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut.

Remaja lelaki sedih kehilangan Khadijah

Seorang remaja lelaki yang mendakwa kekasih Siti Khadijah Muhammad, 16, yang ditemui mati terjatuh dari sebuah apartmen di Desa Pandan di sini tidak dapat menerima hakikat dia sudah kehilangan gadis itu.

Menerusi laman Twitter miliknya, remaja berusia 16 tahun yang dikenali sebagai Farid itu melahirkan rasa sedih kerana tidak dapat berjumpa mangsa sebelum gadis itu meninggal dunia.

Remaja lelaki yang tinggal di Damansara Damai, Petaling Jaya itu turut mendakwa, ibu dan seorang adik perempuan mangsa menjadi punca gadis itu nekad keluar daripada rumah melalui tingkap.

Antara petikan yang ditulis dalam Twitter remaja lelaki itu: "Aku hidup sekarang sampai mati aku takkan maafkan korang berdua ****. Kalau korang bagi dia keluar aku rasa dia masih ada lagi."

Selepas mendapat maklumat kekasihnya mati terjatuh daripada apartmen, remaja lelaki itu terus pergi Rumah Mayat Hospital Kuala Lumpur untuk menatap wajah kekasihnya itu.

Mengikut Twitter itu lagi, remaja berkenaan meluahkan, air matanya tidak berhenti mengalir selepas menatap wajah gadis pujaannya yang sudah tidak bernyawa di hospital.

Pada sebelah petang, remaja lelaki itu mengemas kini Twitter miliknya lagi dengan memberitahu, dia yang tiada wang memberanikan diri menaiki teksi ke rumah arwah kekasihnya untuk sama-sama membaca surah Yasin.

Sampai di apartmen tersebut, remaja itu memberitahu, dia bernasib baik kerana keluarga kekasihnya membayar wang tambang teksi.

Kemas kini pada pukul 8.30 malam tadi pula menyebut, dia berasa bersalah kerana kematian Khadijah dianggap mempunyai kaitan dengan dirinya.

"Aku rasa serba salahlah, dia meninggal sebab aku. Dia sanggup buat macam itu semata-mata nak jumpa dengan aku."

Tinjauan Kosmo! di akaun Twitter remaja itu pada pukul 8.47 malam tadi mendapati akaun tersebut dibanjiri ucapan takziah pengikutnya yang berjumlah 3,390 orang yang rata-ratanya melahirkan rasa simpati terhadap nasib mangsa dan remaja lelaki itu.

Remaja itu bagaimanapun gagal dihubungi Kosmo! bagi mendapatkan komen mengenai kejadian itu.

Sementara itu, laman Facebook dan Twitter milik Khadijah sudah ditutup oleh keluarga mangsa. (SUMBER)

ULASAN TFK:
Secara peribadi, TFK menyokong tindakan kedua-dua ibu bapa si mati! 
Sayang anak, ditangan-tangankan, bukan ikut kehendak mereka membuta tuli. Dunia hanyalah sementara, tetapi ada kehidupan lain yang lebih abadi.

0 comments

Thursday, November 22, 2012

ALAHAI AES... MAKIN LAMA, MAKIN TERBELIT!!!

Thursday, November 22, 2012

Menteri Pengangkutan masih tidak peduli dengan apa yang bakal berlaku apabila mengikrarkan bahawa AES yang dilihat oleh sebahagian besar rakyat negara ini sebagai LANUN dan PEROMPAK, akan tetap diteruskan kerana kamera-kamera AES itu akan 'MENDIDIK PENGGUNA JALAN RAYA'.

Maka untuk menyedapkan cerita, dikatakan bahawa kedua-dua syarikat yang diberikan konsesi lima tahun oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan selepas tempoh tersebut, maka kamera-kamera AES akan diserahkan kepada JPJ.

Kata Menteri Pengangkutan lagi, kedua-dua syarikat konsesi berkenaan hanya akan terlibat dalam pemasangan sahaja manakala segala saman, masih dikeluarkan oleh JPJ. Atau dengan kata lain, saman-saman akan diuruskan oleh JPJ, bukannya syarikat-syarikat konsesi terbabit.

Ketua Pengarah JPJ, Solah Mat Hasan pula berkata,  penjelasan tentang AES akan diberikan dari semasa ke semasa, malah aktiviti tersebut akan diteruskan untuk mendidik pengguna jalan raya sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara.

Dan bagi melunakkan lagi doktrin berkenaan yang lebih kepada MEMBODOH-BODOHKAN RAKYAT ialah, menurut Ketua Pengarah JPJ, sesi penerangan berkenaan akan melibatkan NGO.

Alasan mendidik merupakan alasan yang paling standard dan yang termampu diberikan oleh puak-puak berkenaan. Bagaimanapun, baik Ketua Pengarah JPJ apatah lagi Menteri Pengangkutan, masih tidak dapat menjelaskan tentang DALAL yang diperolehi oleh kedua-dua syarikat konsesi dalam setiap saman. Ketua Pengarah JPJ mahupun Menteri Pengangkutan seolah-olah cuba menutup mulut dan buat-buat terlupa untuk menerangkan perkara berkenaan.

Agak menarik juga apabila Ketua Pengarah JPJ mengatakan, pengguna jalan raya akan dididik terlebih dahulu tentang AES sebelum sistem berkenaan dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara. Sebabnya mudah, berdasarkan kepada apa yang berlaku sekarang, sekalipun pemasangan kamera AES belum pun menyeluruh, saman-saman telah pun dikeluarkan dan JPJ dengan penuh sombong dan angkuh menyatakan, tiada sebarang diskaun akan diberikan kepada pembayar-pembayar saman AES.

Dulu, pemaju-pemaju perumahan buat perangai ni ler... umum projek perumahan. Rumah-rumah yang belum siap dijual kepada pembeli. Bank-bank pun bukan main lagi bekerjasama. Kemudian, walaupun rumah berkenaan tidak disiapkan, pemaju dah pun dapat duit dan lesap tanpa sebarang rasa bersalah. Manakala pembeli pula terpaksa membayar kepada pihak bank walaupun rumah yang mereka beli masih tidak disiapkan walaupun sudah berpuluh-puluh tahun.

Nampaknya dalam sistem AES pun, macam tu jugalah. Kedua-dua syarikat konsesi kelihatan sudah tidak cukup duit untuk melengkapkan pemasangan kamera-kamera AES di seluruh negara sehingga menuntut DALAL daripada saman-saman yang dikeluarkan oleh JPJ berdasarkan rakaman kamera AES dibuat terlebih dahulu.

Dan JPJ pun, segera menunaikannya walaupun pada sepanjang masa, dikatakan bahawa kamera-kamera tersebut adalah untuk mendidik dan menafikan dakwaan bahawa 831 'kawasan hitam' dan 270 persimpangan lampu isyarat yang dipasang kamera AES adalah untuk MENCARI KEUNTUNGAN DENGAN CARA MUDAH!!!

Siapa sebenarnya yang menjadi tangan ghaib kepada projek kaut untung cara mudah ini?



0 comments

MULUT MAHATHIR JAHAT SANGAT, PATUT KENA SENTAL DENGAN TEMPURUNG KELAPA!!!


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak menjadi perdana menteri berbanding Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Jika mereka (pembangkang) menang, sudah tentulah beliau (Abdul Hadi) bolehmenjadi perdana menteri. Beliau sangat layak, lebih layak daripada Anwar, sebabbeliau tidak ada sebarang bebanan sejarah," katanya.

Dr Mahathir, yang sebelum itu berucap pada Persidangan Antarabangsa mengenaiKanak-kanak Menjadi Mangsa Peperangan di sini, mengulas mengenai pendirikanperwakilan pada Muktamar PAS ke-58 baru-baru ini yang mahu Abdul Hadi menjadiperdana menteri jika pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akandatang.

Mengulas mengenai ungkapan 'parti syaitan' yang dibangkitkan oleh Abdul Hadi, Dr Mahathir berkata: "Beliau sendiri bekerjasama dengan syaitan, itusyaitan yang saya tahu, beliau bekerjasama dengan syaitan itulah."

Dalam ucapannya pada muktamar PAS minggu lepas, Anggota Parlimen Marang itumengkritik sebuah 'parti syaitan.'

"Parti syaitan yang dikuasai syaitan di dalamnya - syaitan yang orang tahu - tidak mampu menegakkan kebajikan yang bernama adil terhadap semua", kata Abdul Hadi dalam ucapan perasmiannya Jumaat lepas.

Pada sidang akhbar kemudian, Abdul Hadi diminta memperjelaskan mengenai parti yang dimaksudkan sebagai 'parti syaitan' itu namun beliau enggan menamakannya. (SUMBER)

NOTA TFK:

Suatu ketika dahulu, Mahathir pernah melahirkan kekecewaannya apabila Hadi Awang kehilangan jawatan selaku Ketua Pembangkang apabila Hadi Awang kalah di kerusi Parlimen Marang. Jawatan Ketua Pembangkang ketika itu berpindah kepada Lim Kit Siang ekoran kekalahan Hadi Awang. 

Suatu masa dahulu juga, Mahathir pernah mempersoalkan, mengapa bersungguh-sungguh Melayu nak rampas negeri Melayu tetapi membiarkan negeri-negeri yang kurang Melayu meningkatkan penguasaan DAP di Parlimen dan DUNnya.

Suatu ketika dahululah... orang-orang lama PAS tahu benda ni. Yang tak tahu, cuma budak-budak yang baru masuk PAS dan terpesona dengan Anwar Ibrahim yang sangat memusuhi Hadi Awang semenjak dari dalam UMNO lagi!!!

0 comments

KERTAS PUTIH TALAM CORPS, SAHKAN KHALID IBRAHIM PEMBOHONG BESAR!!!


Akhirnya, Kerajaan Negeri mengedarkan Kertas Putih mengenai “Pelunasan Menyeluruh Hutang Talam” dalam sidang Dewan Negeri Selangor kali ini bagi membersihkan diri mereka daripada skandal Talam. Kita wajar mengucapkan terima kasih kerana kerajaan negeri hari ini mengakui bahawa usaha untuk menuntut hutang ini telah dilakukan oleh pentadbiran Barisan Nasional. Sekaligus membenarkan apa yang ditulis oleh Dr. Mohamad Khir Toyo pada bulan Julai lalu: Bila Menteri Besar Suka Berbohong.

Menurut laporan Kertas Putih, “Kedudukan hutang-hutang Talam yang menimbulkan masalah yang serius kepada Kerajaan telah diambil perhatian oleh Pentadbiran terdahulu, dibuktikan dengan enam (6) perjanjian pelunasan hutang hutang secara berasingan yang ditandatangani antara Talam dengan KHSB dan PIYSB/UNISEL dari tahun 2005-2008.”

Saya teringat tulisan Dr. Khir Toyo pada 2009 di bawah tajuk: “Silap Mata Kerajaan Negeri Selangor: RM 392 juta berpusing-pusing, RM 1 juta lesap?“. Bekas Menteri Besar itu menganggarkan kos round-tripping tersebut sekitar RM 1 juta. Namun ini disanggah oleh Khalid IBrahim. Khalid ketika itu dengan bongkak menyatakan bahawa ini semua dilakukan beliau sendiri secara percuma kerana beliau seorang ahli perniagaan bijak. Hari ini Kertas Putih tersebut menjelaskan kos sebenar proses ini ialah RM 420,000.00. Jadi ia tidaklah percuma seperti yang digambarkan oleh Khalid.

Yang lebih melucukan baru-baru ini Tan Sri Khalid menyatakan tiada sebarang usaha “bail-out” atau menyelamatkan Talam dilakukan oleh Kerajaan Negeri. Namun mengikut Kertas Putih ini, jumlah keseluruhan pengambil alihan aset-aset Talam ialah RM 676,094 juta.

Oleh kerana hutang Talam yang dipersetujui dalam perjanjian ini ialah RM 392 juta, mengapa jumlah hartanah yang diambil alih begitu besar bezanya dengan jumlah hutang yang dituntut?... SAMBUNG BACA DI MYKMU.NET

0 comments

FAEKAH HUSSIN BOCORKAN RAHSIA MAK LAMPIR AMPANG KEPADA SEL13.COM!!!


Kecoh sungguh di Ampang. Ingatkan blog-blog dan portal-portal yang anti-Pakatan ni, kuranglah dapat perhatian daripada puak-puak baju biru muda mata lebam atau pun baju hijau berserban hijau dan berdarah hijau macam sesumpah. Rupa-rupanya, bila tercetus berita Mak Lampir yang resumenya sangat hebat, tetapi sebenarnya hanyalah penjual buah dan minyak angin, menyebabkan ramai pula yang memperkatakan tentang portal SEL13.COM.

SEL13.COM telah menyiarkan berita perihal kekayaan mendadak Mak Lampir Ampang yang memiliki kenderaan-kenderaan mewah sekalipun baru sahaja menjadi Ahli Parlimen.

Sebahagian daripada para penyokong Mak Lampir di Pandan Indah yang seringkali penulis temui melepak di sebuah restoran mamak, kecoh tentang pendedahan itu. Ingatkan mereka marah kepada Mak Lampir kerana Mak Lampir seringkali jaki dan dengki dengan kekayaan orang lain, sedangkan Mak Lampir sendiri mendadak sahaja kaya-rayanya apabila jadi Ahli Parlimen Ampang.

Rupa-rupanya penyokong-penyokong Mak Lampir yang penulis kenal sebahagian besar daripada mereka, malah berjiran dan seringkali turun dengar ceramah sama-sama, marahkan kepada ORANG YANG MENDEDAHKAN perkara tersebut kepada pentadbir SEL13.COM.

Dan seperti yang penulis duga, para penyokong Mak Lampir itu segera menuduh Faekah Hussin yang empunya angkara. Kata mereka lagi, Azmin Ali tidak mungkin membuat pendedahan dan memalukan Mak Lampir Ampang memandangkan Mak Lampir tersangat bergantung kepada Azmin Ali. Jadi, Azmin Ali buat macam mana pun, Mak Lampir tetap akan bergayut di bulu ketiaknya.

Saingan paling utama Mak Lampir adalah Faekah Hussin, SETPOL Khalid Ibrahim yang sebelum ini berkonfrontasi dengan Mak Lampir dalam beberapa isu. Malahan serangan Azmin Ali yang merupakan sekutu kuat Azmin Ali terhadap Khalid Ibrahim, menyebabkan Faekah Hussin mengambil tindakan balas yang dilihat akan memalukan Mak Lampir, sekaligus menutup mulut lebar Mak Lampir buat sementara.

Dalam hal ini, kata mereka, bukan UMNO yang empunya angkara. Sebabnya, UMNO tidak peduli sangat dengan pemilikan harta mahupun kenderaan bagi mana-mana individu memandangkan orang UMNO selain daripada menjadi pemimpin politik, ada juga bisnes dan urusniaganya yang lain. Sedangkan orang PKR, yang baru keluar dari jerumun babi, tiba-tiba mencanak naik, tentu sekali mempunyai urusniaga luar biasa di belakang kebiasaan mereka.

Dan contoh tersebut terdapat pada Mak Lampir.

Penulis sebenarnya tidak begitu faham apa yang dimaksudkan oleh para penyokong PKR itu. Pada suatu segi, mereka kelihatan sangat taksub dengan Anwar Ibrahim, tetapi dari segi yang lain, mereka bukan main membenci lagi sebahagian pemimpin atau pendokong PKR termasuklah Khalid Ibrahim dan Faekah Hussin.

Namun, timbul juga tandatanya, benarkah Faekah Hussin yang membocorkan rahsia Mak Lampir kepada pengendali atau orang hubungan SEL13.COM? Atau sebenarnya mereka sekadar meneka dalam kesamaran dalam usaha untuk menutup KEMALUAN yang sudah terdedah?

Yang sangat pasti, puak-puak PKR di Ampang dan Pandan Indah, memang terbelah-belah dan terbahagi-bahagi. Masing-masing ada taiko yang dituruti dan mereka saling bersaing untuk mengutip laba di seluruh Ampang dan Pandan Indah dalam sebarang bentuk!!!

0 comments

Wednesday, November 21, 2012

HIDUP GAZA! HIDUP RAKYAT PALESTIN!... DAN LEPAS TU KITA PEKENA NESCAFE DALAM CAWAN MCDONALD!!!

Wednesday, November 21, 2012

Dua tiga hari ini, kecohlah seluruh Malaysia apabila siaran televisyen menayangkan pengeboman dan kekejaman yang dilakukan oleh Zionis terhadap rakyat Palestin. Tanah Palestin yang telah dijajah oleh Zionis, kembali marah dan memercik darah anak-anak bangsanya tanpa mengira agama yang dianuti, mahupun fahaman politik yang diikuti.

Zionis Israel sememangnya adalah bangsa penjajah. Mereka tidak malu mengaku, tanah Palestin adalah tanah mereka, manakala bangsa Arab Palestin pula dikatakan bangsa pendatang. Walhal, kebanyakan Zionis Israel yang bertapak di bumi Palestin itu kesemuanya adalah keturunan pendatang, sama ada datangnya mereka dari Armenia mahupun seluruh pelusuk Eropah, termasuklah dari China, India, Iran dan Afrika.

Keadaan yang sama juga berlaku di Malaysia apabila Melayu dan Bumiputera dikatakan sebagai pendatang ke negara ini, setaraf dengan bangsa-bangsa yang lain.

Biarpun Palestin dan Zionis Israel dikelilingi oleh negara-negara Arab, tetapi memandangkan para pemimpin Arab tersangat mudah kabur biji mata mereka dengan kereta Amerika, wanita Amerika, arak Amerika dan segala-galanya Amerika, maka mereka pun terpaksa melutut dan buat-buat tidak tahu tentang apa yang berlaku di Palestin.

Malu alah dengan kaum Muslimin di seluruh dunia, para pemimpin Arab menjerit-jerit tentang ukhwah Islamiyyah dan mengajak semua umat Islam bersatu menyokong Palestin, Gaza, Tebing Barat dan Ramallah. Sedangkan mereka sendiri, seronok mengulit gundik berambut perang dan bermata biru asal Amerika.


Itu jugalah yang berlaku di Malaysia. Para pemimpin Melayu beragama Islam, sibuk menjerit-jerit tentang Islam, tentang Melayu dan tentang Bumiputera, meminta semua umat Melayu dan Bumiputera bersatu dalam satu saf tetapi pada masa yang sama, merekalah yang sibuk mengulit taukeh-taukeh bermata sepet, berhidung mancung, dan sanggup pula mengeluarkan pelbagai fatwa untuk menyokong apa yang mereka lakukan seperti TAHALUF SIYASI.

Sekarang, rakyat Malaysia, khususnya orang Islam sedang bersemangat untuk berjihad. Tetapi jihad mereka sekadar jihad dalam bentuk tulisan dan cakap berdegar-degar sahajalah. Jihad fisabillah mereka sekadar demonstrasi, kibar bendera dan menyesakkan jalan raya. Lebih daripada itu, mereka tidak mampu.

Sebabnya apa?

Sebabnya, nak berjihad macam mana kalau duit di tangan pun, milik orang lain. Nak jihad macam mana, kalau nak keluar berjemur tengah panas pun, susah nak dibuat. Nak jihad macam mana, kalau surau dekat rumah pun, jenguknya cuma malam bulan Puasa untuk bertarawih atau bersolat jemaah Maghrib sesekali.

Tetapi yang lebih penting, macam mana nak pi jihad fisabillah kalau isteri sendiri pun, terpaksa keluar bekerja semata-mata untuk memastikan segala macam bil perlu dijelaskan walhal tanggungjawab mencukupkan makan minum, pakaian, tempat perlindungan, pendidikan dan sebagainya adalah tanggungjawab si suami.

Nak sembang pasal jihad dengan ceramah?

Boleh saja... sebab lepas ceramah, kita bolehlah lepak kat mana-mana kedai mamak, pekena beberapa gelas teh tarik dan roti canai, kemudian sembang kung-kang-kung-kang tentang politik negara...

Kalau itu dikategorikan sebagai jihad, pastinya ramai daripada kita tergolong dalam kelompok 60,000 manusia yang masuk syurga tanpa dihisab!!!

Nak mula jihad? Jom ajak diri sendiri, kaum keluarga dan jiran tetangga serta kerabat untuk memakmurkan masjid dan surau sekurang-kurangnya pada lima waktu wajib!!!

1 comments

MAHDZIR KHALID CABAR PAS KEDAH SERET DIA KE SPRM KALAU BERANI!!!


Sebelum berkuasa, PAS Kedah bukan main lagi bercakap tentang penyelewengan bekas Menteri Besar Kedah, Mahdzir Kedah yang akan membolehkan para pengikut bersorak apabila Mahdzir diseret ke muka pengadilan. Bagaimanapun, selepas empat tahun tiada sebarang tindakan undang-undang yang diambil, bahkan para pemimpin PAS masih lagi meneruskan ceramah tuding jari mereka seperti yang dilakukan sewaktu mereka masih jadi pembangkang di Kedah.

Menurut Mahdzir, dia tidak gentar malah mengalu-alukan sebarang siasatan dibuat terhadap dirinya berhubung penyelewengan sepanjang dia menjawat jawatan Menteri Besar Kedah.

PAS Kedah sedang tertekan dengan pelbagai kelemahan serta ketirisan dan penyelewengan pentadbiran serta pengurusan di Kedah. Bagaimanapun, PAS sentiasa menuding jari kepada pentadbiran lalu, berbanding menyelesaikan masalah yang mereka sendiri cipta walaupun dari semasa ke semasa, tuduhan-tuduhan tersebut tidak diiringi dengan pembuktian berlakunya penyelewengan.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 untuk negeri Kedah, menyebabkan PAS Kedah tersentak. Walaupun selama ini, mereka telah mendidik ahli-ahli PAS agar tidak membaca apa-apa maklumat, melainkan hanya daripada Harakah dan Roketkini serta Keadilan Daily, namun bagi ahli-ahli yang berotak, mereka mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Hasilnya, Laporan tersebut dibaca dan segala macam kebobrokan dalam pentadbiran negeri telah dikesan.

Bagaimanapun, para pemimpin PAS Kedah segera menuding jari dan menyalahkan kerajaan Mahdzir Khalid dengan mengeluarkan senarai kegagalan projek di bawah pentadbirannya. Bagaimanapun, apabila diamat-amati dan diteliti, kegagalan tersebut hanyalah disebabkan oleh masalah prosedur bukannya disebabkan penyelewengan.

Dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, Mahdzir turut membangkitkan persoalan berhubung Belanjawan Negeri 2013 yang antara lain menyaksikan sasaran Kerajaan Negeri mengutip premium tanah yang dianggarkan berjumlah RM150 juta pada tahun hadapan.

Jumlah berkenaan katanya, terlalu tinggi memandangkan semenjak dari tahun 2007 lagi, purata tahunan premium tanah adalah sekitar RM40 juta setahun. Secara tidak langsung, sasaran RM150 juta pada tahun hadapan akan menyaksikan kenaikan kadar cukai dan premium tanah secara besar-besaran... SAMBUNG BACA DI KEDAHAN69ERS.COM

0 comments

MAZLAN ALIMAN SUDAH BOLEH KIRA, BERAPA BULU DI BADANNYA YANG BOLEH DIGADAI!!!


Mazlan Aliman kini ibarat jatuh ditimpa tangga. Tidak sahaja namanya tercicir daripada senarai calon-calon PAS PRU13, tetapi juga bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang apabila Ahli Parlimen Pengerang, yang juga merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan, Azalina Othman Said.

Azalina Othman Said memutuskan untuk meneruskan proses menyaman Mazlan Aliman apabila Presiden ANAK itu enggan menerima surat saman yang dihantar kepadanya.

Mazlan Aliman telah berulang-ulang kali menuduh Azalina Othman mempunyai kepentingan dalam Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang dilihat mengancam potensi industri yang sama di Singapura.

Sebelum itu, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat cuba memujuk Azalina agar tidak meneruskan proses saman Mazlan Aliman kerana Mazlan Aliman tidak mempunyai duit. Bagaimanapun, bekas Ketua Puteri UMNO itu tetap bertegas untuk menyaman Mazlan Aliman memandangkan kekerapan Mazlan Aliman menuduhnya walaupun tidak mempunyai bukti-bukti yang kukuh dalam ceramah-ceramahnya.

Elok sangatlah tuh...

Pandai pula Mazlan Aliman cuba lari daripada terima surat saman. Konon-konon kalau dia tak terima surat saman tu, dia tak bolehlah disaman? Konon-konon kalau ada pemimpin Pakatan yang memujuk Azalina supaya tidak menyamannya sebab dia tidak berduit, maka dia bolehlah bebas berbuat apa-apa sahaja?

Mazlan Aliman sudah banyak kali terlepas kerana simpati orang kepadanya, terutama dalam hal yang membabitkan FELDA dan FELCRA. Tetapi kali ini, nampaknya dia sudah tersalah terkam.

Kalau Nurul Izzah yang digelarkan Puteri Reformasi pada penghujung tahun 1990-an dahulu pun, terkencing terberak dijerkah dek MAMAT... uppsss, sorry... MINAH yang bernama Azalina Othman Said, setakat Mazlan Aliman, apa barang dia nak takut.

Apatah lagi, Azalina menyatakan, samannya terhadap Mazlan Aliman bukannya disebabkan duit tetapi kerana maruah dan integriti yang telah diinjak-injak oleh generasi kedua FELDA yang tidak mengenang budi itu.

Rasalah kau, Mazlan Aliman!!!

0 comments

BERTALU-TALU LAPORAN POLIS TERHADAP PENGURUSAN KUIN TAPI HARAM SATU HABUK PUN TARAK TINDAKAN!!!!


Kolej Universiti Insaniah sudah setaraf dengan tong sampah yang dipenuhi dengan bangkai berulat. Baunya yang busuk, tidak lagi dapat ditutup dan diselindungi. Dan walaupun pelbagai alasan diberikan untuk menafikan yang KUIN berada dalam masalah besar, termasuklah ura-ura institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri itu akan dilelong kepada sebuah syarikat Turki yang telah membiayai pembinaan sebuah masjid di Kampus Kuala Ketil, tetapi jangankan masjid, tiang masjid pun tidak didirikan, ianya tidak lebih daripada sekadar satu alasan semata-mata.

Yang jelas, KUIN memang bermasalah dan rakyat Kedah yang selama ini hadam dengan alasan demi alasan berlapikkan agama, mulai meluat dan mengambil jalan untuk meluahkan perasaan mereka menerusi demonstrasi kecil serta laporan-laporan polis.

12 November lalu, lebih kurang jam 3:00 petang, satu laporan polis telah dibuat di IPD Kota Setar oleh Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia (PSSPGM) berhubung kecuaian pihak pengurusan KUIN, menyebabkan 7 orang pelajar Ijazah Pengajian Tahfiz Al Quran dan Al-Qiraat tidak diiktiraf ijazah mereka oleh MQA. Sejurus laporan polis dibuat, 15 orang yang diketuai oleh Abinorizian bin Abdullah telah membuat satu... SAMBUNG BACAAN DI SINI

0 comments

KATA ULAMA, TAPI PAS KELIRU ANTARA ISLAM DAN PUTRAJAYA!!!



Dengornya...Jika dunia kamu kejor, akhirat datang menyusul sebaliknya jika dunia dikejor, dunia lari
akhirat lesap!!!

Isle atau Putra Jaya...

Jika benar2 amalkan Isle dan benar2 gunakan Isle pada tempatnya yakni tidak zalim (zalim yakni
tidak pada tempatnya, dengar citernya) bukan saja Putra jaya tapi dunia ni datang menyembah
ketapak kaki!!

Tapi kalau Putra Jaya je maksudnya, sekarang pun dah jelas..bukan dunia datang menyembah!!
Malah dahi yg mulia tu menyembah orang2 kapir DAP dan orang2 yg pelik PKR (nak kata fasiq, kasor
pulak..kata je ler pelik, ok kut)..

Perlu ke PAS bersekongkol, nak kata sekongkol masih mulia lagi ni..ok ulangan, Perlu ke PAS
menyembah2 dan cium tapak kaki DAP dan PKR utk dapatkan Putra Jaya atau dapatkan Isle?

Atau perlu ke PAS berjinak2 dan berteduh dibawah payung BN?

Hakikatnya, PAS kena sedar..dalam PAKATAN, PAS hanya keldai2 tunggangan..dan jika bergabung
ngan BN, ibarat melukut ditepi gantang je. Baik jika brgabung ngan BN, hanya melukut je tak de ler
diliwat dan dikeldaikan.Jika ni tidak disedari maka benarlah PAS ni dah kelabu mata ngan kemegahan
PutraJaya...

Hj Hadi ngan berhemah dan rendah diri menawarkan diri sebagai hamba..Cuma DAP dan PKR ni buta
perut, tak faham..mereka faham jadi hamba ni bermakna sedia utk diperhambakan...mahu ke Hj
Hadi dan ahli2 PAS menerima hakikat ini?

Kembaliler pada pangkal jalan, perjuangan asal..benar2 mahukan Isle!! Bebas!! Segala batil didalam
BN ditentang, segala batil dalam PAKATAN yakni DAP dan PKR ditentang..tidak gentar jika hilang
semua kerusi, tapi gentar ngan kemurkaan Allah swt..tidak rugi kehilangan kerusi tapi perolehi
keredhaan dan keampunan Allah swt!!

Jgn risau, jgn bersedih, jgn gentar..janji Allah swt tu benar!!

Dizaman nabi saw, nabi saw tidak bernaung dan bersekongkol ngan orang2 kapir tetapi orang kapir
yg datang bernaung ngan nabi saw..walaupun mereka tidak memeluk Islam tapi mereka mengecapi
keamanan dan keselamatan.

Sesama orang Islam bukanlah musuh..tapi sedara seIslam. Musuh manusia ialah syaitan..(ishh nanti
dikabornya pulak UMNO ni syaitan oleh itu wajar dijadikan musuh..ishhh)..dan orang2 kapir takkan
senang ngan orang2 Islam selagi orang2 Islam tidak menuruti mereka yakni tunduk ngan mereka,
khususnya yahudi dan nasrani.

Usahlah kerana Putra Jaya, kita ngan rela hati tunduk pada orang2 kapir. Bangunlah dan berdirilah
ngan Isle, bukannya bangun dibawah tapak kaki orang2 kapir dan orang2 pelik. Masa masih belum
terlambat!!

-aa

0 comments

OOOO... MAK LAMPIR BELI KERETA MEWAH GUNA AP RUPA-RUPANYA!!!


Pendedahan yang dibuat oleh portal SEL13.COM tentang Mak Lampir Ampang, Zuraidah Kamaruddin, rupa-rupanya membuatkan Ketua Wanita PKR yang busuk hati perutnya itu, tersentak. Lakonannya selama ini telah terbongkar, dan apabila dia memberikan penjelasan bagaimana dia boleh mengumpulkan kereta-kereta mewah dalam tempoh empat tahun bergelar Ahli Parlimen, sekali lagi penjelasannya mendedahkan kemunafikannya sendiri.

Kata Mak Lampir, sebelum dia jadi Ahli Parlimen, dia memang dah ada kereta lebih dari sebiji. Bagaimanapun dia tidak menafikan yang keretanya cumalah berjenama Kancil tetapi menambah, dia membeli Toyota Hilux dengan 'trade-in' kereta NAZA, kononnya untuk memudahkan dia melawat kawasan. Manakala sebuah lagi Toyota Hilux, dibeli oleh seorang kawannya dengan menggunakan namanya kerana nama kawannya itu telah disenaraihitamkan.

Mak Lampir boleh cakap atau memberikan penjelasan apa-apa sahaja tentang pemilikan kenderaan-kenderaannya itu. Sebenarnya tiada sesiapa pun yang kisah kerana ini negara Malaysia. Dan Malaysia adalah sebuah negara terbuka. Siapa yang kuat berusaha - tak kiralah dengan jalan apa usahanya itu - akan dapat mencapai cita-cita yang diidamkan.

Selama ini, Mak Lampir sering memberitahu orang ramai kononnya, Malaysia zalim, kerajaan UMNO penindas, UMNO menyekat orang Melayu maju, UMNO itu UMNO ini tetapi Mak Lampir sendiri telah membuktikan, biarpun berstatus pendatang yang diberikan kerakyatan, Mak Lampir boleh memiliki kekayaan dan kemewahan tanpa diganggu gugat oleh mana-mana orang tempatan.

Dan yang lebih menarik ialah, dalam ceramah bukan main lagi Mak Lampir menceritakan tentang salah guna dan salah laku, terpekik terlolong tentang AP kereta yang kononnya dibolot dan hanya dinikmati oleh orang-orang tertentu.

Alih-alih Mak Lampir sendiri beli kereta menggunakan AP yang diperuntukkan untuk Ahli Parlimen. Pandai pulak Mak Lampir ambil kesempatan dengan keistimewaan yang diberikan dan diperuntukkan kepada Ahli-Ahli Parlimen.

Sepatutnya kalau tak suka, tak payahlah gunakan AP tu. Pulangkan balik dan beli kereta sebagaimana orang biasa beli.

Tapi rupa-rupanya makhluk bernama Mak Lampir asal pendatang ini adalah manusia munafiq. Kena kat orang, dialah yang paling kuat terpekik terlolong. Kena kat batang hidung sendiri, orang lain pula yang dipersalahkan.

0 comments

RONNIE LIU SALAHKAN PDRM KERANA BANYAKNYA PUSAT MAKSIAT DI SELANGOR!!!


Ketika ditanya oleh ADUN Lembah Jaya dari PAS, Khassim Abdul Aziz, mengapa banyak sangat pusat urut kaki yang tidak dipantau oleh Kerajaan Negeri sehingga yang diurut bukan lagi kaki sebaliknya 'benda-benda' lain, jawapan Ronnie Liu, mudah dan pantas.

PBT katanya tidak mempunyai anggota penguatkuasaan yang cukup. Dia dah keluarkan arahan bahawa pemantauan dibuat sepanjang masa dan yang salah adalah PDRM kerana kurang memberikan kerjasama kepada pihak PBT untuk menjalankan operasi pencegahan terutama penguatkuasaan.

Ini baru betul punya putar belit!

Premis dan lesen, dikeluarkan oleh PBT. Yang tidak berlesen pun, di bawah bidang kuasa PBT tetapi yang cuba disalahkan oleh Ronnie Liu adalah polis?

Pusat kegiatan maksiat telah menjadi industri utama Selangor semenjak Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Negeri. Dalam tempoh empat tahun sahaja, jumlahnya meningkat berpuluh-puluh kali ganda.

Sebelum ini, Ronnie Liu menafikan yang Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat telah mengeluarkan lebih banyak lesen kepada pusat-pusat urut terbabit. Sebaliknya menyatakan, kesemua lesen-lesen berkenaan telah dikeluarkan oleh pentadbiran terdahulu.

Sama ada telah dibutakan matanya, atau Ronnie Liu cuba untuk membodohkan rakyat Selangor, pertumbuhan pusat-pusat maksiat di Selangor, ketara peningkatan jumlahnya sebaik-baik sahaja dia menjadi Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan. Malah ramai yang berpendapat, Ronnie Liu sebenarnya ada saham dalam kewujudan pusat-pusat maksiat tersebut seiring dengan peningkatan jumlah hotel-hotel bajet yang dikatakan sebagai tempat 'money laundering' daripada kegiatan haram di seluruh Selangor.

Alasan-alasan yang diberikan oleh Ronnie Liu sekadar satu bentuk alasan untuk menyelamatkan diri. Dan ianya tidak akan menjejaskan atau mengubah apa-apa terutama industri maksiat di Selangor selagi Pakatan Rakyat menjadi kerajaan di negeri ini.

0 comments

Tuesday, November 20, 2012

PENULIS LIRIK AWAN NANO PULAK SEBARKAN AJARAN SESAT!!!

Tuesday, November 20, 2012

Bagi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, Nabi Muhammad s.a.w hanyalah mamat kampung biasa sehinggalah baginda diturunkan wahyu dan diberikan pangkat sebagai Pesuruh Allah. Mulianya Nabi Muhammad s.a.w menurut ajaran Nik Aziz Nik Mat, adalah kerana jawatan yang disandangnya.

Maka berimanlah sekalian puak-puak PAS dengan kenyataan tersebut tanpa mereka mahu tahu, mengapa Allah Taala memerintahkan agar manusia yang beragama Islam memperbanyakkan solawat kepada Rasulullah s.a.w. Mereka pun mempertahankan kenyataan Nik Abdul Aziz tanpa mereka tahu, mengapa dalam banyak kitab-kitab kuning, diceritakan tentang Nur Muhammad, Nur Allah selain kalimah Muhammad Rasulullah yang dilihat oleh Adam a.s. selepas roh ditiupkan ke dalam jasadnya.

Kini, muncul pula pendapat daripada penulis lirik Awan Nano yang memenangi Anugerah Juara Lagu tahun lepas, Budi Hikayat atau nama sebenarnya Hasmi Hashim mengutarakan satu lagi pandangan yang berasal dari kesesatan jiwa dan dangkalnya ilmu pengetahuan. 

Dan anehnya, pemikiran ini sejajar dengan pemikiran kaum yang mendokong fahaman Liberalisme dan Pluralisme yang memandang semua agama adalah sama.

Kata mangkuk yang perasan dia hebat sangat sebab menulis lirik lagu, umat Islam telah melakukan perbuatan serong sebab mempertahankan Nabi Muhammad s.a.w apabila ada pihak yang mencaci dan menghina baginda. Katanya lagi, sepatutnya Nabi Muhammad s.a.w yang mempertahankan umatnya!

Mangkuk ni dah tersalah Nabi dan Rasul ini... dia terkeliru antara Jesus Christ dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jesus Christ menanggung dosa umat manusia dengan mati di tiang salib walaupun dikatakan Jesus Christ sebagai Anak Tuhan yang sepatutnya ada lesen besar untuk memohon ampun daripada 'Bapanya' tanpa perlu berkorban di atas tiang salib. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w pula diutuskan oleh Allah Taala sebagai rahmat kepada sekalian alam. 

Tak tahu ler kalau mangkuk ni berfikiran, sapa suruh Muhammad bin Abdullah s.a.w terima jawatan Rasulullah dan Nabi umat Islam. Kalau dah terima jawatan tu, kenalah pertahankan kuasanya... 

Tak tahu ler kan... almaklumlah, puak-puak sesat macam mangkuk ni, memang banyak alasan logiknya!!!

Cuba tengok video di bawah nih!


0 comments

ALAHAI... CHUA SOI LEK HENTAM ULAMA-ULAMA PAS LAGI!!!


Tak tahulah di mana nak letak muka apabila orang bukan Islam seperti Chua Soi Lek cuba menyedarkan umat Islam di negara ini, bahawa perpecahan yang sedang berlaku akibat fahaman politik, tidak berlaku di kalangan penganut agama-agama lain. Sekaligus Presiden MCA itu ingin mengatakan teladan yang ditunjukkan oleh sesetengah orang Islam di negara ini, tidak layak untuk didabikkan sebagai dakwah atau manusia yang beriman kepada Tuhan.

Kalau Chua Soi Lek yang bukan Islam pun hairan, mengapa orang Islam seperti puak-puak PAS sanggup mendoakan kecelakaan kepada orang Islam dari kalangan UMNO, agak-agaknya agama Islam akan mendapat lebih ramai penganut baru atau tidak? Atau adakah boleh lagi dikatakan, Islam sebagai SYUMUL dan ADDIN, yang diturunkan oleh Allah Taala sebagai kesejahteraan sama ada di dunia mahupun di akhirat?

Sudah tentulah tidak!

Ajaran Islam memang... SAMBUNG BACAAN DI SINI

0 comments

TERESA KOK BERKOKOK-KOKOK TERBATUK-BATUK!!!!


Dia dianggap sebagai orang yang pailng berkuasa di Selangor. Kuasanya mengatasi kuasa Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim. Malah kuasanya juga meliputi segala portfolio yang ada di Selangor, termasuklah SUK Negeri.

Di kalangan para pemimpin DAP Selangor, nama Teresa Kok dilihat sebagai MONSTER yang boleh membaham dan memusnahkan mereka sekiranya mereka sengaja mencari fasal dengan Ahli Parlimen Seputeh dan ADUN Kinrara itu.

Antara mereka yang pernah menerima akibat dari tangan Teresa Kok adalah Ronnie Liu, seorang lagi panglima besar DAP yang cukup berkuasa di Selangor, tetapi kuasanya terbatas kerana dia dilihat pengancam kepada kewujudan dan kelangsungan kuasa Teresa Kok.

Selama lebih empat tahun, Teresa Kok bermaharajalela dengan memegang telur Khalid Ibrahim, akhirnya suara-suara tentangan dari dalam DAP Selangor sendiri, mulai kedengaran. Walaupun dilihat suara-suara tersebut merupakan suara ghaib Speaker DUN Selangor, Teng Chang Kim, namun kewujudan mereka kembali menjarakkan jurang krisis dalaman DAP.

Tan Tuan Tat, bekas Pengerusi Cawangan DAP Sungai Pelek, mendesak agar Teresa Kok melepaskan jawatan memandangkan Exco Kanan Selangor itu tidak sahaja gagal menjalankan tugas, malahan telah menggunakan kuasanya untuk mengembongkan tembolok kroni-kroninya.

Dari masalah banjir, sampah, tikus, sehinggalah masalah Talam Corporations, SELCAT yang dah nak mampus, sehinggalah masalah rasuah yang bermaharajalela di Selangor sepanjang empat tahun Pakatan Rakyat menjadi kerajaan, Tan Tuan Tat melihat Teresa Kok sebagai punca dan masalah utama.

Teresa Kok beberapa bulan lepas dalam usaha memalukan Tan Tuan Tat berkata, bekas Pengerusi Cawangan DAP itu telah dipecat dari parti kerana tidak amanah. Bagaimanapun, Tan Tuan Tat menempelak Teresa Kok mengatakan, bagaimana dia boleh dipecat sedangkan dia terlebih dahulu meletakkan jawatan dan keluar dari parti?

Walaupun pada permukaan DAP kelihatan seperti sebuah parti yang teguh namun, ramai yang dapat melihat bagaimana pembunuhan karektor sedang dilakukan oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin DAP Selangor sesama sendiri.

Desakan Tan Tuan Tat mempunyai kaitan yang cukup kuat dengan Teng Chang Kim, ketua satu lagi fraksi DAP selepas kem Teresa Kok dan Ronnie Liu serta soldier of fortune, Janice Lee!!!

0 comments

ADIK NIK AZIZ 'KO UMNO-BN!' DAH MULA GELABAH BERUK DITIMPA ULAH!!!


Nik Razi Nik Mat, adik Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat, sudah mula terasa bahangnya, apabila doanya ketika menjadi imam solat hajat perdana di Padang Stadium Sultan Mohamed V, Kota Bharu, beberapa malam sudah masih lagi diperkatakan di seluruh negara, bahkan di dunia. Walaupun Nik Razi dilabelkan sebagai Tok Guru, ternyata ketakutannya terhadap kecaman manusia yang dia sendiri doakan agar terhapus, musnah dan lenyap, membuatkan hatinya gentar.

Hilang sudah segala sifat tawakkal dan tawadduknya kepada Allah Taala, sebaliknya menyerlahkan sikap pembohongnya, munafiqnya dan takutnya dia kepada makhluk.

Dalam satu kenyataan, Nik Razi telah meminta agar cerita tentang doa yang dipanjatkannya dan dirinya sendiri dihentikan dan tidak lagi diberikan spekulasi. Katanya lagi, sudah cukuplah perbuatannya itu diperkatakan oleh semua media. Menurutnya, apa yang dilakukannya adalah POLITIK... TERUSKAN BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

2 comments

JAWAPAN AZIZAN RAZAK TENTANG PEMBALAKAN DI PEDU, MENUSUK KALBU!!! SEDIH! SEDIH!


Selepas ladang rakyat di Gunung Inas, kini projek agrotourism pula dijadikan sebagai alasan oleh kerajaan PAS Kedah untuk menggondol khazanah hutan negeri ini.

Lokasi terbaru yang menjadi sasaran itu ialah lebih 400 hektar tanah hutan di sekitar Tasik Pedu di Padang Terap, dekat sini, yang selama ini berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan utama negeri.

Malah, sebahagian kawasan terbabit terutama di lokasi tinggi sekitar Tasik Pedu sudah diratakan, sedangkan tiada sebarang laporan berhubung kajian penilaian kesan alam sekitar (EIA) disahkan diterima untuk tapak berkenaan oleh Jabatan Perhutanan Negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, ketika diminta mengulas mengakui kewujudan aktiviti perhutanan di sekitar kawasan Tasik Pedu, yang dibangunkan untuk tujuan agrotourism di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Bagaimanapun, beliau menafikan aktiviti pembalakan terbabit dijalankan khusus untuk mengenyangkan mana-mana tauke balak, sebaliknya menjadikan projek agrotourism yang dijangka berpotensi menjadi tarikan pelancongan baru Kedah, sebagai alasan utama.

Sekarang kita dah start (mula) tolak (tebang)…Kita kena tolak (tebang) habis sebab nak buat ladang lebih 400 hektar. Bahagian atas kita sudah tebang, cuma sekarang ni kita ada sedikit masalah teknikal.

Bukan kita buat untuk tauke balak, tetapi sebab terpaksa kena tebang... SAMBUNG BACAAN DI SINI

0 comments

KUT YER PUN NAK BIDAS NIK AZIZ, TAK PAYAHLAH ARTIS LELAKI NI MENGAKU MURTAD! NI APA PUNYA HAMLAU!!!


Kengkadang manusia bercakap bukan berdasarkan ilmu tetapi lebih banyak mendasarkan kepada nafsu dan kejahilan. Tak kisahlah sama ada cakap-cakap itu berdasarkan cakap-cakap agama, mahupun cakap-cakap yang tidak berkaitan dengan agama. Tak kisahlah sama ada cakap-cakap itu cakap-cakap politik, atau cakap-cakap kedai kopi.

Itu yang berlaku kepada seorang artis yang dilihat cuba membela UMNO dan Barisan Nasional. Niatnya barangkali cuba membidas kembali kenyataan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa UMNO MURTAD yang kemudian dinafikan oleh Nik Aziz sendiri. Bagaimanapun, kegelinciran lidahnya yang terdorong dek emosi dan kedangkalan tentang ilmu akan merosakkan dirinya sendiri sekiranya dia berasa bongkak dengan kenyataannya itu.

Bab Murtad, Kafir, dan seangkatan dengannya jangan dibuat main-main. Akidah bukannya datang secara automatik seperti status Melayu dalam Perlembagaan Malaysia. Dan kalaupun Melayu dalam Perlembagaan Malaysia merupakan penganut agama Islam yang tidak dibenarkan murtad, ianya tidak akan diperkukuhkan kecuali amal soleh, sama ada daripada tutur kata, amali, ilmu pengetahuan mahupun  keteladanan.

Mencari Islam tidak bermakna sekadar mahukan hukum hudud. Berada dalam Islam tidak bermaksud, mengisi borang PAS dan menjadi ahli PAS. Berada dalam rahmat Allah Taala menerusi agama-Nya, tidak bermakna terpacak terdongak di tengah-tengah padang mendengar temberang orang politik yang sedang mencari kuasa.

Islam maknanya, perlu kembali kepada fitrah roh menerusi Perjanjian Roh sebagaimana yang termaktub dalam ayat 172, Surah Al-A'raaf. Dan kembali kepada Allah Taala, tidak boleh dibuat menerusi menjadi ahli kepada mana-mana parti politik sekalipun parti berkenaan berjenama Islam dan para pemimpinnya dikatakan alim ulama kerana parti politik bukannya Allah Taala, sebaliknya hanyalah makhluk. Beriman kepada Allah Taala, bermakna hanya Allah Taala semata-mata tanpa disekutukan dengan makhluk, baik dalam bentuk pemimpin-pemimpin politik, dogma dan doktrin politik, apatah lagi parti politik.

Semoga Azhar Sulaiman memohon taubat dan mengakui kegelinciran lidahnya seraya memantapkan amal soleh dan ilmu dalam hal akidah. Dan semoga, mereka yang melihat parti politik sebagai penyelamat dan pemberi syafaat kepada mereka di Padang Mahsyar, akan segera bertaubat dan kembali mencari punca TALI ALLAH TAALA tanpa mudah ditipu dan diperdayakan oleh Iblis Laknatullahu Alaih!

0 comments

Blog Archive

Labels