Bila kita kata jgn campur adukkan politik dan agama maka bertempiklah sekelian manusia yang mengambil keuntungan atau bersandar ngan agama dalam karier politiknya.- kata mereka ishhh mana leh agama suku dan politik suku, Islam tu syumul.
Malah akan dikaborkan bahwa puak2 yg mengatakan jgn campur adukkan agama dan politik ni ialah mengambil separuh dari Islam, dan menolak separuhnya.
Tapi, yg peliknya, apabila para mufti2 menasihati maka berkata pula mereka ishhh awak tu mufti jgn masuk campur dalam urusan politik..pulak!!!
Poltik Islam bukannya tak de. Cuma mengamalkan politik spt mana yg disyaratkan bukannya ikut suka hati sendiri atau hanya berjenama je Islam tapi isinya sekular!!
Brpolitik cara Islam bukan politikkan Islam!!
Serupa gak kita larang meniagakan agama, bukannya bermakna tolak agama dalam perniagaan. Berniagalah cara Islam bukan niagakan Islam demi meraih keuntungan.
Apabila Islam dipolitikkan..abis hukum2 Allah swt dipermain2kan, ada hudud sebenar, ada hudud UMNO, ada hudud PAS..Hudud ialah hudud. Apabila UMNO bercakap hudud, maka gelak guling2 PAS kerana pada mereka UMNO tak layak brciter pasal hudud.
Apabila PAS pula bercakap pasal hudud, UMNO pulak bersilat..hudud PAS tak betul kerana ada kepentingan parti dalam hudud tersebut.
Kemudian puak2 bukan Islam pulak nak citer pasal hudud..si MCA dan si DAP.
UMNO akan beri sokongan pada MCA, PAS pulak akan beri sokongan pada DAP walaupun kedua2nya UMNO dan PAS tahu bahwa MCA dan DAP tidak layak beri pandangan pasal hudud.
Tak kira juga dikalangan orang Islam yg tak gitu pasal hudud pun sibuk nak bagi pandangan pasal hudud..tak pasal2 ada yg tergelincir akidahnya.
UMNO dikecam kerana tak laksana hudud walaupun dah bertahun berkuasa. Tapi PAS pula tak nak kecam Nik Aziz kerana masih lum laksana hudud diKelantan..dulu alasan Mader marah, sekarang ni bila dah tak de alasan, kabor ler baru nak tubuhkan ahli jawatan kuasa.
Sekarang ni pulak Si anak ANUGERAH TUHAN keluar pendapatnya pasal “kebebasan beragama” ..mungkin dia layak kerana dia tu anak ANUGERAH TUHAN, yg lain2 apa barang nak bising2!!!
Ada ulamak2 nafikan dakwaan si mamat tu sebagai ANUGERAH TUHAN!!
Ni lah akibatnya bila agama dipolitikkan, dipolitikkan demi mencari pengaruh dan sokongan..apakah dah tak der strategi lain ke? Dah tak de idea2 yg bernas ke?
Orang2 kapir pun leh terjemahkan AQ suka hati abah dia, seolah2 mereka lebih faham dari orang2 Islam di Malaysia..
Dan apa leh kita buat?????
Ada ke isu2 agama Buddha, agama Hindu, Sikh, Kristian yakni hukum hakam dan ajaran2nya dipolitikkan?? Ada apa2 ritual mereka yg pelik2 dipolitikkan? Ada mana2 kapir gunakan agama mereka sebagai satu alat meraih keuntungan politik?
Islam, orang2 kapir gunakan Islam utk menakut2kan penganut2 agama lain dan cuba gambarkan bahwa Islam ni menzalimi mereka, menyekat kebebasan mereka..bukan kapir je malah si Islam pun gembar gemburkan bahwa agama mereka sendiri yakni Islam telah zalimi mereka. Islam UMNO katanya. Jika PAKATAN mereka merintah Islam tidak lagi menzalimi mereka malah bebas utk mereka kapirkan berapa ramai Melayu yg mereka kehendakki.
Sesama Islam pula, tidak ler memurtadkan tapi kapir mengapirkan sesama sendiri, kononnya satu golongan lebih Islamik dan satu lagi kurang Islamik..atau benar2 Islam atau satu lagi telah keluar dari Islam.
Atas maksud apa, atas kepentingan apa? KEPENTINGAN POLITIK!! NAK MENANG PILIHANRAYA!!
Akibat agama jadi modal kempen politik..............so sampai bila kita nak teruskan permainan ini, semakin hari semakin berani kita dan orang2 kapir menghina Islam lagi dan lagi?
Boleh tak kempen perkara lain utk dapatkan undi? Amerika, Pengamal Demokrasi terkenal didunia ni pun rasanya tak guna isu agama sebagai alat kempen mereka..rasanya ler. Yahudi yg dikatakan musuh Islam ni pun tak guna agama mereka sebagai dalam berkempen..Mungkin alasan kita bahwa mereka ni bukan Islam pasal tu tak politikkan Islam..Mereka ada banyak isu spt isu keselamatan, isu pendidikan, isu kebajikan rakyat, isu ekonomi, isu luar Negara..dijadikan bahan kempen mereka.
Kita ni Islam, sepatutnya jadi contoh seluruh dunia bahwa berpolitik cara Islam lah cara yg paling baik dan sempurna..tapi jika politikkan Islam dalam berpolitik dan bukannya amalkan Islam dalam berpolitik, rasanya puak2 kapir ni gelak pecah perut. Tengok orang2 Islam bercakaran nak tunjuk sapa lebih Islam sapa lebih layak masuk syurga, sapa lebih memahami Islam ..sampai tak kisah kain pelikat terburai nampak abis kemaluan masing2. Kemudian kita ngan bangganya mengatakan ni lah politik Islam!!!
Politik Islam adalah memantapkan persaudaran Islam, mengukuhkan ekonomi Islam, mendaulatkan syiar Islam, meninggikan “izzat” orang2 Islam dimata dunia!! Dan perolehi keredhaan Allah swt!! Kesannya politik Islam ialah orang2 bukan Islam brlumba2 memeluk Islam, dan akhlak orang2 Islam semakin tinggi dan mulia. Dibukakan segala keberkatan langit dan bumi..
-aa-