IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, December 1, 2012

MENGAPALAH UMNO TIDAK IKUT AJARAN SYAITAN MACAM YANG DIIKUTI OLEH PEMIMPIN PAS?

Saturday, December 1, 2012

Tak faham betullah puak-puak UMNO nih...

Visual tentang doa laknat yang dibacakan oleh adik Mursyidul Am PAS, telah ditayangkan masa Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka. Sepatutnya, semua orang berasa marah dan mahu membalas dendam sesuai seperti yang diajarkan oleh SYEIKHUL MUDALILUL SYAITAN NIRROJIM.

Iblis dan Syaitan seringkali mengajar manusia, terutama sekali umat Islam, agar sentiasa membalas sesuatu dengan apa yang mereka benci. Contohnya, kalau harta kita dicuri, maka ajarannya ialah curi balik harta orang yang mencuri itu. Kalau kita tak puas hati dengan mana-mana pihak, maka syaitan dan Iblis mengajar kepada kita agar kita semai kebencian dan kalau boleh lakukan pembunuhan, lagi bagus.

Doa laknat telah ditayangkan... sepatutnya para pemimpin UMNO yang sedang bersidang itu karang pula satu doa yang sama sejenis dengan doa yang dipanjatkan dan diaminkan oleh PAS. Lantak pi ler walau tak pakai serban, kepiah putih atau jubah seperti yang dikatakan kononnya SUNNAH RASULULLAH, tetapi sekadar bersongkok dan berbaju Melayu lengkap bersampin, doa sebegitu wajar dibacakan pula.

Mengapalah agaknya para pemimpin UMNO tak ikut apa yang dibuat oleh para pemimpin PAS? Mana ada salahnya kalau buat doa macam tu. Lagipun, kalaupun memang terang-terangan salah, tak perlu susah-susah hati. Suruhlah sapa-sapa yang menyokong UMNO dan ada gelaran agama atau muka iras-iras tok imam masjid, menghalalkan perbuatan tersebut macam yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS yang kemudian disokong pula oleh para pemimpin PAS yang lain.


3.3 juta ahli UMNO kalau sebulat suara sokong doa laknat kepada PAS, tentulah benda tu akhirnya akan kelihatan seperti betul.

Setakat doa minta keamanan, minta hidayah, minta bimbingan, jauhkan daripada kesusahan dunia dan akhirat, doa mohon keampunan... tu semua doa BUDAK-BUDAK TADIKA jer... macam mana nak menarik golongan muda yang bersikap rebellious. Patutnya doa yang perlu dipanjatkan ialah, DOA KEPALA NIK AZIZ MELETUP ke, DOA PAS PUPUS TERUS DARI MUKA BUMI ker, DOA ABDUL HADI AWANG DITELAN BUMI ker, DOA MAT SABU MELEKAT DENGAN PASANGAN ZINANYA SAMPAI MATI ker, DOA ANWAR IBRAHIM MENDAPAT AIDS DAN HIV ker atau doa-doa yang seangkatan dengannya... kalau doa-doa camtu, barulah boleh dikatakan UMNO ni PARTI ISLAM macam PAS!!!

Sayangnya...

Patut UMNO ikut ajaran syaitan dan Iblis sebagaimana yang dibuat oleh PAS. Sebaliknya UMNO yang dikatakan murtad dan kafir itu pula, pandai-pandai pulak pergi berdoa ikut ajaran Rasulullah s.a.w. dan suruhan Allah Taala...

Memang tak patut!!!

1 comments

MENJELANG PERLAWANAN MALAYSIA-INDONESIA: PEMINAT INDONESIA DESAK PERLAWANAN DITUNDA!!!


Walaupun ranking pasukan bolasepak Malaysia dan Indonesia tidaklah sehebat mana di persada antarabangsa, namun apabila kedua-dua pasukan bertemu, ia seolah-olah pertembungan antara Anwar Ibrahim dan Najib Abdul Razak.

Perlawanan belum pun bermula tetapi hangatnya sudah pun terasa. Para peminat Indonesia mendesak agar perlawanan antara Malaysia-Indonesia ditunda ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak atau diadakan di sebuah negara ketiga, atau diadakan tanpa sebarang penonton atau pun diadakan dengan kawalan pasukan keselamatan yang ketat.

Sebabnya, kata Setiausaha Majlis Belia Kebangsaan Indonesia (BP KNPI), Tengku Adnan, serangan yang diterima oleh salah seorang pegawai pasukan Indonesia ketika pertemuan antara pasukan negaranya dengan Singapura menjadi bukti bahawa penonton-penonton dan penyokong-penyokong Malaysia adalah ganas dan penuh dengan kebencian terhadap pasukan negara seberang Selat Melaka itu.

Kumpulan itu juga mendesak agar FAM dan AFF memohon ampun dan maaf kepada seluruh rakyat Indonesia berhubung insiden berkenaan. (BACA DI SINI)

Kelakar pun ada, kesian pun ada...

Benda seremeh itu pun, nak dikecohkan. Kalau dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh rakyat Indonesia kepada Malaysia, rasa-rasanya Tengku Adnan dan BP KNPI itu tidak akan berani bersuara atau pun menjejakkan kaki ke Malaysia.

Sudah terlalu lama sebenarnya rakyat Malaysia bersabar dengan kerenah serta besar kepala sebahagian rakyat Indonesia yang telah menggelarkan Malaysia dengan pelbagai gelaran yang jelek-jelek.

Pada tahun 1999, Malaysia telah membantu Indonesia dengan MENYEDEKAHKAN USD1 bilion untuk negara tersebut keluar daripada masalah ekonomi ekoran serangan ekonomi dan matawang yang didalangi oleh George Soros. Serangan tersebut telah menyebabkan Indonesia menjadi sebahagian daripada tanah jajahan kapitalis-kapitalis Zionis yang telah merampas sebahagian besar hak rakyat Indonesia menerusi penguasaan terhadap syarikat-syarikat negara.

Tahun-tahun berikutnya, Malaysia juga banyak membantu Indonesia, khususnya dalam usaha menangani masalah jerebu dan pembakaran terbuka. Malah pada tahun 2004, Malaysia telah menghantar puluhan juta ringgit kepada rakyat Acheh yang berhadapan dengan masalah tsunami. Bagaimanapun, memandangkan Indonesia mendapat bantuan yang banyak dari Australia serta beberapa negara Eropah, besar kepala rakyatnya membuatkan bantuan Malaysia dipandang hina.

Bagaimanapun, puluhan ribu rakyat Acheh yang dipindahkan ke Malaysia kesan daripada tsunami itu, masih berada di sini dan masih bebas hidup.

Malah, paling ketara, Malaysia telah menyumbang beratus trilion Rupiah setiap tahun kepada negara yang menggelarkan diri mereka sebagai Negara Garuda tersebut menerusi kebanjiran ratusan ribu rakyat Indonesia di Malaysia yang mencari kerja-kerja rencam yang tidak mendapat perhatian daripada rakyat Malaysia.

Macamlah penonton-penonton Indonesia tu baik sangat!!!

0 comments

DI SABAH, PENDATANG ASING ROGOL SAMPAI MATI, DI SELANGOR, PENDATANG ASING KENA BELASAH SAMPAI MATI!!!


Malaysia memang 'unik'. Dan adakalanya keunikannya amat menakjubkan serta sukar dicari di tempat-tempat lain di dunia ini!

Ada dua berita yang begitu menyentuh perasaan kita selaku rakyat Malaysia hari ini sekaligus membuktikan betapa rapuhnya penguatkuasaan oleh agensi-agensi kerajaan mahupun dari kalangan rakyat sendiri.

Berita pertama ialah:

Kebimbangan penghuni Kondominium Venice Hills di Batu 9, Hulu Langat dekat sini terhadap kebanjiran pendatang asing dari Afrika sampai ke kemuncaknya hari ini apabila seorang lelaki warga Nigeria mati setelah dibelasah kerana mencabul seorang wanita tempatan.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa berusia 35 tahun merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta telah mencabul kehormatan seorang tukang cuci wanita berusia 43 tahun di kondominium itu pada 11 pagi. (SAMBUNG BACAAN)
Berita kedua pula:

Beberapa jam kemudian mereka menyedari mangsa hilang dan membuat laporan polis. Mangsa semasa kemudiannya ditemui dengan keadaan yang amat menyayat hati; dengan mata yang hampir terkeluar, rambut kusut, mulut ternganga dengan kesan merah, jari-jemari terpisah dan kejang manakala sebelah kakinya bengkok. 
Melalui bedah siasat, doktor mengesahkan mangsa telah dirogol berkali-kali lebih daripada seorang lelaki. Menurut saksi, mangsa telah dihumban melalui sebuah lori yang disyaki milik kedai perabot tempat terakhir mangsa lawati. (SAMBUNG BACAAN)

Kedua-dua berita berkenaan melibatkan WARGA DAN PENDATANG ASING di Malaysia.

Pendedahan berhubung kehadiran pendatang asing di Malaysia yang amat menggerunkan, terutama dengan sikap dan tindak tanduk mereka, telah dilakukan saban masa. Namun sehingga kini, agensi-agensi kerajaan yang terbabit, kelihatan terlalu sibuk dengan PELBAGAI URUSAN LAIN dan kelihatan tidak bersungguh-sungguh untuk menangani masalah seperti ini.

Tidak ada negara lain hatta negara-negara jiran terhampir Malaysia pun yang membenarkan pendatang-pendatang asing boleh berbuat sekehendak hati mereka kecuali di Malaysia. Di negara-negara lain, pendatang-pendatang asing dikawal, dipantau dan diawasi dengan teliti. Sedangkan di Malaysia, pendatang-pendatang asing bebas bergerak tanpa perasaan takut sedikit pun, sekalipun mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah, mahupun pengenalan diri.

Di negara-negara lain, pendatang-pendatang asing sekalipun yang mendapat kewarganegaraan sukar mendapat tempat dalam hierarki kepimpinan negara, baik sebagai Kerajaan apatah lagi sebagai PEMBANGKANG.

Namun di Malaysia, sesiapa sahaja yang sudah bergelar RAKYAT MALAYSIA boleh menjadi Ahli Parlimen atau ADUN sekalipun mereka tidak boleh berbahasa Melayu, tidak tahu tentang adat istiadat Melayu, tidak faham apa itu Rukunegara, tidak boleh menerima Islam sebagai agama dan anutan rasmi negara, gagal menghormati Raja-Raja Melayu, bahkan ada yang langsung tidak tahu apa-apa tentang Malaysia.


Malaysia yang dikatakan sebagai sebuah negara zalim, memberikan akses terbuka kepada semua pihak yang tinggal di negara ini. Contoh terbaik ialah bagaimana Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Mak Lampir, boleh menjadi Ahli Parlimen Ampang walaupun dia sebenarnya bukanlah KETURUNAN ASAL di negara ini, sebaliknya merupakan pendatang dari Indonesia.

Malah, kelantangannya menentang apa-apa sahaja di dalam negara ini, tidak langsung mengambil kira tentang apa yang telah diterimanya semenjak bergelar RAKYAT MALAYSIA.

Jangan terkejut apabila suatu hari nanti, Melayu-Bumiputera, Cina, India, Serani, Sikh, Portugis dan Siam yang telah berada di negara ini sebelum bergelar Malaysia, terpaksa menyorok dan bersembunyi dengan menggigil-gigil kerana takutkan pendatang-pendatang asing seperti Mat Afrika, Mat Vietnam, Mat Nepal, Mat Bangla, Mat Indon, Mat dan segala Mat yang bermacam warna, kulit, hidung dan mata yang sekarang ini berlambak-lambak di Malaysia.

Anehnya, Muktamar Agung PAS ke-58, tak kedengaran langsung perkara ini. Dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-66 juga, tiada sesiapa pun yang berani menyuarakan kebimbangan tentang kemudaratan pendatang asing. DAP dan PKR tak payahlah cerita. Mereka cuma sibukkan tentang pengundi hantu dari kalangan pendatang asing, bukannya tentang masalah yang menimpa rakyat biasa kesan daripada limpahan kedatangan pendatang asing di negara ini.

0 comments

Friday, November 30, 2012

ARAMAKKK... NIK AZIZ TERNYANYUK MASA BERDOA, TERCERAMAH LER PLAK!!!

Friday, November 30, 2012

Nik Aziz berdoa ke berceramah ? kuat sangat berpolitik sampaikan Nik Aziz nyanyuk dan lupa yang beliau sedang berdoa bukannya berceramah, namun bagi menjaga kekeramatan Nik Aziz, marilah orang-orang Pas untuk pertahankan beliau, biarpun jauh bercanggah dengan apa yang diajarkan oleh Islam mengenai adab didalam berdoa.

Sesekali mendengarnya, sebahagian isi doa Nik Aziz ini mirip seperti tok bomoh sedang menyeru asal-usul khadam belaannya supaya bangkit, hahaha. Bermula kenyanyukkan Nik Aziz adalah pada minit ke 1.36, namun ketika itu hanya sebelah sahaja tangan diturun dan dihuyung-hayangkan.

Sehinggalah pada minit ke 1.59 jelaslah kata-kata dalam doa serta kedua-dua tangan yang dihuyung-hayangkan itu menunjukkan Nik Aziz sedang berceramah dan lupa yang sebenarnya beliau sedang berdoa, nyanyuk dan terlebih politik faktor kepada kelalaian dan jiwa yang tidak khusyuk.

Bagaimanapun pada minit ke 2.16 Nik Aziz kembali sedar setelah beliau melihat semua hadirin didepannya sedang menadah tangan, (ohhh rupanya aku sedang berdoa), dalam keadaan serba salah itu, pada minit ke 2.22 Nik Aziz dilihat cuba untuk menadah kembali tangannya sebelum meletakkan semula kerana mungkin beliau bimbang aksi nyanyuk itu dikesan oleh hadirin. hahaha. Anda Mampu Mengubahnya.

Manusia tidak maksum, dalam sedar atau tidak manusia sering lakukan kesalahan, tapi dek kerana taksub manusia tersesat kerana melihat kesalahan itu sebagai satu sunnah untuk diamalkan dan dipertahankan. (SUMBER GELOMBANG KICK)

1 comments

PAKATAN RAKYAT CADANG BUKA KEDUTAAN MALAYSIA DI TEL AVIV, ISRAEL!!!


Najib Abdul Razak ketika Persidangan Agung UMNO telah mengumumkan yang Malaysia telah menghantar cadangan untuk membuka Kedutaannya di Palestin dalam tempoh terdekat. Sekaligus pengumuman berkenaan membuatkan Ketua Perhubungan Antarabangsa HAMAS, Usamah Hamdan memuji kepimpinan Malaysia terhadap Palestin.

Pembukaan kedutaan tersebut diharapkan dapat membantu  membina semula Palestin yang telah dimusnahkan oleh Zionis dan Amerika Syarikat serta sekutu-sekutu Eropah mereka. Malah pembukaan kedutaan oleh Malaysia pasti akan mendorong beberapa negara Islam yang lain untuk mengambil tindakan yang sama.

Sewaktu berucap, Najib turut menekankan tentang komitmen Malaysia untuk berjuang mendapatkan keadilan buat rakyat Palestin. Keadilan dalam Islam bermaksud meletakkan sesuatu pada tempat sebenarnya.

Dan kerana itulah, mengapa keadilan untuk Palestin seharusnya dilihat sebagai mengembalikan hak rakyat Palestin untuk hidup, memperolehi keamanan, mendapatkan pendidikan, menikmati peluang pekerjaan, hak untuk beribadat dan bersantai serta hak untuk membangunkan negara mereka.

Israel tidak mempunyai hak ke atas Palestin. Sekalipun berdasarkan fakta, Yahudi turut berkongsi tempat suci di Palestin, Yahudi atau lebih tepat lagi Zionis telah menjajah Palestin dan mengisytiharkan Palestin sebagai tanah jajahan mereka.

Sedangkan Palestin pula bersedia untuk berunding dan berdamai selain bertolak ansur agar kesemua pihak menikmati keamanan.

Maka benarlah sepertimana yang dicatatkan oleh Al Quran bahawa Yahudi bukanlah bangsa yang boleh dipercayai sehinggakan mereka telah dilaknat oleh Allah Taala sehingga ke penghujung hayat dunia ini. Sejarah telah merekodkan bagaimana Yahudi telah melanggar semua perjanjian dan persetujuan selain hanya mementingkan diri sendiri.

Beberapa usaha telah dibuat untuk perdamaian termasuklah Persidangan Annapolis 2007 yang mengusulkan kewujudan 'Dua Negara' iaitu Israel dan Palestin. Ini bermakna Palestin telah dibelah bahagikan kepada dua negara di mana setiap negara mempunyai kedaulatannya yang tersendiri.

Salah seorang daripada mereka yang menandatangani formula yang memberikan hak kepada Zionis menjajah Palestin dan merampas hak rakyat Palestin adalah Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR yang juga merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang sedang bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim menggunakan kapasitinya selaku anggota Majlis International Crisis Group (ICG), sebuah pertubuhan yang ditaja sepenuhnya oleh George Soros yang juga merupakan rakan kongsi dan kawan karibnya.

Yang turut menandatangi adalah Lord Patten, Thomas R.Pickering, Gareth Evans, Morton Abramowitz, Kenneth Adelman, Shlomo Ben-Ami, Kim Campbell, Maria Livanos Cattaui, Wesley Clark, Carla Hills, Stephen Solarz dan George Soros sendiri.

Dengan bukti itu, bagaimana Anwar yang sekarang ini sibuk berceramah di seluruh negara, boleh menafikan bahawa dia merupakan salah seorang daripada penyokong kuat Zionis yang berusaha menghapuskan Palestin dari peta dunia?

Pastinya juga, berbeza dengan Najib Abdul Razak yang akan membuka kedutaan Malaysia di Palestin, Anwar Ibrahim tentu sekali akan membuka Kedutaan Malaysia di Tel Aviv atau Haifa dengan penuh bangga sekiranya Pakatan Rakyat menang dan dia menjadi Perdana Menteri Malaysia!!!

Anwar Ibrahim sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk membuktikan betapa sayangnya dia kepada Zionis dan negara haram Israel!!!

0 comments

MUSA HASAN MASUK PKR SETELAH DIPUJUK SAIFUDDIN NASUTION?!!!


Musa Hasan yang baru beberapa hari lepas mendapat promosi dan publisiti daripada portal-portal serta blog-blog dan di Facebook pro-Pakatan Rakyat, sekarang ini sedang cuba ditarik masuk ke PKR oleh Anwar Ibrahim menerusi perantaraan Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR?

Dalam keadaan sekarang, Anwar Ibrahim dan PKR sebenarnya sedang berada dalam kedudukan yang paling mendesak dan terdesak. PAS sudah berjaya mendapatkan beberapa orang individu yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan termasuklah dalam PDRM dan ATM. Sedangkan PKR pula nampaknya sangat ketinggalan dalam perlumbaan ini.

Musa Hasan merupakan 'musuh' utama Anwar Ibrahim memandangkan bekas Ketua Polis Negara itulah yang menyebabkan Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana mahkamah mendapatinya bersalah meliwat dan menyalahgunakan kuasa pada tahun 1998. Musa Hasan adalah saksi utama yang memberi keterangan sehingga Anwar Ibrahim akhirnya terperosok ke lantai penjara Sungai Buluh.

Anwar Ibrahim bagaimanapun... SAMBUNG DI SINI

0 comments

NI APA CERITA, MELALAK TENTANG LGBT, TAPI ELTON JOHN DIBENARKAN BUAT KONSERT KAT MALAYSIA?!!!


Kalau orang kata kementeiran yang berkaitan macam HARAM terutama dalam membuat keputusan membenarkan kemasukan penghibur-penghibur asing ke negara ini, nanti kata kita jumud, ketinggalan dan tidak mengikut perkembangan semasa. Namun Kementerian yang seharusnya menerangkan dan menyebarkan tentang dasar-dasar Kerajaan Malaysia sama ada kepada rakyat sendiri mahupun pihak luar, pula yang bersikap lebih HARAM daripada HARAMJADAH!

ELTON JOHN merupakan penghibur Barat yang memang terlibat dalam dunia HOMOSEKSUAL, bahkan menjadi penyokong kuat LGBT.

Pada masa yang sama, di sana sini di seluruh Malaysia menerangkan tentang bahaya LGBT, PLURALISME dan LIBERALISME, sehinggakan dalam Khutbah Jumaat pun, disentuh untuk mengingatkan orang Islam tentang bahaya elemen-elemen ini.

Bagaimanapun, Kementerian yang sepatutnya memberikan penerangan tentang bahaya elemen-elemen tersebut pula yang memainkan peranan MENGIMPORT MASUK elemen-elemen tersebut menerusi penghibur-penghibur BARAT yang sudah diketahui memang terlibat dan mempromosikannya.

Elton John mengadakan konsert Elton John & The Band: 40th Anniversary of The Rocket Man pada 29 November 2012 di Arena of Stars, Genting Highland.

Baguslah tuh... buatlah perangai CAKAP TAK SERUPA BIKIN dekat-dekat nak pilihanraya nih!!!

Barangkali Elton John TERER sangat BERPANTUN kut... tu yang lepas masuk ke Malaysia!!!

Takdak ker Perwakilan UMNO yang nak bahaskan isu LGBT, Elton John dan KENAIFAN orang dalam Kementerian terbabit sampai tak kenal siapa Elton John?

0 comments

PAS KEDAH RANCANG ROMPAK TABUNG ANGKATAN TENTERA!!!


Kedahan69ers.com mendapat maklumat dari 'orang dalam' di Kompleks PAS Kedah berhubung satu konspirasi yang akan digerakkan oleh sebuah NGO yang diwujudkan oleh PAS dalam usaha mendapatkan undi daripada pesara-pesara tentera walaupun hakikatnya, PAS melihat keuntungan besar yang boleh mereka raih. Keuntungan tersebut, jauh berkali ganda berbanding KUTIPAN DERMA TABUNG MEMALI atau KOPERASI KOHILAL.

Laba yang dimaksudkan adalah LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA MALAYSIA!

Untuk tujuan tersebut, pada 23 November lalu, lebih kurang jam 3:00 petang, bertempat di Kompleks PAS Kedah, telah diadakan satu mesyuarat membabitkan sebuah NGO yang pro PAS iaitu KEBAJIKAN RANGKAIAN BEKAS ANGGOTA TENTERA (KERABAT). Jumlah kehadiran adalah 21 orang.

Antara yang hadir adalah Kapten (B) Zamri Ibrahim, Kapten (B) Abdul Halim, Zulkiply Mahyudin, Jamil Baharom dan Mohd Nadzir.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Kapten (B) Zamri Ibrahim yang juga merupakan Setiausaha JPN PAS Kedah.

Satu program Himpunan Kebangkitan Rakyat akan diadakan pada 7 Disember 2012. KERABAT akan membuktikan bahawa mereka mempunyai kekuatan yang tidak boleh diketepikan oleh kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat. Oleh kerana itu, dalam himpunan tersebut, ahli-ahli KERABAT sedia ada diminta supaya mencari ahli-ahli baru secepat dan seramai mungkin bagi tujuan berkenaan.

Dalam mesyuarat berkenaan Zamri Ibrahim menyatakan bahawa KERABAT akan segera mengambilalih pentadbiran dan pengurusan Tabung ATM... SAMBUNG BACAAN DI SINI

0 comments

MAK LAMPIR AMPANG TERPEKIK-PEKIK CARI SOKONGAN!!!


Sekarang, barulah Mak Lampir tahu di mana kedudukannya dalam PKR. Sebelum ini bukan main lagi cukup yakin, kuku besinya akan membuatkan Wanita PKR akan tunduk akur kepadanya dan mengangguk segala-galanya dengan apa yang dikatakan.

Rupa-rupanya, sangkaan Mak Lampir dan anaknya yang merupakan salah seorang Srikandi PKR Ampang, meleset sama sekali. Mak Lampir terpinggir dan Mak Lampir dibiarkan bersendirian.

Rafizi Ramli sendiri pun tidak mampu membantu Mak Lampir sungguhpun sebelum ini Mak Lampir bersungguh-sungguh membantu Rafizi Ramli mengenakan Shahrizat Abdul Jalil. Saifuddin Nasution lagilah jauh... selepas Mak Lampir dan Rafizi Ramli dihantar surat saman oleh Shahrizat dan suaminya, Saifuddin Nasution seperti biasa, lari jauh-jauh.

Sifat pengecut Setiausaha Agung PKR itu sebenarnya bukanlah perkara asing. Walaupun dengar cakapnya berdegar-degar, tetapi beraninya tidak lebih dan tidak kurang sama sahaja dengan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin. Guruh berbunyi di ufuk barat, dia awal-awal lagi sudah terkencing sambil berlari ke ufuk timur.

Pendedahan tentang pemilikan harta spesies KOD 71 seperti Mak Lampir yang sebelum ini cukup kuat berbunyi tentang ketidakadilan kerajaan negara ini, menyebabkan semua pemimpin utama PKR mengelak daripada memperkatakannya, khususnya di Selangor. Apatah lagi kalau diperhatikan kembali krisis antara Latheefa Koya dan Khalid Ibrahim sehingga mendorong Latheefa Koya meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis yang mempunyai kaitan rapat dengan PEMBALUNAN PROJEK dan PENYAPUAN DANA-DANA KERAJAAN TEMPATAN untuk akaun peribadi pemimpin-pemimpin PKR di Selangor.

Mak Lampir Ampang sehingga kini masih tidak dapat menjelaskan tentang kaedah MAGIKnya mengumpul harta dengan hanya menjadi Ahli Parlimen Ampang tidak sampai lima tahun. Sebaliknya Ketua Wanita PKR itu dikatakan sukar ditemui dan sekarang ini lebih banyak menyorok daripada muncul di khalayak ramai.


Tanda tanya dan misteri berhubung kaitan rapat Mak Lampir Ampang dengan syarikat AUTOMATED CONTACTLESS SYSTEM SDN. BHD. yang MERASUAHNYA sebuah kereta mewah jenama MERCEDEZ BENZ bernombor pendaftaran WTP 1970 (RUJUK SEL13.COM), rupa-rupanya turut menimbulkan keinginan Wanita-Wanita PKR yang sudah meluat dengan Mak Lampir kerana PERANGAI MENTEKEDAGHAH sorangnya. (BACA DI SINI) sehinggakan tiada seorang pun daripada mereka yang bangun untuk membela Mak Lampir Ampang.

Berbeza benar nasib Mak Lampir Ampang dengan Shahrizat Abdul Jalil. Maka tidak hairanlah mengapa Mak Lampir sangat takut kalau-kalau ada mana pihak yang membuat laporan kepada SPRM. Atau ada mana-mana pihak yang membongkar kegiatan Mak Lampir di Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang dibantu oleh Yang Dipertua MPAJ, Mohammad bin Yacob dan Pegawai di Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, Sarodin Shaari.

Mohamad Yacob dan Sarodin Shaari mencipta pelbagai kontrak di MPAJ untuk diserahkan kepada Mak Lampir menerusi kroni-kroninya dan hal ini pernah didedahkan suatu ketika dahulu. (BACA DI SINI)

0 comments

Thursday, November 29, 2012

NAJIB ABDUL RAZAK BIADAP DAN KURANG AJAR!!!

Thursday, November 29, 2012

Najib Abdul Razak tidak seharusnya melabelkan Anwar Ibrahim sebagai SI KITUL MODEN. Tindakan pelabelan yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia itu, menjadikan dia seorang yang biadap dan kurang ajar. Sebabnya ialah, Anwar Ibrahim bukanlah seorang SI KITUL MODEN sebagaimana yang didakwa dan dilabelkan oleh Najib Abdul Razak. Sebaliknya, dialah wira dan hero serta pejuang rakyat yang perlu disanjung dan dihormati oleh seluruh rakyat Malaysia, termasuklah Najib Abdul Razak sendiri.

Tindakan Anwar Ibrahim meminta bantuan dari negara asing bagi membolehkan dia menjadi Perdana Menteri, tidak seharusnya dilihat sebagai tindakan menderhakai negara. Malah seperti yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim, tindakan sebegitu adalah untuk memastikan pilihanraya di negara ini telus dan jujur.

Dan kalaupun Anwar Ibrahim meminta bantuan ketenteraan negara asing untuk menyerang Malaysia, sekaligus menggulingkan kerajaan yang memerintah sekarang, juga tidak boleh dianggap sebagai satu tindakan derhaka dan mengkhianati kerana... SAMBUNG BACAAN DI SINI

3 comments

OIII ABBY ABADI, ROSMAH DAN NAJIB MASIH SUAMI ISTERI LER, DAN TAKDER SKANDAL NGAN JANTAN MUDA CAM KAU!!!


Apa masalahnya Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor kepada selebriti yang telah mewujudkan kontroversi apabila menyerang suaminya (sekarang bekas) di khalayak ramai dan cuba memalukan bekas suaminya itu dengan lakonan naif selain laporan palsu kepada pegawai-pegawai BADAR sehingga anggota-anggota penguatkuasa tersebut menyerbu, seterusnya menyeret bekas suami Abby Abadi dan pasangannya ke mahkamah syariah.

Nampaknya busuk hati Abby Abadi tidak berkurangan sekalipun sudah menjadi ahli PAS mahupun bertudung. Kalau kena kat batang hidung dia sendiri, dia akan segera melabelkan sesiapa sahaja yang menegurnya sebagai 'ORANG UMNO yang gemarkan fitnah', sedangkan dia yang melakukan fitnah, tidak pula berani menegur dirinya sendiri.

Terlupa barangkali, Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak masih lagi menjadi suami isteri, sedangkan dia yang tidak takut dengan suami, sudah pun menjanda, pernah mempunyai skandal dengan lelaki lebih muda dan kemudian ditinggalkan sebelum kecewa dan menceburi bidang ceramah politik... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

0 comments

POLIS BURU TIGA LELAKI SAMUN DAN ROGOL DI JALAN GENTING KLANG!!!!


KUALA LUMPUR – Penjenayah yang menyamun sebuah premis urut sebelum merogol dua wanita Vietnam di Jalan Genting Klang dekat Setapak di sini Ahad lalu kini ibarat cacing kepanasan apabila polis mengedarkan gambar suspek-suspek terlibat.

Gambar suspek yang dapat dirakam melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan kelibat seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an memakai baju berwarna biru yang mempunyai logo Superman.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, selain itu, pihaknya turut mengedarkan gambar dua lagi rakan suspek yang menaiki sebuah motosikal dan memakai topi keledar yang dipercayai terlibat dalam kes samun dan rogol tersebut.

“Kita percaya kesemua suspek berada di bawah pengaruh dadah. Dalam kejadian itu, dua tukang urut warga Vietnam telah dirogol selepas suspek menyamun premis berkenaan dengan melarikan sejumlah wang,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Semalam Kosmo! melaporkan, dua tukang urut warga Vietnam ditimpa nasib malang berganda apabila mereka dirogol setelah disamun oleh empat lelaki berparang ketika sedang bersiap untuk pulang.

Dalam kejadian antara pukul 1 hingga 1.30 pagi itu, dua lagi lelaki yang merupakan penjaga premis berkenaan masing-masing putus telinga kiri dan cedera di tangan akibat ditetak ketika cubaan melawan suspek.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Rakan Cop di talian 03-2115 9999 bagi membantu siasatan. (SUMBER)

0 comments

ZURAIDAH MAK LAMPIR DISERANG STROKE DAN MATI SEBELAH MULUT!!!


Sebelum ini, Mak Lampir Ampang yang turut dikenali di kalangan penyokongnya dengan nama Zuraidah Kamaruddin, bukan main lagi hingar dan bingar mulut serta lidahnya. Semua benda nak disentuhnya. Semuanya rasuah dan semuanya penyelewengan. Dalam kes Shahrizat Jalil, dialah yang terlebih bulu.

Nah, sekarang tibalah masanya pula Mak Lampir membersihkan kangkangnya. Kalau sebelum ini dia bukan main galak menyelak kain orang lain dan menggelakkan orang lain, sekarang orang ramai pula nak tengok sama ada dia mampu ke tidak membersihkan benda yang terselindung di sebalik kainnya yang terselak.

Pendedahan demi pendedahan telah dibuat. Sewaktu pendedahan kali pertama dibuat berhubung pemilikan kenderaan-kenderaan mewah oleh Mak Lampir Ampang, bukan main lagi rangginya dia apabila mencabar agar dia diseret ke SPRM. Bukan dia yang menawarkan SPRM datang menyiasat, sebaliknya meminta orang ramai menyeretnya ke suruhanjaya berkenaan.

Kali kedua pendedahan dibuat berhubung kaitan sebuah syarikat yang mendapat kontrak daripada Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang telah MEMBEKALKAN SEBUAH KERETA MEWAH untuk digunakan oleh Mak Lampir Ampang, membuatkan Mak Lampir hilang suara. Bahkan kelibatnya di Ampang juga tidak kelihatan.

Dalam hal ini, ke mana pula perginya JINGGA 13 yang sanggup ke negara kelahiran Mak Lampir, Indonesia semata-mata untuk mengintai rumah Robengah yang dikatakan rumah mewah, mengapa pula JINGGA 13 tidak berani ke Ampang dan mengintai Mak Lampir pula?

Mengapa Chegu Bard yang bukan main lagi berdendang sayang dan meneruskan tohmahan kononnya Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan dan pelupusan mayat Altantuya Shiiribu, tidak langsung bercakap tentang Mak Lampir dan kereta-kereta mewahnya?

Mengapa agaknya Rafizi Ramli yang bakal bertanding sebagai calon PKR di Parlimen Pandan, iaitu Parlimen bersebelahan dengan Ampang, langsung tidak bersuara tentang kaedah HEBAT DAN PENUH SAKTI MAK LAMPIR mengumpulkan harta, tidak bercakap atau mendesak agar Mak Lampir tampil memberikan pendedahan berhubung kaedah pemilikan hartanya dalam sekelip mata agar dapat dicontohi oleh orang-orang Melayu atau pendatang dari Indonesia yang lain?

Mengapa Tony Pua yang begitu seronok hendak mendedahkan tentang sistem pertahanan dan aset-aset ketenteraan Malaysia kepada Singapura dan Zionis Israel yang berpangkalan di negara hujung tanah itu, juga tidak berani bercakap apa-apa tentang Mak Lampir?

Kalau Shahrizat Jalil boleh meletakkan jawatan dan bekerjasama dengan SPRM untuk menyiasatnya, mengapa pula orang yang bersungguh-sungguh mahukan Shahrizat disiasat SPRM, tidak pula menawarkan dirinya dan ahli-ahli keluarganya untuk disiasat oleh SPRM. Bahkan kalau Shahrizat Abdul Jalil dikaitkan dengan NFCorps, mengapa Mak Lampir Ampang tidak dikaitkan dengan MPAJ yang telah dijadikan sebagai syarikatnya sendirian berhad?

0 comments

Wednesday, November 28, 2012

ISU SALUN: AMOI SALUN LAGI SEKSI DARI NIK AZIZ!!!

Wednesday, November 28, 2012

Seperti yang diduga, PAS Kelantan akhirnya terpaksa tunduk dan akur walaupun sebelum ini bagaikan jembalang hilang tanduk dalam usaha mereka untuk menonjolkan diri sebagai sebuah parti Islam yang berpegang teguh dengan apa yang mereka yang uar-uarkan, iaitu HUDUD dan hukum syariat Islam.

Lim Guan Eng dalam satu kenyataan menyambut baik keputusan PAS Kelantan untuk membatalkan undang-undang kecil yang mereka telah gubalkan dan pada masa yang sama, meminta agar PAS Kelantan membatalkan saman kepada salun rambut yang membenarkan amoi bukan Islam menggunting atau menyampu rambut lelaki walaupun bukan Islam.

Macam mana nak buat hudud kalau bab sekecil itu pun, PAS takut dengan DAP dan NGO-NGO Cina?

Belum apa-apa lagi, PAS sudah berundur daripada apa yang mereka sendiri perjuangkan. Sebenarnya kalau setakat nak tunjuk yang PAS boleh buat tetapi kemudian, tarik balik sebab takut undi Cina dan bukan Islam lari dari  PAS, lebih baik dari awal lagi PAS jangan sembang apa-apa pasal Islam atau hukum hudud.

Kesian la kat orang-orang PAS yang sebelum ini menyorak sakan sambil mentertawakan dan mengejek-ejek UMNO kononnya tak berani bertindak sebagaimana PAS Kelantan. Diangkat dijulang Nik Aziz kononnya inilah mujtahid zaman ini. Kononnya keulamaannya terkenal di seluruh dunia dan diakui oleh pelbagai lapisan alim ulama.

Alih-alih, kena sound sebijik jer ngan Karpal Singh, terus terencat segala anggota tubuh, terus kaku seluruh anggota sendi dan terpaksa pula mencari-cari pelbagai alasan untuk tidak membenarkan perlaksanaan undang-undang kecil itu.

Alahai... buang ler serban tu! Tak payahlah bertongkat berjubah lagi... buat malu kat kucing terbiar tepi jalan tu sajalah!!!

BACA NI...

1 comments

KENAPA BERIYA-IYA SANGAT SINGAPURA NAK SIASATAN SCORPENE DIDEDAHKAN?


Bertungkus lumuslah para pemimpin Pakatan Rakyat terutama Ahli-Ahli Parlimen Melayu-Islam berbanding Tony Pua, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, bahkan Karpal Singh yang sedang memperkatakan tentang Scorpene dan keyakinan penuh mereka bahawa siasatan penuh sedang dijalankan di Perancis berhubung kedua-dua kapal selam tersebut.

Sebelum ini, telah dikantoikan pembohongan SUARAM yang ditaja oleh Pakatan Rakyat tentang perbicaraan berkenaan yang mana, memang tidak ada langsung perbicaraan di Perancis walaupun SUARAM mendakwa sebaliknya. Bahkan sepucuk surat berbahasa Perancis kononnya itu adalah surat pengesahan bicara, ternyata merupakan akuan penerimaan semata-mata, bukannya surat pengesahan bicara sebagaimana yang dikatakan oleh Pakatan Rakyat.

Sekarang, beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya dari kalangan Ahli Parlimen Melayu, begitu seronok apabila Singapura yang memang mahu tahu tentang persenjataan dan sistem pertahanan yang dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia, cuba menanam persepsi bahawa perbicaraan akan dilangsungkan dan siasatan penuh sedang dijalankan di Perancis.

Keengganan Pakatan Rakyat untuk mengakui bahawa mereka memang sudah terkantoi berbohong, rupa-rupanya membuktikan bahawa kulit muka mereka, memang tebal, malah lebih tebal dari kulit babi.

Perbicaraan dan siasatan apa yang sedang dijalankan di Perancis yang bakal kehilangan berbilion-bilion ringgit daripada perusahaan pertahanannya jikalau benar seperti yang didakwa oleh Pakatan Rakyat. Tiada bukti, tiada fakta dan hanya angan-angan, merupakan dendangan yang paling kuat oleh Pakatan Rakyat untuk rakyat Malaysia

Dan agak aneh juga, bagaimana kiranya perbicaraan dan siasatan penuh yang didakwa oleh Pakatan Rakyat, tidak tercatat langsung dalam mana-mana pemberitaan baik yang berbahasa Perancis, apatah lagi yang berbahasa Inggeris dari negara berkenaan, walhal ini kes besar yang turut membolehkan sebuah syarikat pengeluar kapal selam dan pembuat senjata yang lain, muflis?

Paling menarik, ialah mengapa di Singapura? Mengapa tidak di Perancis sendiri? Mengapa Malaysia yang jadi sasaran, walhal yang menjual adalah sebuah syarikat di Perancis?

Secara jelas terang dan nyata, Pakatan Rakyat, memang pembohong dan walaupun telah ditangkap berbohong, mereka masih cuba mengatakan orang lain yang berbohong, bukannya mereka!

Kalau setakat bawa peguam, itu bukanlah bukti dan fakta. Peguam-peguam cabuk boleh diupah dengan sejumlah wang, dan mereka akan bercakap sepertimana yang kita ingin mereka cakapkan... keterangan dan penjelasan daripada peguam, bukannya boleh dipakai sangat. Lebih-lebih lagi kalau berada di luar perbicaraan!

71 comments

KAHKAHKAH... UMNO NAK BERDOA UNTUK PAS? BUAT LAWAK LER TUH!!!


Ada ke patut, puak-puak yang pakai songkok hitam dan alergik dengan kepiah putih, serban dan jubah nak berdoa minta Allah Taala bukakan pintu hati dan berikan kebaikan serta hidayah kepada orang PAS.

Ada ke patut, wanita-wanita yang bertudung, tak bertudung, bermekap, dan pakai gelang lip-lap-lip-lap nak berdoa?

Dan pulak tu, berdoa dalam Dewan Merdeka.

Mana boleh Allah Taala terima doa orang UMNO.

Puak-puak UMNO ni tak tahu ker?

Abby Abadi pun kata, Perhimpunan Agung UMNO adalah MAJLIS MAKSIAT. Bila dah majlis maksiat, takkanlah Allah Taala akan tunaikan doa kebaikan?

Isyyy...

Lainlah kalau doa tu dibuat oleh golongan yang berserban, berjubah, berjanggut kambing, atas padang stadium dan mendoakan kecelakaan... yang tu barulah DOA YANG TERPUJI. Kalau doa HANCURKAN UMNO, MURTADKAN ORANG-ORANG UMNO, tu barulah afdal. Ini tidak, ada pulak didoakan kebaikan... Takkanlah Allah Taala nak dengar doa untuk kebaikan?

UMNO nak minta doa?

Isyyy... rentikanlah kerja sia-sia itu!

0 comments

SERONOK TENGOK ANWAR MENGKELAN KAHAK SENDIRI!!!

Persidangan Agung UMNO memang akan menarik perhatian sesiapa sahaja walaupun mulut mereka menyatakan benci kepada UMNO.

Salah seorang daripada puak ini sudah tentulah Anwar Ibrahim yang suatu masa bertahan dan bersungguh-sungguh untuk terus kekal di dalam UMNO, tetapi akhirnya diterajang keluar kerana jahatnya KOTE BENGKOKnya dan kemudian meminta penyokongnya dalam UMNO mengusulkan agar dia diterima semula ke dalam parti itu yang kemudiannya ditolak dan ditentang oleh perwakilan-perwakilan UMNO.

Persidangan tahun ini pun akan membuatkan Anwar meroyan sakan. Kenangan-kenangan lama pasti akan membuatkan Anwar tidak senang duduk.

Walaupun Anwar ada Pakatan Rakyat tetapi muktamar atau persidangan PKR tidak semeriah Persidangan UMNO yang mendapat perhatian dari seluruh dunia.

Maka jadilah Anwar sebagai orang yang sakit hati dengan menekankan bahawa INI ADALAH PERSIDANGAN TERAKHIR UMNO kerana Anwar cuba memberitahu, tanpa dia, UMNO akan kalah.

Jadi, Anwar bagi isyarat, jemputlah, tawarlah dia masuk ke dalam UMNO semula. Kalau tidak, dia akan terus meroyan bagaikan polong hilang perut!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments

PRESIDEN PAS MENGESAHKAN HUDUD PAS DAH SAMPAI KE TAHAP MENGARUT!!!


Secara tiba-tiba, Presiden PAS buat pengumuman bahawa undang-undang syariah di Kelantan tidak akan dikuatkuasakan kepada bukan Islam setelah DAP, MCA dan GERAKAN menghentam PAS dari atas bawah kiri dan kanan dalam kes pemisahan jantina dalam salun rambut..

Dari awal lagi telah dikatakan, undang-undang hudud yang PAS gubal sebenarnya bukanlah hudud Islam, sebaliknya hudud parti politik yang sedang mencari pengaruh untuk mendapatkan undi dan sokongan selain kepercayaan serta keyakinan daripada para pengikutnya bahawa PAS adalah Islam, dan Islam itu menyatu dengan PAS.

Dalam undang-undang Islam, tidak ada perbezaan antara yang bukan Islam dan Islam. Kedua-duanya akan menerima hukuman yang sama. Bagaimanapun berbeza pula dengan ajaran PAS yang bermodalkan tidak ada paksaan dalam Islam, mereka cuba melakukan pemisahan walaupun sekular dianggap sebagai tidak Islamik oleh Mursyidul Am PAS sendiri.

Walaupun di kalangan orang Melayu-Islam, PAS begitu bersungguh-sungguh menyatakan bahawa mereka adalah pejuang Islam berbanding UMNO, namun secara realitinya, undang-undang agama yang diperkenalkan oleh PAS, hampir sama dengan UMNO iaitu bergantung kepada sokongan masyarakat bukan Islam.

Pengumuman yang dibuat oleh Presiden PAS bahawa Kelantan tidak akan menguatkuasakan undang-undang syariah yang mereka sendiri 'cipta', sudah jelas menunjukkan bahawa PAS dan segala doktrinnya tidak lebih daripada sekadar ingin mendapatkan undi, perhatian, dan pengaruh.

Hanya kerana tentangan daripada DAP yang bersungguh-sungguh mengecam Kerajaan Negeri Kelantan, maka bersungguh-sungguh jugalah para pemimpin PAS untuk mengambil hati rakan sekutu mereka itu.

Itu baru undang-undang 'kecil'. Belum lagi undang-undang potong tangan atau pancung atau rejam...

Itulah Islam pada akhir zaman.... malang sungguh!!!

0 comments

Monday, November 26, 2012

MELAYU!!! MELAYU-ISLAM!!! RASIS SUNGGUH!!!

Monday, November 26, 2012
Selama beberapa tahun ini, apa-apa sahaja yang berlaku dalam UMNO akan segera ditarafkan sebagai RASIS. Sehinggakan angkat, hunus dan kucup keris pun dianggap sebagai rasis.

Esok, suara dan ungkapan MELAYU, ISLAM dan BUMIPUTERA akan kedengaran lagi.

Kita nak tengok berapa banyak pula suara-suara yang mengatakan UMNO RASIS Dan sebagainya.

Pelik, orang Melayu, orang UMNO dah tak boleh cakap dan sebut fasal MELAYU, BUMIPUTERA dan ISLAM. Kalau sebut juga akan dikatakan sebagai RASIS dan MENGHINA KAUM LAIN.

Bayangkanlah kalau DAP tak dibenarkan bercakap tentang MALAYSIAN MALAYSIA. PAS tidak dibenarkan bercakap tentang ISLAM dan PKR tak dibenarkan bercakap tentang ANWAR IBRAHIM NAK JADI PERDANA MENTERI.

Kalau dah tak mahu UMNO bercakap tentang MELAYU, ISLAM dan BUMIPUTERA, apa kata kalau puak_puak PAKATAN pakat-pakat pindah pi ke Singapura la!

Ha, kat sana kalau cakap pasal apa-apa yang dikatakan RASIS boleh dihukum kalau tidak pun dibuang kerakyatan.

Pi ler pindah ke sana!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments

PEGUAM PERANCIS TAK DIBENARKAN MASUK? KEJAM! KEJAM!

Memang kejam sangat-sangat sebab dua orang peguam upahan Anwar Ibrahim tidak dibenarkan masuk ke Malaysia untuk menipu ahli-ahli Parlimen Malaysia berhubung pembelian kapal selam Scorpene.

Sampai ke sudah Pakatan Rakyat masih berusaha untuk mendedahkan sistem pertahanan negara dan sampai ke sudah jugalah Anwar Ibrahim yang kemaruk sebab tak dapat komisyen daripada pembelian kapal selam tersebut dari syarikal pembekal ekoran pemecatannya, terus beragan dan meroyan sakan.

Diupah dua orang peguam dari Perancis kononnya untuk memberikan taklimat berhubung pembelian dua buah kapal selam tersebut kepada Ahli-Ahli Parlimen menunjukkan keterdesakan luar biasa Anwar Ibrahim setelah pembohongan menggunakan SUARAM sebelum ini telah dikantoikan terang-terangan.

Hairannya... Mengapa peguam yang kononnya nak mendakwa Najib dan Kementerian Pertahanan yang didatangkan tetapi tidak syarikat yang menjual kedua-dua kapal selam berkenaan?

Mengapa kalau benar, Anwar Ibrahim dan Tony Pua tak datangkan wakil dari syarikat tersebut? Mengapa hanya menggunakan peguam yang memang kita tahu, lidah dan bibir mereka akan berbuat seperti kehendak pihak yang memberi upah?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments

UMNO SAMBUT KEMASUKAN NASHARUDDIN MAT ISA DAN HASAN ALI SEBAGAI ANGGOTA BARU?


Sudah pecah berita daripada puak-puak Pakatan Rakyat sendiri, khususnya dari kalangan mereka yang berkopiah putih tetapi berhala di dalam hatinya adalah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng bahawa satu kejutan akan berlaku dalam Perhimpunan Agung UMNO yang akan bermula esok. Kejutan yang dimaksudkan adalah kemasukan beberapa orang pemimpin PAS ke dalam UMNO di mana dua orang daripada mereka adalah bekas pemimpin tertinggi PAS.

Bagaimanapun, nama kedua-dua bekas pemimpin tertinggi PAS itu tidak disebut. Puak-puak yang memberhalakan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng itu, agak berhati-hati dalam membuat tuduhan kerana bimbang mereka akan menelan kahak sendiri.

Berdasarkan senario masakini, dua orang bekas pemimpin tertinggi PAS yang dimaksudkan itu menghala kepada Hasan Ali, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga merupakan ADUN Gombak Setia yang sekarang ini masih mengetuai JATI, sebuah NGO yang menentang hubungan antara PAS dengan DAP dan PKR yang disifatkan sebagai menghalalkan pemurtadan.

Manakala Nasharuddin Mat Isa, dibenci dan seringkali ditohmah.... BACA SETERUSNYA DI KEDAHAN69ERS.COM

0 comments

K.O KAN PASUKAN LAWAN... FAM TAK MAHU SEWA ADIK NIK AZIZ NI KER?



1 comments

Sunday, November 25, 2012

CINA DAP KURANG AJAR CUBA CETUS PERANG BERDARAH DI PWTC!!!

Sunday, November 25, 2012

Tak ada orang Melayu yang bersikap kurang ajar menceroboh atau memprovokasi majlis atau program DAP tetapi orang DAP sudah berkali-kali berkurang ajar dan bersikap biadap dengan orang Melayu.

Terbaru dan terkini, puak-puak DAP yang berbaju hijau LYNAS dan BERSIH kuning sedang melakukan provokasi di stesen LRT PWTC.

Apakah Lim Kit Siang sedang cuba mengatakan UMNO juga yang memulakan sengketa seperti 13 MEI 1969?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments

Blog Archive

Labels