Dah lebih empat tahun, tidak sebiji rumah murah dan mampu milik pun yang dibina oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh Lim Guan Eng. Sebaliknya, semua rumah yang dibina, bertujuan untuk dijual kepada warga asing, khususnya dari China, Taiwan, Singapura dan Hong Kong memandangkan salah satu syarat pembelian hartanah di negara ini bagi warga asing ialah berharga lebih RM500,000.
Guan Eng yang selama ini mendabik dada kononnya dialah yang paling bersih, tidak rasuah dan tidak mengamalkan penyelewengan kuasa, sekarang ini bagaikan haruan di dalam botol. Sentiasa gelisah dan cakapnya pula sentiasa berbalik-balik.
Dan setiap kali dia membuka mulut untuk membela dirinya, setiap kali itulah juga, isu sebenar tentang tanah untuk kompleks rumah murah yang telah disediakan oleh Kerajaan Barisan Nasional terdahulu yang kemudian dirampas dan dijual oleh Kerajaan DAP sekarang kepada KLIDC di bawah paras harga sebenar, menampakkan betapa pembohongnya anak Lim Kit Siang itu.
Hari ini dia meroyan lagi tentang mahkamah dan akan membuktikan yang dia tidak mengambil komisyen daripada KLIDC untuk tanah yang asalnya untuk warga marhein itu.
Dan warga marhein di Pulau Pinang, lebih tertumpu dan majoritinya adalah ORANG MELAYU!
Guan Eng cuba berpusing-pusing tanpa menyentuh perkara sebenar iaitu, dia tidak mahu dan enggan membina penempatan untuk warga marhein agar populasi Melayu di Pulau Pinang berjaya dikurangkan secara drastik.
Tanah yang menjadi kontroversi tersebut telah dijual kepada Barisan Nasional Pulau Pinang. Tetapi Guan Eng gagal menampilkan dokumen perjanjian dan persetujuan jual beli sebaliknya menuntut agar harga tanah tersebut dibayar sepenuhnya.
Hari ini, dia membatalkan urusan berkenaan dengan alasan, Barisan Nasional Pulau Pinang tidak berminat hendak membeli tanah berkenaan walaupun hakikatnya, dia yang perlu menunjukkan dokumen berkaitan. Pada masa yang sama, dia masih juga cuba menafikan yang dia menerima komisyen yang jumlah ratusan juta ringgit daripada KLIDC.
Guan Eng boleh cakap apa-apa sahaja tetapi yang sah, terang dan nyata, dia memang tidak berminat dan tidak pernah berniat hendak membina perumahan untuk warga marhein pun. Alasan kononnya, penjualan tanah di Taman Manggis tersebut akan digunakan untuk membina perumahan mampu milik di Jalan SP Chelliah, 3 kilometer jauhnya dari Taman Manggis hanyalah satu penipuan dan pembohongan semata-mata.
Sebabnya sangat mudah... setelah beratus-ratus ekar tanah di Pulau Pinang dijual, dan setelah empat tahun menjadi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, mengapa baru sekarang hendak MERANCANG MEMBINA RUMAH MAMPU MILIK? Mengapa pula perancangan yang usianya lebih empat tahun, DIBATALKAN dan TANAHNYA dijual kepada pihak lain?
Menariknya, masih ada orang bodoh yang percaya bulat-bulat dengan kata-kata Guan Eng!!!