Antara manifesto 'menarik' Pakatan Rakyat Selangor pada PRU12 lalu ialah, memberi elaun kepada ibu tunggal. Kononnya, elaun tersebut membezakan keprihatinan antara Kerajaan Pakatan Rakyat dengan Kerajaan Barisan Nasional. Dengan kata lain, Pakatan Rakyat sangat prihatin dan sangat mengambil berat tentang rakyat.
Hakikatnya, manifesto tersebut kekal sebagai manifesto atau janji-janji kosong... sesuatu yang memang sinonim dengan Pakatan Rakyat!
Para pemimpin dan pecacai Pakatan Rakyat menggendangkan tentang keprihatinan tersebut di merata-rata tempat di seluruh Malaysia. Kata mereka, bukti Pakatan Rakyat sangat prihatin berbanding Barisan Nasional, ada di Selangor. Dan bukti-bukti tersebut tertera jelas pada manifesto yang dijanjikan.
Namun, menjelang tempoh akhir sebelum PRU13, manifesto dan janji-janji kosong itu tidak nampak bayangnya akan dilaksanakan. Rakyat Selangor mulai menuntut agar Pakatan Rakyat mengotakan janji-janji mereka. Khalid Ibrahim dan barisan Exconya bersilat pi balik untuk menafikan, mereka telah mempermain-mainkan rakyat dan pengundi Selangor.
Terbaru, Rodziah Ismail, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Selangor, berkata, Kerajaan Negeri Selangor sedang merancang hendak mengambil tindakan saman ke atas pihak-pihak yang mendalangi demonstrasi ibu-ibu tunggal yang menuntut agar Kerajaan Negeri Selangor membayar elaun sepertimana yang dijanjikan.
Berbanding mengotakan janji, Pakatan Rakyat memilih untuk mengambil tindakan undang-undang untuk menutup mulut agar tembelang mereka tidak terus dibuka dan ditelanjangkan. Kata Rodziah, Kerajaan Negeri Selangor telah dimalukan oleh ibu-ibu tunggal tersebut.
Dek kerana malu, Pakatan Rakyat nak saman sesiapa sahaja yang dianggap sebagai dalang yang menyedarkan ibu-ibu tunggal atau lebih tepat lagi, golongan wanita yang selama ini kurang disedarkan tentang penipuan dan muslihat Pakatan Rakyat.
Golongan wanita adalah penyumbang utama undi dalam setiap pilihanraya!
Namun yang paling menariknya ialah apabila Rodziah berkata, ibu-ibu tunggal yang membuat demonstrasi dan tuntutan terhadap Pakatan Rakyat Selangor itu, adalah PELAKON-PELAKON yang diarahkan oleh dalang tertentu. Dan dalang tertentu itu sudah pastilah dimaksudkan kepada UMNO memandangkan wakil jurucakap ibu tunggal tersebut adalah Puan Murtini Kasman, salah seorang pemimpin kecil UMNO.
Menurut Rodziah, skim bantuan ibu tunggal dan elaun tersebut tidak bermaksud PEMBERIAN WANG TUNAI sebaliknya skim tersebut hanya diberikan kepada ibu tunggal yang 'layak'.
Sebenarnya, Rodziah Ismail mahupun Pakatan Rakyat boleh bercakap dan berdalih apa-apa sahaja. Pemberian elaun untuk ibu tunggal yang layak ke, atau mana-mana satu daripada 12 perkara yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat di bawah skop Sosial dan Kebajikan Rakyat, kesemuanya tidak ditunaikan.
Pakatan Rakyat hanya bijak mencipta unit-unit dan jabatan-jabatan 'kosong' yang digunakan untuk lakonan media seperti Program Pemberdayaan Wanita, Pusat Wanita Berdaya (PWB), Skim Mikrokredit Bandar dan Luar Bandar (MiMBAR dan SkimSel), Program Pemberdayaan Ibu Tunggal SOHO Selangor dan Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA). Malangnya, nama-nama program yang gah itu sekadar sebutan tanpa sebarang praktikaliti.
Dah malu sebab ditelanjangkan, Pakatan Rakyat nak ambil tindakan undang-undang pula yer?
Bagus punya Kerajaan Negeri...