IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Thursday, December 27, 2012

MAHFUZ OMAR BAKAL DIANUGERAHKAN IJAZAH KEHORMAT UNTUK JADI MENTERI BESAR KEDAH!!!

Thursday, December 27, 2012

Nama-nama seperti Phahrolrazi Zawawi dan Amiruddin Hamzah serta Taulan Rasul untuk menggantikan Azizan Abdul Razak, semakin kerap diperkatakan. Namun ada perkembangan baru yang lebih menarik di Kedah.

DUN Bukit Pinang yang suatu masa dahulu dikenali sebagai DUN Langgar terletak dalam Parlimen Pokok Sena. DUN berkenaan akan menjadi medan laga dan pertembungan kuasa di kalangan para pemimpin PAS Kedah yang sangat penting pada PRU13 ini.

Sebabnya, ADUN Bukit Pinang dari PAS, Md. Roshdi Osman dikatakan tidak lagi mahu namanya dicalonkan pada PRU kali ini atas faktor usia dan kesihatan. Bagaimanapun, Roshdi dikatakan berkecil hati dengann percaturan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang mengidamkan jawatan Menteri Besar Kedah selepas sebelum ini giat mengecam dan mencerca Azizan Abdul Razak.

Mahfuz dikatakan tidak akan bertanding lagi di Parlimen Pokok Sena, sebaliknya beralih ke DUN Bukit Pinang yang dilihat lebih sesuai untuk dirinya, apatah lagi Bukit Pinang dikatakan telah berdekad-dekad menjadi lubuk serta kubu kuat PAS di Kedah. Menurut hierarki, Mahfuz Omar adalah pemimpin PAS yang dilihat lebih 'berkelayakan' berbanding Amiruddin Hamzah dan Phahrolrazi Zawawi, apatah lagi Taulan Rasul.

Antara Phahrolrazi Zawawi dengan Amiruddin Hamzah, Amiruddin dilihat lebih baik. Selain daripada sifatnya yang lebih profesional serta dapat bekerjasama dengan semua pihak termasuklah UMNO Kedah, Amiruddin juga berada dalam kem Azizan Abdul Razak. Dari segi pragmatisnya, Amiruddin dilihat lebih menyerupai Azizan Abdul Razak. Manakala Phahrolrazi Zawawi pula dilihat mewakili golongan serakah yang diketuai oleh Mat Sabu yang berkiblatkan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan merupakan penjilat tegar Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Mahfuz berada dalam kedudukan terbaik memandangkan dia merupakan Naib Presiden PAS Pusat... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

0 comments

ANTHONY LOKE PULA SALAHKAN UMNO BERHUBUNG KALIMAH ALLAH DALAM BIBLE!!!


Ketua DAPSY yang pernah melabelkan Islam sebagai THE FUCKING RELIGION, Anthony Loke menyertai Zairil Khir Johari dengan menyalahkan UMNO dan media-media yang berpihak kepada Kerajaan Pusat dalam soal KALIMAH ALLAH dalam Bible.

Cuma berbanding Zairil, Anthony Loke menyatakan bahawa KRISTIANOFOBIA yang diperkatakan oleh Fathul Bari, sebagai sangkaan buruk UMNO. Menurutnya, saranan Setiausaha Agung DAP di dalam perutusan Hari Natal yang disiarkan oleh Roketkini, sebagai sesuatu yang wajar dituruti oleh Kerajaan Pusat.

Baik Zairil, mahupun Anthony Loke, kedua-duanya jelas tidak faham apa yang mereka sendiri ucapkan. Besar kemungkinan mereka cuba bercakap dalam Bahasa Kebangsaan sekaligus memperlihatkan tentang ketidakcekapan mereka dalam Bahasa Kebangsaan sekalipun kedua-duanya kuat mengaku mereka adalah rakyat Malaysia.

Dasar DAP yang mahu melaga-lagakan antara umat Kristian dan umat Islam di negara ini telah ditentang oleh majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan faham erti duduk bersama dalam sebuah negara. Malaysia telah diterima sebagai sebuah Negara Islam.

DAP sebenarnya sudah lama cuba mencetuskan ISLAMAFOBIA di kalangan kaum Kristian terutama ketika Pilihanraya Negeri Sarawak yang melabelkan UMNO dan Barisan Nasional sebagai ANTI-CHRIST yang wajar ditentang dan dihapuskan. Gerakan menamatkan kuasa Islam sebagai Ketua Menteri di Sarawak begitu bersungguh-sungguh dirancang dan dilakukan oleh DAP dengan bantuan PKR dan PAS.

Antara yang digunakan untuk menakut-nakutkan kaum Kristian Sarawak secara khusus dan seluruh Malaysia secara amnya, ialah dengan memanaskan isu KALIMAH ALLAH yang diketahui amat bertentangan dengan perintah PERLEMBAGAAN Malaysia.

Perlembagaan Malaysia meletakkan garis panduan dengan menegah penganut agama lain daripada cuba mengeluarkan umat Islam daripada agama yang dianuti menerusi semua cara termasuklah cara pengeliruan sepertimana gantinama GOD sebagai ALLAH.

Di kalangan umat Islam pula, DAP cuba menjadikan kaum dan penganut Kristian sebagai mangsa kemarahan serta kebencian dengan sentiasa cuba menonjolkan kaum minoriti tersebut sebagai sudah besar kepala dan sentiasa mencari masalah untuk menjajah dan menguasai Malaysia. Kempen menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian dan menaikkan Perdana Menteri Malaysia yang baru dari kalangan kaum Kristian sepertimana yang dikempenkan oleh DAP, dilihat sebagai cubaan untuk mencetuskan sesuatu yang lebih buruk.

DAP amat bergantung kepada suasana tidak aman dan ketidakstabilan politik sepertimana yang berlaku pada penghujung 1960-an lalu untuk menonjolkan diri sebagai sebuah parti yang boleh digantung harap oleh rakyat Malaysia. Dek kerana itulah, DAP sentiasa berusaha melaga-lagakan rakyat Malaysia sama ada dengan menggunakan isu perkauman, apatah lagi agama sebelum kemudiannya, menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional kerana bertindak balas.

1 comments

PAS KEDAH TAK TAHU MACAM MANA NAK BERSEDIA HADAPI BANJIR LUMPUR BESAR NANTI!!!


Kelantan, Terengganu dan Pahang sudah pun berhadapan dengan bencana banjir. Bagaimanapun, berbanding Kelantan, agensi-agensi kerajaan negeri di Pahang dan Terengganu lebih cepat bertindak. Manakala di Kelantan, laporan tentang BOT-BOT HIJAU hanya untuk penyokong PAS dan Pakatan Rakyat sahaja, semakin kerap didengar. Dengan kata lain, walaupun musibah banjir melanda tanpa mengira parti apakah yang dianuti oleh mangsa, namun pihak berkuasa Kelantan memilih untuk menggunakan pendekatan kepartian sempit mereka.

Alasan mereka, mangsa-mangsa banjir bukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan akan diselamatkan dan diuruskan oleh agensi-agensi Kerajaan Pusat. Agensi-agensi Kerajaan Negeri hanyalah para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata.

Bagaimana pula di Kedah? Adakah Kerajaan Negeri sudah bersedia untuk berhadapan dengan musibah banjir atau peristiwa tahun 2010 akan berulang di mana, pemberian bantuan oleh para pemimpin Kerajaan Negeri ditarik balik kerana yang menerima bantuan tersebut bukannya orang PAS?

Atau adakah Kerajaan Negeri Kedah sudah mengarahkan agensi-agensi Kerajaan Negeri untuk memperkemaskan persediaan masing-masing, memandangkan gelombang banjir sudah tidak berapa lama lagi akan mula melanda Kedah pula? Atau masihkah Kerajaan Negeri Kedah yang diketuai oleh PAS, masih lagi beranggapan, mereka tidak perlu berbuat apa-apa kerana Kerajaan Pusat yang akan menghulurkan bantuan dan kerja mereka hanyalah berlakon sebagaimana yang mereka lakukan pada tahun 2010 dalam peristiwa banjir besar di Kedah dalam tempoh 40 tahun.

Adalah dijangkakan, banjir yang akan melanda Kedah nanti, jauh lebih besar dan kesannya lebih dahsyat berbanding tahun 2010 berdasarkan kepada penebangan balak dan penggondolan bukit-bukit serta gunung di seluruh Kedah oleh PAS.

Kedah kerap dilanda banjir lumpur semenjak negeri itu berada dalam genggaman dan kekuasaan PAS Kedah. Puncanya tidak lain dan tidak bukan ialah, penyelewengan peruntukan pengairan dan saliran serta pembersihan ke dalam kocek para pemimpin PAS Kedah dan kroni-kroni mereka. Namun faktor terbesar banjir lumpur, adalah disebabkan ketamakan dan kehalobaan selain kebodohan para pemimpin PAS yang mengambil pendekatan mudah mencari perolehan negeri menerusi pembalakan tidak terkawal.

Kawasan-kawasan yang dijangka paling teruk dilanda banjir lumpur dalam tempoh beberapa minggu akan datang adalah Pendang, Sik, Baling, Pedu dan Kota Star. Kerugian kali ini akan mencecahh ratusan juta ringgit terutama membabitkan sektor penanaman padi selain merencatkan sektor industri pembuatan dan perkilangan.

Ekoran daripada banjir lumpur yang akan melanda Kedah nanti, rakyat Kedah akan berhadapan dengan satu lagi malapetaka yang tidak kurang hebatnya iaitu TERPUTUSNYA BEKALAN AIR BERSIH.

Sekarang pun... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

0 comments

BERAPA LAMA TUAN IBRAHIM TUAN MAN BOLEH BERTAHAN DENGAN MENENTANG KALIMAH 'ALLAH' DALAM BIBLE?


Mungkin mengikut arus semasa, Tuan Ibrahim Tuan Man terpaksa menentang saranan Lim Guan Eng yang mendesak agar Kerajaan Barisan Nasional membenarkan kalimah ALLAH di dalam Bible sepertimana 'yang digunakan secara meluas di Indonesia dan Arab Kristian.

Alasan-alasan yang diberikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menangkis desakan Lim Guan Eng itu, sebenarnya adalah alasan-alasan sama daripada penentang Khalid Samad, Ahli Parlimen PAS Shah Alam sewaktu Khalid Samad berkata, kaum Kristian seharusnya dibenarkan menggunakan Kalimah Allah yang kemudiannya mendapat sokongan meluas daripada para pemimpin serta penyokong PAS sebelum ini.

Menyedari PAS yang mengharapkan undi Melayu-Islam untuk menambah bilangan kerusi pada PRU13 nanti, akan rugi besar jikalau terus berdegil menggunakan hujah-hujah dangkal menyokong saranan Khalid Samad, Ketua Penerangan PAS nampaknya cuba beralih cakap.

Namun sesuatu yang menimbulkan tanda tanya ialah, berapa lamakah Tuan Ibrahim Tuan Man boleh mempertahankan pendapatnya itu (BACA DI SINI).

Sebabnya mudah, PAS sebenarnya hanya berkokok garang seperti ayam jantan tengah galak nak mengawan tetapi apabila para pemimpin DAP, khususnya Lim Guan Eng bukak mulut, para pemimpin PAS akhirnya seperti anjing yang bercawat ekor sambil mengongoi-ngongoi ketakutan dan beralih cakap sebelum menyalahkan media, kononnya medialah yang memutarbelitkan kenyataan mereka.

Perkara sebegini sudah kerap dilakukan oleh para pemimpin PAS dalam banyak kes. Paling tidak pun, kalau mereka sudah tidak dapat menjawab atau tersepit, ayat standard akan digunakan iaitu, "LIM GUAN ENG TU BUKAN ISLAM, JADI TAK SALAHLAH KALAU DIA CAKAP MACAM TU."

Kalau dah nama PAS, apa-apa benda pun boleh dihalalkan selagi mendatangkan keuntungan kepada mereka. Kalau tak mendatangkan keuntungan, yang halal pun diharamkan, sepertimana yang berlaku dalam isu pentakfiran yang masih berleluasa diamalkan oleh para pengikut PAS terhadap orang UMNO!!!

1 comments

ANGKATAN OREN AKHIRNYA SALAHKAN UMNO-BN SEBAB GAGAL LANGGAR ORANG KAMPUNG!!!


Para pecacai Pakatan Rakyat meroyan apabila terdapat bukti yang menunjukkan peserta angkatan OREN yang diketuai oleh Mazlan Aliman cuba membunuh orang kampung yang menghalang mereka daripada memasuki Felda Bukit Rokan hujung minggu lepas. Mereka cuba memberikan alasan untuk mewajarkan tindakan berkenaan dengan menyalahkan sepenuhnya orang kampung yang berkumpul dan menghalau Mazlan Aliman serta geng-gengnya.

Menurut pecacai Pakatan Rakyat, orang kampung tidak berhak membawa bendera UMNO dan Barisan Nasional serta menghalang mana-mana kumpulan Pakatan Rakyat masuk ke kampung atau FELDA. Kata mereka lagi, jalan raya bukanlah tempat berkumpul dan berdemonstrasi serta membuat halangan. 

Sebaliknya kalau dilanggar sampai pecah perut dan otak terbarai atas jalanraya dengan kenderaan pacuan empat roda geng ANAK dan Pakatan Rakyat, itu adalah perkara normal. 

Mereka kononnya berpegang kepada KEBEBASAN BERSUARA. Bagaimanapun, mereka tidak memahami konsep KEBEBASAN BERSUARA memandangkan kebebasan bersuara yang mereka tuntut itu hanya berpihak kepada mereka. Manakala dari kumpulan yang menyokong UMNO dan Barisan Nasional atau non-partisan tetapi tidak dapat menerima cara GELOJOH Pakatan Rakyat pula, dianggap tidak mempunyai hak untuk berhimpun atau menyuarakan bantahan.

Paling melawakkan ialah apabila Ketua Cabang PKR Jempol mengatakan, hanya UMNO dan Barisan Nasional sahaja yang menghalang ANAK sedangkan majoriti penghuni FELDA Kepis, FELDA Rokan Utara, FELDA Rokan Barat dan FELDA Jelai tidak menyokong UMNO-BN. Karip Mohd Salleh cuba menafikan yang golongan membuat bantahan serta sekatan tersebut adalah penghuni FELDA, sebaliknya menyatakan mereka semua adalah DALANG UPAHAN UMNO-BN. (BACA DI SINI)

Sebenarnya TIDAK SEORANG PUN daripada anggota ANGKATAN OREN itu terdiri daripada orang FELDA. Sebaliknya mereka semua adalah orang luar yang menganggotai PKR dan PAS. Mereka juga bukanlah orang tempatan, sebaliknya cuba menunjuk samseng di FELDA-FELDA yang dirasakan mudah digertak dan diugut.

Sebelum ini, kejadian sebegini amat jarang berlaku. Bagaimanapun, setelah ditunjukajar oleh PKR terutama menerusi siri-siri demonstrasi ganas yang sebahagian besar demonstrasi tersebut adalah cubaan membunuh anggota-anggota polis sepertimana yang berlaku dalam BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 tidak lama dahulu, golongan penentang Pakatan Rakyat sudah mula mengadaptasi kaedah yang selama ini dipelopori dan dikuasai oleh Pakatan Rakyat. 

Kalau Pakatan Rakyat seringkali menghalalkan perbuatan mereka dengan menyatakan apa yang mereka lakukan itu bertepatan dengan KEBEBASAN BERSUARA dan KEBEBASAN BERHIMPUN, sudah tentulah para penentang mereka di FELDA-FELDA berkenaan juga, mempunyai hak yang serupa. Kalau dipersalahkan kononnya rombongan mereka diserang, seharusnya yang diperlu dipersalahkan terlebih dahulu adalah ANGKATAN OREN yang cuba melanggar dan membunuh orang kampung dengan kenderaan pacuan empat roda mereka!


Belum lagi memegang kuasa, sudah tidak segan silu ingin melakukan pembunuhan dan pertumpahan darah terhadap golongan yang menentang dan tidak bersetuju dengan mereka. Bayangkanlah kalau sudah berkuasa, barangkali Pakatan Rakyat akan menguatkuasakan hukuman bunuh dengan cara dilenyek dengan kenderaan-kenderaan milik Pakatan Rakyat terhadap para peserta FELDA yang selama ini secara majoritinya memberi kemenangan kepada UMNO-BN!!!

Anda pasti masih ingat bagaimana ANWAR IBRAHIM mengarahkan pengawal peribadinya mengacukan pistol dan mengacah-acah untuk membunuh para penunjuk perasaan di tepi jalan yang mencemuh kehadirannya di Melaka tidak lama dahulu?

0 comments

Wednesday, December 26, 2012

PESERTA OREN WAJIB KENA TAMPAR PASAL BODOH TAHAP CIPAN!!!

Wednesday, December 26, 2012

Sehari dua ini, para pecacai Pakatan Rakyat, khususnya dari PAS mengkhususkan dan memperincikan peristiwa 'malang' yang telah menimpa Mazlan Aliman dan ANAK yang sedang giat memasuki FELDA-FELDA di seluruh Malaysia, termasuklah di Kedah. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat FELDA untuk PAS dan Pakatan Rakyat yang telah berjanji bulan bintang kepada para peserta FELDA.

Kononnya, FELDA sekarang tidak cukup menjaga kebajikan para peserta tanah rancangan persekutuan itu. Kononnya juga, kalau FELDA jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, para peserta FELDA akan mendapat kesenangan berlipat-lipat kali ganda berbanding sekarang.

Anehnya, Pakatan Rakyat terutama sekali PAS mempunyai skim yang hampir serupa dengan FELDA yang diberi nama sebagai LADANG RAKYAT. Namun berbeza dengan FELDA, LADANG RAKYAT begitu jelas merupakan program untuk mengayakan para pemimpin PAS serta kroni-kroni mereka menerusi pembalakan tiada kawalan selain benar-benar menghirup darah para pesertanya.

Itu yang berlaku di Kelantan. TIDAK ADA SEORANG PUN PESERTA LADANG RAKYAT yang telah berjaya dan keluar dari kepompong kemiskinan. Sebaliknya, lebih ramai peserta LADANG RAKYAT yang melopong dan buntang biji mata apabila tanah yang sekian lama mereka usahakan dan kerjakan, dirampas begitu sahaja dengan hampir kesemua hasil dari tanah tersebut berpindah tangan kepada kroni-kroni yang telah MENGELUARKAN BELANJA BESAR untuk melobi para pemimpin PAS khususnya yang memegang jawatan utama di peringkat negeri.

Kedah juga sedang berlaku fenomena yang sama. Tanah-tanah gunung, bukit dan segala hutan telah dicerahkan dan ditebang untuk mengeluarkan hasil balak. Apabila ditanya, para pemimpin utama PAS Kedah memberitahu, kononnya projek tersebut dikerjakan untuk LADANG RAKYAT. Dengan kegagalan dan terbukti jelas, LADANG RAKYAT hanyalah merupakan topengan kepada kejahatan para pemimpin PAS Kelantan, PAS Kedah cuba mengulanginya bagi tujuan tipu perdaya dan pembohongan.

Mazlan Aliman dan ANAK seharusnya membuka mata lebih lebar dengan membandingkan nasib para peserta FELDA dengan LADANG RAKYAT. Seharusnya bukan FELDA yang menjadi sasaran Mazlan Aliman dan ANAK, sebaliknya LADANG RAKYAT.... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

1 comments

Tuesday, December 25, 2012

MOHAMMED THE PIG... PENGHINAAN TERHADAP ISLAM PADA HARI NATAL!!!

Tuesday, December 25, 2012

Tidak sukar untuk memahami mengapa Islam serta tokoh-tokoh Islam terutama sekali Nabi Muhammad s.a.w menjadi sasaran kebencian kaum tertentu di seluruh dunia. Bukan kerana jihad, bukan juga kerana cemburu dengan kejayaan serta sumbangan silam masyarakat dan cerdik pandai Islam dalam teknologi yang dikecapi oleh masyarakat pada hari ini.

Walaupun kebanyakan tokoh cendekiawan Islam telah DILATINKAN seperti Ibnu Sinna yang bertukar nama menjadi AVICENNA atau Ibn Rush yang menjadi AVIROES dan sebagainya, namun dunia maklumat hari ini tidak lagi dapat menyembunyikan perkara sebenar, terutama sekali dalam bidang penciptaan seperti roket, pesawat terbang, kereta kebal, satelit, dan ketamadunan pendokumentasian sepertimana yang dilakukan oleh Ibn Battuta dan Al-Idrisi.

Segala kredit akhirnya, terpaksa diberikan kepada tokoh-tokoh dari dunia Islam, sekalipun Barat dan orientalis cuba mengkagumkan dunia dengan ketokohan Da Vincci, Darwin, Marco Polo, Newton, Archimedes, Phytagoras dan sebagainya.

Dari segi keilmuwan, kaum yang sangat membenci Islam itu telah gagal kerana dengan penyebaran dan ledakan maklumat, telah jelas bagaimana penemuan-penemuan terhebat oleh cendekiawan Islam telah 'dicuri' dan diatasnamakan kepada tokoh-tokoh dari golongan mereka.

Justeru, untuk melicinkan tugas memperkecil-kecilkan Islam, maka tokoh terbesar dalam Islam iaitu MUHAMMAD S.A.W sendiri perlu diberikan imej yang paling teruk dan paling menjijikkan. Medan utama mereka ialah FACEBOOK di mana setiap saat, ratusan juta manusia melayari dan menggunakannya.

Satu laman di dalam Facebook yang berjudul MOHAMMED THE PIG sedang dimasyhurkan oleh golongan berkenaan. Justeru, bagi mereka yang mengaku beragama Islam dan berasakan inilah peluang terbaik untuk menggunakan kuasa kepenggunaan umat Islam setelah gagal dalam mengawal kuasa terhadap sumber tenaga utama iaitu minyak, ada baiknya jikalau satu petisyen sepertimana yang disertakan di bawah ini ditandatangani.

Umat Islam sebenarnya diperlecehkan kerana seringkali mudah bersengketa dan berpecah belah walaupun hanya dengan alasan politik kepartian sepertimana yang sedang berlaku di sini. Justeru, saranan daripada Allah Taala agar umat Islam kembali kepada perkara pokok, perlu diperhalusi dengan sebaik-baiknya. Kalau sudah politik kepartian tidak akan menyatukan, bahkan membawa kebinasaan kepada umat Islam sendiri, mungkin ada baiknya kita selaku umat Islam memulakan langkah dengan bersatu mempertahankan imej Rasulullah s.a.w. sebagai junjungan kita yang paling kita muliakan!

Anda boleh layari laman berikut untuk tujuan tersebut:

http://www.causes.com/causes/795008-stop-the-page-mohammed-the-pig/actions/1688165?recruiter_id=64299654&utm_campaign=invite&utm_medium=wall&utm_source=fb

0 comments

SERANGAN ANGKATAN OREN KE FELDA-FELDA MEMUALKAN!!!


ANGKATAN OREN atau Rombongan ANAK yang diketuai oleh Mazlan Aliman gagal memasuki banyak FELDA untuk membuat tohmahan dan fitnah terhadap FELDA dan Kerajaan UMNO-BN. Itu yang membuatkan PAS dan Pakatan Rakyat meroyan sakan selain menggembar-gemburkan kononnya, peneroka-peneroka FELDA tidak berpuas hati kerana mereka tidak dapat mendengar ceramah Mazlan Aliman dan ANAK.

Terbaru, cubaan Mazlan Aliman membawa orang luar memasuki beberapa buah FELDA di Negeri Sembilan berakhir dengan kekecewaan. Mazlan Aliman cuba berkokok kononnya, angkatannya telah diserang dan dikasari selain diikat dan dicabul kehormatan oleh penduduk setempat.

Malah, yang paling menarik ialah apabila gambar Ketua Penerangan ANAK, Noraza Mudadasar diikat menjadi ikon baru untuk meraih simpati dan perhatian daripada orang ramai, khususnya peneroka-peneroka FELDA.

Apa yang berlaku sebenarnya dan mengapa ANGKATAN OREN mendapat halangan daripada penduduk dan para peserta FELDA sendiri, meskipun Mazlan Aliman dan ANAK cuba menuding jari, kononnya UMNO yang menghasut para peneroka FELDA agar tidak membenarkan mereka masuk?

Benarkah UMNO yang menjadi dalangnya atau sebenarnya para peneroka FELDA sendiri yang sudah muak dengan perangai Mazlan Aliman dan ANAK yang tidak sudah-sudah menagih darah daripada peneroka FELDA dengan menimbulkan pelbagai isu, tetapi akhirnya yang mendapat keuntungan besar adalah Mazlan Aliman dan barisan peguam yang dilantik oleh ANAK, sedangkan para peneroka FELDA yang kononnya dibantu pula, sekadar menggigit jari dan melihat sahaja usaha mereka beralih tangan kepada Mazlan Aliman dan konco-konconya?

Terbaru, ANAK memekak lagi dan cuba membuat fitnah kononnya, UMNO dan Barisan Nasional telah menghantar samseng-samseng untuk menghalang rombongan mereka di Jalan Dangi-Jelai yang menghubungkan beberapa buah FELDA seperti FELDA Jelai, FELDA Jelai, FELDA Bukit Rokan, FELDA Rokan Utara, FELDA Rokan Barat dan FELDA Kepis.

Kononnya, 'serangan' tersebut telah mengakibatkan seorang ahli rombongan ANGKATAN OREN mengalami luka di kepala dan cermin kereta telah dipecahkan sedangkan tujuan mereka hanyalah untuk berceramah tentang KOPERASI FELDA.

Namun daripada keterangan saksi serta bukti-bukti yang ada di tempat kejadian, para peneroka yang mengetahui tujuan sebenar kedatangan ANAK ke kawasan mereka, telah melakukan sekatan jalan dan tidak membenarkan rombongan Mazlan Aliman daripada memasuki kawasan mereka. Bagaimanapun, ANAK dan Mazlan Aliman yang perasan kononnya mereka boleh masuk ke mana-mana sahaja hatta ke dalam kelambu dan di atas katil para peneroka FELDA, berdegil dan cuba melakukan kekerasan terlebih dahulu.

Salah sebuah kenderaan dalam rombongan ANAK yang mengimport dan menggunakan tenaga luar, telah cuba melanggar dan membunuh para peneroka serta mereka yang menghalang rombongan ANAK. Tindakan kurang ajar dan biadap serta tidak bertamadun itulah yang menambahkan lagi kemarahan penduduk setempat.


http://www.facebook.com/photo.php?v=4960220723908&set=vb.1250733735&type=2&theater

Mengapa agaknya, para pecacai PAS dan Pakatan Rakyat, langsung tidak berani menyebut atau mendedahkan perilaku serta gelagat kurang ajar, biadap serta tidak bertamadun daripada ANGKATAN OREN yang cuba membunuh penduduk tempatan yang menghalang mereka?

Hanya semata-mata untuk berceramah dan mencari pengaruh, ANAK dan MAZLAN ALIMAN memutuskan untuk membunuh dengan cara melanggar sesiapa sahaja yang menghalang mereka di jalan raya dengan menggunakan kenderaan yang mereka pandu?

Itu yang dikatakan membela? Apatah lagi, tempat dan masyarakat yang ingin dibela oleh ANAK sebenarnya sudah lama terbela dan terjaga, sedangkan sewaktu zaman susah dahulu, PAS tidak nampak muka dan batang hidung pun.

Ada penduduk tempatan yang bertanya, mengapa hanya setelah para peneroka FELDA berjaya, barulah ANAK dan PAS sibuk nak berjuang membela mereka, sedangkan dalam program LADANG RAKYAT yang diusahakan oleh PAS, para pesertanya langsung tidak dapat pembelaan....

1 comments

KHALID SAMAD TAK MAHU SOKONG TUNTUTAN KALIMAH ALLAH OLEH GUAN ENG KE?


Semua orang di Malaysia tahu, PAS merupakan penyokong Lim Guan Eng yang paling tegar. Apa-apa sahaja yang dikatakan oleh Lim Guan Eng, akan mendapat sokongan yang paling menyeluruh daripada kepimpinan PAS. Kalaupun Lim Guan Eng menghina dan mengkeji agama dan umat Islam, para pemimpin PAS akan berusaha mencari dalil, nas dan sebarang petunjuk yang membolehkan pembelaan terhadap Lim Guan Eng dibuat.

Paling kurang pun, mereka akan menggunakan ayat standard, 'GUAN ENG TU KAFIR, JADI TAK SALAHLAH KALAU DIA CAKAP BEGITU.'

Cetusan agar kalimat ALLAH dibenar guna dalam Alkitab berbahasa Melayu yang digunakan untuk penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, datangnya daripada pemimpin PAS sendiri iaitu Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam ketika dia berucap di dalam sebuah gereja pada tahun 2010 ketika dia cuba menunjukkan kononnya, PAS terbuka kepada semua penganut agama.

Polemik berkenaan berterusan selama beberapa minggu. Khalid Samad dibantu oleh barisan kepimpinan utama PAS untuk menghalalkan penggunaan Ismu Allah itu di dalam Alkitab berbahasa Melayu yang digungakan oleh masyarakat Kristian Sabah dan Sarawak. Alasan dan dalih mereka mudah sahaja iaitu Allah adalah Tuhan untuk semua orang. Manakala kalimah Allah pula telah digunakan di dalam Bible Koptik yang lazimnya berbahasa Arab selama ribuan tahun.

Anehnya, penggunaan Ismu Allah itu hanya untuk Alkitab yang berbahasa Melayu sahaja. Untuk Bible berbahasa Cina, Tamil apatah lagi Bahasa Inggeris, Ismu Allah tidak digunakan langsung. Bahkan terdapat banyak hujah yang mengatakan Allah hanyalah Dewa Bulan yang disembah oleh MOHAMEDAN – istilah yang dilazimkan kepada orang Islam yang dianggap sebagai penyembah Muhammad s.a.w.... SAMBUNG BACAAN DI SINI

0 comments

PAKATAN NAFI AIR TAK CUKUP, TAPI DI PANDAN INDAH DAH 4 HARI AIR TAK ADA!!!


Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menafikan bekalan air mentah di Selangor tidak mencukupi, bahkan melimpah-limpah. Kenyataan yang dibuat oleh LUAS adalah untuk menafikan kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Ong Tee Kiat bahawa bekalan air di Selangor menyusut dan Selangor tidak mempunyai sumber air yang baru.

Amat mudah memahami mengapa LUAS membuat penafian berkenaan. Dan penafian tersebut, samalah seperti kenyataan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Selangor bahawa rakyat Selangor tidak perlu bimbang kerana bekalan air mentah lebih daripada mencukupi di Selangor.

Yang tidak diperjelaskan oleh LUAS, atau pun Kerajaan Negeri Selangor ialah bekalan air terawat yang digunakan oleh semua isi rumah mahupun industri di Selangor. Tidak ada sebuah rumah pun di negeri ini yang menggunakan air mentah baik untuk membasuh pakaian, mencuci kenderaan apatah lagi digunakan untuk makan minum.

Bagaimanapun, Pakatan Rakyat dan LUAS lebih selesa membuat penafian kononnya air mentah mencukupi. Apabila ditanya mengapa banyak kawasan di seluruh Selangor terputus bekalan air, kesalahan akan segera dituding kepada SYABAS walaupun SYABAS mempunyai kepentingan Kerajaan Negeri Selangor sebanyak 30 peratus dan SYABAS bukanlah satu-satunya konsesi yang menguruskan air terawat kepada pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Di Pandan Indah sendiri, penduduk di kawasan ini sudah empat hari tidak menerima bekalan air bersih. Pengumuman telah dibuat menerusi radio beberapa hari lepas tentang gangguan serta catuan bekalan air di Pandan Indah dan kawasan-kawasan sekitar.

Justeru apa yang dikatakan oleh Ong Tee Kiat sebenarnya, tidak boleh dinafikan oleh Pengarah LUAS yang cuba berselindung dengan memberikan angka-angka dan fakta-fakta yang bersifat angin serta angan-angan.

Bekalan air mentah yang mencukupi tidak bermakna bekalan air terawat yang diperlukan dan digunakan oleh rakyat juga mencukupi. Bahkan dengan apa yang berlaku di seluruh Selangor sekarang menerusi gangguan dan catuan bekalan air, sesiapa sahaja pun akan berasa musykil, di sebalik segala cerita kononnya bekalan air mencukupi, mengapa kepala paip air kosong dan ramai yang terpaksa mencari rumah sanak saudara untuk menumpang mandi, berak dan mendapatkan sedikit bekalan air bersih untuk digunakan.

Pengarah LUAS tidak perlu berbelit-belit tentang jumlah air permukaan mahupun paras air di empangan-empangan yang diperkatakannya. Dia sebaliknya perlu menerangkan mengapa tidak ada air terawat di Pandan Indah dan kawasan-kawasan sekitar dalam tempoh empat hari ini!!!

BACA PENJELASAN MERAPU DAN MENGARUT PENGARAH LUAS DI SINI

0 comments

Monday, December 24, 2012

KALIMAH ALLAH UNTUK ALKITAB, GUAN ENG CUBA DAPATKAN UNDI DARI SABAH DAN SARAWAK!!!

Monday, December 24, 2012

Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, memang bijak mengambil kesempatan, sepertimana yang seringkali dilakukan oleh nenek moyang dan leluhurnya ketika mereka berada di negara ini. Kebijaksanaan Lim Guan Eng yang merupakan sifat semulajadi puak-puak sepertinya, tidak dapat disangkal lagi memandangkan bukti kepada kebijaksanaan tersebut boleh dilihat menerusi kedudukan serta jawatan yang sedang disandang serta kebebasan yang keterlaluan ditunjukkan olehnya.

Pilihanraya Umum sudah semakin dekat. DAP yang dibarisi oleh pemimpin-pemimpin yang terdiri daripada EKSTREMIS KATHOLIK dan METHODIST seperti Guan Eng dan bapanya, Kit Siang sedang merangka cara untuk mendapatkan lebih banyak undi daripada masyarakat beragama Kristian memandangkan DAP sentiasa menganggap, mereka adalah SAVIOUR yang akan memastikan lebih ramai manusia di Malaysia yang akan berada di dalam awan putih sejurus sebelum ARMAGEDDON.

Sabah dan Sarawak merupakan dua buah negeri yang banyak membantu Barisan Nasional mengekalkan penguasaan Parlimen dan Putrajaya. Berbanding di Semenanjung di mana suasana politiknya lebih VOLATILE dan adakalanya tidak terkawal, Sabah dan Sarawak lebih tenang dengan amalan agama yang lebih bebas serta terbuka. Bahkan tidak menghairankan sekiranya di dalam sebuah keluarga, terdapat pelbagai pemeluk agama yang berasingan dan ianya dianggap perkara biasa di kedua-dua negeri berkenaan.

Suasana tersebut sudah lama berlangsung dari zaman berzaman. Namun DAP melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang boleh dipergunakan untuk keuntungan DAP. DAP telah berjaya melaga-lagakan orang Cina dan Melayu di Semenanjung sehingga berlaku rusuhan kaum dan tragedi berdarah pada 13 Mei 1969. Lim Kit Siang, bapa Lim Guan Eng pada waktu itu telah melihat kejayaan terbesar DAP dalam usaha menyemaikan perasaan benci membenci antara Melayu dan Cina sehinggakan selepas itu, sekolah-sekolah vernakular aliran Cina, tumbuh bagaikan cendawan dan DAP menjadi ketua yang menggalakkan anak-anak Cina belajar di sekolah-sekolah vernakular berbanding di sekolah-sekolah kebangsaan yang dianggap sebagai tidak bertamadun, ketinggalan serta kuno, semata-mata kerana bahasa pengantar di sekolah kebangsaan adalah BAHASA MELAYU.

Legasi yang dibentuk oleh Kit Siang dengan menjarakkan antara kaum Cina dengan orang Melayu-Bumiputera, kini diteruskan oleh Lim Guan Eng pula. Bezanya, Lim Guan Eng tidak lagi menggunakan kaedah kaum kerana peredaran masa dan zaman membuktikan kaum dan bangsa berkembang atau berevolusi menerusi perkahwinan campur, asimilasi budaya, serta lambakan maklumat yang semakin mengurangkan jarak antara kaum dan bangsa.

Bagaimanapun, Guan Eng dan DAP melihat satu perkara yang menjarakkan antara rakyat Malaysia iaitu AGAMA.... SAMBUNG BACAAN DI SELANGOR DAILY.COM

0 comments

KHATIB PAS BUAT KHUTBAH SENDIRI UNTUK HENTAM UMNO DI SIK, KEDAH!!!


Apabila dikatakan bahawa AMANAT HAJI HADI adalah pemecah belah masyarakat Islam dengan menjadikan golongan yang enggan mengiktiraf atau menyokong PAS sebagai mangsa, puak-puak yang membelanya segera menyatakan bahawa amanat tersebut tidak ada salah dan cacat celanya. Bahkan di dalam amanat berkenaan, tidak pula ia dirujukkan terus kepada UMNO, sebaliknya para penyokong PAS tergelak-gelak sambil menyatakan, UMNO yang terlebih perasan.

21 Disember lalu, bertempat di Masjid Pekan Sik, khatib yang merupakan imam dan pengerusi jawatankuasa masjid tersebut, Ahmad bin Hussin telah mengulangi perangai ahli-ahli PAS yang cukup suka menghentam UMNO dan terbawa-bawa dalam fahamannya bahawa politik dan Islam tidak boleh dipisahkan.

Dalam khutbah yang dibacakan tanpa menggunakan teks Majlis Agama Islam Kedah, Ahmad Hussin menyatakan kepada jemaah bahawa UMNO terlalu menumpukan perhatian kepada dunia dan meninggalkan akhirat. Ahmad Hussin juga menyatakan, slogan UMNO iaitu 'HIDUP MELAYU' tidak sesuai dengan Islam kerana bangsa lain yang beragama Islam tidak akan memekik slogan tersebut sebaliknya akan menyebut HIDUP ISLAM atau ALLAHUAKBAR.

Walaupun tidak lagi berpegang secara terus kepada AMANAT HAJI HADI, Abdullah Hussin yang merupakan sebahagian daripada orang PAS yang ada jawatan di masjid-masjid seluruh Kedah, masih kekal beranggapan bahawa PAS lebih Islam dari mana-mana kumpulan di Malaysia.

Puak-puak PAS sebenarnya sangat suka mengambil kesempatan daripada perhimpunan umat Islam mingguan di masjid untuk memanjangkan langkah dan fahaman politik mereka... BACA SETERUSNYA DI KEDAHAN69ERS.COM

0 comments

SEKALI LAGI 'LAKONAN' MUZAKARAH DIAJUKAN PEMUDA PAS UNTUK TUTUP KES AMANAT HAJI HADI!!!


AMANAT HAJI HADI sememangnya adalah punca kepada perpecahan umat Islam yang sangat teruk di negara ini. Dari kalangan mereka yang memahami isu agama, sehinggalah kepada mereka yang jahil dengan agama Islam tetapi mengaku beragama Islam, AMANAT HAJI HADI sebenarnya memberikan kesan yang bukan kecil pengaruhnya.

Sehingga sekarang, orang PAS masih lagi beranggapan, orang UMNO tidak lebih Islam berbanding mereka. Malah sangat ramai dari kalangan PAS yang melihat orang UMNO sebagai 'barang jijik' seperti Zionis melihat Arab Palestin, seperti kebanyakan kasta Hindu melihat PARAIYAR atau PARIAH, HARIJAN atau DALIT, atau seperti kebanyakan orang Cina DAP melihat Melayu!

Semuanya kerana pengaruh AMANAT HAJI HADI biarpun beberapa tahun kebelakangan ini, apa yang diharamkan di dalam AMANAT tersebut, itulah yang sedang diperjuangkan dan sedang dibela oleh Hadi Awang serta PAS sendiri. Bahkan mereka lebih bersungguh-sungguh.

Pun begitu, AMANAT HAJI HADI masih lagi dipegang, biarpun secara rahsia sepertimana kaum Syiah di Malaysia menyembunyikan kepercayaan mereka menerusi sistem TAQIYYAH.

Lantas apabila wujud gesaan agar AMANAT HAJI HADI ditarik balik, ia seolah-olah seperti letusan gunung berapi kepada PAS. Kecaman terhadap AMANAT HAJI HADI telah membuatkan puak-puak PAS yang sebelum ini cukup selesa kerana berjaya menakut-nakutkan para pengikut mereka, sekaligus menghalang daripada menyokong mahupun berbaik-baik dengan UMNO, terpaksa memikirkan jalan yang lebih baik untuk mengekalkan kepercayaan terhadap AMANAT HAJI HADI yang menjadi pegangan selama ini terutama sekali di kalangan generasi baru yang tidak pernah peduli, bagaimana dan mengapa AMANAT HAJI HADI dimunculkan.

Terbaru, Pemuda PAS telah menghantar surat rasmi kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk BERMUZAKARAH tentang AMANAT HAJI HADI. Usaha tersebut dilihat sebagai JALAN PINTAS untuk menyelamatkan AMANAT HAJI HADI di sebalik alasan-alasan politik yang diberikan sebelum ini untuk membela kelangsungan amanat tersebut. (BACA DI SINI)

Menariknya, dalam memperkatakan tentang AMANAT HAJI HADI yang mahu dimuzakarahkan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, Pemuda PAS menyatakan, muzakarah perlu diadakan bagi mengelakkan polemik berterusan dari pihak UMNO terhadap amanat berkenaan. Walhal yang mencetuskan AMANAT tersebut adalah PAS dan AMANAT itu digunakan untuk tujuan politik oleh PAS. Mengapa apabila AMANAT itu dikecam dan desakan agar ditarik balik, PAS secara menuduh UMNO mempolemikkannya dan mempolitikkannya?

Sekaligus memberi isyarat bahawa Pemuda PAS tetap berpandangan dan berpendapat bahawa AMANAT HAJI HADI adalah sesuatu yang selari dengan ajaran agama Islam. Ia samalah seperti apabila AYAH PIN mahupun GURU-GURU TARIKAT SESAT yang lain mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan bermuzakarah yang secara tidak langsung mengiktiraf kesesatan mereka dengan cara yang paling afdal dan terbuka sekalipun mereka juga tahu, kesesatan yang mereka bawa, pertahankan dan ingin perkembangkan itu merupakan kemusnahan kepada umat.

Seharusnya Pemuda PAS mengajak Abdul Hadi Awang dan mana-mana pemimpin PAS yang masih lagi berpegang kepada AMANAT HAJI HADI itu untuk bermuzakarah terlebih dahulu. Dan muzakarah di kalangan PAS sendiri, dibuat secara terbuka agar masyarakat terutama yang golongan muda yang menyokong PAS tetapi tidak pernah tahu tentang AMANAT HAJI HADI dapat mengerti mengapa AMANAT HAJI HADI amat penting kepada PAS dalam meletakkan parti tersebut di arus politik perdana.

Mencari jalan mudah agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengiktiraf AMANAT HAJI HADI dengan berselindung di sebalik nama muzakarah, sudah cukup melambangkan dan menunjukkan kekejian pada sikap dan pemahaman ahli-ahli PAS sendiri.



0 comments

Sunday, December 23, 2012

PARA PENYOKONG PAS PATUT SURUH HADI AWANG JAWAB BUKU INI DENGAN SEGERA!!!

Sunday, December 23, 2012

Terbitnya buku KAFIRKAH AKU? yang memperkatakan secara khusus tentang AMANAT HAJI HADI, kepimpinan dan orang PAS menjadi begitu resah dan rusuh. Pelbagai cara telah dilakukan agar buku berkenaan tidak dapat menembusi pasaran dan tidak sampai ke tangan orang awam, terutama sekali penyokong-penyokong PAS.

Apa yang ditakuti sangat tentang buku berkenaan? Apa yang terdapat di dalam buku tersebut sehingga menimbulkan ketakutan luar biasa di kalangan penyokong dan pemimpin PAS? Apa yang ditulis oleh Cikgu Non sehinggakan Hadi Awang terpaksa menyembunyikan diri dan enggan memperkatakan tentang AMANAT HAJI HADI yang turut mempunyai kaitan yang cukup kuat dengan TABUNG DERMA MEMALI?

Pastinya buku berkenaan mengulas sesuatu yang selama ini telah menjadi rahsia besar PAS dan kepimpinan PAS yang sentiasa menjelmakan diri mereka sebagai pejuang dan penegak Islam. Tentu sekali ada ayat-ayat dan bait-bait rangkap tulisan Cikgu Non yang gagal dijawab dan menelanjangkan PAS dengan pembohongan-pembohongan mega membabitkan akidah dan ajaran agama Islam.

Bagi yang telah memiliki dan membaca naskhah berkenaan, tentu sekali faham mengapa PAS PERLU DILIHAT SEBAGAI ANCAMAN KEPADA UMAT menerusi pendedahan oleh bekas orang dalamnya sendiri!!!

Dan kerana itulah agaknya, para penyokong PAS yang telah diajar agar tidak membaca apa-apa yang diarahkan oleh para pemimpin utama mereka.... SAMBUNG BACAAN DI SINI

2 comments

SELEPAS NGEH-NGA, ADUN TITI SERONG PULA DITANYA TENTANG WANG DERMA YANG DIGELAPKAN!!!


Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong yang lebih dikenali sebagai CINA MUSLIM menerusi blognya, seharusnya cepat-cepat menjawab berhubung wang derma Pusat Al-Anwar di Parit Buntar yang telah digelapkan.

PAS seperti biasa, merupakan jaguh mengutip derma. Daripada pemimpin besar-besar bertaraf Presiden sehinggalah ke taraf Setiausaha Kawasan yang diberikan title USTAZ, imej puak-puak ini cukup sinonim dengan TABUNG DERMA. Celik mata dan mula tarik nafas, kepala mereka hanya berkisar tentang cara nak kutip derma. Kalau tak ada sebab untuk kutip derma, mereka akan mencipta isu untuk menghimpunkan orang ramai. Bila dah berhimpun orang ramai untuk mendengar ceramah daripada para pemimpin PAS, maka tabung dan kantung derma pun turut diarak untuk mengutip duit. Lagi ramai yang datang untuk mendengar ceramah, lagi banyaklah duit kutipan derma.

Dek kerana itulah, para pemimpin PAS yang tersohor sebagai umpan kutipan derma tertinggi terdiri daripada kaki auta, kaki gelembong dan kaki temberang seperti Mat Sabu dan rakan-rakan sekufunya. Lagi kuat hentam UMNO, lagi hebat hukum-hakam pengkafiran kepada UMNO dan para pemimpin termasuklah anak isteri pemimpin UMNO, lagi beratlah tabung derma.

Itu hakikatnya...

Namun ada satu lagi puak yang tidak berapa berani nak kutip derma dengan cara ceramah sebegitu rupa. Sebabnya, mereka sedar, bukan semua orang yang mendengar ceramah mereka, terdiri daripada orang bodoh yang akan menerima apa-apa sahaja yang diceramahkan, atau menganggap ceramah sebagai satu saluran maklumat yang tidak boleh didakwa-dakwi, sebaliknya akan ada dari kalangan pendengar ceramah tersebut yang membuat penilaian peribadi terhadap mereka berdasarkan lisan dan gerak tubuh.

Jadi, untuk menunjukkan mereka ini golongan yang mencintai ilmu, anak-anak yatim, mahupun golongan miskin, mereka ini menubuhkan tabung dalam talian dan membuat iklan besar di HARAKAH yang merupakan media rasmi PAS. Kononnya mereka mahu mengumpulkan derma untuk mendirikan pusat-pusat pengajian, tempat-tempat perlindungan atau institusi yang akan menjaga golongan terbabit.

Gambar-gambar pun disiarkan di dalam HARAKAH bersama-sama nombor akaun bank untuk sebarang derma yang ingin diwakafkan.

Akhirnya, tabung tersebut hilang entah ke mana bersama duit yang didermakan. Manakala projek-projek  yang diiklankan pula, sekadar projek atas kertas dan dalam kepala.

Itulah yang berlaku kepada Idham Lim, ADUN Titi Serong. Sudah ada orang PAS sendiri yang mempersoalkan projek tersebut, memandangkan semenjak lima tahun dahulu, keadaan di tapak projek tidak berubah. (BACA DI SINI)

Ngeh dan Nga sekarang ini panas punggung kerana projek pembalakan di Kelantan dengan tanah untuk umat Islam dijual kepada mereka oleh PAS Kelantan, sekarang, Ketua Penerangan PAS Perak pula dipersoalkan kerana MENGGELAPKAN WANG PUSAT TAHFIZ AL-ANWAR yang merupakan projek anginnya di Parit Buntar.

Dah elok sangat ler tu kerana dalam kedua-dua kes, PAS terlibat...

Patutlah DAP jadikan PAS sebagai BALACI dan BARUA sahaja kerana para pemimpinnya memang taraf itu sahaja!!!

0 comments

Blog Archive

Labels