IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, January 5, 2013

THE STAR AKHBAR MCA TETAPI AMAT MENYOKONG HANNAH YEOH DAN MEMUSUHI BARISAN NASIONAL!!!

Saturday, January 5, 2013
The Star merupakan akhbar harian berbahasa Inggeris di Malaysia yang terkenal sebagai suratkhabar Bahasa Inggeris yang terbesar di Malaysia dari segi jumlah pembaca, iaitu kira-kira 290,000-300,00 pembaca, menurut Audit Bureau of Circulations. The Star adalah satu ahli Asia News Network. Saham majoriti The Star dimiliki oleh Persatuan Cina Malaysia, parti komponen kedua terbesar dalam Barisan Nasional

Apa yang menjadi kemushkilan adalah akhbar The Star telah terlalu banyak kali salah lapur dan laporan mereka kebanyakannya menyokong pembangkang. Persoalannya mengapa tindakan mereka ini seolah-olahnya rela dalam paksa. Adakah kepimpinan MCA mengizinkan The Star bertindak demikian? Adakah MCA sebenarnya menjadi talibarut DAP? Adakah MCA menyokong DAP tetapi bermain wayang di dalam Barisan Nasional?

Sebagai contoh, MCA menerima keputusan untuk menaikkan pangkat wartawan The Star yang telah meng”tweet” “Oi Big Mama”. Wartawan tersebut yang merupakan pengerusi NUJ telah dinaikkan pangkat sebaik sahaja meghantar “Twittwer” yang berbunyi “All the ladies in sarees are melting under the sun” waiting for Rosmah’s late arrival.

HannahTwitter TEH

Rosmah10Jun2012
Wartawan ini Teh Eng Hock telah menghantar twitter semasa dia bertugas dalam masa bekerja. Ini bermaksud tindakan wartawan ini mewakili pandangan majikannya iaitu The Star. Tambahan pula dia bertukar-tukar “twitter” dengan Hannah Yeoh yang mempunyai 55,000 pengikut ‘twitter”. Maknanya “Oi Big Mama” jibe telah dibaca oleh begitu ramai pengikut di dalam rangkaian media sosial termasuk Editor The star yang merupakan pengikut twitter Hannah Yeoh.

Begitu juga dengan kes penganut agama Kristian yang mana seorang yang mengelarkan dirinya “Cina” telah meng”tweet” @YouTiup yang berbunyi “it doesn’t matter if your PM is friendly to Christians or not, you’re still gonna congregate in the upstairs of shophouses, like thieves.” Editor The Star kerap “retweet” twitter Cina@YouTiup’ seperti MCA had “too many old dinosaurs“.

DAPSubangJaya Cina YouTiup

Pendek kata “tweet” Cina @YouTiup sentiasa di iklankan dan diwar-warkan oleh The Star.... SAMBUNG BACAAN DI SELANGORDAILY.COM

0 comments

LAJIM UKIM DAH BAYANGKAN, DIA ADALAH BAKAL KETUA MENTERI SABAH YANG BARU!!!


Penyakit besar Lajim Ukim ialah perasan dia terlebih pandai berbanding orang lain. Oportunis sepertinya kali ini sudah terjubor dan terjebak. Dia ingat, dia sudah cukup pandai menerusi kerjasama dengan Pakatan Rakyat, dan kemudian berjaya menipu mereka, sepertimana yang dilakukannya sebelum ini kepada UMNO dan Barisan Nasional yang enggan menaikkannya sebagai Ketua Menteri Sabah.

Lajim Ukim cukup terkenal sebagai seorang penjual tanah, laut dan hutan. Panas punggungnya apabila dimarahi, membuatkan dia mengancam untuk menjatuhkan kerajaan negeri dan dia menjadi Ketua Menteri.

Walau apa pun cubaan Lajim Ukim untuk menunjuk pandai, dia sebenarnya tidak lebih daripada si bodoh yang tidak sedar cawatnya sudah terlondeh.

Anwar Ibrahim mungkin melihat Lajim Ukim sebagai sebahagian daripada mileage politik yang boleh digunakan sebagai publisiti betapa hebatnya Pakatan Rakyat, khususnya PKR dalam menterjemahkan sokongan anggota-anggota pemimpin Barisan Nasional yang sudah senja dan tidak lagi diperlukan seperti Lajim Ukim kepadanya. Sekaligus memberikan persepsi kepada rakyat Sabah bahawa PKR memang berkebolehan untuk menundukkan kepala-kepala yang bermasalah seperti Lajim Ukim.

Namun Anwar Ibrahim bukanlah sebodoh yang disangkakan oleh Lajim Ukim. Dengan masalah yang ada di sekelilingnya, Anwar Ibrahim sudah tentu tidak akan menambah masalah dengan mengambil Lajim Ukim sebagai rakan sekutu yang boleh dipercayai.

Lajim Ukim akan dipergunakan dan Anwar Ibrahim seperti biasa akan memberikan mimpi-mimpi indah kepadanya, tetapi Anwar Ibrahim tidak mungkin akan membiarkan Lajim Ukim bertindak sebagai tangan ghaib yang merosakkan cita-citanya di Sabah.

Kesian Lajim Ukim... walaupun sudah berdekad-dekad pernah menjadi pemimpin di peringkat negeri dan pusat, kebijaksanaannya tidak lebih baik daripada lidahnya apabila bertutur dalam Bahasa Inggeris!!!

0 comments

PELAJAR-PELAJAR UNIVERSITI YANG KECICIRAN, BERGABUNG NAK JADI AHLI PARLIMEN PULAK!!!


13 pergerakan pelajar dari seluruh negara, akan bergabung untuk menyokong Pakatan Rakyat sama ada berkempen, menjadi ahli, penyokong, mahupun tukang memenuhkan ruang mendengar ceramah serta kempen pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat. Kesemua ahli 13 pergerakan pelajar tersebut akan menjadi pecacai Pakatan paling setia dengan cubaan menarik seramai mungkin sokongan daripada golongan muda menggunakan diri sendiri, kononnya golongan bijak pandai seperti mereka pun sokong Pakatan Rakyat, maka yang tidak pernah masuk universiti juga perlu menyokong Pakatan Rakyat.
Antara alasan ‘kukuh’ mereka ialah untuk menyokong pendidikan percuma sebagaimana yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat. Justeru kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU13, menurut mereka akan mendorong ke arah pendidikan percuma.
Menurut Pengerusi GERAKAN MAHASISWA PRU13 (GM13), Syis Abdul Kadir, pergerakan tersebut ditubuhkan untuk memastikan lebih ramai pelajar pusat pengajian tinggi terbabit dalam politik negara. Kononnya, penyertaan para pelajar dalam politik negara akan membantu membina negara pada masa hadapan.
Syis Abdul Kadir berkata, tahun 2013 adalah permulaan bagi menukar KERAJAAN YANG KEJAM kepada SEBUAH KERAJAAN YANG ADIL. Sudah pastilah KERAJAAN KEJAM yang dimaksudkan adalah Kerajaan Barisan Nasional, manakala KERAJAAN YANG ADIL pula adalah Kerajaan Pakatan Rakyat.
Menurut Syis lagi, kekejaman kerajaan hari ini adalah kerana tidak memberikan pendidikan pengajian tinggi percuma kepada rakyat. Sebaliknya ramai pelajar yang terikat dengan hutang PTPTN, sungguhpun PTPTN bukannya ditawarkan, sebaliknya perlu dipohon dan menunggu kelulusan.
Dengan hujah sebegitu bangang, maka tidak hairanlah pelajar-pelajar terbabit membentuk pergerakan politik dan ingin menjadi ahli politik. Sebabnya sangat mudah, mereka sebenarnya tidak layak langsung menduduki kerusi pelajar pengajian tinggi.... SAMBUNG BACAAN DI SEL13.COM

0 comments

Friday, January 4, 2013

TERIMALAH HAKIKAT, AZHAR IDRUS ADALAH USTAZ MEKDI NATANG!!!

Friday, January 4, 2013

Nama Azhar Idrus tiba-tiba menjadi gah dan menarik ribuan penonton setiap kali beliau mengadakan persembahan terbuka.....

Baik anak muda mahu pun orang tua merasakan sangat seronok mendengar ceramah agama Ustaz Azhar Idrus. Ceramah agama Azhar Idrus bukan apa-apa. Bukan pembentangan pemikiran baru. Bukan ceramah ilmu Islam tulen dan bukan juga memberi apa-apa kesan terhadap tahap keimanan pendengar.

Sehingga hari ini belum ada seorang manusia pun diIslamkan oleh Azhar Idrus. Belum ada seorang pelacur pun dikembalikan ke jalan yang benar oleh Azhar.... Belum ada sekumpulan Mat Rempit pun yang tiba-tiba bertaubat “nasuha” akibat ceramah Azhar Idrus.....!

Satu-satunya kejayaan Azhar setakat ini ialah memberi nafas baru kepada industri lawak negara. Jika dulu persembahan lawak “loyar buruk” hanyalah selingan persembahan pentas, konsert dan “funfair”, hari ini jenaka ini sudah mencapai tahap yang sangat mengkagumkan.

Selain menarik puluhan ribu orang mendengar persembahannya, jenaka ini juga sudah berjaya menerobos pentas politik, masjid dan surau.

Baik anak muda mahu pun orang tua, Azhar Idrus susah menjadi ikon agama baru dengan hanya menjawab persoalan-persoalan agama secara jenaka “loyar buruk” atau “lawak bodo”. Misalnya, apabila ditanya bolehkah wanita masuk ke kawasan kubur, beliau menjawab, “kalau belum mati tidak boleh masuklah.” Maka jawapan seperti itu disambut gelak ketawa hadirin di dalam masjid.

 

Suatu ketika dulu kita diajar adab di dalam masjid jangan berlebih-lebihan dalam sesuatu perbuatan baik bercakap mahu pun bergurau. Hari ini Masjid sudah menjadi tempat gelak ketawa yang melampau-lampau.
Isu-isu agama dijawab secara lawak jenaka, mainan bahasa dan penceramah agama yang tidak sealiran dengan beliau dipanggil bodo, bahlul di dalam ruang Masjid. Yang mendengar ceramah beliau lebih banyak ketawa mengekek daripada menjadi insaf dan menambah nilai keimanan dalam diri.

Di tangan Azhar Idrus, ajaran agama Islam telah direndahkan setahap pentas jenaka. Ajaran agama disampaikan untuk menarik populariti dan menjana kewangan. Justeru tidak hairan biarpun beberapa pandangan penceramah ini menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam di negara ini ia tetap dibiarkan berleluasa.

Dari segi sambutan puluhan ribu Azhar Idrus boleh dikatakan setarah allahyarham Ahmad Deedat, penceramah dan daie terkenal yang pernah datang ke negara ini suatu ketika dahulu. Cuma bezanya, Ahmad Deedat mengangkta martabat Islam, membawa ilmu yang luar biasa, Azhar Idrus merendahkan ilmu dakwah Islam dengan loyar buruk, kata-kata kesat dan penipuan. Ya, penipuan yang akan saya dedahkan dalam tulisan berikut.

Ada orang bertanya mengapa Astro mewujudkan slot soal-jawab bersama Azhar Idrus sedangkan jawapan-jawapan beliau tidak mencerminkan keilmuan Islam. Jawapannya; Rating...!

Ini kerana orang Melayu Islam suka mendengar ceramah yang karut-marut, menghiburkan hati dan berbentuk jenaka. Orang Melayu memang terkenal dengan tradisi penglipur lara dan Azhar merupakan penglipur lara moden orang Melayu.

Cuma, kalau Astro mahu mengejar rating atas populariti Azhar Idrus maka masukkanlah beliau ke dalam Maharaja Lawak. Saya percaya lawak beliau lebih lucu dan sensasi berbanding Jozan yang semakin mengarut dengan lawak-lawak bodoh.

Lebih malang ketika peserta Maharaja Lawak dilarang membuat lawak-lawak yang membabitkan sensitiviti agama dan mana-mana individu, saluran Oasis Astro membenarkan seorang pelawak bercakap isu-isu agama.

Tapi apa diharap dari sebuah stesen televisyen yang dimiliki oleh seorang yang bukan Islam.

Oleh Kunta Kinte Malaysia (Ciplak) - mykmu.net

9 comments

TAKKAN MAT SABUT DIAM SAJA BILA NASHARUDDIN MAT ISA BELASAH GUAN ENG!!!


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng cuba menimbulkan polemik bagi mengurangkan tekanan terhadap DAP yang sedang berhadapan dengan pelbagai pendedahan skandal penyelewengan serta salahguna kuasa yang begitu menjadi-jadi mutakhir ini. Guan Eng memilih kalimah ALLAH yang pernah menimbulkan kontroversi untuk melindungi perkara sebenar yang menyusahkan hatinya terutama sekali yang membabitkan penjualan tanah di Pulau Pinang kepada syarikat kroni selain pemilikan tanah oleh dua orang pemimpin DAP Perak di Kelantan yang dibuat menerusi transaksi yang serba meragukan.
Beberapa hari lepas, Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengeluarkan kenyataan, menolak desakan Lim Guan Eng agar kalimah ALLAH dibenar guna dalam Bible berbahasa Melayu yang diedarkan di seluruh Malaysia, walaupun sebelum ini kerajaan telah membenarkan penggunaan kalimah tersebut di dalam Bible berbahasa Melayu di Sabah dan Sarawak. 
Sabah dan Sarawak merupakan negeri-negeri utama anutan Kristian oleh kaum Bumiputera yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai lingua franca. 
Bagaimanapun, segala hujah Tuan Ibrahim Tuan Man yang kelihatan bagus itu, sebenarnya tidak lebih daripada topengan PAS yang bersikap bermuka-muka dalam hal ini. Dari awal lagi, para pemimpin utama PAS, bahkan Presiden PAS sendiri menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam, terutama sekali DAP untuk menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam secara halus, mengapa pula secara tiba-tiba Tuan Ibrahim Tuan Man menghujahkan Kristian tidak dibenarkan guna kalimah tersebut dengan gaya Melayu-UMNO?
Hari ini, Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS telah menghuraikan secara panjang lebar tentang PERSETUJUAN PAS kepada saranan Lim Guan Eng dalam hal ini. Sekaligus, menyanggah penjelasan Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilihat untuk menipu Melayu dan umat Islam Malaysia agar terus menyokong PAS sebagai sebuah parti siasah yang mempertahankan Islam dan umatnya. (BACA DI SINI)
Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa bagaimanapun, menimbulkan satu persoalan yang sangat bagus, dan perlu dijawab oleh Lim Guan Eng serta Mat Sabu dengan secepat mungkin. 
Adakah GOD atau LORD dalam Bible berbahasa Cina, Inggeris dan Tamil akan digantikan dengan ALLAH atau ALLAH hanya digunakan untuk Bible berbahasa Melayu semata-mata?... SAMBUNG BACAAN DI SINI

2 comments

AZIZAN ABDUL RAZAK NAFI LADANG RAKYAT KEDAH UNTUK TAUKEH CINA DAP DAN TAUKEH SINGAPURA!!!

Menurut Azizan, pembersihan dan penggondolan hutan itu dilakukan untuk mewujudkan Ladang Rakyat. Namun berdasarkan kepada perkembangan semasa di Kelantan yang membabitkan Ladang Rakyat, program tersebut sebenarnya bukanlah bertujuan untuk memajukan masyarakat. Bahkan ianya tidak langsung bertujuan untuk memanfaatkan masyarakat, sebaliknya ia digunakan untuk mengayakan kroni dan pemindahan milik tanah kepada syarikat-syarikat konsesi yang akan memperolehi laba.

raja-balak-azizan1-300x239
Azizan cuba menyamakan Ladang Rakyat dengan FELDA walhal matlamat kedua-duanya adalah berbeza sama sekali. Kerajaan Pusat mewujudkan FELDA untuk membantu rakyat jelata terutama sekali golongan marhein yang tidak memiliki tanah serta hidup di bawah paras kemiskinan. FELDA telah banyak membantu golongan tersebut sehingga pada hari ini, rata-rata para peneroka dan peserta FELDA hampir terlupa bagaimana datangnya mereka ke tanah rancangan dengan bantal dan gulung tikar semata-mata sebelum memiliki sesuatu pada hari ini.

Sedangkan Ladang Rakyat yang diwujudkan oleh PAS pula, bukan untuk tujuan memudahkan atau memanfaatkan rakyat terutama sekali golongan marhein. Sebaliknya Ladang Rakyat bermaksud mendapatkan balak, menggondolkan bukit dan hutan, memenuhkan saku serta akaun para pemimpin PAS dengan bayaran daripada taukeh-taukeh yang telah diberikan konsesi.

Tengok sahaja program Ladang Rakyat di Kelantan yang juga diusahakan oleh PAS. Adakah Ladang Rakyat PAS Kelantan memberikan manfaat kepada para peserta mahupun golongan marhein?

Sudah tentu tidak!

Mari kita tengok fakta-fakta Ladang Rakyat PAS Kelantan... BACA SETERUSNYA DI KEDAHAN69ERS.COM

0 comments

AHLI DAP HANYA DIDENDA RM3000 UNTUK KESALAHAN MENYERANG WARTAWAN!!!!



Anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS), Lim Ah Chye, 52, didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah terhadap dua tuduhan iaitu memukul dan menyebabkan kerugian terhadap wartawan akhbar Cina.
Majistret Norhayati Ibrahim memerintahkan tertuduh didenda RM1,000 atau penjara satu bulan untuk tuduhan pertama kerana menyebabkan kecederaan Ang Kean Siang, 32, pada 30 Disember lepas pada pukul 1.40 pagi.
Tertuduh juga didenda RM2,000 atau penjara dua bulan untuk tuduhan kedua kerana dengan niat telah menyebabkan mangsa kerugian sebanyak RM1,200.
Ah Chye didakwa melakukan kesalahan itu bersama seorang lagi yang masih bebas, di hadapan kontena PPS di Lorong Perak ketika mangsa membuat liputan mengenai kejadian seorang wanita ditemui mati di pangsapuri di Jalan Perak di sini.
Bagi pertuduhan pertama dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara setahun, denda minimum RM2,000 atau kedua-dua sekali.
Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara dua tahun, boleh didenda atau kedua-dua sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Khairul Fairoz manakala Ah Chye diwakili peguam Sukhindarpal Singh. - BERNAMA


ULASAN TFK:

Tentu anda masih ingat tentang ahli DAP yang memukul seorang wartawan akhbar berbahasa Cina? (BACA DI SINI)

Adakah ini suatu yang dinamakan sebagai KEBEBASAN MAKLUMAT sebagaimana yang kerap dilaung-laungkan oleh DAP?

Adakah ini merupakan satu ketelusan dan keterbukaan yang seringkali kononnya diperjuangkan oleh DAP dan Pakatan Rakyat?

Dan dengan denda serta hukuman yang begitu rendah, adakah ini dinamakan KEADILAN undang-undang, walhal DAP dan Pakatan Rakyat seringkali menyuarakan negara ini tidak mengamalkan undang-undang yang adil?

0 comments

DAH MENINGGAL KANANG ANAK LANGKAU, BARU SIBUK NAK BUAT FILEM?


Pahlawan Negara, Datuk Temenggung Kanang anak Langkau yang pernah dihina oleh Mat Sabu sebagai ANJING PENJAJAH, meninggal dunia akibat serangan jantung semalam di Hospital Umum Kuching, Sarawak. Upacara pengkebumiannya dijangka esok dan akan dilakukan mengikut adat istiadat pahlawan.

Kisah Kanang anak Langkau yang berjuang menentang pengganas komunis dan hampir terbunuh ketika memburu serta menentang musuh negara itu, pernah dicatatkan di dalam sebuah novel karya sahabat penulis, Maznan Nordin berjudul KANANG - Cerita Seorang Pahlawan dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kisahnya pernah dinaikkan oleh TV3 dalam beberapa siri pada penghujung 80-an lalu.

Kemudian cerita tentang Kanang yang bersara daripada perkhidmatan angkatan tentera dan pulang ke kampung halamannya di Sarawak, senyap begitu sahaja. Cerita Kanang yang merupakan antara Pahlawan Negara yang pernah menerima pingat kepahlawanan tertinggi negara, kembali tercetus ekoran penolakannya terhadap anugerah Kerajaan. Mendiang Pegawai Waran (I) Kanang Anak Langkau akhirnya menerima juga anugerah tersebut.

Pahlawan tersebut telah meninggal dunia. Jasa-jasanya kepada negara tidak dapat dibalas oleh sesiapa pun. Walaupun pada dasarnya, menurut pandangan sesetengah pihak, anggota-anggota tentera yang dibayar gaji, menjalankan kerja mengamankan negara kerana upah dan gaji serta faedah-faedah lain, hakikatnya, pertaruhan nyawa dan keselamatan tubuh badan yang mereka risikokan, bukanlah boleh dinilai dengan ganjaran yang mereka perolehi.


Bahkan, puak-puak yang pandai bercakap tentang UPAHAN dan ANJING INGGERIS seperti yang dilabelkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu kepada anggota-anggota tentera dan pasukan keselamatan yang telah memperjuangkan keselamatan negara tidak lama dahulu, tidak pernah berani pun untuk berbuat sepertimana yang dilakukan oleh anggota-anggota keselamatan. Mereka hanya pandai berkokok dan bercakap bahkan mengiktiraf CHIN PENG dan PKM sebagai pejuang kemerdekaan negara, tetapi tidak pernah berani untuk berhadapan dengan keganasan anggota-anggota PKM, baik yang masih hidup, mahupun yang telah lama reput dimamah tanah!

Sewajarnya, kisah hidup dan perjuangan yang melibatkan pahlawan-pahlawan negara seperti mendiang Kanang anak Langkau dibuat sewaktu hidup mereka. Begitu juga dengan penulisan sama ada bibliografi, biografi, novel, atau apa-apa sahaja, ketika mereka masih hidup bagi memudahkan 'pembetulan' fakta dilakukan oleh mereka sendiri.

Versi cerita yang sering didengar dari pihak ketiga, seringkali banyak benar bercanggah atau kekurangannya. Justeru tindakan pihak-pihak tertentu yang akan membuat filem berkenaan Kanang anak Langkau, tentunya tidak akan terlepas daripada kesilapan tersebut.

Dan menariknya, sewaktu kecoh PAS dan PAKATAN cuba MENGHEROKAN PKM dan CHIN PENG, suara Kanang anak Langkau pada waktu itu, dipandang sepi. Sebaliknya, sangat ramai juga yang terpengaruh dengan dakyah MAT SABU dan PAKATAN tentang PKM dan CHIN PENG dengan menganggap anggota-anggota keselamatan seperti Kanang anak Langkau hanyalah upahan kerajaan!

Mengapa agaknya, masyarakat kita lebih memandang dan mula mengingati jasa-jasa yang pernah ditabur oleh individu seperti Kanang, hanya setelah kematian mereka, bukan sebelum mereka meninggal dunia?

5 comments

CONTOH INI SENTIASA GAGAL DIIKUTI BAIK ORANG UMNO APATAH LAGI ORANG PAS!!!


Pemain Persib Bandung yang berasal daripada Syria, Naser Al Sebai melaksanakan ibadah solat Asar di gelanggang futsal ketika menjalani latihan setelah mendengar Azan yang berkumandang . Dengan menggunakan pakaian bolasepak yang lengkap dan menyarung baju latihan untuk menutup kakinya , Naser terus bertanya akan arah kiblat kepada rakan-rakannya

Naser merupakan pemain bolasepak muslim yang taat.Beliau tidak mahu menangguhkan waktu solatnya kerana mengetahui bahawa beliau akan menghabiskan waktu yang cukup lama untuk kembali ke kediamannya dari tempat latihan.

Ini bukan kali pertama bagi pemain yang bernombor 4 itu memperlihatkan sikapnya sebagai seorang muslim. Dalam sesi latihan mahupun pertandingan, beliau selalu duduk sekiranya ingin minum air.Ini merupakan sikap dan tindakan yang patut dicontohi oleh kita sebagai umat islam sebagaimana tatacara minum islam serta penegasan disiplin dalam menjalankan kewajipan ibadah lima waktu.

Sumber

ULASAN TFK:

Solat adalah tiang agama. Perkara pertama yang dipersoalkan di akhirat kelak adalah solat. Ramai yang bersolat, tetapi tersangat ramai jugalah, solat mereka hanyalah solat yang menjerumuskan mereka ke dalam Neraka Wail. 

Wail adalah neraka yang khusus untuk orang yang bersolat. Sila rujuk ayat al Quran Surah Al-Ma'un Ayat 4.

Kenapa masuk neraka itu?

Kerana mereka lalai daripada menunaikan solat. Sila rujuk ayat al Quran Surah Al-Ma'un Ayat 5.

Tafsir Al-Jalalain menyatakan, LALAI yang dimaksudkan di dalam ayat berkenaan adalah, sengaja melewat-lewatkan atau melambat-lambatkan solat sehingga sesetengahnya habis waktu.

Di kalangan kita, ada sesetengahnya sengaja memberikan alasan, kononnya kerana majlis ilmu berlangsung, maka kita dibolehkan untuk melewatkan solat terutama sekali solat Isyak. Malah lebih malang lagi, ada pula yang ambil mudah dengan menyatakan ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG dan LEBIH MENGETAHUI niat kita... sedangkan mereka pula secara jelas, terang dan nyata, telah dengan SENGAJA MELEWAT-LEWATKAN SOLAT.

Kalau nak buang air pun, kita tidak akan melewat-lewatkannya, bahkan bergegas mencari tempat untuk melepaskan hajat itu, mengapa SOLAT yang SANGAT TIDAK TERPERI PENTINGNYA KEPADA KITA, boleh pula dilewat-lewatkan?

Pernahkah kita terfikir?

2 comments

DICERAI SEBAB ENGGAN JADI AHLI PAS, SEDANGKAN DIRI SENDIRI, MEMBACA AL QURAN PUN MERANGKAK!!!



PASIR MAS: "Saya lepaskan semua jawatan dalam UMNO cawangan demi menghormatinya. Saya laksanakan apa yang dikehendakinya dan mengajar bekas suami membaca al-Quran sehingga pandai tetapi saya masih dikatakan sesat."
Demikian luahan hati seorang guru agama, Che Hasnah Che Ahmad, 62, ketika menceritakan pengalamannya berumah tangga dengan bekas suaminya yang terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi dan menjadi pengikut tegar PAS.

Che Hasnah berkata, sebagai seorang isteri yang mahu patuh kepada suami, dia sanggup berkorban dan tidak terlibat dalam politik kerana menghormati suaminya namun ia masih belum cukup kerana selagi tidak menjadi ahli Pas, dia tetap kafir di mata bekas suaminya, Yahaya Ibrahim, 78.

"Sebelum dia berkahwin dengan saya dia langsung tidak menghadiri kenduri kahwin orang UMNO, tidak makan daging sembelihan orang UMNO tetapi selepas kahwin, saya menasihatinya dan ada masanya dia akan datang juga ke kenduri kahwin.
"Tetapi yang pasti dia tidak pernah sembahyang dengan berimamkan orang UMNO malah suami saya percaya semua solat, semua kebaikan yang dilakukan ahli UMNO tidak akan membawa ke syurga," dakwanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chabang Tiga, Chetok, di sini hari ini.
Che Hasnah diminta mengulas pendedahan bekas penyokong tegar PAS, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama C.N. Al-Afghani mengenai masih ramai penyokong berpegang kepada Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO dan mereka yang tidak bersama PAS.
Menurut Che Hasnah, sebelum berkahwin, dia merupakan Ketua Wanita UMNO Cawangan di kampung itu tetapi atas permintaan bekas suaminya, dia telah melepaskan jawatan berkenaan dan menumpukan tugasnya sebagai seorang isteri dan guru agama.
Bagaimanapun dakwa beliau, ketaksuban bekas suaminya terhadap amanat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada tahun 1981 sentiasa menjadi pegangan ahli tegar parti PAS.
"Bahagianya hidup kami suami isteri apabila saya turut mengajarnya membaca al-Quran sehingga pandai tetapi dia masih tidak menghargai saya menyebabkan hati saya sakit sampai sekarang.
"Walau bagaimanapun, tiga orang cucunya dan seorang menantunya masih belajar agama dengan saya dan saya gembira kerana mereka tidak terlibat dengan perkara ini," katanya yang mengajar lebih 100 anak murid berumur antara 6 hingga 55 tahun.
Utusan Malaysia pada 11 Julai lalu melaporkan mengenai tindakan Yahaya menceraikan Che Hasnah di Mahkamah Pasir Mas di sini dikatakan hanya disebabkan keenganan wanita itu menjadi ahli PAS walaupun telah dipaksa beberapa kali.
Kata Che Hasnah lagi, sejak terlibat dalam politik dia telah melihat pelbagai perbuatan 'mengharamkan' orang UMNO yang dilakukan ahli PAS dan tidak menyangka akhirnya dia sendiri menjadi mangsa.
Sehubungan itu, dia menyeru Abdul Hadi agar menarik balik amanat itu demi kebaikan umat Islam dan mengelakkan lebih ramai keluarga bercerai.
"Pernah satu masa apabila Muslimat PAS langsung tidak mahu bersalaman dengan Wanita UMNO kerana bagi mereka kami kafir walaupun sama-sama perempuan, jadi tolonglah hentikan masalah ini," tambahnya.

3 comments

KES BUDAK 13 TAHUN CUBA ROGOL WANITA DI TANDAS STESEN PETROL DI MELAKA DAH MACAM CERITA DONGENG!!!




Semalam di Melaka, seorang wanita Cina mendakwa hampir dirogol oleh seorang budak lelaki yang umurnya terlalu muda iaitu 13 tahun. Dakwaan itu disebarkan melalui akaun Facebook miliknya dan ia mula viral petang ini.

Ketika kejadian, dia mendakwa sedang berada di dalam tandas wanita di sebuah stesen minyak di Jalan Munshi Abdullah, Melaka. Dengan tidak semena-mena, pintu bilik airnya ditolak oleh budak lelaki tersebut dan dia cuba melakukan perkara yang tidak senonoh.

Wanita itu mendakwa melawan tindakan budak lelaki tersebut dan berjaya diselamatkan oleh pekerja stesen minyak itu. Wanita itu juga meluahkan rasa sedih kerana selepas kejadian itu berlaku, dia telah pergi ke balai polis untuk membuat laporan tetapi dia mendakwa tidak mendapat layanan yang sewajarnya dari pihak polis.

Setiap kejadian itu diceritakan oleh wanita berkenaan dalam laman Facebooknya sendiri.

Berikut adalah tulisan wanita itu:



“Dear all, i was nearly been raped by a 13 year old malay kid at Shell Petrol Kiosk female toilet (Jalan Munshi Abdullah). I stop by there for a poo break and he stormed in when i opened the door after m done. With such a young mind, he manage to hold me and shut my mouth..he kissed my cheeks and molested my breast… While i struggled to fight him off … I shouted my lungs out till the opposite Bank Simpanan Nasional staff and customer heard my shouting..In between of fighting him off, i manage to bite his fingers..

“After a few attempts of trying to open the door, finally i heard a few person outside the toilet.. With that i try even harder to open the door and manage to slot my palm in between the door to avoid the door being shut again ..And thank god the shell assistant was right outside the toilet with another malay lady and malay man after the door was partly open.. They caught him and keep him in the male toilet till the police are here..

“And what was even heart breaking , is that the police ask me whether to let him go or continue with the police report.. Y on earth should i be letting him go??!!! And i m being questioned that did i make a lie??!! How sad is this that i m being questioned in such a way just because he is a kid….,Thank god he was not armed with any tool nor he is with other adult that may even harm me more.. And now i m in Hospital Besar Melaka for check up and will proceed with another investigation and report at IPK .. And a reminder to all the ladies and men out there, the world has changed.. A kid of 13 years old has managed to do such a criminal thing.Age doesnt matter when it comes to crime…please take extra precaution when u r out there..FYI, his name is XXXXXX (Mykad : 0****XXXX****). Address: XXXXXXXXXXXXX..”


“This is another front photo of the boy that tries to rape me yesterday.. He looks and act slumber.. Moreover, he tell lies that he is looking for his ‘adik’ at the toilet (the truth is , he is the youngest in the family)..And i got the info that his dad is a *** staff and his mom is a TEACHER.. how Shameful is this!!!!! A son of a Teacher can have such insane acts..! Now, family background doesnt matter, age doesnt matter, location doesnt matter, and time doesnt matter when it comes to crime..”

“This is how the police station welcomes me when i was there at around 8.30 night on new yr eve… No one was at the counter to assist me ( my 1st thought.. Did all the police went for new yr eve countdown celebration??) .. I have to find the way myself to the respective sergeant to do further interview.. Another sad part, the very 1st question that the lady officer ask me is


Lady officer: U tak dapat lawan dia ke??”..

Myself: kalau i tak lawan, i dah habis kena rogol..

Lady officer: tak mungkin la.. Dia budak kecil, lagipun itu tempat awam..

See, this is how our police handle cases..they take things easily.. And when i make my statement, she had it typed wrongly, and i ask for amendment.. All she said is “i sudah key in la, tak boleh nak tukar”.. But of cos i insist asking for amendment..and out of her frustration she said ” i kasi u tukar sampai u puas hati”..

Sad sad sad.. I will have more encounters with these people till the case is close.. God pls be with me all the time..”



ULASAN TFK:

Apa perlunya minah Cina berkenaan beria-ia nak menyebut tentang BUDAK LELAKI MELAYU? Kenapa pula minah Cina berkenaan cuba nak membuktikan bahawa Melayu memang bangsa perogol sepertimana katanya, 'latar belakang keluarga tidak penting, usia tidak penting, lokasi tidak penting dan masa tidak lagi penting apabila jenayah hendak dilakukan.'

Malah minah berkenaan cuba menunjukkan bahawa Melayu tidak bertamadun dan beradab walaupun ibu budak lelaki yang dituduh hendak merogolnya, adalah seorang guru!

Namun apabila minah berkenaan menceritakan pula tentang kejadian di balai polis, bau DAP sudah cukup kuat terhidu. Dalam dia seronok menulis dalam bahasa Inggeris, tiba-tiba sahaja bila tiba pada bahagian yang membabitkan anggota polis, terus nadanya bertukar dan bahasa yang digunakan dalam tulisan adalah Bahasa Melayu.

Kenapa?

Sudah tentulah kerana DAP amat anti dengan Melayu dan sentiasa menganggap anggota polis sebagai ANJING yang cukup rasis dan sentiasa seronok melihat wanita Cina sepertinya dirogol.

Benarkah kejadian tersebut berlaku atau ia merupakan satu lagi cetusan gelombang kebencian kaum yang cuba dicetuskan?

Jenayah memang tidak mengenal sempadan usia, bangsa mahupun agama. Namun apabila sesuatu jenayah kemudiannya cuba dikaitkan dengan bangsa dan kemudian diambil kesempatan untuk menghina sesuatu bangsa sepertimana yang cuba dilakukan oleh minah Cina yang jadi 'mangsa' di atas, ia sebenarnya lebih kepada lakonan berbanding realiti!!!


10 comments

Thursday, January 3, 2013

ANAK SAUDARA ADUN PAS KELANTAN DITANGKAP EDAR DADAH

Thursday, January 3, 2013




Suatu masa dahulu, PR menjadikan isu dari kisah kaum keluarga pemimpin BN yang ditangkap terlibat dengan najis dadah dan di mana polis dah jalankan tugas untuk tangkap.

Tiada isu polis ditahan enjalankan tugas. Dan tiada isu untuk salahguna kuasa dan masuk campur tapi mereka tetap jadikan isu.

Sekarang mahukah mereka jadikan isu dari peristiwa berikut:


Pada hari selasa Januari 1hb, 2013, satu tangkapan narkotik dibuat oleh satu pasukan anggota narkotik yang diketuai oleh Sub Inspektor Wan Zain di belakang Sekolah Menengah Cherang Ruku, Pasi Putih pad alebih kurang 3 tengahhari. 

Mereka telah menahan dia orang lelaki Melayu - Wan Imran b. Wan Ramli, Penungang motosikal berumur 18 tahun dan Mohd Hapizul b. Mat Nasir sebagai pembonceng dengan ditemui 20 biji pil kuda.

Selain itu, kedua-dua mereka gagal membawa dokumen perjalanan iaitu kad pengenalan) dan ditahan untuk ditahan dan lokap di IPD untuk siasatan lanjut.

Difahami bahawa Wan Imran adalahg anak kepada Wan Ramli b. Wan Ibrahim, Penghulu Tetereh Tuga dan juga anak saudara kepada ADUN PAS, YB Wan Hassan b Wan Ibrahim wakil rakyat Semerak. (UNSPINNERS)

Ulasan TFK:

Kalau kena kat batang hidung, haram tak sekutik pun PAS akan tegak untuk menyalahkan diri sendiri. Sebaliknya mereka akan membuat penafian bersandarkan ayat-ayat al Quran dan kutipan hadis-hadis yang boleh menyandarkan mereka.

Tetapi kalaulah Wan Imran bin Wan Ramli itu merupakan anak seorang pemimpin UMNO-BN, siang malam pagi petang ceramah tidak henti-henti dibuat untuk mengatakan UMNO bergantung kepada dadah untuk mendapatkan wang. Lebih teruk lagi kalau para tukang propaganda pula turut meniupkan cerita versi mereka dengan pelbagai penambahan untuk menambah perisa dan lazatnya cerita.

1 comments

KETUA KUMPULAN ROGOL BERKUMPULAN, MENYAMAR DAN TAWAR RASUAH KEPADA POLIS DI BALAI POLIS!


Jangan terpengaruh sangat dengan cerita kononnya, anggota polis Malaysia mudah dirasuah!

Itu yang berlaku kepada seorang ketua kumpulan jenayah yang cuba menyogok RM200 kepada seorang pegawai polis di ibu pejabat polis Selangor untuk membebaskan dua orang pengikutnya yang ditahan kerana merogol seorang wanita tukang cuci Indonesia.

Suspek yang berusia 51 tahun itu, melakukan kesilapan apabila memperkenalkan dirinya kepada pegawai penyiasat untuk kes rogol tersebut sebagai Deputy Superintendan dari Bukit Aman.

Kejadian berlaku pada jam 5:00 petang, Selasa lalu.

Cubaan suspek menyamar sebagai pegawai polis dan melakukan sogokan hanya bertahan tidak sampai lima minit apabila dia akhirnya dihumban ke dalam lokap.

Ketua Cawangan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, siasatan ke atas suspek mendedahkan:

- Suspek mempunyai dua rekod lampau membabitkan penyamaran sebagai anggota polis dan pegawai kerajaan,

- Kedua-dua lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes rogol pada 23 Disember lalu adalah anggota kumpulannya.

Suspek sebenarnya cukup bodoh apabila cuba merasuah anggota polis, apatah lagi di dalam balai polis sendiri. Lebih gila lagi bila dia menyamar sebagai seorang DSP.

Menurut laporan, lelaki tersebut melangkah masuk dengan penuh lagi ke dalam balai polis dan bertanyakan nama pegawai penyiasat yang mengendalikan kes tersebut. Dia kemudiannya dibawa ke bilik pegawai tersebut di mana di bilik berkenaan, dia telah memperkenalkan dirinya sebagai seorang pegawai polis berpangkat DSP. Selepas itu, dia cuba menawarkan RM200 'dari pegawai kepada pegawai' untuk melupuskan kes tersebut dan membebaskan kedua-dua anggota kumpulannya.

Menurut SAC Mohd Adnan, selain daripada kes menyamar sebagai pegawai kerajaan, lelaki itu juga diburu kerana terlibat dalam kes penipuan.

Dua anggota kumpulannya yang terlibat dalam kes rogol berkumpulan, masing-masing berusia 27 dan 29 tahun, telah diberkas pada hari yang sama dengan insiden berlaku.

Mangsa, berusia 27 tahun telah memberitahu polis, dia telah dirogol sekurang-kurangnya enam lelaki di tempat dia bekerja di Mentari Business Centre di Bandar Sunway.

SAC Mohd Adnan memberitahu, suspek-suspek yang lain sedang giat diburu oleh pihak polis.

Ketua kumpulan yang cuba menawarkan rasuah akan dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

0 comments

HIMPUNAN HIJAU DI JERAI DAH JADI HIMPUNAN KATAK KUANG... 80 EKOR SAHAJA YANG HADIR!!!


Saya tidak tahu di mana PAS Kedah nak tunjuk mukanya apabila dilaporkan hanya sekitar 80 orang saja yang hadir di Majlis Himpunan Hijau yang diadakan di Padang Awam Taman Ria Mesra pada 29 Disember yang lalu.

Meskipun dihadiri oleh Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar dan Ketua Muslimat PAS Jerai, Fauziah, himpunan itu dilihat begitu suram tidak bermaya membayangkan jangka hayat kuasa PAS di Kedah yang semakin malap menjelang PRU ke-13.

Sangat menghairankan! Selalunya program-program anjuran Pakatan Haram di Kedah yang melibatkan “katak-katak hijau” akan dihadiri paling kurang seramai 200 orang.

Tapi mengapa PAS hanya mampu menghimpun seramai 80 orang sahaja di himpunan tersebut?

Saya dimaklumkan juga bahawa PAS Jerai awal-awal lagi sudah merangka rancangan untuk berkonvoi ke lokasi majlis berkenaan pada 28 Disember, tapi terpaksa ditunda ke tarikh 29 Disember setelah tidak mendapat sambutan.

Pun begitu, ketika berkonvoi pada 29 Disember pun, hanya beberapa buah motorsikal saja yang merempit dan mengabaikan tanggungjawab keselamatan jalanraya untuk para pengguna yang lain.

Firdaus dalam ucapannya menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat kaya dengan hasil-hasil bumi, galian dan sebagainya.

Namun katanya, segala aset dan galian bernilai tinggi itu tidak digali dan dipergunakan sepenuhnya oleh Kerajaan... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

2 comments

TIGA BERANAK MATI BUNUH DIRI DI PENGERANG BUKAN KERANA ISU RAPID... HARAKAH KANTOI BERBOHONG!!!


Harakah memang kuat berbohong. Laporan-laporan tabloid dan portal online rasmi PAS itu tidak pernah lekang daripada menipu dan melakukan fitnah walaupun mereka mengaku yang berita mereka adalah benar, telus, tepat dan beramanah.

Dengan tenaga kerja yang lebih bersifat profesional, ternyata Harakah cuba menggunakan pendekatan blog yang bersifat individu.

Baru beberapa minggu lepas, Harakah telah dikantoikan kerana menfitnah PDRM apabila menyiarkan 'gambar curi' seorang jururawat Rumah Seri Kenangan Jejawi yang dikatakan sebagai anggota polis berpangkat rendah penyokong PAS yang dipindahkan ke Sarawak, kali ini Harakah terus terkantoi dengan pembohongan yang berlaku melibatkan kematian tiga beranak di Pengerang.

Kematian Teoh Beng Hock yang terjun bangunan untuk menyelamatkan Ean Yong Hian Wah, ADUN Seri Kembangan dan konco-konconya dalam kes penyelewengan dan skandal kontrak serta tender melibatkan Majlis Perbandaran Kajang, telah berjaya dimanipulasi sepenuhnya oleh DAP dengan bantuan jentera penerangan PAS. Masih ramai yang percaya, Teoh Beng Hock telah dibunuh oleh Kerajaan UMNO-BN walaupun hakikatnya, Teoh Beng Hock adalah saksi utama SPRM dalam kes penyelewengan di DUN Seri Kembangan yang tidak selesai-selesai sampai sekarang ekoran kematiannya.

Tragedi pembunuhan diri tiga beranak di Pengerang telah dikaitkan dengan projek RAPID yang bakal menjejaskan industri yang sama di Singapura. Kematian ketiga-tiga beranak tersebut segera dikatakan sebagai berpunca daripada tanah mereka dirampas dan mereka sangat kecewa dengan tindakan pihak berkuasa itu.

Walhal apa yang berlaku adalah lain daripada yang dilaporkan oleh Harakah.

“It has nothing to do with the land acquisition for the RAPID project,” a relative to the family  said today. -Pang Mao Song ( translated name), 55, the younger brother of the  deceased Pang Kam Weng ( translated name, 63) pointed out that his  brother had the intention to commit suicide because of. health problems. 

BACA DI SINI

Kalau yang itu pun sudah berbohong, macam mana pula dengan pelbagai isu lain yang dibangkitkan oleh Harakah berdasarkan spekulasi. Sedangkan Harakah bukannya blog sebaliknya suara rasmi sebuah parti siasah yang mengaku memperjuangkan Islam!!!

2 comments

KALIMAH SYAHADAH DAH JADI PELAPIK PENGESAT KAKI!!!


Makin lama makin melampau!

Sudahlah DAP secara terang-terangan cuba mencetuskan kemarahan umat Islam menerusi kenyataan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Kor Ham bahawa dia sengaja menggunakan frasa TUHAN ALLAH menggantikan LORD atau GOD apabila bercakap tentang Bible di hadapan khalayak Melayu, dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahukan Kerajaan Pusat membenarkan kalimah ALLAH untuk Bible berbahasa Melayu sahaja di Semenanjung sepertimana yang terdapat di Sabah dan Sarawak, kini penghinaan terhadap Islam semakin melampaui batasan dan had.

Pihak berkenaan memang cuba menimbulkan kemarahan daripada umat Islam di Malaysia dan apabila kemarahan tersebut tidak lagi terkawal, maka mereka menjangkakan akan berlaku sesuatu yang ganas. Apabila keganasan tercetus dan negara tidak lagi stabil, mereka melihat peluang tersebut sebagai lebih mudah untuk menjajah Malaysia.

Betapa istiqomahnya puak-puak ini menghina apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam, termasuklah terhadap umatnya. Anehnya, penghinaan baik secara halus mahupun secara terang-terangan, ditanggapi pula oleh sebahagian umat Islam sebagai serangan untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional semata-mata!

Kami menerima sekeping gambar dan kisah yang amat menghiris hati selaku umat Islam!

Sebuah kedai di Shah Alam telah dikesan menjual pengesat kaki yang mana bahagian bawah pengesat kaki tersebut tertera jelas kalimah Syahadah dan ismu Allah. Siasatan mendapati, kedai berkenaan mendapat bekalan pengesat kaki tersebut dari sebuah syarikat di Puchong.

Tidak cukup dengan kata-kata, sekarang kalimah syahadah pula menjadi pengesat tapak kaki!!

Alangkah hinanya!

Secara jelas, ianya bukan dilakukan secara tidak sengaja. Kalau dikatakan, si pembuatnya tidak tahu bahawa kalimah Arab yang digunakan sebagai pelapik pengesat tapak kaki tersebut mempunyai kaitan dengan kesucian agama dan umat Islam, ianya sudah tentulah PEMBOHONGAN PALING BESAR.

Amat mustahil, rakyat Malaysia tidak tahu tentang kalimah ALLAH, tentang KALIMAH SYAHADAH dan tentang lambang umat Islam walaupun mereka bukan beragama Islam. Bagaimana mungkin mereka boleh bergelar RAKYAT MALAYSIA kalau apa-apa yang berkaitan dengan Islam, tidak mereka ketahui, memandangkan Islam adalah agama rasmi Malaysia?

Ini bukan tidak disengajakan, bahkan ia disengajakan untuk membantu DAP mencetuskan kemarahan umat Islam sekaligus menutup terus pembohongan serta penyelewengan yang telah dilakukan oleh para pemimpin DAP sepertimana yang melibatkan Ngeh Kor Ham, Nga Kor Ming dan Lim Guan Eng!

PEMBETULAN (12.06 pm)


Seorang rakan telah menghubungi kami dan memberitahu pelapik kaki tersebut sebenarnya telah dibeli di Tanjung Malim untuk dihantar ke sebuah kedai di Shah Alam. Pelapik kaki tersebut telah dibeli di PASARAYA TF Behrang, bukan sepertimana yang dilaporkan di atas. 

1 comments

AIR DAH SEMINGGU TAKDAK, KHALID IBRAHIM TAKKAN BUAT BANGANG SAJA!!!


Hari ini, beberapa kawasan di Selangor seperti Pandan Indah, Ampang, Cheras, dan Wangsa Maju, sudah hampir dua minggu tiada air. Walaupun SYABAS menghantar lori-lori airnya, termasuklah lori-lori yang disewa syarikat konsesi tersebut ke kawasan-kawasan terjejas, ianya tidak mengurangkan masalah. Bahkan menambahkan lagi masalah sedia ada memandangkan penduduk terpaksa mengangkut air ke rumah masing-masing, terutama sekali bagi mereka yang tinggal di kawasan rumah pangsa.

Semuanya keranan sikap Kerajaan Negeri Selangor yang sehingga kini masih lagi bermain politik dan cuba menafikan bahawa apa yang sedang berlaku sekarang adalah salah mereka.

Kenyataan daripada SETPOL Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, terang-terang menuduh masalah ketiadaan air ini adalah disebabkan oleh Kerajaan Pusat. Katanya, syarikat konsesi terbukti tidak cekap kerana mereka hanyalah kroni kepada UMNO-BN. Konsesi diberikan kepada syarikat yang tidak layak dan tidak berpengalaman. Kerana itu, kata Faekah Husin, bekalan air terputus. (BACA DI SINI)

Masalah ketiadaan air telah diperkatakan beberapa bulan sebelum ini. Kerajaan Negeri Selangor telah pun diperingatkan tentang bahaya terputus bekalan air terawat untuk para pengguna di seluruh Lembah Kelang seandainya langkah-langkah yang lebih pro-aktif dan lebih cekap tidak diambil.

Bahkan pada Mac 2012, Kerajaan Negeri Selangor telah pun menerima pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan untuk menyegerakan sistem pengepaman tambahan sebagai langkah jangka pendek mengatasi masalah air yang bakal berlaku.

Malangnya, Kerajaan Negeri Selangor sekadar mengambil pinjaman sebaliknya sehingga sekarang, sistem pengepaman tambahan yang menjadi punca utama terputusnya bekalan air di banyak kawasan, tidak dibina. Bahkan sehingga kini, sistem tersebut masih lagi dalam bentuk perbincangan. Manakala rekabentuk sistem tersebut juga masih lagi di peringkat bertekak dan mencari kroni manakah yang akan diberikan projek.

Kerosakan berulang di Pudu Ulu dan Wangsa Maju, dikatakan menjadi penyebab utama terputusnya bekalan air di kawasan-kawasan terbabit. Kerosakan pam-pam air tersebut telah dijangka memandangkan bebanan operasi yang berlebihan ekoran peningkatan permintaan air dari pengguna.

Kerajaan Negeri Selangor telah gagal menjalankan fungsi mereka dalam hal pembekalan air. Bahkan barangkali juga menganggap pinjaman dari Kerajaan Pusat untuk sistem pengepaman air tambahan, dianggap sebagai 'WANG RAKYAT' untuk mereka joli bagi aktiviti kepartian Pakatan Rakyat!

Itu tidak pula diterangkan oleh Faekah Husin, Iskandar Samad, mahupun Khalid Ibrahim sendiri...

Mudah sungguh menjadi Kerajaan seperti Pakatan Rakyat. Tak buat kerja, sapu duit, naikkan cukai, kurangkan perbelanjaan perkhidmatan, tak peduli kepada prasarana asas tetapi kemudian, apabila masalah timbul cepat-cepat salahkan Kerajaan Pusat!

2 comments

Wednesday, January 2, 2013

RAFIZI SAH KANTOI MENIPU BILA DEEPAK BUAT PENAFIAN!!!

Wednesday, January 2, 2013
Memang sahlah si Rafizi Ramli yang diprojekkan sebagai Ahli Parlimen Pandan, sebagai seorang PENIPU TERHEBAT!

Bukan main lagi dia buat sidang media untuk menunjukkan bukti kononnya Deepak Jaikishan memang ada urusan dengan Rosmah Mansor dalam kes cincin yang batu permatanya sebesar buah tembikai kalau diikutkan kepada nilai yang diberikan oleh PKR kepada cincin berkenaan.

Alih-alih tak ada bukti bahkan bukti yang dikatakan pula, hanyalah ciptaan Rafizi Ramli sahaja. Dan bukti tersebut hanyalah sebuah email yang boleh dicipta oleh budak tadika, apatah lagi invois tersebut hanyalah dalam bentuk Excel, perisian yang memang digunakan untuk membuat perkara-perkara berkaitan dengan perakaunan dan simpankira.

Dan Rafizi yang kononnya seorang AKAUNTAN boleh buat kesilapan sebegitu rupa dan bersifat sangat bodoh waimma kepada kerani akaun yang baru belajar nak kenal invois.

Belumpun sampai 12 jam berbohong, Deepak Jaikishan sendiri yang mengesahkan bahawa Rafizi adalah seorang penipu.

Kata Rafizi, bukti yang diperolehinya adalah daripada Deepak. Tapi kemudian, Deepak menyatakan bahawa RAFIZI BERBOHONG, BAHKAN DIA TIDAK PERNAH pun berjumpa Rafizi Ramli.

Secara tak langsung Deepak Jaikishan telah mengesahkan Rafizi menggunakan namanya untuk menipu.

Dengarnya esok, Rafizi akan buat sidang media lagi. Apa lagi kali ni nak membohong pula? Adakah Rafizi akan mengatakan Deepak Jaikishan yang dimaksudkannya bukanlah Deepak Jaikishan yang dikenali sebaliknya orang lain yang mempunyai nama sama.

Kita tunggu sama-sama. Tapi jangan hairanlah sebab kalai bersabit dengan PKR, ALLAH TAALA pun mereka kata boleh diperanakkan dan mempunyai anak!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comments

PEMBOHONG BESAR SUNGGUH LA BARISAN JANTAN BERKETAYAP PAS NIH!!!


Tidak kira apa sekalipun yang dilakukan oleh PAS Kedah untuk menutup “bangkai gajah” yang diratahnya, bau busuk dari bangkai tersebut tidak mungkin dapat disembunyikan dari pengetahuan rakyat, khususnya para penduduk di kawasan Pedu dan sekitarnya.

Pada 30 Disember yang lalu, Kerajaan PAS Kedah dengan diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak telah mengadakan sebuah majlis bagi menerangkan tentang projek Ladang Rakyat yang bertempat di “Charok Genting Bunga”.

Hakikatnya, tidak wujud kampung “Charok Genting Bunga” di Pedu dan sebetulnya majlis tersebut diadakan di kampung Charok Batang Padi! Nampaknya PAS Kedah memang “buta” di kawasan jajahan sendiri…

Majlis itu turut dihadiri oleh beberapa Exco Kanan Kerajaan PAS Kedah seperti Datuk Amiruddin Hamzah, Mohd Nasir Zakaria dan ditemani oleh Pegawai Daerah Padang Terap, Helwi Haron.

Dalam majlis berkenaan, Azizan cuba berdolak-dalih mengatakan bahawa hutan simpan kekal di kawasan tersebut ditarah hingga licin bagi digantikan dengan projek Ladang Rakyat yang akan menempatkan dusun buah-buahan di situ.

Peliknya, dia tidak pula menjelaskan bahawa kawasan tersebut hanyalah sekitar 200 meter dari kawasan tadahan air Tasik Pedu dan lokasi Ladang Rakyat itu sebenarnya merupakan salah satu kawasan tadahan air bawah tanah utama di kawasan tersebut!

Mungkin Azizan dan para Exconya fikir para penduduk di kawasan terbabit tidak belajar Geografi dan kitaran ekologi alam sekitar yang membabitkan proses ekosistem kawasan tadahan air? Azizan boleh buka semula buku teks Geografi tingkatan tiga… SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

2 comments

UGUT PENGUATKUASA JAWI YANG SERBU DISKO, BEKAS KSU KEMENTERIAN DITAHAN BERSAMA 36 ORANG GRO!!!!


Seorang bekas ketua setiausaha sebuah kementerian yang sudah bersara dan bergelar Datuk serta seorang rakannya yang juga berstatus sama ditahan bersama 36 pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah pusat karaoke di Bukit Bintang, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 7 malam itu, kedua-dua VIP terbabit berhibur dan dipercayai dalam keadaan mabuk.

Menurut sumber, ‘Datuk’ terbabit yang berusia lewat 50-an berlagak sombong dan mendakwa kebal daripada undang-undang.

“Datuk terbabit tidak gentar dengan kesalahan syariah yang dilakukannya, malah mencabar penguatkuasa Jawi untuk mengambil tindakan.

“Semua GRO disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan kerana mengingkari pihak berkuasa agama manakala kedua-dua VIP terbabit disiasat kerana bersubahat.

“Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan sempena sambutan tahun baru, puluhan pengunjung remaja Islam yang asyik berpesta arak di sebuah disko terkemuka, di sini, nekad melompat dari tingkat atas disko berkenaan kerana takut diperiksa polis dan pihak berkuasa agama, awal pagi semalam.

Ada antara mereka cedera dan luka di anggota badan akibat terjatuh. Remaja berusia 18 hingga 25 tahun itu meneguk arak dan berpesta ketika serbuan.

Malah, terdapat pengunjung merempuh pintu hadapan dan melepaskan diri. Operasi dijalankan 60 anggota dan pegawai diketuai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan kerjasama polis D7 KL dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), jam 2 pagi semalam.


7 comments

BILA FAEKAH HUSIN BERSUARA SAJA, LALAT DAN LANGAU PUN TAK TAHAN BAU KOHONGNYA!!!


Faekah Husin, orang yang disebut-sebut bakal menjadi calon PKR di DUN Ijok pada PRU13 tidak lama sahaja lagi, kini bersuara lagi. Dan seperti biasa, setiap kali dia bersuara, statusnya sebagai bermulut kohong dan berlidah bangkai, menjadi semakin kejap dan utuh.

Dalam kenyataan media yang kemudian disiarkan oleh akhbar di talian rasmi parti yang disertainya, Faekah menyatakan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim sangat mengambil berat tentang tanah LTAT yang kononnya telah dipindahmilik dan dijual oleh Ketua Wanita UMNO Selangor. Kononnya lagi, penjualan tanah tersebut telah mengkhianati wang pencen pesara-pesara dan anggota-anggota tentera.

Kemudian, Faekah cuba menipu kononnya 'kontrak' Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO sebagai Senator tidak lagi disambung walaupun hakikatnya, Shahrizat telah tamat tempoh sebagai Senator selepas empat tahun bergelar Senator, bukannya dipecat atau tidak disambung semula.

Faekah sebenarnya sudah tidak tentu arah dan hilang modal untuk terus menipu.

Kalau tanah LTAT dan Awan Megah cuba disentuhnya, untuk menyalahkan UMNO kononnya, mengapa Faekah tidak menyentuh tentang tanah-tanah YBK, Yayasan Selangor, PKNS, KDE dan sebagainya di Selangor yang telah dijual?

Bukankah ketika baru sahaja menjadi Kerajaan Negeri Selangor, Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat Selangor telah merancang untuk menjual tanah Yayasan Basmi Kemiskinan di Semenyih yang sepatutnya dijadikan sebagai tapak UiTM?

Bukankah Kerajaan Pakatan Rakyat yang menghapuskan asrama-asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan dan tanah tersebut dijual kepada sebuah syarikat yang kemudian tidak diisytiharkan oleh Kerajaan Khalid Ibrahim?

Ambik beratlah sangat...

Apa benda yang tidak dijual oleh Pakatan Rakyat di Selangor?

Sepatutnya Faekah Husin sebelum bercakap, tengok dulu punggung sendiri. Jangan kerana seronok nak menyalahkan UMNO, dia terlupa bahawa rakyat Selangor semakin muak dengan perangai Pakatan Rakyat Selangor yang tidak pun berusaha membela rakyat, tetapi menjadikan rakyat dan penduduk Selangor sebagai anjing yang boleh disepak terajang sesuka hati!



1 comments

HADI CUMA NAK BERCAKAP SEORANG DIRI DI DEPAN KAMERA TELEVISYEN!!!


Selepas memberikan syarat aneh yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pihak membabitkan stesen televisyen di seluruh dunia, Hadi Awang muncul lagi dengan syarat baru yang lebih aneh dalam memperkatakan atau membabitkan muzakarah.

Dia hanya mahu bercakap atau lebih tepat lagi bersyarah selama satu jam tanpa 'gangguan' dari mana-mana pihak, termasuklah soalan dari pihak kedua dan ketiga. Dengan kata lain, Hadi Awang enggan memeningkan kepalanya untuk menjawab sebarang soalan yang bakal mendedahkan niat sebenar AMANAT HAJI HADI 1981 yang dikatakan oleh para pecacai PAS sebagai SUDAH BASI.

Desakan pelbagai pihak termasuklah daripada cendekiawan agama dan para mufti selain JAKIM, benar-benar menyentuh kredibiliti dan keegoan Hadi Awang selaku Presiden PAS merangkap tok ghuluw yang difahami oleh para pengikut PAS sebagai Tok Guru.

AMANAT HAJI HADI 1981 tidak berkisar tentang siasah syariah semata-mata, sebaliknya ia lebih melibatkan akidah iaitu usaha menakut-nakutkan umat Islam daripada menyokong UMNO dan Barisan Nasional sebaliknya melakukan pemaksaan ke atas umat Islam di Malaysia agar menyokong PAS kerana kononnya PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS.

Justeru, Hadi Awang tidak boleh berlagak seperti Perdana Menteri Malaysia yang membaca perutusan pada hari-hari perayaan penting seperti Perutusan Aidil Fitri, Perutusan Aidil Adha, Perutusan Hari Kemerdekaan, Perutusan Tahun Baru mahupun Perutusan Tahun Baru Cina, Krismas dan sebagainya.

Apabila ianya menyentuh bab akidah dan agama, Hadi Awang mahupun mana-mana pihak dalam PAS tidak boleh mendabik dada, kononnya orang lain, termasuklah para mufti, cendekiawan Islam yang lain, tidak lebih terpelajar dan lebih pandai daripada para pemimpin PAS.

Biarpun dalam bab debat atau berbahas, orang politik seperti Hadi Awang mempunyai kelebihan besar memandangkan kerja orang politik adalah bercakap dan berhujah, namun dalam bab agama, perlu ada cerdik pandai dan ahli-ahli khusus untuk turut mendengar, mengulas dan bertanyakan soalan.

Kalau setakat nak bercakap seorang diri di hadapan kamera, Hadi Awang tidak payahlah nak masuk RTM, TV3 atau Al-Hijrah mahupun ASTRO. Lebih baik, Hadi Awang arahkan TV Web PAS, TV Harakah, TV Malaysiakini dan sebagainya yang berkaitan dengan PAS dan Pakatan Rakyat. Sebabnya, di situ, kalau ada orang yang melihat, mendengar, menonton mahupun bertanya, ianya tidak akan membebankan otak Hadi Awang sama sekali.

Bahkan mereka boleh jadi seperti Azhar Idrus yang menyediakan soalan-soalan lawak untuk dilawak-lawakkan di dalam majlis ilmu!

2 comments

Tuesday, January 1, 2013

DEMONSTRASI PELAJAR JILAT ANWAR BAKAR GAMBAR NAJIB DI DATARAN MERDEKA TENGAH MALAM TADI!!!

Tuesday, January 1, 2013

Seperti yang dijangka, beberapa kerat pelajar IPT yang perasan mereka tersangat hebat dan kononnya memperjuangkan hak kaum pelajar, cuba buat kecoh dan cuba tunjuk hebat menjelang tengah malam sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka.

Kebanyakan mereka yang merupakan pelajar-pelajar keciciran yang bernasib baik kerana status Melayu dan Bumiputera, cuba menimbulkan kegemparan di tengah-tengah masyarakat dengan melakukan demonstrasi selain menaikkan bendera SANG SAKA MALAYA yang mereka rasakan, itulah bendera Malaysia yang sebenarnya, walaupun sejarah yang mereka faham tentang bendera tersebut ternyata hanyalah sejarah yang tidak pernah wujud.

Demonstrasi berkenaan begitu jelas merupakan agenda Pakatan Rakyat yang bergerak menerusi GAMIS. Apatah lagi menjelang jam 12:00 tengah malam, gambar-gambar Najib Abdul Razak, Muhyiddin Yassin serta Rais Yatim mula dibakar oleh puak-puak ini yang diketuai oleh MUHAMAD AZAN SAFAR yang juga merupakan Presiden GAMIS bagi tahun 2012.


Sebelum melakukan upacara membakar gambar, MUHAMAD AZAN SAFAR telah membuat ucapan yang berapi-api di hadapan rakan-rakan demonstrasinya. Dalam ucapannya, MUHAMAD AZAN SAFAR telah menyatakan, Kerajaan UMNO-BN yang diketuai oleh Najib Abdul Razak sebagai sebuah KERAJAAN ZALIM.

Namun daripada ucapannya yang berapi-api itu, MUHAMAD AZAN SAFAR sekadar menjadi burung kakatua untuk Pakatan Rakyat, memandangkan hujah-hujah yang dilemparkannya DICOPY-PASTE bulat-bulat dari HARAKAH DAILY, KEADILAN DAILY dan ROKETKINI.

Hujah-hujahnya tidak melambangkan langsung sebagai seorang pelajar universiti yang didedahkan dengan pendidikan tahap tinggi walaupun pada masa yang sama, dia merupakan PRESIDEN Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS).


Bagaimana dikatakan hujah matang kalau Presiden GAMIS itu mempersoalkan tentang PENDIDIKAN PERCUMA walhal telah dinyatakan secara terang, jelas, dan tidak berselindung bahawa pelajar-pelajar universiti yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang akan dibebaskan daripada membayar kembali pinjaman pelajaran mereka?

Apa yang kejam dalam sistem yang dilaksanakan sekarang, memandangkan wujudnya manusia otak beku seperti MUHAMAD AZAN SAFAR dan kawan-kawannya... SAMBUNG BACAAN DI SEL13.COM

2 comments

ANWAR IBRAHIM ARAHKAN AMK BUAT DEMONSTRASI HALANG SHAMSIDAR TAHARIN JADI SAKSI NALLAKARUPPAN!!!


12 Januari 2012, Angkatan Muda Keadilan (AMK) bakal mengadakan tunjuk perasaan untuk menghalang Shamsidar Taharin dipanggil ke mahkamah sebagai saksi dalam kes Nallakaruppan disaman oleh Anwar Ibrahim. Isteri Azmin Ali itu merupakan salah seorang daripada 10 orang saksi Nallakaruppan dalam kes berkenaan.

Anwar Ibrahim menyaman Nallakaruppan setelah bekas muncikarinya itu membuat kenyataan dan disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 26 Mac 2012 bertajuk 'ANWAR BISEKSUAL, TAK BOLEH JADI KETUA PEMBANGKANG - NALLA'.

Agak hairan memandangkan dalam 'perutusan tahun barunya', Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh meyakinkan para penyokongnya, konon Pakatan Rakyat yang diketuainya akan 'membersihkan' Malaysia daripada penyalahguna kuasa.

Namun, peluang yang terbentang luas untuk membuktikan kata-katanya, rupa-rupanya hanyalah topengan kepada Anwar Ibrahim. Sikap lain cakap, lain buat itu sudah terlalu sebati dengan Anwar Ibrahim. Anehnya, para penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat, tetap percaya bahawa Anwar adalah seorang yang jujur, amanah dan bersih.

Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali sudah cukup terkenal semenjak 1996 lagi. Lebih terkenal lagi ialah apabila Shamsidar Taharin memperolehi kekayaan luar biasa dan jawatan yang bergaji mahal tanpa sebarang tugas di salah sebuah bank yang sekarang ini sudah pun lenyap hasil 'campurtangan' Anwar Ibrahim.

Selain Shamsidar Taharin, 10 orang yang dinamakan sebagai saksi Nallakaruppan juga rupa-rupanya menggentarkan Anwar. Sekali lagi Anwar Ibrahim dan pasukan peguambelanya, menggunakan kelebihan mereka iaitu mencari helah teknikal untuk menghalang kesemua saksi tersebut daripada memberikan keterangan di mahkamah.

Dek kerana itulah, Anwar Ibrahim telah mengerahkan AMK agar mengadakan demonstrasi menghalang serta mendesak agar Shamsidar Taharin tidak diheret ke mahkamah sebagai saksinya.

Pokok kalau tidak bergoyang kalau tidak ada angin atau tangan yang menggoncangnya. Anwar Ibrahim tidak akan takut kalau dia tidak ada apa-apa dalam kes Shamsidar Taharin.

Apa lagi yang hendak disembunyikan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya? Bangkai gajah dah lama berulat dan dah lama kohongnya dicium. Namun sebagai Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR itu masih berusaha untuk terus berlakon kononnya, dia adalah seorang pembersih dan tidak mahu masyarakat tahu lebih banyak tentang hubungan sulitnya dengan Shamsidar Taharin terutama sekali dalam kes membabitkan amalan BISEKSUAL yang melibatkannya!!!


0 comments

Monday, December 31, 2012

APA ADA PADA TAHUN BARU 2013?

Monday, December 31, 2012
Ketika artikel ini ditulis, penulis berada di tengah-tengah kota memerhatikan laluan dan halatuju masyarakat negara ini, khususnya golongan muda yang begitu gembira menyambut kedatangan Tahun Baru Gregorian 2013 selepas ramalan seorang Hippies yang kononnya berdasarkan ketepatan kalendar kaum Maya, bumi akan kiamat pada 21 Disember lalu, meleset sama sekali.

Paling menarik ialah bilamana yang paling terkinja-kinja sekali adalah ANAK-ANAK MELAYU dan BUMIPUTERA.

Jangan pergi jauh... Cukup sekadar menjenguk KLCC dan MIDVALLEY. Dua buah gedung perniagaan yang sangat hebat dan sangat mewah. Tak perlulah kita memikirkan tentang THE PAVILLION atau THE CURVE yang sudah-sudah tentu tak tercapai dek akal dan pemikiran.

Tahun baru muncul lagi. Namun sepanjang beberapa sambutan tahun baru, berapa banyak outlet atau premis di gefung-gedung hebat itu meletakkan MELAYU dan BUMIPUTERA sebagai peniaga utamanya?

Atau adakah MELAYU dan BUMIPUTERA sekadar jadi pelenggak, pengguna, pembeli dan pembangga semata-mata kerana kewujudan gedung-gedung berkenaan, sedangkan hakikatnya mereka sekadar malukut tepi gantang atau anjing kurap buruk kepala yang wujudnya adalah kerana perlu wujud agar tidak dilabelkan sebagai PEMBERSIHAN ETNIK?

Dari setahun ke setahun, MELAYU-BUMIPUTERA sekadar SERONOK BODOH dengan generasi mudanya terus dibuai angan-angan dan mimpi-mimpi indah. Kalau tidak dengan angan-angan Melayu kuasai ekonomi, mereka diangan-angankan pula dengan kisah dongeng tentang Islam menerusi parti politik yang jangka hayatnya hanya lima tahun paling maksimum.

Dengan pelbagai tongkat sakti diberikan dan diwujudkan oleh kerajaan, ramai MELAYU-BUMIPUTERA sekadar menunggu untuk disuap sampai ke perut dan apabila mereka tidak dapat apa yang mereka hendak, mereka pun tuding kepada semua pihak yang dirasakan bersalah.

Sedangkan hakikatnya MELAYU-BUMIPUTERA di Malaysia terlalu selesa dan beranggapan mereka berada dalam ZON SELAMAT dan apa yang mereka nikmati hari ini tidak akan hilang.

Dan sek kerana itulah, tahun baru Gregorian pun mereka sambut dengan penuh gembira kerana menyifatkannya sebagai satu perayaan dan hari berlibur semata-mata. Walhal tanpa sedar, tatkala mereka berhibur dan berlibur, orang lain yang sedang untung besar. MELAYU-BUMIPUTERA kekal sebagai PAK KADOK YANG BERSORAK RIANG SEBAB AYAM LAGANYA MENANG TANPA SEDAR SELUAR DAN BAJU KERTASNYA SUDAH KOYAK RABAK!!!

Berseronoklah MELAYU-BUMIPUTERA dengan sambutan Tahun Baru!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


0 comments

Blog Archive

Labels