Bagaimanapun, bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan sehelai daun. Bukan sahaja di kawasan-kawasan yang telah diluluskan, aktiviti pembalakan sedang berjalan dengan rancak sehinggakan pokok sebesar lengan pun ditebang sama, bahkan di kawasan-kawasan yang tidak dibenarkan pun, aktiviti pembalakan lebih giat dijalankan.
Siasatan di kawasan Sik (Kompartment (Kmpt) 83-96) mendapati, kelulusan pembalakan telah diberi ketika zaman Kerajaan Barisan Nasional. Bagaimanapun, Kerajaan PAS Kedah telah memperbaharui kelulusan bagi proses penebangan dan penggondolan yang lebih rakus.
Kawasan berkenaan adalah berbukit-bukau. Bagaimanapun, kawasan pembalakan tidak melibatkan kawasan tadahan hujan untuk Empangan Muda/Gubir.
Maklumat mendedahkan setakat ini Kerajaan PAS Kedah telah meluluskan 13 kawasan pembalakan terbaru di mana setiap kawasan berkeluasan tidak kurang dari 8,712,000 kaki persegi di mana kesemua kawasan yang telah diluluskan oleh PAS Kedah itu dikendalikan oleh SYARIKAT SBB NORTHERN TRADING yang beralamat di 51, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani atau lebih dikenali sebagai KILANG ASIA PLYWOOD, BUKIT SELAMBAU..... TERUSKAN BACAAN DI SINI





0 comments:
Post a Comment