IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, January 22, 2013

7 JANJI NAJIB: HUSAM KATA SIA-SIA, NIK AZIZ PULA KATA RASUAH!!!

Tuesday, January 22, 2013

Menteri Besar Kelantan yang juga pemegang rekod serban terberat di Malaysia, Nik Abdul Aziz Nik Mat, bagaikan sudah nyanyuk dan hanya menurut sahaja apa yang diberitahu kepadanya. Barangkali kebolehannya untuk membaca dan memahami maksud, sudah ditarik balik oleh Allah Taala, sehinggakan dia perlu bergantung kepada penasihat-penasihat di sekelilingnya yang mahu melihat dia memalukan diri sendiri.

Para penasihat Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS itu telah memberitahu orang tua bertongkat berkenaan agar menyatakan bahawa sekiranya Najib benar-benar ikhlas, ketujuh-tujuh projek tersebut perlu diumum dan dilaksanakan lebih awal, bukannya pada saat hampirnya PRU.

Dan tanpa menyedari, dia sekadar membuka pekung di muka sendiri, Nik Aziz menyatakan, projek-projek yang dijanjikan oleh Najib sebenarnya menggunakan peruntukan yang menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat. Dengan kata lain, para penasihat Nik Aziz cuba memberikan bayangan bahawa Kelantan tidak menerima walau satu sen pun peruntukan dari Kerajaan Pusat, walaupun Laporan Ketua Audit Negara saban tahun menunjukkan Kelantan menerima peruntukan dari Kerajaan Pusat yang terbesar berbanding negeri-negeri lain.

Bagaimanapun, kebanyakan peruntukan tersebut lesap begitu sahaja memandangkan Kerajaan Negeri Kelantan seringkali menyalahkan Kerajaan Pusat kerana tidak melakukan pembangunan di Kelantan. Dengan kata lain, Kerajaan Negeri Kelantan di bawah PAS, tidak ada tulang belakang, tidak ada akal, tidak ada upaya dan tidak ada langsung inisiatif untuk memajukan rakyat.

Sebaliknya Kerajaan Negeri Kelantan hanya mahukan wang untuk diri sendiri. Apabila rakyat Kelantan mulai marah, maka mereka akan menyalahkan Kerajaan Pusat kerana tidak membangunkan Kelantan, walhal ia adalah tanggungjawab Kerajaan Negeri, bukannya Kerajaan Pusat.

Kalau negeri-negeri lain begitu bersungguh-sungguh dan mengambil inisiatif sendiri untuk memajukan negeri masing-masing, berbeza pula dengan negeri yang diperintah oleh PAS. Sama sebijik perangai macam para pengikut PAS yang sentiasa beranggapan, kerajaan yang baik adalah kerajaan yang menyuap ke dalam perut mereka dan mereka hanya perlu berbaring tanpa perlu berbuat apa-apa. Atau paling tidak pun, melepak di kedai kopi bercakap tentang politik dan Negara Islam serta hudud selain undang-undang Syariah yang wajib dipatuhi oleh kaum wanita, sedangkan apabila membabitkan makan minum, mereka akan terjerit terlolong mengatakan kerajaan pusat yang perlu bertanggungjawab menyuap ke dalam perut mereka.

Lain benar perangai antara PAS dengan UMNO. UMNO pula bersusah payah bekerja tanpa banyak merungut. Sedangkan PAS tak mahu bekerja tetapi cukup kuat merungut.

Barangkali kerana kuat merungut itulah yang memperlihatkan betapa kaum wanita Kelantan lebih memainkan peranan dalam ekonomi dan mengambil bahagian lebih besar berbanding kaum lelakinya yang lebih suka mendengar ceramah dan kemudian mentazkirahkan kepada isteri masing-masing, betapa berkuasanya mereka sebagai lelaki dan suami.

Ajaran siapa agaknya ya?

Nik Aziz tidak rosak dengan kata-katanya dan perbuatannya tetapi Nik Aziz dirosakkan oleh para penasihatnya yang tidak sahaja bodoh tetapi juga sombong dan pemalas. Yang menjadi punca kerosakan ialah Nik Aziz tidak menggunakan akal dan fikiran sebaliknya ikut membuta tuli apa-apa sahaja yang dinasihatkan oleh penasihatnya yang berkeliling sambil mengembangkan ekor dan punggung Nik Aziz dengan pendewaan terhadapnya selaku Tok Guru yang maksum!!!

Cuba pula perhatikan janji-janji PAS ini... adakah mana-mana janji tersebut telah ditunaikan? Kalau Najib sanggup menunaikan tujuh janji PAS, mengapa pula Nik Aziz sakit hati? Patutnya dia lebih senang hati kerana Najib dan UMNO telah memudahkan kerjanya. Jadi, dia ada lebih banyak masa untuk berkebun, berceramah, mengadakan kelas agama dan sebagainya yang tidak berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan!!!

16 comments:

Anonymous said...

Kamu tu bodoh TFK.

Anonymous said...

Hadith kata mungkir janji itu sifat orang MUNAFIQ

Anonymous said...

Bodoh takpe...jangan PENIPU!

TFK, berbillion jugak janji diaorang tu..ekk. Numbers plucked from the sky. Nak cover dari 'dalam laut'. Itu pasal mati-matian fight nakkan 'R'. Adoii..sakitnya hati.
Ni pulak...DSN ada buat janji. Potong 'trip'. Ini bukan sakit hati dah... tapi berNANAH hati..

EVLee

Anonymous said...

janji/rasuah pas lagi power... undi pas masuk syorga

Anonymous said...

anon 11.06 ye lah kau sorg je pandai..pandai smpai bebal.

Anonymous said...

anon 11.06 ye lah kau sorg je yg pandai..pandai sampai bebal.

Anonymous said...

Lo rupe nya bebal pok nik mcm siluncai terjun ngan labunya. Bioorkan biorkan. last 2 sendiri tenggelam

Anonymous said...

Bodoh takpe...jangan PENIPU.

TFK....adoiii, berbillion2 punya projek. 'Numbers plucked from the sky' tapi nak kena balance dengan 'numbers from the sea'. Oohh royalty... sakitnya hatiii... Lepas tu DSN commit 7 lagi projek, sudah 'potong trip'. Bernanahlah pulak lagi...

EVLee

Anonymous said...

laa tu je komen ngkau ..

Anonymous said...

tu je..

Anonymous said...

laa tu je komen ngkau anak aku yg 3 tahun pun lih komem ,

Anonymous said...

tu je

Anonymous said...

Janji yg diberi olih Najib adalah utk sebahagian besar rakyat Kelantan. Kalau ini di anggap rasuah !!!

Bagaimana pula tanah yg lebih 10 ribu diKelantan yg diberi olih pemimpin PAS kepada 2 orang Cina DAP utk selama 70 tahun itu ? Kita nak panggil apa tu ?

Anonymous said...

Itu namanyer sedekah jariah... Sebab rakyat kelantan nk kan pas aje, taknak tanah... So, daripada terbiar jer tanah tuh, baik bg kt dua cina dap perak tuh... Rasenyer sume rakyat kelantan telah bersetuju ngan pok cik nik aziz.. Ermmmm..... Segalanya mungkin... :)

~Amzs

Anonymous said...

Islam Pas ada ISTILAH mereka tersendiri.

EVLee

Anonymous said...

Org yg buta xkan nampak kebenaran.. bila dah tetibe nampak kbenaran baru la terkebil2.. pastu siap nk cover2 plak.... ni lah rakyat malaysia... xkira pas xkira umno... politik diletakkan lebih tinggi dari agama... dunia akhir zaman... semayang puasa xtau ke mana, tp bunyinye banyak sgt..

Blog Archive

Labels