iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Thursday, January 3, 2013

AIR DAH SEMINGGU TAKDAK, KHALID IBRAHIM TAKKAN BUAT BANGANG SAJA!!!

Thursday, January 3, 2013

Hari ini, beberapa kawasan di Selangor seperti Pandan Indah, Ampang, Cheras, dan Wangsa Maju, sudah hampir dua minggu tiada air. Walaupun SYABAS menghantar lori-lori airnya, termasuklah lori-lori yang disewa syarikat konsesi tersebut ke kawasan-kawasan terjejas, ianya tidak mengurangkan masalah. Bahkan menambahkan lagi masalah sedia ada memandangkan penduduk terpaksa mengangkut air ke rumah masing-masing, terutama sekali bagi mereka yang tinggal di kawasan rumah pangsa.

Semuanya keranan sikap Kerajaan Negeri Selangor yang sehingga kini masih lagi bermain politik dan cuba menafikan bahawa apa yang sedang berlaku sekarang adalah salah mereka.

Kenyataan daripada SETPOL Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, terang-terang menuduh masalah ketiadaan air ini adalah disebabkan oleh Kerajaan Pusat. Katanya, syarikat konsesi terbukti tidak cekap kerana mereka hanyalah kroni kepada UMNO-BN. Konsesi diberikan kepada syarikat yang tidak layak dan tidak berpengalaman. Kerana itu, kata Faekah Husin, bekalan air terputus. (BACA DI SINI)

Masalah ketiadaan air telah diperkatakan beberapa bulan sebelum ini. Kerajaan Negeri Selangor telah pun diperingatkan tentang bahaya terputus bekalan air terawat untuk para pengguna di seluruh Lembah Kelang seandainya langkah-langkah yang lebih pro-aktif dan lebih cekap tidak diambil.

Bahkan pada Mac 2012, Kerajaan Negeri Selangor telah pun menerima pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan untuk menyegerakan sistem pengepaman tambahan sebagai langkah jangka pendek mengatasi masalah air yang bakal berlaku.

Malangnya, Kerajaan Negeri Selangor sekadar mengambil pinjaman sebaliknya sehingga sekarang, sistem pengepaman tambahan yang menjadi punca utama terputusnya bekalan air di banyak kawasan, tidak dibina. Bahkan sehingga kini, sistem tersebut masih lagi dalam bentuk perbincangan. Manakala rekabentuk sistem tersebut juga masih lagi di peringkat bertekak dan mencari kroni manakah yang akan diberikan projek.

Kerosakan berulang di Pudu Ulu dan Wangsa Maju, dikatakan menjadi penyebab utama terputusnya bekalan air di kawasan-kawasan terbabit. Kerosakan pam-pam air tersebut telah dijangka memandangkan bebanan operasi yang berlebihan ekoran peningkatan permintaan air dari pengguna.

Kerajaan Negeri Selangor telah gagal menjalankan fungsi mereka dalam hal pembekalan air. Bahkan barangkali juga menganggap pinjaman dari Kerajaan Pusat untuk sistem pengepaman air tambahan, dianggap sebagai 'WANG RAKYAT' untuk mereka joli bagi aktiviti kepartian Pakatan Rakyat!

Itu tidak pula diterangkan oleh Faekah Husin, Iskandar Samad, mahupun Khalid Ibrahim sendiri...

Mudah sungguh menjadi Kerajaan seperti Pakatan Rakyat. Tak buat kerja, sapu duit, naikkan cukai, kurangkan perbelanjaan perkhidmatan, tak peduli kepada prasarana asas tetapi kemudian, apabila masalah timbul cepat-cepat salahkan Kerajaan Pusat!

2 comments:

mae said...

Masalah air mungkin sengaja dicipta oleh DAP PKR untuk menghalau orang Melayu keluar dari Selangor. Orang cina india akan bertahan tinggal di selangor. cuba check rata2 kawasan bermasalah air adalah kawasan melayu.

Anonymous said...

FK, SYABAS & mae orang umno. patutlah.

Blog Archive

Labels