IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, January 1, 2013

ANWAR IBRAHIM ARAHKAN AMK BUAT DEMONSTRASI HALANG SHAMSIDAR TAHARIN JADI SAKSI NALLAKARUPPAN!!!

Tuesday, January 1, 2013

12 Januari 2012, Angkatan Muda Keadilan (AMK) bakal mengadakan tunjuk perasaan untuk menghalang Shamsidar Taharin dipanggil ke mahkamah sebagai saksi dalam kes Nallakaruppan disaman oleh Anwar Ibrahim. Isteri Azmin Ali itu merupakan salah seorang daripada 10 orang saksi Nallakaruppan dalam kes berkenaan.

Anwar Ibrahim menyaman Nallakaruppan setelah bekas muncikarinya itu membuat kenyataan dan disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 26 Mac 2012 bertajuk 'ANWAR BISEKSUAL, TAK BOLEH JADI KETUA PEMBANGKANG - NALLA'.

Agak hairan memandangkan dalam 'perutusan tahun barunya', Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh meyakinkan para penyokongnya, konon Pakatan Rakyat yang diketuainya akan 'membersihkan' Malaysia daripada penyalahguna kuasa.

Namun, peluang yang terbentang luas untuk membuktikan kata-katanya, rupa-rupanya hanyalah topengan kepada Anwar Ibrahim. Sikap lain cakap, lain buat itu sudah terlalu sebati dengan Anwar Ibrahim. Anehnya, para penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat, tetap percaya bahawa Anwar adalah seorang yang jujur, amanah dan bersih.

Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali sudah cukup terkenal semenjak 1996 lagi. Lebih terkenal lagi ialah apabila Shamsidar Taharin memperolehi kekayaan luar biasa dan jawatan yang bergaji mahal tanpa sebarang tugas di salah sebuah bank yang sekarang ini sudah pun lenyap hasil 'campurtangan' Anwar Ibrahim.

Selain Shamsidar Taharin, 10 orang yang dinamakan sebagai saksi Nallakaruppan juga rupa-rupanya menggentarkan Anwar. Sekali lagi Anwar Ibrahim dan pasukan peguambelanya, menggunakan kelebihan mereka iaitu mencari helah teknikal untuk menghalang kesemua saksi tersebut daripada memberikan keterangan di mahkamah.

Dek kerana itulah, Anwar Ibrahim telah mengerahkan AMK agar mengadakan demonstrasi menghalang serta mendesak agar Shamsidar Taharin tidak diheret ke mahkamah sebagai saksinya.

Pokok kalau tidak bergoyang kalau tidak ada angin atau tangan yang menggoncangnya. Anwar Ibrahim tidak akan takut kalau dia tidak ada apa-apa dalam kes Shamsidar Taharin.

Apa lagi yang hendak disembunyikan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya? Bangkai gajah dah lama berulat dan dah lama kohongnya dicium. Namun sebagai Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR itu masih berusaha untuk terus berlakon kononnya, dia adalah seorang pembersih dan tidak mahu masyarakat tahu lebih banyak tentang hubungan sulitnya dengan Shamsidar Taharin terutama sekali dalam kes membabitkan amalan BISEKSUAL yang melibatkannya!!!


0 comments:

Blog Archive

Labels