Menurut Azizan, pembersihan dan penggondolan hutan itu dilakukan untuk mewujudkan Ladang Rakyat. Namun berdasarkan kepada perkembangan semasa di Kelantan yang membabitkan Ladang Rakyat, program tersebut sebenarnya bukanlah bertujuan untuk memajukan masyarakat. Bahkan ianya tidak langsung bertujuan untuk memanfaatkan masyarakat, sebaliknya ia digunakan untuk mengayakan kroni dan pemindahan milik tanah kepada syarikat-syarikat konsesi yang akan memperolehi laba.
Azizan cuba menyamakan Ladang Rakyat dengan FELDA walhal matlamat kedua-duanya adalah berbeza sama sekali. Kerajaan Pusat mewujudkan FELDA untuk membantu rakyat jelata terutama sekali golongan marhein yang tidak memiliki tanah serta hidup di bawah paras kemiskinan. FELDA telah banyak membantu golongan tersebut sehingga pada hari ini, rata-rata para peneroka dan peserta FELDA hampir terlupa bagaimana datangnya mereka ke tanah rancangan dengan bantal dan gulung tikar semata-mata sebelum memiliki sesuatu pada hari ini.
Sedangkan Ladang Rakyat yang diwujudkan oleh PAS pula, bukan untuk tujuan memudahkan atau memanfaatkan rakyat terutama sekali golongan marhein. Sebaliknya Ladang Rakyat bermaksud mendapatkan balak, menggondolkan bukit dan hutan, memenuhkan saku serta akaun para pemimpin PAS dengan bayaran daripada taukeh-taukeh yang telah diberikan konsesi.
Tengok sahaja program Ladang Rakyat di Kelantan yang juga diusahakan oleh PAS. Adakah Ladang Rakyat PAS Kelantan memberikan manfaat kepada para peserta mahupun golongan marhein?
Sudah tentu tidak!
Mari kita tengok fakta-fakta Ladang Rakyat PAS Kelantan... BACA SETERUSNYA DI KEDAHAN69ERS.COM
Perak Sasar Tanam 1 Juta Pokok Menjelang 2018
-
Kerajaan Perak melalui Jabatan Perhutanan meletakkan sasaran menanam 1 juta
pokok di seluruh negeri itu dalam tempoh lima tahun akan datang. Menteri
Besar,...
27 minutes ago




0 comments:
Post a Comment