IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Sunday, January 27, 2013

CINABENG! KAMAL SAIDIN FITNAH HUSAM MUSA!!!

Sunday, January 27, 2013


Kamal Saidin menambahkan lagi sakit hati Husam Musa selepas Najib Abdul Razak, ketika membuat lawatan ke Kelantan, menjanjikan pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai yang tertangguh bertahun-tahun kerana kerenah Kerajaan PAS Kelantan.

Penceramah yang sangat terkenal dengan hujah-hujah kerasnya terhadap PAS dan tidak langsung berselindung dalam usahanya mendedahkan kejahatan-kejahatan yang dilakukan oleh para pemimpin PAS, mempertikaikan tentang LEBUHRAYA RAKYAT yang digunakan oleh Husam Musa untuk mengumpulkan dana daripada rakyat bagi tujuan peribadinya.

Sehingga setakat ini, Husam Musa hanya berjaya meletak batu asas. Dan di seluruh Kelantan, batu asas cukup banyak walaupun sudah bertahun-tahun bagaikan pembinaan batu asas adalah PROJEK UTAMA kerajaan PAS Kelantan.

Apa lagi yang akan ditemberang oleh Husam Musa serta kepimpinan Kelantan yang sekadar berani menyorok di belakang Husam Musa dan Nik Abdul Aziz? Adakah dia akan menyaman Kamal Saidin sebagaimana yang kerap dilakukannya apabila Husam Musa tidak dapat menjawab, memberikan penjelasan atau belangnya sudah terdedah sebagaimana dalam contoh China Doll yang berjalan di sebelahnya dalam beberapa keping gambar yang cukup popular di blog?

0 comments:

Blog Archive

Labels